MY FOLLOWERS

Tuesday, August 15, 2017

Artikel - Banyak Sebabnya Bila Enjin Kepanasan....

Kredit kepada: laman Pandu Laju, Google, owner
Gambar ihsan: Owner, laman Pandu Laju


Assalamualaikum.....


Masalah berkaitan enjin memang banyak. Kalau sebutkan apa punca enjin menjadi panas pun, banyak sebabnya. Antaranya:
  • Minyak silinder atau minyak hitam enjin belum ditukar bila sampai masanya.
  • Air tidak cukup
  • Radiator tersumbat atau air dalam radiator tidak cukup
  • Kipas enjin tidak berfungsi 
  • Masalah sambungan mana-mana wayar berkaitan tercabut atau putus
  • Pengepam air (water pump) tersumbat, bocor atau rosak
  • Cylinder head gasket yang rosak atau terbakar

Bulan lalu, kereta penulis mengalami masalah yang berlarutan selepas pulang dari cuti Aidilfitri apabila enjin kepanasan dan penghawa dingin tidak berfungsi. 

Dalam artikel berkenaan kereta yang disiarkan terdahulu, enjin yang panas menyebabkan penulis terpaksa memandu pulang melalui lebuhraya dengan kelajuan setakat 60-80 km/j sepanjang perjalanan! 

Selepas suis kipas dibetulkan, penghawa dingin pula dibetulkan. Masalahnya ialah receiver dryer, expansion valve, dan penapis yang tersumbat. Untuk perbetulkannya, mekanik perlu keluarkan gas penghawa dingin dan mengisi semula minyak pemampat (compressor oil).


Keadaan penutup tangki minyak silinder selepas balik dari Bera pada cuti raya bulan lepas


Gas penghawa dingin diisi baru



Bahagian bawah sebelah penumpang depan yang dibuka



Penapis dan expansion valve yang diganti



Pun begitu, masalah yang diselesaikan ini tidak menyelesaikan masalah enjin yang kepanasan yang masih dihadapi. Sebabnya bila memandu pada kawasan berdekatan rumah atau dalam lingkungan bandar kediaman sahaja, kita tidak akan jelas dengan masalah sebenar. Perlu buat perjalanan jarak jauh baru akan tahu!

Bila semua yang dinyatakan di atas selesai tetapi enjin masih kepanasan, maka ada masalah lain.

Asalnya masalah ini dikesan ketika baru memulakan perjalanan dari Kuala Terengganu untuk ke Bera, Pahang baru-baru ini. Ketika baru masuk ke Plaza Tol Dungun melalui Kuala Berang, suhu enjin tiba-tiba naik mendadak. Disebabkan tidak mahu terus menanggung masalah ini dan risikonya, maka penulis keluar semula melalui Bukit Besi dan pulang semula ke Kuala Terengganu untuk menukar kenderaan lain dengan keluarga. Bayangkan sendiri azabnya selama sejam sebelum boleh berhentikan kereta di rumah!

Beberapa hari kemudian, bila diperiksa, didapati ada masalah berikut:
  • Radiator perlu dicuci dan diisi air - suhu naik mendadak sebab tersumbat.
  • Penyerap hentak (shock absorber) bocor 
  • Cylinder head gasket yang terbakar - sebab enjin panas
  • Brake pad yang haus
  • Pengepam air bocor

Bila tukar kereta yang satu lagi, muncul satu lagi masalah. Pada mulanya semuanya baik sahaja. Suhu enjin normal, jarum tunjukkan pada tanda meter.Maka bolehlah membuat segala macam urusan kerja seharian selama lebih seminggu. Sehinggalah, beberapa hari kemudian, selepas balik dari satu urusan, setibanya di rumah dan enjin dimatikan, jarum enjin tunjukkan suhu melebihi setengah dan dalam enjin kedengaran bunyi desiran agak panjang.

Bila enjin dihidupkan semula untuk lihat masalahnya, tambah satu hal lagi - ada bahagian salur bawah yang menyambung ke radiator yang bocor. Lubangnya halus sahaja dan ada wap yang keluar. Lagi teruk, ada bau seperti hangit sebab gasket silinder terbakar dan air dalam radiator pula kering.

Aduhh...


Ini pada permulaan


Penutup bahagian radiator. Buka penutup ini ketika enjin sejuk, dan masukkan air. 


Boleh RUJUK SINI untuk artikel lajut berkenaan ganti air dan cecair penyejuk dalam radiator.


Untuk itu, kereta ini dihantar untuk kerja top overhaul yang memakan masa lebih kurang seminggu. 




Artikel - 10 Pembunuh Bersiri dan Fikiran Yang Gila

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images  


Assalamualaikum.....

 


Manusia pertama di dunia membunuh sebab perasaan dengki dan cemburu. Generasi sekarang ini pula, apa ceritanya? Orang akan beri perhatian bila mereka mendengar cerita tentang golongan yang memusnahkan kehidupan orang lain. Persoalannya, apa sebabnya? Selain dengki dan cemburu, adakah tamak, nafsu, atau ada sebab lain? Kupasan ini adalah untuk mengetahui lebih banyak mengenaunya.

Adalah sukar dan mustahil untuk betul-betul memahami kenapa pembunuh ini melakukannya, iaitu membunuh. Sesetengah daripada mereka memberikan sedikit pembayang tentang apa yang mungkin ada dalam fikiran mereka.


10 - Jeffrey Dahmer


Jeffrey Dahmer memberitahu wartawan MSNBC, dalam kesnya, membunuh itu hanyalah sebahagian kecil daripada jenayahnya. Selama 13 tahun, dia telah merogol, membunuh, mengerat mangsanya yang dipilih yang dirasakan terbaik untuk dikerjakan. (Eeerrrkkk!!)

"Saya hanya mahu ia berada dalam kawalan saya sepenuhnya, selama mana yang saya mahu." katanya.

Ketika zaman kanak-kanaknya, Dahmer sentiasa ditindas dan tidak berupaya. Perasaan itu datang daripada homoseksualitinya.

"Ketika umur 14 atau 15 tahun, saya mula ada fikiran obsesif tentang keganasan bercampur seksual, dan ia semakin teruk saban hari." jelasnya. Bila dia membunuh mangsa pertamanya, dia berkata, "Ia kelihatan sudah mengawal kehidupan saya sejak dari hari itu. Pada kali kedua, perasaan itu semakin kuat dan saya tidak cuba menghentikannya. Mengerat-ngerat mangsa membuatkan saya berasa ia sebahagian daripada saya. Ia memberikan saya kepuasan seksual bila melakukannya. Saya berhenti bila saya berasa sudah mengawalnya sepenuhnya." katanya.



9 - Ted Bundy


17 jam sebelum dijatuhkan hukuman, Ted bertemu dengan Rev. James Dobson untuk temubual terakhirnya. "Apa yang ada dalam fikiran saya sekarang ialah menggunakan setiap saat yang ada dengan sebaik mungkin."

Dia mahu menjelaskan kenapa ia berakhir sebegitu. Dia menjelaskan itu adalah hasil daripada pembesaran yang tidak baik. "Saya membesar dalam sebuah rumah yang indah dan ibu bapa yang baik." katanya.

Sebaliknya dia menyalahkan perubahannya selepas menemui bahan pornografi ringan di kedai ubat ketika berumur 12 tahun. Ia membawanya mencari bahan yang lebih berat. Dia dan kawan-kawannya mencari buku-buku pronografi daripada tempat sampah sarap yang dibuang.

"Ia akan mengisi kotak pemikiran dan bila sudah ketagih ke arah itu, saya akan cari lebih lagi hinggalah saya rasakan membaca dan menontonnya sudah tidak cukup lagi. Saya tak salahkan pornografi. Saya tak kata ia menyebabkan saya keluar dan melakukannya. Sebaliknya pornografi membantu saya membentuk sikap ganas yang menguasai hidup saya."



8 - Paul Bernardo

"Ia untuk kuasa dan mengawal," kata Paul kepada polis dalam rayuannya.

Itu adalah ketika mereka ditahan pada 11 tahun lalu. Mereka dilabelkan sebagai'Pembunuh Ken dan Barbie' oleh media kerana penampilan mereka yang menarik dan pembunuhan gila mereka. Sebagai hadiah Krismas mereka, isterinya Karla membiarkan Paul merogol dan membunuh adiknya. Dari situ, mereka berterusan melakukannya pada mangsa yang lain.

Meskipun dilabel begitu oleh media, Paul merujuk kekejamannya berpunca daripada ketiadaan keyakinannya ketika zaman kanak-kanak. Jenayah rogol didakwanya sebagai cara untuk mengatasi kebimbangan tentang kelakuan seksualnya.

Bila sudah dalam penjara, dia sudah tidak berkuasa lagi. Dia merasakan dialah makhluk paling teruk di planet ini.



7 - Anatoly Onoprienko

"Bagi saya, membunuh itu seperti mengoyakkan duvet." kata Anatoly Onoprienko kepada wartawan. Dia telah menyembelih 52 orang mangsa selama 7 tahun. Ketika dalam penjara, dia digelar The Beast of Ukraine. Dia seperti tidak bertaubat.

"Lelaki, perempuan, orang tua, budak, semuanya sama. Saya tidak rasa kesian pada mereka. Tiada sayang, tiada benci, cuma saya tak peduli semua itu. Saya lihat mereka sama sahaja. Saya rasa seperti menerima arahan daripada satu kuasa, sesuatu seperti kosmik yang mendorong saya. Saya akan tunggu arahan untuk lakukannya. Kalau saya keluar, saya akan membunuh lagi. Kali ini akan lagi teruk. Desakan itu memang ada." katanya. 


6 - Yang Xinhai

Belum pernah ada dalam sejarah China seorang penjenayah yang membunuh secara ramai. Selama 4 tahun, Yang telah membunuh 67 orang. Dia akan masuk rumah mangsa, terutama petani, merogol dan membunuh seluruh keluarga itu.

Berita menuduh itu disebabkan dia putus cinta dan membawa kepada rasa dendamnya kepada masyarakat. "Dia melakukan jenayah untuk menyakitkan masyarakat." kata polis kepada pemberita. Berita lain menyatakan dia meluahkan rasa dendamnya kepada masyarakat.

Yang menyatakan "Saya tidak mahu jadi sebahagian daripada masyarakat. Masyarakat bukan hal saya." katanya sebelum dijatuhkan hukuman. "Bila saya membunuh, saya ada keinginan. Saya tidak peduli dia hidup atau mati. Itu bukan hal saya."

Gila ke apa....



5 - Andrei Chikatilo

"Bila saya gunakan pisau, ia memberi kelegaan psikologi." kata pembunuh dari Rusia, Andrei Chikatilo. Dia menggunakannya banyak kali dan bertanggungjawab ke atas kematian 53 orang mangsanya, kebanyakannya dari kalangan yang hidup bertualang dan cacat akal. Pembunuhannya sangat kejam. Dia akan cungkil mata, mengunyah organ dan menyumbat badan mangsa dengan kotoran (eewww!!).

Dia juga kata bermimpikan kehidupan yang lebih baik. " Saya mimpikan karier politik yang besar tetapi berakhir dengan hidup yang tiada apa-apa sebegini, hidup di stesen-stesen dan keretapi." Bila dia terlihat orang melakukan hubungan intim, itu mengingatkannya kepada kepentingan dirinya dan kesilapannya. "Saya terfikir kalau golongan rendah ini ada hak untuk hidup."

Bila dia mengheret mangsanya ke dalam hutan, dia akan sangat teruja. "Saya akan mula rasa menggigil macam demam. Saya akan bertukar menjadi seperti haiwan liar." Dia memberitahu mahkamah, membunuh magsa memberikannya kepuasan seksual dan kelegaan. 

"Saya tahu saya mesti dimusnahkan. Saya faham. Saya adalah kesilapan alam." katanya.



4 - Charles Cullen


Dia digelar dewa maut. Selama 16 tahun, Charles Cullen menggunakan kepercayaan kerjanya sebagai jururawat untuk membunuh secara senyap-senyap. Dia membunuh mangsa berumur 30 ke 40 tahun, dengan memberikan mangsanya ubat dengan dos berbahaya. (EErrkkk!)

"Saya ingat mereka tidak akan menderita lagi. Saya ingat saya membantunya." katanya kepada wartawan.

PEnerangannya pelik. Mangsanya bukan pesakit berat yang menderita kesakitan yang tidak sepatutnya. Mereka di kalangan yang sihat dengan kehidupan yang gembira dan sempurna.

Berdepan dengan kontradiksi, Cullen berkata, "Matlamatnya bukan menunjukkan apa yang saya buat. Yang saya boleh kata ialah saya rasa seperti perlu buat sesuatu, dan saya lakukannya."

Kalau dia tidak ditangkap, dia tidak tahu bila akan berhenti.




3 - Aileen Wuornos


Aileen Wuornos mendapat simpati lebih daripada yang diperlukan. Dia membunuh 7 lelaki. dalam filem Monster, wataknya dilakonkan oleh Charlize Theron memaparkan hidupnya yang sukar dan sakit mental.

Walaubagaimanapun, dia bertegas yang dia tidak gila. "Saya bencikan hidup ini dan akan membunuh lagi." tulisnya kepada Mahkamah Agung Florida. Dalam kesnya, dia tidak mempertahankan dirinya kecuali menuduh mangsa pertamanya telah merogolnya dengan ganas. Dia menghentikan kecamannya dengan menghala kepada Penolong Pendakwaraya dan menjerit, "Semoga isteri kau dan anak kau dirogol di ***** !"

Sebelum dijatuhkan hukuman, dia telah merewang tanpa arah tuju seperti yang ditunjukkan dalam filem. "Saya bunuh mereka, merompak mereka dengan kejam. Saya akan buat lagi. Tidak perlu simpan saya hidup-hidup sebab saya akan membunuh lagi. Seluruh diri saya penuh rasa benci." katanya. 




2 - Tommy Lynn Sells

"Kali pertama saya menagih dadah, ia seperti perasaan paling baik dalam hidup saya." katanya kepada wartawan NBC.

"Kali pertama saya bunuh orang, perasaan seperti menderu. Sekali sedut, saya akan bunuh lagi, ia akan menderu lagi, dan saya akan kejar perasaan itu."

Dia ditahan dan dihukum kerana membunuh seorang budak 13 tahun ketika tidur sebanyak 16 kali. Selain itu, dia juga membunuh 21 orang lagi.

"Saya tidak boleh berhenti. Saya ambil dadah sebab mahukan perasaan itu. Saya suka tengok mata menjadi pudar. Ia seperti membebaskan jiwa orang itu." katanya.



1 - David Berkowitz

David Berkowitz,menakutkan warga New York dengan siri pembunuhannya pada musim panas 1977. Dia mendakwa anjingnya menyuruhnya untuk membunuh. 25 tahun kemudian, bila bercakap dengan Larry King, dia mengelak daripada menyebutkan perihal kisah anjing itu.

"Ia mengimbas kisah di zaman kanak-kanak ketika bergelut dengan banyak masalah psikologi untuk membesar." katanya. "Saya ada depresi yang teruk dan rasa ingin bunuh diri."

Ketika dewasa, dia memasuki era kesunyian yang ekstrim. "Pada masa ini, saya menjadi jahat dan membiarkan setan mengawal saya. Saya berasa ada kuasa ghaib." katanya.  "Saya berasa berkuasa dan perlahan-lahan membawa diri ke jalan kemusnahan."

Rasa berkuasa bukan yang positif. "Saya berasa seperti robot yang dicuci otak. Saya rasa ada benda lain yang kuasai saya. Saya fikir, membunuh itu sesuatu yang saya perlu buat. Ia sangat menakutkan." katanya.


Jangan jadi mangsa:   SINI   |  




Hiburan - Sut Iron Man Baru Dalam Spider-Man: Homecoming

Kredit kepada: Rojak Daily, Hot Toys
Gambar ihsan:
Rojak Daily, Hot Toys


Assalamualaikum.....











Sut terbang dan berkuasa:   SINI   |   SINI



Hiburan - Kingdom

Kredit kepada: My Watch Series, Wikipedia.org
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....





Kingdom ( sebelumnya bertajuk Navy St.) ialah drama bersiri ciptaan Byron Balasco. Siri ini mula disiarkan pada Oktober 2014 di  Audience Network. Dibintangi Frank Grillo, Kiele Sanchez, Matt Lauria, Jonathan Tucker, Nick Jonas, dan Joanna Going.

Pada 12.10.2014, DirecTV mengumumkan siri ini ditambah dengan 20 episod baru dengan 10 episod disiarkan pada 2015 dan bakinya pada 2016. Pada Julai 2016, siri ini diperbaharui untuk musim ke-3 dan disiarkan pada Mei 2017 dan ia menjadi musim terakhir siri itu.


Alvey Kulina (Frank Grillo) memiliki sebuah gimnasium MMA dipanggil Navy St. Gym yang terletak di Venice, California, diusahakan bersama temannya, Lisa (Kiele Sanchez). Dia membantu orang ramai untuk bersenam dan melatihnya untuk pertarungan MMA dengan dibantu anaknya, Nate (Nick Jonas) dan Jay (Jonathan Tucker). Jay yang mempunyai masalah dadah dan alkohol namun mengenepikannya untuk membolehkannya bertarung semula. Ryan Wheeler (Matt Lauria) pernah menjadi peninju MMA yang hebat sebelum dimasukkan ke penjara selepas melakukan beberapa kesalahan. Selepas dibebaskan, Alvey mahu dia bertarung semula dan menjadi jurulatihnya kerana perkara itu sebagai publisiti yang baik untuk gimnasium itu. Lisa pada awalnya membangkang, kerana pernah bersama Ryan dahulu namun akur demi masa depan gimnasium itu. Isteri Alvey, Christina (Joanna Going), pula seorang pelacur dan penagih, mempunyai hubungan dengan Kulina dan anaknya. 


Dibintangi Frank Grillo, Kiele Sanchez, Matt Lauria, Jonathan Tucker, Nick Jonas, Joanna Going, Natalie Martinez


Bertarung biar betul:  SINI   |   SINI



Thursday, August 10, 2017

Kesihatan - Jangan Ambil Mudah Tentang Mini Strok

Kredit kepada: Laman LelakiSihat.com, Wikipedia.org
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

 


Satu episod kegagalan fungsi neurologi yang dipanggil sebagai 'transient ischemic attack (TIA)' disebabkan oleh kehilangan aliran darah sama ada bahagian fokus di otak, tulang belakang atau retina tanpa pelanggaran akut (kematian tisu). TIA mempunyai sebab yang sama seperti strok - gangguan pada aliran darah dan sering dirujuk sebagai strok mini atau strok mega.

Simptom TIA akan hilang selepas 24 jam atau kurang daripada itu. TIA pada asalnya ditakrifkan secara klinikal berdasarkan sifat sementaranya yang berkait dengan simptom neurologinya yang kurang dari 24 jam. American Heart Association dan American Stroke Association (AHA/ASA) mentakrifkan TIA sebagai episod sementara kegagalan neurologi disebabkan oleh bahagian fokus di otak, tulang belakang atau retina tanpa pelanggaran akut (kematian tisu). TIA menyebabkan simptom yang sama yang dikaitkan dengan strok seperti kelumpuhan kontralateral (bahagian tubuh yang bertentangan daripada hemisfera otak yang terjejas) atau lemah secara tiba-tiba atau rasa kebas.

TIA juga boleh menyebabkan kekaburan secara tiba-tiba atau hilang penglihatan (amaurosis fugax), aphasia, pertuturan tidak jelas (dysarthria) dan kekeliruan mental. Tidak seperti strok, simptom TIA boleh hilang hanya dalam masa beberapa minit atau dalam masa 24 jam. Kecederaan otak masih boleh berlaku pada TIA untuk selama beberapa minit. Berlakunya TIA boleh menjadi faktor berlakunya strok atau strok senyap.

Strok senyap atau silent cerebral infarct (SCI) berbeza daripada TIA kerana tiada simptom yang dapat dilihat dengan segera. SCI masih boleh menyebabkan kegagalan fungsi neurologi berpanjangan yang menjejaskan angin, personaliti dan kognisi seseorang. SCI sering berlaku sebelum atau selepas TIA atau strok major.

Infact serebrum otak yang berpanjangan melebihi 24 jam dan kurang 72 jam dipanggil reversible ischemic neurologic deficit (RIND).



Simptom dan tanda-tanda

Simptom boleh jadi pelbagai dan mengikut bahagian otak. Yang paling kerap berlaku ialah hilang penglihatan, kesukaran bertutur, lemah sebahagian tubuh (hemiparesis); rasa kebas atau berdenyut-denyut, biasa pada sebelah tubuh. Hilang kesedaran adalah jarang. Ada juga kes kelumpuhan sementara dan separa yang menjejaskan muka dan lidah si pesakit. Sesetengah individu mungkin ada rasa pelik berlaku pada tubuh mereka. Rasa pening, kurang kordinasi atau hilang keseimbangan, juga boleh menjadi simptom berkaitan dengan TIA. Simptom berbeza mengikut keadaannya. 



Punca

Punca paling biasa bagi TIA ialah embolus yang menyekat arteri dalam otak. Ini biasa berlaku bila plak atherosclerotic yang teralih dalam salah satu arteri karotid atau dari arteri basilar-vertebra. Sebab lain ialah daripada thrombus (darah beku) yang berasal dari atrium jantung biasanya sebelah kiri, disebabkan fibrilasi atrium. Dalm kes TIA, tempoh sekatan adalah singkat, maka tiada kerosakan kekal. Pembentukan kolesterol adalah beransur-ansur dan biasanya menyempit lumen. Dengan masa, aliran darah ke bahagian otak tersebut akan berkurang dan akan menyebabkan strok. Dalam kes lain, partikel kolesterol daripada plak atherosclerotic boleh secara tiba-tiba pecah dan masuk ke otak. Pada sesetengah orang, pecahan-pecahan ini keluar dari jantung dan pergi ke otak. Ini sering berlaku ketika serangan jantung atau jangkitan pada injap jantung.


Sebab lain termasuk penyempitan berlebihan bagi saluran darah yang besar disebabkan plak atherosclerotic dan peningkatan kelikatan darah berpunca daripada sesetengah penyakit darah. TIA juga dikaitkan dengan keadaan perubatan lain seperti hipertensi, sakit jantung terutama fibrilasi atrium, migrain, hiperkolesterolemia dan diabetes mellitus.

 

Faktor risiko

Sejarah keturunan yang ada strok atau TIA
Berumur 55 tahun ke atas
Lelaki ada risiko lebih tinggi untuk terkena TIA berbanding wanita
Tekanan darah tinggi (hipertensi primer atau sekunder)
Diabetes mellitus
Merokok
Sakit kepala



Pencegahan

TIA boleh dicegah dengan mengubah cara hidup, yang dipercayai pakar perubatan sebegitu. Ia termasuk:

Berhenti merokok
Kurangkan makanan berlemak, bagi membantu pembinaan plak dalam tubuh
Makan diet sihat termasuk banyakkan makan buah-buahan dan sayuran
Kurangkan pengambilan sodium dalam diet, bagi mengurangkan tekanan darah
Kerapkan senaman
Kurangkan ambil alkohol, bahan stimulan, dll.
Kekalkan berat badan yang sihat/ideal
Kawal tekanan darah dan gula dalam darah



Hidup sihat tanpa strok:  SINI  | SINI  |

Artikel - Masalah Matematik Boleh Selesai Dengan Mudah Jerrrr....

Kredit kepada: Yahoo News, Hello Giggles
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

 


Tiada apa yang menyebabkan sesuatu masalah matematik itu menjadi viral melainkan ia sangat memerah otak dan orang asyik mendapat jawapan yang salah bila menjawabnya. 

Bagi sesetengah orang, mereka akan rasa sedikit menyesal bila tidak tumpukan perhatian dalam kelas ketika subjek ini dahulu... hahaha

 
Soalannya     9 – 3 ÷ 1/3 + 1 = ? 


Soalan semudah ini menjadi kecoh di Jepun sebelum ini bila ramai yang asyik mendapat jawapan yang salah. Berdasarkan kepada PopSugar, hanya 60% sahaja yang mendapat jawapan yang betul. 


Pengguna YouTube, MindYourDecisions memberikan jawapannya dengan membawa Presh Talwalkar, orang yang di sebalik soalan ini untuk menerangkannya ..


Helahnya mudah. Ingat PEMDAS, susunan bagi operasi formula iaitu Parentheses, Exponents, Multiplication, Division, Addition, Subtraction. Talwalkar menjelaskan, perlu selesaikan dahulu bahagian 3 ÷ 1/3 .. 


3 ÷ 1/3 = 9

 
Kemudian selesaikan masalah ini dari kiri ke kanan untuk dapatkan jawapan yang betul. 

Jawapan yang salah biasanya berakhir sama ada 3, 7 atau 9.

Itu kalau sesiapa terlupa untuk menggunakan PEMDAS dan jalan kerja dari kiri ke kanan.

Mungkin disebabkan kita semakin moden, maka kita lebih banyak bergantung kepada internet dan kalkulator saintifik untuk selesaikan masalah matematik. Kalau dilihat sekitar tahun 1990an dahulu, perlu bergantung bukan sahaja pada kalkulator biasa, tetapi juga dengan bantuan buku sifir dan formula asas yang perlu diingati. 


Sumber kiraan senang giler:  SINI  |   



Hiburan - Hannibal

Kredit kepada: Wikipedia.org
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....



Hannibal ialah satu siri tv bercorak seram thriller psikologi dikembangkan oleh Bryan Fuller untuk siaran di NBC. Siri ini adalah berdasarkan watak dan elemen yang muncul dalam novel tulisan Thomas Harris bertajuk Red Dragon and Hannibal, yang bertumpu pada hubungan antara seorang penyiasat FBI Will Graham (Hugh Dancy) dan Dr. Hannibal Lecter (Mads Mikkelsen), seorang ahli psikiatri forensik yang menjadi musuh kepada Graham. 

Siri ini menerima 13 episod untuk musim pertama dan diakhiri selepas musim ketiga disebabkan kadar tontonan yang rendah.

Walaubagaimanapun, beberapa pelakon undangannya seperti Laurence Fishburne dan Richard Armitage memenangi anugerah dalam episod masing-masing pada musim kedua dan ketiga.

Menampilkan Hugh Dancy, Mads Mikkelsen (Casino Royale, Rogue One Star Wars Story, Doctor Strange, The Three Musketeers), Caroline Dhavernas, Hettienne Park, Laurence Fishburne (The Matrix, Standalone, John Wick 2, Man of Steel), Scott Thompson, Aaron Abrams, dan Gillian Anderson (The X-Files)


Sumber psiko:    SINI   |