MY FOLLOWERS

Sunday, January 22, 2017

Artikel - Sedikit Tips Untuk Menjadi Kaya

Kredit kepada: Yahoo Finance
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....

Niat untuk menjadi kaya itu tidak salah dan tiada siapa pun yang kata ia salah. Yang salahnya kalau cara untuk mencapai niat itu tidak betul. Bermacam cara yang baik boleh dibuat untuk menjadi kaya. Ramai orang di luar sana yang boleh beri tunjuk ajar, jadi ketepikan semua cara yang anda rasa mengarut.





Semuanya ada kaitan dengan duit, simpanan dan cara anda uruskannya. Katakanlah anda dapat hasil RM50,000 setahun dan ada dua orang anak, maka sebanyak mana agaknya anda boleh simpan?

Kalau anda memang serius mahu menjadi kaya, anda perlu fokuskan minda anda pada pendapatan anda. Tingkatkan pendapatan anda dan anda boleh menyimpan sebanyak mana yang anda mahu.


Di sini ada 5 tips untuk anda:

1. Buat pelaburan untuk diri sendiri

Mereka yang berjaya bukan sahaja melabur dari segi duit, tetapi juga tenaga dan masa. Tolong diri sendiri dahulu supaya anda boleh bantu orang lain pula di kemudian hari. Maknanya anda kena bantu diri sendiri untuk menjadi lebih baik dalam sesuatu bidang yang diceburi itu. Kalau dalam bisnes, kenalah belajar dan praktikkan ilmu bisnes itu.  


2. Cari kerja dalam bidang yang betul

Golongan kaya biasanya boleh masuk dalam sesebuah syarikat yang betul apabila mereka dapati ada peluang untuk berkembang. Ramai orang sekadar mencari kerja untuk dapatkan duit. Memang semua orang perlukan kerja tetapi anda perlukan juga mekanisma atau kenderaan yang betul untuk bantu anda bergerak memajukan diri dan kembangkan potensi diri anda.

Bekerjalah dalam bidang yang memberikan komisyen berbanding gaji seperti bahagian pemasaran atau berniaga sendiri, dan anda akan belajar mengawal berapa banyak pendapatan yang anda mahu.


3. Jadilah hebat dalam apa yang anda buat


Beri komitmen dalam kerja yang anda buat, jadilah orang yang hebat dan ke depan, bukannya yang biasa-biasa. Apa sahaja industri yang diceburi boleh menjadi profesion yang sangat menyakitkan bagi golongan pertengahan dan bawahan, sebaliknya menjadi ganjaran besar bagi mereka yang hebat. Mereka yang 'makan' profesion mereka dan obses, mampu menjadi hebat.


4. Gandakan pendapatan, pastikan ia mengalir

Gandakan pendapatan dengan mempelbagaikan sumber hasil anda. Selama mana tidak terlibat dengan yang haram, boleh sahaja. Mulakan dengan yang anda sudah sedia dapat sekarang ini kemudian tambah lagi dan kembangkan.

Cari jalan lain yang boleh bantu anda tambah pendapatan anda kepada yang sedia ada. Ramai orang pergi dari satu aliran ke aliran lain yang tiada kaitan, aliran duit anda sepatutnya ada kaitan dengan anda.





5. Dapat duit, ambil sebahagian dan labur selebihnya

Buktikan pada diri sendiri yang anda memang boleh buat kerja dan buat duit. Tetapkan pada satu matlamat, contohnya dapat RM100,000. Kalau hanya dapat simpan RM10,000, keutamaan hanyalah untuk tingkatkan pendapatan supaya boleh tambahkan simpanan. Simpan RM100,000 membuktikan anda memang boleh buat duit dan simpan. Kebanyakan orang tidak dapat melakukan mana-mana satu pun. Bila sudah dapat dan simpan, barulah anda boleh mula membina kekayaan.



Rajin simpan duit sampai jadi banyak:  SINI  | 

Artikel - 5 Tanda Yang Kawan Anda Memang Macam Toksik

Kredit kepada: Yahoo Finance
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....
 


Bila disebut 'bertoksik', dalam hal ini bukanlah bermaksud kawan anda itu jenis pengotor atau kotor secara fizikal. Sebaliknya lebih dilihat secara analogi atau metafora sahaja. Maksudnya ibarat toksik atau kuman.

Dalam kehidupan seharian, kita akan berjumpa dengan ramai orang, bermacam rupa dan perangai. Bila sudah kenal lebih dekat, barulah akan tahu selok-belok tentang diri orang itu. Pada masa itu, tahulah kita dia ini jenis pijak semut pun tak mati, lurus, penyangak, atau boleh jadi apa sahaja yang tidak betul.

Toksik ialah bahan beracun, yang akan menyusahkan kita dan kalau tersilap terhidu atau termakan, boleh menyebabkan kematian. Kalau tahu sahaja ada, memang tiada siapa pun mahu simpan, masing-masing mahu buang.

Yang penting ialah kita kena tahu siapa di kalangan kawan kita yang termasuk dalam jenis toksik. Mereka yang suka jatuhkan orang dan memberikan kesengsaraan pada orang lain. Bila sudah tahu, kita sudah boleh mula jauhkan diri daripadanya beserta dengan segala tenaga negatif yang dibawa bersamanya. Hati pun lebih senang, tekanan pun akan beransur kurang.


Jadi, di sini disenaraikan tanda-tanda kawan anda itu macam toksik...



1. Kawan jenis toksik akan merungut tentang semua benda dan semua orang
Dia menjadi orang yang mula-mula sekali salahkan orang. Tidak kiralah apa halnya, makanan di pantri tidak cukup, hampir jatuh atas lantai yang baru dimop, atau terpaksa buat kerja banyak beberapa hari berturut-turut. Mungkin ada yang akan tertanya apa salah dirinya bila disalahkan oleh manusia jenis sebegini. Walhal bukan salah kita pun. Macamlah dia sahaja yang betul.


2. Dia suka menjadi yang pertama dalam hidup orang
Suka betul mengganggu dan cuba mengawal hidup orang lain. Suka meletakkan orang lain dalam kesusahan terutama kalau kawan lain sudah ada perancangan lain untuk dibuat. Mudah naik angin kalau dirinya tidak diberi keutamaan.



3. Suka mengkritik orang lain
Suka mengkritik orang lain setiap masa, mencari apa sahaja kesalahan orang untuk diperkatakan. Semuanya untuk membuat orang lain kelihatan seakan kecil dan tidak penting.

Bukannya semua orang sempurna. Kita semua ini manusia dan selalu membuat kesilapan. Kawan jenis toksik akan selalu serang orang lain pada kesalahannya dan hebahkan pada semua orang yang anda seorang yang teruk, macamlah anda melakukan jenayah! Kalau anda bukan penjenayah pun, dia polis ke??

Kalau jumpa perangai sebegini, jangan sesekali biarkan dia cuba tindas anda.  




4. Suka permainkan perasaan/emosi orang
Suka remukkan perasaan orang, dia seorang yang sadis. Dia mungkin berasa puas hati kalau orang lain terkena masalah dan berterusan membuat pelbagai provokasi dan membuat orang lain menjadi haru-biru, ibarat balas dendam. Dia akan membuat apa sahaja untuk kenakan orang lain.

Kalau anda ada kawan jenis ini yang suka seksa anda dengan taktiknya semata-mata sebab dia gembira melihat anda kecewa dengan tindakan dan kata-katanya, maka inilah masa anda selamatkan diri dan berhenti ambil tahu dengan manusia berperangai setan ini. Tiada siapa pun di dunia ini suka dipermainkan.



5. Ada yang suka perah duit orang
Dalam hal ini, anda kena ada batas. Jangan biarkan telinga anda asyik dengar bermacam alasannya untuk minta pinjam barang atau duit. Anda bukan mesin ATM kepunyaannya. Kalau pinjam, bukan main susah untuk pulangkan semula. Lagi teruk kalau ada jenis yang minta duit macam subsidi.



Tak suka dengan kawan yang penuh beracun:  SINI  |   


Hidupan Liar - Harimau Bakal Kembali Mengaum di Asia Tengah

Kredit kepada: NY Post
Gambar ihsan: Google Images

Assalamualaikum.....


Harimau bakal kembali mengaum di Asia Tengah.


Harimau Kaspia yang merupakan salah satu spesis dari keluarga kucing yang hidup, sebelum ini biasa ditemui di Turki dan Asia Tengah termasuk Iran, Iraq dan barat laut China sebelum ia semakin pupus. Kini pihak pengkaji percaya yang mereka boleh mengembalikan subspesis ini yang hampir kepada spesis kucing besar.


Saintis telah berbincang kemungkinan memperkenalkan semula keluarga kucing ini sejak seabad dahulu. Dalam kajian terkini, yang diterbitkan dalam Biological Conservation oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti New York (SUNY) dan World Wide Fund for Nature, membentangkan rancangan mereka buat kali pertama.       



Kajian sebelum itu menunjukkan struktur genetik hampir serupa antara harimau Kaspia dan Amur, yang juga dikenali sebagai harimau Siberia. Kajian terkini menjurus ke dua kawasan di Kazakhstan, kawasan yang mungkin berpotensi untuk spesis ini berkembang biak. Kawasan itu berhampiran Sungai Ili dan pantai di Tasik Balkhash. Pun begitu, ada beberapa perkara yang perlu disediakan dan diberi perhatian terlebih dahulu antaranya pagar sempadan, kawalan bekalan air oleh Kazakhstan dan China, pengembalian haiwan mangsa untuk harimau dan perihal keselamatan daripada populasi tempatan. Pengkaji menganggarkan apabila mereka sudah mendapat kebenaran daripada pihak berkaitan, mereka sudah boleh meningkatkan populasi harimau ini daripada 40 ekor kepada 100 ekor dalam masa 50 tahun.


Persoalan masih berlegar berkaitan kematian harimau Kaspia. Pihak IUCN dengan rasmi telah mengisytiharkan kepupusan spesis ini pada 2003 lalu, walaupun ada sesetengah laporan mengatakan tiada satu pun dikesan wujud dalam sedekad hingga 1950an. Kepupusannya disebabkan pemburu Soviet Union yang meracun dan memerangkap spesis ini, begitu juga akibat projek pengairan mereka yang turut memusnahkan habitat harimau ini.

"Habitat harimau Kaspia sangat luas. Bila ia hilang, jumlah negara yang ada populasi harimau berkurangan lebih daripada separuh." kata James Gibbs, ahli kumpulan pengkaji dan pengarah Roosevelt Wild Life Station di SUNY ESF.


Menurut ESF, kini ada sekitar 520 hingga 540 ekor harimau Amur di dunia, dan ia merupakan satu-satunya subspesis yang bertambah pada 65 tahun kebelakangan ini.


Kazakhstan sedia untuk menjadi tempat hidup harimau dan diharapkan akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan di kawasan simpanan Ili-Balkhash dan bakal membantu menarik pelancong.



Kembali mengaum dan berkuasa:  SINI  | 


Artikel - Asteroid Melintas Dekat Dengan Bumi??

Kredit kepada: Popular Mechanics
Gambar ihsan: Google Images  


Assalamualaikum.....


Sekumpulan angkasawan telah menemui asteroid baru beberapa jam sebelum ia menghentam bumi. Asteroid yang dipanggil 2016 QA2 dan ia tersasar sedikit dari bumi kurang dari 1/4 jarak ke bulan.

Asteroid ini mempunyai orbit yang pelik. Ia berbentuk sangat elips dan ia boleh didapati bergerak sekitar Marikh dan Zuhrah namun sesekali melintas dekat dengan bumi.




Lebih merisaukan apabila tidak ramai yang melihat kalau ada asteroid yang berbahaya. Sementara Kongres telah menugaskan NASA mencari 90% asteroid bersaiz 450 kaki atau lebih besar menjelang 2020, agensi ini semakin menghampiri matlamat itu. Penyediaan dana untuk kajian ini tidaklah besar dan kebanyakan teleskop untuk cerapan asteroid bersaiz ini tidak akan muncul sehingga beberaoa tahun lagi. Walaupun begitu, mereka mungkin terlepas mencerap 2016 QA2, yang bersaiz 50-100 kaki. Asteroid dengan saiz ini sangat kecil sehinggakan hampir tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengesannya. Walaupun begitu, ia masih boleh menyebabkan kerosakan. Misalnya, asteroid Chelyabinsk dengan kelebaran 55 kaki telah meletup di Rusia pada 2013 telah memusnahkan banyak bangunan dan mencederakan lebih 1500 orang awam.


Sehingga kini, adalah perlu untuk meningkatkan lagi keupayaan pencerapan asteroid. Jika tidak, akan sampai masanya nanti ramai akan terima akibat apabila berlaku insiden yang lebih buruk. 



Terbang jangan sampai terlanggar:   SINI   |  



Hiburan - Dark Matter

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Dark Matter ialah satu siri tv Kanada bercirikan fiksyen sains ciptaan Joseph Mallozzi dan Paul Mullie, berdasarkan watak komik dengan nama yang sama dan dikembangkan oleh Prodigy Pictures dengan kerjasama saluran Space. Sebanyak 13 episod dihasilkan untuk musim pertama siarannya bermula 12.6.2015 untuk saluran Space dan Syfy. Sebanyak 13 episod lagi disambung untuk musim kedua untuk siaran bermula 1.7.2016 dan musim ke-3 yang disiarkan pada 2017. 





Siri ini mengisahkan sekumpulan 6 orang yang hilang memori siapa mereka dan dari mana asal-usul mereka, bangun dalam sebuah kapal angkasa dipanggil Raza. Mereka sekadar dinamakan 'One' hingga 'Six' berusaha menstabilkan kapal mereka dan mencari jawapan kepada apa yang sebenarnya terjadi kepada mereka.


Menampilkan Marc Bendavid, Melissa O'Neil, Anthony Lemke, Alex Mallari Jr., Jodelle Ferland, Roger Cross, Zoie Palmer, Melanie Liburd, dan Shaun Sipos.


 
Sumber tak terlibat dengan bahan gelap:  SINI  |  SINI  | 



Hiburan - Blindspot

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....

Blindspot ialah siri tv Amerika Syarikat dengan genre jenayah  dicipta oleh Martin Gero, mula disiarkan pada 15.9.2015. Musim pertama disiarkan dengan 23 episod dan satu episod tambahan. Musim kedua disiarkan pada 14.9.2016.


Siri ini mengisahkan seorang wanita yang mempunyai banyak tatu misteri, hilang identiti dan memori. FBI mendapati setiap tatu mempunyai petunjuk kepada jenayah yang mereka perlu selesaikan.



Menampilkan Sullivan Stapleton (300 Rise of Empire), Jaimie Alexander (Thor, Siri Covert Affair), Rob Brown, Audrey Esparza, Ashley Johnson, Ukweli Roach, Marianne Jean-Baptiste, Luke Mitchell, Michelle Hurd, Archie Panjabi


Tengok dari sudut yang tak nampak:  SINI  |  SINI  | 


Saturday, January 7, 2017

Kesihatan - Autism Dikaitkan Dengan Kekurangan Vitamin D Ketika Hamil

Kredit kepada: TAC, RST
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Satu kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal Molecular Psychiatry menyatakan bahawa wanita hamil yang mempunyai tahap vitamin D yang rendah ketika tempoh kehamilan 20 minggu berisiko mempunyai anak yang akan menghidap autism ketika berusia 6 tahun. Dalam kajian itu, pengkaji telah menganalisa lebih kurang 4200 sampel darah daripada wanita hamil dan anak mereka di Netherlands.  


Vitamin D penting untuk pembentukan tulang yang sihat dan orang ramai biasa mendapatnya ketika terdedah kepada sinaran matahari. Walau bagaimanapun, boleh juga mendapat vitamin daripada sumber lain seperti makanan dan vitamin tambahan.


Autism dan gangguan spektrum autism (autism spectrum disorder (ASD)) ialah istilah yang digunakan bagi satu kumpulan gangguan perkembangan otak, berdasarkan maklumat daripada organisasi kesedaran autism, Autism Speaks. Gangguan ini dikelaskan oleh kesukaran interaksi sosial, komunikasi lisan dan bukan lisan, dan tingkahlaku berulang. ASD juga dikaitkan dengan ketidakupayaan intelektual, kesukaran koordinasi motor, perhatian, dan isu kesihatan fizikal seperti tidur dan gastrousus.


Menurut Centers for Disease Control and Prevention, 1 dalam 68 orang kanak-kanak menghidap gangguan ini dan 4.5 kali lebih kepada anak lelaki berbanding perempuan. Menurut seorang pakar kesihatan wanita, Jennifer Wider, malangnya kekurangan vitamin D biasa di kalangan wanita hamil. Antara 40 ke 60 peratus populasi di Amerika daripada mereka kekurangan vitamin D dan itu termasuk wanita hamil. Selepas kajian ini dan sepertinya, doktor akan mencadangkan pengambilan vitamin tambahan.


Kajian lain turut menunjukkan pentingnya vitamin D dalam perkembangan otak dan sistem saraf. Kurangnya vitamin D mungkin berkaitan dengan gangguan perkembangan neuro seperti autism.


Sesetengah makanan seperti telur, ikan salmon dan sardin mengandungi vitamin D. Cendawan adalah alah satu daripadanya dan ia menyumbang hanya sedikit. Kebanyakannya diperoleh daripada sumber diperkuat seperti susu. Seorang pakar, Wider, menjangkakan ramai lagi doktor akan mencadangkan tambahan vitamin D kepada wanita hamil hasil daripada kajian ini. Jika mereka prihatin tentang diri dan anak dalam kandungan, mereka boleh rujuk kepada doktor.



Sumber cukup segala zat:  SINI  |


Berita - Corat-coret Program Memanah TAC November dan Disember 2016 - Bhgn 2

Kredit kepada: TAC, pihak masjid
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


29-31.12.2016
Kali ini TAC membuka kanopi memanah di Masjid Jamek Pengadang Baru, selama 3 hari sempena Karnival Jom Ke Masjid yang diadakan oleh pihak masjid berkenaan. 

Sepanjang acara,  pelbagai aktiviti lain turut diadakan seperti pertandingan azan, pertandingan mewarna kanak-kanak, futsal dan pertandingan memanah.



Langit gelap tanda akan hujan. Walaupun begitu, masih ramai yang berkunjung untuk mencuba


Piala dan baju disediakan untuk pemenang


Petugas yang setia menemani dan melayan pengunjung sepanjang hari karnival

 



Gerai jualan untuk dikunjungi. Pelbagai barangan dijual antaranya minyak wangi, baju, sabun, makanan, kopiah, jubah dan karpet. 





Suasana hujan lebat pada hari ke-3 karnival. Hujan lebat dari petang hari sebelumnya hingga petang hari ke-3 menjejaskan sedikit kedatangan pengunjung dan peniaga gerai. Pengunjung mulai ramai hanya selepas Maghrib. 


Untuk acara Cabaran Memanah, sasaran disediakan adalah gambar raksasa. Piala untuk pemenang yang dapat menembak tepat ke sasaran.


Sepanjang acara, gerai jualan turut dibuka dan pada sebelah malam diadakan kuliah Maghrib dan selepas Isyak, diadakan ceramah dengan menampilkan beberapa penceramah jemputan dan selebriti Heliza Helmi dan Nasir Bilal Khan. Karnival ini dibuka dari pagi hingga tengah malam.



Berita - Corat-coret Program Memanah TAC November dan Disember 2016 - Bhgn 1

Kredit kepada: TAC, RST, Surau Al-Iman, UMT, dll.
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....


Selama 3 hari berturut-turut pihak TAC menerima jemputan mengadakan program memperkenalkan sukan memanah tradisional di beberapa lagi lokasi sekitar Kuala Terengganu. Pun begitu, acara diadakan dalam suasana hujan lebat berikutan musim tengkujuh pada setiap hujung tahun.   


Pada 29.11.2016, pihak TAC telah mengadakan sesi pengenalan sukan ini di Surau Al-Iman di Kampung Losong Lebai Salleh. Acara sepatutnya bermula sekitar jam 10 pagi, namun disebabkan hujan lebat, maka ia ditangguhkan ke waktu selepas solat Zohor. Acara ini adalah sebahagian daripada jadual program bagi pelajar-pelajar yang menyertai kem tahfiz pada hari berkenaan dan ia diadakan di bawah kanopi yang disediakan oleh pihak surau. Sekitar 150 pelajar menyertai acara ini.  Acara ini diadakan di bawah kanopi disediakan pihak masjid selepas semua pelajar selesai makan dan solat Zohor.








Pada 30.11.2016, acara ini diteruskan di surau lama di Kampung Durian Burung dan seramai 16 lelaki dan 9 perempuan menyertainya. Pada 1.12.2016 acara memanah ini diteruskan di Masjid Mengabang Telong sebagai satu program dalam jadual bagi pelajar kem tahfiz cuti sekolah. Acara diadakan jam 9 pagi dan berakhir jam 12 tengahari.  


7.12.2016
Program Memanah di UMT diadakan sebagai mengisi slot jadual Kem Aulad bagi anak-anak staf UMT. Acara melibatkan seramai 70 pelajar dan 10 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar UMT. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan dan sebanyak 6 papan sasaran disediakan untuk mereka mencuba aktiviti ini. Acara ini diadakan pada pukul 10 pagi hingga 12.30 tengahari.


10.12.2016
Acara Memanah bagi Rimayah Sunnah Terengganu diadakan bermula jam 9 pagi. Pertandingan kecil ini diadakan di sebuah gudang berdekatan Sabasun Gong Badak. Seramai 11 orang menyertai. Acara ini diadakan dengan 9 panah dan 3 pusingan atau end, terdiri daripada cara berdiri, duduk dan pusing belakang.






24.12.2016
Pusat Memanah TAC dijemput membuka kanopi untuk memanah kepada para peserta Reunion PLKN yang diadakan di Dataran Alur Limbat, Bukit Payung. Acara bermula jam 9.30 pagi di padang dataran itu tanpa sebarang masalah cuaca buruk meskipun ketika ini musim tengkujuh. Para peserta adalah daripada kalangan pelajar PLKN tahun 2014 hingga 2016 seramai lebih kurang 400 orang. Sepanjang acara, turut diadakan gerai pameran dan jualan.