MY FOLLOWERS

Saturday, December 24, 2016

Kesihatan - Udara Bersih Tapi Masih Bertoksin Kesan Asap Rokok

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....



Udara dalam rumah berasa seperti sudah bersih walaupun selepas perokok berhenti merokok, tetapi toksin dalam tembakau masih akan kekal dalam udara selama sebulan, sebagaimana dilaporkan pengkaji dalam jurnal Tobacco Control.


 



"Kita dapat lihat asap dalam udara kemudian ia hilang dari pandangan." kata Georg Matt dari Universiti San Diego kepada New York Times. Oleh sebab ia masih meninggalkan kesan kompaun kimia karsinogenik dalam debu dan permukaan dari karpet hinggalah ke kertas dinding dan jubin pada siling, maka pendedahan kepada kesan tembakau masih tidak selamat.  


Pengkaji menguji rumah ramai bekas perokok yang baru berhenti merokok dan mendapati penghuninya masih terdedah kepada bahan cemar dari perokok ketiga yang ada dalam debu dan permukaan walaupun selepas 6 bulan. Walaupun tahap toksin sudah berkurang secara signifikan apabila mereka sudah berhenti, ia masih boleh dikesan dalam urin, di akhir ujian yang dijalankan.

Banyak lagi kajian perlu dibuat tentang bagaimana untuk membuang kesan bahan cemar ini lebih cepat.


Kajian dibuat selepas laporan Reuters menyatakan 24 juta kanak-kanak tidak merokok terdedah kepada perokok kedua di Amerika disebabkan ibu bapa mereka, terdiri daripada 4 dalam 10 kanak-kanak yang bersekolah. American Heart Association melaporkan pendedahan kepada mereka ketika masa kanak-kanak boleh membawa kepada masalah kesihatan berpanjangan dan memendekkan jangka hayat, dan ia sesuatu yang tidak boleh di pandang remeh. Ini kerana sesetengah kompaun kimia dalam perokok ketiga adalah antara karsinogen paling kuat.



Sedut udara bukan sedut asap:   SINI  |  SINI  |    


Artikel - Jangan Sesekali Terlibat Dengan Rasuah!

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Rasuah: Terlepas di dunia, akhirat menanti - Tun Mahathir

 


ULASAN Rasuah adalah suatu jenayah yang dipandang keji dan kotor oleh semua masyarakat manusia. Ia dianggap lebih kotor dari mencuri.

Sebabnya ialah kerana sementara mencuri dilakukan terhadap orang yang berada, tetapi rasuah menyasar orang miskin dan daif.

Nasib mereka yang miskin ini menjadi lebih buruk kerana terpaksa menyuap rasuah. Masyarakat dan negara yang miskin tidak dapat dimajukan kerana rasuah meningkat kos dan melewat keputusan dan pelaksanaan.

Ada pihak yang cuba menghalalkan rasuah dengan mendakwa jika wang yang diterima diguna bukan untuk tujuan sogokan dibuat, maka ia tidak menjadi rasuah. Ia tidak menjadi jenayah sebaliknya ia menjadi halal. Oleh itu terimalah sogokan rasuah kerana ia tidak menjadi jenayah dan ia halal jika tidak laksana tujuan rasuah diberi.

Walaupun wang sogokan tidak diguna untuk tujuannya, tetapi wang atau pemberian rasuah masih menjadi jenayah dan ia tidak boleh dihalalkan. Pegawai tinggi yang menerima 100 juta ringgit rasuah akan dikenakan tindakan samada dia tunai atau tidak tunai tujuan rasuah yang diberi kepadanya.

Ada yang berkata rasuah tidak termasuk dalam jenayah hudud. Ia tidak akan dihukum di dunia. Ia hanya akan dihukum di akhirat.

Pendapat ini seolah-olah memperkecilkan hukum akhirat dan menggalakkan amalan rasuah kerana tidak akan dihukum di dunia.

Pendapat seperti inilah yang merosakkan moral masyarakat manusia dan menghalang proses kearah bertamaddun. Masyarakat ini tidak akan dipercayai kerana moralnya rendah.

Dalam PRK baru-baru ini parti pemerintah menghulur duit, beras dan barangan elektrik sebagai cara sogokan untuk mendapat undi.

Penerima pula disuruh bersumpah ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’, supaya mengundi parti yang sogok mereka. Jika mereka tidak undi seperti sumpahan mereka, maka segala pemberian itu adalah haram dimakan atau diguna oleh mereka.

Ramai yang terima bahawa sumpah mereka apabila ditunai maka penerimaan mereka menjadi halal.

Sebenarnya pemberian kepada mereka adalah haram kerana ia adalah sogokan rasuah. Rasuah tetap rasuah dan tidak halal bagi pemberi dan penerima. Tidak melaksana tujuan rasuah tidak akan menghalalkan rasuah.

Balasan di dunia mungkin tidak berlaku kerana yang menghulur rasuah adalah juga mereka yang dipertanggungjawab mengawal rasuah. Pihak mereka ini lebih berdosa kerana sengaja tidak melaksanakan tanggungjawab mereka mencegah rasuah, sebaliknya merekalah yang melakukan rasuah.

Ada juga mereka yang berpendapat bahawa jika duit rasuah yang mereka terima diguna untuk kebajikan atau ibadat, maka mereka terlepas daripada membuat kesalahan bahkan mendapat pahala. Pendapat ini datang dari orang yang ingin menyedapkan hati mereka.

Sebenarnya wang hasil pencurian atau rasuah tetap haram. Kebajikan atau ibadat yang dibuat tidak akan halalkan wang yang haram.

Ramailah yang sedia terima wang untuk buat ibadat haji dan umrah tanpa bertanya dari mana datang wang yang mereka terima. Kita tidak dipaksa oleh agama untuk buat kerja haji jika kita tidak mampu. Kita tidak dipaksa curi dan samun atau melakukan jenayah rasuah supaya dapat menunaikan ibadat haji.

Tetapi ada pendapat bahawa ibadat ini, walaupun dari punca kewangan yang tidak halal, maka mereka sudah penuhi rukun kelima ini dan yang menghadiahkan belanja haji, terlepas dari dosa rasuah.

Agama Islam memberi kelonggaran tentulah kerana tidak hendak membebankan umat Islam sehingga mereka terpaksa berjenayah untuk membiayai perlaksanaan ibadat ini.

Tidak ada dalam Al Quran atau Hadith yang sahih yang menyuruh orang Islam mengamalkan rasuah atau menyamun atau mencuri supaya dapat buat kebajikan dan ibadat.

Yang menyebabkan adanya orang yang cuba menghalalkan rasuah, matlamat mereka ialah kerana kepentingan duniawi seperti umpamanya politik.

Dalam masyarakat yang menghalalkan rasuah, yang berkuasa dan kaya boleh menindas yang miskin. Ini adalah oleh kerana segala urusan pentadbiran akan menanggung kos rasuah.

Keselamatan rakyat juga akan terabai kerana sebahagian dari dana pemerintah akan diselewengkan. Pihak berkuasa akan menipu rakyat sepanjang masa.

Inilah sebabnya mereka yang berhajat menyalahguna kuasa kerajaan sanggup menghulur rasuah daripada duit yang didapati secara halal atau tidak halal atau mempergunakan duit kerajaan dengan cara yang salah.

Bagi mereka ini rasuah yang dihulurkan dalam pilihanraya adalah satu pelaburan yang akan hasilkan pendapatan yang tinggi dan kuasa yang berterusan untuk menerima rasuah lagi.

Ingatlah, wahai pemberi dan penerima rasuah bahawa walaupun terlepas dari hukum di dunia tetapi di akhirat sogokan rasuah tidak akan menyelamatkan mereka dari api neraka.



Sumber yang tak nak beri atau terima:  SINI  |   


Hidupan Liar - Paus Pembunuh Serang Jerung

Kredit kepada: Mother Nature Network
Gambar ihsan: Mother Nature Network


Assalamualaikum.....

Jerung mungkin dikenali sebagai satu spesis yang garang tetapi satu penemuan yang dirakamkan menerusi video dron menunjukkan jerung bukanlah penyerang yang terbaik sebaliknya ikan paus pembunuh.


Seorang jurufoto  Slater Moore  yang merakamkan detik itu ketika tinjauan di Teluk Monterey selepas menyedari sifat memburu satu kumpulan paus pembunuh. Rakaman video dron itu memberikannya satu futej yang memaparkan jerung dan 4 ekor lawannya. Rakaman ini bukti bahawa jerung bukanlah pemangsa yang terbaik bila bertemu lawan sedemikian lebih-lebih lagi bila paus berkenaan bergerak dalam kumpulan. 






Jerung itu masih lagi hidup di permulaan video, masih bergerak ketika dibaham dalam mulut salah seekor paus itu. Babak itu yang paling menarik kerana serangan paus pembunuh dan membaham jerung belum pernah dirakamkan sebelum ini. Memang saintis tahu paus pembunuh memburu jerung hasil daripada pemeriksaan ke atas kandungan perut bangkai paus yang terdampar di pantai, namun dapat melihat sendiri video serangan sebegini adalah satu pengalaman luar biasa.


Kumpulan paus pembunuh ini juga sukar ditangkap, merakamkannya dekat dengan pantai adalah pengalaman yang jarang didapati. Mereka terdiri daripada kelompok subspesis yang hanya dikenali sebagai berbeza pada tahun 1988, yang berhijrah jauh di lautan luas di sepanjang pantai barat. Sifat memburu mereka jarang dapat dilihat. Dalam video itu, 2 daripada paus pembunuh itu adalah yang kecil. Melihat paus dewasa seperti memberi jerung yang masih hidup kepada yang lain, mencadangkan ia mungkin sedang mengajar anaknya untuk memburu jerung.


Selain mengetahui ia berada yang teratas dalam rantai makanan, ikan paus pembunuh juga ada kelemahannya. Jerung didapati mempunyai tahap merkuri yang sangat tinggi disebabkan diet apeks. Memakannya bermakna paus pembunuh juga menelan bahan pencemaran pada jumlah yang tinggi. Tahap pencemarannya juga jauh lebih tinggi kerana ia terkumpul dalam badannya.   



Sumber pertembungan antara spesis:   SINI   |  




Artikel - Isyarat Dari Bintang Atau Bumi??

Kredit kepada: CNet
Gambar ihsan: Google Images
 
 
Assalamualaikum.....

 

 
 
Satu isyarat pelik dari kosmos membuatkan para saintis tertanya-tanya adakah makhluk asing yang cuba menghbungi. Sehingga kini ia tidak dapat dipastikan dan bersifat semulajadi atau hanya sejenis gangguan manusia adalah puncanya. Kalau pun ada makhluk pintar yang cuba berhubung, teknologi mereka mungkin jauh lebih canggih dan itu hanyalah fiksyen sains seperti dalam tv.



Kegemparan yang terbaru ini bermula apabila seorang penulis, Paul Gilster mendedahkan bahawa dia ada melihat satu dokumen pada hujung September lalu yang menunjukkan satu isyarat kuat yang dikesan datangnya dari bintang sejauh 95 tahun cahaya. Saintis Rusia mendapat isyarat itu setahun lalu menerusi teleskop radio yang berkuasa. Isyarat itu datangnya dari bintang HD 164595 dalam buruj Hercules, yang disahkan ada sekurang-kurangnya satu planet bersaiz planet Neptun dalam orbitnya yang tidak menyokong hidupan.



Ada banyak alasan untuk bersikap skeptikal di sebalik isyarat ini. Saintis pada mulanya mengambil masa setahun untuk menghubungi komuniti SETI untuk mengendalikan tinjauan lanjutan dan cuba mengesahkan apa yang dikesan kerana ia adalah protokol di kalangan angkasawan. Pun begitu, saintis Rusia pula mengesan hanya satu isyarat dalam 39 kali cubaan. Pada masa itu saintis hanya mengambil ringan akan perkara ini.


Angkasawan senior di Institut SETI, Seth Shostak memberi perhatian tentang teleskop radio Rusia, RATAN-600 mempunyai rekaan agak pelik dan tidak dapat diyakini isyarat yang ditemui itu datang dari HD 164595 atau tidak.


"Penjelasan paling munasabah boleh diberikan tentang isyarat dari HD 164595 ialah ia bukan tanda kecerdikan makhluk asing. Sama ada ia adalah satelit yang terbang atau hanya gangguan isyarat radio disebabkan pemancar di bumi. Boleh jadi juga kalau ada penjelasan lain yang belum diketahui." kata Presiden Doug Vakoch dari METI (Messaging Extra-Terrestrial Intelligence) International)


Keterujaan orang ramai terhadap makhluk asing di luar angkasa bermula kurang dari setahun selepas satu seminar tentang kemungkinan adanya struktur gergasi binaan makhluk asing di sekitar bintang KIC 8462852 dan Proxima B, sebuah planet berpotensi untuk tampung kehidupan yang mengorbit paling dekat dengan matahari.  



Tiada hidupan di luar angkasa:  SINI   |  

Hiburan - Marvel's Iron Fist

Kredit kepada: Wiki
Gambar ihsan: Google Images
 

Assalamualaikum.....



Marvel's Iron Fist atau secara ringkasnya Iron Fist, ialah satu siri tv di laman web dikembangkan untuk Netflix oleh Scott Buck, berdasarkan watak komik keluaran Marvel dengan tajuk yang sama. Berada dalam persekitaran Marvel Cinematic Universe (MCU), dan berkongsi kesinambungan dengan francais Marvel yang lain dan merupakan siri keempat yang akan membawa kepada siri mini Defenders. Siri ini diterbitkan oleh Marvel Television dengan kerjasama ABC Studios.

 


 
Finn Jones sebagai Danny Rand / Iron Fist, seorang ahli seni beladiri dengan kebolehan untuk memanggil kuasa Iron Fist. Siri ini turut dibintangi Jessica Henwick, David Wenham, Jessica Stroup dan Tom Pelphrey. Selepas versi filem berdasarkan watak yang mengambil masa berdekad dikembangkan di Marvel Studios, perkembangan siri ini bermula lewat 2013 di Marvel Television. Siri ini akan ditayangkan pada 2017.

Dibintangi Finn Jones, Jessica Henwick, David Wenham, Jessica Stroup, Tom Pelphrey


Tumbukan keras penuh kuasa:  SINI  | 


Thursday, December 15, 2016

Kesihatan - Jus Lemon dan Kunyit

Kredit kepada: Huffington Post
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Lemon ada banyak khasiatnya. Antaranya ia membekalkan sejumlah zat yang diperlukan tubuh seperti kalsium, zat besi, magnesium, potasium, enzim, antioksidan, serta fiber. Ia boleh membantu sistem pencernaan, meningkatkan sistem imun, menghidrat dan meanmbah tenaga. Untuk menjadikannya lebih baik, boleh ditambahkan sedikit kunyit. Ia akan menjadikan minuman lemon ini bertenaga dan boleh membersih dalaman anda.





Apa ia boleh buat untuk tubuh anda?

Merangsang sifat anti-keradangan dalam air lemon. Curcumin, merupakan kompaun aktif dalam kunyit ialah satu kompaun yang kuat yang menyamai keberkesanan banyak jenis ubat anti-keradangan.


Meningkatkan kuasa otak. Lemon adalah sumber terbaik bagi potasium dan magnesium perangsang otak sementara kunyit didapati boleh mengurangkan risiko gangguan kognitif seperti dementia dan Alzheimer.  


Aktiviti antioksidan. Lemon dan kunyit mempunyai aktiviti antioksidan yang kuat bagi memastikan kulit anda dalam keadaan baik dan menjauhkan anda daripada tumor. 

Memperbaiki pencernaan. Mengambil kunyit dalam minuman dan makanan setiap hari mampu merangsang pundi hempedu, mengurangkan kembung dan angin, mencegah inflamasi dalam saluran usus sementara jus lemon membantu mengeluarkan dan membuang toksin daripada sistem pencernaan.


Bagus untuk jantung. Curcumin mengurangkan kolesterol LDL, menghalang pembekuan darah dan membuang plak daripada arteri.


Membantu mengurangkan berat badan. Lemon membantu membakar lebih banyak kalori daripada makanan yang dimakan.

Ciri pembersih. Lemon dan kunyit merangsang limpa untuk menghasilkan lebih enzim. Ia membolehkan limpa bekerja dengan lebih efektif bagi membuang toksin dan bahan buangan lain.


Resipi air lemon berkunyit.

1 gelas air suam
1 sudu teh serbuk kunyit atau akar kunyit yang dikisar
Jus lemon
Secubit lada hitam
Madu atau sirap mapel sebagai perasa (pilihan)
Secubit kulit kayu manis


Campurkan jus lemon, lada hitam, kunyit, madu, kulit kayu manis dalam segelas air suam. Minum pada awal pagi dengan perut kosong untuk mendapat kesan terbaik. Kacau sedikit ketika minum untuk elakkan kunyit tenggelam ke dasar gelas.


Minum biar sihat:  SINI  |    


Kesihatan - Tubuh Anda Berasid atau Beralkali??

Kredit kepada: Simple Capacity
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Dr. Otto H Warburg, juga pemenang hadiah Nobel yang menemui punca sebenar kanser, mendapati bahawa punca asas terjadinya kanser ialah kerana kekurangan oksigen. Ini membawa kepada keadaan berasid dalam tubuh. Dr. Warburg juga mendapati sel-sel kanser bersifat anerobik iaitu tidak menggunakan oksigen dan ia tidak mampu hidup dalam keadaan adanya paras oksigen yang tinggi dalam tubuh, sebagaimana didapati dalam keadaan beralkali.


Semua sel normal ada keperluan penuh untuk oksigen tetapi sel-sel kanser boleh hidup tanpa oksigen dan ia adalah tanpa pengecualian. Kurangkan paras oksigen dalam selnya sehingga 35% selama 48 jam dan ia akan berubah menjadi sel kanser.


Satu diet yang penting ialah dengan mengekalkan paras pH yang normal dalam tubuh. PH tubuh akan seimbang apabila paras alkali dan asid dalam semua sel tubuh berada dalam keadaan seimbang. Tubuh mesti seimbangkan paras pH dalam darah dengan sedikit beralkali pada paras 7.365 untuk terus hidup. pH tubuh yang tidak seimbang akan mengganggu aktiviti sel dan fungsinya. pH tubuh yang terlalu berasid akan membawa kepada masalah kesihatan yang serius seperti kanser, penyakit kardiovaskular, diabetes, osteoporosis dan pedih hulu hati.


Jika tubuh dibiarkan berada dalam keadaan berasid terlalu lama, ia akan mempercepatkan proses penuaan. Kebanyakan masalah kesihatan berpunca daripada keadaan tubuh berasid. Ini kerana parasit, bakteria, virus, berkembang dalam persekitaran berasid. Persekitaran beralkali akan meneutralkan bakteria dan patogen-patogen yang lain.  


Oleh itu, mengekalkan keseimbangan pH tubuh menjadi satu daripada perkara penting bagi mengoptimumkan kesihatan tubuh.


Ubat keasidan tubuh

Bahan-bahan: 1/3 sudu teh soda penaik, 2 sudu teh jus lemon segar, atau cuka epal cider.

Caranya:
Campurkan semua bahan. Kombinasi berasid akan menyebabkannya berdesis. Campurkan lagi serbuk penaik hingga hilang semua bunyi berdesis, kemudian isi gelas dengan 8 auns air. Minum semua sekali. Campuran ini akan meneutralkan pH dan mencipta persekitaran beralkali dalam tubuh. Ia membantu mengurangkan keasidan dan masalah asid perut.



Sumber perut penuh asid:   SINI   |  



Artikel - Perenang Hilang Anggota Badan Angkara Jerung

Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Sudah diberi amaran tetapi masih teruskan niat berenang di laut.





Satu lubang besar sebesar 6 kaki yang ditemui pada jaring keselamatan yang melindungi kawasan pantai di Boucan Canot di Kepulauan Reunion membuatkan petugas segera menaikkan bendera merah tetapi itu masih tidak dapat menghalang sekumpulan perenang daripada terus berenang di kawasan pantai itu.


"Pada pagi diperiksa, ada satu lubang bersaiz 2 meter ditemui, jadi mereka telah tutup pantai," kata perenang, Davy Stolk kepada majalah Afrika Selatan, Zigzag.

Petugas bimbang dengan serangan jerung, namun ia disedari apabila seorang pelajar dari Etang Sale diserang dua kali oleh jerung. 


Laurent Chardard hilang kaki dan tangannya dalam satu serangan jerung di timur Madagascar di Lautan Hindi. 


Anggota penyelamat Bertrand Babef, menyedari Chardard kehilangan anggota badannya ketika dia mendapatkannya. 

Chardard dirawat di pantai sebelum dihantar dengan helikopter ke hospital di Saint-Denis. Dua anggota badannya tidak dapat disambung kerana kecederaan yang teruk. LINFO.Re melaporkan Chardard tidak lagi koma.   

 Bagi Babef pula, dia patah kaki dan cedera dahi apabila ombak menghempas jetski ketika cuba menyelamatkan Chardard, tetapi kecederaan itu tidak mematahkan semangatnya.

Babef memberitahu LINFO.Re dia tidak menyalahkan Chardard kerana meluncur walaupun itu akan membahayakan nyawanya. Namun apabila bendera merah dinaikkan itu bermakna ada bahaya berhampiran. Kepualaun itu ada sejarah serangan jerung dengan 19 kes pada 2011, 7 daripadanya membawa maut dan lebih separuh melibatkan peluncur.


Menurut International Business Times, serangan jerung di Kepulauan Reunion memuncak pada 2013, memaksa kerajaan mengharamkan meluncur dan berenang di semua pantainya. Pantai itu dibuka semula selepas pemasangan sempadan dan teknologi pemantauan.


Sumber serangan makhluk laut:  SINI  |    



Artikel - Buku Catatan Lee Harvey Oswald Dedahkan JFK Bukan Sasaran Sebenar

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Beberapa jam selepas pembunuhan JFK, selepas Lee Harvey Oswald menembak dan membunuh pegawai polis Dallas, J. D. Tippit dan dia dikenalpasti sebagai pembunuh, seorang pegawai dari Perkhidmatan Rahsia, Mike Howard, telah dihantar ke pangsapuri Oswald. Howard mendapati sebuah buku alamat bersaiz kecil warna hijau dan di halaman 17 ditulis tajuk I WILL KILL (Saya akan bunuh) dan disenaraikan 4 orang lelaki: James Hosty - seorang ejen FBI, Edwin Walker - jeneral kanan, dan Richard Nixon - Pemangku Presiden. Senarai paling atas ialah John Connally iaitu gabenor Texas. Pada nama Connally dilukis pisau belati dan titisan darah.




Ejen Howard telah menyerahkan buku itu kepada FBI dan Suruhanjaya Warren. Setelah beberapa lama barulah mereka dapati bahawa senarai dengan petunjuk penting kepada motif sebenar pembunuh telah dilaksanakan oleh pembunuh itu luar daripada buku itu.


Dendam Pada Connally

"Saya tidak tahu apa-apa tentang Howard sehingga saya terbitkan buku bertajuk 'The Accidental Victim' pada 3 tahun lalu pada ulangtahun pembunuhan itu yang ke-50. Dalam buku itu, saya mempertikaikan keterangan mengikut kes bahawa Conally adalah sasaran sebenar Oswald di Dallas, bukannya Kennedy. Ia adalah kisah dendam kesumat yang mengaitkan Oswald dan Connally dengan semua kesusahan dalam hidupnya yang sudah sememangnya teruk."


Dendam Oswald bermula pada Januari 1962. Ketika itu Oswald di Soviet Union yang telah menamatkan perkhidmatannya dalam Marine Corps. Apabila pihak Marin mendapati dia cuba membelot, penamatan Oswald disimpulkan sebagai mengurangkan kepentingan yang tidak diingini. Oswald menjadi marah dan tindakannya itu tiada lagi kena mengena dengan perkhidmatannya dalam Marin selama 3 tahun.

Pada awal 1962, Oswald kecewa dengan kehidupan Sovietnya dan mahu pulang. Dia kemudian dibebankan dengan ada isteri dan anak. Dia tahu orang yang ada pendidikan dan telah menghabiskan banyak masa di Rusia dan ada penamatan tidak diingini dalam rekod, mesti ada beberapa prospek di Amerika.


Oswald menulis surat kepada Connally yang juga ketua di Jabatan Tentera Laut, penyelia orang awam di dalam Marin. Dalam terma yang memilukan itu, Oswald meminta Connally membetulkan apa yang disifatkan sebagai kegagalan dalam perundangan. Balasan yang dia dapat sebulan kemudian adalah satu penolakan birokratik. Surat yang acuh tak acuh itu tiba dalam sampul dengan gambar Connally tersenyum di depannya, yang turut mengumumkan undiannya untuk merebut jawatan gabenor Texas.


Sebulan selepas Oswald kembali ke Amerika, mimpi ngerinya menjadi nyata. Dia mula menghadapi masalah serius dalam mencari kerja di Texas. Menurut emigran Rusia yang mengenalinya ketika itu, setiap kali hal penamatan khidmatnya muncul dalam temuduga, dia akan tergamam, menyebabkannya semakin berdendam dengan Connally.


Dalam testimoninya kepada Suruhanjaya Warren, Marina selaku isteri Oswald secara muktamad menamakan Connally sebagai sasaran suaminya, bukannya Kennedy. Dia mengulangi testimoni ini di U.S. House Select Committee on Assassinations pada 1978. Emigran Dallas juga memberi testimoni tentang obsesi Oswald kepada Connally. Pun begitu, ada testimoni kukuh menyatakan dia tiada kebencian terhadap Kennedy. Sebaliknya dia mengagumi inisiatif JFK seperti usaha mengendurkan ketegangan dengan pihak Rusia.


Persoalannya, kenapa bukti motifnya diabaikan dan didiamkan dalam siasatan rasmi? Lebih lagi, kenapa buku hijau itu yang diperiksa dalam Arkib Nasional kehilangan halaman penting itu? Selama beberapa tahun dia mengajar dalam kelas di kolej komunitinya, barulah ejen bersara, Howard mengetengahkan pandangannya bahawa Connally adalah sasaran Oswald, bukannya JFK.





Mengenai halaman buku itu yang hilang, Howard mencadangkan kemungkinan:
J. Edgar Hoover, pengarah FBI ketika itu tidak mahu agensinya melalui Ejen Hosty, dibabitkan dalam pembunuhan itu. Namun Hosty telah menemuramah Marina tentang status imigrannya beberapa minggu sebelum pembunuhan berlaku. Oswald yang berang ketika itu meninggalkan surat ugutan di pejabat FBI di Dallas pada November 1963. Hosty memberi keterangan kepada Kongres bahawa ia adalah arahan pihak atasan untuk dia dedahkannya selepas pembunuhan.

Satu lagi, Presiden  Lyndon Johnson menjadi motivasi yang kuat. Dia tidak mahu Connally selaku kawannya menjadi faktor dalam kes tersebut.

Selama 53 tahun, industri kotej telah membangun mengatasi motif pembunuhan JFK. Ia mesti dikaitkan dengan Mafia, Rusia, pihak Cuba atau kepercayaan Marxisme Oswald atau jenayah kecil-kecilan Jack Ruby di dunia jenayah Dallas. Orang awam beranggapan bahawa jenayah terhebat abad ke-20 mesti sebuah produk yang setara dengan konspirasi terhebat juga.

Bagaimanapun, tiada satu pun teori konspirasi ini bertahan apabila satu kejadian berlaku enam bulan sebelum 22.11.1963, dikaji dengan teliti. Oswald bukanlah pembunuh profesional yang menerima arahan sesiapa. Jawapan sebenar kenapa dia bertindak begitu adalah disebabkan kekecewaan dan obsesinya, dan tragedi sebenar Dallas terletak pada kematian presiden yang berada dalam kawasan sasaran tembakan.


Sumber catatan hilang muka surat:  SINI   |   



Hiburan - Mr. Robot

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Mr. Robot ialah satu siri tv dengan genre thriller ciptaan Sam Esmail. Menampilkan Rami Malek sebagai Elliot Alderson, seorang jurutera keselamatan siber dan penggodam komputer yang mengalami masalah gangguan kebimbangan sosial dan depresi klinikal. Alderson direkrut oleh seorang anarkis dengan gelaran "Mr. Robot", lakonan Christian Slater, dengan tujuan menyertai sekumpulan penggodam lain. Kumpulan itu mensasarkan untuk memadamkan semua rekod hutang dengan menyerang satu syarikat besar, E Corp.  


Episod permulaannya mendapat sambutan di pelbagai saluran dalam talian dan permintaan video bermula 27.5.2015 dan siri ini disambung ke musim kedua sebelum tayangan musim pertama di USA Network 24.6.2015. Musim kedua siri ini disiarkan sebanyak 12 episod ditayangkan bermula 13.7.2016. Mr. Robot mendapat komen dari pengkritik dan turut dicalonkan dan memenangi beberapa anugerah termasuk Golden Globe bagi kategori Siri Drama TV Terbaik dan Anugerah Peabody. Ia turut mendapat 6 pencalonan Anugerah Emmy termasuk Siri Drama cemerlang. Pada 16.8.2016, siri ini disambung ke musim ke-3 dan bakal disiarkan pada 2017 nanti.  


Menampilkan Rami Malek, Carly Chaikin, Christian Slater, Michael Cristofer, Stephanie Corneliussen, dan Grace Gummer


Sumber kerja penggodam:  SINI  |    


Hiburan - Marvel's Luke Cage

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Luke Cage ialah satu siri tv keluaran produksi Marvel, dikembangkan untuk Netflix oleh Cheo Hodari Coker, berdasarkan watak komik Marvel. Ia ada dalam persekitaran MCU yang turut berkesinambungan dengan filem francaisnya dan menjadi yang ketiga dalam siri yang membawa kepada lintasan siri mini Defenders. Siri ini diterbitkan oleh Marvel Television dengan kerjasama ABC Studios.




Mike Colter sebagai Luke Cage, bekas penjenayah dengan kuasa kekuatan dan kulit keras yang memerangi jenayah di bandarnya.

Siri ini mula disiarkan pada 28.9.2016 di Harlem dengan siri penuh 13 episod di Netflix pada 30.9.2016.


Dibintangi Mike Colter, Mahershala Ali, Alfre Woodard, Simone Missick, Theo Rossi, dan Frank Whaley


Sumber kulit keras tak lut:  SINI  |    



Seni dan Kreativiti - Nampak Macam Balak, Tapi........

Kredit kepada: Travelnews
Gambar ihsan: Travelnews



Assalamualaikum.....

Sekali tengok dari jauh memanglah nampak ia sebuah kayu balak, tetapi kenapa diletakkan dalam galeri di muzium?

Sebenarnya ia dipamerkan dalam muzium sebagai satu karya artis Zheng Chunhui. Replika ini adalah berdasarkan sebuah lukisan China yang terkenal bertajuk “Along The River During The Quinming Festival” ciptaan Zhang Zeduan ketika zaman Dinasti Song.

Ia adalah satu skulptur ukiran kayu yang mengambil masa selama 4 tahun untuk disiapkan dan ia diiktiraf sebagai ukiran kayu terpanjang di dunia oleh Guinness Book of World Records.  

Skulptur ini mempunyai 550 bentuk orang yang diukir secara individu, dan tidak termasuk bangunan dan yang lainnya.











Sumber penuh kesenian dan ketelitian:   SINI    |