Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum.....
Di California, kali ini bukan sesuatu yang biasa apabila sebuah pesawat terbang merentasi Jambatan Golden Gate. Ini kerana ia merupakan pesawat yang menggunakan kuasa solar. Seperti yang dilihat oleh penonton, pesawat ini mempunyai sayap yang lebih panjang. Penerbangan pesawat Solar Impulse 2 bermula di Abu Dhabi pada bulan Mac 2015. Ia melalui penangguhan sepanjang penerbangannya sebelum melalui persinggahannya yang paling sukar merentasi Lautan Pasifik yang mempunyai beberapa tempat pendaratan kecemasan.

Juruterbangnya,
Bertrand Piccard terbang secara solo selama 62 jam tanpa henti dan
tanpa mengisi minyak. Pesawat ini dijangka merentasi Lautan Atlantik
dalam perjalanan terakhirnya. (1)
Pada
Isnin lalu, pesawat berkuasa solar, Solar Impulse 2 mendarat di
Phoenix, Arizona bagi menyempurnakan perjalanannya juga sebagai satu
kempen penggunaan teknologi tenaga bersih. Juruterbangnya, Andre
Borschberg mendarat di Lapangan Terbang Phoenix Goodyear selepas terbang
selama 15 jam 52 minit dari tenggara Moffet Airfield di San Francisco.
Pesawat ini telah diterbangkan oleh Bertrand Piccard selama 60 jam dari Hawaii ke California dan mendarat di Mountain View.
Pesawat
ini menyimpan kuasa solarnya dalam bateri sebagai bekalan kuasa ketika
tiada sumber matahari dan akan banyak mendarat di Amerika Syarikat
walaupun pasukannya masih memeriksa beberapa destinasi yang berpotensi.
Menggunakan hangar mudahalih membuatkan pesawat ini mendarat di mana ia
diperlukan.
Pesawat
ini akan membuat pendaratan terakhir di New York sebelum meneruskan
penerbangan di Eropah dan mereka merancang untuk terbang semula ke Abu
Dhabi.
Misi penerbangan ini adalah untuk mempromosikan tenaga boleh diperbaharui dengan pesawat mempunyai 17000 sel solar.
"Jika
pesawat boleh terbang pada siang dan malam hari tanpa isian minyak,
teknologi yang sama boleh digunakan di darat bagi membangunkan pasaran
industri baru dan menjana pertumbuhan ekonomi sambil melindungi alam
sekitar," kata Piccard dalam satu kenyataannya.
Sayap pesawat ini lebih panjang daripada sayap jet jumbo tetapi hampir sama berat dengan kereta. (2)
No comments:
Post a Comment