MY FOLLOWERS

Wednesday, October 31, 2012

Artikel - Kepelbagaian Foto Kehidupan Dari Yahoo News

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum....

Menjamu mata dengan foto-foto menarik dari serata dunia daripada artikel di Yahoo News. Di sini dipaparkan sebahagian foto daripada koleksi melebihi 350 foto kesemuanya.















Jika anda ingin melihat banyak lagi yang menarik, anda boleh KLIK SINI untuk ke halamannya.

Artikel - Bantu Awek :-D

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri masing-masing dan memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya."

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?" tanya cikgu.


Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Bila besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel." "Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?"


Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya... "


Hahahaha  (^__^)

Tuesday, October 30, 2012

Artikel - Keindahan Suasana Antara Bumi dan Langit

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum..........

Ini adalah hasil kerja seorang jurufoto dari Finland yang mendapat inspirasi dengan melihat pertemuan antara cahaya dan suasana kegelapan.













KLIK SINI untuk ke sumber.

Seni & Kreativiti - Seni 3D Yang Memukau!

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.............

Terpukau?! Semestinya!













KLIK SINI untuk lebih banyak foto.

Artikel - Kisah Si Alfonso dan 'Hang' :-D

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum...........


1908-Alfonso menyampaikan hasratnya kepada raja Portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka adalah pusat perdagangan Asia Tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera (158 biji kapal, 15300 (anggaran) bala tentera).

1909-Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan di sana.

Oct 1910-Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara. Akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1912-Setahun kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Kedah dan Pulau Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini.

Feb 1912-Alfonso menghantar perisik ke Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana (Kedah dan Pulau Pinang) mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar Kedah dan Pulau Pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.


Seminggu kemudian...

FEB 1912-Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso.


Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah.

Perisik 1, 2, dan 3: Selamat pagi tuan (sambil bertabik)

Alfonso: Selamat pagi.

Perisik 1: Beginilah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Kedah dan Pulau Pinang.

Alfonso: Kenapa? kuat sangatkah mereka itu..? (dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2: Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Kedah dan Perlis yang mempunyai beribu-ribu hang..

Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam-macam lagi hang ada kat sana .....

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tidak jadi untuk pergi menyerang Kedah dan Pulau Pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka yang amat mengerikan. Inikan pula untuk berhadapan dengan beribu-ribu hang di Kedah dan Pulau Pinang.


Layannnnn.... hahaha

Sekadar Luahan - Baru Pasang Dah Tumbang???

Kredit kepada: Blog Omak Kau
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.......


Baru sahaja beroperasi namun sudah ada cerita berbau sindiran dihebahkan. Bahkan penulis sendiri yakin ada yang sudah tersenyum sinis bila mendengarkan perkara ini, mungkin juga kerana kewujudannya kebelakangan ini yang banyak menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengguna jalan raya yang saban hari memandu laju untuk cepat sampai ke destinasi.

Benarkah sebagaimana dihebahkan? Wallahualam.... 

Cuma harapan penulis, kalaulah betul sekali pun, janganlah ia berpunca daripada sebarang perbuatan sabotaj. Jika tidak puas hati pun, ramai yang boleh mendoakan yang buruk-buruk (berdoa dalam hati, tiada siapa akan dengar) dan ia terhenti setakat itu. Selebihnya biarkan sahaja ia berlaku sendiri.

Dari sudut lain, penulis masih mengharapkan rakyat negara ini agar memandulah secara berhemah dan teruskan patuhi peraturan jalan raya. Bila berada di atas jalan raya, bukan sahaja nyawa orang lain, tetapi nyawa kita juga akan terlibat sama. Segala yang dibuat adalah untuk kebaikan kita juga :-)


Berkenaan politik, rasanya tidak perlulah disentuh. Penulis tidaklah pandai dalam hal-hal politik.. :-P

KLIK SINI :-)

Sunday, October 28, 2012

Hidupan Liar - Foto Hidupan Mikroskopik

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....

Pemenang pertandingan fotografi 2012 Nikon International Small World telah diumumkan pada baru-baru ini. Pertandingan yang mula diadakan pada 1974 ini adalah bagi memberikan penghargaan kepada foto yang diambil menerusi mikroskop yang dipanggil fotomikrograf. Pada setiap tahun ia diadakan, panel juri akan memilih 20 foto yang terbaik yang bakal diiktiraf.  

 








 


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Saturday, October 27, 2012

Berita - Sekitar Hari Persembahan Pelajar KKKT 18.10.2012

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.......

Student Performance's Day diadakan di dewan Kolej Komuniti Kuala Terengganu pada 18.10.2012. Hari persembahan ini adalah anjuran Unit Program Wajib Kolej (PWK). Persembahan adalah dalam Bahasa Inggeris dan markah diberikan berdasarkan kriteria yang telah ditentukan oleh juri. Juri adalah daripada pensyarah KKKT dan juga seorang lagi dari UMT.







Persembahan adalah berkumpulan dan mengambil tema kisah dongeng seperti Ugly Duckling, Hansel and Gretel, Sleeping Beauty dan beberapa lagi. Persembahan Student Performance's Day ini diadakan dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Seni & Kreativiti - Kaligrafi Jawi

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum...........


Sempena Karnival Semarak Jawi Peringkat Kebangsaan 2012 yang diadakan di TTC sebelum ini, penulis berkesempatan juga merakamkan beberapa foto kaligrafi jawi yang menampilkan beberapa jenis tulisan khat. Daripada pengamatan penulis, ada gerai mendapat tempahan untuk menghasilkan seni khat jawi untuk papan tanda dan sebagainya.












:-)