MY FOLLOWERS

Tuesday, January 25, 2011

Paranormal - Khadam

Credits to: KOL
Gambar ihsan Google Images


Salam...


Khadam ialah pembantu atau orang suruhan yang akan membantu tuannya apabila diminta. Khadam pada asalnya terbahagi kepada dua:
  1. Khadam asal
  2. Khadam bersyarat

Khadam asal

Terdiri daripada rohani malaikat dan jin Islam peringkat tinggi yang mana nama mereka adalah seperti nama malaikat. Ia tidak mendatangkan apa-apa syarat kepada ahlinya untuk berkhidmat.


Khadam bersyarat

Adalah terdiri daripada jin alam rendah sama ada daripada jin Islam atau jin kafir. Golongan ini datang kepada ahlinya dengan perjanjian dan beberapa syarat khusus dan umum sebagai satu ta'abud dan meminta pertolongan. Khadam jenis ini adalah diharamkan oleh Islam.


Khadam bersyarat akan datang menolong ahlinya dengan melalui salah satu daripada cara berikut:
  1. Dampingan luaran - Akan mendampingi dan menolong tuannya melalui luaran sahaja iaitu hanya melalui perbuatan, ucapan atau khosod hati.
  2. Dampingan dalaman - Khadam jenis ini juga dikenalai sebagai Tanasikul Arwah atau penjelmaan khadam atau jin dalam diri seseorang (menurun) dengan menamakan diri mereka semasa menurun dengan nama-nama tertentu seperti Nabi Khidir, Panglima Hitam, Wali Songo dan sebagainya. Jin yang meresapi itu akan menunjukkan keajaiban dan perkara-perkara yang luar biasa seperti bercakap dalam bahasa Siam, Jawa, Arab, dsb. sedangkan sebelum itu orang tersebut tidak mengetahui sedikit pun bahasa-bahasa tersebut.



Berdasarkan buku Saka: Gangguan dan Rawatan

Dalam ilmu perubatan Melayu Islam tradisional menyatakan jenis-jenis makhluk halus yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi, dibahagikan kepada dua:
  1. Pewarisan makhluk yang baik - memberikan khidmat dan mendekati orang-orang soleh tanpa mengenakan sebarang syarat. Ia akan meninggalkan orang soleh tersebut apabila dikehendaki tanpa mendatangkan sebarang mudarat (gangguan) sama ada ke atas diri orang tersebut atau ahli keluarganya.
  2. Pewarisan makhluk yang tidak baik/jahat - dinamakan SAKA. Ia melibatkan gangguan jin dan syaitan.

Pembahagian ini telah dibuat oleh orang-orang soleh di zaman silam yang memahami perkara ini secara meluas berdasarkan pengalaman mereka dan turut diakui oleh logik. Ia turut dinyatakan oleh syariat menerusi ayat-ayat al-Quran dalam Surah Jinn ayat 11 dan 14.



Wallahualam...


Rujukan:
  1. Saka - Gangguan dan Rawatan, Hanafi Rahman El-Fesfanji, Ulul Albab Management Services, Cetakan Pertama Februari 2010.
  2. 300 Hadis Bimbingan, Ustaz Zahazan Mohamad & Ahmad Hasan Mohd Nazam, Telaga Biru Sdn Bhd., Cetakan Pertama Januari 2007.
  3. Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan, Terbitan Yayasan Restu, Cetakan Kedua 2006.

Artikel - Apabila Isu Aurat Diremehkan (Bhgn 2)

Credits to: Yahoo, Princess Nur, Oh! Artis, Cahaya Citra Jiwa, Beautiful Nara
Gambar ihsan Yahoo Images, Beautiful Nara


Salam...


Sebelum ini, saya ada menyiarkan post berkenaan isu ini. Semalam ada disiarkan di muka depan Metro Ahad (23.1.2011) berkenaan isu yang sama, melibatkan artis ini. Sekian lama menyepi, namanya disebut kembali berikutan kontroversi yang tercetus gara-gara pakaiannya bukannya karier nyanyiannya.


Di sini saya petik sebahagian daripada artikel di blog Beautiful Nara:

Memang itu foto saya. Saya bukan hipokrit dan begitulah gaya saya berfesyen, tapi tak sangka boleh mengundang kontroversi hingga saya dituduh sengaja nak tayang payudara. Waktu itu saya bersama beberapa rakan, termasuk juga artis lain, menghadiri majlis hari jadi di sebuah pusat karaoke di ibu kota. Jadi saya berpakaian mengikut kesesuaian majlis yang diadakan. Saya tahu ada orang ambil kesempatan buat perkara ini (edar foto) untuk memburuk-burukkan nama saya. Tak sangka, walaupun lama tidak terbabit dalam industri hiburan, masih ada yang mahu mengaitkan saya dengan kontroversi.


Saya tidak berpeluang membacanya, cuma sempat melihat tajuknya. Walaupun begitu, isunya sudah boleh diagak. Apa lagi kalau bukan isu yang menyentuh sensitiviti masyarakat kita yang rata-rata beragama Islam. Saya pasti kebanyakan daripada kita mengenali artis ini, lihat gambar di bawah. Inilah dia - SYELLA


Auuwww....  :-]




Pernah juga sebelum ini dia tampil dengan bertudung. Penampilannya lebih baik dan boleh dipuji. Malangnya, hanya inilah satu-satunya gambar dia bertudung  :-) Gambar selebihnya boleh anda dapati DI SINI. Lebih banyak yang 'panas' daripada sejuk...




Gambar di bawah ini berkaitan dengan post yang saya tulis sebelum ini berkenaan isu aurat. Hanya kali ini baru saya temui gambar yang tepat untuk berita yang saya paparkan. Anggap sahaja ini sebagai update untuk post yang sebelum ini.



Seharusnya adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang baik, bukan sekadar dalam aspek duniawi tetapi juga dari sudut akidah dan pegangan agama. Sepatutnya si ibu tidak harus melenting sebaliknya bersyukur dan berterima kasih kerana ada insan lain yang lebih prihatin mengenai keadaan anak-anaknya. Bukankah agama itu nasihat-menasihati? Ibu bapa tidak seharusnya bersikap pentingkan diri sendiri dan lepas tangan dalam membentuk akidah anak-anak kerana kelak di akhirat akan dipersoal di hadapan Allah. Sebesar manakah dosanya? Fikirkanlah sendiri...

Thursday, January 20, 2011

Artikel - Apabila Isu Aurat Diremehkan

Credits to: Syok
Gambar ihsan:




Salam....






ISU artis `berkemban' di dalam Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini menjadi hangat dibincangkan di media. Teguran juga telah dibuat oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi YB Dato Seri Utama Rais Yatim. Akhbar Sinar hari ini juga melaporkan kisah artis tersebut dan mendapatkan komen dari ibu artis berkenaan yang juga seorang seni terkenal.


Bekas pengajar AF, Cikgu Fatimah (Fathi) adalah ibu kepada artis yang `berkemban' pada malam anugerah tersebut. Apabila ditanya oleh wartawan berkaitan kritikan dan teguran orang ramai termasuk dari Menteri darihal kelakuan lucah dan tidak bermoral anaknya itu, Cikgu Fathi seakan seperti mengamuk dan marah. Beliau mahu isu tersebut dihentikan kerana beliau menganggap itu sebagai isu remeh temeh.


Bagaimana seorang ibu boleh mengamuk dan marah apabila ada orang lain prihatin akan kelakuan anaknya yang terang-terang `bertelanjang' di khalayak ramai? Sepatutnya beliau bersyukur kerana masih ada orang yang sudi menegur anaknya sekiranya beliau sebagai seorang ibu gagal membentuk keperibadian dan moral anak gadisnya itu. Malangnya, beliau masih ego dan lebih suka cerita anaknya mendapat anugerah daripada mendengar teguran terhadap perangai buruk anaknya itu.




Gambar hiasan




Jika inilah perangai seorang ibu, wajarkah beliau menjadi pendidik dan dipilih sebagai tenaga pengajar di dalam AF di masa-masa akan datang? Inikah contoh dan teladan yang ingin dibawa oleh beliau kepada anak muda yang mencintai seni?


Stesen TV dan juga pihak penganjur juga patut dipersalahkan di dalam hal ini. Pihak berkenaan seolah-olah mempersendakan Menteri yang hadir di malam tersebut dengan mempamirkan artis `bertelanjang' ini. Sewajarnya YB DSU Rais Yatim memanggil pegawai yang bertanggungjawab untuk memberikan alasan mengapa perkara seperti ini boleh berlaku.




Sumber

Paranormal - Apa Itu Saka?

Credits to: KOL
Gambar ihsan Yahoo Images


Salam...



Apa itu saka?

Saka ialah jin pendamping yang diturunkan dari satu generasi ke generasi secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung ialah melalui pengijazahan atau penyerahan dari generasi terdahulu sama ada melalui ungkapan atau sebagainya. Secara tidak langsung pula, jin ini akan melilih mana-mana ahli keluarga untuk didampingi tanpa disedari oleh si empunya badan, sekiranya generasi terdahulu tidak sempat memberitahu atau menyerahkannya.

Perkataan SAKA asalnya daripada perkataan PUSAKA, bermaksud warisan yang diperolehi oleh seseorang yang hidup daripada ahli keluarga terdekat yang sudah meninggal dunia. Bila sebut PUSAKA, masyarakat akan memahaminya sebagai harta pusaka. Pastinya terlintas di fikiran akan harta benda yang diwarisi seperti rumah, tanah, kebun, sawah dan sebagainya. Manakala SAKA pula lebih merujuk kepada makhluk halus yang diwarisi daripada si mati kepada pewarisnya.

Ramai yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu bahawa penyakit mereka ada kaitannya dengan saka atau diberitahu bahawa mereka ada memiliki saka. Ini kerana kita tidak ada pengetahuan tentang saka dan apabila kita faham bagaimana hubungan saka dalam kehidupan generasi terdahulu, maka kita tidak boleh menafikan kewujudannya sehingga ke hari ini.


Kenapa saka diambil?

Ribuan tahun dahulu, ketika zaman pra-islam, ketika itu tidak ada mesin-mesin moden atau peralatan canggih, pengangkutan, telekomunikasi dan berkembangnya perebutan/persaingan untuk mendapatkan tempat tinggal atau makanan. Sekiranya sesebuah keluarga itu tidak mengambil saka, maka mereka akan ditindas. Maka dengan itu, saka diambil untuk kebajikan diri dan keluarga. Sebagai contoh, saka harimau dijadikan alat tunggangan atau kenderaan untuk memudahkan pergi ke sesuatu tempat yang jauh dalam sekelip mata, untuk menjaga kebun dan sebagainya. Saka hantu raya pula digunakan untuk membantu membuat kerja-kerja berat seperti menebas kebun dalam satu malam, meratakan tanah dan membajak bendang.

Saka biasanya diambil dan dikaitkan dengan bangsa Melayu kerana mereka menjadikan saka sebagai kawan tetapi bagi masyarakat Cina dan India, saka dijadikan sebagai Tuhan mereka. Disebabkan saka inilah orang Melayu amat terkenal dengan sikap hasad dengki dan iri hati. Sebelum saka ini diambil, ia tinggal di hutan-hutan, gua, laut, gunung-gunung, dan sebagainya.

Dalam al-Quran terdapat larangan kepada sesiapa yang menjadikan golongan jin dan syaitan sebagai kawan/sekutu/pelindung:

"Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga binatang-binatang ternak), bila mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubah. Barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata (119).
Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari penipuan belaka." (120)

- Surah An-Nisa: ayat 119-120

Saka ini sememangnya termasuk dalam golongan jin, yang terbahagi kepada dua:
  1. Jin Islam - saka yang dimiliki oleh golongan hulubalang, para panglima perang dan pengamal perubatan.
  2. Jin kafir - saka yang dimiliki oleh tukang ubat atau bomoh yang merawat pesakit secara bukan Islam.



Jin ini diambil dengan amalan-amalan tertentu, pada waktu-waktu tertentu seperti bertapa pada hari-hari tertentu. Jin Islam lebih sukar diambil kerana memerlukan amalan zikir dan sebagainya diamalkan selama waktu tertentu ketika bertapa. Jin kafir lebih mudah kerana hanya perlu melakukan pemujaan dengan memberikan persembahan berupa makanan seperti ayam panggang, bertih jagung, pulut kuning, telur rebus dan seumpamanya.


Apabila jin ini secara rasminya diambil dengan akad sebagai kawan, maka barulah timbul istilah SAKA. Dari detik ini, wujudlah pertalian di antara saka dan penerima saka sehingga hari kiamat melalui akujanji kedua-dua belah pihak.


Siapakah pewaris saka?

Kebiasaannya di kalangan keluarga terdekat kepada pewaris seperti anak, adik, cucu dan anak saudara. Terdapat juga sesetengah kes si mati mencari ahli keluarganya yang jauh atau sesiapa sahaja yang sanggup menerimanya, seperti seorang kawan kepada kawannya, guru kepada muridnya, ataupun seorang bomoh (perawat) kepada pesakitnya yang pernah mendapatkan khidmat rawatannya.




Akujanji terbahagi kepada dua:
  1. Penerima saka - Wajib menyediakan jamuan pada waktu-waktu terntetu seperti setiap kali ada keramaian, kenduri, mendapat anak, dan seumpamanya.
  2. Saka - menjaga diri penerima saka dan keluarga, menjadi tunggangan/pengangkutan/kenderaan, menjadi alat telekomunikasi/perhubungan, sebagai sumber kekuatan fizikal dan mental (kebal dan kuat).



    Gangguan saka

    Gangguan saka bermula apabila syarat/akujanji tersebut tidak dipenuhi dan kebiasaannya penerima saka yang tidak mengikut syarat atau mungkir janji. ini kerana ilmu/pengetahuan tentang perjanjian tersebut tidak diturunkan ke generasi seterusnya, maka akan tercetuslah gangguan-gangguan yang akan dihuraikan kemudian. Saka ini akan mengamuk kerana tidak diberikan jamuan, yang berupa ayam panggang, pulut kuning, telur rebus, bertih jagung, darah ayam hitam dan sebagainya.




    Secara kasarnya, gangguan terbahagi kepada dua bentuk:
    1. Gangguan kepada pewaris
    2. Gangguan kepada orang lain.

    Gangguan kepada pewaris

    Pewaris sendiri akan menderia sakit yang berpunca daripada kemarahan jin tersebut akibat sama ada disedari atau tidak, memenuhi permintaan dan kehendak jin tersebut.


    Gangguan kepada orang lain

    Boleh jadi dalam bentuk penderitaan dan kesulitan yang dihadapi oleh seseorang akibat perselisihan atau permusuhannya dengan pewaris saka berkenaan. Mangsa akan diganggu dengan pelbagai bentuk gangguan, tidak disedari oleh mangsa sendiri ataupun pewaris saka. Mangsa hanya akan mengetahui punca sakitnya setelah melalui proses rawatan yang teliti dan panjang.




    3 sebab mengapa anda menjadi pilihan saka (salah satu, dua atau kesemua faktor yang dinyatakan di bawah):
    1. Kedudukan dalam keluarga - kebiasaannya, saka akan mengikut anak sulung dalam keluarga tersebut.
    2. Seseorang yang seringkali disakiti dan dizalimi secara sihir - saka akan hadir untuk memberikan pertolongan, namun begitu apabila usahanya tidak mendapat habuan seperti mana yang diharapkan seperti jamuan yang dinyatakan sebelum ini; maka keadaan orang yang disihir akan menjadi lebih teruk.
    3. Kesayangan keluarga.


    Gangguan saka terbahagi kepada enam:
    1. Gangguan fizikal
    2. Gangguan mental
    3. Kekeluargaan
    4. Zuriat
    5. Rezeki
    6. Keharmonian hidup

    Gangguan fizikal

    Terbahagi kepada dua:
    1. Nampak - kesan lebam, bengkak, kudis, keracunan darah.
    2. Tidak nampak - mengadu sakit di tempat-tempat tertentu, hati sentiasa berdebar-debar, gangguan haid (bagi wanita). Ada juga pesakit yang tidak datang haid bertahun-tahun atau menghadapi kitaran haid yang tidak normal.


    Sakit sebegini (berkaitan saka, sihir) apabila dirujuk ke hospital dan dilakukan ujian ke atas pesakit berkenaan, doktor tidak dapat mengesahkan puncanya. Contohnya sakit tiroid, apabila ujian dilakukan didapati keadaan darah dan hormon adalah seimbang.


    Gangguan mental
    1. Bagi lelaki, sikap panas baran yang melampau dan bagi perempuan, sikap cemburu yang keterlaluan.
    2. Halusinasi - boleh sampai ke tahap bercakap sendirian.
    3. Terdengar suara-suara halus menyuruh si empunya badan melakukan sesuatu.


    Jika tidak dirawat, akan berakhir dengan sakit mental/gila.


    Gangguan kekeluargaan


    Keluarga boleh menjadi berpecah-belah, sentiasa tidak sependapat, bermusuhan, dan panas. Hubungan suami isteri akan sentiasa bergelora. Hal-hal yang kecil boleh menjadi punca perbalahan. Suami/isteri saling berpandangan tanpa rasa cinta. Selalunya hubungan antara ibu dan anak sulung sentiasa tidak kena, seolah-olah si ibu sentiasa mencari salah si anak.




    Gangguan zuriat


    Bagi lelaki/perempuan yang belum berumahtangga, mereka mungkin sukar mendapatkan jodoh atau berhadapan risiko menjadi bujang terlajak. Hanya bertepuk sebelah tangan.
    Bagi yang sudah berkahwin, akan lambat mendapat anak atau mungkin ada yang mendapat anak yang cacat sama ada cacat fizikal atau mental.


    Gangguan sukar untuk hamil paling banyak terjadi kerana saka ini akan memusnahkan sperma si suami sebelum sempat disenyawakan. Adakalanya si isteri pula mungkin mengalami keguguran.




    Gangguan rezeki

    Rezeki sempit - setiap apa yang diusahakan bagaikan tidak menjadi. Rugi dalam perniagaan, kesukaran mendapatkan pekerjaan atau peluang.


    Gangguan keharmonian hidup


    Masalah pergaduhan, hati sentiasa berdebar-debar. Hubungan sesama rakan/jiran tidak mesra dan seumpamanya. Mempunyai sikap suka menyendiri dan tidak pandai bergaul. Sentiasa ada rasa tidak puas hati, iri hati dan dengki terhadap orang lain.




    Apakah penyelesaian terhadap masalah saka?

    Penyelesaiannya hanya dua:
    1. Bela - Sekiranya dibela, ia perlu diberi makan berupa persembahan. Jika tidak, ia akan mengganggu.
    2. Buang - Rawatan untuk membuang saka akan diatur bagi memilih untuk melepaskan diri dari masalah ini.
    Saka tidak disarankan untuk dibela kerana turut menyalahi syariat. Perbuatan membela saka menjurus kepada syirik dan khurafat. Ini kerana kebergantungan kepada saka membuatkan kita merasakan seolah-olah saka lebih berkuasa daripada Allah s.w.t. Anda boleh merujuk kepada ustaz-ustaz yang membuat rawatan secara Islam (perubatan Islam) atau kitab-kitab yang membincangkan/menghuraikan lebih lanjut berkaitan masalah ini.




    Bagaimana keadaan orang yang ada saka disihir?

    Jin yang dihantar oleh si tukang sihir akan datang mengganggu dan dalam masa yang sama, saka ini akan datang bersama dua tujuan:
    1. Melindungi dan memberi pertolongan kepada si penerima saka, itupun sekiranya mendapat habuan iaitu berbentuk makanan.
    2. Bersekongkol dan menyakiti secara zahir dan batin kepada si penerima saka jika tidak mendapat makanan.


    Apabila pesakit mendapatkan rawatan bagi memulihkan diri daripada sihir, sakitnya akan sembuh namun saka tidak akan pergi. Ini kerana perjanjian terdahulu yang dimeterai membolehkan ia terus mengikut si penerima saka sehingga ke hari kiamat kecuali si pesakit mengambil keputusan untuk membuat rawatan membuang saka. Dengan sebab itu, jika diperhatikan ramai yang berhabis duit sehingga ribuan ringgit bagi merawat penyakit tetapi hampa kerana sakitnya tidak juga sembuh. Akhirnya menyalahkan perawat dan menuduhnya menipu pula. Ilmu membuang saka adalah ilmu yang tinggi dalam bidang perubatan dan tidak semua perawat mempunyai ilmu untuk membuang saka. Tidak semua perawat telus dan jujur memberitahu keadaan sebenar si pesakit.

    Sekiranya pernah terjadi perjanjian antara jin dan keturunan seseorang yang terdahulu, maka keturunannya yang seterusnya tidak akan terlepas daripada saka. Walau sekuat mana pun penafian anda dengan mengatakan bapa saya alim ulama, ustaz dan sebagainya. Sekiranya kita menafikan kewujudan saka, maka kita juga menafikan kewujudan alam jin. Hampir 90% pesakit yang membuat rujukan ada melibatkan saka. Ramai juga yang sudah sedia mengetahui mereka ada memiliki saka tetapi masih ramai juga yang tidak tahu bahawa selama ini segala permasalahan yang timbul itu adalah berpunca daripada saka itu sendiri.


    Rujukan:

    1. Saka - Gangguan dan Rawatan, Hanafi Rahman El-Fesfanji, Ulul Albab Management Services, Cetakan Pertama Februari 2010.
    2. 300 Hadis Bimbingan, Ustaz Zahazan Mohamad & Ahmad Hasan Mohd Nazam, Telaga Biru Sdn Bhd., Cetakan Pertama Januari 2007.
    3. Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan, Terbitan Yayasan Restu, Cetakan Kedua 2006.

    Monday, January 17, 2011

    Artikel - Kucing Bersayap

    Credits to: Syok
    Gambar ihsan Syok


    Salam....


    Kita biasa mendengar peribahasa 'bagaikan menunggu kucing bertanduk' yang membawa maksud menunggu terjadinya sesuatu yang mustahil, tetapi pernahkan anda lihat kucing bersayap?






    CERITA 1

    Sebenarnya, fenomena kucing bersayap ini bukanlah yang pertama kali. Anak kucing ni sebenarnya dilahirkan normal kemudian mula tumbuh bulu membentuk sayap.

    Saintis percaya bahawa ia disebabkan mutasi gen dari bahan kimia semasa dalam kandungan ibunya..Walaubagaimanapun sayap tu tak menggangu kehidupan anak kucing tu


    CERITA 2

    Seorang Nenek bernama Feng yang tinggal di Kota Xianyang, Propinsi Shaanxi,China, mempunyai seekor kucing jantan yang istimewa.

    Kucing tersebut mempunyai sepasang sayap sepanjang sekitar 10 cm.

    “Pada awalnya terbentuk gumpalan, kemudian tumbuh dengan cepat dan membentuk sepasang sayap dalam masa satu bulan”, nenek Feng menjelaskan.

    http://www.esempoi.com/wp-content/uploads/kucing-parsi-bersayap6.jpg

    Ada yang kata, itu adalah bulu kucing yang tumbuh pada musim sejuk.


    Sumber

    Artikel - Balasan Buat Si Curang...

    Credits to: Syok
    Gambar ihsan Syok


    Salam...

    Kepada mana-mana lelaki di luar sana yang meungkin berkeinginan memiliki lebih daripada seorang teman, tidak kiralah isteri atau kekasih, barangkali anda perlu berfikir sekali lagi sebelum membuat keputusan. Pastikan anda pertimbangkan perasaan pasangan anda juga jika tidak mahu ditimpa bala. Gambar-gambar di bawah mungkin menjelaskan apa yang dimaksudkan    :-D


















    Buatlah pertimbangan dengan bijak. Ingatlah orang yang tersayang...

    Saturday, January 15, 2011

    Artikel - Bahaya Khamar

    Credits to: Syok.Org
    Gambar ihsan Yahoo Images


    Salam...






    Abul Laits berkata: “Awaslah kau dari minum khamar kerana ia mengandungi sepuluh bahaya iaitu:
    • Peminumnya seperti orang gila dan menjdai tertawaan anak kecil dan tercela dikalangan orang-orang berakal Ibn Abud-Dunia berkata: “Saya melihat orang mabuk dijalan diBaghdad, ia sedang kencing lalu mengusapkan air kencing itu kemukanya sambil membaca: Allahummaj alni minattawwabin waj’alni minal mutathahhirin. Juga ada orang mabuk dan muntah-muntah ditengah jalan sehingga datang anjing menjilat mulut dan janggutnya dan ia berkata kepada anjing itu: “Ya sayyidi ya sayyidi, jangan mengotorkan saputangan.”
    • Memboros harta dan merosak akal. Sebagaimana kata Umar bin Alkhatthab kepada Rasulullah s.a.w.: “Ya Rasulullah, jelaskan pendapatmu mengenai khamar?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Sebab nyata menghabiskan harta dan merosak akal.”


    • Minum khamar menyebabkan permusuhan diantara kawan-kawan. Sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): “Innama yuridus syaithanu an yuqi’a bainakumul adawata walbagh dhaa’a filkhamri walmaisir.” (Yang bermaksud): “Sesungguhnya tujuan syaitan akan membangkitkan permusuhan diantara kamu didalam khamar dan judi.”
    • Peminumnya terhalang dari dzikrullah dan sembahyang. Sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): “Wa yashuddakum an dzikrillahi wa anis shalaati fahal antum muntahun.” (Yang bermaksud): “Dan juga menghalangi kamu dari dzikrullah dan sembahyang, apakah kamu tidak mahu menghentikan?” Ketika ayat ini turun maka Umar bin Alkhatthab berkata (Yang berbunyi): “Intahainaa ya Robbi.” (Yang bermaksud): “Kami hentikan ya Tuhan.”



    • Minum khamar itu mendorong untuk berzina, sebab kemungkinan ia menceraikan isterinya tanpa sedar
    • Ia pembuka dari segala kejahatan sebab jika mabuk. mudah berbuat segala maksiat
    • Mengganggu malaikat yang menjaganya kerana memasukkan ke majlis fasiq dan adanya bau busuk



    • Terkena hukum pukul dera lapan puluh kali dan bila tidak terpukul didunia maka di akhirat akan dipukul dengan pukulan dari enraka yang disaksikan oleh orang tua dan kawan-kawan
    • Ia telah menutup pintu langit sebab hasanatnya dan doa-doanya tidak terangkat kelangit selama empat puluh hari
    • Ia berspekulasi (membahayakan) terhadap dirinya sebab dikhawatirkan tercabut iman ketika matinya.



    Ini semua siksa dunia sebelum siksa akhirat, maka tidak terhitung selain dari minuman hamim dan makanan zaqqum kerana itu seorang yang berakal jangan sampai memilih kesenangan yang sedikit sehingga membuang kelazatan yang besar dan abadi.

    Sumber: Bahaya Arak

    Berita - Tornado (Gerun!!)

    Credits to: Yahoo News
    Gambar ihsan Yahoo News


    Salam...

    Sebenarnya artikel ini adalah sebahagian daripada yang artikel yang sudah agak lama berada dalam simpanan saya.Mungkin tidak berkesempatan untuk kerap mengemaskini blog kerana kekangan masa dan keadaan kemudahan yang kurang memuaskan kebelakangan ini. InsyaAllah, bila ada masa nanti, akan saya siarkan lagi selebihnya. Selaku penulis blog ini, saya akan terus mencuba menyiarkan hanya yang terbaik buat tatapan pembaca dan pengikut..

    Untuk post ini, harap jadikan gambar-gambar berikut sebagai renungan.














    Subhanallah...

    Thursday, January 6, 2011

    Sekadar Luahan - Tidak Disangka-sangka....

    Credits to: Blog HH
    Gambar ihsan: Dashboard


    Salam...

    Kebiasaannya saya mungkin tidak begitu berkesempatan untuk melihat-lihat bilangan pengikut setiap kali berlaku pertambahan bilangannya. Walaubagaimanapun, hari ini saya mendapati blog saya turut diikuti oleh blogger ini:



    Sebelum ini, saya telah mengikuti blog ini buat beberapa lama. Terima kasih HH kerana telah mengintip blog ini.

    Ada masa, silalah ke sini lagi... :-D

    Sekadar Luahan - Kenangan Hari Pertama di Sekolah

    Kredit kepada:
    Gambar ihsan: Google Images



    Assalamualaikum...







    Mengimbau kembali zaman kanak-kanak, pastinya banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan. Ya, setiap detik dilalui pastinya ada yang meninggalkan kesan mendalam. Apabila dikenang kembali, pasti segelintir akan merasa gembira, tidak kurang juga yang menangis.


    Bagaimana pula dengan kisah sewaktu mula-mula melangkah ke sekolah? :-D


    Setiap kali menonton siaran Buletin Utama pada awal tahun, berita yang sama ditayangkan. Begitulah gambarannya bagi setiap yang mula-mula ke sekolah. Mungkin setiap orang melihatnya dari perspektif yang berbeza.


    Hari pertama masuk darjah 1


    Saya masih ingat, ketika mula-mula ke sekolah. Pada waktu itu tahun 1988, saya mula memasuki darjah 1 di Sekolah Rendah Kebangsaan King George V (SRK KGV), Ampangan, Seremban. Pada waktu itu keluarga saya baru sahaja ditukarkan ke Negeri Sembilan oleh pihak Mara. Saya bersekolah pada sesi petang. Saya hanya datang dengan membawa bekalan makanan tanpa beg sekolah. Ayah saya kata hari pertama, kelas belum bermula. Saya sekadar mengikut.


    Ayah saya menemani saya mendaftar diri. Berbagai gelagat dapat dilihat, ada yang gembira, yang biasa-biasa, malah ada yang sedih. Mungkin kerana berdepan suasana berbeza daripada di tadika pada tahun sebelumnya. Saya antara yang menangis waktu itu. Kiranya seperti culture shock juga.


    Kelas bermula, ayah saya masih menunggu di luar kelas. Sekali-sekali memerhati. Begitu juga ahli keluarga yang lain, juga ada yang masih belum pulang. Guru kelas mula memanggil nama seorang demi seorang. Setiap kali nama dipanggil, murid akan bangun sambil mengangkat tangan dan menjawab, "Saya, cikgu." Apabila tiba giliran saya, saya cuma sekadar mengangkat tangan dan menunduk muka, tanpa bangun. Malu sebab dipanggil ketika sedang menangis! (Huhuhuhu....) Cikgu dan kawan sekelas seperti mencari, dan ada yang mula bersuara "Eh, mana orangnya?" Bila ternampak saya, barulah cikgu berkata, "Laa..kenapa tak bangun?" sebelum meneruskan memanggil nama kawan-kawan yang lain hingga yang terakhir.


    Seterusnya, kelas dimulakan dengan Pendidikan Seni. Saya belum menegur sesiapa (terasa seperti kera sumbang pun ada), Kertas lukisan dihulur oleh siapa pun, saya tak tahu! Tiba-tiba sahaja sudah ada di depan mata. Pensel warna pula pinjam pada rakan di sebelah. Sewaktu melukis, barulah ada yang mula melihat saya. Mungkin juga lukisan saya. Siap dengan pujian sebab saya boleh melukis! Hehehe...


    Pun begitu, saya masih lagi dalam mood 'takut'. Sewaktu ayah saya mengambil saya untuk pulang, barulah 'meletup' tangisan saya hinggalah sampai di rumah.





    Hari kedua

    Saya sudah boleh berdikari, sedikit.. Saya dihantar oleh jiran kami, yang dipanggil Atuk dengan menaiki kereta. Bukan saya seorang, tetapi ada 3 orang lagi. Saya tiba di sekolah awal sedikit sebelum bermula sesi petang. Dengan beg yang disandang, saya datang melihat ke kelas dan saya dapati ada murid-murid lain pula di kelas. Pada waktu itu saya tidak mengetahui berkenaan sesi pagi persekolahan. Saya ingatkan hari itu cuti atau tidak bersekolah. Saya tidak dapat menelefon ke sekolah kerana tiadanya telefon di rumah apatah lagi telefon bimbit! Jadi saya pun berjalan kaki sendirian pulang semula ke rumah. Peliknya, tiada siapa pun yang mencari dan tiada yang menghalang...


    Apabila sampai sahaja di rumah, alangkah terkejutnya ibu saudara saya (babysitter saya ketika itu) melihat saya pulang sewaktu sesi persekolahan baru bermula! Bila ditanya kenapa pulang awal, jawapan saya, "Takde orang pun..orang lain pulak ada kat sekolah." Terus dia memanggil Atuk kembali dan saya dihantar semula ke sekolah, kali kedua pada hari yang sama.


    Nasib baik tidak didenda kerana datang lewat hari itu.. :-D


    Hari-hari seterusnya, saya melalui sesi persekolahan seperti biasa hingga tamat darjah 3 di sekolah berkenaan.





    Darjah 4 hingga 6

    Sewaktu memasuki darjah 4, saya bertukar sekolah ke Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya, Seremban. Perpindahan ini adalah sebab Atuk yang biasa menghantar kami sudah 'bersara' daripada menghantar kami. Lagipun, pada waktu ini, sekolah ini baru sahaja dibuka. Alangkah seronoknya kali ini kerana hanya perlu berjalan kaki untuk pergi dan balik dari sekolah pada waktu pagi. Kadang-kadang terserempak juga dengan beberapa orang pakcik jiran yang berjoging. Adakalanya mereka temankan saya sehingga ke sekolah. Kawan-kawan merangkap jiran pun ramai yang boleh bergerak bersama. Saya bersekolah di sini sehingga tamat darjah 6 dan UPSR.


    Lebih seronok kerana dapat tidur pada waktu petang selepas pulang dari sekolah. Itupun jika ada kelapangan. Kebiasaannya saya akan bersama kawan yang lain ke rumah ustazah untuk kelas mengaji dan akan 'melecong' pula ke rumah kawan untuk bermain permainan video, ataupun ke kedai Wan untuk makan ABC! Hahahaha...

    Tuesday, January 4, 2011

    Paranormal - Pembuka Tirai....

    Credits to: Kedahonline
    Gambar ihsan Yahoo Images


    Salam...



    Selain daripada segmen yang biasa dipaparkan, kini saya membuka segmen baru. Artikel-artikel dalam segmen ini saya ambil daripada laman forum Kedahonline versi 6 (kini sudah ditutup) yang telah saya kumpulkan sejak 2002 sewaktu melanjutkan pelajaran di Pulau Pinang. Kesemua artikel berkenaan tidak mempunyai alamat URL pautannya kerana tidak diambil. Laman web berkenaan kini sudah dinaiktaraf ke versi yang terbaru (pautan ke Facebook turut disediakan).

    Bagaimanapun, saya telah membuat beberapa pembetulan agar isi kandungannya lebih baik dan sampai pada pembaca. Antaranya pada ejaan, struktur ayat dan terjemahan ayat al-Quran yang disertakan. Rujukan berkaitan juga turut disediakan (insyaallah).


    Banyak artikel dalam koleksi ini yang menarik buat tatapan anda semua yang ingin saya kongsikan di blog ini. Antaranya:
    • Apa Itu Saka?
    • Nama-nama Iblis
    • 9 Jenis Anak Syaitan
    • 10 Laluan Syaitan
    • Tanda-tanda Jin Memasuki Badan Seseorang

    Juga kisah-kisah paranormal:
    • Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri
    • Misteri Hutan Lata Kinjang
    • Gadis Bunian di Hentian Bas
    • Pengalaman Berjumpa Orang Bunian
    • Hilang Ketika Lahir
    • Kisah Pembantu Rumah Yang Menyeramkan

    ... dan banyak lagi..


    Gambar hiasan - siri TV: Supernatural

    Nantikan kemunculannya...