MY FOLLOWERS

Saturday, April 6, 2013

Kesihatan - Bisa Sengatan Lebah Boleh Bunuh Virus HIV

Kredit kepada: Yahoo Health
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.......
  


Sekumpulan pengkaji dari Universiti Washington di St. Louis (WU) berkata mereka telah menemui cara untuk memusnahkan virus HIV secara efektif menggunakan sejenis toksin yang ditemui dalam bisa lebah. Kajian berkenaan yang diterbitkan dalam sebuah jurnal Antiviral Therapy, menyatakan bahawa teknik tersebut bukan sahaja memusnahkan virus berkenaan yang menjadi punca penyakit AIDS malah tidak merosakkan sel dan kawasan sekitarnya. 

Pengkaji berkata teknologi nanopartikel mungkin boleh digabungkan dalam sel faraj bagi menghalang penyebaran virus HIV dalam kawasan yang berisiko dijangkiti.


Bagaimana Nanopartikel dan Bisa Lebah Memusnahkan HIV

Nanopartikel mikroskopik memiliki ciri yang unik dan menarik. Dalam bidang bioperubatan, ia digunakan bagi mengangkut protein yang penting ke seluruh badan. Toksin utama dalam bisa lebah ialah melittin, sejenis protein kecil. Pengkaji menggunakan nanopartikel untuk mengagihkan melittin dalam kajian makmal. Menyamai cara lebah menyengat bisanya, melittin berupaya untuk menembusi lapisan perlindungan virus HIV dan virus lain.


Tanda awal HIV

“Kami menyerang bahagian yang terdapat ciri penting HIV,” kata Dr. Joshua L. Hood, ketua pengkaji perubatan WU, dalam satu sidang akhbar. "Secara teorinya, tiada cara bagi virus menyesuaikan diri. Virus mempunyai lapisan perlindungan iaitu sejenis membran dwilapisan yang meliputinya." 

Apabila pengkaji memasukkan toksin ini ke dalam nanopartikel, mereka mendapati ia tidak merosakkan sel-sel yang normal kerana lapisan perlindungan ditambah pada permukaan nanopartikel. Oleh kerana sel HIV bersaiz lebih kecil daripada sel biasa, ia menggelongsor di antara lapisan ini apabila ia meninggalkan sel-sel yang normal. Rawatan HIV masa kini kebanyakannya bertumpu kepada menghalang keupayaan HIV untuk 'menyalin', tetapi tidak mampu mencegah jangkitan dari awal. Bagaimana pun, pengkaji berkata demikian kerana nanopartikel bersama bisa lebah ini menyerang hanya pada bahagian penting struktur HIV yang boleh membunuh virus tersebut sebelum ia menjangkiti orang lain.


Bagaimana Nanopartikel Bisa Lebah Membantu Menghentikan Penyebaran HIV

Pengkaji berkata nanopartikel bisa lebah mungkin boleh digunakan dalam gel faraj bagi membantu menghalang penyebaran HIV di negara membangun seperti sebahagian Afrika yang mempunyai kadar jangkitan yang tinggi. Ia juga boleh diberikan kepada sesiapa yang memerlukan perlindungan daripada HIV tetapi ia tidak mencegah kehamilan.

“Kami juga sedang mengkaji pasangan dengan salah seorangnya mempunyai HIV dan mereka mahu mempunyai anak,” kata Hood. “Partikel ini juga selamat kepada sperma seperti mana ia juga selamat kepada sel faraj.”

Di sebalik langkah pencegahan, Hood melihat potensi untuk merawat jangkitan HIV sedia ada. Teorinya, nanopartikel boleh disuntik ke dalam darah bagi membersihkan sel HIV daripada saluran darah. Teknologi ini juga boleh digunakan untuk melawan jangkitan penyakit lain seperti hepatitis B dan C, kerana virus mempunyai membran perlindungan hampir sama dengan virus HIV.

Dr. George Krucik, pengarah kandungan klinikal di Healthline berkata sementara kajian teknologi nanopartikel bukanlah perkara baru, lebih banyak kajian diperlukan ia diputuskan untuk digunakan oleh manusia.

Bisa lebah kini dikaji untuk digunakan dalam ubat penahan sakit dan krim anti penuaan.



KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: