Kredit kepada: Yahoo Telegraph
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Seorang bayi perempuan yang dilahirkan dengan virus HIV pulih selepas menerima rawatan awal dengan terapi perubatan standard. Pengkaji Amerika Syarikat berkata ia adalah kes yang berpotensi membuka jalan bagaimana untuk membasmi jangkitan HIV dalam diri mangsa seawal ia dilahirkan.
Memandangkan ayi ini adalah yang pertama yang pulih, ia menjadi satu peristiwa yang luar biasa kerana individu bebas daripada penyakit tanpa mengambil ubat dan ujian darah yang standard menunjukkan tiada tanda virus ini membuat 'salinan'. Bagaimanapun, lebih banyak ujian perlu dilakukan untuk memastikan rawatan seumpamanya memberikan kesan yang sama ke atas bayi lain namun hasilnya boleh mengubah cara bagaimana bayi berisiko tinggi dirawat dan ada kemungkinan membawa kepada penyembuhan jangkitan HIV bagi kanak-kanak. "Ini sebagai bukti kepada konsep menyatakan HIV berpotensi untuk dirawat di kalangan bayi," kata Deborah Persaud, ahli virologi di Johns Hopkins University di Baltimore, yang menyampaikan penemuannya di Conference on Retroviruses and Opportunistic Infections in Atlanta.
Kisah ini berbeza dengan kes Timothy Ray Brown, yang juga digelar "Berlin patient," yang pulih sepenuhnya daripada jangkitan HIV menerusi rawatan yang rumit untuk leukemia pada 2007 yang turut menyebabkan sistem imunnya musnah dan pemindahan sel stem daripada penderma dengan mutasi genetik yang jarang ditemui yang mampu melawan jangkitan HIV.
Berbanding rawatan Brown yang mahal, kes bayi ini melibatkan penggunaan sejumlah ubat yang sudah sedia ada bagi merawat jangkitan HIV pada bayi. Apabila bayi ini dilahirkan di sebuah hospital di luar bandar, ibunya baru disahkan positif HIV. Disebabkan ibunya masih belum menerima apa-apa rawatan HIV pranatal, doktor tahu bayi ini dilahirkan dengan risiko tinggi untuk dijangkiti. Jadi, mereka memindahkan bayi ini ke University of Mississippi Medical Center di Jackson, dan bayi ini dirawat oleh pakar HIV pediatrik, Dr Hannah Gay. Disebabkan risikonya yang tinggi, Dr Gay memberikan bayi ini 3 jenis ubat melawan HIV yang standard apabila ia berumur baru 30 jam dan sebelum ujian makmal mengesahkan ia dijangkiti.
Pengkaji percaya rawatan antiviral peringkat awal mungkin memulihkan bayi daripada jangkitan. Selepas memulakan rawatan, sistem imun bayi akan memberikan tindak balas dan ujian menunjukkan tahap virus semakin berkurangan sehingga ia tidak dapat dikesan lagi 29 hari selepas ia dilahirkan.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
No comments:
Post a Comment