MY FOLLOWERS

Saturday, April 6, 2013

Kesihatan - Bahan Menakutkan Dalam Makanan

Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....

Di sini disenaraikan antara bahan-bahan yang menakutkan yang biasa terdapat dalam bahan makanan: 




Acesulfame Potassium (Acesulfame-K)

Sejenis pemanis tiruan bebas kalori yang 200 kali lebih manis daripada gula. Biasanya ia dicampur bersama pemanis tiruan yang lain bagi menutup rasa pahit yang datang selepas itu. Didapati dalam lebih 5000 produk makanan seluruh dunia termasuk minuman ringan dan ais krim tanpa gula. Walaupun FDA telah meluluskannya untuk digunakan dalam kebanyakan produk makanan, banyak pihak kesihatan dan yang terlibat dalam industri mengatakan ia adalah berdasarkan ujian yang tidak lengkap. Kajian haiwan turut menghubungkan bahan kimia dengan ketumbuhan payudara dan peparu dan masalah tiroid.


Aspartame

Sejenis pemanis tiruan hampir tiada kalori yang dibuat dengan gabungan dua asid amino dengan metanol. Banyak didapati dalam diet soda, aspartame adalah 180 kali lebih manis daripada gula. Terdapat dalam lebih 6000 barangan runcit termasuk diet soda, yogurt, pemanis NutraSweet dan Equal. Selama lebih 30 tahun, FDA menerima banyak laporan pengguna menyatakan kesan simptom neurologi seperti sakit kepala, hilang ingatan, pening, dan dalam beberapa kes, kesan sawan. Banyak kajian menunjukkan aspartame tidak berbahaya, sementara yang lain menyatakan bahan aditif mungkin menjadi punca kepada banyak kanser.


Titanium Dioxide

Sejenis komponen besi titanium yang biasa digunakan dalam cat dan pelindung matahari. Industri makanan banyak mengggunakannya bagi menjadikan makanan yang sudah diproses kelihatan lebih putih. Digunakan dalam kuah salad, krimer kopi dan ising. Titanium ialah sejenis bahan yang dilombong yang adakalanya dicemari dengan plumbum toksik.


Glyphosphate

Bahan aktif yang dalam hasil jagung dan soya yang diubah secara genetiknya bagi membolehkannya bertahan dengan dos yang tinggi. Kebanyakan pakej makanan tidak organik mempunyai bahan hasil daripada jagung dan soya. Pendedahan terhadap glyphosphate dikaitkan dengan kegemukan, ketidakupayaan belajar ketidaksuburan.


Butylated HydroxyAnisole (BHA)

Antioksidan hasil petroleum digunakan bagi mengekalkan lemak dan minyak. Ia terdapat dalam bir, biskut, bijirin, mentega, dan makanan dengan lemak tambahan. Kajian menunjukkan BHA sebagai punca kanser bagi tikus dan hamster.


Lemak

Sejenis lemak separa lembut hasil daripada campuran minyak terhidrogen dan tidak terhidrogen secara kimia. Ia dibangunkan atas permintaan kepada lemak trans. Banyak terdapat dalam pastri, pai, marjerin, makanan sejuk beku, dan sup dalam tin. Ujian awal tidak seperti diharapkan. Satu kajian oleh pengkaji dari Malaysia mendapati lemak jenis ini meningkatkan kadar kolesterol LDL dan HDL. Kajian ini turut mendapati peningkatan jumlah glukos dalam darah dan penurunan tindak balas insulin.


No comments: