Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum......
Kisah berlaku pada 1987.....
Di sini ingin aku ceritakan sebuah kisah yang berlaku di kampung aku suatu ketika dahulu. Aku pun sebenarnya dengar cerita ini daripada orang tua aku. Pada waktu itu aku berumur sekitar 4-5 tahun. Aku dengar cerita ini sebab ayah adalah saksi, antara individu yang terlibat.Ceritanya terjadi di salah sebuah sekolah rendah di kampung aku juga. Pada waktu itu, sekolah itu masih dalam keadaan lama, masih papan lagi. Sekolah ini terletak di sebelah ladang kelapa sawit. Memang sunyilah keadaan setiap kali selepas tamat waktu sekolah. Jalan masuk masih dalam keadaan tanah merah dan menjadi laluan lori mengangkut kelapa sawit keluar masuk. Ayah aku bertugas di sekolah itu sebagai guru besar. Bilangan murid pun tidaklah ramai cuma lebih kurang 80-100 orang.
Dijadikan cerita, pada satu hari Rabu, waktu kegiatan petang kokurikulum hendak dijalankan, selepas pukul 1.00 petang semua guru dan murid pulang ke rumah masing-masing untuk bersiap sebelum sambung aktiviti. Memandangkan sekolah begitu dekat dengan rumah, maka sunyi sepilah sekejap tetapi pada hari itu ada 3-4 orang murid darjah 5 atau 6 berpakat tidak mahu balik ke rumah. Mereka mahu main sorok-sorok.Mereka ini juga kawan abang aku. Maka lepas semua orang sudah balik, bermulalah permainan sorok-sorok. Stelah beberapa ketika bermain, ada seorang budak akan jadi tukang cari. Kawan-kawan lain pula akan bertempiaran menyorokkan diri. Ada yang masuk dalam bilik darjah, masuk stor sukan, dalam tandas pun ada. Setelah kiraan habis, maka si tukang cari ini akan mencari kawan-kawannya tetapi yang pelik dia tidak jumpa lagi rakan sepermainan dia. Kemudian dia tergerak hati untuk mencari di salah satu bilik darjah paling hujung. Bilik itu merupakan kelas untuk tahun 6 dan satu-satunya bangunan batu dan terletak berdekatan tandas sekolah.
Terdapat serumpun pokok buluh tumbuh di belakang tandas di situ. Pokok buluh itu memang sudah tumbuh sejak awal penubuhan sekolah sebelum merdeka lagi. Si tukang cari pun masuk bilik darjah ini dan dicarinya di celah meja dan kerusi kelas, tetapi masih tidak jumpa. Tiba-tiba budak ini terlihat satu lembaga seakan-akan budak kecil sedang bertinggung duduk di penjuru bilik, sambil menutup muka, lalu budak yang sedang bermain itu menegur mengingatkan yang lembaga itu sebagai kawan dia tetapi alangkah terkejutnya budak itu sebaik saja susuk tubuh tu menoleh. Dia terlihat satu lembaga aneh bukan manusia tersengih memandang beliau dengan keadaan muka yang menyeramkan...lalu budak itu dengan ketakutan yang amat sangat melarikan diri sambil terjerit-jerit umapama kena histeria. Kawan-kawannya yang terdengar jeritannya tertanya-tanya kenapa budak dia menangis tidak tentu hala sambil cuba melarikan diri dari sekolah. Mereka berjaya menangkap rakannya itu sambil cuba menenangkan keadaan, sementara menunggu kedatangan para guru ke sekolah.
Setibanya ayah aku ke sekolah, budak-budak yang terlibat menceritakan apa sebenarnya yang berlaku. Ayah aku mula bertanyakan kepada mereka apa yang terjadi sebenarnya. Mangsa menceritakan semasa beliau berada dalam bilik darjah di hujung itu, dia terjumpa lembaga aneh seakan-akan anak jin, memakai selampit (dalam keadaan separuh bogel), lembaga itu katanya mempunyai taring di bibir, wajahnya umpama orang tua 90-an dan berkepala botak serta bertocang. Ayah aku dan guru-guru lain yang mendengar cerita budak itu tidak percaya dan menganggapnya hanya penipuan semata-mata yang lahir dari perasaan seorang budak kecil tetapi budak itu menafikannya sambil mengatakan ianya benar-benar terjadi dan dia juga mengatakan akan ada bukti yang menunjukkan kewujudan makhluk itu, dan pasti semua orang akan percaya pada ceritanya selepas itu. Tanpa disangka-sangka, dengan izin Allah, keesokkannya seluruh guru, murid serta orang kampung gempar kerana terbukti kata-kata budak yang terjumpa makhluk pelik tu benar belaka. Dalam satu akhbar tabloid pada masa itu,( seingat aku Watan/Warta ) terdapat laporan satu keluarga India di Sungai Buloh yang melaporkan pada wartawan kisah pelik yang berlaku. Ketua keluarga India itu mengatakan terdapat satu makhluk sering muncul dari belakang rumahnya, seakan-akan mengeluarkan ugutan agar keluarga India itu menyediakan ayam panggang dan pulut kuning setiap malam JUMAAT dan diberikan kepada makhluk itu. Kata mangsa, lembaga aneh itu sering muncul dari serumpun pohon buluh di belakang rumahnya. Yang mengejutkan lagi kami sekampung, mangsa itu juga menjelaskan ciri-ciri dan rupa makhluk itu serupa dengan lembaga yang ditemui oleh anak murid ayah aku itu, malah menambahkan keseraman lagi, kedatangan makluk itu tidak berseorangan, malah ditemani makhluk lain yang sama bentuknya, seolah-oleh satu keluarga.
Sejak hari itu, ketakutan dan persoalan mula timbul di kalangan penduduk kampung, khususnya buat warga sekolah. Apa sebenarnya yang berlaku? Dan memang wujudkah makhluk berkenaan? Malah ada pihak mengatakan kewujudan rumpun buluh di sekolah berkenaan menjadi tempat tinggal makhluk itu tetapi mengikut ayah aku yang sudah lama bertugas di sekolah berkenaan, tapak sekolah itu sememangya mempunyai sejarah tersendiri. Orang-orang tua di kampung mengatakan tanah tapak sekolah itu pernah menjadi tempat askar Jepun memancung tahanan, malah pernah terjadi sewaktu ayah aku meracun rumput di kawasan sekolah, beliau terjumpa wang kertas Jepun secara tiba-tiba...
Sehingga sekarang, sekolah berkenaan masih ada dan digantikan dengan bangunan baru. Mangsa kanak-kanak yang terlibat masih hidup sehingga kini. Percayalah, cerita yang aku sampaikan ini bukan rekaan semata-mata, tetapi salah satu kisah misteri yang masih tiada jawapan dan aku percaya, di muka bumi ini, bukan hanya manusia, tumbuhan dan haiwan sahaja yang wujud, malah makhluk lain yang tidak terlihat oleh mata kasar juga sering berada di sekeliling kita. Wujudnya syaitan, iblis dan jin sering mendatangkan masalah kerana golongan ini telah berjanji untuk menyesatkan anak-anak Adam sehingga hari kiamat..

No comments:
Post a Comment