Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Grind TV
Assalamualaikum....
Waktu terbaik untuk melihat aurora borealis di bumi ialah ketika malam 
yang paling sejuk dan paling gelap. Warga Hemisfera Utara berpeluang 
untuk melihatnya dari pandangan yang ideal. Angkasawan yang berada di 
International Space Station (ISS) dan mengorbit sejauh 240 batu telah 
merakamkan visual yang menarik ini. Aurora borealis dan pasangannya di 
selatan, aurora australis, begitu cantik dilihat dan angkasawan di sana 
berpeluang merakamkan detik indah ini pada bila-bila masa sepanjang 
tahun. Sinaran atmosfera ini terhasil daripada partikel dicas yang 
bertindak balas dengan sfera magnetik bumi dan sering berkait dengan 
udara solar dan aktiviti di permukaan matahari yang lain.








 
 
No comments:
Post a Comment