MY FOLLOWERS

Wednesday, April 10, 2013

Berita - Penyiasat NYPD Berhenti Kerana Bosan Menyiasat Umat Islam

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.......

Seorang pemberi maklumat berbayar yang bekerja untuk Jabatan Polis New York bahagian risikan diberikan arahan untuk mengapi-apikan umat Islam di sana di samping menjalani kehidupan secara serampang dua mata. Sebagaimana diberitahu kepada Associated Press, dia turut mengambil foto orang Islam dalam masjid dan mengumpulkan nama-nama orang awam yang mempelajari Islam secara berkumpulan. 




Shamiur Rahman, 19, berketurunan Bangladesh Amerika kini telah berhenti daripada kerjanya sebagai pemberi maklumat berkata pihak polis memintanya untuk mengatur strategi dipanggil 'cipta dan tangkap' yang melibatkan tugas termasuk mencipta perbualan di kalangan umat Islam tentang jihad atau keganasan, kemudian menghantar respon kepada NYPD. Untuk kerjanya, dia dibayar $1,000 sebulan dan mendapat nama baik daripada polis. 

"Kami mahu anda berlakon menjadi salah seorang daripada mereka," kata Rahman mengingat kembali kepada apa yang pernah diberitahu oleh pihak NYPD kepadanya. Rahman berkata kini dia menyifatkan kerjanya sebagai pemberi maklumat bagi menentang umat Islam di New York sebagai 'menjejaskan perlembagaan' dan selepas dia mendedahkan perincian kerjanya untuk pihak polis kepada seorang rakannya, dan selepas memberitahu polis yang dia dihubungi AP, dia tidak lagi menerima apa-apa pesanan sms daripada penyelianya, Steve. Nombor telefon juga sudah tidak digunakan lagi. 

Kata-kata Rahman menunjukkan bagaimana NYPD memasukkan pemberi maklumat ke dalam komuniti Muslim dan selalunya tanpa sasaran atau objektif khusus atau sebarang petunjuk jenayah. Ia lebih kepada taktik yang digunakan pihak NYPD yang sering dinafikan penggunaannya. Pihak AP pula membenarkan kata-katanya menerusi rekod penahanan dan pesanan sms yang diterima selama berminggu-minggu antara Rahman dan polis yang dihubunginya. AP juga melihat semula foto-foto yang dihantar oleh Rahman kepada polis. Kenalannya mengesahkan Rahman berada di beberapa acara apabila dia mengaku berada di sana, dan beberapa bekas pegawai NYPD yang tidak begitu mengenali Rahman mengatakan taktik berkenaan banyak digunakan oleh pemberi maklumat.  

Pemberi maklumat seperti Rahman menjadi antara tunggak penting dalam program kendalian NYPD untuk memantau kehidupan warga Muslim Amerika Syarikat sejak serangan pengganas pada 2001. Polis pasang telinga dalam banyak aspek kehidupan Muslim di sana termasuk dalam hal bisnes, rakaman video di masjid dan nombor plat kenderaan. Pemberi maklumat yang berada dalam masjid akan menyalurkan maklumat kepada polis tentang apa yang diperkatakan khatib ketika khutbah dan memberikan senarai nama yang hadir walaupun mereka tiada sebarang rekod jenayah. Program ini dibentuk dengan bantuan pihak CIA dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Polis merekrut Rahman selepas penahanannya kali ketiga atas kesalahan dadah yang dipercayai Rahman akan membawa kesan buruk. Seorang pegawai NYPD menemuinya di penjara Queens dan menawarkan peluang untuknya mengubah haluan hidupnya. Bulan berikutnya, dia menjadi pegawai bergaji. 

Rahman berkata dia memang mahu mengubah hidupnya dan berhenti terlibat dengan dadah, dan percaya Islam memberikan tujuan dalam hidupnya. Dia kemudian berkenalan dengan Talha Shahbaz di Facebook dan mengenali beberapa lagi rakan Muslim yang lain. Secara rahsia, Rahman menyelongkar rahsia kehidupan rakan-rakannya atas arahan NYPD. Rahman yang dilahirkan di Queens berkata dia bekerja untuk mendapatkan wang dan selama ini dia tidak pernah melihat mereka melakukan apa-apa kegiatan jenayah atau sesiapa melakukan sebarang kesalahan. Rahman juga berkata polis tidak pernah membincangkan tentang aktiviti sasaran risikannya. Polis sendiri memberitahunya "Kami tidak fikir mereka membuat kesalahan, kami cuma mahukan kepastian." 

Selepas beberapa lama, akhirnya Rahman mengatakan dia sudah bosan membuat risikan ke atas kawan-kawannya. Dia berkata turut mengecam identiti pemberi maklumat NYPD yang lain yang merisiknya. Dia mengambil $200 lagi daripada NYPD sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerjanya. Polis NYPD ada menawarkannya bayaran lebih tinggi tetapi dia menolaknya. Dia ada memberitahu beberapa rakannya bahawa dia pernah bekerja sebagai perisik NYPD untuk seketika tetapi sudah berhenti. "Saya pernah bekerja sebagai pemberi maklumat NYPD untuk satu tempoh bagi menyiasat pengganas, tetapi saya meraguinya." katanya dan dia tidak pernah terfikir ia sesuatu yang betul untuk dilakukan.

"Saya benci menggunakan orang lain untuk dapatkan duit. Saya tersilap." katanya.



KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: