MY FOLLOWERS

Wednesday, June 22, 2011

Sekadar Luahan - Jadilah Diri Sendiri, Jangan Ambil Hak Orang Lain Sesuka Hati!!

Credits to: Julmazli Dot Com, all bloggers
Gambar ihsan: Facebook Fatin Liyana


Assalamualaikum...

Sebelum ini rasanya sudah ramai penulis blog menulis teguran buat semua supaya menjadi diri sendiri dalam setiap perkara yang dilakukan. Kebanyakan teguran dibuat susulan ada segelintir pihak yang mengambil bahan dari blognya tanpa kebenaran sama ada tulisan ataupun foto, dan tidak disertakan kredit ke blognya, malah ada juga dibuat ekoran daripada berlakunya kecurian identiti oleh pihak tidak bertanggungjawab di laman sosial seperti Facebook. Laman sosial lain? Wallahualam...

Sudah banyak kali teguran dibuat, namun ia masih lagi berlaku. Kenapa?

Ditegur secara baik pun sudah, malangnya ada juga segelintir 'pencuri identiti' melawan tuan empunya yang asal. Kata orang, bersikap 'lawan tokey'. Patutkah begitu?

Segala yang ditulis di blog ini boleh dijadikan panduan. Meskipun ia ditujukan kepada penulis-penulis blog, namun setelah membacanya, saya sendiri berpendapat ada di antara isi kandungan masih boleh digunapakai sekalipun di laman sosial.

Sebentar tadi, penulis ada melayari Facebook dan terjumpa halaman milik seorang pengguna lain yang dipautkan ke halaman Facebook penulis. Terkejut seketika kerana memaparkan foto penulis blog Fatin Liyana, namun setelah diperhatikan dengan teliti, jelas identiti milik pengguna ini bukan sepertimana identiti gambarnya. Jika dilihat di bahagian komen pada albumnya, anda akan dapati perbualannya adalah dalam loghat Terengganu. Tambahan lagi, Fatin Liyana bukannya orang Terengganu tetapi Negeri Sembilan!




Kepada pengikut setia blog Fatin Liyana, anda boleh lihat halaman Facebook miliknya yang sebenar seperti di bawah. Terpulanglah kepada anda semua untuk menilaikannya.

Halaman Facebook I <3 Fatin Liyana

Ataupun di sini.

Halaman Facebook Fatin Liyana Asri


Sejujurnya, sewaktu di awal pembabitan saya di dunia blog, tiada sebarang format saya gunakan ketika menulis artikel. Saya akan tulis apa yang saya rasa mahu ditulis, itu sahaja. Namun, kerana teguran penulis blog lain mengenai perkara sebeginilah membuatkan saya mula menulis artikel-artikel di blog ini secara lebih berformat. Anda boleh lihat di bahagian awal setiap artikel yang saya tulis pastinya saya letakkan ruangan Credits to: dan Gambar Ihsan: sebagai menyatakan kepada anda semua dari mana sumber luaran yang saya peroleh untuk menyokong tulisan saya. Biarlah saya dilabelkan sebagai penulis yang 'lurus' sekalipun, tidak mengapa. Asalkan saya tidak mengambil sesuatu yang bukan milik saya sesuka hati.

Jadilah diri sendiri. Jika tiada, rekalah satu identiti sendiri. Otak dan fikiran waras sudah diberi, gunakanlah sebaiknya. Janganlah ambil sesuatu milik orang lain sesuka hati seolah-olah ia milik anda.

6 comments:

meowwmania said...

betul tu

lgsg tak phm org2 camni, apa yg dikejarkan agaknya ekk..

YouSOF said...

Hadoi.. ada je orang camni ek.. Guna gambar anak sedare sendiri lagi ok kan.. comel pun comel! ;)


Tapi si Fatin tu memang comel punn ;D nyaris nak kenal dia haritu..

THE GREEN said...

meow: ntah la..sy pun xtau..

yousof: tu la pasal...

Khuzrin Kamarudin said...

tumpang populariti laa.. ape lagi... keh keh keh..

Ceiler Mun said...

setakat ni entry kat blog saya tak de lagi yang kena curi.. hehehe..

dan saya pon tak suka ambil entry orang.. kalau ada tu biasanya saya bagitahu la sumber2 nya.. :)

nice entry :)


^^

YouSOF said...

;D