MY FOLLOWERS

Monday, June 6, 2011

Kesihatan - Bahaya Soya Kepada Kesihatan (Bhgn 2)

Credits to: SyokOrg, Bangku Kosong, Dr Zubaidi
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....

Soya membawa khasiat hanyalah rekaan Barat semata-mata. Oleh itu, usahlah cepat terpengaruh dengan dakwaan sesetengah pihak atau sebarang input yang diterima menerusi media yang mengatakan soya memberikan manfaat ke atas kesihatan anda. Dapatkan maklumat lebih lanjut menerusi pembacaan buku-buku serta artikel-artikel mengenai kesahihan dakwaan berkenaan serta bukti yang disertakan.


Dalam Islam, Nabi s.a.w. mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, madu dan kismis, tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehinggakan yang baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan jualan mereka.

Di sini, bukanlah mengenai kebaikan soya yang dikatakan mengandungi nutrien penting dan protein yang ingin disebutkan, tetapi keburukannya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya terutama sekali kepada kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang lain:
  1. Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
  2. Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  3. Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual seseorang (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).


FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu sebatian kimia dinamakan isoflavone (2).

Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ini bukanlah dapat diekstrak dengan mudah daripada kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah isoflavone dapat dihasilkan, seterusnya dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tidak mampu untuk menyahaktifkan perencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastrik, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.


Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat dinyahaktifkan menerusi proses penapaian. Antara produk daripada kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.

Namun, bagi sesetengah produk soya, contohnya air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun pada kuantiti yang sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.


Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains dan Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tetapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Sebatian kimia ini kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Dengan kata mudah, ia seolah-olah menggalakkan bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.


FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadamkan phytoestrogen daripada kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormon tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

  1. komponen yang aktif secara biologi yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan.
  2. komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan simptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
  3. phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.
  4. rantaian hemaggluttin inilah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuelnya


Pautan lain: 
Bahaya Soya Kepada Kesihatan I
Kesan Soya
Soya Adalah Bahaya Kepada Kesihatan

13 comments:

safiyyah osman said...

erkkkkkkk...biar btul..aduh.kebanyakan yang cakap kalau mengandung elok minum air soya..

tq for sharing!

Shila said...

kira kicap ok laa kan???

THE GREEN said...

safiyah: baik minum susu jer, lebih selamat :-)

missSenget: baik elakkan juga sbb masih ada kandungan soya. tinggalkan apa2 yg meragukan, itu lebih baik.

Anonymous said...

alamak! aku suka minum soya... T^T
susu xleh minum banyak... T^T

Kakzakie Purvit said...

Kakak sudah terbaca article ini. Tapi kakak memang susah nak tinggalkan tauhu sumbat, air soya dan tempe buat sambal goreng. Umphhh.....

Anonymous said...

memang pernah dengar pasal ni.. kebaikan soya cuma propaganda orang bukanislam untuk mengelak kite mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, madu dan kismis.

soya juga boel mnyebabkan cyst dan kanser rahim keran kandungan kimia nya yang susah lupus jika tidak melalui proses (fermentation) yang lengkap.

tapi tempe adalah hasil daripada proses (fermentation) yang lengkap. maka tempe selamat dimakan..yeahuuu....bole makan tempe...yessss!!!!!..

irwanmiswan said...

aku dah tak minum air soya dah huhuhu

Anonymous said...

pernah dgr pasal ni. kebaikan soya hanyala propaganda orang kafir untuk mengelakkan kite amalkan makan sunnah yang berjuta kali ganda lebih baik.

tempe adalah selamat dimakan sebab telah melalui proses(fermentation) yang lengkap..

so YEY!! untuk tempe yang boel dimkaan tanpa rasa was was..yeaahhuuuu dabedabedu!!!

vampire's lovex said...

huuu baru tahu... thanx for sharing.. :)

tapi betol latu,yg mana org cakap bagus,semua ikot je,yg mna sunnah x pulak nak buat..

cik husna said...

kirenye...better mkan tempe la dari minum air soya or makan tau fu fa kan?

sy penggemar tempe!~

blog-tips-kurus said...

soya tak bagus tapi TEMPE itu bagus kan?! :-)

feyza said...

huhh dah la suka mkn tokuaa~~

haih

Ezad Skytech said...

makan TEMPE je la lepas ni... hehe ~