MY FOLLOWERS

Saturday, June 25, 2011

Berita - Spider-Man: Shattered Dimensions

Credits to: Yahoo Games, Wikia, Wikipedia
Gambar ihsan: Yahoo Games, Wikipedia


Assalamualaikum...


Permainan video ini mengetengahkan karakter Spider-Man dari empat dimensi berbeza dan setiap dimensi memaparkan kisah yang berbeza tetapi bertumpu pada satu objektif yang sama iaitu mengumpulkan semula serpihan artifak Tablet of Order and Chaos yang pecah secara tidak disengajakan.


Plot

Spider-Man berada di sebuah muzium dalam usahanya menghalang rompakan didalangi oleh Mysterio apabila dia secara tidak sengaja telah menumbuk sebuah plat artifak misteri yang digelar Tablet of Order and Chaos. Plat berkenaan telah pecah kepada 17 bahagian dan Mysterio melarikan diri dengan salah satu daripadanya. Sebahagian serpihan yang lain tertinggal dalam dimensinya dan sebahagian lagi telah termasuk ke dimensi lain, yang mengundang masalah kepada dunia realiti. Madame Web muncul untuk membantu Spider-Man dan memberitahunya masalah yang telah ditimbulkan serta di mana serpihan-serpihan yang lain berada.

Madame Web turut memberi amaran kepada Spider-Man yang lain mengenai krisis berkenaan serta untuk mendapatkan semula kesemua serpihan lain yang telah jatuh ke tangan 13 orang penjahat berbeza di empat dunia/dimensi berlainan. Kini terpulang kepada empat Spider-Man di empat dimensi untuk mendapatkan semula semua serpihan dan mengembalikan artifak berkenaan sebelum kesemua empat dimensi musnah. (Baca selanjutnya DI SINI)



Sebagaimana reviu dari Yahoo Games dan di beberapa sumber lain, menyatakan permainan ini mendapat maklum balas positif dan agak memuaskan.

2 comments:

blog-tips-kurus said...

semasa kecil, suka tengok hero ini. bila dah besar, tengok Upin & Ipin je.. :-)

Aretikz said...

game mcm nilah yg jarang2 aku main.. hehe..