MY FOLLOWERS

Monday, March 14, 2011

Berita - Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun

Credits to: Yahoo News, Harian Metro
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum...

Gempa bumi dengan magnitud 8.9 melanda bahagian pantai utara Jepun menghasilkan ombak tsunami telah menyebabkan kemusnahan teruk, meranapkan keseluruhan bandarnya, mencetuskan kebakaran dan membunuh beratus-ratus penduduk di sekitarnya. Hampir 88,000 orang telah dilaporkan hilang sebagaimana yang dilaporkan kepada agensi berita Kyodo.

Di sini adalah sebahagian daripada gambar yang disiarkan di Yahoo News. Jika anda ingin lihat yang selebihnya, KLIK SINI. (Terdapat 212 gambar kesemuanya)













Beratus penduduk telah terkorban dan angka kematian dijangka meningkat. Operasi mencari dan menyelamat sudah pun dimulakan. Askar, tentera, serta pasukan penyelamat dari beberapa negara termasuk dari Malaysia dan Taiwan (sebagaimana dilaporkan dalam berita dan akhbar) dihantar bagi membantu pasukan sedia ada dalam operasi yang dijalankan.


TOKYO: Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh berikutan gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun kelmarin.

Tsunami setinggi 10 meter itu memusnahkan Sendai, bandar raya di timur laut negara berkenaan, tempat 200 hingga 300 mayat ditemui di kawasan pantai.

“Apa yang menjadi tempat kediaman sebelum ini, musnah sama sekali,” kata Perdana Menteri, Naoto Kan selepas menaiki helikopter untuk melihat sendiri kerosakan yang berlaku.

Ombak besar berwarna hitam itu mendamparkan kontena, kereta dan sisa bangunan ke jalan raya di Sendai dan kawasan terbuka serta menyebabkan lumpur tebal melitupi kawasan yang amat luas.

Polis berkata, 413 orang disahkan mati, 784 hilang dan 1,128 cedera.

Bagaimanapun , jumlah itu dijangka meningkat.

“Jumlah korban dipercayai lebih 1,000. Kerosakan itu begitu besar dan saya percaya kami memerlukan masa untuk mengumpulkan maklumat,” kata Edano, jurucakap kanan Naoto.

Dalam pada itu, lebih 215,000 orang ditempatkan di pusat perlindungan kecemasan di timur dan utara negara itu semalam.

Agensi Polis Kebangsaan Jepun berkata, jumlah itu termasuk lebih 100,000 orang yang berlindung di Fukushima, di utara dan penduduk yang diarah berpindah dari kawasan sekitar dua loji nuklear.

Bagaimanapun, jumlah mereka yang kehilangan tempat tinggal dipercayai lebih ramai. Beribu-ribu rumah di bandar tepi pantai musnah, termasuk di bandar Ofunato yang menyaksikan lebih 300 rumah dihanyutkan air.

Sementara itu, lebih 50,000 anggota tentera dan pegawai penyelamat lain dikerah untuk menyertai gerakan mencari dan menyelamat.

Lebih 300 pesawat dan 40 kapal, termasuk satu armada 20 kapal penggempur diarah belayar ke kawasan pantai Pasifik Pulau Honshu yang turut terjejas teruk akibat bencana itu.

Di Watari, wilayah Miwagi, helikopter tentera digunakan untuk menyelamat sekumpulan pelajar dan penduduk yang terperangkap di atas bumbung sebuah sekolah rendah.

Lebih lapan juta kediaman terputus bekalan elektrik. Hubungan telefon, termasuk telefon bimbit juga terputus.

Bekalan gas ke lebih 300,000 rumah turut terjejas, bermakna ramai penduduk terpaksa menghabiskan malam mereka dalam kesejukan.

Pihak berkuasa Jepun juga mengumumkan, sebuah kapal yang sebelum ini dilapor hilang, ditemui di laut dan semua 81 orang yang berada di dalamnya diselamatkan dengan menggunakan helikopter.

Gempa berukuran 8.9 magnitud itu yang melanda pada jam 2.46 petang (1.46 petang waktu Malaysia) selama dua minit menggegarkan bangunan di bandar raya Tokyo, kawasan bandar terbesar dunia dengan penduduk berjumlah 30 juta orang.

Bagaimanapun, dengan gempa bumi kecil yang sering berlaku di seluruh Jepun, negara itu adalah antara yang terbaik dalam membuat persediaan untuk berdepan dengan bencana sebesar kelmarin. - AFP

Sumber


Sebagaimana dilaporkan dalam Nightline sebentar tadi, gempa bumi kali ini bukan setakat yang terburuk dalam 140 tahun, malah dikatakan yang terburuk selepas Perang Dunia Kedua. Penduduk tempatan kini telah kembali ke kediaman masing-masing bagi membersihkan segala kekotoran dan kerosakan akibat tsunami.

Lagi berita, klik pada pautan di bawah:
Gegaran kuat selepas gempa
Syarikat kereta Honda, Nissan dan Toyota hentikan pengeluaran
Loji nuklear meletup

Rakaman video amatur Yahoo News: KLIK SINI.

Jadikan segala yang berlaku sebagai iktibar dan renungan.

5 comments:

NUR AYNIE said...

so scared...=(

+qasih nadira+ said...

tak sangka kan tsunami melanda semula bumi ini.semakin hampir dengan kita.Semoga kita dijauhkan lagi dengan tragedi berulang ini.

terjah ke sini disubuh hari~

n__n

Kak Long said...

subhanallah... kalau paling teruk setelah WW2 tu maksudnya mmg sgt2 teruk la.. secanggih mana pon teknologi yg manusia cipta, tetap tak bole menandingi ciptaan dan kuasa tuhan..

FazMelati said...

YA ALLAH,.. Takut sangat tengok, apatah lagi orang yang mengalaminya kat sana...

Lindungilah kami seisi Malaysia Ya Allah...

Loves mirror!Melati are giving you free mirror♥
♥♥♥
Bwekkk tak suka kejer camni
Resipi CintaTak perlu masak pun, hehee
Mengaji yeayyyhuuu =)Kelas mengaji =))

THE GREEN said...

aynie, melati: tu baru tgk. kalo kita sndri kat tempat diorg mcmana? byk2 la berdoa semoga kita selamat dr malapetaka seteruk itu...

nadira: pagi2 dah terjah..berita tgh fresh lg...

ceri: itu dah mesti :-)