MY FOLLOWERS

Tuesday, September 17, 2013

Sekadar Luahan - Pecah dan Masuk II

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

Jenayah tidak pernah habis!


Gambar contoh. Bukan daripada kejadian sebenar.
 

Tahun lepas, sewaktu masih bersama syarikat kontraktor, penulis pernah ceritakan kejadian pejabat tempat penulis bekerja dipecah masuk. Kali ini entah apalah pula puncanya, kejadian sama berulang cuma bukan di pejabat tetapi selepas pulang dari makan di warung.

Malam itu selepas penulis dan seorang kawan selesai kelas dan sudah menjadi rutin setiap kali tamat kelas, kami ke sebuah warung untuk makan malam. Tidak kisahlah sama ada yang dekat dengan kelas atau mana-mana yang dirasakan menarik atau sekadar mahu bertukar selera. Malam itu, asalnya mahu ke sebuah warung yang agak besar. Kawasan di situ malam itu agak sibuk dan parkir kenderaan penuh. Terpaksalah letak kenderaan jauh sedikit. Malam itu juga kebetulan tv siarkan perlawanan bolasepak antara pasukan Malaysia dan Thailand sempena Pestabola Merdeka. Sambil tonton perlawanan, sambil makan dan tidak sah kalau tidak disusuli dengan perbincangan dan sembang kosong. Adalah dalam 2 jam duduk melekat di kerusi depan tv sebelum mahu pulang.

Sewaktu pulang, kereta lain yang memnuhi parkir semua sudah tiada. Lengang habis! Kecuali ada satu kereta kawan penulis sahaja. Sebaik berjalan kaki ke keretanya, barulah masing-masing tergamam. Cermin keretanya sebelah pemandu habis pecah! Aduhh..! Sedihnya, marahnya, semua perasaan dalam hati waktu itu hanya Allah yang tahu. Si perosak sudah lama hilang (Ini kalau dapat, nahaslah kena pukul!), yang tinggal hanyalah hasil perbuatannya. Terus kami periksa, tiada apa yang hilang sebab dia tidak letak apa-apa yang berharga. Dia syak mungkin si perosak pecahkan keretanya sebab cari duit. Habis seluruh kereta diperiksa. Peniaga warung berdekatan pun ditanya. Katanya tidak dengar apa-apa bunyi penggera pun dan ini kejadian kedua selepas minggu sebelumnya. Dia syak perosak itu orang yang sama berdasarkan faktor tempat dan cara dipecah masuk. Dia turut peringatkan sekarang ini pantang kalau ada sesiapa tinggalkan sebarang beg dalam kereta sekalipun beg sekolah budak-budak sebab dikhuatiri berisiko jadi mangsa.

Penulis kemudian bersama kawan ini ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan. Pihak balai polis berkenaan merujuk laporan diberikan ke JSJ untuk tindakan seterusnya.

Selain kejadian ini, sebelum ini penulis ada dengar cerita orang mengatakan kawasan warung ini kerap berlaku kes sebegini. Tidak kira waktu sekalipun ketika solat Subuh atau solat Jumaat. Penulis pernah terserempak dengan seorang budak nyaris kena pukul selepas cuba melarikan sebuah motorsikal selepas solat Jumaat. Sebelum itu pula, pernah diceritakan kepada penulis ada ahli keluarga nyaris jadi mangsa apabila keretanya cuba dipecah masuk sewaktu menghadiri annual dinner. Selepas kejadian kunci kereta ditukar sebagai langkah keselamatan. Banyak lagi pengalaman yang diceritakan, tetapi memadailah yang ini sahaja dinyatakan. Jenayah pun satu hal, memang sampai bila-bila pun takkan habis.

Untuk atasinya atau sekurang-kurangnya sebagai langkah keselamatan, ikutlah apa yang disarankan orang ramai dan pihak berkuasa selain ambil pengajaran daripada pengalaman sebagaimana diceritakan mangsa tidak kiralah dari mulut ke mulut ataupun di laman-laman sosial. Di zaman moden ini banyak sumber boleh dijadikan rujukan. Sentiasa istiqamah dan sabar dalam menghadapi setiap ujian. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kalau anda tahu mana-mana ayat al-Quran yang boleh diamalkan sebagai perlindungan kepada diri dan harta benda, bacalah selalu dan amalkannya. Nasib kita baik atau buruk itu hanya Allah yang tahu.

Hiburan - Percutian Abehh Rosak! :-D Hahahaha...!!!

Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Yahoo Shine


Assalamualaikum.....

Yang disangka ialah semuanya akan baik-baik sahaja seperti dirancang, kononnya percutian akan jadi sangat mengujakan dan seronok. Namun tiada siapa tahu bila akan jadi terlebih seronok... huahuahuahuahuaaaa..!!!















Habehh rosak!! Hahahahahaha!!

KLIK SINI untuk selanjutnya.

Sunday, September 8, 2013

Berita - Grading Karate SMK Sultan Ahmad, Losong, K.Trg 7.9.2013

Kredit kepada: SKA, Parents, pelajar
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Ujian peningkatan atau grading bagi Kelab Karate SMK Sultan Ahmad, Losong, Kuala Terengganu telah diadakan di dewan besar sekolah ini pada 7.9.2013. Ujian ini dikendalikan oleh dua orang jurulatihnya Sensei Zul Imran Ahmad dan Sensei Hassan Ahamat dan dinilai oleh Shihan Ridzuan Md. Zain yang juga selaku pemeriksa dan pengasas Shotoshinkai Karate Association (SKA). 









Ujian bermula jam 2.00 petang ini dimulakan dengan peningkatan tali pinggang putih ke kuning melibatkan 10 orang pelajar dan diteruskan dengan ujian bagi tali pinggang hijau ke biru bagi 2 orang pelajar. Kriteria yang diuji ialah asas/kihon, tangkisan/blocking/uke, kekuda/dachi, pattern/kata, kiraan masa/timing, waza, tempur/kumite termasuk ippon kumite, gohon kumite dan jiyu kumite. 


Selesai sesi ujian, sedikit ulasan dan tunjuk ajar disampaikan oleh Shihan Ridzuan Md. Zain mengenai perkara asas yang perlu difahami dalam seni beladiri. Ujian berakhir jam 5.00 petang.


Tahniah kepada yang lulus!

Berita - Sambutan Majlis Aidilfitri Masjid Nur Bakti 30.8.2013

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

 Sambutan Aidilfitri di perkarangan Masjid Nur Bakti, Gong Badak telah diadakan pada 30.8.2013. Sebagaimana tahun lalu yang merupakan sambutannya kali pertama sejak masjid ini mula beroperasi, sambutan kali ini juga bagi memberi peluang kepada para jemaah dan penduduk sekitar kawasan ini untuk sama-sama meraikan yang sebelum ini tidak berpeluang meraikannya berikutan cuti perayaan dan ada yang pulang ke kampung. 














Berbeza dengan tahun lalu, sambutan kali ini lebih baik kerana cuaca dalam keadaan baik. Majlis yang dimulakan sekitar jam 9 malam selepas solat Isyak ini dimulakan dengan bacaan doa dan sedikit ucapan daripada pihak AJK masjid. Antara aturcara yang diadakan sepanjang majlis ialah cabutan bertuah, penyampaian sumbangan kepada beberapa bakal jemaah haji dan dendangan nasyid. Antara hidangan yang disediakan ialah sate, laksa, nasi minyak, buah-buahan, tapai, kuih-muih, aiskrim, koktel buah-buahan, jeli serta minuman. Majlis selesai sekitar 11 malam.

Hidupan Liar - Menatang Apakah Ini...???

Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Grind TV
 


Assalamualaikum.....

Makhluk apakah ini....???






3 orang pakar mengenai jerung mengatakan bangkai ini semestinya bangkai jerung. Misteri penemuan makhluk bertanduk yang ganjil yang ditemui di persisiran pantai Luis Siret, Sepanyol yang sebelum ini menimbulkan banyak spekulasi mengenai identitinya kini telah dirungkai. Namun ramai yang menekanya sebagai oarfish atau ikan dayung. 

Hasil siasatan mendapati bangkai tersebut sepanjang 13 kaki ialah ikan jerung sebagaimana diputuskan oleh 3 orang pakar jerung. George Burgess, pengarah Florida Program for Shark Research, memberitahu dalam email kepada GrindTV Outdoor ia adalah seekor jerung dengan spesis yang belum diketahui tanpa kajian lanjut. Apabila fotonya mula tersebar, ramai mencadangkan ia ada kaitan dengan makhluk naga laut, dinosaur air atau ikan mutan. 


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Berita - Sekitar Sambutan Kemerdekaan Tadika Kemas Gong Badak 31.8.2013

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....

Sambutan secara ringkas ini diadakan jam 8 pagi di perkarangan tadika disertai ibu bapa pelajar dan guru. Perarakan sempena sambutan Kemerdekaan ini diadakan sekitar kawasan luar tadika sejauh 30 meter sahaja :-) Selesai berarak, ibu bapa dan penjaga dijemput menikmati sedikit juadah yang disediakan. 
 









P/s: Pupuk semangat patriotik sejak kecil :-) MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!