MY FOLLOWERS

Sunday, December 4, 2011

Artikel - Kesan Buruk Menonton Bahan Pornografi Kepada Otak

Kredit kepada: De Palma
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....

Fuuuuhhhh.... layaaaaannnn :-D


Donald L. Hilton Jr MD, seorang pakar bedah saraf dari Hospital di San Antonio, Amerika Syarikat mengatakan bahawa ketagihan terhadap bahan porno mengakibatkan bahagian tengah depan otak yang disebut sebagai Ventral Tegmental Area (VTA) akan mengecil secara fizikal.

"Pornografi menimbulkan perubahan kekal kepada neurotransmitter otak dan melemahkan fungsi kawalan. Ini menyebabkan mereka-mereka yang sudah ketagihan tidak mampu lagi mengawal perilakunya," kata Hilton. Beliau turut menambah bahawa ketagihan pornografi turut menyebabkan gangguan memori. Keadaan ini tidak berlaku dengan cepat dalam waktu yang singkat tetapi melalui beberapa tahap iaitu ketagihan yang disertakan dengan tindakan impulsif, ekskalasi ketagihan desensitisasi dan akhirnya penurunan tingkahlaku.

"Dan kerosakan otak akibat ketagihan pornografi adalah paling berat, dan lebih berat daripada ketagihan kokain (dadah)."



12 kesan buruk pornografi ke atas otak:

1. Pornografi memberi makan pada 'keinginan mata' dan 'keinginan daging' yang tidak akan pernah dapat dipuaskan. Pornografi hanya akan membuatkan ‘penontonnya’ minta supaya ditambah, ditambah, dan ditambah lagi.

Dengan kata mudah, pornografi sebenarnya memperbodohkan manusia dengan nafsunya dan membuka pintu terhadap segala jenis kejahatan seperti kemarahan, penyiksaaan, kekerasan, kepahitan, kebohongan, iri hati, pemaksaan, dan keegoan. Kekuatan tersembunyi di sebalik pornografi akan menunjukkan dirinya pada ketika orang yang sudah terlibat berusaha menghentikan kebiasaannya. Tanpa bantuan, biasanya orang itu tidak berdaya untuk melepaskan diri.

2. Pornografi membuatkan cara berfikir seseorang menjadi penuh dengan seks semata-mata. Fikiran seks akan menguasai alam bawah sedar mereka. Gambar berbaur seks akan melekat pada otak mereka, sehinggakan pada ketika seseorang memutuskan untuk berhenti melihat pornografi pun, gambar-gambar yang pernah dia lihat di masa lalu akan bertahan sampai beberapa tahun bahkan selama-lamanya.

3. Pornografi menjadi medan promosi terhadap amalan seksual yang menyimpang. Contohnya, laman porno internet biasanya dihubungkan dengan laman porno yang lebih progresif seperti homoseks, pornografi kanak-kanak, seks dengan haiwan (bestiality), perkosaan, seks dengan kekerasan dan lain-lain.

Ini akan membuat orang-orang tertentu terganggu secara mental dan tercabar untuk mencubanya. Dengan demikian, makin banyaklah perilaku seks menyimpang dalam masyarakat.


4. Pornografi membuatkan seseorang terdorong untuk lebih suka melayani diri sendiri berbanding orang lain. Contoh paling mudah ialah asturbasi / onani. Ini adalah tindakan memuaskan nafsu peribadi yang dapat membuatkan seseorang sukar untuk menerima dan memberikan cinta yang sebenarnya pada orang lain. Pornografi biasanya membuatkan orang ketagih melakukan masturbasi / onani.

5. Pornografi akan membawa seseorang terhadap penggunaan waktu dan wang dengan sangat buruk. Sedikit ada waktu terluang atau wang lebih, akan dihabiskan untuk memuaskan hawa nafsunya.

6. Dengan sering melihat laman porno atau membeli filem / majalah porno, si empunya badan secara tidak langsung turut menjadi penyumbang kepada perkembangan industri pornografi yang biasanya dikendalikan oleh organisasi jahat yang mencari wang dengan cara haram.

7. Terbiasa melihat pornografi akan merosakkan hubungan orang tersebut dengan orang-orang di sekelilingnya, dalam hal ini keluarga atau orang-orang terdekatnya.

Dalam hubungan kekasih, hubungan yang berkembang menjadi tidak sihat. Orang yang terlibat dalam pornografi akan menyalahkan kekasihnya pada tindakan-tindakan seksual yang mereka lakukan. Padahal masalah itu dalam peribadinya sendiri, dan pasangannya menjadi mangsa. Pada pasangan yang telah bernikah, ini akan menyebabkan ketidakpuasan seksual dan amalan seksual yang menyimpang sehingga membawa kepada ketidakharmonian keluarga, bahkan perceraian.

8. Dalam banyak kes, pornografi membuatkan seseorang kehilangan daya kerjanya. Yang sebelumnya aktif dan kreatif boleh menjadi tidak fokus dalam pekerjaan.

9. Pornografi dapat merosakkan hubungan seksual dengan pasangan kerana terbiasa membayangkan orang lain dalam hubungan seksual.

Imaginasi adalah salah satu kesan pornografi yang sangat kuat. Nilai dan kemurnian seksual sesungguhnya menjadi rosak.

10. Melihat pornografi akan membuatkan seseorang menjadi sering berbohong.

Orang yang terikat dengan pornografi akan menyimpan kebiasaannya ini sebagai rahsia, sehingga dengan berbohong dia dapat menyembunyikan rasa malunya dan menghindari kritikan daripada orang di sekelilingnya. Ke mana pun dia pergi, dia akan cenderung memakai ‘topeng’.

11. Pornografi turut menyebabkan kesan spiritual yang serius ke atas si empunya badan.

Tekanan dan kebingungan akan memenuhi hidupnya. Pornografi membawa kekuatan jahat yang akan mengawal dan mendominasi penontonnya. Sekali saja seseorang melihat pornografi, itu akan membawanya semakin dalam. Nilai moral yang sebenar akan menjadi semakin pudar, sehingga timbul masalah gender yang membingungkan.

12. Pornografi akan membuatkan seseorang mempercayai semua kebohongan yang ditawarkan oleh pornografi itu sendiri.


Contoh kebohongan yang ditawarkan bila menonton bahan porno ialah:

a. Kebebasan seksual = kebahagiaan.
b. Penyimpangan seksual = normal.
c. Bila-bila saja melampiaskan keperluan seksual = hal yang benar dan wajar.
d. Setiap hari masturbasi = sihat.
e. Pornografi = tidak menyakiti siapa pun.
f. Bintang porno = orang paling bahagia di dunia.
g. dll.

Moral: Jauhilah bahan lucah...

Artikel - Lukisan Berunsur Pornografi Ditemui Budak Dalam Video Game Mario

Kredit kepada: Yahoo Games 
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.....


Seorang ibu pada mulanya merasakan selamat ketika membelikan satu permainan terpakai Mario and Sonic at Winter Olympic Games untuk Wii, tetapi terkejut setelah mendapati terdapat imej porno di bahagian dalam permukaan kotak berkenaan. Ibu berkenaan kemudiannya terpaksa menerangkan kepada ibu bapa yang berang dengan keadaan berkenaan. Apabila dia menghubungi Gamestop supaya meminta maaf berkenaan hal tersebut, kerani yang mengangkat telefon mengucapkan terima kasih seterusnya meletakkan telefon. 

"Saya tiada sebarang motif, cuma mahu pihak mereka meminta maaf", katanya.

Membeli permainan terpakai turut datang bersama risiko kerana kebanyakan yang membelinya tidak semestinya mendapat sebagaimana yang mereka harapkan. Sebagai contoh, pada 2009, seorang remaja di Florida tertipu apabila membeli Nintendo DS dan mendapati hanya terdapat batu dan surat khabar lama selepas membuka kotaknya.

KLIK SINI untuk berita penuh.

Artikel - Nombor 1 di Setiap Negara

Kredit kepada: Ezzu Raza
Gambar ihsan: Ezzu Raza


Assalamualaikum....

Setiap negara pasti ada suatu bidang atau aspek yang terbaik yang dikuasai atau dipeloporinya. Untuk memahaminya, tanyalah soalan ini - "Negara sekian.. sekian terbaik dalam bidang atau aspek apa?" atau "Apakah yang terbaik yang terdapat di setiap negara?", dan gambar di bawah ada jawapannya.


Klik pada gambar untuk lebih jelas.
Negara kita terbaik dalam perusahaan lada hitam. Hmm...

Friday, December 2, 2011

Artikel - Kisah Si Penjual Tempe

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum......


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi-Nya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa,

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sedikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tersebut masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak berputus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi, dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.

"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".

Lalu dia pun berangkat di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yang berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,

"Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya,

"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...


Pengajaran: Teruskan berusaha dan berdoa dalam setiap perkara yang diusahakan.

Artikel - Kaedah Mengira Darab Tanpa Kalkulator

Kredit kepada: Blog Stress
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....

Saya menemui video kaedah mengira ini sewaktu melayari blog ini. Bagi saya, kaedahnya mudah, cepat dan cekap. Saya yang turut meminati subjek matematik agak berminat dengan kaedah yang ditunjukkan dalam artikel di blog berkenaan. Anda boleh lihatnya DI SINI.

Pun begitu, bagi memudahkan anda, di sini saya sertakan juga video kaedah pengiraannya yang saya dapatkan dari Youtube.


Saya juga telah mencuba kaedah yang ditunjukkan dengan nombor-nombor lain dan telah menyemaknya dengan kaedah kiraan secara lazim yang dipelajari dahulu. Alhamdulillah kedua-dua jawapan adalah sama, bermakna kaedah yang ditunjukkan adalah betul.

Pautan lain berkaitan kaedah matematik: KLIK SINI.

Pautan lain: 
Subjek kegemaran ketika di sekolah
Matematik yang seksi
Matematik yang sepatutnya mudah

Selamat mencuba :-)

Berita - Iklan Phones4u Yang Agak Menakutkan

Kredit kepada: Youtube, MyMetro
Gambar ihsan: Youtube


Assalamualaikum....


Antara berita ringkas yang menarik dalam akhbar Harian Metro hari ini (23.11.2011) apabila iklan produk Phones4u di England disiasat ekoran mendapat reaksi kurang senang banyak pihak yang mengatakan iklan berkenaan menggunakan unsur seram yang tidak sesuai lebih-lebih lagi jika ditonton oleh kanak-kanak.

Iklan tersebut memaparkan hantu budak perempuan seperti yang terdapat dalam filem-filem seram dan disiarkan pada waktu perdana televisyen.

Dalam akhbar Harian Metro menyatakan sejumlah 341 laporan sudah diterima oleh Pihak Berkuasa Standard Pengiklanan (ASA) berhubung iklan berkenaan. Ramai pengguna yang berang dengan penyiaran iklan ini turut mendesak agar iklan ini dihentikan siarannya.


KLIK SINI untuk berita penuh di MyMetro.


Unsur seram seperti ini juga pernah digunakan dalam iklan Proton sedikit masa dahulu. Iklan ini juga telah dihentikan siarannya ekoran mendapat reaksi negatif daripada banyak pihak.