MY FOLLOWERS

Wednesday, September 7, 2011

Artikel - Kedudukan Badan dan Tangan Yang Betul Ketika Menggunakan Komputer

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: KOL



Assalamualaikum...

Sebelum ini saya ada menulis entri peringatan buat mereka-mereka yang gemar bermain permainan video yang bertaraf hardcore serta kesannya jika bermain secara keterlaluan. Kepada mereka-mereka yang gemar bermain menggunakan komputer sama ada untuk bermain atau melakukan tugasan, di sini ada peringatan buat anda semua. 

Dari segi kedudukan anda atau posture tubuh yang baik ketika menghadap komputer, beginilah cara yang disarankan:



Kedudukan tangan ketika menggunakan papan kekunci dan tetikus:




Sebagaimana yang saya pernah ingatkan, setiap perkara yang kita lakukan harus ada hadnya. Usahlah melampaui batas kerana ada mudaratnya.

Sekadar Luahan - Double Birthday Celebration!!

Kredit kepada: Family
Gambar ihsan: Family



Assalamualaikum......




Baru sahaja sampai di rumah selepas pulang beraya di Kemaman 3.9.2011 yang lalu. Masuk sahaja dalam rumah, terus dikejutkan oleh adik ipar dengan majlis hari lahir anakku. Giliran ibunya pula 3 hari kemudian :-)

Selamat hari lahir ke-2 buat Aina dan ke-30 buat biniku tersayangggg! Semoga kita terus dimurahkan rezeki, panjang umur dan hidup kita akan lebih berwarna-warni selepas ini. Hehehehe.......

Monday, September 5, 2011

Artikel - Asas Sistem Matawang Kertas Adalah Riba

Kredit kepada: Quran.com, SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....

Salah satu daripada perancangan Dajjal untuk menguasai dunia.

Bermula pada tahun 1971, matawang US Dollar sudah tidak disandarkan kepada emas. Maka matawang dunia (termasuk Ringgit Malaysia) yang lain yang bersandarkan kepada US Dollar secara automatik tidak bersandarkan kepada emas. Jadi nilai matawang sekarang bersandarkan kepada APA? 


Jawapannya adalah HUTANG negara. Jadi apabila berdasarkan kepada HUTANG, negara perlu membayar interest/riba atas hutang ini. Apa kesannya? Ia akan menghasilkan INFLASI atau susut nilai matawang. Nilai RM10 sekarang adalah lebih rendah nilai daripada pada 1 atau 2 atau 3 tahun dahulu.

Harga barangan semakin meningkat? Adakah ini sebab sebenarnya atau nilai duit yang semakin susut?


Kalau difikirkan bukan sekadar sistem perbankan itu adanya riba, malahan sistem matawang itu sendiri asasnya adalah riba.

Inilah tanda-tanda akhir zaman yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW. bersabda, "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya". (Riwayat Ibnu Majah)

Apakah tindakan kita dalam hal ini? Adakah sekarang menerima sahaja tanpa melakukan apa-apa usaha?


Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 275

"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya."

Perjalanan masih jauh untuk mengembalikan keseluruhan sistem kewangan yang tidak berasaskan riba. Adalah tanggungjawab kita dalam mengembalikan kefahaman sahabat handai kita, kaum keluarga kita kepada sistem matawang alternatif yakni emas dan perak / dinar & dirham. Matawang yang tidak ada istilah INFLASI. Satu dirham di zaman Rasulullah s.a.w. dapat membeli seekor ayam, samalah sekarang satu dirham (RM18) masih dapat membeli seekor ayam. Di zaman itu, satu dinar dapat membeli seekor kambing dewasa, di zaman sekarang pun satu dinar (RM630) masih dapat membeli seekor kambing dewasa.


Sekadar Luahan - Kembali Ke Sekolah Sesudah Raya :-)

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.....


Akan kembali ke sekolah selepas cuti perayaan Aidilfitri ini! Meskipun masih mengajar subjek Matematik seperti di sekolah terdahulu, kali ini saya akan mengajar di sekolah tahfiz pula.

Sehingga kini, saya masih bekerja secara kontrak dalam berbagai bidang pekerjaan. Mungkin belum rezeki saya lagi, tetapi saya masih berdoa semoga akan mendapat pekerjaan tetap suatu masa nanti.

Dalam masa yang sama, saya masih mempertimbangkan untuk menerima jawatan sebagai Juruteknik di sebuah stesen radio yang diuruskan kerajaan negeri ini yang akan beroperasi sedikit masa lagi.

Saturday, September 3, 2011

Artikel - Kepada Penggila Permainan Video

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg



Assalamualaikum....

Kepada kalangan peminat permainan video terutamanya yang bertaraf hardcore, silalah baca dan ambil sebagai peringatan. Tidak kiralah dalam aspek hiburan, sukan, atau pemakanan, setiap apa yang dibuat/diambil itu perlu hanya pada kadar yang tidak berlebihan. Jika tidak, pastinya mendatangkan kemudaratan.










Berhibur itu tidak salah asalkan tidak menyalahi syariat dan tidak melampaui batas.

Berita - Pemain Xbox Mati Akibat Darah Beku

Kredit kepada: Yahoo Games
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....


Satu keluarga kepada seorang programmer komputer telah melancarkan sebuah kempen bagi meningkatkan kesedaran terhadap risiko kesihatan bermain permainan dalam talian selepas anak lelaki mereka mati setelah bermain Xbox.

Hasil bedah siasat mendedahkan anak mereka, Chris Staniforth, 20 tahun yang pernah ditawarkan tempat di Universiti Leicester dalam bidang Game Study mati akibat pulmonary embolism, satu keadaan yang terjadi akibat duduk dalam satu posisi pada jangka masa yang lama. 

Trombosis dalam vena  (Deep vein thrombosis) biasanya terjadi kepada penumpang kapal terbang jarak jauh namun pakar perubatan turut khuatir keadaaan ini turut terjadi kepada generasi muda masa kini yang banyak menghabiskan masa di depan konsol dan menggesa agar berehat selepas satu jangka masa. Professor Brian Colvin, pakar dalam situasi berkaitan darah berkata adalah sesuatu yang tidak sihat bagi generasi muda menghabiskan banyak masa di depan konsol.  

"Terdapat kebimbangan berkaitan obesiti dan kanak-kanak yang tidak melakukan apa-apa selain berada di depan skrin komputer," katanya kepada The Sun.
 
David Staniforth telah melancarkan kempen bagi memberi amaran kepada ibu bapa tentang bahaya berkaitan dengannya. 

"Bermain permainan video menyeronokkan tetapi apabila sudah bermula, amat sukar untuk berhenti. Kanak-kanak di seluruh dunia bermain dalam jangka masa panjang. Mereka tidak sedar ia boleh membunuh." katanya kepada The Sun. 

Pada 2005, seorang pemain dari Korea Selatan mati selepas bermain permainan dalam talian selama tiga hari berterusan tanpa berhenti. Microsoft, syarikat yang menghasilkan Xbox berkata mereka turut menasihatkan pemain agar sesekali berehat dan bersenam selain meluangkan masa untuk perkara-perkara lain.


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Pautan lain: Ilusi optik

P/s: Jangan buat sesuatu kerja itu secara berterusan. Ambillah sedikit masa untuk berehat. Setiap anggota badan mempunyai hak untuk berehat.