Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.....
Siri jelajah Dr Zakir Naik di Terengganu diadakan pada 9-15.4.2016. Sesi ceramahnya di Kuala Terengganu diadakan pada 10.4.2016 di Stadium Tertutup Gong Badak jam 8.30 malam. Seramai lebih kurang 30,000 orang menghadiri sesi ceramahnya selama 2 jam itu. Sesi ceramahnya dibuat selama sejam pertama dan sesi soal jawab bersama hadirin untuk sejam berikutnya. Ceramahnya di stadium ini merupakan kehadirannya yang pertama di Terengganu dan yang keenam di Malaysia. Beliau turut menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2013 dari kerajaan Malaysia. Ceramahnya ini bakal disiarkan di Peace TV, satu saluran tv 24 jam membicarakan soal jawab berkaitan agama.
Pada malam itu, sesi ceramahnya bertajuk Pentingnya Perpaduan di Kalangan Umat Islam. Dalam sesi itu, Dr Zakir turut menjelaskan antaranya ialah kriteria untuk mendapat ganjaran jannah iaitu iman dan amal soleh seperti diterangkan dalam surah al-Imran ayat 103, 104 dan 105.
Selain itu, dijelaskan juga bahawa Allah memang menyuruh semua muslimin dan muslimat agar mengikut ajaran yang diturunkan dari Nabi pertama hingga yang terakhir. Orang Islam pada hari ini sudah ramai yang berpecah belah disebabkan banyak perkara serta saling mengkritik dan mengkafirkan antara satu sama lain. Ada juga yang bergaduh disebabkan perkara remeh dan kecil. Perbuatan itu adalah dilarang dan larangan itu disebut dalam surah al-An'am ayat 159.
Umat Islam juga diseru mencari persamaan bukannya perbezaan seperti yang dinyatakan dalam surah an-Nisa' ayat 59. Umat Islam juga diseru sekiranya berbeza pendapat akan sesuatu perkara, maka kembalilah kepada al-Quran dan sunnah.
Sehingga pada artikel ini ditulis, Dr Zakir Naik sudah meneruskan siri ceramahnya hingga ke Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, sudah ada beberapa orang mengucapkan syahadah di hadapan hadirin seramai 40,000 orang yang hadir pada sesi ceramah berkenaan. Di kesempatan itu, Dr Zakir juga mendoakan semoga akan lebih ramai lagi di kalangan saudara mara dan rakan taulan bagi mualaf ini sama-sama menerima Islam dan mendapat balasan syurga daripada Allah s.w.t.
Sumber berkaitan:
Ceramah untuk tunjuk persamaan, bukan perbezaan: SINI |
MengIslamkan Nina Grace: SINI |