Assalamualaikum.....
Secara umumnya, kita akan faham bahawa ganja ada dalam kategori dadah seperti juga kokain, syabu dan lain-lain. Kita juga faham bahawa dadah digunakan dalam bidang perubatan masakini untuk merawat pelbagai jenis sakit, dan kalau disalahgunakan, maka akan jadilah ketagihan sehingga boleh membawa maut.
Dari sudut undang-undang negara ini, jika didapati bersalah mengedar pada satu jumlah, mereka yang terlibat
Dari satu sudut ia juga membawa kebaikan tetapi ada pihak mungkin dari bidang perundangan atau perubatan memandang perkara itu sebagai boleh menjejaskan pendapatan bidang industri perubatan. Apa motif sebenar “mereka” berkata begitu?
Mula-mula sekali, apakah perbezaaan diantara daun marijuana (ganja) dengan ganja serbuk (yang telah diproses)?
Daun marijuana merupakan suatu tumbuhan semulajadi yang
diciptakan oleh Allah S.W.T. dan mempunyai khasiat kesihatan yang
banyak. Manakala serbuk ganja pula merupakan dadah yang telah
diproses dengan bahan kimia yang berbahaya maka sudah tentulah orang
yang memakannya akan menghadapi masalah kesihatan yang teruk.
Sepatutnya "mereka" hanya perlu mengharamkan serbuk ganja yang telah
diproses kerana memang betul serbuk tersebut amat berbahaya. Persoalannya, kenapakah "mereka" mengharamkan pula pohon marijuana? Apakah dosa pohon tersebut?
Anda ingin tahu jawapan sebenarnya?
Pada tahun 1974, para penyelidik perubatan di Medical College Of
Virginia di Amerika telah membuat kajian mengenai bahaya marijuana.
Tetapi mereka telah menemui bukti bahawa marijuana mengandungi THC yang
mampu menyembuhkan kanser kepada seekor tikus.
Selepas kajian
itu, pihak DEA (Drug Enforcement Administration) dengan serta-merta
telah menutup kajian yang dibuat oleh Medical College Of Virginia. Pada
tahun 1976, Presiden Amerika ketika itu Gerald Ford telah tidak lagi
membenarkan sebarang kajian dibuat mengenai marijuana dan memberikan hak
utama kepada syarikat-syarikat perubatan moden di Amerika untuk membuat
sebarang kajian tetapi syarikat perubatan itu tidak meneruskan kajian
tersebut.
Pada tahun 1983, Presiden Ronald Reagan telah menyuruh
pihak universiti untuk memusnahkan segala kajian yang pernah dibuat
pada tahun 1974 mengenai marijuana. Tahukah anda bahawa daun marijuana
merupakan ubat semulajadi yang mampu untuk menyembuhkan banyak
penyakit berbahaya seperti kanser otak, kanser kulit, kanser
buah dada, diabetes (kencing manis), sawan, asma, leukemia, Alzheimer
(hilang ingatan) dan Parkinson (tidak mampu mengurus diri sendiri) dan
banyak lagi .
Kos untuk berubat dengan menggunakan daun marijuana adalah sungguh murah berbanding dengan ubat-ubatan moden yang
dijual di pasaran. Malah rawatan kemoterapi untuk penyakit kanser juga
hanya sia-sia.
Seorang kanak-kanak berumur 3 tahun yang bernama
Landon Riddle telah menghidap penyakit Leukemia. Doktor telah memberikan
rawatan kemoterapi tetapi itu hanya menambahkan penyakitnya. Akhirnya ibunya
telah mencuba untuk mengubati anaknya dengan marijuana. Selepas dua bulan menggunakan marijuana, akhirnya Landon Riddle telah sembuh dan telah
memulakan penghidupan yang normal.
Seorang lelaki berumur 63
tahun yang bernama Mike Cutler telah disahkan menghidap penyakit kanser.
Beliau telah berjaya sembuh dari penyakitnya setelah berubat dengan
menggunakan marijuana.
Tahukah anda bahawa industri perubatan
moden merupakan industri yang kedua terbesar di dunia selepas industri
minyak? Sekarang tahukah anda mengapa Presiden Amerika dan juga DEA
(Drug Enforcement Administration) tidak membenarkan daun marijuana
dijadikan kajian?
Pada September 18, 2014, Seorang doktor di
Amerika yang bernama Stephen Bloomer telah dihukum penjara selama 5
tahun hanya kerana mengubati seorang pesakitnya dengan menggunakan daun marijuana sedangkan pesakitnya yang menghidapi kanser itu telah pun
sembuh selepas itu.
Adakah sesiapa pernah mati akibat menggunakan marijuana sebagai ubat? Jawapan:
TIADA !
Selain itu, tahukah anda bahawa marijuana juga boleh digunakan lebih daripada sekadar ubat?
Sekiranya daun marijuana baru saja dijumpai oleh manusia di
hutan Amazon, sudah tentu ramai manusia yang akan berlumba-lumba untuk
menanam pohon marijuana.
Malangnya sungguh sedih, kerana pohon marijuana telahpun ditemui oleh
manusia sejak beratus tahun dahulu mengakibatkan pohon marijuana telah
menjadi mangsa ketidakadilan dan ketamakan manusia yang gila kuasa, gila
kekayaan dan gila pangkat.
Akhirnya pohon marijuana telah didapati "bersalah" dan telah
dijatuhkan hukaman "gantung sampai mati" oleh orang-orang yang bodoh dan
berkepentingan.
Sumber rujukan: SINI |