MY FOLLOWERS

Thursday, November 26, 2015

Artikel - Bahaya Sepakan Ke Leher! Penjelasan Dari Perspektif Perubatan

Kredit kepada: Yahoo News, E-Medical Help, Neuro4Students, doereport.com, Texasheart
Gambar ihsan: Yahoo News
 
 
Assalamualaikum.....

Seorang ahli neurologi menyamakan insiden tendangan ganas yang dilayangkan oleh Holly Holm sehingga menumbangkan Ronda Rousey dengan insiden yang menyebabkan pemain kriket, Phillip Hughes maut.

Bercakap kepada News Corp, Professor Chris Levi berkata tendangan Holly Holm itu yang terkena pada bahagian atas leher berdekatan rahang boleh membawa maut. Profesor Levi percaya bahawa Rousey, yang diserang di bahagian hampir sama dengan apa yang berlaku pada Hughes, mungkin berdepan risiko tinggi kepada trauma pada leher, strok atau kematian.



"Di bahagian atas leher ada arteri vertebra yang jelas terdedah yang membekalkan darah ke otak. Kita sudah lama tahu bahawa impak daya pusingan secara mengejut boleh menyebabkan arteri itu terkoyak. Jika saluran darah itu terkoyak dan berlaku pendarahan pada dinding dalam saluran itu, ia boleh menyebabkan saluran darah itu menjadi sempit, menyekatnya, seterusnya boleh menyebabkan strok. " kata Professor Levi.

Mengimbau kembali, Hughes mati apabila bola kriket terkena lehernya sehingga memecahkan arteri vertebra yang menyalurkan darah ke otak, menyebabkan pendarahan selepas dia tidak sedarkan diri.

Selepas perlawanan itu, Rousey terpaksa melalui pembedahan plastik di mukanya selepas dia diserang 3 kali berturut-turut disusuli dengan tendangan.

Ada suara kini sudah menyeru pelawan MMA untuk mula memakai pelindung kepala sementara perlawanan gelanggang diharamkan sepenuhnya di barat Australia.  

Dalam ulasan berita di laman lain, Rousey sama ada terpaksa berundur diri daripada MMA atau memerlukan paling tidak, sehingga lebih 6 bulan untuk pulih sebelum boleh kembali semula ke gelanggang.


Tendangan padu maut:  SINI  | 

Arteri vertebra





Penyakit arteri karotid ialah sejenis penyakit yang memberi kesan pada saluran yang membawa darah ke kepala dan otak (penyakit serebrovaskular), Seperti juga jantung, sel-sel otak juga memerlukan bekalan darah beroksigen secara berterusan. Bekalan darah ini dihantar ke otak melalui dua arteri karotid yang besar di depan leher dan dua saluran arteri vertebra kecil di belakang leher. Arteri vertebra di kiri dan kanan leher bersambung ke bahagian bawah pangkal otak untuk membentuk arteri basilar. Serangan strok biasanya berlaku apabila arteri karotid ini tersekat dan otak tidak mendapat bekalan oksigen yang cukup.


Yang berkaitan dan perlu diketahui tentang arteri ini:   SINI  |  SINI  |    SINI  |  SINI  |  SINI   |  





Kesihatan - Peminum Kopi Jarang Mati Akibat Sesetengah Penyakit

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

Menurut pengkaji di Amerika Syarikat, mereka yang minum 3 atau 5 cawan kopi sehari kurang kemungkinan menghadapi kematian pramatang daripada penyakit seperti sakit jantung, bunuh diri, diabetes atau Parkinson. Kedua-dua jenis kopi berkafein atau kurang kafein mempunyai kebaikannya, seperti dinyatakan dalam kajian di Sekolah Kesihatan Awam di Universiti Harvard yang diterbitkan dalam jurnal Circulation edisi ke-16.   




Kajian berkenaan juga membandingkan mereka yang tidak minum kopi atau minum kurang daripada 2 cawan kopi sehari, dengan mereka yang minum sehingga 5 cawan kopi. Kajian tidak membuktikan kesan pengambilan kopi dan berkurangnya kemungkinan terkena penyakit namun mendedahkan kaitan jelas yang sejajar dengan kajian sebelumnya, dan saintis memang ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya.  

"Kompaun bioaktif dalam kopi mengurangkan rintangan insulin dan inflamasi sistematik. Itu menjelaskan sebahagian penemuan. Walaubagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan bagi mengetahui mekanisma biologi yang menghasilkan kesan ini." kata Ming Ding, penulis pertama dan pelajar perubatan di Jabatan Nutrisi. 

Tiada kesan perlindungan menentang kanser ditemui dalam kajian ini. Sesetengah kajian lepas menunjukkan kaitan antara pengambilan kopi dan risiko yang rendah bagi sesetengah kanser. Kajian adalah berdasarkan data-data yang dikumpul daripada 3 kaji selidik yang besar melibatkan 300,000 jururawat dan di kalangan profesional kesihatan yang bersetuju menjawab soal selidik  tentang keadaan kesihatan mereka sendiri dan kebiasaan di waktu lapang bagi tempoh 30 tahun.  
 
"Dalam kajian berkenaan, pengambilan kopi secara sederhana dikaitkan dengan risiko kematian rendah disebabkan penyakit kardiovaskular, diabetes, Parkinson dan bunuh diri," menurut kajian berkenaan.
 
Kajian berkenaan juga mengambil kira faktor-faktor lain seperti tabiat merokok, BMI (indeks jisim tubuh), senaman, pengambilan alkohol, dan diet. Hakikatnya kajian bergantung kepada kaji selidik yang dilaporkan, menimbulkan persoalan tentang kebolehpercayaannya. Namun, pakar memberi amaran kopi mungkin bukan untuk semua orang.  
 
"Pengambilan kopi secara biasa boleh dimasukkan sebagai sebahagian diet yang sihat dan seimbang. Walaubagaimanapun, sesetengah populasi seperti wanita hamil dan kanak-kanak perlu diingatkan tentang pengambilan kafein yang tinggi dalam kopi dan sumber lain." kata penulis Frank Hu, juga professor di bahagian nutrisi dan kajian epidemik di Harvard. 



Sumber penuh kesegaran:  SINI  |  



Artikel - Muka Hancur Dibina Semula

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News

 

Assalamualaikum.....

Seorang sukarelawan bomba di New York yang pernah kemalangan hingga sebahagian wajahnya terbakar pada 2011 lalu telah melalui proses transplan muka termasuk tengkorak dan lehernya. Pembedahan dijalankan di NYU Langone Medical Center. Patrick Hardison, yang berusia 41 tahun masih lagi melalui terapi fizikal di hospital tetapi merancang untuk pulang ke rumahnya di Senatobia, Mississippi.

Pembedahan tersebut membolehkannya mendapat semula penglihatannya dan kembali memandu. Lebih daripada 2000 transplan dijalankan di seluruh dunia sejak yang pertama di Perancis pada 2005.Dr. Eduardo Rodriguez, yang membedah Hardison dan menulis ulasan dalam bidang itu berkata pembedahan Harrison merupakan yang paling ekstensif dan berjaya setakat ini. Ia melibatkan bahagian tengkorak sehingga ke tulang selangka di depan dan belakang. Hanya sebahagian kecil rambutnya masih ada. Pembedahan juga melibatkan kedua belah telinganya.




"Ia merupakan pencapaian bersejarah. Rawatan jenis ini akan merevolusikan penjagaan pesakit dengan kecederaan kebakaran wajah yang teruk." kata Dr. Amir Dorafshar, pengarah bersama bagi program transplan muka di Sekolah Perubatan di Universiti Johns Hopkins, yang tidak terlibat dalam pembedahan itu. Pembedahan yang dilakukan pada 14 Ogos lalu berlangsung selama 26 jam. Ia tidak meninggalkan parut kerana kelim tisu transplan berada di belakang tengkoraknya.

Penderma berusia 26 tahun berasal dari New York ialah pelumba basikal, David P. Rodebaugh. Dia meninggal dunia akibat kecederaan kemalangan berbasikal di jalanan di Brooklyn. Hardison mengalami cedera kebakaran di Mississippi berusia 27 tahun dan berkhidmat selama 7 tahun sebagai anggota bomba sukarela.

Ketika kejadian, dia masuk ke dalam rumah yang terbakar itu untuk menyelamatkan seorang wanita. Bumbung runtuh menyebabkan dia terbakar pada kepala, leher dan torso. Oleh sebab dia tidak berkelip, jadi doktor menggunakan graf kulit untuk membentuk semula kelopak matanya dan menjahitnya kembali untuk melindungi matanya. Dia hanya dapat melihat sedikit sahaja menerusinya. "Saya hampir buta dan dapat melihat hanya sedikit." katanya yang terpaksa melalui 71 pembedahan untuk membetulkan kembali wajahnya.

Seorang rakan di gerejanya menulis kepada Rodriguez, yang menjalani pembedahan wajah pada 2012 di Pusat Perubatan Universiti Maryland. Doktor berkenaan kata dia boleh membantu, lalu pada Ogos 2014, Patrick diletakkan dalam senarai menunggu.

"Kita mencari penderma yang ideal, yang setara dengan ciri biologi Patrick bagi mengurangkan risiko badannya menolak tisu baru yang dimasukkan, termasuk warna kulit dan rambut." kata Rodriguez, yang kemudian berpindah ke NYU Langone.

Setahun kemudian, Rodebaugh dikenalpasti sebagai penderma berpotensi oleh LiveOnNY, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang mencari organ dan tisu transplan di kawasan bandaraya New York. Seorang warga Columbus, Ohio, dia telah mendaftar diri sebagai penderma organ. Ibunya telah memberi kebenaran untuk menggunakan wajahnya, mengisyaratkan Rodebaugh memang berkeinginan untuk berkhidmat sebagai anggota bomba, kata presiden LiveOnNY, Helen Irving. 

Pihak hospital membiayai pembedahan transplan ini melibatkan penyambungan 4 segmen tulang ke bahagian tengkorak Patrick sebagai penambat bagi mengelakkan mukanya daripada jatuh.

Tiga bulan kemudian, bahagian bawah mukanya seperti menggelembung tetapi menurut Rodriguez, itu akan semakin kurang dalam beberapa bulan. Dengan kelopak mata baru dan lebih banyak pembedahan, dia menjangkakan untuk mendapat kembali pandangan matanya yang normal buat pertama kali selepas lebih 10 tahun menderita. Dia perlu terus mengambil ubat bagi mengelakkan badannya menolak tisu baru.

Akhirnya, tiada siapa akan perasan sebarang perkara yang pelik pada muka Patrick yang baru, yang mempunyai ciri asal daripada mukanya dan penderma. Wajah barunya sudah menunjukkan perbezaan apabila dia berada di luar.

"Sebelum ini orang merenung saya sepanjang masa, kini saya hanya lelaki biasa," katanya.

Dia diberitahu tidak lagi dapat menyertai bomba kerana keperluan insurans, tetapi dia ada rancangan lain iaitu menjadi penceramah motivasi atau seumpamanya untuk para veteran yang cedera, bagi menyampaikan mesej bahawa masih ada harapan buat mereka.


Sumber rujukan:  SINI  | 



Artikel - Seronok Makan Coklat, Seronok Juga Kena Berlari...

Kredit kepada:  Siakap Keli
Gambar ihsan: Siakap Keli
 
 
Assalamualaikum.....


Makan coklat memanglah seronok. Bermakna mengumpul kalori ke dalam badan sampai banyak berlori-lori pun seronok juga, kan? Hahahaha..  Tahukah anda yang paling tidak seronoknya apabila badan pada suatu masa nanti akan bertambah gemuk dengan lemak di sana sini? Dan lagi malas bila terpaksa pula kuruskan semula badan yang berat itu dengan berlari beberapa kilometer sehingga baju basah berpeluh lenjun untuk membakar semua lemak-lemak dan kalori yang tidak dikehendaki itu. 

Dari laman SK, ada dinyatakan jumlah berapa kilometer yang anda perlu lari untuk buang semua kalori itu, mengikut jenis coklat yang anda makan. Maknanya lagi jauh jarak larian, maka lagi besarlah jumlah kalori dalam coklat itu. 












Jadi, nak makan coklat lagi ke??? Hehehe....


Lari sejauh mungkin:  SINI  |   




Artikel - Kesian Dia, Teraniaya Dengan Sikap Kawan-kawan

Kredit kepada:  Siakap Keli
Gambar ihsan: Siakap Keli
 
 
Assalamualaikum.....
 
Tak guna punya kawan... !

Seperti juga SK, saya sendiri pun terasa sedih juga bila membaca tentang seorang hamba Allah ini yang dipaparkan di blog SK. Menceritakan tentang bagaimana seharusnya sambutan hari lahir sepatutnya diraikan dengan gembira, dengan menjemput kawan-kawan meraikannya di sebuah restoran makanan segera dan mereka berjanji untuk datang tetapi yang berlaku sebaliknya dengan tiada seorang pun yang datang untuk bersama meraikan. Menyedihkan apabila ditunggu sehingga sejam pun, dari mula dengan hidangan penuh hinggalah selesai makan, tiada seorang pun yang tunjuk muka. Hanya dia seorang sahaja yang ada di ruangan yang sudah ditempah itu. Lebih mengecewakan bila si hamba Allah ini menghubungi rakannya untuk mengetahui kenapa begitu. Ramai yang kata mereka sibuk.  


Sewaktu menunggu....
 

Selepas puas menunggu.... masih keseorangan


Kemudian, dia pun menghubungi rakan baiknya, jawapanya yang diterima membuatkan beliau bertambah kecewa, "kau ni bo*oh ke apa, kami semua bukan budak 9 tahun, kurang-kurang buatlah majlis kat Baskin Robbins dan bagi kek ais krim dekat kami," kata rakannya (mungkin dengan nada berseloroh).  

"Where I can afford afford ice cream cake with my meager salary. I felt damn loser, (Manalah saya mampu nak beli ais krim dengan gaji tak seberapa ni. Saya rasa teruk.)" kata beliau yang kecewa dengan rakan-rakannya.

Astaghfirullah... lebih-lebih pula yang diminta! Lagi teruk, kalau dari awal lagi sudah tidak mahu datang atau tidak dapat datang, terus terang sahajalah. Janganlah membuat janji palsu sehingga menyusahkan orang lain.  


Jangan aniaya kawan:  SINI  |  






Hidupan Liar - Lebih Separuh Spesis Primat Dunia Hadapi Kepupusan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....

Apa yang akan tinggal untuk dilihat oleh generasi anak-anak kita di masa akan datang??


Lebih daripada separuh jumlah primat di dunia sekarang ini termasuk mawas, lemur dan monyet, berdepan dengan kepupusan sebagaimana dinyatakan oleh pakar-pakar antarabangsa yang turut menggesa agar diambil tindakan segera untuk melindungi spesis ini. Kemusnahan populasi adalah hasil daripada pemusnahan habitat pada skala besar, seperti pembakaran dan pembersihan hutan termasuk juga pemburuan primat untuk dijadikan makanan dan perdagangan hidupan liar secara haram. 

Spesis yang sudah lama berisiko pupus, seperti orang utan Sumatera termasuk dalam senarai hidupan terancam buat pertama kali bersama tarsier Filipina dan lemur kerdil pergunungan Lavasoa dari Madagascar, menurut saintis. 


Tarsier - spesis primat terkecil dilindungi di Filipina


Orang utan Sumatera



Monyet roloway


"Kajian ini menegaskan sejauh mana bahaya dihadapi oleh banyak primat di dunia. Kita berharap ia akan menarik perhatian ramai kepada spesis primat kurang dikenali ini dengan sesetengahnya tidak pernah diketahui." kata ketua ahli primatologi, Christoph Schwitzer yang juga pengarah konservasi di Bristol Zoological Society di Britain, dalam satu kenyataan.


Lemur kerdil pergunungan Lavasoa yang ditemui 2 tahun lalu, dan monyet Roloway dari Ghana dan Ivory Coast antara yang disifatkan oleh pakar sebagai hampir dengan kepupusan. Terdapat sebanyak 703 spesis primat di dunia. menurut satu kenyataan, Madagascar dan Vietnam merupakan kawasan hidupan terbesar bagi spesis primat terancam.

Di Afrika, spesis monyet kolobus merah, seperti juga sesetengah monyet holwer dan monyet lelabah di Amerika Selatan antara yang terancam.

"Semua spesis ini adalah besar dan mudah dilihat menjadikannya sasaran utama pemburuan." kata satu kenyataan.

Menurut Russell Mittermeier, pengerusi badan Species Survival Commission of the International Union for Conservation of Nature (IUCN), dia berharap laporan diterima akan menggalakkan kerajaan mengambil langkah melindungi konservasi diversiti.


Di sini ada senarai 25 spesis primat paling terancam di dunia dari tahun 2014-2016 dengan jumlah anggaran. Senarai adalah dari sumber IUCN, Bristol Zoological Society, International Primatological Society and Conservation International dan dikemaskini setiap 2 tahun.


Lavasoa Mountains dwarf lemur -- Tidak diketahui
Lake Alaotra bamboo lemur -- Sekitar 2,500-5,000 ekor
Red ruffed lemur -- Tidak diketahui
Northern sportive lemur -- Sekitar 50 ekor
Perrier's sifaka -- 1,700-2,600 ekor
Rondo dwarf galago -- Tidak diketahui tetapi habitat yang masih berbaki cuma ada 100 km persegi (40 batu persegi)
Roloway monkey -- Tidak diketahui tetapi sangat hampir pupus
Preuss' red colobus monkey -- Tidak diketahui
Tana River red colobus monkey -- 1,000 dan semakin kurang
Grauer's gorilla -- 2,000-10,000 ekor
Philippine tarsier -- Tidak diketahui
Javan slow loris -- Tidak diketahui
Pig-tailed langur -- 3,300 ekor
Cat Ba langur (golden headed langur) -- 60 ekor
Delacour's langur -- 234-275 ekor
Tonkin snub-nosed monkey -- Kurang daripada 250 ekor
Kashmir grey langur -- Tidak diketahui
Western purple-faced langur -- Tidak diketahui
Hainan gibbon -- 25 ekor
Sumatran orangutan -- 6,600 ekor
Ka'apor capuchin -- Tidak diketahui
San Martin titi monkey -- Tidak diketahui
Northern brown howler monkey -- Kurang daripada 250 ekor yang matang
Colombian brown spider monkey -- Tidak diketahui
Ecuadorian brown-headed spider monkey -- Tidak diketahui



Sumber hampir kepupusan:  SINI  |   


Hidupan Liar - Spesis Terbaru Kura-kura Gergasi Ditemui Di Kepulauan Galapagos

Kredit kepada: Yahoo Travel Inspirations
Gambar ihsan: Yahoo Travel Inspirations



Assalamualaikum.....

Spesis terbaru kura-kura ini yang ditemui di Kepulauan Galapagos. Spesis ini hidup di pulau santa Cruz dan para saintis meramalkan sekitar 250 ekor masih wujud. Untuk perbandingan, kura-kura gergasi ini yang hidup di bahagian timur dan barat hidup di pulau yang sama dan mempunyai populasi sekitar 2000 ekor. 

Sehingga kini, kedua-dua spesis dianggap dari kumpulan yang sama, tetapi selepas satu analisis genetik dijalankan oleh ahli biologi, Gisella Caccione, dari Universiti Yale, spesis itu dari kategori baru. Lebih mengejutkan, saudara terdekat spesis di timur Santa Cruz ini tiada di pulau yang sama tetapi di timur pulau bersebelahan, San Cristobal.  



Kura-kura gergasi dikelaskan sebagai haiwan terancam.

 
Ahli konservasi teruja dengan penemuan baru ini, dan mereka berharap penamaan akan membantu usaha mereka bagi melindungi spesis baru ditemui ini. Nama rasmi bagi spesis baru ini ialah Chelonoidis donfaustoi, mengambil nama renjer taman dan ahli konservasi, Fausto Llerena Sanchez.

"Bilangannya sedikit, kawasan geografi kecil, dan diversiti genetik yang berkurangan membuatkannya terdedah kepada ancaman. Sebagai spesi baru ditemui, ia kini mendapat perhatian bagi memastikan kelangsungan hidupnya," kata Caccione.

Nama rasmi spesis baru ini ialah Chelonoidis donfaustoi, mengambil sempena nama renjer taman itu dan ahli konservasi Fausto Llerena Sanchez.



Sumber rujukan:  SINI  |  


Tuesday, November 24, 2015

Berita - Majlis Graduasi Tabika Kemas Peringkat Kuala Nerus 19.11.2015

Kredit kepada: TBK
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....


Majlis Graduasi Tabika Kemas Peringkat Kuala Nerus diadakan pada 19.11.2015 lalu bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu. Majlis graduasi ini melibatkan semua cawangan Tabika Kemas dari Parlimen Kuala Nerus dengan murid-murid seramai sekitar 1000 orang.

Majlis yang bermula jam 2.30 petang ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif bin Abdul Rahman. Ketibaan beliau disambut meriah dengan persembahan pencak silat oleh murid-murid Tabika Kemas.








Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran dan surah al-Waqiah. Seterusnya dengan ucapan pembukaan daripada wakil pelajar Tabika Kemas. Acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan TTB oleh koir TBK, diikuti persembahan coral speaking dan tarian.

YAB Menteri Besar Terengganu kemudian menyampaikan ucapannya. Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh mengenai kesan pengaruh media sosial kepada generasi anak-anak pada era moden ini berbanding ketika zaman sebelum adanya teknologi canggih seperti sekarang. Beliau seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.

Selepas ucapan, diadakan majlis penyampaian sijil kepada semua murid TBK. Majlis bersurai sekitar jam 5 petang.  


Friday, November 20, 2015

Artikel - Pesawat Jepun Buatan Mitsubishi

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum......




Jepun sudah membina pesawat penumpang sendiri.

Kini Jepun sudah melangkah setapak lagi dalam industri penerbangan apabila telah melakukan ujian penerbangan dengan sasaran untuk bersaing dengan Brazil dan Kanada dalam pasaran global bagi pesawat kecil.

Selepas hampir setengah abad sejak pesawat komersial terakhir dibina, Mitsubishi Regional Jet (MRJ), terbang dari Nagoya untuk penerbangan selama 90 minit.

Selepas tamat era Perang Dunia Ke-2 yang menghalangnya membina pesawat komersial, kini Jepun bakal bersaing dengan pengeluar pesawat iaitu Brazil's Embraer dan Canada's Bombardier.

Hiromichi Morimoto, presiden Mitsubishi Aircraft Corp sebuah subsidiari Mitsubishi Heavy Industries berkata, dia berasa lega dengan kejayaan yang diraih ini.

"Kita kini sudah dapat melihat fiuslaj MRJ terbang di langit pada waktu petang. Tiada yang lebih menggembirakan daripada ini." katanya.

"Prestasi operasi MRJ lebih baik daripada jangkaan," kata Yoshiyuki Yasumura yang diterbitkan oleh Mitsubishi Aircraft
Pesawat dengan 2 enjin ini menandakan era baru bagi sektor penerbangan Jepun dengan pesawat terakhir pernah dibina pada 1962 iaitu YS-11 turboprop yang pernah beroperasi selama sedekad.

MRJ berukuran 35 meter panjang, boleh memuatkan 80 orang penumpang. Mitsubishi Aircraft menyatakan yang MRJ jimat minyak dan boleh menawarkan lebih keselesaan kepada penumpang dengan kos operasi yang lebih rendah, mensasarkan peningkatan dalam sektor penerbangan.

China juga sedang membangunkan pesawat penumpang seumpamanya ARJ21. Ia telah diuji panda pada 2008 lalu dan penghantaran komersial awal dijangka pada akhir tahun.

Mitsubishi Heavy tidak akan mendedahkan berapa banyak komponen digunakan dalam pembinaan pesawatnya namun menggunakan enjin terbaru dibangunkan oleh Pratt & Whitney dari Amerika Syarikat.

Syarikat berkenaan menyatakan komponen dari Amerika itu membantu dari sudut kos operasi sebanyak 20%. 
Firma di Jepun tidak dibenarkan membangunkan pesawat selepas negara itu tewas dalam Perang Dunia Ke-2. Mitsubishi Heavy, sebuah kontraktor tentera membina pesawat "Zero" ketika Perang Dunia Ke-2.

Negara Jepun mula membangunkan industri penerbangan pada 1950an bermula dengan melakukan kerja-kerja pembaikan pesawat untuk tentera Amerika. Ia berkembang dengan memberikan lesen pembangunan pesawat tentera Amerika untuk kegunaan tentera Jepun. Firma Jepun juga membekalkan bahagian pesawat Boeing. Mitsubishi Heavy mempamerkan pesawat itu pada Oktober lalu dan telah menerima lebih 400 tempahan dan merancang untuk melakukan penghantaran pertama kepada All Nippon Airways pada 2017.




Sumber rujukan:  SINI  |      
  


Hiburan - Dongeng Ini Asalnya Adalah Versi Gelap!

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....


Kalau baca cerita-cerita dongeng budak-budak versi tempatan kita, memanglah untuk beri bermacam pengajaran, jangan tamaklah, guna otaklah, suruh berjimatlah, dan entah apa lagi. 

Kalau versi Barat, tidak lain untuk basuh otak budak-budak dengan bermacam pula ideologi tanpa disedari, contoh mudah - cinta sejati. Kononnya boleh hidup bahagia selamanya sesudah puas tanggung derita dan lalui dugaannya. Bak kata orang happily ever after :-D  Huhh!!

Semua karya terutamanya keluaran Walt Disney memang diambil dongengnya daripada buku-buku novel tulisan penulis terdahulu untuk diangkat ke layar lebar. Versi bukunya yang asal, tidak seindah disangka kerana sebenarnya dimasukkan unsur ganas, kejam, zina dan seleweng. Mungkin juga sebenarnya bukan untuk budak-budak. Untuk dibawa ke bentuk filem untuk tayangan kepada anak-anak, pembikin filem mengubah pengakhirannya menjadi seperti yang pernah kita tonton sebelum ini. Semuanya berakhir dengan yang indah-indah belaka. 

Cuba bayangkan sendiri apa bentuk kegilaan akan terjadi dalam kehidupan anak-anak masa kini tanpa disedari, kalau karya tersebut diangkat 'sebijik' macam dalam buku-buku novel berkenaan tanpa mengubah isi asalnya.


Dalam ‘Who Framed Roger Rabbit?’ - Roger sebenarnya dibunuh!


 

Novel tulisan Gary K. Wolf tahun 1981 dicampur adukkan dengan kisah tentang penyiasat persendirian yang menyiasat kes arnab kartun yang melantiknya untuk mencari sebab kenapa dia tidak mendapat ruangan komiknya sendiri. Dalam bukunya, Roger dibunuh separuh jalan yang langsung tidak selari dengan komedi keluarga yang dipaparkan dalam versi filem arahan Robert Zemeckis.
 

Buku ‘The Fox and the Hound’ - Tod mati dikejar Copper



Filem animasi tahun 1981 sangat menyentuh perasaan, berbeza dengan versi novel tulisan Daniel P. Mannix yang mengisahkan seekor musang bernama Tod dibesarkan di antara kumpulan anjing pemburu, ada seekornya bernama Cooper dan mereka menjadi kawan. Malangnya si anjing dilatih untuk membunuh musang dan Cooper memburu Tod apabila pemburuannya terganggu kerana ada beruang menyerang kumpulan dan tuannya menyebabkan mereka berdua terselamat. Cooper tidak membenarkan tuannya membunuh Tod.

Versi buku jauh berbeza. Mereka berdua tidak berkawan, sebaliknya Cooper dilatih oleh tuannya yang pemabuk untuk membunuh Tod. Tod ada dua ekor anak, kedua-duanya dibunuh oleh pemiliknya. Tod dikejar oleh Cooper sehingga mati kepenatan dan selepas dipulihkan oleh tuan Cooper, dia dibunuh. 


‘The Little Mermaid’ - akhir: bunuh diri 
 

Pada penghujung tahun 1989 yang memulihkan kembali Disney, dalam kartun ini Ariel mendapat semula suaranya, Ursula yang jahat dibunuh dan Raja Triton menukarkan Ariel menjadi manusia sepenuhnya untuk bersama dengan puteranya.

Dalam versi tulisan Hans Christian Andersen tahun 1837, ahli sihir Ursula bukan sahaja mengerat lidah Ariel, kaki barunya berasa seperti pisau bila berjalan. Sementara itu, putera berkahwin dengan perempuan lain dan dia diberitahu kalau dia berjaya membunuh putera itu, dia akan mendapat semula siripnya. Malangnya, dia membiarkan sahaja putera itu berkahwin dan kemudian menghilangkan diri dalam laut, mungkin membunuh diri. 


Dalam ‘The Hunchback of Notre Dame’ - Esmerelda diseksa dan digantung


Adaptasi Disney karya novel Victor Hugo tahun 1831 ada momen gelap namun boleh diterima apabila Quasimodo meninggalkan katedral dia diasingkan dan muncul menjadi hero sementara Esmeralda bersama dengan Kapten Phoebus dengan keizinan Quasi. Esmeralda kemudian disalah tuduh dengan cubaan membunuh kemudian diseksa dan digantung manakala Frollo yang jahat hanya memerhati dan ketawa. Frollo akhirnya dibunuh oleh Quasimodo yang menghalaunya ke Notre Dame. Oleh sebab cintakan Esmeralda, dia duduk di tepi kuburnya sehingga dia mati kelaparan. 


‘Mulan’  - akhir: bunuh diri



Karya asal adalah puisi China, mengisahkan seorang wanita berpakaian lelaki menjadi askar menggantikan ayahnya yang sudah tua. Walaubagaimanapun, apabila versi animasi dihasilkan pada 1998, memaparkan dia bertarung dengan naga dan mengembalikan penghormatan keluarganya, versi itu sangat suram. Dia balik dari berperang dan dapati ayahnya mati, ibunya berkahwin lain dan ada mesej dari penguasa untuk ke istananya untuk menjadikannya gundik. Dia kemudian membunuh diri.


‘Pinocchio’ - Jiminy Cricket dibunuh



Karya klasik Carlos Collodi dari Itali ini jauh lebih gelap daripada versi kartunnya yang dihasilkan oleh Disney pada 1940, dengan bezanya Pinocchio sebenarnya membunuh Jiminy Cricket secara tidak sengaja. Si kucing dan anjing jahat itu kurang solekan mukanya berbanding dalam filem, berakhir dengan hidup miskin dan buta. Kulit keldai Pinocchio dimakan ikan selepas dibuang ke laut kerana pengacara sarkas mahu menggunakannya untuk membuat dram.


‘Peter Pan’ - dia sebenarnya pembunuh!



Disangkakan memang budak hingusan, rupanya ganas pula! Biasa ditayang budak-budak yang tidak dewasa, boleh terbang, ada teman pari-pari, dan berlawan dengan lanun bermisai.

Versi asal karya JM Barrie berdasarkan tragedi kematian abangnya dalam kemalangan meluncur ais dan mengambil budak lelaki menjadi anak angkat wanita tempatan seperti dalam filem ‘Finding Neverland’. Peter itu sendiri watak psiko, bukan setakat berubah pihak dengan musuh ketika berlawan sebab suka-suka tetapi adakalanya suka kenakan Lost Boys, jika mereka terlalu ramai atau tua.


‘Hercules’ - bunuh anak sendiri



Versi filem untuk cerita ini sudah banyak kali dibikin Hollywood, memaparkan seorang lelaki gagah perkasa dan menewaskan Hades dan orang-orangnya sebelum bercinta dengan seorang gadis cantik yang diselamatkan dari dunia alam ghaib. 

Watak asalnya adalah seorang kaki perempuan, bapanya dewa Zeus merogol ibu Hercules dan menghamilkannya. Hercules pula jadi gila disebabkan oleh rasa cemburu ibu tirinya Hera yang menyebabkannya membunuh dua anaknya sebelum membakar dirinya hidup-hidup dalam api di perkuburan.


Versi asal ‘Sleeping Beauty’ - dirogol sehingga melahirkan anak



Versi klasik tahun 1959 ini yang paling mudah untuk semua kanak-kanak - seorang puteri tunduk kepada sihir dan mencucuk jarinya sendiri dan tertidur, kononnya bangun hanya selepas dicium dengan ciuman cinta sejati. 

Kisahnya ditulis oleh ramai penulis termasuk Brothers Grimm, dengan versi berdasarkan dongeng dari Itali oleh Giambattista Basile. Versi Basile lebih dahsyat dan menakutkan. Dalam puisinya, seorang raja masuk ek kamar Beauty dan merogolnya sehingga hamil dan melahirkan kembar ketika masih tidur. Selepas bangun, dia sudah menjadi ibu dan kemudian menemui perogolnya. 



Yang sebenarnya adalah terbalik:  SINI   |   





Thursday, November 12, 2015

Artikel - Program Gerbang Kerjaya IKBNWT dan MoU Mydin Mall Gong Badak 7.11.2015

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner

 

Assalamualaikum.....

Program ini diadakan di pentas utama dalam Mydin Mall Gong Badak, disertai warga Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) cawangan Wakaf Tapai. Turut diadakan ialah perjanjian persefahaman bersama industri dengan IKBN Wakaf Tapai 2015. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zainuddin bin Yahaya, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

 










Di pentas utama, diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan menjahit manik buat ibu-ibu. Pameran melibatkan pelbagai jabatan antaranya Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Teknologi Kejuruteraan AWam, Jabatan Teknologi Tekstil, dan Jabatan Teknologi Elektrik. Program ini diadakan dari 9 pagi hingga 5 petang.


Artikel - Kempen Keselamatan Kebakaran Mydin Mall Gong Badak 6-7.11.2015

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner

 

Assalamualaikum.....

Kempen Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia diadakan selama 2 hari di perkarangan Mydin Mall Gong Badak, Kuala Terengganu. Acara kali ini diadakan di Terengganu kerana negeri ini menjadi tuan rumah. Majlis perasmian kempen ini telah disempurnakan oleh YAS Dato Wira Haji Mohd Nor bin Haji Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. 





















Di acara ini, diadakan pameran oleh agensi antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia daripada pelbagai jabatan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Di kawasan pentas Rasa Village diadakan Pertandingan Mewarna Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-kanak (3K) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu. Di khemah sebelahnya diadakan pertandingan masakan disertai anggota daripada setiap negeri. Pertandingan pada hari pertama bertema masakan setiap negeri dan pada hari kedua bertemakan masakan survival. Antara menu masakan ialah ketupat sotong, salad victoria, ikan siakap masak stim, dan banyak lagi.