MY FOLLOWERS

Wednesday, September 30, 2015

Jalan-jalan Cari Makan - Resepi Acar Timun

Kredit kepada: Yahoo Travel Inspirations, Irish Independent
Gambar ihsan: Yahoo Travel Inspirations



Assalamualaikum.....



Bahan-bahannya:
  • Timun dipotong memanjang dibuang empulurnya
  • Lobak merah dipotong memanjang
  • Nenas dipotong
  • Bawang di mayang halus
  • Sedikit cuka
  • Garam dan gula
  • Air kapur

Caranya:
  1. Timun, bawang dan lobak yang telah dipotong direndam sekejap dalam air kapur untuk merangupkannya. 
  2. Setelah itu bersihkan kembali timun tadi.
  3. Kemudian masukkan sedikit cuka, garam, gula dan nenas. Kacau sebati dan boleh masukkan dalam peti ais. 



Seni & Kreativiti - Corak Payung Muncul Bila Hujan

Kredit kepada: Gaban Comel
Gambar ihsan: Gaban Comel



Assalamualaikum.....

Di Malaysia, belum ada lagi payung jenis ini. Kalau ada, rasanya ramai yang akan beli dan sediakannya sebelum hujan... hahahahaha! 

Begitu hujan menitis, akan muncul bayangan-bayangan kecil di permukaan payung. Sebelum disedari, bayangan ini akan berubah menjadi sebuah motif tertentu.

Motif yang paling banyak digunakan adalah motif bunga sakura yang sedang mekar. Namun jangan bimbang, tidak hanya ada satu motif yang disediakan. Masih banyak motif yang boleh dipilih, seperti motif kucing, sauh, bahkan motif tradisional seperti kamon family crest.















Hujan rintik-rintik:  SINI  |  






Seni & Kreativiti - Camouflage Tentera

Kredit kepada: Diarishare
Gambar ihsan: Diarishare



Assalamualaikum.....

Boleh nampak ke? Dengan corak pakaian menyamai alam persekitaran, askar ini sukar untuk dilihat. Adaptasi daripada ciri haiwan seperti sesumpah, kuda belang atau harimau belang. Bukan setakat untuk kegunaan menyerang musuh, boleh juga untuk berburu.










Sumber yang tak nampak:  SINI  |  





Wordless Wednesday - Quote

Kredit kepada: 
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....






Wordless Wednesday - Chicken

Kredit kepada: 
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....










Kesihatan - Membuang Batu Karang Secara Semulajadi

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....
 



Cara ini sudah berkesan ke atas ramai orang. Jika cara ini juga berkesan kepada anda, sampaikanlah pada orang lain biar lagi ramai yang tahu. Ganjaran kebaikan kepada penyampai ialah apabila kebaikan itu memberi kesan baik kepada yang menerima. Batu karang bukanlah diberi perhatian oleh semua orang tetapi masih perlu sebab semua orang ada. Lagipun, ia boleh membawa kepada kanser. Biasanya banyak masalah akan membawa kepada kanser. 

Dalam satu kajian yang dijalankan di China oleh Dr. Lai Chiu Nan, beliau dapati ada bahan yang menunjukkan penghidap kanser mempunyai batu karang. Semua orang ada, cuma besar atau kecil, banyak atau sedikit sahaja bezanya.

Antara simptomnya ialah perasaan kembung perut selepas makan hidangan berat. Anda rasakan tidak boleh lagi menghadam makanan. Jika ia semakin serius, akan rasa sakit pada limpa. Jika anda rasakan ada batu karang, Dr Lai mencadangkan kaedah berikut untuk membuangnya secara semulajadi. Kaedah ini sesuai juga untuk mereka yang mempunyai limpa yang lemah kerana limpa dan pundi hempedu sangat berkait. 

  1. Untuk 5 hari pertama, minum 4 gelas jus epal setiap hari, atau makan 4 atau 5 biji epal, mana-mana satu cara pun boleh. Jus epal boleh melembutkan batu karang. Pada hari ke-5, makan seperti biasa.   
  2. Hari ke-6, elakkan makan malam.
  3. Pada jam 6 petang, ambil satu sudu teh garam Epsom (magnesium sulfat) dengan segelas air suam. 
  4. Jam 8 malam, ulang sekali lagi. Magnesium sulfat akan membuka duktus batu karang.
  5. Jam 10 malam, ambil setengah cawan minyak zaitun atau minyak bijan dengan setengah cawan jus lemon segar. Campurkannya dan minum. Minyak ini akan melincirkan laluan batu karang 

Pada esoknya, anda akan dapati ketulan hijau keluar bersama tinja. Biasanya akan terapung. Ada orang yang keluarkan 40, 50 malah 100 biji batu kecil-kecil dan banyak. Adalah bagus untuk bersihkan pundi hempedu daripada batu karang. 

 
Sumber rujukan:  SINI  |  SINI  |  


Monday, September 28, 2015

Artikel - Ibadah Korban: Kaedah Sembelihan Mengikut Islam

Kredit kepada: Um-Fabulous
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....







Kaedah sembelihan cara Islam


Zakkaytum ialah perkataan diambil dari kata akar Zakaah (menyucikan). Kaedah sembelihan memerlukan perkara berikut untuk diikuti: 

Haiwan sembelihan mesti disembelih menggunakan objek tajam (pisau) dan dengan cara yang cepat supaya sakit sembelihan itu dapat dikurangkan.  

Memotong salur pernafasan, tekak dan salur darah - Zabiha ialah perkataan Arab bermaksud 'sembelih'.  Dengan memotong salur darah, tekak dan salur pernafasan pada leher haiwan itu menyebabkan ia mati tanpa memotong saraf tunjang. 
 
Darah mesti dikeluarkan - Darah mesti dikeluarkan sebelum kepalanya dipisahkan. Tujuannya bagi mengeluarkan kebanyakan darah yang menjadi medium baik pembiakan
kuman, bakteria, toksin, dan lain-lain. Saraf tunjang tidak perlu dipotong kerana fiber sarafnya ke jantung boleh menjadi rosak ketika proses sembelihan menyebabkan ia mati lemas (cardiac arrest) dan tidak masuk ke saluran darah.  Oleh itu, kaedah sembelihan cara Islam adalah lebih bersih kerana darah yang boleh membawa penyakit sudah dikeluarkan. 

Daging kekal segar untuk tempoh lebih lama kerana kurangnya darah dalam daging sembelihan. 

Haiwan sembelihan tidak berasa sakit - potongan yang cepat ke saluran pernafasan akan memutuskan aliran darah ke saraf ke otak yang mengawal rasa sakit. Maka haiwan itu tidak berasa sakit. Ketika hampir mati selepas disembelih, haiwan akan menggelupur, menggeliat, bergoncang dan menendang-nendang, bukan kerana sakit tetapi disebabkan pengecutan dan pengenduran otot-otot yang kurang darah dan darah yang keluar dari badannya.
 
 
 

Boleh juga KLIK SINI untuk rujukan lanjut. 






Artikel - Ketenangan Jiwa Yang Sebenar

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....




"Tak ada lagi bacaan yang dapat meningkatkan terhadap daya ingat dan memberikan ketenangan kepada seseorang kecuali membaca Al-Qur'an ...".

Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di Klinik Besar Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim, baik mereka yang berbahasa Arab mahupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Penurunan tekanan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, menangkal berbagai macam penyakit merupakan pengaruh am yang dirasakan orang-orang yang menjadi objek kajiannya. Penemuan sang dokter ahli jiwa ini tidak menentu.

Penelitiannya disokong dengan bantuan peralatan elektronik terkini untuk mengesan tekanan darah, detak jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik.

Dari hasil ujiannya beliau telah membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.

Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuat pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sampai 97% bagi mereka yang mendengarkannya.



Kesihatan - Minum Kopi Tidak Ganggu Jantung

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....





Penggemar kopi boleh terus minum kopi sekurang-kurangnya secara sederhana, tanpa risau mengenai risiko menghidap fibrilasi atrium iaitu satu keadaan jantung yang membawa kepada kadar degupan jantung yang kencang yang tidak normal.

Kajian yang turut melibatkan analisis 4 kajian lain, menjadikannya kajian paling luas dijalankan melibatkan hampir 250,000 individu dan melebihi 12 tahun. 

"Ini adalah kajian prodpektif paling luas mengenai kaitan pengambilan kopi dengan risiko fibrilasi atrium. Kami dapati tiada bukti pengambilan kopi yang tinggi akan meningkatkan risiko fibrilasi atrium." kata ketua penulis Susanna Larsson dari Institut Karolinska, Sweden.  

Fibrilasi atrium atau Atrial fibrillation (AF), ialah keadaan rentak jantung tidak normal yang paling kerap berlaku, boleh membawa kepada peningkatan risiko strok, kegagalan jantung dan kematian. Ada spekulasi sebelum ini bahawa pengambilan kopi yang tinggi boleh meningkatkan risiko fibrilasi atrium. 

Dalam kajian ini, pengkaji melakukan kajian selama 12 tahun mengikuti perkembangan sejumlah 41,881 lelaki dan 34,594 wanita, dan pada 1997 mereka menyatakan berapa jumlah kopi yang sudah mereka ambil.  

Terdapat sejumlah 4,311 kes lelaki dan 2,730 kes wanita melibatkan AF dalam dua kohort. Median bilangan kopi ialah 3 cawan kopi sehari. Dalam kajian mereka, pengkaji mendapati pengambilan kopi tiada kaitan dengan insiden AF dalam kajian kohort ini, walaupun dalam tahap pengambilan kopi yang ekstrim.

Kekurangan perkaitan disahkan dalam analisis susulan yang melibatkan kehadiran dua kohort dan 4 lagi kajian prospektif menjadikan jumlah 10,406 kes AF didiagnos pada sejumlah 248,910 individu.

Kajian ini diterbitkan dalam jurnal BMC Medicine.



Minum la kopi sampai lebam: SINI  |    




Artikel - Bukan Sekadar Cegah Jenayah

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News

 

Assalamualaikum.....




Di New Mexico, satu foto yang memaparkan kecekapan seorang anggota polis menyelamatkan nyawa seorang bayi yang tercekik menjadi viral baru-baru ini. 

Polis berkenaan, Donald Venable, menerima panggilan domestik menerusi radionya yang menyatakan seorang bayi sukar bernafas, berada dua blok dari tempat kejadian dan segera bertindak. Dia terus memberikan bantuan pernafasan kepada bayi berkenaan sejurus tiba di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Polis Sunland Park, Jaime Reyes berkata, "Pegawai Venable telah melakukan tugas seperti dilatih dan menyelamatkan bayi berkenaan." 

Menurutnya, pegawai tersebut ketika itu berada di tempat dan masa yang tepat. 

Sejak foto berkenaan yang diambil oleh pegawai lain tersebar dan dipos ke Facebook, ia telah dikongsi ratusan kali. Pegawai Venable berkata, "Anggota polis yang lain juga akan lakukan perkara yang sama. Inilah sebab kami di sini, untuk berkhidmat dan melindungi." 


Berkhidmat kepada masyarakat:  SINI  |   



Artikel - Gerhana Supermoon

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News

 

Assalamualaikum.....
 

Mereka yang suka mencerap bintang di langit berpeluang melihat fenomena astronomi ini pada 28.9.2015 di Lofer, wilayah Salzburg di Austria, apabila gerhana penuh muncul bersama apa yang dipanggil sebagai supermoon. 

Mereka yang tinggal di Amerika Syarikat, Eropah, Afrika dan barat Asia juga dapat melihat fenomena ini apabila keadaan cuaca mengizinkan pada Ahad malam atau awal Isnin. 

Ini adalah kali pertama fenomena berkembar ini berlaku sejak 1982 dan hanya akan berlaku lagi selepas ini pada 2033. Apabila bulan penuh berada dekat dengan bumi, ia kelihatan besar sedikit daripada biasa dan lebih terang dengan warna kemerah-merahan. Ia berbeza dengan gerhana penuh apabila bulan, bumi dan matahari sebaris, apabila bayang bumi menutup bulan.

















Sumber foto:   SINI  |    




Saturday, September 26, 2015

Artikel - 7 Senibela Diri Yang Mempunyai Pukulan Maut

Kredit kepada: Gaban Comel
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


7. Wing Chun


 
Disebut-sebut sebagai salah satu seni bela diri paling seimbang (balanced). Wing Chun adalah seni bela diri yang diajarkan oleh Yip Man ke Bruce Lee. Kerana sejarah dan keseimbangannya, seni bela diri ini sering digunakan sebagai dasar seni bela diri lain, yang juga merupakan salah satu dasar dari seni bela diri mempunyai pukulan maut, yakni Krav Maga.Menggabungkan keahlian menyerang dan gulat, serta memberi tumpuan kepada pergaduhan jarak dekat yang membenarkan praktisinya untuk menyerang dan bertahan secara serentak. Seni bela diri ini juga membenarkan si pengamal untuk memendekkan jarak antara ia dan musuhnya secepat mungkin. Seni bela diri ini juga sesuai digunakan untuk bertarung dnegan banyak musuh seperti pada filem Ip Man.


6. Aikido
 


 
Merupakan seni bela diri yang unik kerana mempunyai falsafah atau prinsip bahawa jika seseorang menyerang maka itu berarti ia membuat pertahanannya lemah, tetapi jika anda sebagai seseorang yang berlangsung tidak menyerang, maka itu bermakna pertahanan anda tidak akan pernah lemah.

Menggabungkan seni bela diri pedang (kenjitsu), tombak (sojitsu) dan Jiu Jitsu, dan dipertimbangkan sebagai seni bela diri paling popular di dunia.Ide dari seni bela diri ini adalah mengetahui pergerakan musuh dan menggunakan tenaga dari serangannya untuk dibalikkan kembali ke si musuh. Penyebab mengapa seni bela diri ini disebut sebagai salah satu seni bela diri pukulan maut  adalah kerana ia berusaha mengawal sendi musuhnya yang bererti juga dapat mematahkan sendi tersebut.


5. Kali / Eskrima
  


 
Kali, Escrima, atau Arnis merupakan seni bela diri yang sama dan berasal dari Filipina yang biasanya menggunakan senjata seperti tongkat, pisau dan pedang. Tetapi lebih sering terlihat menggunakan tongkat. Walaupun biasanya menggunakan senjata, seni bela diri ini juga mengajar teknik menendang, menyerang dan menumbuk.Uniknya, seni bela diri Kali / Eskrima ini pada saat menggunakan kayu dapat juga dilaksanakan saat tidak menggunakan tongkat dengan postur dan pelaksanaan yang sama.

Mungkin ini disebabkan oleh falsafahnya yang mengatakan kurangnya senjata tidak perlu menghalang si pengamal (eskrimador) dan kemampuannya untuk mencederakan orang. Sekarang ini, Kali / Eskrima juga diajarkan di tentera dan pasukan pertahanan Filipina, dan beberapa di tentera US.


4. Jiu Jitsu


 
Muncul dalam pelbagai nama seperti Jujitsu, Jiu Jitsu atau Jujutsu. Dengan elemen-elemen tinju, serangan keras, jolok mata, mencekek, gigit, mengunci sendi dan memberi tumpuan menjatuhkan musuh di titik tengah gravitasinya.Alasan mengapa seni bela diri ini bahaya selain menjatuhkan musuh dengan sangat cepat adalah kerana ada seni bela diri perkembangannya yang dikenali dengan brazilian Jiu Jitsu.

 Begitu musuh telah jatuh, maka yang ditekankan seni bela Brazilian Jiu Jitsu adalah mematahkan sendi dan anggota tubuhnya. Selain itu, jujutsu juga boleh menekan tubuh musuh yang jatuh dengan lutut ke dada, yang kemudian menyerang mukanya dengan siku atau tinju


3. Muay Thai


 

Mungkin anda sering mendengar bahawa Muay Thai merupakan seni bela diri yang ganas, sebenarnya hal itu salah, walaupun separuh benar. Sebenarnya seni bela diri yang ganas adalah seni bela diri Muay Thai Kuno yang dikenal dengan nama Muay Thai Chaya. Muay Thai Chaya digunakan pada zaman dulu pada masa perang yang bertujuan untuk menjatuhkan musuh dengan membuatnya lumpuh atau mati.

Hal ini dipertekankan Muay Thai Chaya berusaha untuk menyerang titik vital musuh dengan tenaga yang luar biasa.Sering disebut sebagai "Seni 8 anggota tubuh", yang merujuk kepada sepasang kaki, tangan, siku dan lutut dan berasal dari Thailand. Dari sejarahnya, maka dapat dikatakan bahawa Muay Thai adalah seni bela diri yang pada awalnya diciptakan benar-benar untuk membunuh. Akan tetapi, sekarang ini para pengamal telah menghilangkan beberapa teknik yang ganas dari Muay Thai dan mengubahnya ke arah sukan.



2. Jeet Kune Do (JKD)


Sering dibandingkan dengan Krav Maga sebagai seni bela diri mempunyai pukulan maut di dunia, dicipta oleh Bruce Lee yang menginginkan sebuah bela diri yang benar-benar cepat, ia menyebutnya sebagai sebuah "bentuk tanpa bentuk" atau "seni bela diri tanpa bela diri." Oleh kerana itu, Jeet Kune Do menggunakan pergerakan seminimal mungkin dengan kesan dan kelajuan maksimum.

Keunikan dari Jeet Kune Do adalah falsafahnya yang mempunyai konsep pemintasan dengan menyerang musuh selagi ia ingin menyerang. Orang-orang yang mendalami Krav Maga dan Jeet Kune Do mengatakan bahawa JKD lebih mengarah ke seni bela diri sedangkan Krav Maga tidak mempunyai konsep itu dan benar-benar untuk pergaduhan jalanan.




1. Krav Maga
  


Merupakan seni bela diri yang berasal dari Israel dengan tujuan untuk mempertahankan diri dalam pergaduhan jalanan. Sering dipertimbangkan sebagai seni bela diri yang paling berkesan dan brutal yang merupakan gabungan dari Tinju, Muay Thai, Jiu Jitsu, Wing Chun dan Gusti. Dibangunkan sebagai sebahagian daripada keperluan dunia sekarang ini, yang melibatkan pergaduhan  jalanan.

Krav Maga mempunyai tujuan untuk mengakhiri suatu pergaduhan secepat mungkin dengan menyerang titik paling lemah tubuh musuh. Dengan Wing Chun sebagai dasar perlindungan terhadap senjata, teknik tumbukan dari Judo dan Jiu Jitsu untuk menjatuhkan musuh dengan cepat, dan Muay Thai untuk menyerang titik lemah musuh. Berdasarkan gabungan teknik bela diri inilah Krav Maga sering disebut sebagai teknik bela diri paling ganas dan berbahaya.


Sumber rujukan:  SINI  |   



Paranormal - Misteri Gangguan Roh Wanita

Kredit kepada: Seram Kot
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....




Seperti satu kebiasaan, rumah sewa yang sepatutnya mahal, tiba-tiba menjadi murah sering dikaitkan dengan kejadian yang menyeramkan. Ini kerana tuan rumah seperti terdesak untuk mencari penyewa tanpa memaklumkan perihal yang berlaku di rumah tersebut. Seperti yang berlaku di Seksyen 2 Shah Alam. Namun KisahBest.My difahamkan rumah sewa di Shah Alam sebenarnya tidak benar seperti yang didakwa oleh pemilik dan jiran terdekat. Jom ikuti kisah di bawah ini.

“Abang dah jumpa rumah yang sesuai untuk kita. Kalau tak ada masalah, hujung bulan ni kita pindah. Rasanya sesuai untuk kita berdua. Kalau ada saudara mara yang datang pun senang sebab rumah tu besar,” ujar Amil kepada isterinya, Niza.

“Rumah kat mana, bang. Senang ke saya nak pergi kerja,” tanya Niza membalas cakap suaminya. “Di kampung seberang. Sewanya pun murah, RM400 sebulan. Rumah teres dua tingkat. Masa pusing-pusing di kampung seberang, abang ternampak papan tanda rumah untuk disewa. Tuan rumah pun tak banyak tanya, terus sahaja setuju bila abang cakap nak sewa. Malah dia tak minta pun dulu duit pendahuluan macam orang lain. Lagipun tak seronoklah duduk di rumah mak. Sekurang-kurangnya kita perlu berdikari,” jelas Amil bersungguh-sungguh.

Baru sebulan berkahwin, sememangnya Amil mahu hidup berdikari. Dia tidak mahu menyusahkan keluarga mentuanya apabila tinggal bersama. Lagipun dia perlu suasana yang tenteram kerana kerjaya sebagai pelukis membuatkan dia lebih senang berseorangan agar ilhamnya lebih kreatif. Cukup bulan, pengantin baru ini mengambil keputusan berpindah rumah. Biarpun keluarga mentuanya tidak berapa bersetuju tetapi selepas menjelaskan sebab-sebabnya, mereka mengizinkan tambahan pula mereka bersetuju untuk sekerap mungkin balik menjenguk keluarga mentua.

Seharian mengemas, menyebabkan Amil dan isterinya keletihan malam itu. Dia tidur agak nyenyak tetapi malangnya mata Niza tidak juga mahu lelap. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dadanya rasa berdebar-debar yang alang kepalang. Sejenak dia memusingkan tubuhnya, suaminya tidur begitu nyenyak sekali, siap berdengkur. Puas dia mengiring, kiri dan kanan, malangnya matanya tidak mahu lelap. Sejenak Niza bangun dari perbaringannya, dia mahu minum air bagi menghilangkan dahaganya. Semasa dia mahu meneguk air, serentak itu satu bunyi dentuman pintu agak kuat berbunyi. Dia menjerit ketakutan. Matanya meliar. Puas dia memangdang kiri dan kanan. Puas hatinya berfikir, kenapa pintu bilik air berdentum kuat sedangkan bukan ada angin yang bertiup. Meremang bulu romanya, segera dia minum dan bergegas naik ke tingkat atas. Suaminya masih lagi tidur selena-lenanya. Malam itu sedikit pun dia tidak dapat melelapkan matanya.

“Kenapa mata sayang nampak sembap. Tak tidur lena ke duduk rumah baru,” gurau suaminya.

“Entahlah bang, mata Niza tak boleh lelap walaupun seketika. Rasa macam ada mata yang mengintai dan melihat apa yang kita buat. Malam tadi pun masa abang tengah nyenyak tidur, Niza turun ke bawah untuk minum air. Tak semena-mena pintu bilik air berdentum tertutup dengan sendiri. Niza rasa tak sedap hatilah bang tinggal di sini,” jelasnya.

“Ada-ada sajalah Niza ni, abang tak ada rasa apa yang ayang rasa. Agaknya ayang tak biasa lagi kot, tinggal di rumah baru. Hah! Kalau ada hantu nak kacau, kejutkan saja abang, tahu lah abang kung fu dia,” gurau Amil sambil menunjukkan gaya kung fu nya.

“Hah! Abang ingat nak keluar hari ni, ada urusan dengan Hamid. Dia nak bincang mengenai pameran lukisan secara solo dengan abang. Insyallah, kalau jadi projek ni, nampak gayanya kita berbulan madu di luar negaralah,” gurau Amil lagi bagi menyedapkan hati isterinya.

“Abang balik tak tengahari ni. Kalau balik saya nak masak lebih, nanti tak adalah nak membazir sangat.”

“Insyallah, kalau bincang habis cepat, abang balik cepat,” guraunya lagi. Malam itu, sekali lagi Niza tidak dapat lagi melelapkan matanya. Puas dia berpusing kiri dan kanan dan ketika mahu turun ke tingkat bawah, dia nampak bayang-bayang seorang kanak-kanak kecil sedang melompat-lompat ruang tengah rumah. Gementar hatinya. Mana ada budak kecil tinggal di sini, fikir hatinya. Serentak itu, dia menggigil ketakutan dan pantas berlari mengunci bilik tidurnya.

Gangguan demi gangguan dialaminya setiap hari sehingga Niza jatuh sakit. Jika hari sebelumnya dia ternampak bayang kanak-kanak melompat-lompat di ruang tamu rumah, kali ini dia terpandang satu wajah yang mengerikan. Dengan lidah yang terjelir dan rambut kusut masai, wajah mengerikan itu terus memandang dirinya. Niza meracau-racau apabila terpandang wajah hodoh itu.

Puas suaminya meminta bantuan bomoh tetapi semuanya mengaku kalah kerana rumah yang mereka duduki itu agak keras. Seorang kawan memperkenalkan dirinya dengan Ustaz Amran. Tiga hari tiga malam ustaz Amran mengubati isterinya dan alhamdulilah, sembuh sepenuhnya. Mengikut Ustaz Amran, roh wanita yang telah dilihat Niza telah lama berkeliaran di rumah tersebut kerana membunuh diri disebabkan tidak tahan didera suaminya. Dia telah mengelar pergelangan tangan anak kecilnya yang berusia tiga tahun kerana tidak tahan dengan sikap suami yang main kayu tiga.

Patutlah tuan rumah segera meyewakan rumah itu kepada Amil tanpa banyak soal. Rupanya tersimpan misteri yang tidak terungkap sebelum ini.




Seram lagi menakutkan:  SINI  |    




Artikel - Amalkan Doa Ini...

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB



Assalamualaikum.....






Kesihatan - Antibiotik Boleh Ubah Keadaan Dalam Tubuh

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....




Antibiotik atau antibakteria ialah sejenis ubat antimikrobial yang digunakan dalam rawatan dan pencegahan jangkitan bakteria, sama ada ia membunuh atau menghalang perkembangan bakteria. (2) Perkataan Greek 'anti' bermakna bertentangan (against) dan 'bios' bermakna kehidupan. Antibiotik digunakan untuk merawat jangkitan akibat bakteria. Bakteria ialah organisma mikroskopik dan sesetengahnya boleh menyebabkan penyakit. Penyakit seperti sifilis, tuberculosis, salmonella, dan sesetengah jenis meningitis adalah disebabkan oleh bakteria. Sebahagian jenis bakteria tidak berbahaya dan selainnya pula baik untuk manusia. (5)   

Sebelum bakteria boleh membiak dan menyebabkan simptom, sistem imun badan sebenarnya boleh memusnahkannya. Ini kerana dalam badan manusia ada sel darah putih yang boleh menyerang bakteria berbahaya. Walaupun ketika simptom penyakit sudah ada, sistem badan manusia boleh bertahan dan melawan jangkitan.     (5)

Alexander Fleming merupakan orang pertama yang menemui penisilin, antibiotik semulajadi pada 1928. Antibiotik berkait dengan penisilin ada beberapa jenis seperti ampisilin, amoksisilin, dan benzilpenisilin. Ia banyak digunakan bagi merawat pelbagai jangkitan sejak sekian lama.     (5)

Antibiotik berfungsi melalui dua cara iaitu membunuh bakteria dengan cara mengganggu proses hidupnya seperti menukar glukos kepada tenaga. Satu lagi dengan cara menghalang bakteria terhasil dan merebak; contohnya mengganggu prosesnya menghasilkan sel-sel baru, seperti menghasilkan protein baru. (4) Sesetengah jenis berkesan melawan fungus dan protozoa, manakala sesetengahnya menjadi toksik kepada manusia dan haiwan walaupun dalam dos terapi. Antibiotik tidak berkesan kepada virus influenza dan boleh jadi berbahaya jika tidak diambil dengan betul.    (2)  

Antibiotik ialah ubat yang digunakan bagi merawat dan dalam sebahagian kes menghalang jangkitan bakteria. Secara relatifnya, ia digunakan bagi merawat keadaan sakit yang ringan seperti akne atau pneumonia.   (4)

Antibiotik moden ada beberapa jenis dan ia hanya digunakan dengan preskripsi doktor yang merawat di kebanyakan negara. Penggunaan antibiotik secara berlebihan mendapat perhatian dunia kerana menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada bertambahnya bilangan jangkitan bakteria yang lebih tahan dengan ubat antibiotik.     (5) 

Walaubagaimanapun, ia tiada manfaat bagi banyak jenis jangkitan dan menggunakannya bila tidak perlu hanya akan meningkatkan lagi risiko penentangan terhadap antibiotik.     (4)


Antibiotik berkembang sekitar abad ke-20 sekaligus dengan vaksinasi membawa kepada hampir membasmi penyakit seperti tuberkulosis. Keberkesanannya membawa kepada terlebih guna, disalahguna terutama dalam daging jualan menyebabkan bakteria boleh menentang. Ia membawa kepada masalah lain yang dikatakan menjadi ancaman penentangan terhadap antibiotik.  (2)

Era kemoterapi antibakteria bermula dengan penghasilan arsfenamin, oleh Alfred Bertheim dan Paul Ehrlich pada tahun 1907, untuk melawan sifilis, diikuti dengan prontosil oleh Gerhard Domagk pada tahun 1933 yang mendapat Hadiah Nobel pada 1939. (2)

Adakalanya istilah 'antibiotik' merujuk kepada sebatian bagi melawan mikrob yang sinonim kepada antimikrobial.   (2)


Walaupun terdapat pelbagai jenis ubat antibiotik, namun ia masih berfungsi melalui 2 cara:
  • Antibiotik bakteria membunuh bakteria. Sama ada kehadirannya menghalang pembentukan dinding sel-sel bakterium atau kandungan selnya. Contoh: penisilin.
  • Jenis bakteriostatik yang menghentikan pembiakan bakteria.     (5)

Kegunaannya dari sudut perubatan:
  • Rawatan - jangkitan bakteria
  • Jangkitan protozoa: metronidazole dan Bactrim
  • tetracycline: berkesan melawan inflamasi
  • dapson: melawan penyakit autoimun
  • Pencegahan jangkitan - luka perubatan, antibiotik pergigian prophylaxis, keadaan neutropenia yang berkaitan dengan kanser.    (2)

Antibiotik dicipta dengan bersebab, ada tujuannya. Sejak penisilin diperkenalkan pada 1940an dan munculnya antibiotik yang lainnya selepas ia berkembang pesat, jumlah penyakit dan kematian disebabkan jangkitan turun dengan mendadaknya. Dengan berkembangnya penggunaan antibiotik ini, bakteria yang memusnahkan juga berubah dan menyesuaikan diri sehingga menjadikannya kebal kepada beberapa jenis.   (1)





Kebimbangan berkaitan penentangan terhadap antibiotik ini adalah benar. Jika bakteria kebal terhadap ubat kerana anda makannya secara tidak perlu, iaitu bila anda tiada jangkitan bakteria atau bila anda makan daging lembu yang dibesarkan dengan suntikan antibiotik; maka ia mungkin menjadi tidak berkesan ketika ia sangat diperlukan untuk melawan penyakit berbahaya.   (1)

Menurut kajian lapangan yang dijalankan, bagi kanak-kanak, tentangan terhadap antibiotik bukanlah satu-satunya masalah yang perlu dibimbangkan. Dalam satu kajian, pengkaji dari New York University Langone Medical Center menyatakan mereka mahu melihat kesan apabila antibiotik kanak-kanak diberikan kepada tikus makmal iaitu jenis amoksisillin atau tilosin, dengan dos yang sama yang diberikan kepada kanak-kanak. Hasilnya, tikus yang diberikan antibiotik itu bertambah beratnya, tulangnya menjadi lebih besar dan mempunyai lebih banyak masalah gangguan perut (bakteria dalam sistem gastrosus), berbanding yang tidak diberikan dos. Tilosin mempunyai kesan lebih kuat daripada amoksisillin dalam menyusun mikrobiom. Maka pengkaji mencadangkan antibiotik ini mempunyai kesan lebih besar ke atas sistem pencernaan dan perut.   (1)

Maka tidak hairanlah tikus yang diberikan dos itu mengalami perubahan dalam mikrobiom mereka kerana antibiotik yang diberikan itu berkesan membunuh atau menghalang bakteria dalam sistemnya.   (1)


Antibiotik hanya boleh diambil dengan mengikut arahan yang diberikan doktor seperti yang tertulis pada paketnya atau pada risalah untuk pesakit yang didatangkan bersama ubat tersebut atau seperti yang diarahkan oleh ahli farmasi.    (4)

Dos antibiotik diberikan menerusi beberapa cara:
  • Secara oral - tablet, pil, kapsul atau cecair yang diminum untuk merawat jangkitan yang ringan.
  • Secara sapu atau sembur - krim, losyen, semubran atau titis (biasanya untuk jangkitan kulit)
  • Secara suntikan - disuntik atau dimasukkan melalui drip ke dalam salur darah atau otot, selalunya untuk jangkitan yang serius.     (4)




Kebanyakan antibiotik menunjukkan kesan terhadap jangkitan selepas beberapa jam ia diambil. Adalah perlu untuk menghabiskan pengambilan ubat ini bagi menghalang jangkitan daripada muncul semula. Jika hanya separuh jalan, maka ada risiko bakteria menjadi semakin tahan kepada antibiotik untuk rawatan seterusnya. Ini kerana bakteria yang masih berbaki itu sudah ada pendedahan kepada antibiotik dan akibatnya, ia membentuk tentangan. Walaupun sudah semakin pulih, anda masih perlu habiskannya.      (5)

Ada sesetengah antibiotik tidak boleh diambil bersama sesetengah jenis makanan, ada yang tidak boleh diambil dengan ada jenis makanan tertentu dalam perut. Jenis antibiotik ini biasanya perlu diambil sejam sebelum makan, atau 2 jam selepas makan. Adalah sangat penting untuk mengikut arahan dengan betul jika mahu ubat itu bertindak secara efektif. Jika mengambil metronidazole, maka kena elakkan mengambil alkohol. Elakkan mengambil produk tenusu jika makan ubat tetrasaiklin, kerana ia mengganggu penyerapan ubat berkenaan.      (5)

Jika terlupa ambil dos, ambil seawal mungkin dan teruskan seperti biasa. Jika hampir waktu untuk dos setersunya, lupakan sahaja sesi yang tertinggal itu dan teruskan dengan waktu yang seterusnya itu. Jika ambil dua dos dalam selang waktu yang terdekat, anda mungkin berdepan dengan kesan sampingan. Jika tidak sengaja terambil lebih dos, tidak mungkin menyebabkan anda mengalami gejala serius. Walaubagaimanapun, anda mungkin berdepan kesan sampingan seperti sakit perut, cirit birit atau saklt. Jika anda risau atau berdepan kesan yang teruk, sila dapatkan bantuan perubatan dengan segera.    (4)


Terdapat beratus jenis, kebanyakannya dikelaskan kepada 6 kumpulan:
  • Penisilin - digunakan secara meluas bagi pelbagai jangkitan termasuk kulit, dada dan saluran urinari
  • Sefalosporin - digunakan untuk pelbagai jangkitan, juga efektif untuk jangkitan serius seperti septicaemia dan meningitis.
  • Aminoglikosid - digunakan untuk jangkitan serius seperti septicaemia yang boleh memberi kesan sampingan seperti hilang pendengaran dan kerosakan ginjal. Ia mudah larut dalam sistem pencernaan, jadi ia dimasukkan secara suntikan. Untuk jangkitan telinga dan mata, ia diberi secara titisan.
  • Tetrasaiklin - digunakan secara meluas. Biasanya untuk jangkitan akne sederhana hingga teruk, keadaan rosacea, yang menyebabkan kemerahan dan bintik pada kulit.
  • Makrolid - khusus untuk masalah jangkitan peparu dan dada. Ia juga penyelesaian alternatif bagi mereka yang alah pada penisilin atau untuk merawat jangkitan bakteria yang tahan pada penisilin.
  • Floroquinolon - boleh digunakan untuk pelbagai jenis jangkitan.    (4)





Kesan sampingan

Seperti juga ubat lain, ia juga mempunyai kesan sampingan. Tiada kesan jika diambil dengan betul dan sangat jarang memberi kesan serius. Antara kesannya jika ada ialah sakit, kembung dan ketidakhadaman, cirit birit.    (4)

Biasanya, kalau ada pun yang mendapat reaksi alahan pada antibiotik, peluangnya hanya 1 daripada 15 orang. Itu pun terhadap penisilin dan sefalosporin. Dalam banyak kes, ini boleh membawa kepada reaksi alahan lebih serius (anaphylaxis), dan menjadi kes kecemasan.    (4)

 
Kesan lain:
  • Diarrhea - kajian dari Sekolah Perubatan di Universiti Stanford mendapati peningkatan gula dalam perut ekoran rawatan antibiotik membenarkan bakteria berbahaya bertapak dan menyebabkan jangkitan. Bakteria berbahaya bertindak balas dengan adanya gula.
  • Berasa sakit.
  • Jangkitan fungus pada mulut, saluran pencernaan dan vagina.      (5)

Kesan lain yang jarang berlaku:
  • Pembentukan batu karang pada buah pinggang (bila ambil sulphonamides).
  • Pembekuan darah tidak normal (bila ambil sesetengah jenis cephalosporins).
  • Sensitif pada cahaya matahari (bila ambil trimethoprim).
  • Hilang pendengaran (bila ambil erythromycin dan aminoglycosides).      (5)

Sesetengah pesakit yang berumur akan mengalami radang perut yang boleh membawa kepada cirit-birit yang teruk. Clindamycin, antibiotik bagi melawan jangkitan serius biasa mempunyai kesan ini. Walaubagaimanapun, penisilin, sefalosporin, dan erythromycin juga boleh mempunyai kesan sampingan yang sama.      (5)

Pada 2012, saintis dari Sekolah Perubatan NY mendapati bayi yang terdedah kepada antibiotik ada risiko lebih besar menjadi lebih gemuk atau obes bila menjadi kanak-kanak. Kajian ini diterbitkan dalam International Journal of Obesity.       (5)


Reaksi alahan kepada antibiotik

Ada sesetengah pesakit akan mengalami reaksi alahan terutama pada penisilin, seperti ruam, bengkak pada lidah dan muka, dan kesukaran bernafas. Alahan boleh muncul segera atau mengambil tempoh dahulu sebelum ia muncul. Jika muncul tanda alahan, segeralah berjumpa doktor dan/atau ahli farmasi. Alahan boleh menjadi serius sehingga boleh membawa maut. Ia dipanggil reaksi anafilaktik.      (5)

Sebelum mengambil antibiotik, maklumkan pada doktor yang merawat jika anda hamil, keadaan limpa atau buah pinggang yang merosot, atau menyusu badan.       (5)


Antibiotik boleh bertindak balas jika diambil bersama ubat lain.

Jika anda mengambil antibiotik, jangan ambil ubat lain atau ubatan herba tanpa memberitahu doktor anda. Ubat tidak dipreskripsi juga boleh bercanggah dengan antibiotik. Penisilin, sefalosporin, dan beberapa jenis antibiotik lain boleh menjejaskan keberkesanan kontraseptif oral. Jika antibiotik menyebabkan cirit-birit atau muntah, penyerapan tubuh terhadap ubat kontraseptif juga akan terjejas. Jika anda mengambil mana-mana ubat ini maka anda harus berjaga-jaga untuk mengambil ubat kontraseptif.      (5)


Pertimbangan

Ada sesetengah jenis tidak sesuai dengan keadaan perubatan pesakit atau untuk wanita yang hail atau menyusu badan. Pesakit hanya boleh mengambilnya seperti yang disarankan doktor sahaja, bukan antibiotik daripada kawan atau orang lain. Ada sesetengah jenis bertindak balas dengan ubat/bahan lain jika diambil, seperti alkohol atau pil kontraseptif yang dimakan. Jadi adalah penting untuk membaca maklumat pada risalah yang didtangkan bersama ubat yang diberikan itu. Antara yang perlu tahu ialah yang perlu dipertimbangkan sebelum mengambil antibiotik dan bagaimana ia bertindak balas dengan ubatan lain.    (4)


Rintangan antibiotik

Badan seperti NHS atau organisasi kesihatan di dunia cuba mengurangkan penggunaan antibiotik terutama dalam keadaan tidak serius. Ini juga antara usaha melawan rintangan antibiotik, keadaan bakteria tidak lagi bertindak balas terhadap rawatan dengan satu atau lebih antibiotik. Rintangan antibiotik boleh muncul dalam beberapa cara. Rantaian bakteria boleh bermutasi dan selepas satu masa, ia akan dapat bertahan daripada antibiotik. Ini boleh berlaku bila pesakit berhenti pengambilannya awal dan tidak menghabiskan antibiotik diberikan. Saki baki bakteria yang masih tinggal akan berubah dan menjadi lebih tahan antibiotik. Antibiotik juga boleh memusnahkan rantaian bakteria tidak berbahaya yang ada pada tubuh. Ini akan membuatkan bakteria yang lebih tahan itu membiak lebih cepat dan menggantikan bakteria tidak berbahaya itu.    (4)

Pengambilan berlebihan antibiotik selama beberapa tahun ini telah menunjukkan perubahan dalam rintangan melawan bakteria. Ini termasuk antibiotik bagi merawat sakit ringan yang sepatutnya boleh sembuh. Antara jenis bakteria tahan antibiotik yang muncul ialah:
  • meticillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA)
  • Clostridium difficile (C. diff)
  • bakteria penyebab kepada multi-drug-resistant tuberculosis (MDR-TB)
  • CPE (Carbapenemase-producing Enterobacteriaceae)   (4)

World Health Organization (WHO) pula menganggarkan 170,000 kematian disebabkan MDR-TB setiap tahun. Yang paling membimbangkan ialah kemunculan rantain bakteria baru yang tidak dapat dirawat dengan antibiotik sedia ada. CPE (Carbapenemase-producing Enterobacteriaceae) ialah satu bakteria dengan pelbagai jenis yang tersebar di banyak negara termasuk Eropah dan kemudian di UK.    (4)


Ringkasnya, antibiotik merupakan sejenis ubat yang kuat bagi melawan jangkitan bakteria. Jika ia digunakan sebaiknya, ia mampu menyelamatkan nyawa. Sama ada ia berfungsi untuk membunuh bakteria atau menghalangnya berkembang. Seterusnya, sistem pertahanan tubuh secara semulajadi akan menjalankan tugasnya. Antibiotik boleh melawan jangkitan bakteria tetapi bukan jangkitan disebabkan virus, seperti selsema, flu, kebanyakan batuk dan bronkitis, sakit tekak kecuali yang berpunca dari strep.   (3)

Jika virus menyebabkan seseorang sakit, mengambil antibiotik akan memburukkan lagi keadaan. Menggunakannya ketika tidak perlu atau menyalahgunakannya akan menambah lagi penentangan antibiotik. Ini berlaku kerana bakteria juga berubah dan menjadi tahan kepada kesan antibiotik itu. Ikut arahan yang diberikan apabila mengambil antibiotik. Penting untuk anda habiskan ubat. Jika berhenti ubat terlalu awal, mungkin ada bakteria yang masih berbaki terus hidup dan menjangkiti semula. Jangan simpan antibiotik untuk kemudian hari atau gunakan antibiotik orang lain.   (3)


 

Sumber rujukan perubatan:  (1)  SINI  |  (2)  SINI  |  (3)  SINI  |  (4)  SINI  |  (5)  SINI  |    





Artikel - Demo Sempena Majlis Penutup Bulan Kebangsaan di SMKSA 17.9.2015

Kredit kepada:
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum..... 



Persembahan sajak oleh pelajar


Demo karate oleh jurulatih MSNT


Demo pecah genting oleh kelab taekwondo


Demo teknik pertahanan diri oleh kelab wing chun


Majlis Penutup Bulan Kebangsaan telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad (SMKSA) pada 17.9.2015  bertempat di dewan sekolah berkenaan. Majlis ini diadakan sebagai acara penutup bulan kebangsaan yang disambut selama sebulan. 

Acara majlis yang bermula jam 10.30 pagi ini dihadiri oleh para pelajar sekolah ini serta guru-guru dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh guru bertugas untuk majlis berkenaan.

Acara diteruskan dengan pertandingan nyanyian lagu Sehati Sejiwa oleh para pelajar. Markah pertandingan adalah diberikan oleh guru yang bertindak sebagai juri pertandingan. Seterusnya diadakan persembahan sajak dan sketsa bertemakan kemerdekaan oleh para pelajar.

Selesai pertandingan, diadakan demonstrasi seni beladiri oleh kelab taekwondo, karate dan wing chun. Setiap kelab mengadakan demonstrasi yang disertai oleh jurulatih masing-masing menunjukkan beberapa teknik dan asas serta diterangkan serba sedikit mengenai latar belakang seni berkenaan. 

Seterusnya diadakan kuiz untuk pelajar. Majlis selesai sekitar jam 1.30 petang.