MY FOLLOWERS

Monday, August 31, 2015

Artikel - Bukan Wanita Sahaja Yang Jadi Fitnah Kepada Lelaki... Sebaliknya Pun Ada Juga...

Kredit kepada: My Ibrah
Gambar ihsan: Google Images

Assalamualaikum.....

Seringkali kita dengar pasal fitnah perempuan terhadap lelaki. Fitnah perempuan yang kita nampak, memang dari banyak sudut. Lirik senyumnya, matanya, auratnya, potongan badannya, wangi-wangian, dan macam-macam lagi yang tak larat nak ditulis dekat sini.

Mungkin disebabkan terlalu fokus terhadap fitnah wanita terhadap lelaki, kita terlepas pandang pasal fitnah lelaki terhadap wanita. Ya, benar fitnah wanita terhadap lelaki itu kita nampak lebih dominan, menonjol dan tertonjol. Itu tidak dapat nafikan.

Tapi, disebabkan terlalu fokus pasal wanita, kita lupa pasal lelaki. Al-Quran dan Hadis sememangnya menekankan tentang fitnah wanita, tetapi al-Quran dan Hadis tidak melupakan pasal fitnah lelaki terhadap wanita!

Sebagai contoh para muslimin mengambil gambar dan memuatnaik gambar-gambar yang bermacam-macam pose di Facebook.

Apa tujuan semua itu?

Mungkinkah untuk menggalakkan seseorang muslimin itu menyimpan janggut, memakai serban atau kopiah? Perkara itu amatlah jarang berlaku, sebaliknya menimbulkan fitnah terhadap wanita. Ada juga golongan yang warak memuatnaik gambar dalam Facebook.

Sudahlah perwatakannya warak, kacak pula. Lalu ramailah pulak golongan muslimah “like” gambarnya. Bukan saja “like”, malah apa yang kita dapat lihat, ramai pulak muslimah yang ‘tersangkut’ dek mata kail fitnah lelaki warak itu. Kononnya memuatnaik untuk menggalakkan orang lain untuk meniru cara Nabi SAW, padahal tindakannya itu membawa fitnah kepada muslimah!

Kalau pun memuat naik gambar itu atas sebab suka-suka, maka tidak perlulah letakkan gambar yang besar-besar dan bermacam-macam posisi sampai membuatkan muslimah lain tersangkut di mata kail itu. Cukuplah sekadar gambar biasa-biasa saja. Tapi, apa yang berlaku banyak pula para muslimah tersangkut.

Bermacam-macam pujian diberikan. ‘Cutenyaaa, muka awak nampak alim, kacaknya, hensemnya…’ dan lain-lain. Ada juga pujian fitnah yang ‘berbentuk islamik’ ya? Contohnya ‘indahnya ciptaan Allah, hensemnya ciptaan Allah ni…’ dan macam-macam lagilah!

Jadi, jangan fikir hanya wanita sahaja boleh jadi sebab fitnah pada lelaki. Lelaki pun boleh bawa fitnah kepada wanita juga. Ini adalah kerana kaum wanita juga dikurniakan gharizatul nau’ (naluri berkasih-sayang/seksual). Mereka juga boleh terangsang dengan gambar-gambar kaum Adam. Oleh itu, berpada-padalah dalam bergambar dan memuatnaik gambar kat Facebook dan laman sosial lain. Kita asyik fokus pada fitnah wanita, dalam masa yang sama kita terlupa pasal fitnah lelaki terhadap wanita.

Sumber: Facebook Ustaz Nasir

Sumber rujukan: SINI  |  

Artikel - Aurat Wanita Ketika Bersalin

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images

Assalamualaikum.....

Ringkasan dari "AURAT KETIKA BERSALIN" Semanis Kurma TV9 (siaran 21.11.2013) untuk yang bergelar dan bakal bergelar Ibu Bapa: 
1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.
2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.
3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan.
4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.
5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Dalam keadaan isteri dah SAKIT sangat, hilang punca, dan tidak boleh berfikir maka: 
1. PERANAN SUAMI sangat penting. Suami yang kena buat keputusan untuk aurat dan maruah isteri. Jika suami sendiri tidak mampu untuk bertegas untuk buat pilihan, ia amat mgecewakan (merujuk kepada dalam keadaan yang tidak darurat serta masih ada pilihan).
2. Suami WAJIB jaga dan pelihara aurat isteri ketika dalam wad. Jangan apabila sudah masuk wad semua terbang (tudung tak pakai, kain terselak sana-sini, baju lengan pendek sahaja, dan sebagainya) sebab kena ingat kadang-kadang ada juga staff lelaki, petugas makanan yang lelaki yang keluar masuk wad.
3. WAJIB untuk MAHRAM temankan ketika datangnya darurat yang mengizinkan aurat terbuka. Pertama SUAMI, kedua SAUDARA PEREMPUAN, ketiga JURURAWAT PEREMPUAN dan seterusnya.

Keutamaan adalah SUAMI. Ini TITIPAN sayang buat semua WANITA: 
1. NIAT - Niat dari AWAL walaupun sebelum disahkan hamil, ingin bersalin dengan disambut oleh doktor perempuan atau bidan wanita.
2. DOA - ISTIQAMAH dari remaja juga boleh. Doa moga Allah pelihara aurat dan maruah kita sekalipun dalam keadaan darurat khususnya kita wanita ketika saat kelahiran bayi.
3. AMALAN - Selarikan dengan niat dan doa. Pemeriksaan ibu mengandung, imbasan bayi dan sebagainya WAJIB dilakukan dengan doktor perempuan dan bukan doktor lelaki. Malah jaga aurat dalam berpakaian juga selama mana bergelar muslim. Apa sekalipun berusaha dengan kudrat kita. Allah akan hitung tindakan kita.
4. YAKIN - Insyaallah bila mana kita telah KUAT berusaha seperti di atas PASTInya DIA bantu kita, pelihara aurat dan maruah kita maruah suami.

P/S:
Moga Allah terus pelihara AURAT dan MARUAH kita semua untuk proses kelahiran yang akan datang. Untuk yang telah berlalu dalam keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dan sebagainya, maka bartaubat dan muhasabah diri. Insyaallah DIA murah dengan keampunan.

Artikel - Hukum Bersalin Disambut oleh Doktor Lelaki

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images

Assalamualaikum.....

Marcapada ini, mungkin ramai yang sedar bahawa doktor lelaki yang banyak melaksanakan tugas pemerikasaan hinggalah kepada tugas menyambut kelahiran untuk para ibu.

Barangkali kerana fenomena ini sudah terlalu biasa, masyaratkat mengambil ringan mengenai hukum agama. Hanya segelintir yang bersuara untuk menegakkan hukum agama dan mengetahui sejauh manakah tahap darurat yang mengharuskan doktor lelaki mengambil alih tugas itu.

Soalan:

Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir, doktor lelaki itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal. Apakah hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun bidan?
Keluarga Muslim, KL

Jawapan:

Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.

Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.

Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut. Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari mati.

Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan wanita. Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini. Maka tidak timbullah istilah ‘darurat’ ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin selamat melahirkan anaknya.

Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. Rasa kelainan dan getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka menghadapi masalah atau krisis rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga. Dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.

Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja.

Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan profesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.

Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka. Wallahu A’lam…

Wassalam.

Sumber: FB

Hidupan Liar - Comel Tapi Tak Boleh Sentuh!

Kredit kepada: Siakap Keli
Gambar ihsan: Siakap Keli

Assalamualaikum.....

Ada sesetengah haiwan di dunia ini walaupun kecil tetapi boleh disentuh. Manakala ada sesetengahnya tidak boleh, kalau disentuh juga akan mengalami gatal-gatal atau miang. Contohnya ulat bulu yang biasa dijumpai di pokok di kawasan rumah kita. 

Ulat bulu di bawah ini dipanggil 'puss caterpillar'. Walaupun bulunya yang gebu dan cantik, jangan sesekali menyentuh ulat ini! Ini kerana bulunya sangat beracun. Mereka yang mendakwa pernah disengat oleh ulat ini berkata sengatannya lebih menyakitkan dari sengatan lebah. 

Selepas membesar

Tengok sahaja yee:  SINI  |  

Kesihatan - Bahaya Rokok Elektronik

Kredit kepada: The Pena
Gambar ihsan: Google Images

Assalamualaikum.....

Asalkan asap, asalkan sedut sahaja, tidak kiralah rokok, curut, shisha atau rokok elektronik semuanya bahaya. Asap yang disedut itu masuknya ke peparu juga.

LAPAN jam selepas seseorang itu berhenti merokok, paras nikotin dan kandungan karbon monoksida di dalam darahnya turun mendadak sehingga separuh dan kandungan oksigen kembali ke paras normal. Dalam tempoh 24 jam selepas itu pula, karbon monoksida yang juga racun jangka kepada paru-paru disingkirkan daripada tubuh bersama mukus. Kandungan lain dalam rokok pula mula dikeluarkan dari organ pernafasan itu

Malah hanya dalam tempoh dua hari, tiada lagi kandungan nikotin dalam badan selain keupayaan deria rasa dan bau pulih seperti sedia kala. Ini kerana merokok menyebabkan lidah menjadi kebas.

Begitulah betapa pantasnya tubuh membersihkan dirinya sebaik seseorang membuat keputusan untuk menghentikan tabiat merokok yang mendedahkan mereka kepada 7,000 jenis racun merbahaya yang menyumbang kepada penyakit kanser.

Bagi mereka yang ingin membebaskan diri daripada tabiat buruk itu, terdapat banyak kaedah yang diguna pakai ketika ini antaranya terapi gantian nikotin menggunakan cara tampalan, menyedut, gula-gula getah atau pengambilan ubat.

Namun sejak akhir-akhir ini, wujud satu lagi kaedah yang semakin popular di kalangan perokok tegar iaitu rokok elektronik yang mempunyai kandungan nikotin pada paras lebih rendah bagi mengawal ketagihan terhadap rokok.

Rokok elektronik ialah alat yang menggunakan kuasa bateri dan membolehkan nikotin yang berada dalam bekas katrij yang dimasukkan dalam alat berkenaan, disedut oleh penggunanya. Tiada asap sebenar dikeluarkan sebaliknya ia hanyalah wap hasil pemanasan nikotin bersama beberapa bahan tidak merbahaya.

Ada kenyataan mengatakan rokok elektronik lebih membahayakan kesihatan seseorang berbanding rokok biasa namun sejauh mana kebenaran dakwaan berkenaan?

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Sallehudin Abu Bakar, kenyataan yang mengatakan rokok elektronik lebih merbahaya berbanding rokok biasa tidak begitu tepat jika kandungan kimia antara kedua-duanya dibuat perbandingan.

Berbeza dengan rokok biasa yang mengandungi 5,000 hingga 7,000 bahan kimia, rokok elektronik hanya mempunyai empat bahan iaitu nikotin cecair yang dicampurkan dengan tiga bahan yang biasa digunakan sebagai bahan tambahan dalam makanan iaitu propylene glycol, polyethylene glycol dan glyserin sayuran.

Malah katanya, rokok elektronik dihasilkan oleh seorang ahli farmasi di China pada 2003 yang mempunyai matlamat untuk membantu perokok tegar yang sangat sukar meninggalkan tabiat merokok. Tiga bahan tadi dicampurkan bagi memberikan kesan asap seperti rokok. Apabila ia dipanaskan, ia menukarkan nikotin dalam bentuk cecair menjadi wap. Namun paras nikotin yang ada dalam rokok elektronik memang berbeza, ada yang tinggi dan ada yang rendah, katanya.

Beliau berkata, rokok elektronik boleh menjadi bahaya kepada penggunanya apabila nikotin yang bercampur dengan kandungan asid nitrik dalam udara, bertukar menjadi bahan kanser iaitu nitrosamines yang khusus datang daripada tembakau.

Menurut Dr Sallehuddin, misalnya apabila seseorang menghisap rokok elektronik di kawasan sibuk dengan asap kenderaan, udara berkenaan penuh dengan asid nitrik dan apabila bercampur dengan wap nikotin, ia boleh mendedahkannya kepada kanser.

Jika hisap di rumah pula dan berdekatan dengan dapur gas, kesannya juga tetap merbahaya kepada pengguna rokok elektronik apabila asapnya bercampur dengan wap nikotin dan kandungan nitrik asid yang ada dalam udara.

Sekiranya menggunakan rokok elektronik dalam tempoh berpanjangan, pengguna juga boleh terdedah kepada risiko kanser. Namun bagi perokok tegar, rokok elektronik ialah alternatif yang jauh lebih selamat jika mereka mahu membuang tabiat merokok secara perlahan-lahan, katanya. Ketika ini, penggunaan rokok elektronik dibenarkan dari segi undang-undang di beberapa bahagian Amerika Syarikat tetapi masih dikawal terutama di kawasan awam dan ia tidak dibenarkan dijual kepada golongan bawah umur.

Di United Kingdom pula yang juga pasaran terbesar bagi rokok elektronik di Eropah, penjualan, pengimportan dan penggunaan rokok itu sah di sisi undang-undang dan tiada perlembagaan khusus berkaitan rokok elektronik di seluruh Kesatuan Eropah buat masa ini.

Di Austria, rokok elektronik dianggap sebagai produk perubatan dan perlu didaftarkan sebelum dijual kepada orang awam. Di Jerman dan Belanda, ia dibenarkan namun di beberapa negara Eropah lain termasuk Belgium, Denmark, Finland dan Norway, rokok elektronik diharamkan.

Dr Sallehudin berkata, biarpun rokok elektronik pilihan lebih baik kepada perokok tegar yang ingin berhenti merokok, dibimbangi ia akan akan menjadi trend baru hingga menarik perhatian bukan perokok untuk mengamalkan tabiat berkenaan.

Apatah lagi ketika ini sudah wujud perasa tertentu yang boleh membuatkan menghisap rokok elektronik menjadi lebih nikmat, berbanding sebelum ini.Selain itu, jumlah nikotin yang ada dalam rokok elektronik biarpun tidak banyak, boleh menyebabkan ketagihan sekiranya digunakan dalam tempoh yang lama dan kerap.

Namun sebenarnya faktor ketagihan juga berdasarkan genetik kerana ada yang mudah ketagih tetapi ada pula yang tidak ketagih. Empat faktor lain yang menyebabkan ketagihan ialah nikotin, psikologi, tabiat dan sosial, katanya.

Menurut Dr Sallehudin, golongan wanita didapati lebih mudah terdedah kepada penyakit kanser akibat kesan menghisap rokok berbanding lelaki, biarpun tempoh menghisap rokok lebih pendek berbanding lelaki.

Rokok berada pada tangga kedua bagi pembunuh utama di dunia selepas garam yang menyebabkan penyakit darah tinggi, diikuti gula (diabetes) dan lemak (kolesterol).

Bagaimanapun, saya tidak menggalakkan seseorang menggunakan rokok elektronik sebagai cara membuang tabiat merokok sebaliknya kami menyarankan mereka menggunakan kaedah kaunseling dan rawatan gantian berasaskan nikotin termasuk ubatan yang ada nikotin seperti varenicline dan bupropian, katanya.

Sementara itu, Jururawat Unit Pendidikan Kesihatan Klinik Berhenti Merokok Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Markamah Munadar berkata, pihaknya tidak menggalakkan penggunaan rokok elektronik, sebaliknya menggunakan kaedah kaunseling serta terapi gantian nikotin bagi merawat perokok tegar yang dijalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan. Kaedah rokok elektronik jarang digunakan kerana pihaknya mahu tabiat menghisap rokok dihentikan bukan saja secara fizikal tetapi dari segi psikologi.

Di klinik, kami menggunakan rawatan gantian nikotin yang diambil secara oral dan tampalan. Adakalanya ia digabungkan bagi membantu perokok tegar meninggalkan tabiat buruk itu dengan lebih berkesan.

Semua kaedah ini sebenarnya lebih berkesan kepada mereka yang memang mempunyai tekad atau datang sendiri ke klinik kerana mahu berhenti merokok. Ini kerana ketagihan juga disebabkan oleh psikologi dan lebih berjaya jika kita mempunyai azam, katanya.

Bagi kaedah tampalan, ia perlu ditampal selama 16 jam sehari bermula sebaik bangun tidur awal pagi bagi mengurangkan keinginan merokok dan ditanggalkan ketika waktu tidur. Penggunaan kaedah tampalan diteruskan sehingga seseorang itu berasa mereka sudah boleh berdikari dan mampu mengawal keinginan untuk kembali kepada tabiat merokok.

Bagi kaedah mengunyah gula-gula getah yang mengandungi nikotin pula, ia boleh dikunyah selama setengah jam setiap kali keinginan menghisap rokok memuncak.

Lebih menarik, pengambilan ubatan terbabit akan menyebabkan perokok mula kehilangan nikmat menghisap rokok dan sekiranya dijalankan secara teratur ditambah keazaman yang tinggi, mereka akan meninggalkan tabiat merokok.

Menurut Markamah, sepanjang tahun lalu dia sudah merawat seramai 544 pesakit dan 30 peratus daripadanya berjaya meninggalkan tabiat merokok. Lapan peratus daripada perokok yang dirawatnya ialah wanita.

Saya pernah merawat seorang lelaki yang menghisap rokok sejak remaja hingga berusia 60 tahun namun selepas mengikuti program rawatan di klinik, dia akhirnya berjaya meninggalkan tabiat itu. Kami memang menggalakkan sesiapa yang ingin berhenti rokok untuk datang ke klinik berhenti merokok yang ada di semua hospital kerajaan untuk menjalani rawatan secara percuma, katanya. Bulan pertama selepas meninggalkan tabiat merokok, perokok tegar akan mengalami reaksi yang agak teruk seperti batuk-batuk dan pengeluaran kahak sama ada berbau atau mempunyai warna namun ia sebenarnya proses pembersihan yang dilakukan tubuh.

Dengan gabungan ubatan, senaman pernafasan serta minum banyak air, ia akan membantu proses pembersihan menjadi lebih lancar. Tiga hari selepas meninggalkan tabiat merokok, pernafasan akan menjadi lebih lancar, paru-paru akan mula tenang dan tahap tenaga meningkat.

Dalam tempoh antara tiga hingga sembilan bulan selepas itu, batuk yang mengeluarkan bunyi berdesit dan gangguan pernafasan beransur kurang dan fungsi paru-paru meningkat sehingga 10 peratus.
Lima tahun selepas itu, risiko serangan penyakit jantung menurun kepada kadar separuh berbanding perokok dan 10 tahun selepas itu, risiko penyakit kanser paru-paru menurun kepada kadar separuh berbanding perokok dan risiko serangan jantung kembali kepada kadar individu yang tidak merokok

FAKTA:

Statistik terbaru mengenai ketagihan merokok di negara ini begitu menggerunkan apabila jumlah perokok meningkat kepada 4.7 juta orang tahun lalu berbanding 3.1 juta orang pada 2007.

Menurut kajian pakar elektrofisiologi kardiak di Institut Jantung Mazankowski, Universiti Alberta, Kanada, Roopinder Sandhu, wanita yang merokok walaupun sebatang sehari berisiko tinggi meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung dan masalah berkaitan jantung.

Kira-kira 40 jenis penyakit ada hubung kait dengan merokok, termasuk barah mulut dan paru-paru.
Rokok mengandungi 4,000 hingga 7,000 bahan kimia merbahaya.

Statistik di Malaysia menunjukkan setiap hari seramai 40 hingga 50 perokok baru mulai terjebak ke kancah itu.

Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan hampir 10,000 kematian setiap tahun dikaitkan dengan tabiat merokok.

Statistik Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menunjukkan terdapat 600,000 kematian setahun berlaku di seluruh dunia disebabkan pendedahan kepada asap rokok dan 64 peratus daripada angka terbabit ialah wanita.

Sumber penuh berasap: SINI  |   
LAPAN jam selepas seseorang itu berhenti merokok, paras nikotin dan kandungan karbon monoksida di dalam darahnya turun mendadak sehingga separuh dan kandungan oksigen kembali ke paras normal.
Dalam tempoh 24 jam selepas itu pula, karbon monoksida yang juga racun jangka kepada paru-paru disingkirkan daripada tubuh bersama mukus. Kandungan lain dalam rokok pula mula dikeluarkan dari organ pernafasan itu

Malah hanya dalam tempoh dua hari, tiada lagi kandungan nikotin dalam badan selain keupayaan deria rasa dan bau pulih seperti sedia kala. Ini kerana merokok menyebabkan lidah menjadi kebas.
Begitulah betapa pantasnya tubuh membersihkan dirinya sebaik seseorang membuat keputusan untuk menghentikan tabiat merokok yang mendedahkan mereka kepada 7,000 jenis racun merbahaya yang menyumbang kepada penyakit kanser.
Bagi mereka yang ingin membebaskan diri daripada tabiat buruk itu, terdapat banyak kaedah yang diguna pakai ketika ini antaranya terapi gantian nikotin menggunakan cara tampalan, menyedut, gula-gula getah atau pengambilan ubat.
Namun sejak akhir-akhir ini, wujud satu lagi kaedah yang semakin popular di kalangan perokok tegar iaitu rokok elektronik yang mempunyai kandungan nikotin pada paras lebih rendah bagi mengawal ketagihan terhadap rokok.
Rokok elektronik ialah alat yang menggunakan kuasa bateri dan membolehkan nikotin yang berada dalam bekas katrij yang dimasukkan dalam alat berkenaan, disedut oleh penggunanya. Tiada asap sebenar dikeluarkan sebaliknya ia hanyalah wap hasil pemanasan nikotin bersama beberapa bahan tidak merbahaya.
Ada kenyataan mengatakan rokok elektronik lebih membahayakan kesihatan seseorang berbanding rokok biasa namun sejauh mana kebenaran dakwaan berkenaan?
Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Sallehudin Abu Bakar, kenyataan yang mengatakan rokok elektronik lebih merbahaya berbanding rokok biasa tidak begitu tepat jika kandungan kimia antara kedua-duanya dibuat perbandingan.
Berbeza dengan rokok biasa yang mengandungi 5,000 hingga 7,000 bahan kimia, rokok elektronik hanya mempunyai empat bahan iaitu nikotin cecair yang dicampurkan dengan tiga bahan yang biasa digunakan sebagai bahan tambahan dalam makanan iaitu propylene glycol, polyethylene glycol dan glyserin sayuran.
Malah katanya, rokok elektronik dihasilkan oleh seorang ahli farmasi di China pada 2003 yang mempunyai matlamat untuk membantu perokok tegar yang sangat sukar meninggalkan tabiat merokok.
Tiga bahan tadi dicampurkan bagi memberikan kesan asap seperti rokok. Apabila ia dipanaskan, ia menukarkan nikotin dalam bentuk cecair menjadi wap. Namun paras nikotin yang ada dalam rokok elektronik memang berbeza, ada yang tinggi dan ada yang rendah, katanya.

Beliau berkata, rokok elektronik boleh menjadi bahaya kepada penggunanya apabila nikotin yang bercampur dengan kandungan asid nitrik dalam udara, bertukar menjadi bahan kanser iaitu nitrosamines yang khusus datang daripada tembakau.
Menurut Dr Sallehuddin, misalnya apabila seseorang menghisap rokok elektronik di kawasan sibuk dengan asap kenderaan, udara berkenaan penuh dengan asid nitrik dan apabila bercampur dengan wap nikotin, ia boleh mendedahkannya kepada kanser.
Jika hisap di rumah pula dan berdekatan dengan dapur gas, kesannya juga tetap merbahaya kepada pengguna rokok elektronik apabila asapnya bercampur dengan wap nikotin dan kandungan nitrik asid yang ada dalam udara.
Sekiranya menggunakan rokok elektronik dalam tempoh berpanjangan, pengguna juga boleh terdedah kepada risiko kanser. Namun bagi perokok tegar, rokok elektronik ialah alternatif yang jauh lebih selamat jika mereka mahu membuang tabiat merokok secara perlahan-lahan, katanya.
Ketika ini, penggunaan rokok elektronik dibenarkan dari segi undang-undang di beberapa bahagian Amerika Syarikat tetapi masih dikawal terutama di kawasan awam dan ia tidak dibenarkan dijual kepada golongan bawah umur.

Di United Kingdom pula yang juga pasaran terbesar bagi rokok elektronik di Eropah, penjualan, pengimportan dan penggunaan rokok itu sah di sisi undang-undang dan tiada perlembagaan khusus berkaitan rokok elektronik di seluruh Kesatuan Eropah buat masa ini.
Di Austria, rokok elektronik dianggap sebagai produk perubatan dan perlu didaftarkan sebelum dijual kepada orang awam. Di Jerman dan Belanda, ia dibenarkan namun di beberapa negara Eropah lain termasuk Belgium, Denmark, Finland dan Norway, rokok elektronik diharamkan.
Dr Sallehudin berkata, biarpun rokok elektronik pilihan lebih baik kepada perokok tegar yang ingin berhenti merokok, dibimbangi ia akan akan menjadi trend baru hingga menarik perhatian bukan perokok untuk mengamalkan tabiat berkenaan.
Apatah lagi ketika ini sudah wujud perasa tertentu yang boleh membuatkan menghisap rokok elektronik menjadi lebih nikmat, berbanding sebelum ini.Selain itu, jumlah nikotin yang ada dalam rokok elektronik biarpun tidak banyak, boleh menyebabkan ketagihan sekiranya digunakan dalam tempoh yang lama dan kerap.
Namun sebenarnya faktor ketagihan juga berdasarkan genetik kerana ada yang mudah ketagih tetapi ada pula yang tidak ketagih. Empat faktor lain yang menyebabkan ketagihan ialah nikotin, psikologi, tabiat dan sosial, katanya.
Menurut Dr Sallehudin, golongan wanita didapati lebih mudah terdedah kepada penyakit kanser akibat kesan menghisap rokok berbanding lelaki, biarpun tempoh menghisap rokok lebih pendek berbanding lelaki.
Rokok berada pada tangga kedua bagi pembunuh utama di dunia selepas garam yang menyebabkan penyakit darah tinggi, diikuti gula (diabetes) dan lemak (kolesterol).
Bagaimanapun, saya tidak menggalakkan seseorang menggunakan rokok elektronik sebagai cara membuang tabiat merokok sebaliknya kami menyarankan mereka menggunakan kaedah kaunseling dan rawatan gantian berasaskan nikotin termasuk ubatan yang ada nikotin seperti varenicline dan bupropian, katanya.
Sementara itu, Jururawat Unit Pendidikan Kesihatan Klinik Berhenti Merokok Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Markamah Munadar berkata, pihaknya tidak menggalakkan penggunaan rokok elektronik, sebaliknya menggunakan kaedah kaunseling serta terapi gantian nikotin bagi merawat perokok tegar yang dijalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.
Kaedah rokok elektronik jarang digunakan kerana pihaknya mahu tabiat menghisap rokok dihentikan bukan saja secara fizikal tetapi dari segi psikologi.

Di klinik, kami menggunakan rawatan gantian nikotin yang diambil secara oral dan tampalan. Adakalanya ia digabungkan bagi membantu perokok tegar meninggalkan tabiat buruk itu dengan lebih berkesan.
Semua kaedah ini sebenarnya lebih berkesan kepada mereka yang memang mempunyai tekad atau datang sendiri ke klinik kerana mahu berhenti merokok. Ini kerana ketagihan juga disebabkan oleh psikologi dan lebih berjaya jika kita mempunyai azam, katanya.
Bagi kaedah tampalan, ia perlu ditampal selama 16 jam sehari bermula sebaik bangun tidur awal pagi bagi mengurangkan keinginan merokok dan ditanggalkan ketika waktu tidur.
Penggunaan kaedah tampalan diteruskan sehingga seseorang itu berasa mereka sudah boleh berdikari dan mampu mengawal keinginan untuk kembali kepada tabiat merokok.
Bagi kaedah mengunyah gula-gula getah yang mengandungi nikotin pula, ia boleh dikunyah selama setengah jam setiap kali keinginan menghisap rokok memuncak.
Lebih menarik, pengambilan ubatan terbabit akan menyebabkan perokok mula kehilangan nikmat menghisap rokok dan sekiranya dijalankan secara teratur ditambah keazaman yang tinggi, mereka akan meninggalkan tabiat merokok.
Menurut Markamah, sepanjang tahun lalu dia sudah merawat seramai 544 pesakit dan 30 peratus daripadanya berjaya meninggalkan tabiat merokok. Lapan peratus daripada perokok yang dirawatnya ialah wanita.
Saya pernah merawat seorang lelaki yang menghisap rokok sejak remaja hingga berusia 60 tahun namun selepas mengikuti program rawatan di klinik, dia akhirnya berjaya meninggalkan tabiat itu.
Kami memang menggalakkan sesiapa yang ingin berhenti rokok untuk datang ke klinik berhenti merokok yang ada di semua hospital kerajaan untuk menjalani rawatan secara percuma, katanya.
Bulan pertama selepas meninggalkan tabiat merokok, perokok tegar akan mengalami reaksi yang agak teruk seperti batuk-batuk dan pengeluaran kahak sama ada berbau atau mempunyai warna namun ia sebenarnya proses pembersihan yang dilakukan tubuh.

.

- See more at: http://thepena.com/15-fakta-masyarakat-tidak-tahu-betapa-bahayanya-rokok-elektronik/#sthash.gWTobTtK.dpuf

Jalan-jalan Cari Makan - Biskut Samprit Cheese

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images

Assalamualaikum.....

Bahan-bahannya:
  • 200g mentega (yang tulen akan membuatkan biskut lebih sedap) 
  • 100g cream cheese
  • 130g gula ising
  • 200g tepung jagung kupu-kupu
  • 140g tepung kastad (birds custard)
  • 180g tepung gandum
  • 2 biji kuning telur
  • 2 camb susu pekat manis
  • 1/2 camt esen vanilla
  • Ceri merah, kismis hitam atau choc chip untuk hiasan

Cara-caranya:
  1. Pukul mentega, cream cheese sehingga gebu.
  2. Masukan esen vanilla susu pekat dan telur sebiji-sebiji. Pukul perlahan sampai sebati.
  3. Campurkan kesemua tepung, masukan sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan spatula sehingga menjadi doh.
  4. Biarkan 5-10 minit. Picit dengan acuan samprit.letakkan ceri merah, kismis hitam atau choc chip sebagai hiasan.
  5. Bakar 15 minit, suhu 150*C dengan api bawah. 

Artikel - Busur dan Panah II

Kredit kepada: TAC, Sunnah Memanah, Wikipedia, The Vocket, Wikihow, Pemanah,  Zimbio,
Gambar ihsan: Owner, Google Images

Video ihsan: Youtube (Lars Anderson)

Assalamualaikum.....

Hari ini pun sudah ada seorang kawan kongsikan pautan mengenai tajuk memanah ini. Senjata ini tidak perlukan permit seperti disangka sebelum ini dan bukanlah rumit seperti senjata api tetapi inilah senjata untuk serangan jarak dekat dan jauh yang efektif dan sudah digunakan sejak zaman dahulu lagi, sudah berabad-abad lamanya. Tidak perlu risau tersalah petik picu atau tertembak kerana tiada pun bahagian itu :-)

Secara umum, ada dua cara memanah iaitu cara tradisional dan cara moden.

Ada dua jenis busur - jenis recurve dan jenis compound

Jenis recurve pula ada dua (secara umum), iaitu jenis tradisional dan jenis moden.

Recurve tradisional tiada bahagian tempat letak anak panah (arrow rest atau launcher) dan bahagian berlekuk untuk genggaman tangan dan talinya perlu dicabut selepas selesai memanah. Jenis busur recurve digunakan diperbuat daripada pelbagai bahan iaitu dari gentian kaca (fibre glass), kayu, buluh, rotan, dan tanduk kerbau. Anak panah hanya letak atas tangan sahaja sebelum dilepaskan. Draw weight atau foundage tidak boleh dilaras, dan bergantung kepada bahan buatan busur itu. Untuk permulaan biasanya kami mula belajar menggunakan busur gentian kaca dengan foundage sekitar 25-30 lbs. Boleh tengok contoh di bawah.

Recurve versi tradisional 
Perhatikan kedudukan anak panah pada bow hand dan cara pegang pada string hand. 
Tangan string hand pegang bahagian nocking seperti penumbuk, 
arrowhead dekat ibu jari pada bow hand

Nota: 
Tangan pegang busur: bow hand 
Tangan pegang panah pada tali: string hand

Recurve moden pula diperbuat daripada bahan gentian kaca, karbon atau kayu. Ada bahagian arrow rest dan lekuk. Dari segi draw weight, juga tidak boleh dilaras. 

Recurve versi moden

Busur jenis compound - didatangkan dengan sistem yang pegang talinya, rod penstabil (stabiliser) arrow rest, skop, penanda laser dan macam-macam lagi, dan dengan draw weight atau foundage yang boleh dilaraskan. Contohnya seperti di bawah:

Bahagian-bahagian busur recurve - tradisional dan moden

Secara ringkas, ia begini:

Bahagian anak panah - tradisional dan moden

Bahagian arrowhead (mata panah), yang banyak dibuat sekarang ini menggunakan skru untuk memudahkan ditukar. Untuk kegunaan latihan, mata besi dengan bentuk seperti peluru (bullet) digunakan manakala untuk tujuan berburu, mata besi bentuk segitiga digunakan.

Bahagian batang shaft terdapat jenis karbon, kayu, buluh dan gentian kaca. Bahagian fletching juga ada beberapa jenis iaitu getah, bulu plastik (seperti bulu pelepah burung). Untuk memanah, jenis dan panjang shaft perlu sesuai dengan jenis busur yang digunakan. Jika anak panah lebih panjang daripada draw length (maksimum tarikan tali sebelum lepas panah) yang maksimum, maka mungkin panah akan lebih berat dan tidak sampai pada sasaran bila dilepaskan. Jenis fletcher yang seperti 'pecah' digunakan untuk panahan ke langit dan jarak jauh.

Bahagian nocking (tempat letak panah pada tali), ada pada tali busur pada kesemua jenis tradisional dan moden zaman sekarang, kecuali busur panah orang asli yang langsung tiada bahagian ini :-) Bahagian ini akan kepit pada gelang kecil yang diletak pada tali sebelum panah dilepaskan. Untuk versi fast draw, bentuknya lain sedikit.

Tali biasa digunakan ialah tali payung terjun yang tahan lasak.

Cara tradisional
Menggunakan busur dan panah dari jenis recurve tradisional. Dalam cara ini, beberapa perkara perlu diketahui iaitu jenis busur, jenis anak panah dan cara memegang panah sebelum dilepaskan. Cara pegang busur dan panah adalah seperti dalam foto kedua di atas. Ada beberapa cara untuk memanah iaitu berdiri biasa, pusing belakang, cara duduk dan berkuda. Panahan boleh pergi ke semua arah.

Kelebihan memanah tradisional:
Selain daripada mengikut sunnah, busur ini boleh guna dengan banyak cara dan tidak rigid. Dalam sekali panahan, boleh juga lepaskan beberapa panah sekaligus. Ada satu kemahiran dipanggil fast draw boleh digunakan. Kaedah fast draw ialah bow hand pegang beberapa panah dan string hand lepaskan satu-satu panah dengan cepat. Dalam video Lars Anderson di bawah, ada ditunjukkan cara fast draw ini.

Jenis compound tidak boleh saingi kelebihan memanah secara tradisional kerana lebih bergantung kepada gajet yang datang bersama busurnya. Dalam satu masa hanya satu anak panah sahaja boleh dilepaskan. Tiada kemahiran fast draw dapat digunakan bersama busur compound.

Dalam pengalaman saya, jenis anak panah yang digunakan ialah karbon, gentian kaca, kayu dan buluh. Jenis anak panah perlu sesuai dengan jenis busur yang hendak digunakan.

Cara pegang - kedudukan busur boleh secara tegak, serong sedikit atau melintang (lihat foto bawah) manakala tangan pegang pada bahagian nocking seperti penumbuk atau antara jari telunjuk dan jari tengah. Ini cara pegangan orang Arab. Korea juga menggunakan cara yang sama.

Cara pegang melintang

Cara pegang serong

Memanah dengan lebih daripada sebatang panah - foto ini versi filem! Ada cara sebenar.

Combat archery - panah khas dengan bahagian depan muncung rata

Memanah cara berkuda (horseback archery)

Cara moden
Menggunakan busur jenis moden recurve dan jenis compound, manakala anak panah pula biasanya jenis karbon atau campuran.

Bahagian busur compound

Negara kita bukan macam negara lain, boleh sesuka hati sahaja bawa masuk senjata dalam rumah. Kalau jadi apa-apa, siapa yang susah? Fikir sendiri.. hehehe

Namun ada juga beberapa komen seperti tidak bersetuju atau sangsi dengan apa yang dilakukan oleh Lars Andersen ini. Dengarkan juga ulasan daripada Lars Andersen dalam pautan videonya -  SINI

Busur jenis gentian kaca

Pada satu karnival diadakan di Unisza pada 7-9.5.2015 pengunjung berpeluang untuk menggunakan busur dan panah ini. Walaupun busur dan panah ini bukannya yang versi tradisional dan hanya pada jarak dekat, cukuplah ini sebagai permulaan. Busur adalah dari jenis recurve. Di karnival, pengunjung berpeluang merasa sendiri memanah dengan bayaran hanya RM1 untuk 6 panah.

Di sebuah pasaraya di sini, kini dibuka penyertaan serta bengkel memanah menggunakan busur dan cara memegang panah jenis tradisional. Busur jenis tradisional tiada bahagian lekuk atau launcher untuk letakkan anak panah sebelum dilepaskan, hanya letak atas tangan. Berbeza dengan kaedah pegangan digunakan ketika di karnival di Unisza yang lebih moden. Cara tradisional tidak terhad kepada berdiri tegak sahaja, pelbagai posisi juga boleh. 

Keriangan awek selepas mendapat haiwan buruan  :-)

Kalau di Facebook, hanya taipkan 'memanah itu sunnah'.

Sumber rujukan: 
Memanah itu sunnah  SINI  |   Horseback archery:  SINI  |   
Shoot a recurve bow  SINI  |  Benefits of traditional archery  SINI  | 
Traditional horseback archery  SINI  |  Best recurve guide  SINI  | 
Wikipedia  SINI  |  Pertandingan memanah  SINI  | 

Hidupan Liar - Ikan Berkaki Yang Kecil dan Tak Boleh Dimakan!

Kredit kepada: Kisah Best, Grind TV
Gambar ihsan: Kisah Best, Grind TV

Assalamualaikum.....

Bila terbaca dalam satu laman lain, baru tahu macam mana rupanya ikan tembakul, ikan yang pernah disebut dalam filem zaman P. Ramlee dahulu. Betul ke? Sekali tengok rupanya selepas digoreng, buatkan tekak terasa geli dan boleh muntah hijau dibuatnya. Harapnya di negara ini janganlah ada sesiapa yang memakannya.. Uweekk!

Ada satu info baru diterima mengenai spesis ikan yang berkaki ini. Rupanya ia dipanggil handfish. Populasi ikan ini telah berkurang kepada 79 ekor, segera membuatkan saintis mempertimbangkan untuk membiakkannya melalui program yang mereka jalankan. Ikan bersaiz jari manusia ini dahulunya mendapat perhatian global, kini hanya boleh ditemui di perairan Tasmania di muara Hobart’s Derwent dengan bilangannya sangat sedikit dan hampir pupus. 

Ikan ini bertelur di dasar laut dan menjaganya dan habitatnya dihancurkan oleh tapak sulaiman, menyebabkan ia terdedah kepada pemangsa.  Perubahan setempat di 3 daripada 9 koloni ikan ini turut menyumbang kepada berkurang populasinya. 

Ikan berkaki tak boleh makan:  SINI  |  SINI  |    

Artikel - 10 Destinasi Kembara Kurang Dilawati Pelancong

Kredit kepada: Yahoo Travel
Gambar ihsan: Yahoo Travel

Assalamualaikum.....

Kalau benci dan terasa lemas dengan suasana bising dari kota, maka anda bukan keseorangan.

Untuk membawakan kepada anda satu pengalaman yang begitu didambakan, pakar di AdventureElevate di Colorado berkongsi info beberapa tempat menarik untuk dilawati ketika percutian dan penuh kembara. 

Tolar, Argentina

10 Tourist-Free Adventure Destinations

Penduduk kawasan ini kurang daripada 300 orang, terletak di Veronica Lampon di Say Hueque.Terletak di utara Argentina, Tolar ada gunung yang cantik kesan daripada deposit mineralnya.

Rio Cangrejal, Honduras

image

Terletak di utara Honduras, Rio Cangrejal merupakan kawasan sesuai untuk berkayak dan berakit di Amerika Tengah. Rio Cangrejal mempunyai semua yang boleh ditawarkan. Di sana juga ada hutan hujan yang tidak disentuh dan boleh menikmati pengalaman snorkel untuk melihat hidupan laut yang eksotik. 

Point Reyes National Seahore, California

image

Point Reyes National Seashore terletak di San Francisco merupakan agak tersorok seperti rahsia. Di sini, ada trek untuk pejalan kaki, berbasikal dan berkuda sekitar 240 batu. Dalam perjalanan, boleh melihat rumah api bersejarah dan banyak lagi kawasan meninjau hidupan liar seperti elk. 

Alaska

image

Alaska mempunyai kawasan percutian seluas 660,00 batu persegi. Mulakan kembara di Seward, sebuah pekan perikanan kecil di situ yang mengambil masa 3 jam jika menaiki keretapi dari Anchorage. Teroka kawasan perkampungan pinggir laut dan naiki bot ke Kenai Fjords National Park yang merupakan tempat 38 glasier menarik dan beberapa tempat yang memaparkan pemandangan yang indah Alaska. 

Amalfi Coast, Itali

image

Amalfi Coast merupakan kawasan percutian dengan pantainya yang indah dan bandar tepi bukit yang mengkagumkan. Boleh naiki basikal atau skuter atau teruskan sahaja nikmati pemandangan indah di sini yang sesuai untuk keluarga.

Azores

image

Kawasan Azores yang terletak di Portugal kekal sebagai destinasi kurang dikenali buat pengembara di Amerika Utara. Hanya 4 jam penerbangan dari Boston, Azores yang mempunyai 9 pulau dengan setiap satunya menawarkan landskapnya yang tersendiri.Terokai padang pasir Santa Maria, puncak gunung di Sao Jorge, atau gua dan vista tepi laut di Pico dan Faial.

Sierra de San Francisco, Baja California

image

Kawasan ini yang diiktiraf sebagai satu lagi tapak warisan UNESCO merupakan tempat yang penuh dengan koleksi batu seni prasejarah di Amerika Utara. Disifatkan pengembaraan sekali seumur hidup tetapi perlu hadapi sedikit cabaran untuk sampai ke destinasi ini. Pengunjung boleh ke sini dengan berjalan kaki atau menggunakan haiwan baghal untuk mengangkut barang-barang. Tempat ini dilawati hanya 300 pengunjung setiap tahun dan merupakan kawasan batuan yang begitu terpelihara dengan lukisan purba seawal tahun 100 SM.

Pantanal, Brazil

image

Pantanal asalnya memang tempat yang begitu dipandang rendah oleh ramai. Kalau kawasan Amazon mendapat liputan media yang meluas, kawasan ini pula adalah tempat yang baik untuk lihat hidupan liar. Teroka kawasan hutan hujannya yang subur dan semestinya dapat lihat hidupan asal yang eksotik dan begitu menenangkan tanpa bimbang dengan kedatangan pelancong yang ramai. 

Isle of Harris, Scotland

image

Isle of Harris merupakan tempat dengan banyak pantai terbaik di Scotland dengan landskap yang subur. Pantainya juga sesuai untuk aktiviti berbasikal dan berjalan kaki. 

Macedonia

image

Kawasan yang terletak dalam negara Balkan dan dikelilingi daratan dengan sempadan Albania dan Greece, merupakan tempat terbaik untuk melihat Eropah yang autentik yang kurang mendapat gangguan daripada pengunjung. Di Macedonia, lihat kawasan perkampungan dan pergunungan.

Melancong sana sini:  SINI  |