MY FOLLOWERS

Monday, December 28, 2015

Artikel - Foto Menarik di Di Instagram

Kredit kepada: Yahoo Travel
Gambar ihsan: Yahoo Travel

 
 
Assalamualaikum.....
 
 
Berikut adalah foto-foto menarik yang dikongsikan oleh pengguna Instagram memaparkan tempat-tempat menarik untuk dilawati. 























Sumber foto: SINI  |    


Artikel - Foto Dalam Gua Terbesar di Dunia

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....


Pada awal 2015, ada satu ekspedisi ke Hang Son Doong, iaitu sebuah gua terbesar di dunia, telah diadakan. Ia terletak di Phong Nha-Ke Bang National Park berdekatan sempadan Vietnam dan Laos, merupakan salah satu tarikan semulajadi terindah di dunia dan kisah penemuannya juga agak mengkagumkan. 

Gua Hang Son Doong dijumpai pada 1990 oleh seorang warga tempatan Vietnam bernama Ho Khanh, yang sedang berburu di taman negara berkenaan. Ketika berlindung daripada kilat, dia terjumpa satu kawasan terbuka di lereng gunung dengan kepulan awan. Dia masuk ke dalam dan terdengar ada bunyi air sungai. Kawasan batuan yang agak berbahaya menyebabkannya tidak dapat masuk lebih jauh dan dia terus keluar sebaik kilat berhenti.

Manakala Howard dan Deb Limbert pula, pakar gua dari British Cave Research Association,yang tinggal di Phong Nha berada berdekatan kawasan itu. Apabila mendapat tahu adanya sungai dan awan di gua itu maknanya ada sesuatu yang belum ditemui lagi selama ini. Maka mereka putuskan untuk mencarinya semula kerana Ho Khanh tidak begitu ingat akan kawasannya. Walaubagaimanapun, usaha pencarian mereka selama 2 dekad tidak membuahkan hasil.   

Walaupun begitu, pada tahun 2008, segalanya berubah apabila Ho Khanh yang ketika itu dalam satu misi perburuannya, telah masuk ke satu seksyen di hutan itu yang berdekatan dengan pintu masuk gua yang pernah dimasuki dahulu. Kali ini dia berjaya menjejaki semula jejaknya dan memberitahu Howard dan Deb.

Pada 2009, dengan bantuan pihak BCRA, mereka menjelajah ke dalam gua ini yang seterusnya membawa mereka jauh lebih dalam gua berkenaan. Pada 2010 mereka berjaya menemui jalan keluar yang lain ke gua ini. Setelah memetakan dinding gua ini, mereka turut dapati bahawa gua yang dijelajah ini merupakan yang terbesar pernah dimasuki. Gua ini dinamakan sebagai Hang Son Doong, bermaksud “Mountain River Cave” dalam bahasa Vietnam dan kini dibuka kepada kumpulan ekspedisi kecil.

Penemuan gua ini di kawasan paling miskin turut memberi kesan kepada penduduk sekitar dalam sektor pelancongan. 




















Sumber jelajah gua: SINI  |    


Artikel - Basikal Masa Depan?

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News

 


Assalamualaikum.....

Rekabentuk unik dan kreatif, siap boleh lipat. 

Basikal Gi FlyBike

Inspirasi untuk mencipta basikal ini asalnya dari Argentina.

Basikal Gi FlyBike merupakan satu inovasi baru menggunakan teknologi Smart, berkuasa elektrik, boleh lipat, tayar 26”. Tayarnya tidak perlu dipam dan tidak pancit, dipasang bersama rantai tidak perlu gris. Beratnya 16.7kg (37lbs). Ia mempunyai teknologi bantuan elektrik 3 kelajuan yang membantu ketika menaiki curam. Bagi sekali caj, basikal ini boleh melakukan perjalanan sehingga 64 km (40 batu).  










Basikal Gi FlyBike didatangkan bersama aplikasi telefon pintar yang memberikan pengguna akses kepada beberapa ciri yang disediakan termasuk GPS. Basikal ini juga membolehkan pengguna untuk mengecas telefon pintar ketika mengayuh ke destinasi.

 

Sumber kayuhan masa depan:  SINI  |     


Artikel - Ada Orang Tak Tahu Apa Itu Paracetamol :-)

Kredit kepada: Oh Bulan, Wikipedia
Gambar ihsan: Google Images

 


Assalamualaikum.....

Apa itu paracetamol?




Info ringkas kegunaan paracetamol

Paracetamol, juga dikenali sebagai acetaminophen ringkasnya APAP, banyak digunakan untuk tujuan mengurangkan sakit dan demam. Ia juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit kepala dan sebagai satu ramuan dalam ubat selsema. Dengan digunakan bersama sejenis bahan opioid analgesics, paracetamol digunakan bagi merawat sakit yang lebih teruk seperti selepas pembedahan dan sakit akibat kanser. 

Walaubagaimanapun, ada juga segelintir yang tidak faham atau tahu dengan jelas mengenainya. 





Sumber rujukan: SINI  |  SINI  |   


Sunday, December 27, 2015

Seni dan Kreativiti - Star Wars 7 Concept Art

Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Yahoo Movies


Assalamualaikum.....


Beberapa lukisan konsep karya Phil Szostak The Art of Star Wars: The Force Awakens kini dipamerkan dengan mengetengahkan pandangan alternatif bagi idea awal untuk filem Star Wars Episode VII: The Force Awakens.

















Sumber foto jauh di angkasa: SINI  |