Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum.....
Dulu: Talian tetapKini: Telefon mudah alih
Kalau
dilihat keadaan masa dahulu, masih susah untuk hubungi orang yang
dikehendaki sebab hanya boleh bercakap dengannya hanya bila dia ada di
rumah atau di pejabat sahaja.
Dulu: Dial-up Internet access
Kini: DSL broadband dan 3G/4G
Bila
ada rumah yang ada sambungan internet, mesti akan ingat bunyi ton
dial-up neng-nong-... sebelum boleh masuk dalam talian internet. Yang
susahnya siapa mahu tunggu selama 10 minit hanya untuk muat turun foto
dikehendaki? Kelajuan internet pun jauh daripada apa yang ada hari ini.
Dulu: Pemain muzik analog
Kini: Telefon bimbit, iPod
Dahulu
mana ada bentuk digital. Kalau mahu dengar lagu, mesti ada walkman
untuk pasang kaset atau pemain audio CD. Kemudahan telefon pintar hari
ini memudahkan pengguna dapatkan apa sahaja lagu daripada aplikasi yang
digunakan.
Dulu: Kamera filem
Kini: Telefon pintar, kamera digital
Dahulu
kalau tersalah klik pasti sudah membazir satu filem. Ingat lagi,
biasanya dalam segulung ada 36 negatif untuk kamera filem. Selalu kena
beringat betul-betul sebelum tekan punatnya. Kini dengan aplikasi
digital tidak kira dalam telefon pintar atau kad memori dalam kamera,
semuanya jadi mudah. Tidak perlu risau membazir filem atau 'kodak' pun.
Kalau tersalah klik, hanya perlu tekan 'delete'.
Dulu: Mesin faks
Kini: Email
Yang
ini dari dahulu hingga kini, mesin faks masih digunakan dengan banyak
penambahbaikan. Tidak sekadar hantar teks, boleh juga digunakan untuk
hantar foto atau apa sahaja maklumat bercetak. Email adalah dalam bentuk
digital dan boleh disimpan dalam komputer sahaja.
Dulu: TV besar
Kini: TV LCD dan skrin rata
Sekitar
80an, sesiapa yang ada tv mesti perlu perbaharui lesennya setiap tahun
seperti memperbaharui lesen kenderaan. Sekitar 90an, lesen tersebut
dimansuhkan. Saiz tv pula gemuk dan berat. Kini
ia dibina secara komponen digital dan menjadi lebih ringan dan lebih
banyak menu dan tetapan untuk dipilih pada alat kawalan.
Dulu: Cakera optik
Kini: USB
Kalau dahulu, untuk simpan data yang banyak, anda perlukan cakera optik. Masalahnya kalau bukan versi rewritable maka
anda boleh simpannya sekali dan ia kekal begitu. Kini dengan teknologi
USB drive yang lebih kecil dengan pelbagai saiz storan, anda boleh
simpan data dalam bekas kecil yang boleh dimasukkan dalam poket.
Dulu: Surat, poskad
Kini: SMS, IM, YM, media sosial
Dari dahulu hingga kini dan sampai bila-bila pun ia masih relevan. Bukan setakat kirim surat, tetapi juga pelbagai bungkusan. Namun kini kalau mahu setakat menghantar teks, foto dan video sudah boleh dilakukan menerusi media sosial.
KLIK SINI untuk artikel penuh.