MY FOLLOWERS

Saturday, July 26, 2014

Salam Aidilfitri Syawal 2014

Kredit kepada: Google Images
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....





Kalau ada sebarang kekhilafan, harapnya janganlah simpan dalam hati. 

Salam aidilfitri 2014 daripada penulis.

Wednesday, July 23, 2014

Artikel - Skrin Fleksibel Dari LG

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



LG Display Co. telah membangunkan paparan skrin fleksibel 18 inci yang boleh digulung. Satu perkembangan baru dalam industri TV. Pembuat panel dari Korea Selatan berkata paparan ini akan mempunyai resolusi 1200 x 810 piksel dan mengekalkan fungsinya walaupun digulung. Walaupun resolusinya berada dalam definisi tinggi namun ia masih belum mampu menyaingi ketajaman imej bagi paparan skirn rata yang boleh mencapai ultra definisi tinggi. Pihak LG berkata ia boleh digulung sehingga menjadi silinder bersaiz 6 cm atau 2.4 inci dengan ukuran pepenjuru lebih panjang daripada 50 inci. Ia dibangunkan berdasarkan teknologi paparan OLED yang mempunyai lebih warna. Korea Selatan masih berusaha mendapatkan teknologi ini bagi mengatasi pesaing mereka di China, Taiwan dan Jepun. Tahun lalu, Samsung Electronics Co. dan LG Electronics Inc. masing-masing memperkenalkan telefon pintar dengan paparan melengkung.

Namun ia masih belum jelas teknologi baru ini akan menjadikan telefon bimbit dan televisyen lebih berguna. LG berkata ia mampu menjadikan televisyen besar mudah alih dan terpulang kepada pembuat tv untuk mengembangkan teknologi ini. Menjelang 2017, LG merancang untuk membangunkan paparan fleksibel dan lut sinar berukuran pepenjuru lebih 60 inci.



KLIK SINI untuk artikel penuh.


Berita - Iklan Filem HK Yang Creepy

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

 
Ko salah masuk filem ni....Hehehe - Green Goblin, Spider-Man


Filem "Hungry Ghost Rituals", arahan Nick Cheung telah mengeluarkan beberapa poster papan iklan dan untuk beberapa lokasi lain sebagai mempromosikan filem berkenaan. Poster memaparkan pelakon utamanya Annie Liu dengan wajah mereput dan patung kertas tidak berkepala dengan ekspresi menakutkan itu dibuat oleh syarikat produksi, Sundream, untuk dilekatkan pada keretapi MTR City Saver di Hong Kong. Walaubagaimana pun, pengurusan MTR meminta ia ditanggalkan semula kerana ia menakutkan penumpang. Wakil MTR juga meminta poster lain yang tidak menakutkan atau tidak melekatkannya langsung. Pihak mereka juga menyatakan akan tetap menanggalkan poster versi 'bersih' itu jika mereka menerima aduan orang awam. Sundream pula menyatakan mereka tiada pilihan lain selain mematuhi kehendak pihak MTR dan mencipta poster baru.



KLIK SINI untuk artikel yang menyeramkan...hehehe



Artikel - Bina Kreativiti Dalam Diri Anak-anak

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Kanak-kanak akan belajar dengan cara bermain. Namun di zaman moden ini, ramai kanak-kanak menghabiskan banyak masa duduk menghadap televisyen atau aplikasi di telefon bimbit menonton kartun dan rancangan kanak-kanak yang tidak memerlukan interaksi. Bukanlah mahu kata wujudnya gajet moden sebagai tidak baik cuma ia tidak boleh berlebihan. Menontonnya secara berlebihan menyebabkan anda hilang banyak masa yang sepatutnya digunakan untuk mengasah kemahiran untuk imaginasinya. Kanak-kanak akan menjelajah, membiasakan diri, mudah tertarik, memberikan respon dan terus membiasakan diri dengan segala yang ada di sekelilingnya. Ini menjelaskan kenapa alat permainan dan aktiviti yang membantu kreativiti kanak-kanak direka secara terbuka atau open-ended. Lebih penting ialah kanak-kanak akan melibatkan diri dengan permainan yang menggunakan fizikal dan stimulasi mental yang memerlukannya menyentuh dan memanipulasi alat permainan yang diberi. Asalkan tidak membahayakan dirinya dan diawasi orang dewasa, biarkan sahaja dia bermain secara bebas dan mengekspresi diri mereka sendiri sambil mengembangkan penggunaan pelbagai deria menerusi permainan kreatif.

Bersepah - Keadaan ini adalah biasa di rumah. Kanak-kanak membentuk kreativiti sambil melalui keadaan ini. Jika tidak mahu bimbang dengan suasana yang sudah bersih dan tersusun, sediakan satu ruangan untuknya bermain dan buat sepah. Tidak kira alat permainan itu lori, anak patung, masak-masak, pen penanda, krayon, pensil warna, mahupun buku conteng. Lihat sendiri apakah ideanya yang muncul selepas itu.


Bercerita - Bercerita secara lisan antara cara terbaik menggalakkan kanak-kanak untuk mencipta imej dalam minda mereka. Mereka perlukan pengalaman yang boleh menbantu membentuk imej tersebut. Kalau tidak mahu ia menjadi bosan, gunakan bahasa tubuh sekali. Contohnya kalau bercerita mengenai burung, tunjukkan tangan seperti burung :-) Elakkan bercerita dengan cerita seram dan yang mengarut. Bercerita pengalaman hidup juga boleh membantu.


Permainan yang open-ended - Sediakan permainan yang membolehkan kanak-kanak menggunakannya dalam pelbagai cara dan perlukan interaksi. Contoh terbaik, Lego atau blok binaan seumpamanya. Boleh juga permainan kereta dan keretapi, permainan ala masakan atau ala hospital atau anak patung bagi yang perempuan.


Berada di luar - Membantu kanak-kanak mengembangkan sifat ingin tahu mereka dan rasa kagum akan apa yang ada di sekelilingnya. Jadi bawalah mereka ke taman permainan dan rekreasi bagi membantu stimulasi audio dan visual mereka. Biarkan mereka berinteraksi dengan kanak-kanak lain sambil berlatih kemahiran membiasakan diri dengan persekitarannya dan belajar rasa hormat pada orang lain.


Soal jawab dan buat keputusan - Ada permainan yang kanak-kanak tidak boleh bermain sendiri, jadi ibu bapa kena turut serta. Permainan yang perlukan soal jawab dan interaksi yang memerlukan mereka berfikir dan buat keputusan. Permainan seperti blok binaan atau set pembelajaran Grolier (yang saya beli) membantunya mencipta peluang.


Kreativiti bukanlah sesuatu yang dinilai dengan markah tetapi sebagai satu proses berterusan.


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.





Hidupan Liar - 7 Haiwan Yang Menakutkan

Kredit kepada: All That Is Interesting
Gambar ihsan: All That Is Interesting



Assalamualaikum.....


Dari hatchetfish, blobfish, jerung goblin, timun laut gergasi.. eerrr...












KLIK SINI untuk lebih banyak foto dan maklumat berkaitannya.

Ramadhan 2014 - Nak Gi Rayaaa!! Nak Gi Rayaaaaaa!!!

Kredit kepada: Family
Gambar ihsan: Family



Assalamualaikum....


Huuuhuhuhuhu!!


Perisitiwa ini berlaku beberapa tahun yang lalu. Suasana pagi tidak berapa cerah kerana cuaca kerap kali hujan setiap kali menjelang Syawal. Meskipun begitu, keceriaan dan kegembiraan tetap terasa. 

Ramai orang sudah berpusu-pusu ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri. Penulis bersama adik-beradik turut tidak ketinggalan. Memandangkan ramai jemaah di tingkat bawah, maka terpaksalah kami adik-beradik bersolat di tingkat atas. 

Seperti biasa, kami solat sehingga ke rakaat terakhir. Sedang menunggu imam memberikan salam, terdengarlah suara anak siapa entah, menjerit-jerit seperti menggelupur di tingkat bawah,

"Waaaaaaaaaaarrrgggggghhhh!! Naaaaakkkk gggiiiii rrraaaaayyyyyyyaaaaaaa!!! Naaaaakkkk gggiiiii rrraaaaayyyyyyyaaaaaaa!!! Naaaaakkkk gggiiiii rrraaaaayyyyyyyaaaaaaa!!!..." berulang kali sehingga semua selesai memberi salam.

Sesudah selesai khutbah, kami pun berjalan pulang. Masing-masing sudah tidak dapat tahan gelak dan masa itu, barulah salah seorang adik bersuara, "Anak sape entah bising nak gi beraya tadi... Boleh pulak dia meragam time macam ni? Hampeh betul! Hilang khusyukk!"

Ramadhan 2014 - Kes Nenek Hilang

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....

Perkara ini sebenarnya sudah berlarutan sejak sekian lama, sejak dari sebelum bulan puasa dan dari tahun lepas lagi. Ringkasnya, beginilah keadaannya apabila hidup sekeluarga dengan nenek yang mempunyai masalah ingatan walaupun belum berusia 60 tahun ketika ini. Sebelum itu lagi penulis sudah diingatkan seandainya ada mana-mana ahli keluarga yang bermasalah alzheimer, ingatannya akan terjejas dan cabaran bagi ahli keluarga yang hidup bersamanya ialah tidak sekali-kali tinggalkannya berseorangan. Dalam beberapa pengalaman sebelum ini ada antaranya penulis rasakan agak menakutkan walaupun tidak begitu serius. Antaranya ialah bila ahli keluarga berurusan di pejabat dengan si nenek dan cucunya yang sedang tidur dalam kereta di luar pejabat. Si nenek kemudian keluar untuk mencari telefon sebab dia jadi cepat gelisah. Dengan keadaan akalnya yang semacam itu, anak ditinggalkan dalam kereta berisiko boleh hilang! Nauzubillah. 

Nasib baik kita dimaklumkan. Apa lagi, teruklah si orang rumah kena marah. Terus kena amaran. Pengalaman kali kedua pun hampir sama, cuma kali ini penulis turut bersama mereka naik sekereta. Kami kemudian ke kedai barangan sukan dan si nenek dan cucu yang tidur sekali lagi ditinggalkan dalam kereta di luar kedai. Penulis yang kerap menjenguk ketika itu memang sempatlah nampak si nenek tiba-tiba keluar dari kereta sementara yang lain sibuk melihat-lihat barangan dalam kedai. Terus sekali lagi kena amaran. Si anak terus dikejut dan diajak sama masuk dalam kedai.



Ingat lagi ketika itu baru lagi pencen. Asalnya mahu lanjutkan had umur pencen sebagaimana ditawarkan oleh sektor kerajaan ketika itu. Namun disebabkan keadaannya yang semakin kurang terurus ditambah lagi kesan selepas berubat atau membuang 'yang halus' menerusi kaedah perubatan Islam, maka kami selaku ahli keluarga memutuskan untuk bertemu sendiri pegawai di pejabatnya dan memohon supaya dia bersara lebih awal. Nasib baik juga pegawai yang bertugas memahami keadaannya.  

Selepas bersara, barulah bermula cabaran lainnya, antaranya dua insiden yang disebutkan di awal tadi. Dalam pengalaman lain, ketika baru pencen, dia masih boleh memandu walaupun bersendirian, tetapi yang menjadi susahnya apabila dia tidak membawa telefon bimbit. Bawa kereta pun bak kata orang, 'ikut dan' sahaja. Dari rumah tiba-tiba sahaja sudah hilang, senyap tanpa sebarang pemberitahuan, cari ke ceruk mana pun tidak jumpa. Sedar-sedar sahaja bila sudah malam baru sampai di rumah. Seolah-olah dia melepaskan giannya memandu sampai puas. Bukan sekali tetapi beberapa kali.  




Pernah satu hari, ketika sedang menanti lampu isyarat bertukar hijau, ternampaklah kelibatnya memandu kereta Kancilnya di lorong sebelah berseorangan dan dengan lajunya! Teruslah penulis hubungi keluarga di rumah. Punyalah terkejut. Mahu cari? Terpaksalah tunggu dia balik sendiri. Di waktu lain, ketika baru mengambil ipar dan sebelum sampai di simpang dekat rumah, tiba-tiba keretanya meluncur dengan laju dan sekali lagi dia berseorangan. "Eh, tu bukan Ma ke?!" "Cepatlah kejar, nanti terlepas kita susah lagi!" Apa lagi, tangguhlah dahulu pulang ke rumah. Terus dikejar si nenek dari belakang. Yang terasa 'horror' ialah bila dia pandu melulu sampai lampu merah pun dilanggar juga! Kelajuannya bila tengok pada papan meter, agak menakutkan. Bila ikut sahaja, masing-masing tertanya ke mana dia mahu pergi? Satu hala tuju pun tiada, cuma pemanduan kosong. Bila ikut lagi, sampai ke bandar dia masuk! Keretanya diperlahankan bila dia masuk ke satu simpang berdekatan dengan bank. Barulah dia perasan dari cermin sisi kami mengikutinya. Ipar pun turun dan masuk ke dalam keretanya dan mengajaknya balik. Kali ini berulah betul-betul sampai di rumah. 

Di bulan puasa pun keadaannya sama juga. Lagi haru sebab pada masa itu dia tahu ada bazar Ramadhan. Sedar-sedar sahaja dia hilang, tiba-tiba balik ketika orang sudah berbuka dengan kuih yang berbondong-bondong di tangan. Habis semua merungut, siapalah yang mahu makan sebanyak itu sebab yang sudah terhidang walaupun tidak sebanyak mana pun akan berbaki. Sudah beberapa kali dipesan supaya tidak perlu beli lagi, pun tidak jalan! Oleh sebab itu, bila selepas waktu Asar masing-masing mula memerhatikannya supaya tidak pergi ke bazar. Ada beberapa kali juga terlepas, hilang sahaja, terus pergi cari. Ke mana lagi kalau bukan ke bazar. Dapat sahaja menangkapnya, terus dibawa balik. Itu pun kami terpaksa berkeras untuk sekatnya. 




Satu pengalaman ini yang betul-betul buatkan hati panas. Pun kes pergi bazar Ramadhan beberapa hari kemudian. Si nenek tiba-tiba menghilang. Tahu sahaja, terus penulis kejar dan dapatlah tangkapnya di bazar Ramadhan, cuma silapnya ketika itu sebab datang berseorangan, bukan macam kes kejarnya sampai di bank yang sebelum itu. Terus sahaja diajak balik, maka dia pun ikutlah. Kereta penulis ikut di belakangnya untuk pastikan dia pusing ke rumah. Malangnya bila sampai di simpang rumah, dipecutnya pula dan terus hilang melepaskan diri. Ingatkan sudah sampai di rumah tetapi tiada. Si anak pula tiba-tiba muncul depan pintu rumah bertanya, "Papa, nenek mana?" Penulis diam. Panasnya dalam hati, Allah sahaja yang tahu! Sekali lagi, si nenek balik ketika waktu berbuka dengan hasil berbondong-bondong. Beli pun ikut suka dia.  

Insiden di Melaka. Ketika itu ahli keluarga membawa si nenek melawat ke rumah salah seorang ipar. Penulis tidak ikut serta sebab ada urusan lain. Yang jadi ceritanya, ketika di sana pun dia menghilangkan diri secara senyap-senyap. Terkejut semua orang! Sehinggalah salah seorang anaknya mencarinya di stesen bas. Mungkin dia terfikir nenek mahu balik ke Terengganu. Tekaannya betul, memang jumpa dia di sana dan terus dibawa balik. Insiden di hospital pun lebih kurang sama. Ketika itu menguruskan si cucunya yang tidak sihat dan nenek turut serta. Sedang berurusan, tiba-tiba dia hilang lagi! Puas dicari ke sana sini, sehinggalah seorang makcik menghubungi kami bertanya, "Eh, apahal Ma tiba-tiba sampai sini ni? Tumpang ambulans pulak sorang-sorang!" PULAK DAHH! Panasnya dalam hati hampir sahaja mahu meletup! Selesai urusan di hospital, kami terus ke rumah makcik dan mengambilnya pulang.




Semenjak kebelakangan ini, keadaannya seperti agak merosot. Baru masuk hari pertama puasa pun sudah resah mahu ke kedai makan sebab semua orang tidak memasak. Puaslah kami berdepan helahnya mahu ke kedai makan sedangkan semuanya tutup. Walaupun berjaya tahannya daripada keluar, tetapi tidak mampu menyekat kemaraannya mendapatkan makanan. Sudahnya, kami biarkan sahaja. Kami sudah mula musykil sama ada sekarang ini adakah dia masih wajib puasa atau sebaliknya, sebab dalam Islam dinyatakan 3 syarat asas menjadikan seseorang itu wajib solat, puasa, atau haji atau ibadah lainnya iaitu beragama Islam, baligh dan berakal. Semakin tidak boleh ditinggalkan berseorangan dan semakin cepat resah mahu balik rumah walaupun belum sampai 5 minit ke kedai atau rumah orang. Mahu bawa ke rumah saudara yang jauh pun susah. Sepanjang perjalanan pun bising suruh pusing balik. Bermacamlah helah yang keluar, mahu ke tandaslah, minumlah, berjalanlah. Semuanya sudah dilalui. Kalau panggil pun masuk kiri keluar kanan sahaja. Macam berjalan ikut suka kaki sahaja dan dengan lajunya. Selagi tidak ditarik tangan, akan lagi jauh dia terlepas. Kita juga yang akan susah.

Semenjak dari itu dan daripada pengalaman sebelum itu dan berdasarkan keadaannya, kami putuskan untuk tidak lagi memberikan kunci kereta dan beg duitnya serta tidak lagi membiarkannya ke mana-mana berseorangan. Sentiasa kena berteman dan paling penting, tidak ikut sangat cakapnya sebab sudah lali dengan helahnya. Terpaksa!

Pengajaran
Yang mahu ditekan di sini ialah apa yang ahli keluarga yang cukup syaratnya dalam Islam yakni Islam, baligh dan berakal boleh buat untuk memastikan keselamatan seluruh ahli keluarga terutama yang bermasalah ingatan sebegini dan sentiasa berjaga-jaga supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Kalau bersamanya di rumah, kuncikan semua pintu, gril dan tingkap dan sembunyikan kunci di tempat yang tidak boleh ditemuinya. Kalau ada anak kecil, jangan sekali-kali tinggalkannya bersama orang yang ada masalah sebegini, dikhuatiri akan timbul masalah lebih besar. Relakanlah untuk membawa si kecil dengan si empunya badan sekali dalam urusan anda demi keselamatan bersama. Tolak tepi perihal cuaca panas atau hujan, yang penting ialah keselamatannya. Sekiranya menemui cara merawat dan ubat yang sesuai tidak kiralah menerusi kaedah perubatan moden atau perubatan Islam untuk menangani masalah seperti ini, usahakannya.    





Artikel - Felixia Yeap Yang Jadi Tumpuan

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum......

Kini Raissyah Rania Yeap



Banyak kisah yang dipaparkan sebelum ini menjadikannya tumpuan dengan tajuk-tajuk artikel di media yang agak sensasi, lebih-lebih lagi bila dia mengenakan pakaian muslimah walaupun belum memeluk Islam ketika itu. Kemunculannya di majlis anugerah industri hiburan turut menarik perhatian. Masakan tidak, sedang yang lain asyik melaram seseksi mungkin dengan pelbagai fesyen buka-bukaan dan yang pelik-pelik, dia tampil anggun dengan pakaian menutup aurat. 

Dia telah secara rasmi memeluk Islam pada 3 Julai 2014 jam 6.30 petang atau 5 Ramadhan di lokasi yang dirahsiakan. Meskipun ada di kalangan rakan-rakannya yang menjauhkan diri, dia masih bersyukur kerana mempunyai sahabat yang lain yang memberikan sokongan dan ibunya yang memberikan restu atas pengislamannya. Luahnya lagi, dia turut kesal dengan sikap segelintir pihak yang memberikan tumpuan kepada foto lamanya serta menulis komen-komen lucah dan berharap supaya pihak-pihak berkenaan berhenti berbuat demikian kerana ia sedikit sebanyak mengganggu emosinya. 

Banyak lagi yang diluahkannya mengenai kisah hidupnya dalam blog miliknya. Anda juga boleh membaca selebihnya artikel berkaitan dengannya di laman Beautiful Nara (KLIK SINI) atau di My News Hub (KLIK SINI). Di pautan di My News Hub, anda boleh lihat juga paparan video yang disediakan.

Artikel - Tegakkan Kembali Paparan Video Dengan Freemake

Kredit kepada: Google, Freemake
Gambar ihsan: Freemake



Assalamualaikum.....

Dalam apa jua aktiviti, rakaman video turut memainkan peranan sebagai rekod selain daripada foto-foto. Sesudah diambil dan dilihat kembali, adakalanya sesetengah paparan tidak berada dalam keadaan atau orientation yang sepatutnya. Tidak menjadi masalah jika ia adalah foto, hanya dengan klik kanan dan klik arahan rotate, dan foto akan dipusing mengikut darjah dan arah pusingan secara arah jam atau lawan arah jam dan masalah sudah selesai. 


Bagaimana pula kalau itu terjadi pada paparan video?

Baru-baru ini beberapa video sudah dimuat naik di laman kumpulan di FB dan kebanyakannya dalam kedudukan condong 90 darjah. Untuk itu, penulis dicadangkan untuk menggunakan perisian untuk memusingkan video yang boleh dimuat turun secara percuma dari internet. Maka penulis menggunakan perisian Freemake Video Converter.  Untuk mencari di enjin carian Google, taipkan rotate video software free download dan banyak pilihan akan dipaparkan.


Bila sampai di halaman Freemake ini, klik pada butang Download (hijau) untuk dapatkan setup-nya. Simbol seperti huruf 'V' berwarna oren pada butang Download (rajah di atas) adalah ikon yang akan muncul bila perisian ini selesai dimuat turun dalam PC anda nanti. Install dahulu dalam PC anda untuk membolehkan anda menggunakannya.


Sesudah install, anda boleh klik pada ikon Freemake berwarna oren dan paparan ini akan muncul.


Untuk memusingkan video, pilih video yang anda mahu dan masukkan dalam senarai. Anda boleh klik pada File dan klik Add Video atau klik sahaja butang biru bertulis +Video seperti di atas. Boleh pilih satu atau lebih untuk masukkan dalam senarai menunggu anda.



Bila muncul senarai, klik pada ikon 'gunting' seperti ditunjukkan di atas dan pilihan yang senget itu akan muncul seperti di bawah....
 


Untuk pusingkannya, boleh klik butang rotate (warna hijau) atau klik kanan tetikus anda dan pull down menu akan muncul seperti di atas. Dalam pilihan ditunjukkan, boleh untuk pusing arah jam (Rotate CW) atau lawan jam (Rotate CCW). Boleh juga kalau mahu Flip.


Selepas klik, keadaan yang sudah dibetulkan akan ditunjukkan seperti di atas. Klik OK.


Pergi semula ke senarai menunggu anda, dan klik Convert. Boleh pilih dari pull down menu atau ikon dalam barisan di bawah senarai berkenaan.  Dalam pilihan ini, anda boleh tukarkan format video anda kepada pilihan lain yang anda mahu sama ada MPEG, MP3, MP4, APPLE, dan sebagainya.  Dalam pengalaman ini, penulis pilih untuk tukarkan format sedia ada kepada MP4.


Pilih tempat untuk simpan pada kotak Save As: Komputer akan buat salinan bagi setiap fail pilihan anda yang sudah dibetulkan orientation paparannya.  Klik butang Convert berwarna biru.


Paparan di atas akan muncul. Tunggu sehingga proses converting selesai.


Bila selesai, klik OK dan Close. Lihat di tempat simpanan fail yang anda pilih dan salinan fail dengan format baru dan orientation baru akan ada di situ.


Jika mahu teruskan kerja-kerja converting ini, klik File dan Add Video seperti di awal tadi. Terlebih dahulu, pergi dahulu ke senarai menunggu terawal dan klik Edit. Pilih arahan Remove All dan buang dahulu semua yang ada dalam senarai tersebut. Jika anda teruskan converting video anda tanpa membuang senarai terdahulu (tidak kiralah ada satu atau lebih video dalam senarai anda), komputer akan convert sekali lagi semua yang ada dalam senarai berkenaan sekaligus, yang lama dan yang baru. Ini akan jadikan fail video redundant.


Selesai!


Selamat mencuba!

Wordless Wednesday - Shredder!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum.....






Wordless Wednesday - Dolly :-)

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum.....




Friday, July 18, 2014

Artikel - Thor Yang Dilawakkan.. Hahahaha :-D

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Yahoo Entertainment



Assalamualaikum.....

Sebelum foto Thor diedit dalam foto kes wanita mengamuk dengan kunci stereng, ada satu lagi artikel dengan Thor dilawakkan (??) Dari moThor, tomaThor hinggalah ke Thor-raemon, macam-macam idea yang keluar :-D













Apa-apa pun, gelak kuat-kuat! Hahahahahaha

KLIK SINI untuk gelak lagi kuat :-D

Artikel - Kes Mengamuk dan Kunci Stereng Versi Lawak

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News

 

Assalamualaikum.....

Insiden seorang perempuan yang memandu kereta Peugeot baru-baru ini sudah disiasat polis. Apa-apa pun, daripada sumber akhbar turut menyatakan wanita berkenaan sudah meminta maaf kepada lelaki cina berkenaan selepas kejadian dan lelaki itu tidak bercadang mengambil apa-apa tindakan terhadapnya. Namun begitu ada segelintir manusia melihatnya dari sudut yang sinis dengan menjadikannya lawak jenaka. 





Mungkinkah disebabkan sikap yang ditunjukkan ketika kejadian itu? Anda boleh KLIK SINI dan KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Thursday, July 17, 2014

Kesihatan - Selesaikan Masalah Bintik Hitam

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

 


Ramai anda di luar sana terutamanya golongan wanita yang mempunyai masalah untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah bukan? Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan beberapa petua untuk menghilangkan bintik-bintik hitam yang dipetik dari sebuah portal gaya hidup tempatan.

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk kayu manis ini sedikit air. Bancuhkan ia bersama dengan bedak sejuk sehingga sebati. Kemudian sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin.

Manakala petua yang kedua adalah dengan menggunakan ubat gigi. Anda boleh sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari pada permukaan kulit yang terdedah kepada bintik-bintik hitam. Letakkan nipis-nipis sahaja.

Petua yang ketiga, ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan dapati hasil yang memuaskan selesai rawatan dilakukan.

 

KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.



Artikel - Pekerjaan Yang Sudah Pupus

Kredit kepada: i-Malaysiakini
Gambar ihsan: i-Malaysiakini



Assalamualaikum.....

Zaman berlalu, masa berlalu, teknologi semakin berkembang. Kalau ingin buat sesuatu terpaksa ikut cara susah. Contohnya seperti dalam foto di bawah. Kalau zaman sekarang, petik sahaja suis, lampu depan rumah sudah menyala. Teknologi digital yang semakin berkembang selain dibantu pembangunan perisian dalam komputer yang maju masakini lebih memudahkan banyak kerja dilakukan dan semakin kurang tenaga kerja diperlukan, dan begitulah seadanya...



Tukang susun pin bowling

Jam loceng manusia

Pendengar radar

Tukang nyala lampu jalan

Si tukang cerita



KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.