MY FOLLOWERS

Monday, June 30, 2014

Artikel - Basuh La Dulu Sebelum Pakai!

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Anda tidak perlukan tapisan untuk bab kebersihan, seperti kes di kolam renang sebelum ini. Harap maklum!


Kebiasaannya, perempuan memang mahir dalam bab-bab membeli pakaian. Sekali membeli, walaupun baru sampai ke bab memilih sahaja sudah berjam-jam, termasuk waktu untuk mencuba pakai pakaian tersebut. Ada yang kata tidak kira pakaian yang luar atau dalam, semua dicubanya. Betul ke?? (OOppsss! :-P) Namun semua orang secara umumnya, bila mencuba pakaian yang dilonggok di pasaraya tidak kiralah lelaki mahupun perempuan, masing-masing pun tidak tahu kalau pakaian tersebut sudah dicuba oleh orang sebelum itu. 



Yang mahu disentuh dalam hal ini bukannya tabiat pemakaian itu tetapi mengenai bab kebersihan dan kesihatan. Bagi lelaki dan perempuan, sekalipun tidak boleh mencuba pakaian dalam di bilik mencuba pakaian seperti di negara ini, sudah ramai yang menguruskannya sejak dari ia dikilangkan. Bermula dengan pembungkusan, penstoran, pekedai yang mempamerkannya untuk dijual, hinggalah kepada yang tidak jadi beli dan letakkannya semula. Semuanya akan bawa kuman tanpa disedari seperti staphylococcus, MRSA dan norovirus (sejenis flu) yang akan berada dalam tubuh pesakit dua hari selepas selesai termuntah dan cirit-birit. Dalam kes staphylococcus, kuman tersebut boleh berada di mana-mana dari beberapa minit hinggalah selama 6 bulan. 

Oleh itu adalah penting untuk membasuh pakaian anda sebelum memakainya buat kali pertama untuk membunuh kuman dan beribu-ribu lagi jenis bahan kimia yang datang bersamanya yang digunakan dalam industri pembuatan. Kain kapas disembur dengan pestisid, kemudian diadun dengan fiber seperti milon, akrilik, polyester yang dihasilkan dengan 8000 jenis bahan kimia. Bila siap, ia disembur pula dengan pembasmi fungus bagi mengelakkannya membiak ketika dalam perjalanan sebelum tiba di kedai, diwarnakan dengan pencelup, pembasmi kotoran, bahan kalis api, termasuk fomaldehid dan banyak lagi. Bila bahan kimia menyebabkan iritasi dan memerangkap lembapan, ia membawa kepada kegatalan. 

Oleh itu, sekiranya ada orang tua atau generasi lama kita mengatakan perlu basuh dahulu semua jenis pakaian yang baru dibeli, akuilah ia memang betul dan masuk akal. Satu basuhan akan menghilangkan jutaan jenis kuman berisiko dan kesan bahan kimia pada pakaian itu yang memastikan ia selamat dan selesa dipakai. 



KLIK SINI untuk artikel penuh.




Berita - Novel Grafik Kampung Boy di TIBF, Jepun

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....
 


Novel grafik Malaysia karya Datuk Mohammad Khalid atau 'Lat' antara karya yang akan dipamerkan di Pesta Buku Antarabangsa Tokyo (TIBF) yang akan diadakan pada 2 hingga 5 Julai ini. Pengarah Urusan dan CEO di Institut Buku dan Terjemahan Malaysia, Mohd Khair Ngadiron berkata Malaysia sebagai negara tema yang akan mempromosikan wayang kulit pada pesta tersebut. malaysia menjadi negara pertama di Asia yang dipilih sebagai negara tema sejak pesta TIBF ini dimulakan 20 tahun lalu. Beliau turut berharap penyertaan kali ini membuka peluang bagi mengadakan hubungan perdagangan jangka panjang dengan industri penerbitan antarabangsa. Beliau juga mengetuai delegasi Malaysia berkata novel grafik Kampung Boy yang diterjemah ke bahasa Jepun diterbitkan dengan kerjasama institut dan Tokyo University of Foreign Studies Press, akan dipamerkan bermula hari pertama pesta buku itu bersama dengan pelancaran Malaysian Pavilion.

"Persembahan wayang kulit menjadi persembahan gabungan dengan teater boneka tradisional Jepun, Edo Ito Ayatsuri Ningyo, sebagai lambang metafora antara dua budaya berbeza," katanya.

Sementara itu, pemilihan Malaysia sebagai negara tema juga memberi peluang kepada Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014 menerusi Tourism Malaysia.



KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Artikel - Kerjalah Di Luar

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....




Ada sebabnya bekerja di luar pejabat sebab ia lebih banyak memberi manfaat dari sudut kesihatan. Terperangkap dalam suasana dalam akan membawa kepada masalah yang digelarkan pakar sebagai  "nature deficit disorder" iaitu sejenis kebimbangan akibat terlalu lama tidak keluar. 

Berada di luar membantu mengurangkan stres, merendahkan tekanan darah, membaiki sistem imun, meningkatkan fokus dan produktiviti dalam pekerjaan. Berada dalam alam semulajadi sambil bekerja membantu menutup respon stres dalam otak. Tindak balas ini akan membuatkan lebih banyak bahagian otak diakses yang membawa kepada peningkatan konsentrasi, menguatkan ingatan, mencetus kreativiti dan mengurangkan keletihan otak. 

Eva M. Selhub, penulis bersama bagi buku Your Brain on Nature menyatakan mencadangkan meluangkan masa 20 minit sehari, manakala kajian lain menyatakan melihat foto alam semula jadi memberikan manfaat yang sama seperti berada di luar. Kajian pada 2008 menyatakan mereka yang melihat foto alam semula jadi memberikan keputusan lebih baik pada ujian yang dijalankan berbanding mereka yang melihat foto urban.

Kalau bermesyuarat, cuba beralih daripada mengadakannya dalam bilik mesyuarat kepada di luar. Bawa sekali laptop ke luar. Suasana kerja yang berbeza membantu menjana idea dan menstimulasikan minda anda. Sama ada di tingkat atas bangunan atau di kedai kopi berhampiran. Jika tidak mampu pun, anda boleh bawa masuk alam semula jadi ke pejabat dengan membawa tumbuhan dan pokok kecil. Pemandangan dengan tumbuhan hijau memberikan ketenangan dan membantu peningkatan fungsi otak seperti juga meluangkan masa di luar.


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Kesihatan - Alah Pada Air

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Ashleigh Morris tidak boleh pergi berenang, tidak boleh mandi air panas malah berpeluh atau basuh tangan tanpa berdepan dengan masalah ruam yang akan timbul selepas daripada itu. Sejak berusia 14 tahun dia menderita sejenis penyakit yang jarang ditemui dikenali sebagai Aquagenic Urticaria. Setiap kali masalah itu berlaku, dia terpaksa melalui tempoh 2 jam sebelum keadaan ruamnya surut. Setakat ini doktor juga belum menemui penyelesaian terhadap masalah ini.



KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Kesihatan - Kebaikan Mandi Malam

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....
Betul! Memang kalau tidak kena bebel dengan orang tua dalam hal ini, memang tak sah! HAHAHAHA!!




Bagi anda yang suka mandi pada waktu lewat malam pastinya sering dileleteri ibu yang bimbang anda menghadapi masalah paru-paru berair.

Tetapi tahukah anda bahawa tiada lagi bidang perubatan yang membuktikan bahawa dengan mandi malam boleh menyebabkan masalah paru-paru berair. Sebaliknya terdapat kebaikan yang anda peroleh sekiranya mandi malam.


Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang kelebihan yang anda akan dapat jika mandi malam.

Fikiran lebih tenang
Biasanya, mandi pada waktu pagi akan membuatkan anda tertekan kerana mengejar masa untuk ke pejabat. Tetapi, anda tidak perlu memikirkannya apabila mandi pada waktu malam. Malahan,, anda boleh mandi dengan lebih tenang.

Turunkan tekanan darah
Mandi pada waktu malam dapat mempengaruhi tekanan darah anda. Apatah lagi dengan mandi menggunakan air suam. Selain itu, mandi malam juga dapat mengelakkan anda daripada tekanan kerja-kerja rutin seharian.

Meregangkan otot
Sesetengah otot agak tegang kerana seharian melakukan aktiviti. Maka, mandi selepas pulang dari pejabat dapat membantu anda mengendurkan otot-otot yang tegang dan badan terasa lebih ringan.

Segar dan santai
Setelah penat seharian dengan urusan di pejabat, tentu sekali badan anda ingin disirami air yang sejuk. Jadi, mandi selepas pulang dari pejabat akan membuatkan anda lebih santai dan badan bertambah segar. Malah badan yang bersih serta segar akan membuatkan tidur anda lebih nyenyak.

Masa lebih lama
Ketika mandi malam, anda mempunyai masa yang lebih lama berbanding mandi pada waktu pagi. Pada waktu ini anda mungkin boleh melakukan lulurm masker rambut atau membersihkan bulu-bulu roma di badan. Secara ringkasnya anda dapat membersihkan diri secara lebih mendalam dan menyeluruh. Dengan itu badan anda lebih bersih dan sihat.


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Kesihatan - Elakkan Ini Selepas Makan

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....



Selepas makan selalunya anda dinasihatkan tidak terus berbaring kerana ia akan menyebabkan makanan tidak hadam. Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa perkara yang mungkin anda selalu lakukan sebaik sahaja selepas makan.

Oleh itu baca di bawah tentang perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada sistem tubuh anda.

Jangan merokok
Kajian daripada pakar-pakar kesihatan mendapati bahawa sebatang rokok yang dihisap sebaik sahaja selesai makan bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok dan meningkatkan risiko mendapat kanseer paru-paru.

Jangan makan buah
Jangan makan buah sebaik sahaja selesai makan kerana perkara ini akan menyebabkan perut kita buncit kerana kandungan air berlebihan. Jika anda mahu makan buah, makanlah sebelum makan ataupun 1-2 jam selepas makan.

Jangan minum teh
Daun teh mengandungi asid yang agak tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan protein yang terkandung dalam makanan yang kita makan menjadi keras sehingga sukar untuk dihadamkan.

Jangan longgarkan tali pinggang anda
Melonggarkan tali pinggang sebaik selesai makan boleh menyebabkan usus terbelit dan terhalang.

Jangan mandi
Mandi sebaik selesai makan boleh menyebabkan peningkatan aliran darah pada tangan, kaki, dan badan hingga menyebabkan aliran darah di sekelling perut menurun. Ini menyebabkan sisitem penghadaman menjadi lemah.

Jangan banyak berjalan
Ada nasihat menyarankan agar anda berjalan sehingga 100 tapak sebaik selesai makan. Ini adalah tidak benar kerana berjalan boleh menyebabkan sistem penghadaman sukar menyerap zat daripada makanan yang dimakan.

Jangan tidur
Tidur sebaik selesai makan akan menyebabkan makanan tidak dapat dihadamkan dengan elok. Ini akan menyebabkan gastric dan jangkitan pada usus.


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.


Jalan-jalan Cari Makan - Masak Ikan Patin

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Bulan Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi, dan pastinya ramai yang ingin memasak juadah berbuka puasa pada hari pertama puasa bukan.

Apa yang pasti juga adalah ramai juga yang mahu menikmati juadah gulai ikan patin tempoyak kerana ia sangat sedap serta mempunyai elemen manis, pedas dan sungguh menyelerakan.


Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda mengenai resipi memasak gulai yang berasal dari Negeri Pahang ini yang dipetik dari portal Wanita.


Bahan-bahannya:

4 keping ikan patin
10 tangkai cili api (Di tumbuk)
Sedikit kunyit hidup (Di tumbuk)
Sedikit tempoyak
Sedikit daun kunyit dan kesom
Garam dan gula


Cara membuatnya:

Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali ikan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
Kemudian, masukkan ikan patin, daun kesom dan daun kunyit. Angkat apabila ikan telah pun masak.

Selamat mencuba dan selamat menjalani ibadah berpuasa kepada umat Islam di Malaysia!


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Saturday, June 28, 2014

Berita - Segmen Unit Seni Beladiri Perkhemahan Perdana Badan Beruniform SMKSA 26-27.6.2014

Kredit kepada: sensei, ahli
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Satu perkhemahan dinamakan Perkhemahan Perdana Badan Beruniform diadakan pada 26-28.6.2014 melibatkan semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad, Losong, Kuala Terengganu. Pada hari Khamis 26.6.2014, hari perkhemahan ini bermula jam 12.30 tengah hari sehingga jam 11.30 malam dengan slot Muhasabah dan mesyuarat kem sebagai penutup. Hari Jumaat 27.6.2014, aktiviti bermula seawal 8.00 pagi hingga 11.30 malam dan diakhiri dengan aktiviti Malam Kebudayaan. Aktiviti perkhemahan ini diadakan di kawasan padang sekolah berkenaan. Antara badan beruniform yang menyertai ialah Pandu Puteri, Puteri Islam, PKBM, PDRM, PBSM dan banyak lagi.




Sebagai satu kaedah penilaian murid, setiap murid dimestikan mempunyai satu buku log perkhemahan dan satu kad aktiviti. Dalam kad aktiviti berkenaan, terdapat segmen yang perlu dipenuhkan oleh setiap orang murid dengan menyertai aktiviti yang disediakan di tempat atau stesen yang telah diaturkan oleh pihak sekolah. Antara segmen itu ialah Unit Kraf, Melepasi Halangan, Unit Seni Beladiri dan banyak lagi. untuk menyertainya, murid dibahagikan kepada kumpulan besar seperti satu rumah yang ditandakan dengan warna Oren, Putih, Merah, Kuning dan Hijau, seramai lebih kurang 30-40 orang bagi setiap rumah ini dan dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu A, B, C mengikut rumah masing-masing. Setiap rumah ini akan ke stesen berkenaan seperti dinyatakan dalam jadual aturcara.






Apabila tiba di stesen, setiap kumpulan dalam rumah ini akan menyelesaikan cabaran diberikan sebelum ke cabaran seterusnya secara giliran dengan kumpulan lain dari rumah mereka dan begitulah seterusnya. Setiap segmen mempunyai 3 slot berasingan yang mesti dipenuhkan dengan mendapatkan cop daripada guru yang bertugas di unit berkenaan setelah mereka menyelesaikan 3 cabaran yang diberi. Untuk segmen Unit Seni Beladiri yang diadakan di kawasan letak kenderaan berhampiran kantin sekolah, 3 cabaran yang perlu diselesaikan ialah karate, taekwondo dan wing chun.

Di kesempatan ini, penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah mengadakan perkhemahan ini, guru penasihat serta para guru yang bertugas kerana menjemput bagi menjayakan segmen Unit Seni Beladiri ini. Penulis telah memberikan yang terbaik buat semua yang telah menyertai segmen ini. Terima kasih juga diucapkan kepada para ahli kelab karate yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang 2 hari segmen ini diadakan. Tidak lupa juga kepada jurulatih wing chun atas kerjasama yang diberikan bagi melancarkan lagi perjalanan segmen ini tatkala kami semua berdepan cuaca agak panas ketika segmen ini berlangsung. 

Akhir kata daripada penulis, mohon maaf atas segala kekurangan, selamat berlatih dan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 2014.


Kesihatan - Spa Mudah di Rumah

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

Tidak kiralah sama ada di pejabat atau di rumah, kalau ada sahaja benda yang buatkan anda berasa ia menyemak mata memandang, fokus anda akan terganggu dan akan menjadi kurang efektif. Dengan gajet yang pelbagai, alat kawalan jauh yang letak merata-rata, katil tidak berkemas, semua ini boleh menjadi cabaran sebelum masuk tidur. Kesihatan ada kaitannya dengan memupuk ketenangan dalaman. Persekitaran luaran memberi pengaruh tersendiri kepada ketenangan dalaman. Jadi, membuat sedikit perubahan boleh membantu mendapatkan perasaan tenang dan aman yang anda cari, sambil membuat kerja seharian.

 


Bawa pokok - Apa sahaja benda hidup dan bernafas membantu anda bertenaga dan lebih bersemangat. Pokok dalam pasu kecil pun sudah cukup. Boleh letak pada sudut tepi bilik.

Bersihkan ruang - Bersihkan dan lapangkan ruang kerja. Segala yang serabut kena susunkan semula, supaya minda juga kembali terang dan tidak serabut.

 

Rehatkan deria anda - Sedikit makanan manis atau coklat membantu bukan setakat menambahkan sedikit tenaga bahkan mood ketika itu. Pada ruang kerja anda, gantungkan foto-foto menarik seperti percutian di pantai, atau foto keluarga dan semburkan juga pewangi lembut. Sambil berehat, menerusi fon kepala dengarkan koleksi lagu kegemaran anda.  

Duduk di tempat anda - Rias sedikit ruang kerja anda seperti sebuah tempat perlindungan yang bebas daripada gangguan sama ada bising atau yang menyemak mata memandang. Luangkan masa beberapa minit sebelum kembali bekerja. Kalau di rumah, boleh letak alas yoga di lantai bilik tidur.

KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.




Ramadhan 2014 - Sejarah Disyariatkan Berpuasa di Bulan Ramadan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....



Berpuasa di bulan Ramadan adalah merupakan ibadah yang diwajibkan bagi umat Islam di seluruh dunia untuk melaksanakannya. Pengertian puasa dari segi bahasa membawa maksud menahan diri daripada sesuatu sama ada percakapan atau pun makanan. Berpuasa dalam bahasa arab dikenali sebagai "Sawm" dan ibadah ini merupakan antara salah satu daripada rukun Islam.

Sebagai seorang yang beragama Islam, perlunya kita sebagai hamba Allah SWT memahami dan mengetahui tentang sejarah ibadah ini supaya membolehkan kita lebih jelas maksud dan tujuan ianya dilakukan pada setiap tahun.

Ibadah berpuasa dalam bulan Ramadan telah disyariatkan oleh Allah SWT pada bulan Syaaban tahun kedua Hijrah melalui firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 183 dan 184 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, puasa itu telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa. Iaitulah pada hari-hari yang ditetapkan.

"Barangsiapa dari kalangan kamu yang sakit atau bermusafir, maka gantilah puasa yang kamu tinggalkan itu pada hari-jari yang lain (di luar bulan Ramadan).

"Dan wajiblah ke atas mrereka yang tidak berdaya untuk berpuasa itu membayar iaitu memberi makan kepada seorang miskin.

"Maka barangsiapa yang melakukan kebaikan secara sukarela maka ia adalah suatu kebaikan bagi dirinya. Sesungguhnya berpuasa itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

Sebelum turunnya ayat ini, umat Islam wajib berpuasa pada 10 Muharram yang juga dikenali sebagai Hari 'Aasyura. Setelah turunnya ayat tersebut, maka puasa wajib 10 Muharram telah dijadikan puasa sunat yang amat dituntut dan digalakkan untuk melakukannya.

Ibadah berpuasa diwajibkan ke atas umat Islam terdahulu secara berperingkat dan mempunyai banyak hikmah disebalik kejadian ini. Pada mulanya, umat Islam hanya dibenarkan makan dan minum selepas berbuka sehinggalah mereka menunaikan fardhu Isyak atau tidur. Apabila mereka menunaikan solat Isyak atau tidur, maka tidaklah lagi mereka dibenarkan makan dan minum sehingga tamatnya waktu berpuasa.




KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Tuesday, June 24, 2014

Kesihatan - Khasiat Lemon dan Air Suam

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....



Rutin pagi seseorang dilihat amat penting dalam meneruskan hari mereka sebelum pergi ke kerja mahupun memulakan tugasan sebagai pelajar.

Tidak kiralah anda seorang ahli sukan, cikgu, pelajar mahupun suri rumah, kesihatan perlu dititik beratkan dan dijaga dengan sebaiknya.

Jika kita di Malaysia, pasti ramai mengatakan bahawa memakan makanan yang berlemak seperti nasi lemak, roti canai dan juga minuman manis seperti teh tarik adalah kombinasi yang wajib. Namun tidak tahu apa penyebab dari pengambilan lemak dan gula berlebih mampu mengundang penyakit merbahaya seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga obesiti.

Oleh yang demikian, cuba tukar rutin harian anda menjadi lebih sihat dan hargai setiap pagi anda dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikan kombinasi tersebut.

 

 

Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan vitamin C dan juga potassium yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala potassium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.

Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkai (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolism kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.

Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.

Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tips ini kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.

Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa (bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik). Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum minuman begitu, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.

Kulit cerah dan bersih
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.

Penyahhaidrasi
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan penyah-haidrasi. Apabila badan anda mengalami penyah-hidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stres.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Artikel - Nak Mandi, Pakai La Seluar!

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Selepas aksi pembukaan Piala Dunia 2014 yang mengecewakan akibat kekalahan, pasukan Croatia yang dengan segala macam kepenatannya mestilah mahukan rehat sebelum perlawanan seterusnya. Kononnya mahu berehat sambil tenangkan fikiran. Namun semuanya tidak semudah itu kerana ada dua orang jurufoto tidak makan saman bersembunyi di sebalik semak mengambil foto-foto mereka ketika mereka mahu mandi di kolam renang Praia do Forte... dalam keadaan tanpa pakaian! Foto-foto tersebut kemudian disebarkan di internet. 

Jurulatihnya, Niko Kovac yang berang dengan apa yang didedahkan akhbar itu mengumumkan tidak membenarkan semua anak buahnya memberikan komen kepada pihak akhbar. 


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Artikel - Jenayah Semakin Menjadi-jadi

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....

 


Jenayah berlaku dengan pelbagai sebab dan punca, adakalanya memang tidak masuk akal. Tidak kira siapa atau bagaimana latar belakang si pelaku. Adakalanya yang menjadi penjenayah ini bukannya dari golongan yang sebarangan, bukanlah semestinya dari golongan buta huruf atau bodoh malah ada yang jauh lebih pandai, punya kelulusan tinggi dan sangat berkemahiran dalam bidang diceburi. Ada yang menjadi penjenayah ini atas desakan hidup, keterpaksaan dan tekanan. Dalam hidup, ada tanggungan. Perut jangan dibiar kelaparan. 

Dendam, sakit hati? Boleh jadi juga. Tengoklah apa peristiwa yang dilalui itu. Lain orang lain ceritanya. Yang mengalami mungkin rasa ia sesuatu yang besar dan membebankan, yang lain mungkin rasa ia hanya picisan. Bermacam sebab, berebutkan perempuan, berebutkan alat kawalan tv, tersilap dalam masakan, perangai kawan yang macam setan, apa sahaja! Sesama adik beradik pun ada yang macam celaka. Hilang sabar, meletup rasa marah sebab tidak tahan, sampai akhirnya pisau naik ke tengkuk! Boleh buat yang menahan amarah itu jadi menggila! Hilang sekejap waras akalnya. Nauzubillah.. 




Dalam versi moden hari ini, duit menjadi satu punca yang besar. Orang sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkannya, tidak kira cara baik atau cara kotor. Bila sudah terdesak, yang selama ini takut dibuat itu menjadi boleh buat. Semua perasaan takut, segan, tidak berani, akan hilang entah ke mana. Bab agama, lagilah ditolak tepi! Yang penting, dapat apa yang dimahukan. Kalau baca dalam akhbar sebelum ini pun, sudah banyak kali dipaparkan kes-kes seperti ditetak sebab tidak mahu beri duit, dibelasah dan sebagainya. Ada pula yang sanggup menjadi pelacur separuh masa dengan alasan kononnya tidak cukup duit belanja, seperti yang didedahkan dalam akhbar baru-baru ini. Mahu cari untung cara mudah juga antara sebabnya, contohnya dalam kes seludup minyak guna kapal dan melanun. Habis bergelen-gelen minyak disedutnya. 

Yang melakukan jenayah atas darat pun sudah semakin berani. Memiliki senjata api membuatkan mereka rasa seperti semakin berkuasa. Lagi berkuasa daripada penguatkuasa undang-undang pula lagaknya. Sudah sampai ke tahap ada pegawai yang hilang nyawa dalam usaha membanteras golongan tidak makan saman ini. 




Dalam bab senjata, jangan kata senjata api atau pedang samurai, zaman semakin moden ini lagi banyak benda boleh menjadi senjata untuk buat jenayah. Yang pandai, guna komputer, guna akal, guna macam-macam ilmu. Tidak perlu pun susah-susah belajar tembak sana tembak sini. Kelulusan atau bidang pekerjaan sedia ada itu sudah cukup sebagai akses untuk melakukannya. Yang mahir dengan kimia ikut caranya, yang mahir dalam bab-bab duit lain caranya. Silap hari bulan, satu klik sahaja, habis licin duit mangsa disapu dari akaunnya. Tidakkah putih mata dibuatnya? Kerja macam nak gila, sudahnya licin begitu sahaja. 

Pengaruh kawan untuk dapat duit cara mudah? Teruk juga. Jangan kata jadi penjenayah terlibat jual DVD haram, yang tidak menjadi penjenayah pun boleh terpengaruh juga. Tengok sahajalah dengan kemunculan skim-skim cepat kaya dengan pelbagai pelan pemasaran. Ada pula yang berselindung di sebalik nama MLM. Ini pun bukannya cerita baru, sudah lebih 10 tahun dahulu lagi dan penipuannya masih berakar umbi. Cerita lama, taktik baru, mangsa baru, putar belit pun yang baru-baru. Buka syarikat, tunjuk pelan pemasarannya lain, buatnya pelan lain. Barang dijual sekadar mengelabui mata kononnya ia perniagaan yang sah. Yang terpengaruh pula keluarkan duit untuk labur, sudahnya lebur. Yang dapat duit terus lari, yang tertipu terus ternganga. Terlopong dengan taktik penipuan yang memakannya tanpa belas kasihan. Bab yang ini pun ramai yang kena tipu! Hahahaha...



Yang menjadi kepala yang paling atas itu bolehlah dicop penyangaknya. Bagaimana pula dengan isu pengangguran? Pendapat penulis, boleh jadi juga. Puas minta kerja sana sini, berhabis duit hadiri temuduga, ketiadaan suntikan modal untuk mula berniaga sendiri tetapi hasilnya hampehh. Asalkan ada iklan mencari kerja atau mengisi jawatan kosong, maka berduyunlah manusia datang berkerumun dengan resume di tangan mengharapkan mereka akan diambil bekerja. Ada pula yang mempunyai lebih daripada satu ijazah luar negara seperti yang didedahkan dalam majalah Mastika sebelum ini. Pun tidak dapat kerja! Namun apa pula perasaan semua yang memohon bila dapat tahu iklan itu sekadar 'camouflage' sahaja dan pihak mereka yang berkaitan menjadi orang dalam atau kabel dan sudah ambil calon? Kecewa! Huhh! Belum tentu lagi calon diambil itu layak, jangan-jangan habuk pun dia tidak tahu mengenai tugasnya nanti. Boleh jadi berduyun yang mereka tidak ambil itu ada yang jauh lebih layak dari itu. Terasa mahu sahaja dicekik-cekik golongan kabel ini. Sudahlah buang masa semua orang yang datang, tetapi seorang pun susah mahu ambil. Tidak adil. Tiada siapa yang kenaa!! Ibarat adegan baling 'dadu nombor dua' dalam filem Ali Baba Bujang Lapok pula. Letak pertaruhannya lain, jawabnya lain. Habis yang bertaruh semua rugi.

Sesetengah orang akan menghadapi keadaan tertekan disebabkan hal ini sehingga akan sanggup melakukan jenayah. Semakin tinggi tahap kepandaian dan latar belakang pendidikan, semakin pandai pula mereka ini bila menjadi penjenayah. Bermacam helah akan direkanya. Lihat sahaja contoh di luar negara, sudah berapa ramai golongan cerdik pandai mereka menjadi penggodam dan pakar IT yang boleh merosakkan sistem komputer sehingga pihak lain tanggung rugi berjuta-juta? Yang didedahkan dalam media itu cuma sebilangan yang berjaya ditangkap. Yang masih berkeliaran masih bersepah-sepah. Bukan setakat penjenayah tegar, yang berselindung di sebalik bermacam nama kerjaya itu pun lagi bersepah.



Bagi yang sudah ada jalan keluar yang baik, teruskanlah. Ramai lagi yang di luar sana yang boleh membantu untuk ada kerja sendiri, tidak perlu sangat terikat dengan pelbagai kerenah birokrasi sana sini. Penipuan sudah menjadi permainan. Anggaplah itu sebagai cabaran. Baik bisnes sendiri, duit sendiri, untung rugi pun boleh makan sendiri-sendiri. Asalkan ikut cara yang baik dan atas landasan agama. Pernah disiarkan di akhbar, graduan dengan lulusan diploma atau ijazah balik menoreh getah sebagai kerja sendiri dan dapat pendapatan sekitar RM2000 sebulan. Tidak kisah pun dengan kelulusan itu. Berapa ramai yang boleh menjadi seperti ini? Jalan keluar sentiasa ada. Mahu ikut jalan mana? Ikut sini atau ikut sana? Ikut sini masuk syurga, ikut sana masuk neraka...


Kes berkaitan dengan isu politik dan dendam antara yang menjadi tajuk berita dalam Yahoo News ketika ini.



Teringat pula pada satu 'falsampah' dalam majalah keluaran Produksi Gila-gila dahulu. Katanya lebih kurang begini: kalau lama tidak berjumpa, panjanglah cerita. Lama tidak makan, panjanglah tangan. 

Hidupan Liar - IUCN Red List dan Usaha Membasmi Kepupusan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....
 



Kajian terbaru mendapati spesis hidupan di bumi ini akan pupus 1000 kali lebih cepat jika tiada campur tangan daripada manusia. Analisis terbaru menyatakan antara 100 dan 1000 spesis per juta diancam kepupusan setiap tahun dan sebelum adanya campur tangan manusia dalam hal ini, kadarnya adalah 1 kepupusan bagi setiap 10 juta setiap tahun. Angka ditunjukkan ini adalah besar daripada yang dijangkakan sebelum ini, kata Stuart Pimm, ahli biologi dari Universiti Duke. 

Pimm dan rakan seangkatannya telah berusaha sekian lama untuk cuba memahami kesan kemanusiaan terhadap spesis yang hidup di muka bumi ini. Daripada sejarah hidupan di bumi, 5 kepupusan besar-besaran yang berlaku telah melenyapkan lebih daripada separuh hidupan di planet ini. Hari ini para saintis membahaskan sama ada manusia menjadi punca kepupusan kali keenam. Semestinya, manusia telah menyebabkan kepupusan beberapa spesis seperti burung dodo, harimau Tasmania dan burung merpati. Pembasmian hutan secara berterusan dan perubahan iklim juga mendorong kepada kepupusan lebih banyak spesis mungkin juga termasuk sejumlah spesis yang belum dikenal pasti oleh para saintis. Sekitar 1.9 juta telah dikenalpasti oleh sains. 

Namun, mengetahui bilangan spesis yang menghadapi kepupusan tanpa campur tangan manusia semestinya satu cabaran. Bagi mengetahui anggaran asal usulnya, Pimm dan pasukannya menggunakan data melibatkan maklumat DNA untuk membina jaringan hubungan antara spesis. Walaubagaimanapun, masih ada harapan. Spesis yang terancam berada dalam satu julat yang kecil di kawasan terancam. Banyak negara yang tidak mempunyai kemudahan yang cukup bagi melindunginya, tetapi kepakaran saintis untuk menjejak dan memahami spesis itu tidak pernah berkurangan. Pengimejan satelit dan penjejak global bagi pembasmian hutan mendedahkan habitat yang hilang secara hampir real-time. Laman web yang dibangunkan oleh Jenkins, biodiversitymapping.org menunjukkan kawasan biodiversiti bagi mamalia, burung, amfibia dan banyak lagi. 

Citizen Scientist juga membantu dengan membenarkan pengunjung berkongsi foto dan membuat laporan penemuan mereka kepada pihak konservasi. Cadangan lain, Pimm dan Jenkins mencadangkan penggunaan laman iNaturalist yang membolehkan pengunjung memuatnaik foto spesis haiwan dan tumbuhan di kawasan yang mereka lawati dan meletakkan tag yang boleh disahkan oleh pengunjung lain. Laman berkenaan juga dihubungkan dengan International Union for Conservation of Nature and Natural Resources (IUCN) Red List, yang membantu menjejaki spesis terancam. Contohnya pada bulan April lalu, sejenis primat dengan ekor berbelang ditemui bergegsa lari sekitar pokok di kawasan sekitar Paulista. 

Jenkins yang menemui spesis ini kemudiannya mengambil foto dan memuatnaiknya di laman iNaturalist. Pengunjung lain kemudian mengesahkan spesis 'jirannya' iaitu sejenis monyet marmoset (Callithrix aurita) dan menurut data di IUCN, spesis tersebut dikategorikan sebagai yang terancam. Data yang dikumpul boleh mendedahkan sama ada berlakunya projek konservasi dan kawasan mana yang terancam.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Petua - Pilihan Petua Merawat Resdung III

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....



Pilihan 4: Hiris halus 3 biji bawang merah. Ambil 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang sedang mendidih. Wapkan ke muka anda.

Pilihan 5: Ada sesetengah orang menghadapi masalah bila bangun pagi selalu bersin yang sukar untuk diberhentikan. Bersin ini berlaku beberapa kali hingga menimbulkan masalah pada anda. Untuk mengatasi masalah ini, masukkan air dingin (sejuk) kedalam hidung anda. Kemudian, anda tumpahkan keluar semula. Ulangi beberapa kali. Nescaya bersin anda akan hilang.

Pilihan 6:Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya.

Pilihan 7: Ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan hisap seperti rokok.

Pilihan 8: Amalkan selalu mencium bunga daun bawang merah.

Pilihan 9: Hiris 3 biji bawang merah. Ambil pula 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.

Pilihan 10: Wapkan wajah dengan air rebusan jintan hitam.

Pilihan 11: Akar bunga melur boleh di jadikan penawar resdung.Cabut pokok ini dan keringkan akarnya. Selepas itu, bakar dan hidu akarnya. Anda akan berasa pedas pada hidung semasa menghidu akar pokok ini. Mata anda juga akan terasa pedih dalam masa yang sama. Amalkan beberapa kali.

Pilihan 12:

a. Daun pisang kelat amat berkhasiat untuk memulihkan penyakit resdung. Daun pisang kelat mempunyai khasiat yang boleh membunuh kuman serta memulihkan rongga pernafasan. Keringkan daun pisang kelat selama beberapa hari sebelum di jadikan rokok daun atau di panggil rokok resdung. Asap yang di sedut dari rokok itu akan masuk ke saluran pernafasan bagi membasmi segala kuman yang berada di dalam hidung. Khasiat asap daun pisang kelat bukan sahaja membunuh kuman malah ia juga akan mengering dan memulihkan lapisan dalam hidung yang didapati rasa gatal atau berair. Walaupun baunya agak keras tetapi mujarab untuk penyakit jenis ini.

b. Bagi anda yang tidak merokok, bakarkan daun pisang kelat ke dalam bekas sambil menutupnya. Apabila api yang membakar daun itu mulai padam, anda hendaklah membuka penutupnya dan saksikan asap-asap daun itu berkepul-kepul keluar. Sedutlah asap-asap tersebut beberapa kali sehingga anda berasa lega.

Pilihan 13: Sedut air ke dalam hidung, kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana sahaja.


Petua - Sembuhkan Luka Dengan Cepat

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....




Tidak semua orang boleh sembuh dengan segera kerana keadaan ini bergantung kepada antibodi badan seseorang.

Kerana itu ada sesetengah daripada kita yang luka lambat kering. Tambah-tambah jika seseorang itu mempunyai penyakit kencing manis, ia akan menyebabkan luka lambat sembuh.

Namun, jangan risau. Terdapat petua yang anda boleh cuba dan pastinya sangat mujarab.

Yang pertama, ambil kunyit hidup dalam 1.5 inci (ambil kunyit yang tua, berwarna oren pekat), kemudian kupas kulitnya dan tumbuk sehingga lumat.

Titikkan sedikit air bersih di dalam kunyit tadi dan sapukan di tempat luka tadi. Kemudian, balutkan dengan kapas dank ain bersih sehingga 4-5 jam. Selepas 5 jam, bersihkan semula tempat luka tadi dengan air bersih dan gantikan semula kunyit yang baru di tempat luka tadi.

Yang keduanya, rebus pucuk jambu batu seberapa banyak sehingga mendidih. Kemudian biarkan suam sedikit. Rendamkan bahagian luka ke dalam air jambu batu tersebut.

Amalkan setiap hari sehingga anda lihat kesannya. Selamat mencuba!



KLIK SINI untuk artikel penuh.

Monday, June 23, 2014

Kesihatan - 25 Makanan Untuk Menghilangkan Kembung

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....








1. Pisang - kaya dengan fiber dan potasium, yang membantu melegakan penahanan air

2. Cantaloupe - kaya potasium, rendah kalori

3. Daun hijau - seperti kale, bayam, dan salad kaya dengan nutrisi penting

4. Minyak zaitun - Terdapat sedikit bukti ia membantu mengurangkan lemak pada perut, dengan kuantiti yang kecil. Ini kerana ia mempunyai asid oleik yang mengurangkan lemak dalam badan.

5. Roti gandum penuh - kaya dengan fiber yang menstabilkan tahap gula dalam darah.

6. Articok - dalam saiz sederhana, ia mempunyai 7g fiber, hampir 30% keperluan harian yang dicadangkan bagi membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.

7. Avokado - kaya dengan lemak mono tak tepu. Boleh campur dengan salad.

8. Beras perang - ada karbohidrat yang kompleks, ia mengambil masa lama untuk dihadamkan.

9. Kacang lentil - kaya dengan protein, fiber dan karbohidrat yang kompleks yang membantu mengurangkan berat badan anda.

10. Kimchi - contoh makanan yang ditapaikan, selain sauerkraut, jeruk dan tempe. Penuh dengan probiotik

11. Mil oat - Kaya dengan fiber, tambah sedikit kulit kayu manis untuk sarapan.

12. Yogurt probiotik - Kaya dengan bakteria baik yang melancarkan sistem penghadaman, tidak mudah masuk angin dan kembung.

13. Ikan lemak - Salmon dan makerel kaya dengan asid lemak omega-3 yang merupakan lemak berstruktur yang tidak akan disimpan pada perut.

14. Epal - kaya dengan fiber. Kajian menunjukkan makan epal sebelum makanan utama membantu untuk kurang makan selepas itu.

15. Timun - diuretik semula jadi dan rendah kalori.

16. Tomato - kaya potasium, membantu membuang sodium dalam badan.

17. Berri - selain fiber, ia kaya dengan antioksidan dan rendah kalori. Sesuai dimakan bersama yogurt atau bijirin.

18. Daun saderi - membantu badan membuang cecair tidak diperlukan dan mengempiskan perut.

19. Asparagus - kaya potasium dan membantu membuang cecair tidak diperlukan dari badan.

20. Terung - rendah sodium dan banyak air.

21. Tembikai - kaya dengan air. Boleh ambil banyak mana pun.

22. Almond - kaya protein, hadkan hanya pada hidangan 1 auns.

23. Telur - kaya dengan protein, 2 biji sehari membantu untuk kurang makan selepas itu.

24. Udang - kaya dengan protein yang membantu anda kurang rasa lapar. Rendah kalori.

25. Air lemon - membantu melancarkan sistem


KLIK SINI untuk artikel penuh.




Saturday, June 21, 2014

Berita - Kecurangan Ketika World Cup 2014 :-D

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum........

Sukan pun sukan juga, tetapi ada pula sesetengah daripada umat manusia ini mengambil kesempatan yang ada untuk buat kerja lain. Bukannya World Cup yang jadi perhatian sebaliknya gelora nafsu yang tidak kenal sesiapa itulah yang jadi lebih berkuasa ketika itu. 

Baru-baru ini Alor Setar, Kedah seorang lelaki yang pulang dengan niat untuk menonton siaran langsung Piala Dunia antara Brazil dan Mexico terkejut apabila menemui isterinya bersama seorang lelaki lain di rumahnya tanpa berpakaian. Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, lelaki berusia 28 tahun yang juga penjual kue teow berang dan mengambil parang kemudian menyerang isterinya berusia 32 tahun dan budak hingusan berusia 19 tahun itu.


Semestinya... hahahahaha


Sepanjang acara Piala Dunia ini berlangsung dia melanjutkan perniagaannya sehingga jam 4 pagi tetapi tidak terfikir untuk pulang awal apabila ada orang menceroboh masuk untuk bersama isterinya. Wanita itu pula cedera di peha dengan kesan hirisan manakala si jongos berkenaan cedera teruk pada tangan kirinya. Kedua-dua mereka yang cedera ini kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah bagi mendapatkan rawatan. Ketua polis Kota Setar, Assistant Commissioner Adzaman Md Jan mengesahkan kejadian berkenaan dan ia disiasat di bawah Seksyen 36 yang mendatangkan kecederaan. 


Orang sibuk nak layan world cup, ko buat keje lain, rosak mood aku!


KLIK SINI untuk selanjutnya.

Thursday, June 19, 2014

Jalan-jalan Cari Makan - Resipi: Buat Popia

Kredit kepada: Yahoo Entetainment
Gambar ihsan: Google Images
 

Assalamualaikum.....

 



Bulan puasa sudah dekat. Mahu beli atau buat sendiri? Itu terpulang kepada anda... Hehehe

Kalau mahu buat sendiri, maka anda perlukan beberapa bahan.

Sekarang ini kulit popia sudah banyak dijual di kebanyakan pasar basah. Kalau terasa malas untuk membuatnya, baik beli sahaja. Yang tinggal, buat isinya, masak dan hidangkan. Kalau anda rajin, maka kenalah tahu daripada bahan yang diperlukan sehinggalah cara membuatnya. Kulit popia ialah krep nipis seperti lempeng, dibuat dengan campuran tepung gandum dan tepung ubi. Doh basah dibentuk menggunakan campuran dua tepung ini. Lapisan nipis daripada doh ini 'digosok' atas plat panas secara membulat untuk membentuk kulit popia ini. tidak boleh terlalu panas sebab akan menjadikannya keras dan tidak fleksibel. Kemahiran membuat kulit popia dengan baik sangat diperlukan dalam hal ini.

Tidak kiralah di mana pun anda berada dalam negara ini, popia sudah banyak dijual di merata-rata dan tiada bezanya, cuma ramuan dalamnya sahaja yang mungkin berbeza bergantung kepada kepandaian dan kreativiti penjualnya. Biasanya isinya terdiri daripada lobak yang dipotong halus, kekacang, taugeh, telur, sosej, dan daun salad. Sos pencicahnya dibuat daripada kuah kacang dicampur dengan sedikit sos cili. Untuk tambah perasa, bawang goreng dibubuh atas isinya sebelum ia digulung.


Di sini cara mudah untuk buat popia:

Untuk bahagian isi:

3 sudu teh minyak masak
4 ulas bawang putih dicincang
1 kacang yam/jicama (kira-kira 600g-800g) dicarik-carik
300g lobak dicarik-carik
300g kacang perancis dihiris nipis
6 keping cendawan shitake yang dikeringkan dan direndam dalam air suam untuk dilembutkan kemudian dihiris nipis
400ml air masak
Garam, gula dan lada


Caranya:

Panaskan minyak selama 2-3 minit. Masukkan bawang putih dan kacau
Masukkan kacang yam, lobak, kacang perancis dan cendawan dan kacau lagi selama 3 minit
Masukkan air dan perasa
Tutup kuali dan biarkan selama 20 minit sampai sayur jadi lembut



Resipi sambal udang kering

4 sudu teh minyak masak
200g cili kering direndam dalam air suam untuk dilembutkan, dibuang biji dan dikisar halus
200g bawang merah + 30g belacan dikisar bersama
300g udang kering dilembutkan dalam air suam dan dikisar kasar
200ml air
Garam dan gula secukup rasa


Caranya:

Panaskan minyak dalam kuali
Masukkan cili kering, bawang merah dan udang kering yang semuanya sudah dikisar. Kacau selama 5 minit
Masukkan air, garam dan gula secukup rasa ikut suka anda, teruskan kacau hingga sambal kering.



Bahan-bahan lain:

1kg kulit popia
Sos kacang manis
Daun salad dibasuh dan kering
Tauge yang dicelurkan dalam air panas selama 2 minit dan dikeringkan
Telur dadar dicincang halus
6 keping tofu putih digoreng dan dipotong
100g isi ketam digoreng dan dipotong panjang
Bawang merah digoreng dan bawang putih


Sambungkan popia:

Calitkan sedikit sos kacang manis pada kulit popia
Letakkan daun salad dan tauge atasnya
Cedukkan 2-3 sudu teh kacang yam/jicama dan letak atas tauge
Masukkan telur dadar, tofu, sosej, isi ketam, sambal, bawang goreng dan bawang putih atas tauge
Lipatkan kedua-dua bahagian hujung kulit popia dan gulungkannya, tekan sedikit ketika menggulung supaya isinya padat.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

MAKANNN !!!

Artikel - Istilah Dalam Perbankan Islam

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Harap-harapnya betullah apa yang saya fahami di sini, daripada artikel asalnya...


Pinjaman peribadi secara umum

Gharar - Merujuk kepada perjanjian kewangan secara tidak adil atau yang mengandungi unsur yang berlebihan, meragukan, mengelirukan, berisiko. Ringkasnya, melibatkan pelaburan berisiko tinggi dengan akibat yang tidak diketahui. Contoh: judi

Hibah - Oleh sebab riba adalah dilarang dalam Islam, bank sebaliknya boleh menggantikannya dengan memberikan hadiah atau pemberian kepada pelanggan mereka selaku pemegang akaun. Mungkin ia seakan sama dengan riba/faedah diberikan oleh bank-bank konvensional tetapi hibah adalah atas budi bicara pihak bank itu sendiri sahaja secara sukarela.

Wadiah - Berkonsepkan jagaan atau amanah dan merujuk kepada deposit yang dimasukkan oleh pelanggan ke dalam akaun mereka. Imbal baliknya, pelanggan akan mendapat hibah daripada bank tersebut. Konsep ini juga digunakan dalam perkhidmatan lain seperti kotak deposit dan penjagaan.


Untuk pembelian kenderaan

Ibra’ - Ringkasnya, penepian tuntutan. Merupakan penepian untuk mengutip sejumlah wang yang dihutang bila pelanggan selesai membayar pinjaman melepasi tempoh pembayaran yang dipersetujui. Maknanya bank hanya akan kenakan caj sehingga ke tarikh pembayaran tersebut bukannya berdasarkan seluruh terma yang dipersetujui dalam perjanjian. Ini hanya digunakan dalam perjanjian sewa beli. Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan garis panduan untuk Ibra bagi menggalakkan lebih banyak institusi kewangan Islam mengamalkannya.

Ijarah Thumma Bai’ - Pendekatan Islam dalam pinjaman secara sewa beli. Proses ini melibatkan kontrak secara 2 fasa, antara bank dan penghutang. Berbanding meminjamkan wang, bank mendapat kenderaan tersebut bagi pihak pelanggan berkenaan dan memajakkannya kepada pelanggan tersebut mengikut terma perjanjian yang dipersetujui dan harga. Bahagian ini dipanggil Ijarah. Bila tempoh pegangan sampai kepada bahagian kedua kontrak, Bai akan mula berperanan berlakunya pembelian dan pemindahan hakmilik kenderaan tersebut.

Qard - Ringkasan Qard Hassan bermaksud baik atau pinjaman berkebajikan. Merupakan pinjaman tanpa faedah diberikan atas dasar muhibah untuk satu tempoh yang ditetapkan. Peminjam tidak dicaj dengan faedah tetapi mungkin perlu bayar lebih daripada jumlah pokok sebagai penghargaan. Ia adalah atas budi bicara peminjam dan bukan jaminan dalam setiap transaksi.


Untuk yang mencari rumah

Murabahah - Konsep ini tidak boleh diistilahkan sebagai pinjaman tetapi lebih kepada pembelian sesebuah komoditi atau harta yang kemudiannya dijual kepada pelanggan mengikut jadual bayaran tertangguh termasuk jumlah keuntungan. Seperti juga Ijarah Thumma Bai, ia adalah jualan bukannya kemudahan kewangan. Sebelum transaksi dipersetujui, penjualnya mesti mengemukakan maklumat lengkap kos sebenar, margin keuntungan dan semua caj yang dikenakan ke atas aset tersebut. Kejelasan maklumat ini bagi memastikan semua perjanjian kewangan dibuat dalam sebaik keadaan dan melindungi kepentingan kedua-dua dan mematuhi terma sebagai jualan dan bukannya pinjaman. Murabahah tidak boleh menjejaskan hal lain yang bukan komoditi atau harta yang boleh dijual seperti pembayaran gaji atau hutang.

Musharakah - Satu bentuk kerjasama dengan kontrak dinyatakan antara dua atau lebih ramai pihak dan keuntungan dikongsi berdasarkan kadar untung-rugi yang dipersetujui. Dalam konteks hartanah dan harta, bank akan membantu dalam hal sewa dan berkongsi kadar sebelum perjanjian dimeterai. Terma ini ada dalam pinjaman perumahan Islamik.


Wakalah - Konsep islamik bagi 'power of attorney'. Dalam hal ini, bank akan bertindak sebagai mewakili pelanggan itu untuk berurusan dengan bisnes yang dijalankan. Ia merupakan satu 'perkhidmatan pelaburan' yang ditawarkan oleh pihak bank menurut prinsip Syariah. Di bawah sistem Wakalah ini, bank berhak untuk kenakan caj bayaran bagi 'perkhidmatan pelaburan' yang diberikan. Jika dibatalkan, pelabur akan diberikan jumlah amaun yang dilaburkan selepas bayaran yang diperlukan sudah ditolak.
 

KLIK SINI untuk artikel penuh.


Artikel - Halau Serangga Perosak Cara Mudah dan Murah

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Before they get used to living with you... oleh Creative Ad Awards


Bila tinggal dalam rumah, tidak kiralah apa pun jenis kediaman yang didududki, kewujudan serangga perosak adalah satu perkara biasa dan ada di antaranya agak mengganggu. Ia boleh diketahui dengan adanya beberapa barang yang menjadi rosak seperti kayu pada perabot, bau yang kurang menyenangkan atau lebih buruk bila ada makanan rosak akibat sudah dimakannya. Jika keadaan yang anda alami tidak teruk, maka bolehlah anda tangani sendiri masalah ini. Tidak perlukan bayaran caj perkhidmatan yang mahal pun. Setiap jenis serangga perosak, ada cara untuk atasinya.

SEMUT - Kalau ada tertumpahkan serbuk roti, madu, manisan atau makanan, serangga ini akan datang beramai-ramai dalam beberapa minit. Kalau ada semut yang dibunuh, makin ramai akan datang keesokannya. Koloni serangga ini mudah menyesuaikan diri. Kewujudan serangga ini membantu mengawal populasi serangga lain, mengudarakan tanah dan menghancurkan bahan organik. Penggunaan bahan kimia untuk menghapuskan semut agak berbahaya dan bila semut membawanya kepada ratunya, itu akan membunuh semuanya. Cara mudah, gunakan timun yang pahit dan letakkannya di tempat laluan semut yang anda tidak mahukan ia berada. Anda boleh juga gunakan kulit kayu manis, jus lemon atau bawang putih.


LIPAS - Ini merupakan serangga yang suka mengganggu makanan, meninggalkan bau tidak menyenangkan, menyebabkan anda sakit dan juga alahan. Ia boleh bertahan kira-kira 30 hari tanpa makanan dan mudah menyesuaikan diri ikut persekitaran. Penyembur aerosol antara yang efektif biasa digunakan. Daun bay, daun pandan, potongan timun atau bawang putih ialah bahan semula jadi untuk mencegahnya. Jika mahu membunuhnya, gunakan botol penyembur dan diisi dengan air sabun sebagai alternatif penyembur aerosol. Cara terbaik, pastikan semua tempat sebersih mungkin termasuk dalam kabinet.


TIKUS - Antara haiwan perosak paling dibenci. Habis wayar, plastik, paip getah digigitnya menyebabkan kebocoran dan pencemaran serta penyakit seperti leptospirosis, meningitis dan lain-lain. Perosak yang menggerunkan seperti lipas. Gam untuk tikus biasanya antara RM6-RM8 atau boleh juga gunakan perangkap itulah kalau anda tidak kisah akan kosnya. Satu cara semula jadi ialah dengan merendamkan kain buruk dalam ammonia atau letakkan ubat gegat dalam bekas terbuka dan letakkannya di tempat laluan tikus. boleh juga sapukan minyak pudina atau daun pudina di tempat biasa dilaluinya.


ANAI-ANAI - Haiwan perosak yang biasanya merosakkan barangan seperti lantai, rangka pintu, bahagian perabot atau apa sahaja yang  diperbuat daripada kayu yang ada di kediaman anda. Jejaknya boleh dikesan daripada kesan kerosakan pada barangan tersebut. Jika anda temui serangga seakan semut tetapi berwarna coklat, ketahuilah bahawa kediaman anda sudah diserang anai-anai. Tidak banyak barang dijual untuk menghapuskan serangga ini di pasaran. Mungkin anda perlukan rawatan bahan kimia. Cara semula jadi, pun tidak banyak pilihan tetapi untuk penyelesaian segera, rendamkan kepingan kadbod dan letakkannya di kawasan diserang anai-anai. Apabila banyak anai-anai sudah ada atas kadbod ini, buang dan bakarkannya. Boleh juga letakkan perabot kayu anda di bawah sinaran matahari atau kalau ada mesin sejuk beku yang besar, boleh sejukkannya. Kalau serangga ini ada dalam dinding, sekurang-kurangnya boleh hentikan sumber airnya. Kalau keadaannya agak teruk, maka anda perlukan khidmat penghapus serangga perosak.


KLIK SINI untuk artikel penuh.


Artikel - Pisang Yang Dipertingkatkan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Pisang diubahsuai secara genetik bagi memperbaiki taraf hidup penduduk Afrika akan diuji menggunakan manusia tidak lama lagi bagi mengetahui kesannya terhadap vitamin A. Projek ini menggunakan pisang dengan kerotin alfa dan beta yang ditukar dalam tubuh kepada vitamin A dan akan ditanam di Uganda menjelang 2020. Ia kini dieksport ke Amerika Syarikat dan ujian selama 6 minggu akan menentukan sejauh mana ia memberi kesan kepada vitamin A dalam tubuh manusia akan bermula sedikit masa lagi. Projek The Queensland University of Technology (QUT) yang disokong oleh Yayasan Bill and Melinda Gates berharap mereka akan dapat melihat hasilnya menjelang hujung tahun nanti. Ketua projeknya, Profesor James Dale berkata pisang merupakan makanan utama di tanah tinggi dan bahagian timur Afrika tetapi kurang pro-vitamin A dan zat besi. Kekurangan vitamin A sangat teruk dengan 650,000-700,000 kematian kanak-kanak seluruh dunia setiap tahun dan 300,000 lagi menjadi buta. Para pengkaji turut berpendapat memperkayakan makanan asasi merupakan jalan terbaik bagi mengatasi masalah kekurangan vitamin A. Pisang yang diubahsuai secara genteik juga dipersetujui untuk tujuan komersial di Uganda dan teknologi sama juga berpotensi dikembangkan di negara lain termasuk Rwanda.



KLIK SINI untuk artikel penuh.


Artikel - MH370: Kata Penulis Buku dan Teori Berkaitan Dengannya

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Menurut penulis buku mengenai misteri kehilangan pesawat Malaysia, MH370, beliau mendakwa tragedi kehilangan pesawat berkenaan bukan disebabkan kemalangan. News.com.au melaporkan Ewan Wilson, seorang juruterbang komersial dan wartawan Waikato Times Geoff Taylor mengatakan sedemikian dalam buku mereka "Good Night Malaysian 370: The truth behind the loss of Flight 370" dan ia akan mengejutkan ramai. 

Wilson yang juga seorang bekas CEO kepada 2 syarikat penerbangan sebelum ini, berkata buat pertama kalinya mereka berdua mengetengahkan analisis terperinci mengenai pesawat berkenaan, laluan yang dilalui serta siapa yang menurut mereka bertanggungjawab menyebabkan pesawat itu terjunam ke Lautan Hindi. Wilson dan Taylor dilaporkan ke Malaysia bagi menemuramah pihak berkuasa tempatan dan ahli keluarga juruterbang MH370 ketika itu, Kapten Zaharie Ahmad Shah selain menyiasat setiap bukti diperoleh.

Sejak kehilangan pesawat ini, pelbagai teori diketengahkan oleh pakar-pakar yang terlibat dan ahli teori konspirasi bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kepada pesawat berkenaan. Ini termasuk kaitannya dengan kegiatan pengganas dan penglibatan CIA di sebalik kehilangannya. Namun teori paling popular adalah berdasarkan bukti yang dikatakan paling dipercayai ialah ada krew yang membunuh diri. fokus utama siasatan pastilah kaptennya ketika itu tetapi pembantunya, Fariq Abdul Hamid turut disiasat. Selama beberapa minggu itulah pihak berkuasa Malaysia dihujani pelbagai soalan termasuk tindakan Kapten Zaharie menjatuhkan pesawat itu dan kaitannya dengan politik. Kehidupan peribadi kapten ini juga disiasat termasuk mencari maklumat menerusi simulator penerbangan miliknya bagi mendapatkan petunjuk jika benar mempunyai sebarang sebab kenapa beliau membunuh diri. 

Walaubagaimanapun, menurut pengarah komersial MAS, Hugh Dunleavy, beliau menolak teori ini kerana baginya kapten zahaire merupakan juruterbang dengan rekod yang cemerlang dan mencadangkan juruterbang bukan seorang yang perlu dipersalahkan. Rampasan kapal terbang ialah satu teori yang disiasat selepas pihak berkuasa mendapat senarai penumpang yang menaiki pesawat ketika itu dan mendedahkan 2 penumpangnya yang menggunakan pasport palsu. Teori mekanikal yang diperkenalkan oleh pakar penerbangan Ron Bishop, api atau kemalangan yang membawa kepada penyahmampatan secara beransur-ansur. Katanya lagi, juruterbang mungkin cuba berpatah balik tetapi pengsan selepas itu dan ia berterusan sehingga pesawat kehabisan bahan api. 

Seorang pekerja cari gali minyak dari New Zealand, Mike McKay berkata dia ternampak pesawat terbakar terbang menjunam di kawasan teluk di Thailand ketika pesawat itu hilang. Dia kemudian menghubungi majikannya dan pihak berkuasa Vietnam tetapi emel peribadinya pula didedahkan dan Nigel Cawthorne, seorang penulis menyatakan ketika itu sedang berlangsung satu siri permainan peperangan di Laut China Selatan. Pesawat berkenaan mungkin ditembak oleh salah satu senjata digunakan dalam permainan itu. Teori terakhir dikemukakan mungkin pesawat itu mendarat sama ada di Andaman atau di kepulauan Nicobar namun teori ini juga disangkal oleh akhbar yang menyatakan jika pesawat itu mendarat, ia mungkin sudah dikesan. Dua kepulauan ini juga dikatakan oleh radar tentera sebagai tidak beroperasi kerana kadar ancaman yang kecil. Bekas juruterbang BA777, Steve Buzdygan pula berkata terdapat lebih daripada 570 pulau sekitar kawasan itu dan hanya 36 yang berpenduduk.

 

Kemaskini terbaru, pada 8.8.15, beberapa bahagian pesawat ini iaitu flaperon dan pintu telah ditemui di pulau Reunion yang terletak dalam wilayah Perancis oleh seorang tukang cuci yang sedang bertugas di pantai di pulau tersebut. Akhbar Kosmo juga menyatakan PM negara ini telah mengesahkan bahagian yang ditemui itu adalah daripada pesawat MH370.


KLIK SINI dan KLIK SINI untuk artikel penuh.