MY FOLLOWERS

Saturday, May 31, 2014

Artikel - Alkohol Membunuh Seorang Setiap 10 Saat

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Pihak World Health Organization menyatakan bahawa alkohol membunuh 3.3 juta mangsa seluruh dunia, melebihi jumlah gabungan AIDS, tuberkulosis dan keganasan dengan nisbah 1 dalam 20 kematian termasuk memandu dalam keadaan mabuk, keganasan dan penderaan berpunca daripada alkohol. Kajian menunjukkan perbandingan AIDS menyumbang 2.8%, tuberkulosis 1.7% dan keganasan menyumbang 0.9% kematian. 

Negara seperti China dan India yang secara tradisionalnya mempunyai kadar pengambilan alkohol pada paras yang rendah juga menunjukkan peningkatan kepada tabiat pengambilan alkohol apabila warganya menjadi semakin kaya. Mabuk dikaitkan dengan lebih daripada 200 macam masalah kesihatan termasuk kegagalan fungsi limpa dan beberapa kanser. Pengambilan alkohol juga mendorong kepada masalah penyakit berjangkit yang lain seperti tuberkulosis dan pneumonia. 

Banyak kematian berkaitan dengan alkohol juga berpunca daripada penyakit berkaitan kardiovaskular dan diabetes. Kekayaan yang semakin meningkat dalam sesebuah negara atas faktor kenaikan ekonomi juga mendorong kepada pengambilan alkohol. Ini dapat dilihat di negara kaya seperti di Eropah dan Amerika yang mempunyai ramai penduduk yang kaya dan lebih kuat minum, tidak seperti di negara miskin. Tabiat minum minuman keras yang semakin meningkat di China dan India kerana semakin ramai yang menjadi kaya dan menurut pihak WHO lagi, mereka memberi amaran jumlah pengambilan alkohol dalam setahun akan meningkat sehingga 1.5 liter menjelang 2025.




Berdasarkan maklumat statistik 2010, Rusia mencatatkan jumlah sehingga 32 liter setahun diikuti Eropah, Kanada, Amerika Syarikat dan Afrika Selatan. Walaubagaimanapun, Eropah Timur dan Rusia masih menjadi tuan rumah bagi peminum tegar di dunia. Dilihat pula dari sudut lebih luas, hampir separuh orang dewasa seluruh dunia tidak pernah minum mahupun menyentuh alkohol dan hampir 62% daripada mereka berkata tidak menyentuh alkohol dalam tahun sebelumnya. Di negara yang berpendapatan rendah, menahan diri daripada minum adalah perkara biasa manakala kepercayaan agama dan norma sosial menjadi sebab utama bagi masyarakat Islam bebas daripada pengambilan alkohol.



KLIK SINI untuk artikel penuh.


Kesihatan - Cara-cara Menghilangkan Sakit Kepala - I

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Sesiapa yang ada masalah sakit kepala, biasanya dari jenis suka mengomel hinggalah kepada yang melemahkan badan. Biasanya sakit kepala terdiri daripada jenis tekanan, jenis ringan, yang menyebabkan timbul perasaan sakit di sekitar kepala yang biasanya berpunca daripada rasa tegang pada tengkuk. Migrain pula disebabkan terlalu sakit dan akan berulang-ulang. Perubatan adalah salah satu cara untuk merawatnya. Walaubagaimanapun terdapat banyak lagi cara yang lebih semulajadi yang boleh digunakan untuk menghilangkan sakit kepala ini.


Rehat - Sakit kepala seringkali menjadi tanda bahawa tubuh badan anda memerlukan rehat, sebagaimana dikatakan oleh Elizabeth Loder, MD, ketua divisyen sakit kepala dan kesakitan di Brigham dan Hospital Wanita di Boston dan Presiden Persatuan Sakit Kepala America. Ramai orang begitu sibuk dengan kerja dan jarang meluangkan masa untuk merehatkan minda mereka, tetapi jika mereka ambil masa antara 10 minit untuk melelapkan mata, berbaring dan berehat, itu lebih baik daripada tidak berdaya kemudian, selepas ia menjadi lebih teruk. Mark W. Green, MD, pengarah pusat sakit kepala dan perubatan di New York pula berkata adalah lebih baik jika dapat berbaring sebentar di dalam bilik yang gelap dengan pegnudaraan yang baik. Kalau boleh, dapatkan tidur untuk sejam.

Makan sedikit tetapi kerap - Jika anda belum makan apa-apa, kesakitan yang timbul berpunca daripada kekurangan gula dalam darah. Jika ini berlaku, segeralah makan untuk hilangkan perasaan itu. Ada pengkaji mencadangkan makan makanan yang ada magnesium seperti bayam, tofu, minyak zaitun, yang mungkin membantu. Dicadangkan ambil makanan dalam sukatan kecil dalam sehari daripada makan pada jumlah besar ketika sarapan, tengahari dan makan malam. Dengan cara ini, gula dalam darah akan berada dalam keadaan konsisten.

Letak ais atas dahi - Meletakkan kain basah atau yang sejuk atas dahi atau mata sambil berbaring boleh memberikan kelegaan daripada sakit kepala dan mungkin boleh terus menghilangkannya. Anda boleh ambil ais dan gosokkannya pada dahi untuk 10 minit. Ramai orang menyangka ais menyebabkan salur darah mengecut tetapi ia sebenarnya kesan tindakbalas bila otak lebih fokus kepada rasa sejuk dan bukan sakit sakit itu.

Mandi air panas - Ramai yang lebih suka mandi air sejuk bila sakit kepala tetapi adakalanya anda mungkin perlukan mandian air panas, menurut Dr Green. Ramai yang bangun pagi dengan sakit kepala akan kembali berbaring untuk menghilangkan sakit kepala tetapi sebenarnya itu hampir tidak membantu. Minumlah secawan kopi, ambil sarapan dan mandi air panas untuk segarkan tubuh anda.




Pergi berurut - Satu cara yang masih kekal efektif ialah cara lama dan kurang menggunakan teknologi. Tekanan yang lembut pada bahagian kepala (temple) sekurang-kurangnya melegakan sakit kepala walaupun untuk sementara. Apa sahaja gosokan lembut mampu melegakan atau menghilangkan sakit kepala. Dalam satu kajian di New Zealand, penghidap migrain kurang sakit dan dapat tidur lebih baik dalam minggu mereka mendapatkan khidmat urutan berbanding mereka yang tidak berbuat demikian. Kajian lain pada tahun 2010 di Sepanyol mendapati pesakit yang kerap sakit kepala dilaporkan mendapat keadaan psikologi yang lebih stabil, kurang stres dan kurang simptom dalam tempoh 24 jam selepas mendapat urutan selama 30 minit.


Sedikit tekanan - Kenakan sedikit tekanan pada kawasan antara ibu jari dan jari telunjuk boleh membantu mengurangkan sakit kepala dengan cara mengurutnya dalam gerakan bulatan selama 5 minit. Kemudian tukar tangan. Dr Loder juag menambah, menuamkan ais pada kawasan tersebut juga amat membantu. Sealin itu, teknik akupuntur juga disarankan. Jarum dicucuk pada bahagian tubuh untuk merangsang titik rangsangan yang akan membantu meredakan migrain dan sakit kepala jenis tegang.


Lupakan minum alkohol - Kajian mencadangkan minuman keras berwarna lebih gelap menjadikan pening akibat minum lebih teruk. Buat mereka yang sensitif kepada sakit kepala atau migrain, pengambilan alkohol walaupun dalam jumlah kecil boleh mencetuskan kesakitan yang teramat sangat. Bagi mereka ini, kena tahu apa yang boleh mencetuskannya dan bila perlu berhenti. (Tak minum lagi bagus!)


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Seni & Kreativiti - Video Guna iPhone

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....

Foto-foto indah ini diambil oleh Lester Lee dan teman wanitanya, Charmaine Goh, menggunakan iPhone 4.9 inci. Mereka hanya menggunakan beberapa kombinasi aplikasi telefon bimbit yang ada dengan sedikit sentuhan kreatif.








KLIK SINI untuk membaca kisahnya.

Hidupan Liar - Catfish: Misteri Untuk Saintis

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News

 
 
Assalamualaikum.....
 
 
 
Sejenis ikan yang bersaiz kecil dan bergigi tajam kelihatan seakan makhluk yang mengerikan yang dipaparkan dalam filem 'Alien' lakonan Sigourney Weaver suatu ketika dahulu dan ia masih menjadi satu misteri kepada para pengkaji sehingga kini. Kryptoglanis shajii bersaiz kecil ini dalam keluarga catfish dengan mempunyai rangka, rahang seperti anjing spesis bulldog. Muka ikan ini yang bertulang membuatkan para pengkaji tidak tahu bagaimana untuk mengkelaskan spesis ikan ini. Biasanya spesis ikan kecil sebegini boleh dilihat hanya di satu kawasan di dunia iaitu sekitar pergunungan Ghats di Kerala, India. Walaupun ikan ini biasanya tinggal di kawasan bawah tanah tetapi sekali-sekala ia timbul juga. Saintis tidak mengkategorikan spesis ikan ini sehingga pada 2011. Ketika itu, John Lundberg, kurator dalam bidang kajian ikan di Academy of Natural Sciences of Drexel University di Philadelphia sudah mula menunjukkan minat untuk melihat spesis ikan baru dengan lebih dekat. Jika dilihat dari luar, spesis Kryptoglanis shajii sama sahaja dengan spesis catfish yang lain, tetapi apabila mereka mengimbasnya dengan mesin CAT berdefinisi tinggi untuk melihat struktur tulangnya, terdapat beberapa kekurangan pada tulangnya.



KLIK SINI untuk artikel penuh.




Tuesday, May 27, 2014

Berita - Sambutan Hari Guru KKKT 22.5.2014

Kredit kepada: KKKT
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....

Sambutan Hari Guru di Kolej Komuniti Kuala Terengganu telah diadakan pada 22.5.2014. Kebanyakan pelajar terlibat dalam acara yang diadakan dari pagi hingga tengahari itu. Memulakan sambutan sebelah pagi, acara gerai dan jualan, pertandingan mencari harta karun dan pertandingan bawa bola ping pong dengan penyepit. Bagi acara gerai dan jualan, hadiah disediakan bagi kategori gerai tercantik dan jualan terbanyak. Selain itu terdapat juga acara permainan congkak, catur, karom, dan ping pong. Bagi memeriahkan majlis, sambutan ini dimeriahkan dengan kehadiran pelajar dari SMK Belara.








 

Acara penutup diadakan di Dewan Besar kolej ini. Selesai ucapan ringkas daripada tuan pengarah, acara diteruskan dengan penyerahan watikah Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan penyampaian hadiah bagi pemenang yang menyertai acara yang diadakan.








Kesihatan - Gantikan Kopi Dengan Teh Hijau Untuk Pagi Anda!

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....




Biasanya orang akan bangun pagi dan minum kopi atau pun minum susu yang dicampur bersama makanan bijirin. Apa kata kali ini bertukar kepada teh hijau sebagai minuman untuk mulakan pagi anda? Kebaikan teh hijau sudah banyak diperkatakan sebelum ini sebagai mempunyai dopamin dan serotonin yang membantu meningkatkan mood anda. Jangan terkejut kalau selepas meminum teh hijau anda akan rasa lebih baik dan lebih tenang.



KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Kesihatan - Halau Serangga Domestik Dengan Tumbuhan

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images
 


Assalamualaikum.....

Gunakan tumbuhan hijau yang biasanya digunakan dalam masakan sebagai pertahanan rumah anda daripada serangga-serangga domestik yang menjengkelkan. Kaedah ini adalah semula jadi yang membantu menghalau sahaja dan bukan membunuhnya seperti aerosol, terutama apabila rumah anda juga dihuni oleh si kecil, haiwan peliharaan dan mereka yang mempunyai masalah sensitif dengan bahan kimia.


Daun bay/bay leaf boleh diletakkan dalam bekas dengan biji beras untuk menghalau kumbang. 



Kayu manis pula sesuai digunakan untuk menghalau semut. Semburkan sedikit sekitar laluannya dan lihat ia lari semula ke sarangnya.



Daun pandan yang beraroma harum yang biasa digunakan dalam masakan seperti kuih dan kek, menjadi musuh utama bagi lipas. Letakkan beberapa helai dalam rak untuk menghalau lipas, tetapi tukar daun selepas 3 hari. 



Selasih selain digunakan dalam masakan Itali, boleh digunakan untuk menghalau lalat. Letakkan daun selasih kering dalam almari dapur untuk menghalau bukan sahaja lalat, tetapi juga semut dan kumbang.


Daun pudina yang menyamankan biasanya digunakan untuk mengurangkan sakit kepala, dari jenis yang berpunca daripada serangan tikus.

 
Bunga lawang boleh digunakan untuk menghalau semut. Letakkan beberapa biji dalam mangkuk atau dalam almari dapur.




KLIK SINI untuk artikel penuh.

Thursday, May 22, 2014

Artikel - Suka-suka Pasal Duit

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Fakta 1: Terdapat sekitar 182 jenis matawang seluruh dunia termasuk matawang negara ini, Ringgit.

Fakta 2: Kebenaran tentang Ringgit - Tahukah anda bahawa perkataan 'Ringgit' bermaksud jagged (jagged adj bercerancang, berceranggah: ~ cliffs, cenuram yg bercerancang.) merujuk kepada rupa bucu matawang Sepanyol yang digunakan sekitar abad ke-16 dan 17 ketika era kolonial Portugis. Nama Ringgit dan Sen secara rasminya digunakan pada Ogos 1975. Siri pertama matawang negara ini yang dikeluarkan pada 1967 dengan nombor siri A/1 000001 telah dijual di satu lelongan di London pada harga £100,000 pada 8.10.2007.

Fakta 3: Zaman tamadun lama dahulu, orang menyimpan kekayaan mereka di kuil dan mereka percaya simpanan mereka selamat dalam jagaan Tuhan/Dewa mereka. Hari ini orang meletakkan kepercayaan kepada pegawai-pegawai yang bertugas di bank untuk menjaga simpanan mereka dalam bank.

Fakta 4: Bankofobia - takut kepada institusi kewangan. (whattaa....?) Mungkin anda perlukan bantuan kaunseling dan psikologi untuk buang fobia ini jika anda menghadapinya.


KLIK SINI untuk lebih lanjut.

Kesihatan - Hindari Tabiat Ini Untuk Kurangkan Berat Badan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....




Untuk kurangkan berat badan, tinggalkan 5 tabiat ini:

Tinggal sarapan - Biasanya orang akan hanya minum secawan teh atau kopi sahaja untuk mulakan kerja di waktu pagi. Jangkaan mereka, bila tengahari nanti baru betul-betul makan. Sebenarnya sarapan ialah antara menu paling penting perlu diambil, jika mahu kurangkan berat badan. Menurut kajian, mereka yang tidak ambil sarapan lebih cenderung kepada bertambah berat badan berbanding mereka yang mengambilnya. 

Sarapan dengan makan berat - Sementara sesetengah golongan lagi lebih suka terus ambil makanan berat ketika sarapan. Ada yang berpendapat ia boleh membuatkan mereka terus bertahan sehingga tengahari. Walaubagaimanapun, mengambil makanan yang banyak kalori ketika pagi bukanlah idea yang baik, sebaliknya mengambil makanan dengan karbohidrat ringkas seperti kek, pasta, roti putih, lebih baik daripada yang boleh menambah berat. 

Kurang makan - Biasa juga bila orang anggap kurang makan akan bantu mereka kurangkan berat badan tetapi makan 5-6 kali hidangan kecil lebih membantu daripada makan 2-3 kali hidangan berat. Kekerapan makan pada jumlah kecil membantu tubuh untuk kenyang lebih lama, lebih memberikan anda tenaga, dan mengekalkan berat badan kerana cara ini membolehkan metabolisme anda terus aktif dan membakar kalori. Tidak makan dalam tempoh yang lama menyebabkan tubuh membebaskan kortisol, iaitu hormon ketika menghadapi stres. Ini akan membuatkan anda jadi lapar dan makan lebih banyak selepas itu. 

Makan dengan cepat - Sebenarnya ini langsung tidak membantu untuk turunkan berat badan. Ini kerana bila cepat habiskan makan, perut akan cenderung untuk makan lagi. Lebih baik jika ambil masa ketika makan itu untuk kunyah dan habiskan makan dengan tertib. Ia juga membantu perut untuk menghadam makanan dengan lebih baik. 

Makan lewat malam - Tabiat ini disebabkan oleh corak tidur yang terganggu. bila terjaga hingga lewat malam, tubuh akan berikan isyarat mahukan makanan yang membuatkan anda mahukan sesuatu untuk dikunyah. Jika betul mahu kurangkan berat badan, makan malam sekitar 8.30 malam dan jadikan itu makanan terakhir untuk hari itu. 

Pun begitu, amalan senaman jangan dilupakan.


KLIK SINI untuk ketahui selanjutnya dan senarai makanan untuk bantu kurangkan berat badan


Paranormal - Kisah di Bilik Mayat

Kredit kepada: Blog Bahni
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.........




Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik mayat berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.” Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.“Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. "Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini." kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.

Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!” Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?


Wallahu’alam….



KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Artikel - Main Game Dulu, Kemudian Buat Game

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.........




Berjam-jam dihabiskan bermain permainan video depan skrin komputer atau tv dikira sebagai membazir masa? Dalam era digital zaman moden ini, boleh dikatakan hampir semuanya sudah berubah kepada digital dan elektronik. Tidak kira dalam penghasilan filem, kartun, perisian, perkilangan, automotif, senjata ketenteraan dan pelbagai lagi. Semakin hari sudah semakin sukar pula untuk menemui kalau-kalau ada mana-mana lagi produk analog seperti dahulu. 

Apa sebenarnya yang difikirkan oleh mereka yang gila bermain permainan video ini ketika mereka di zaman sekolah? Bagi kita di Malaysia ini, adakah sesiapa antara mereka terfikir kalau mereka boleh bercita-cita menjadi salah seorang yang bergiat dalam industri permainan video yang penuh dengan kreativiti dan bukan sekadar menjadi pemain? Secara realitinya ramai yang masih belum tahu bahawa di seluruh dunia kini sudah beribu-ribu orang yang serius dan seronok bekerja dan menjadi ganjaran yang lumayan bila mereka terlibat dalam industri ini. 

Kerja ini tidak sekadar menguji permainan atau membuatnya tetapi jauh lagi. Mereka yang terlibat dalam industri permainan video dikira golongan profesional yang membuat permainan untuk pelbagai platform seperti komputer, peranti mudahalih, jaringan media sosial dan banyak lagi. Mereka yang terlibat dalam aspek pemasaran memang diakui perlu ada kepakaran dalam pengurusan perniagaan atau pemasaran. Terdapat berjuta peluang pekerjaan dan jawatan dalam industri ini.Pakar-pakar dalam bidang permainan video percaya pendidikan dan latihan yang dimiliki akan lebih bernilai jika ditambah dengan kemahiran dan minat yang bersungguh-sungguh. 




Industri ini juga memerlukan mereka-mereka yang kreatif, berbakat dan berkelayakan untuk menerajui bidang ini. Ringkasnya, antara bidang spesifik yang memerlukan kelayakan khusus:

Seni dan rekaan/Art and Design - Artis yang terlibat dalam bidang ini perlu mencipta imej seperti objek, bangunan, landskap dan watak berkaitan. Kebanyakan permainan video hari ini dibangunkan menggunakan perisian 3D untuk mencipta grafik dan animasi.

Programming and Coding - Merupakan jantung kepada seluruh proses. Pasukan yang memprogram video sebenarnya antara mereka yang menjadikan permainan ini berfungsi dengan baik. Terdapat banyak bidang di bahagian programming ini termasuk AI: kawalan watak, gameplay, enjin grafik, dsb. 

Bunyian dan muzik - Pereka bunyi dan jurutera audio antara yang terpenting dalam membangunkan permainan video dan semua proses yang terlibat. Bergantung kepada berapa besarnya saiz syarikat tersebut, bahagian audio biasanya mempunyai seorang atau 2 orang yang bertanggungjawab mencipta dan menghasilkan muzik, kesan bunyi, merakam dialog, dan menyelia prestasi.  

Penguji permainan - Bahagian QA (Quality Assurance) ini bertugas memastikan  kualiti produk dihasilkan berada pada tahap sebagaimana disasarkan. Antara tanggingjawab mereka yang bekerja dalam bahagian ini ialah mengenalpasti dan mencari kesilapan pada permainan supaya dapat dibetulkan.

Bahagian penerbitan, pengurusan dan pembuatan - Bahagian pembangunan dan penerbitan biasanya diasingkan. Bahagian Penerbit External biasanya akan terlibat sama dengan pemasaran dan penjualan dan memastikan ia kekal dengan konsep yang diperkenalkan. Adakalanya ia lebih kreatif daripada Pengurus Projek dan kedua-duanya bertanggungjawab dalam hal bajet, jadual dan laporan yang perlu dihantar. 

Pengurus Pemasaran - Antara yang penting dalam menajayakan bisnes ini termasuk PR, pemasaran, bahagian sumber manusia, pengurusan, dan sokongan IT.




KLIK SINI untuk artikel penuh.

Kesihatan - Info Sihat: Kandungan Lemak Dalam Badan

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum.....


Maklumat kesihatan ini diperoleh daripada pameran yang diadakan di Giant Padang Hiliran, Kuala Terengganu pada 10.5.2014 yang lalu. Pameran ini adalah anjuran Unit Promosi Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Terengganu. 










Friday, May 16, 2014

Artikel - Hukum Berkaitan Fotografi

Kredit kepada: Trisanin
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....





1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?

Jawapan: 
Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang diambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

 
2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?

Jawapan: 
Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).

 
3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?

Jawapan: Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.

 
4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru). Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).

Jawapan: 
Amalan seperti ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya. 


KLIK SINI untuk ke sumber.

Kesihatan - 7 Perkara Membuatkan Anda Lapar

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Kadang-kadang sebab perut juga kita rasa tertipu. Terasa lapar, walhal tidak seberapa pun. Sebenarnya terdapat 7 macam perkara yang mungkin menyebabkan kita terasa begitu. 

Dehidrasi - adakalanya anda hanya perlukan air bukan makanan. 

Kerap sangat mencari atau lihat makanan - Satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Neurosains menyatakan melihat imej makanan yang sedap atau menyelerakan akan mengaktifkan bahagian tertentu dalam otak dan boleh menyebabkan anda terlebih makan.

Tidak cukup tidur - Menurut satu kajian pada 2013, masalah gangguan tidur akan menyebabkan makanan yang anda lihat begitu menyelerakan, yang akan menyebabkan anda terasa begitu lapar dan menggalakkan anda mengambil makanan pada jumlah yang lebih banyak daripada biasa. 

Banyak makan yang manis - Satu kajian pada 2011 menyatakan memakan banyak makanan yang manis akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Pengambilan gula dalam jumlah yang banyak juga menyebabkan penghasilan leptin (hormon yang menghalang selera makan) menjadi perlahan dan menggalakkan ghrelin (satu hormon yang memberi isyarat lapar pada otak), yang membuatkan anda berasa perlu makan lagi. 

Suka berseronok - Bila selera makan tidak disekat atau dikawal, anda akan terasa mahu makan lagi dan lagi. Tabiat suka minum juga menyebabkan anda ambil lebih banyak kalori. 

Anda sedang stres! - Berasa bimbangkan perkara akan datang juga mendorong paras ghrelin untuk melonjak yang menyebabkan rasa lapar juga semakin memuncak. Lebih malang lagi, keadaan ini adalah lebih teruk jika ketika itu anda sedang tertekan!

Menonton TV - Sambil seronok menonton siri tv kegemaran anda, elakkan daripada ada makanan bersama ketika itu. Berhenti sekali sekala sahaja untuk makan. Jika diteruskan juga menonton sambil makan pada masa yang sama, dikhuatiri anda akan terlebih makan tanpa disedari.


KLIK SINI untuk selanjutnya.


Kesihatan - Info Sihat: Makanan Mengikut Warna

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum.....


Maklumat kesihatan ini diperoleh daripada pameran yang diadakan di Giant Padang Hiliran, Kuala Terengganu pada 10.5.2014 yang lalu. Pameran ini adalah anjuran Unit Promosi Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Terengganu. 










Artikel - Pentingkah Dapat Banyak A?!

Kredit kepada: People Insider
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Kalau sekarang anda sedang menduduki SPM, pentingkah berapa banyak A yang anda dapat dalam sijil anda? Atau pentingkah untuk anda mendapat A bagi semua subjek yang anda ambil? Adakah anda rasakan bos atau pihak majikan anda peduli berapa banyak A yang anda ada? Untuk diri anda sendiri pula, bagaimana? Terfikirkah anda akan kesannya dalam kehidupan sosial anda? Memang tidak dinafikan, ada sesetengah orang yang dari jenis yang digelar 'cepat pick up' dalam belajar, tidak perlukan banyak masa untuk memahami apa yang tertulis di depan kelas, buat sedikit latihan dan semuanya lekat dalam kepala seterusnya boleh keluar bermain dengan sesuka hatinya tanpa risau apa yang akan masuk dalam peperiksaan. Namun, berapa ramaikah manusia sebegini? Selebihnya, kalau mahu berjaya, kena berusaha keras untuk dapatkan sejumlah A yang disasarkan. Bila sudah sasarkan begitu, apa lagi, mulalah dengan bersungguhnya belajar, belajar, belajar.

Ada pula yang bangun awal pagi untuk mentelaah. Banyak masa termasuk waktu petang yang sepatutnya digunakan untuk berada di padang bola atau di gelanggang futsal atau bergembira sekejap bersama kawan-kawan sebaliknya dihabiskan dengan mengadap buku, latihan itu, latihan ini dan bermacam latih tubi. Kesannya, kehidupan sosial bersama kawan-kawan sudah tiada lagi. Bila masuk ke universiti, kuranglah kenangan dalam kehidupan untuk dikenang. Manakala orang lain yang belajarnya sederhana, mereka ada sejumlah kenangan kehidupan bersama kawan-kawan yang agak seronok untuk dikenang. Yang macam mana? Tanyalah diri sendiri.....

Betul juga, bila masuk ke universiti, itu semua sudah tidak penting lagi sebab anda sudah masuk menjurus kepada bidang-bidang tertentu. Pun begitu, kalau dapat keputusan 4.00 setiap semester pun, belum tentu majikan akan pandang sebelah mata. Bukankah semua orang sudah tahu pendekatan pendidikan di universiti kita yang langsung jauh berbeza dengan apa yang dialami dalam alam pekerjaan? Contohnya dalam bidang kejuruteraan. Buku universiti kata lain, bila rasa sendiri bekerja di bidang itu, dapat lain. Banyak sangat teori ke? Ada majikan tidak peduli pun itu semua, sebaliknya mahu tahu apa yang anda mahir untuk buat atau pengalaman berkaitan dan yang praktikal supaya boleh digunakan untuk bekerja dengan mereka. Itu sahaja! 

Jadi, tanya semula diri - perlukah aku banyak A atau 4.00 dalam keputusan peperiksaan?!


Baca luahan mamat ni kalau mahu lebih jelas...

Artikel - Ladies: Siapa Berani?!

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Adakah sesiapa di kalangan wanita kita yang berani bertindak begini?

Seorang wanita yang berjalan membawa anjingnya berjalan-jalan di sebuah kawasan taman di Hong Kong menggunakan pisau poket sebagai senjata mempertahankan diri ketika seekor ular sawa Burma menyerang anjingnya. Ular berkenaan yang sepanjang 5 meter melilit anjingnya dan bertindak menikamnya. Courtney Link berkata pada awalnya dia hanya menumbuknya kemudian dia menggunakan pisau berkenaan setelah gagal memaksa ular tersebut melepaskan anjingnya. Ular berkenaan akhirnya melepaskan juga anjingnya itu dengan kesan gigitan pada dada dan kakinya. Ular jenis ini merupakan antara haiwan pemangsa terbesar di Hong Kong dan merupakan spesis dilindungi. 


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Wednesday, May 14, 2014

Sekadar Luahan - Tganu-Penang 6-9.5.2014: Penang Street Arts

Kredit kepada: kawan-kawan sekolej, blog Akiborneo
Gambar ihsan: kawan-kawan sekolej (Thanx!)


Assalamualaikum.........

Baru-baru ini penulis ada coretkan tentang perjalanan kami ketika percutian di Pulau Pinang pada hari kedua bersama beberapa staf dan penuntut semester akhir kolej kami. Cabang cerita hanya tertumpu kepada kumpulan kami yang bersama dengan penulis. Malangnya setelah penat berjalan melalui kawasan Little India di sini, kami tidak menemui kawasan street arts berbentuk lukisan seperti yang dihebahkan media sedikit masa lalu. Street arts dengan lukisan Lego tidak pula ditemui di sana.

Cerita daripada kumpulan lain, mereka berjaya sampai ke lokasi yang dicari, siap ambil beberapa foto sebagai bukti. Ini salah satu yang penulis berjaya dapatkan daripada salah seorang yang bersama mereka. Kata mereka lagi, memanglah banyak lukisan yang dijumpai tetapi ada sebahagiannya sudah lusuh. Yang tinggal dan masih elok adalah beberapa seperti motorsikal dan tempat dalam foto di bawah. Sesiapa yang mahu ke lokasi tersebut perlu membayar RM8 untuk 2 jam dan dengan menggunakan basikal.




Menurut warga tempatan di situ, street arts yang dicari ada di banyak tempat, cuma kami pada ketika itu langsung tidak teringat kalau boleh merujuk carian di internet kalau-kalau ada peta ke tempat yang dicari atau yang berkaitan. Paparan di BLOG INI tunjukkan lebih banyak street arts di Pulau Pinang yang kami semua tidak sempat untuk pergi. Huhuhu.... Hanya selepas pulang, barulah terlintas untuk lihat sumbernya. Masakan tidak, yang diberitahu dalam surat sebelum berangkat ceritanya lain, bila sampai di sana pula ceritanya sudah jadi lain. Manalah kita tahu akan dibawa ke lokasi mana. Lagi mudah kalau sejak dari awal sudah beritahu mahu ke mana. 

Apa boleh buat...


Selebihnya, anda boleh cari sendiri dalam Google, taipkan street art penang.


Kesihatan - Info Sihat: Faedah Berjalan 10,000 Langkah

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum.....


Maklumat kesihatan ini diperoleh daripada pameran yang diadakan di Giant Padang Hiliran, Kuala Terengganu pada 10.5.2014 yang lalu. Pameran ini adalah anjuran Unit Promosi Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Terengganu.














Kesihatan - Kebaikan Manggis

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan:Google Images


Assalamualaikum.......




Tahukah anda bahawa ada sejenis buah dari Asia Tenggara ini yang kaya dengan antioksidan? Itulah dia buah manggis. :-)

Pada 2013, sebanyak 730 tan buah ini diimport ke Amerika Syarikat dari Thailand dengan jumlah lain yang lebih kecil datangnya dari Mexico, Hawaii dan Carribean, dengan musim buahnya pada sekitar Jun hingga Ogos. Pokok buah ini juga boleh tumbuh subur dalam suasana yang memerlukan taburan hujan dan tidak boleh hidup di kawasan bersuhu bawah 40 darjah atau atas 100 darjah. 

Pokok manggis tumbuh setinggi 5 meter (15 kaki). Pokok manggis biasanya berbuah selepas tempoh hujan lebat. Pokok yang matang mampu berbuah antara 100 hingga 3,000 biji buah. Pokok manggis juga amat sensifif kepada jenis tanah dan kealkalian tanah. Pokok manggis tidak tahan kawasan tanah masin, atau tanah berpasir. Manggis tumbuh di kawasan lembapan tinggi dengan kadar hujan 180-250 cm setahun. Pokok manggis boleh ditanam berhampiran sungai, kolam atau kawasan berair di mana sistem akarnya kekal lembab sepanjang tahun. Pokok manggis boleh hidup subur sekiranya sistem irigasi dan pengaliran air adalah baik serta kandungan bahan organik dalam tanah yang seimbang dan tinggi. 

Buah manggis kaya dengan 40 dan lebih bahan Xanthones yang merupakan sejenis super-antioksida dan baik untuk tubuh. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan. Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis (gamboge). Orang orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga digunakan bagi mengubat cirit-birit. Selain itu, manggis juga mempunyai Cathechins, Polyphenols dan Polisakanida yang berkesan untuk menjadi ejen-antioksida semulajadi dan juga bahan anti-bakteria dan anti-kulat. Vitamin C, Zat Besi, Niasin, Kalsium, Protein, Serat Fiber, Vitamin B1 & B2 dan lain lain mudah diperolehi secara semulajadi dari pemakanan manggis.



KLIK SINI dan SINI untuk ke pautan berkaitan.