Kredit kepada: Belogfadah
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Terdapat
3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun
akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka… Nauzubillah…
1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.
Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya,
“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?”
Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “
Kemudian
ALLAH menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya berjuang untuk aku,
tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan
mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kematianmu..”
Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.
2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang.
Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya,
“Wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?”
Lalu
si guru pun menjawab, “aku masuk kedalam syurga kerana semasa hidupku,
aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya
orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH.”
Lalu
ALLAH berkata, “Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika
hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak dihormati
sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, alim ulama’ yang mengajarkan
ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan
ke dalam neraka ku.”
3. Si kaya raya yang suka bersedekah.
Sudah hampir menjejakkan kaki kedalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya,
“Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?”
Maka
dijawab olehnya, “Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau
kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannyaMu itu, aku
gunakan untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan
kepada orang miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk
kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. “
Sekali lagi ALLAH menjawab,
“Kau
tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan
title “Dermawan” ketika kau hidup satu ketika dahulu, perbuatanmu itu
bukan untuk mendapat redhaku.”
Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azab
siksanya.
Dari ketiga-tiga contoh
yang diceritakan di atas itu, mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya,
iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat. Jika berniat hanya kerana ALLAH,
maka amalan kita takkan terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan
pengiktirafan dari hamba, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan
dari mereka, tapi bukan dari ALLAH.
Marilah
bersama kita fikir dan renungkan sama ada perbuatan kita, amalan kita
pada hari ini, adalah demi mendapat redha hamba atau redha dari ALLAH,
dan jika terselit walau sezarah pun niat ingin riak dan bermegah dengan
perbuatan kita, sebaiknya kita bertaubat dan berdoa agar kita dijauhkan
darinya, kerana ia mungkin satu hari nanti menjadi penghalang kita dari
mencapai Syurga yang abadi.
KLIK SINI untuk ke sumber rujukan.