MY FOLLOWERS

Thursday, February 27, 2014

Kesihatan - 5 Jenis Makanan Bagi Melawan Sakit

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



1. Lada loceng merah
Lada jenis ini mempunyai 2 kali vitamin C daripada buah oren yang baik untuk kesihatan kolagen yang menghubungkan tisu pada bahagian sambungan. Sesetengah kajian mencadangkan mereka yang kurang vitamin C lebih berisiko menghidap artritis dari jenis tertentu. Selain itu, buah ini juga mempunyai betakriptosantin, sejenis kompaun yang membantu mengurangkan kesakitan. 

2. Kentang manis/sweet potatoes
Warna oren terang pada buah ini datangnya daripada beta-karotin, sejenis antioksidan kuat yang melawan molekul perosak sel juga dikenali radikal bebas yang dibebaskan oleh badan. 

3. Halia
Halia mempunyai bahan kimia yang berfungsi menyamai sesetengah ubat anti-keradangan dan sama ada ia dalam keadaan mentah atau sudah menjadi serbuk, ia tetap bermanfaat.

4. Kunyit
Kajian menunjukkan rempah kuning ini mempunyai kompaun anti-pembengkakan dipanggil kurkumin, yang membantu mengurangkan rasa sakit dengan merendahkan tahap bahan penyebab keradangan dalam tubuh. 

5. Salmon 
Ikan salmon mempunyai lemak omega-3, membantu mengurangkan keradangan dengan cara menghalang penghasilan enzim yang menyerang rawan. Banyak kajian mendapati diet yang kaya dengan omega-3 membawa kepada kurangnya bengkak dan kekakuan pada sambungan. Sama ada ia dimakan segar atau dalam tin, ia masih memberi manfaat.

KLIK SINI untuk artikel penuh.

Seni & Kreativiti - Hasil Sentuhan Menggunakan Asap

Kredit kepada: Yahoo GMA
Gambar ihsan: Yahoo GMA



Assalamualaikum.....

Asap!

Pasti ada sesetengah orang mengatakan siri foto ini adalah dari kerja fotografi hitam dan putih seperti kita di zaman 70-an dan 80-an dahulu. Sebenarnya ia adalah hasil kerja Michael Fennell, 43, yang menghasilkannya menggunakan asap. Michael berminat dengan hasil daripada asap sejak 15 tahun dahulu, dengan mendapat ilham permulaan daripada kesan karbon yang berbekas pada lantai di studiomya. Dia seterusnya memutuskan untuk melihat sama ada ia memberi kesan yang sama jika ia digunakan pada kanvas, menggunakan lilin dan tanpa lakaran awal untuk karya pertamanya.









KLIK SINI untuk lebih banyak foto.

Saturday, February 22, 2014

Artikel - Koleksi Photo of the Day I

Kredit kepada: Yahoo GMA
Gambar ihsan: Yahoo GMA



Assalamualaikum.....
 
Apa yang menarik dari seluruh dunia hari ini?









KLIK SINI dan SINI untuk lebih banyak foto.

Seni & Kreativiti - Inspirasi Dari Eiffel Tower

Kredit kepada: Yahoo GMA
Gambar ihsan: Yahoo GMA

 

Assalamualaikum.....

Menara Eiffel mendapat nama daripada perekanya, Gustave Eiffel dan dibina pada 1889. Menara setinggi 324 m ini menyambut ulangtahunnya yang ke-125. Merupakan simbol bagi negara Perancis, menara ini telah menerima kunjungan orang ramai dari seluruh dunia. Sempena ulangtahunnya ini, Yahoo GMA membawa pembaca melihat beberapa menara yang dibina di seluruh dunia yang diinspirasikan daripada menara terkenal ini.

















KLIK SINI untuk lebih banyak foto.

Berita - Asteroid Hampir Dengan Bumi

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....
 



Sebutir asteroid bersaiz 3 kali padang bola sepak menghampiri bumi, setahun selepas satu asteroid meletup berdekatan Rusia dan serpihannya mencederakan 1200 orang. Dubai Astronomy Group menyediakan foto di langit ketika ia dijangka dapat dilihat, namun pergerakannya tidak dapat dilihat kerana pemandangan langit malam. Asteroid sepanjang 270 m itu melepasi bumi pada jarak 3.4 juta km, lebih setahun selepas insiden yang mencederakan 1200 orang di Rusia, selain turut menyebabkan kerosakan lain seperti cermin pecah dan bangunan rosak.

 

KLIK SINI untuk artikel penuh. 


Kesihatan - 6 Cara Semulajadi Kawal Tekanan Darah

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....



1. Hulurkan tangan
Kajian menunjukkan menghulurkan bantuan membantu meningkatkan kadar denyutan jantung. Golongan dewasa berumur antara 51-91 yang buat kerja sukarela selama 200 jam setahun atau 3 jam seminggu merendahkan risiko hipertensi sebanyak 40%.


2. Makan yogurt.
Mereka yang makan sekurang-kurangnya 6 auns yogurt rendah lemak setiap hari mempunyai peluang 31% lebih rendah untuk menghidap darah tinggi berbanding mereka yang ambil yogurt kurang daripada sekali sebulan. Yogurt adalah sumber terbaik bagi kalsium, potasium, dan magnesium, yang membantu mengawal aliran darah.


3. Bawa haiwan peliharaan.
Mempunyai haiwan peliharaan membantu mengawal mood anda dan meningkatkan kadar pergerakan yang membantu merendahkan kadar tekanan darah. Bermainlah selama sekitar 20 minit dengan haiwan peliharaan anda dan bawa ia berjalan-jalan bila ada masa.



4. Main muzik
Mendengar muzik yang merehatkan membantu tubuh membebaskan hormon yang menenangkan dalam tubuh. Muzik yang merehatkan akan memperlahankan kadar denyutan jantung bila anda mendengarnya.


5. Minum teh
Satu kajian menunjukkan mereka yang minum 3 cawan teh hitam sehari selama 6 bulan merendahkan tekanan darah pada kadar rendah. Teh hitam mengandungi flavonoid, yang merupakan antioksidan yang membantu merehatkan saluran darah.


6. Aktifkan jantung anda.
Senaman aerobik yang sederhana juga boleh dilakukan. Sasarkan tempoh senaman selama 30 minit setiap hari untuk dapatkan hasilnya.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Kesihatan - Makanan Dengan Kalori Bawah 40 - Bhgn II

Kredit kepada: Yahoo Health
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

Sambungan dari Bahagian I



Sawi / cauliflower
Sayur sawi, seperti juga sayuran lain, penuh dengan phytonutrien melawan kanser serta kaya denga vitamin C dan folat. Boleh dimakan mentah, atau stimkan untuk mendapatkan khasiatnya secara maksimum.


Kopi
Kalori per cawan: zero

Kopi pekat merupakan salah satu minuman dengan kalori paling rendah dan membantu mengurangkan berat badan, dan mengawal peptida, hormon yang mengawal rasa lapare. Peminum kopi berisiko rendah pada penyakit seperti kanser limpa dan kolon, diabetes tahap 2 dan Pakinson. Kajian pada 2008 menunjukkan wanita yang minum 6 cawan kopi sehari berisiko rendah mati akibat pelbagai sebab berbanding mereka yang tidak minum kopi.


Limau gedang/ grapefruit
Kalori per cawan: 39 per half fruit

Kajian menunjukkan secara purata wanita yang makan limau gedang atau minum jusnya dalam berapa pun jumlahnya mempunyai berat 10 paun lebih rendah dan mempunyai BMI 6% lebih rendah berbanding mereka yang tidak memakannya. Buah ini merupakan sumber penting bagi keshiatan jantung kerana mempunyai vitamin C, asid folik, potasium, pektin, iaitu sejenis fiber mudah larut yang merupakan sumber penting melawan atherosclerosis. Variasi merah jambu dan merah kaya dengan vitamin A dan likopin, sejenis phytokimia yang melindungi dinding arteri daripada teroksida.



Cendawan
Kalori per cawan: 15 per cup

Berisi dan rendah lemak. Cendawan seperti butang putih, portobello, shiitake, dan maitake adalah antara pilihan yang mudah didapati di pasaran. Kebanyakan cendawan ada antioksidan yang baik untuk sistem imun, potasium, vitamin B dan fiber. Semua cendawan merupakan sumber penting bagi vitamin D, thiamin, riboflavin, niasin, vitamin B6, asid pantotenik, fosforus, potasium, copper dan selenium.


Tomato
Kalori per cawan: 22 per medium tomato

Tomato mengandungi likopin, sejenis antioksida yang jarang terdapat dalam makanan. Kajian mencadangkan ia baik untuk melindungi kulit daripada sinaran UV berbahaya, menghalang kanser, dan merendahkan kolesterol. Ia kaya dengan potasium, fiber dan vitamin C.


Lobak putih
Kalori per cawan: 36 per cup
 
Lobak putih kaya dengan fiber dan vitamin C.


Selada air
Kalori per cawan: 4 per cup

Sayur ini mempunyai khasiat bagi melawan kanser seperti kubis Brussels dan brokoli, sulforapen dan komponen lain yang merendahkan risiko diserang penyakit. Kajian mencadangkan mereka yang kerap memakan sayur ini dilindungi daripada kanser peparu.


Zuccini
Kalori per cawan: 20 per cup

Sayur ini boleh diambil banyak kerana mempunyai jumlah kalori yang rendah. Sayur ini mudah tumbuh, kaya dengan vitamin A dan mudah dimakan mentah atau dimasak. 



KLIK SINI untuk artikel penuh.

Kesihatan - Bahaya Minuman Red Bull

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum...........





RED BULL direka untuk merangsang otak mereka yang aktif dengan sukan. Minuman Red Bull dikomersialkan ke seluruh dunia sebagai salah satu produk minuman tenaga. Sasarannya ialah golongan muda dan atlit sukan.

Bahannya terdiri daripada kafein dan taurin. Perancis dan Denmark telah mengharamkannya kerana kandungan vitaminnya yang turut dicampur dengan GLUCURONOLACTONE, sejenis kimia yang amat berbahaya, yang dibangunkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat ketika 1960-an, bagi merangsang moral askar mereka di Vietnam yang bertindak seperti dadah halusinogen bagi meredakan tekanan akibat perang. Namun, kesan sampingannya terhadap hidupan amat memeranjatkan dan ditamatkan kerana berlakunya banyak kes migrain, tumor otak dan penyakit limpa yang ditemui dalam tubuh askar yang mengambilnya. GLUCURONOLACTONE, telah dikategorikan secara perubatan sebagai stimulan.

Antara bahaya pengambilannya:

  • Bahaya jika diambil tanpa terlibat dengan sebarang aktiviti fizikal kerana peranannya sebagai pembekal tenaga akan mempercepatkan kadar denyutan jantung dan boleh menyebabkan serangan mengejut.
  • Anda berdepan risiko pendarahan otak kerana komponennya yang mencairkan darah bagi memudahkan jantung mengepam darah tanpa perlu bekerja kuat serta membolehkan badan mengeluarkan daya fizikal dengan tenaga yang sedikit.
  • Adalah dilarang mencampurkan Red Bull dengan alkohol kerana ia akan menukarkan minuman ini kepada bom jangka yang menyerang limpa secara mengejut, menyebabkan bahagian terjejas tidak akan sembuh semula.
  • Vitamin B12 dalam Red Bull digunakan untuk membangunkan pesakit dari koma, keadaannya seakan dalam keadaan mabuk.
  • Pengambilannya secara berterusan menyebabkan simptom penyakit saraf dan gementar yang tidak dapat dipulihkan.

Ada sesiapa minum?

Kesihatan - Cara Lain Membakar Lemak II

Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....
Sambungan dari Bahagian I



Minum kopi atau teh
Kafein adalah stimulan pada sistem saraf pusat, ia membantu meningkatkan metabolisma badan 5 ke 8%, membakar 98-174 kalori sehari. Secawan teh yang dibru membantu meningkatkan metabolisma sebanyak 12%. Pengkaji percaya antioksidan dalam teh dipanggil catechin memberikan galakan.

Ambil makanan fiber
Pengkaji percaya sesetengah fiber meningkatkan pembakaran lemak sebanyak 30%. Kajian mendapati mereka yang makan banyak fiber akan menambah berat badan hanya sedikit. Sasarkan 25g sehari, jumlah sama bagi 3 hidangan buah dan sayuran.

Makanan kaya zat besi
Zat besi merupakan zat penting bagi mengangkut oksigen yang diperlukan oleh otot untuk membakar lemak. Kerang, daging, kekacang, bijirin diperkaya dan sayur bayam adalah pilihan terbaik.

Ambil vitamin D
Vitamin D penting bagi tisu otot. Dapatkan 90% keperluan harian anda dengan pengambilan 3.5 auns hidangan salmon. Sumber lain ialah tuna, susu, bijirin dan telur.



Minum susu
Kekurangan kalsium akan memperlahankan metabolisma bagi wanita. Untuk atasinya, pengambilan kalsium daripada produk tenusu seperti susu rendah lemak dan yogurt boleh mengurangkan penyerapan lemak daripada sumber lain.

Makan tembikai
Dalam satu kajian, menambah asid amino ke dalam diet mereka yang obes akan membantu pengoksidaan pembakaran lemak dan glukos. Makanan laut, kekacang, dan bijian adalah sumber asid amino yang baik.

Sentiasa hidrat
Semua sistem dalam badan amat bergantung pada adanya air. Apabila terhidrat, anda akan membakar kalori pada 2% lebih rendah. Minum 8 ke 12 gelas air sehari.



KLIK SINI untuk artikel penuh.

Kesihatan - Diabetes Tahap 2

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Diabetes berlaku apabila tubuh seseorang itu tidak lagi dapat mengawal tahap glukos seperti sedia biasa. Glukos merupakan gula dalam bentuk yang paling asas dan bahan bakar terpenting dalam badan. Ia diperolehi daripada sumber seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat. Sistem penghadaman badan akan menukarkan nutrien daripada makanan dan minuman yang diambil kepada glukos yang akan diserap ke dalam aliran darah dan diangkut dalam sel-sel badan, tetapi untuk membolehkan glukos ini sampai ke sel-sel dalam tubuh memerlukan insulin. Malangnya, kadangkala tubuh akan berhenti menghasilkan insulin (diabetes tahap 1) atau tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup (diabetes tahap 2) yang akan mengakibatkan glukos kekal dalam aliran darah tanpa dapat dihantar ke sel-sel untuk ia berfungsi.

Apabila kadar gula dalam darah di tahap tinggi, ia turut menjejaskan fungsi sistem yang lain. Diabetes akan menggandakan risiko pesakit untuk menghidap sakit jantung dan serangan jantung, berdepan komplikasi seperti kegagalan jantung dan angina, strok, kegagalan sistem saraf, menjejaskan penglihatan dan mati pucuk. _Seseorang itu menghidap diabetes tahap 2 apabila tubuh menjadi 'penghalang' kepada insulin yang menyebabkan tubuh menghasilkan lebih banyak lagi insulin tetapi tidak cukup. Antara punca utamanya ialah faktor keturunan, kegemukan dan tahap aktiviti dilakukan. Contohnya orang yang banyak duduk dengan BMI lebih 25, berisiko lebih 50% menghidap diabetes tahap 2. Mereka yang mempunyai BMI bawah 24 hanya ada 12% peluang menghidap jenis ini. 



Kajian menunjukkan mengubah cara hidup membantu mengangani masalah ini sehingga pada satu tahap, pesakit tidak perlu lagi mengambil apa-apa ubat diabetes. 2 cara utama untuk melawan diabetes iaitu kurangkan berat badan dan senaman. 

Mengurangkan berat badan akan memberika kesan positif pada kadar kolesterol, tekanan darah dan risiko sakit jantung. Kurang berat badan waaupun sebanyak 7% sudah mengurangkan kadar diabetes sebanyak 58%. Jika anda seorang yang suka ke gym dan senaman, kombinasi aktiviti kardio dan latihan kekuatan menunjukkan pengurangan pada tahap glukos dalam darah. Senaman selama 150 minit seminggu mampu memberikan manfaat pada tahap yang terbaik. 

Dalam satu kajian dijalankan, pengkaji terpaksa menghentikan kajian lebih awal kerana pesakit pradiabetek telah mengubah cara hidup mereka dan mengurangkan risiko yang mereka hadapi kepada separuh. Senaman, diet dan pengurangan berat adalah 'ubat' yang berkesan bagi melawan diabetes.



KLIK SINI untuk artikel penuh.


Wednesday, February 19, 2014

Artikel - Lexus IS

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....


Lexus telah melancarkan edisi terbarunya, Lexus IS di Malaysia bulan lalu. Terdapat 4 varian untuk dipilih iaitu IS 250, IS 250 Luxury, IS 250 F Sport dan jenis hibrid IS 300h. Kecuali versi hibrid, yang lain dilengkapi dengan enjin 2.5-litre V6 yang mampu menjana kuasa 205bhp. 









KLIK SINI untuk lebih banyak foto.

Sekadar Luahan - Entah.......

Kredit kepada: Blog Penselidea
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum.....




Kita tidak tahu entah siapalah di luar sana yang akan doakan kebaikan atau sebaliknya buat diri kita... Mahu kata yang sana betul, boleh jadi salah. Mahu kata yang sana salah, boleh jadi dia betul...

Memetik satu rangkap lagu Penglipur Lara (oleh Hazama) KLIK SINI

Buah cempedak di luar pagar
Ambillah galah dan tolong jolokkan
Kau berkasut ku berselipar
Apa nak hairan?
Sama di sisi tuhan


Sekian............

Seni & Kreativiti - Transformasi Mekap Stephanie Fernandez

Kredit kepada: Yahoo GMA
Gambar ihsan: Yahoo GMA



Assalamualaikum.....

Stephanie Fernandez hanya berusia 14 tahun ketika dia baru berjinak-jinak dengan alat solek dan dalam kebosanan. 4 tahun kemudian, dia yang menuntut di sebuah kolej mengejutkan pelayan internet dengan hasil transformasinya hanya menggunakan alat solek murah dan apa sahaja yang memberikannya inspirasi. Dia hanya belajar sendiri kaedahnya daripada bersolek hinggalah fotografi, menjadi model dan melakukan kerja-kerja mengedit. Meskipun agak hebat, namun hasilnya boleh dikatakan kreatif tetapi agak... creepy ..











KLIK SINI untuk lebih banyak foto.

Wordless Wednesday - Knight

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum.....






Monday, February 17, 2014

Seni & Kreativiti - Imej Hasil Pertembungan Pelbagai Cecair

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....

Foto-foto ini diambil menggunakan kamera dengan kelajuan tinggi memaparkan titisan air dan diambil oleh jurufoto dari Norway, Ronny Tertnes. Ronny yang bekerja sebagai di bahagian IT telah menetapkan kameranya bagi membolehkannya menangkap saat-saat yang tepat apabila pelbagai jenis cecair bertembung atas permukaan. 

Kreatif!

















KLIK SINI untuk lebih banyak foto.