MY FOLLOWERS

Monday, December 30, 2013

Kesihatan - 10 Makanan Terbaik Dengan Vitamin dan Mineral - II

Kredit kepada: Yahoo Health
Gambar ihsan: Google Images

 
 
Assalamualaikum.....
 
 

Likopin

Bahan kimia ini terdapat dalam buah-buahan merah dan sayuran juga mempunyai unsur antioksidan. Beberapa kajian mencadangkan likopin membantu melawan penyakit seperti sakit jantung dan jenis-jenis kanser yang berbeza. Tomato merupakan sumber likopin selain produk berasaskan tomato seperti sos, pes, dan puri tomato yang mengandungi 75mg per cawan. Tembikai mengandungi 12 mg likopin bagi setiap potongan.


Liasin

Liasin merupakan sejenis asid amino yang membantu tubuh untuk menyerap kalsium dan membentuk kolagen untuk tulang dan tisu penghubung. Ia juga berperanan dalam penghasilan karnitin iaitu sejenis nutrien yang membantu mengawal paras kolesterol. Selain kekacang, kekacang legum, dan soya, makanan berasaskan haiwan yang kaya protein seperti daging merah juga merupakan sumber yang baik bagi liasin.


Magnesium

Tubuh menggunakan magnesium dalam lebih daripada 300 tindakbalas biokimia termasuk mengawal otot dan fungsi saraf, mengawal rentak jantung, dan mengekalkan kekuatan tulang. Bran gandum merupakan sumber magnesium terbesar dalam setiap hidangan dengan 89mg per suku cawan, tetapi anda harus memakan bijian yang tidak diproses bagi mendapatkan khasiatnya. Apabila diproses, magnesium juga akan hilang. Sumber lain magnesium juga didapati dalam kacang almond, gajus, serta bayam.


Niasin

Niasin adalah satu lagi unsur yang menukarkan makanan kepada tenaga. Ia juga membantu sistem penghadaman, kulit, dan saraf untuk berfungsi dengan baik. Yis atau ragi yang dikeringkan adalah sumber dengan tinggi niasin. Selain itu niasin juga terdapat dalam mentega kacang, secawan kacang, dan daging.


Asid lemak Omega-3

Asid lemak omega-3 ada kebaikannya dalam jumlah yang sederhana. Ia menyumbang kepada kesihatan otak dan mengurangkan keradangan. Terdapat 2 jenis asid lemak omega-3 iaitu Alpha-linolenic acid (ALA) yang terdapat dalam tumbuhan seperti minyak sayuran, sayuran hijau, kekacang, dan bijian. Eicosapentaenoic acid (EPA) dan docosahexaenoic acid (DHA) terdapat dalam minyak ikan. Secawan salad tuna mempunyai 8.5 gram asid lemak poli tak tepu.


Potasium

Potasium merupakan elektrolit penting yang mengawal aktiviti elektrik pada jantung. Ia juga penting bagi membina protein dan otot dan menukar karbohidrat kepada tenaga. Kentang manis yang dibakar bersaiz sederhana mempunyai 700 mg potasium. Pes tomato, bit, daging, ayam dan ikan merupakan antara sumber penting bagi potasium.


Riboflavin

Sejenis antioksidan yang membantu tubuh melawan penyakit, menjana tenaga dan menghasilkan sel-sel darah merah. Bijirin diperkaya dengan membekalkan vitamin yang banyak dalam satu pakej.


Selenium

Selenium ialah mineral dengan unsur antioksidan. Tubuh hanya memerlukannya dalam jumlah yang kecil, tetapi ia memainkan peranan penting dalam tubuh sebagai penghalang penyakit kronik selain mengawal fungsi tiroid dan sistem imun. hanya 6-8 biji kacang Brazil membekalkan 544 mcg selenium. Dalam jumlah yang besar, selenium boleh menjadi berbahaya kepada tubuh.


Tiamin

Ia juga dikenali sebagai vitamin B1, yang membantu tubuh menukarkan karbohidrat kepada tenaga. Merupakan nutrien penting kepada otak dan sistem saraf untuk membolehkannya berfungsi dengan baik. Seperti juga riboflavin, tiamin juga boleh didapati dalam yis kering.


Zink

Zink memainkan peranan penting kepada sistem imun, deria rasa dan bau. Tiram merupakan sumber zink baik berbanding sumber lain tetapi ramai mengambilnya menerusi daging dan sup. Ketam Alaska juga merupakan sumber yang baik bagi zink.


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Sekadar Luahan - Pecah Artikel, Renovate Format Tulisan

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....



Baru-baru ini penulis ditanya kenapa blog ini seperti makin teruk atau 'kureng' berbanding sebelum ini yang mengetengahkan entri yang isinya agak panjang. Bagi penulis, sebenarnya bukanlah makin teruk cuma untuk tahun 2014 ini penulis bercadang untuk buatkan sedikit pembaharuan. Yang pertama sudah pun dilakukan berkenaan warna tulisan pada entri. Terima kasihlah pada kawan-kawan yang prihatin yang mencadangkan. Sangatlah dihargai :-) 

Seterusnya penulis cuba juga menggunakan beberapa istilah dari bahasa Inggeris dalam ayat-ayat dengan gaya tulisan lebih catchy supaya maksud apa yang ingin disampaikan itu lebih sampai kepada pembaca. Penggunaan bullet point juga akan membantu. Selain itu, kalau sebelum ini ada artikel diambil dari sumber lain dan diterjemah secara agak terus tetapi kali ini penulis sudah pun bergerak selangkah lagi dengan memasukkan juga pandangan dan apa yang difahami berkaitan sesuatu tajuk yang ingin disampaikan. 

Ada sesetengah sumber mempunyai isi kandungan yang agak panjang. Di sini penulis pertimbangkan satu idea iaitu sekiranya perlu, mungkin penulis akan pecahkan artikel berkenaan sesuatu tajuk itu dalam beberapa bahagian. Tidak kiralah dalam segmen mana pun entri berkenaan sama ada Artikel, Animasi, Berita, Paranormal atau yang lain-lainnya. Ini untuk mengelakkan pembaca daripada menjadi bosan atau letih membacanya sebab panjang yang menjela-jela. Penulis cuba untuk kongsikan artikel dengan kandungannya yang tidak terlalu panjang, sebolehnya ringkas dan mudah difahami. Penulis sendiri rasakan cara ini juga akan memudahkan penulisan dan tidak terlalu membuang masa. Walaubagaimanapun, format baru ini nanti tidak akan lari jauh daripada format yang asal. Tajuk pada segmen juga dirancang agar lebih santai dan kena dengan isi entri berkenaan. 

Setakat ini, itulah sahaja idea yang terlintas. Kalau ada lagi idea yang baru, itu akan dilaksanakan kemudian.

Thursday, December 26, 2013

Seni & Kreativiti - Binaan Skulptur Ais di Heilongjiang, China

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum....

Satu ekspo seni diadakan di Harbin, Heilongjiang, China yang mempamerkan skulptur binaan ais bersaiz gergasi di atas kawasan seluas 600,000 meter persegi (1,968,503 kaki). Ia diadakan sempena 26th China Harbin International Snow Sculpture Art Expo. Acara tahunan Harbin International Ice and Snow Sculpture Festival ini diilhamkan warga Harbin pada musim sejuk sejak 1963. 











KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Kesihatan - 10 Makanan Terbaik Dengan Vitamin dan Mineral - Bhgn I

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum....



Vitamin A

Vitamin A sangat perlu bagi sistem imuniti tubuh, sifat reproduktif dan penglihatan. Dalam vitamin A ada beta-kerotin yang membantu kornea, retina dan membran mata untuk berfungsi dengan baik. Terdapat dalam bayam, ikan, susu, telur, dan lobak.

Vitamin B6

Vitamin B6 merupakan 6 kompaun berbeza yang mempunyai kesan serupa pada tubuh, membantu membentuk hemoglobin, menstabilkan gula dalam darah dan membina antibodi bagi melawan penyakit. Terdapat dalam ikan, ayam, chickpea atau kacang garbanzo.

Vitamin B12

Vitamin B12 penting untuk kesihatan fungsi sistem saraf, pembentukan DNA dan sel-sel darah. Ia membantu menentang anemia yang menyebabkan keletihan dan kelemahan. Kima yang dimasak mempunyai 84 mikrograms (mcg) dalam jumlah ambilan 3 auns. Vitamin B12 banyak terdapat dalam ikan trout, salmon dan tuna, turut menjadi tambahan dalam bijirin sarapan.

Vitamin C

Vitamin C merupakan antioksidan penting dan antara ramuan diperlukan dalam banyak proses tubuh. Ramai yang ingat buah-buahan sitrus banyak vitamin C tetapi lada merah manis ada lebih banyak vitamin dengan 95 mg per hidangan. Juga terdapat dalam buah kiwi, brokoli, kubis.


Kalsium

Kalsium merupakan mineral penting untuk tubuh. Hampir 99% disimpan dalam tubuh bagi menguatkan gigi dan tulang dan selebihnya digunakan untuk menguatkan saluran darah, fungsi otot, komunikasi sel dan rembesan hormon. Terdapat dalam banyak produk tenusu, yogurt rendah lemak ada 415 mg (42% DV) per hidangan. Sayuran hijau seperti kale dan kubis cina juga antara sumber kalsium yang juga boleh didapati dalam jus buah-buahan dan bijirin.


Vitamin D

Vitamin D dijana sendiri oleh tubuh apabila terdedah dengan sinaran matahari, membantu penyerapan kalsium dan pertumbuhan tulang, pertumbuhan sel, kekebalan tubuh dan mengurangkan keradangan. Sumbernya dari ikan todak, salmon, dan makerel. (Minyak ikan kod ada 1,360 IU per sudu, ikan todak ada 566 IU, atau 142% DV.) Ramai ambil vitamin D menerusi sumber seperti susu, bijirin sarapan, yogurt, dan jus oren.


Vitamin E


Vitamin E ialah antioksidan yang kuat yang melindungi sel daripada molekul bebas yang berbahaya. Penting kepada kekebalan tubuh dan kesihatan saluran darah dan pembekuan darah seperti ketika terluka akibat sesuatu kecederaan. Minyak gandum ada banyak vitamin E berbanding sumber lain (20.3 mg per hidangan atau 100% DV), ramai yang ambilnya daripada biji bunga matahari.


Folat

Untuk wanita hamil, folat ialah sejenis vitamin B yang perlu diambil bagi mengelakkan kecacatan kehamilan. Selain itu, ia juga membantu membentuk tisu baru dan protein. Folat terdapat dalam banyak makanan seperti sayuran hijau, buah-buahan, kekacang, dan produk tenusu. Jika daging bukan pilihan makanan anda, gantikannya dengan sayur bayam sebab ia mempunyai 131 mcg per setengah cawan (bayam direbus). Asid folik terdapat dalam roti, bijirin dan gandum.


Zat Besi

Protein dalam tubuh menggunakan zat besi sebagai kenderaan mengangkut oksigen dan pertumbuhan sel. Zat besi banyak terdapat dalam hemoglobin, protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke tisu seluruh tubuh. Zat besi terdapat dalam sumber haiwan seperti daging, ikan, dan sup. Dalam sumber tumbuhan ia terdapat dalam lentil dan kekacang.


Vitamin K

Vitamin K antara yang penting dalm proses pembekuan darah. Tanpa unsur ini, tubuh tidak mampu menghentikan pendarahan apabila berlaku sebarang kecederaan. Sayuran hijau antara sumber penting bagi vitamin K juga dikenali sebagai phylloquinone.




KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.


Tuesday, December 24, 2013

Artikel - Makanan Pelik (@___@)... Errrkkk..

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....


Uuuuweekk!! Muntah hijau!!



Memang ada segolongan manusia atas dunia ini berselera dengan makan yang pelik-pelik. Mungkin juga sebab jauh daripada didikan agama, jadi mereka 'bantai' apa sahaja asalkan boleh makan, walaupun adakalanya kedengaran jijik sehingga orang lain boleh muntah hijau dibuatnya. Mereka makan seolah-olah tiada apa yang beri mudarat padanya. Mahu percaya sesuatu itu boleh beri kebaikan pada kesihatan atau apa sahaja, itu pun mereka boleh pilih ikut suka hati.

Chef Xiao Shan mengatakan salah satu ramuan paling sedap dalam menu masakan plat panas China ialah 'alat' kuda, yang dikatakan ramai sebagai ubat bagi meningkatkan libido. 'Alat' daripada haiwan seperti keldai, kambing, anjing, dan rusa bernilai $200 untuk satu jamuan dihidangkan hanya tunggu untuk dipotong sebelum dimakan pelanggannya. Menurut Chef Xiao, bahagian itu mempunyai tekstur dan rasa yang bagus. Dia berpengalaman menyediakan hidangan-hidangan pelik ini sejak berumur 13 tahun, dengan kemahiran yang diwarisi daripada keluarganya sejak turun temurun. Mendapat sumber daripada sebahagian kawasan terpencil di Asia, organ berkenaan dipotong dan disusun bersama sayuran lain sebelum dipamerkan dalam bekas kaca seperti di kedai makan bertaraf tinggi. 
 
Menurut Li Yanzhi, pengurus di cawangan Chaoyang, majoriti pelanggannya adalah di kalangan lelaki yang kebanyakannya ingin meningkatkan potensi dan tenaga batin di restoran yang turut menyajikan organ dari haiwan lain seperti biri-biri, yak, anjing laut dan ular. 
 
Tiada bukti saintifik bagi dakwaan berkenaan memakan bahagian tertentu atau 'alat' haiwan memberikan khasiat atau kebaikan kepada kesihatan, namun di Asia kepercayaan yang hampir sama datang dalam versi yang berbeza. Di Pakistan, ada satu hidangan mengandungi potongan kambing dengan otak biri-biri, hati, ginjal, dan 'alat'. Menurut seorang pekerja restoran yang menghidangkannya, lelaki di sana makannya bagi mendapatkan tenaga batin. Hidangan biasa dihidangkan bersama bawang, tomato dan lain-lain. Di Jakarta, sebuah gerai menghidangkan darah ular dengan harga 70,000 rupiah ($6) setiap seekor yang dipilih pelanggan.




KLIK SINI untuk lebih lanjut... dan fotonya sekali.. Uweekk!!




Kesihatan - 5 Tanda Sugar Addict

Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....



Pernahkah anda lalui keadaan teringinkan makan yang manis? Jika ya, mungkin anda ketagihkan gula. Kajian terkini menunjukkan adanya persamaan antara pengambilan gula berlebihan dan ketagihan dadah. Satu kajian mendapati keinginan terhadap gula lebih mendesak berbanding ketagih kokain. Makanan yang menyelerakan seperti pizza, pasta, atau roti putih semuanya tinggi dengan kandungan gula. Mengambil gula membebaskan opioid dan dopamin ke dalam tubuh. Kedua-dua bahan kimia ini secara asasnya memberikan rasa senang dan gembira ke otak dan membantu badan menghalang rasa sakit. Sifat ketagihan gula secara semulajadi ini selari dengan pengambilannya secara berlebihan mendorong saintis dari University of California di San Francisco mencadangkan penggunaan gula dikawal seperti alkohol dan tembakau yang dijadikan bahan kawalan.

Antara soalan perlu ditanya untuk tahu sama ada anda ketagihan gula:
  • Adakah anda teringinkan makan makanan menyelerakan seperti pizza atau pasta atau seumpamanya bila berasa sedih atau murung?
  • Adakah anda rasa bersalah bila ambil sejumlah gula bila makan?
  • Pernahkah anda cuba kurangkan jumlah gula diambil dan tidak berjaya?
  • Pernahkah anda tidak dapat habiskan hidangan tanpa perlu makan apa-apa yang manis?
  • Pernahkan anda teringinkan sesuatu yang manis untuk dimakan atau diminum ketika waktu tengahari?

Kalau jawapannya YA pada mana-mana soalan di atas, anda mungkin alami ketagihan gula.

Untuk itu, anda boleh lakukan proses penyahtoksikan gula dengan cara:
  • Buang pemanis tiruan - sebab ia 200-700 kali lebih manis daripada gula biasa dan menyebabkan anda lebih mahukan gula.
  • Belajar untuk tahu gula ada banyak nama dan pastikan ia tiada dalam produk yang anda mahukan.
  • Elakkan makanan yang boleh mencetuskan keinginan anda untuk makan lebih banyak yang manis-manis atau ada karbohidrat seperti tepung, jagung, kentang, pisang, nenas atau tembikai. Sebaliknya, makanlah sayuran hijau dan yang tinggi fiber seperti epal, beri biru dan sitrus.


KLIK SINI untuk lebih lanjut.

Sunday, December 22, 2013

Kesihatan - Makanan Dengan Kalori Bawah 40 - Bhgn I

Kredit kepada: Yahoo Health
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Arugula
Kalori per cawan: 4

Mengandungi kandungan zat yang tidak diperlukan pada kadar yang rendah seperti kalori, lemak, lemak tepu, dan kolesterol. Namun ia masih padat dengan fiber, vitamins A, C dan K, dan lain-lain termasuk potassium. Terdapat dalam salad dan sayuran hijau, ia mempunyai banyak mineral dan antioksidan yang penting bagi kesihatan seksual kerana ia membantu menghalang penyerapan toksin yang mengendurkan libido.


Asparagus
Kalori per cawan: 27

Asparagus dikenali secara tradisional sebagai makanan penyahtoksik kerana mempunyai kandungan asid amino yang tinggi yang bertindak sebagai ejen pembuang cecair tidak perlu dari tubuh, selain melancarkan kembali metabolisma daripada pengaruh alkohol dan toksin lainnya, sebagai penawar mabuk. Ia banyak mengandungi vitamin dan mineral, termasuk vitamin A, C, E, dan K, B6, folat, zat besi, juga protein.


Brokoli
Kalori per cawan: 31

Brokoli rendah kalori tetapi tinggi dengan fiber, vitamin, mineral, dan ada antioksidan yang kuat yang membantu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser kolon.

 
Sup
Kalori per cawan: 10

Antara rahsia utama pengamal diet ialah makan sup, tidak kiralah sup daging, ayam, beef, miso, makanan laut atau sup sayur. Hampir tiada kalori, terutama bila dicampur dengan sayur hijau dan daging. Boleh dimakan dengan banyak dengan jumlah kalori yang rendah dan kurang rasa lapar.


Kubis Brussel /taugeh
Kalori per cawan: 38

Rendah kalori tetapi kaya dengan phytonutrients dan fiber. Adakalanya dikenali dengan kubis kecil, sedap dimakan bila ditambah sos manis atau masam.


Kubis
Kalori per cawan: 22

Padat dengan vitamin, mineral, fiber, dan beberapa phytonutrient untuk melawan kanser. Glucosinolat ialah satu bahan detoks metabolisma dan sulphoraphane ialah bahan antikasinogenik yang kuat yang terdapat dalam kubis. Kubis ungu juga mengandungi anthocyanins dan bahan kimia semulajadi yang lain yang melancarkan pembentukan sel dan melawan kanser.


Salad
Kalori per cawan: 5

Salad Romaine kaya dengan pelbagai vitamin B, asid folik, mangan yang membantu tubuh kawal gula dalam darah dan penting untuk sistem imun berjalan lancar.


Bit
Kalori per cawan: 37 per 1/2 cup

Ia manis tetapi dengan kalori yang rendah selain kaya antioksidan melawan kanser. Ia juga ada zat besi, fiber, folat, dan potasium dan merupakan cara terbaik untuk meningkatkan nutrisi dalam hidangan salad dan pasta.



KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Sekadar Luahan - Kenangan Si Kakak :-)

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner

 


Assalamualaikum.....

Sekadar mengimbau kembali kenangan ketika si kakak masih kecil, sebelum ada adiknya :-) 






Kini sudah punya kereta mainannya sendiri...haha

Artikel - Hidupan Kecil Bawah Mikroskop

Kredit kepada: LiveScience
Gambar ihsan: LiveScience


Assalamualaikum....

Perkembangan teknologi moden membolehkan apa yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar sebelum ini dapat dilihat dan dikagumi akan kecantikannya. Bagi umat Islam, itu juga menjadi salah satu tanda kebesaran Allah dalam mencipta makhluk-makhluk di alam ini. Berikut antara yang dapat dilihat bawah mikroskop berkuasa tinggi.














KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.


Paranormal - Kehadiran Wanita Berdarah Dari Kemalangan

Kredit kepada: KisahBest
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....



Bunyi dentuman petir yang kuat diikuti dengan kilat sabung menyabung mengejutkan Mazni yang sedang leka mengulang kaji pelajaran. Pucat lesi muka anak dara berusia 17 tahun itu kerana terperanjat. Mazni bingkas bangun. Rasa takut menyelubungi segenap sanubari gadis manis berambut ikal mayang itu. Bunyi desiran air hujan di malam hari tu tambah meresahkan hatinya menyebabkan Mazni berasa tidak bertahan lama di biliknya. Tanpa menutup lampu bilik dia terus ke ruang tamu dan duduk memeluk tubuh di sofa. Matanya merenung jauh entah ke mana. Malam itu Mazni sendirian di rumah. Ibu dan ayah serta dua orang adiknya ke rumah Pak Langnya ada kenduri doa selamat pada malam itu.

Mazni enggan pergi dengan alasan hendak mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia sudah hampir. Sebelum pergi, ibunya mengingatkan bahawa mereka mungkin pulang agak lewat kerana mahu menolong apa yang patut. Ibunya juga berpesan agar Mazni tidak lupa mengunci semua pintu dan tingkap. Sebaik sahaja mereka pergi, Mazni segera mengunci pintu dan tingkap. Kemudian dia terus berkurung di dalam biliknya dan mengulang kaji pelajaran. Ketika sedang asyik menelaah, hujan turun dengan lebatnya diselangi kilat sabung-menyabung. Kesunyian yang begitu mencengkam tiba-tiba mengundang resah dan takut di hati Mazni. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam .

Mazni masih bertelekup di sofa. Hendak menonton televisyen bagi menghilangkan kesunyian, kilat dan petir yang masih berdentum dan sabung-menyabung menyebabkan hasratnya itu terhalang. Saat itu timbul rasa kesal kerana menolak pelawaan ibu dan ayahnya tadi. “AH kenapalah lambat sangat ayah dan ibu balik ni?” keluhnya untuk sekelian kali. Untuk menghilangkan rasa takut, Mazni membaca ayat Kursi dan beberapa ayat al-Quran yang lain. Namun rasa cemas yang tidak kunjung hilang itu menyebabkan dia akhirnya mengambil keputusan untuk tidur.

Baru sahaja hendak merebahkan badan Mazni terdengar satu dentuman yang sangat kuat. Untuk menyedapkan hati dia membuat andaian itu adalah bunyi petir. Tiba tiba telinganya menangkap bunyi pintu rumah diketuk orang. Apabila dibuka tiada sesiapa di luar. Mazni menutup semula pintu tetapi ketukan berbunyi lagi. Sebaik sahaja pintu dibuka, mazni melihat seorang wanita berusia dalam lingkungan dua puluhan berdiri di depannya. Wanita itu basah kuyup dan dia mengendong seorang bayi. Bajunya koyak dan ada kesan darah. “Maaf, kereta kakak rosak terlanggar pembahagi jalan di simpang sana. Boleh kakak tumpang berteduh sebentar dik?” kata wanita itu memecah kesunyian. Suaranya begitu perlahan hampir tak kedengaran. “EH, masuklah kak,” kata mazni seolah-olah baru tersedar dari khayalan.

Setelah mempersilakan wanita itu duduk di sofa, Mazni lantas ke bilik ibunya mancari pakaian untuk mengantikkan pakaian wanita itu yang lencun dek hujan. Juga mencari tuala bagi membalut tubuh anak wanita itu. Sementara wanita itu bersalin pakaian, Mazni bergegas ke dapur menyediakan minuman panas untuk mereka. “Maaf menyusahkan adik,” kata wanita tadi sebaik sahaja mazni meletakkan secawan nescafe panas di depannya. “Tak apa. Sekurang kurangnnya saya ada kawan,” jawab Mazni sambil menjeling bayi wanita itu yang senyap sahaja sejak tadi. Mungkin sudah tertidur agaknya. Tidak banyak yang dibualkan oleh mereka berdua. Biar pun banyak yang ingin ditanyakan oleh Mazni, tetapi mulutnya bagaikan terkunci. Sedangkan wanita itu seolah-olah lebih senang menyendiri. Mungkin dia ada masalah apabila melihat wajah wanita itu yang seolah-olah dalam kesedihan.

Tiba-tiba, “Maaf dik. Kakak kena pergi sekarang.” kata wanita itu sambil meluru keluar. Mazni tidak sempat menahan dan hanya mampu memandang sambil terpinga-pinga. Beberapa minit kemudian kedengaran daun pintu diketuk orang. “Mesti kakak tadi. Ha itulah. Hujan belum berhenti dah nak pergi,” omel Mazni dalam hati sambil berlari mahu mambuka pintu. Namun alangkah terkejutnya Mazni apabila melihat seorang wanita berlumuran darah sedang mendukung bayi yang pecah kepalanya tercegat di depannya. Wajahnya amat menakutkan. Dia seolah-olah berada dalam kesakitan dan inginkan bantuan. Tubuh Mazni menggeletar dan akhirmya dia rebah tidak sedarkan diri .

Ketika membuka mata, sayup-sayup Mazni mendengar suara ibu bertanyakan apa yang sudah berlaku. Tetapi mazni tidak mampu menjawab. Dia hanya memeluk erat ibunya sambil menangis semahu-mahunya. Keesokan pagi, sambil bersarapan pagi ibunya menceritakan satu kemalangan ngeri yang berlaku dekat simpang berhampiran rumah mereka. “Kasihan pemandu wanita dan bayinya meninggal. Tu sebab kami terlewat semalam..” Hati Mazni berdebar-debar mendengar kata-kata ibunya. Dan debaran itu tambah kencang bila ayah menyampuk. “Berita kemalangan tu ada dalam akhbar hari ini. Gambar perempuan itu dengan anaknya pun ada. Nah tengok,” katanya sambil menghulurkan surat khabar itu kepada Mazni. Dengan tangan menggeletar akhbar itu disambut. Tidak salah lagi memang itulah wanita dan anaknya yang datang berkunjung ke rumahnya malam tadi.



KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Kesihatan - 12 Makanan Sihat

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
 
 
Assalamualaikum....
 


Beri hitam
Semangkuk beri ini penuh dengan nutrisi sesuai bagi mereka yang sukakan manisan. Beri penuh dengan fiber, vitamin dan antioksidan. Beri biru dan hitam kaya dengan antioksidan.

 
Susu almond
Memiliki kandungan menyamai susu lembu dengan separuh kalori tetapi anda masih boleh dapat vitamin E.


Kulit kayu manis
Kajian mendapati setengah sudu sehari membantu mengawal gula dalam darah. Kulit kayu manis membantu mengawal selera makan.

 
Avokado
Setiap pakar diet tahu avokado adalah makanan yang mesti diambil. Merupakan sumber terbaik bagi lemak. Kajian menunjukkan ia membantu badan menyerap nutrisi.


Yogurt greek
Pakar diet menyatakan yogurt ini mempunyai 2 kali ganda protein dan kurang gula berbanding yogurt biasa selain kaya dengan probiotik yang membantu menguatkan sistem imun, dan kandungan laktosa yang rendah sesuai bagi mereka yang mengalami masalah lactose intolerance.


Telur

Makanan yang kaya dengan protein ini mempunyai 70 kalori, 13 vitamin dan mineral, dan bahan antiradang.


Minyak zaitun
Kaya dengan antioksidan dan lemak mono tak tepu.


Humus
Dalam suku cawan humus ada fiber, protein, karbohidrat, dan lemak yang baik daripada minyak zaitun.


Kacang
Kaya dengan lemak, lemak mono tak tepu, membantu mengimbangi berat badan. Selain itu, ia juga kaya dengan protein, antioksidan, vitamin dan mineral.


Kubis daun

Sayur ini penuh dengan vitamin K, A, dan C, fiber, kalsium dan kaya dengan antioksidan penghalang kanser dan nutrisi antiradang.

 
Air lemon
Lemon bersifat alkali yang membantu tubuh kembali seimbang yang baik untuk kesihatan. Meminum segelas air sejurus selepas bangun dari tidur adalah cara terbaik untuk melancarkan sistem penghadaman.


Quinoa
Pakar nutrisi mengambil bijian ini berbanding beras perang atau pasta gandum sebab ia sumber lengkap protein yang mengandungi asid amino yang penting untuk tubuh selain mengandungi lebih fiber berbanding bijian lain dengan 5 gram dalam setiap cawan. Ia juga ada asid lemak omega 3 berasaskan tumbuhan yang merupakan sumber yang baik bagi mendapatkan lemak antiradang untuk tubuh.


 
KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Wednesday, December 18, 2013

Kesihatan - Kalau Terlebih, Boleh Membunuh...

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....

Kemalasan menulis? Biarlah foto ini menceritakannya...








Biar makan sedikit tetapi dalam kuantiti terkawal. Anda tentukan.

KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Wordless Wednesday - Punch!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum.....


Sunday, December 15, 2013

Paranormal - 20 Tahun Diseksa Diganggu Dan Dirogol Jin

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Gangguan jin saka adalah perkara yang boleh dikatakan kerap juga berlaku dalam sesetengah keluarga masyarakat Melayu. Ia adalah keadaan bila mana seseorang itu dihuni tubuhnya atau didampingi oleh jin (berbagai jenis) sama ada dia sendiri mahukan perkara itu atau dia terperangkap (oleh perbuatan orang lain), atau atas faktor keturunan. 

Seorang guru wanita yang telah berkahwin lebih 3 tahun (tapi belum dapat anak) kini sedang diganggu saka dan masih dalam peringkat berubat. Punca saka itu adalah dari bapa mertuanya (kini sudah meninggal).

Khabarnya semua adik-beradik suaminya juga diganggu oleh saka tersebut. Gangguan itu agak menyukarkan juga. Petik suis lampu tidak menyala, terdengar bunyi seakan anak kucing mengiau, bunyi seperti orang main guli, bunyi kerusi ditarik, bunyi mencakar-cakar, termasuklah rumah berdentum dan bergegar. Hal itu menyeramkan bulu roma hinggakan guru wanita itu tidak berani balik ke rumahnya sekembali dari kerja. Dia duduk di masjid sementara menunggu suaminya pula pulang dari kerja (suaminya kerja hingga jam 10 malam).

Di waktu malam pula, walaupun suaminya ada di sisinya, dia tetap diganggu dengan berbagai bunyi hingga sukar untuk tidur. ‘Saya dan adik beradik selalu terlihat lembaga hitam yang besar seakan manusia setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling’

“SAYA menerima qada dan qadar ini serta reda atas setiap ujian Allah SWT tetapi kadang-kadang saya terfikir mengapa seseorang itu sanggup ‘mengorbankan’ keluarga sendiri demi mewarisi adat nenek moyang yang jelas bertentangan dengan Islam.”



Begitulah luahan seorang wanita selepas membaca rencana mengenai angkara Saka yang disiarkan dalam Dimensi, tiga minggu lalu. Wanita yang hanya mahu menggelar dirinya Alia, menghantar emel untuk berkongsi pengalamannya lebih 20 tahun dihantui Saka yang diwariskan datuk kepada ayahnya. Berikutan itu, Alia menetap di luar negara untuk mengelak pelbagai gangguan mistik dan menyeramkan angkara saka itu. Ikuti luahannya:

Datuk meninggal dunia ketika saya masih kecil, baru darjah dua. Sebelum meninggal, datuk sebelah ayah lumpuh selama setahun.

Sejak kematian datuk, selalu ada kesan lebam di badan saya terutama paha ke bawah tetapi ibu anggap ia perkara biasa kerana kanak-kanak sering bermain, kerap jatuh dan terlanggar. Ketika saya di sekolah rendah, ayah bekerja di negeri lain menyebabkan kami tinggal berasingan. Ketika ketiadaan ayah, saya dan adik beradik lain selalu terlihat kelibat lembaga hitam yang amat besar dan berbentuk seakan manusia di rumah kami. Lembaga hitam itu setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling.

Saya selalu demam terkejut melihat lembaga berkenaan. Saya beritahu ibu tapi ibu kata itu hanyalah khayalan kanak-kanak. Disebabkan ayah bekerja di negeri lain, dua minggu sekali barulah dia pulang melihat kami. Dua atau tiga hari sebelum ayah pulang, saya dan ibu pasti terdengar suara ayah memanggil tetapi apabila berlari ke pintu dan membukanya, saya hanya terlihat kelibat lembaga hitam.

Ibu selalu mengadu sakit pinggang dan bisa di kaki. Badannya terasa seperti dicucuk jarum halus apabila ayah pulang. Dalam rumah pula, selalu muncul serangga seperti belalang bersaiz empat hingga lapan sentimeter panjang, berwarna hijau keperang-perangan dan merah malah serangga itu berbunyi sungguh kuat dan berdesing.

Ketika kami berpindah tinggal bersama ayah apabila saya di sekolah menengah, keadaan menjadi bertambah teruk. Saya selalu lewat bangun ke sekolah kerana setiap malam, badan terasa dihimpit lembaga hitam yang besar. Apabila bangun tidur, lebam sebesar syiling 50 sen atau lebih besar kelihatan di kaki dengan kesan gigitan. Pinggang terasa seperti paku mencucuk. Sebelum datang haid, saya ada lebam di paha dan kitaran haid juga tidak normal malah kadang-kadang tiada langsung.

Sebelum muncul lebam, serangga seperti belalang muncul dalam rumah bersama bau bangkai yang amat busuk selain bau darah hanyir. Perkara ini kerap berlaku pada malam Jumaat dan badan saya akan berasa panas. Saya sering mengadu kepada ayah sebaliknya dimarahi dan memberi pelbagai alasan. Disebabkan terlalu kerap menghidap penyakit itu, saya, ibu dan adik-beradik lain mengambil ujian darah kerana khuatir menghidap leukimia. Ujian darah bagaimanapun mengesahkan kami sihat.

Disebabkan keadaan kami semakin mudarat dan pemeriksaan kesihatan moden gagal mengesan sebarang penyakit, kami cuba berubat tradisional dan ramai pengamal perubatan mengatakan kami terkena sihir. Ada antara mereka menyuruh kami mandi air garam, air daun, air tujuh masjid, tujuh kolah, tujuh perigi, air zamzam, meletak jala dalam rumah dan pelbagai kaedah lain tetapi lebam, bisa badan dan sakit pinggang tidak berkesudahan malah semakin teruk.



Perangai ayah juga berubah sejak kami tinggal bersamanya. Setiap malam Jumaat, dia bergegas ke rumah nenek tapi sebelum itu akan mengamuk dan naik berang tanpa sebab hingga kami ketakutan.

Kami terus berubat tradisional dan daripada seorang pengamal perubatan, kami diberitahu masalah ibu dan saya berpunca daripada ‘belaan’ keluarga suami. Dia menyatakan lebam itu akibat jin belaan memakan darah sebagai perjanjian menjaga harta benda dan anak cucu yang dibuat lama dulu oleh keturunan ayah. Beliau menyuruh ibu membawa ayah berjumpa dengannya jika hendak berubat. Pengamal perubatan menjelaskan sendiri kepada ayah tapi sebaik mendengar penjelasan itu, ayah benar-benar marah dan tidak percaya. Dia menuduh keluarga ibu terbabit.

Kali ketiga kami datang untuk berubat, pengamal perubatan itu tidak lagi mahu menerima kedatangan kami kerana keluarganya kacau bilau dan isteri pengamal perubatan itu dirasuk lembaga hitam dan berbulu. Yang peliknya, sesiapa saja termasuk pengamal perubatan yang hendak menolong saya dan ibu pasti dilanda musibah pelik-pelik. Sejak itu, saya dan ibu sakit bertambah teruk – selalu demam, tidur malam terasa dihimpit dan bermimpi dirogol lembaga hitam besar.

Sehinggalah kami bertemu seorang ustaz untuk berubat. Selepas diperiksa, ustaz itu mula menerangkan dengan terperinci perkara sebenar: “Keturunan sebelah ayah dulu ada membuat perjanjian dengan makhluk itu melalui perantaraan seseorang yang dianggapnya sebagai ‘wali’ ketika menuntut. Wali itu menghadiahkan ‘khadam’ untuk menolong menjaga harta benda dan keturunan anak cucunya, membuka kebun selain menjadikan orang lain melihatnya gagah, kuat dan berasa gerun.

“Selepas datuk meninggal, makhluk itu terbiar lama, tidak diberi layanan dan ganjaran seperti janji tuannya dulu menyebabkan ia mengamuk dan mahukan layanan. Sebelum kehadiran makhluk jin besar keturunan Ifrit jantan atau digelar hantu raya dalam budaya Melayu itu, akan ada bau busuk dan serangga seperti belalang atau serangga lain.

“Makhluk itu berbulu seperti mawas, amat ganas dan memakan darah dan air mani manusia untuk hidup, akan menggigit dan meninggalkan tanda kepada semua keturunan keluarga ayah,” katanya.

Ustaz itu juga menerangkan, makhluk itu kadang-kadang menyerupai ayah dan sering merogol ibu dan saya ketika tidur. Apabila kami tidur, kadangkala bermimpi melahirkan anak kecil.


Sumber: FB

Friday, December 13, 2013

Hidupan Liar - Ikan Pelik di Miri

Kredit kepada: Laman Kisahbest
Gambar ihsan: Laman Kisahbest

 
 
Assalamualaikum.....
 
 
Seekor ikan aneh yang ditangkap di Tudan, Sarawak menimbulkan kehairanan tentang spesis sebenarnya.

Mempunyai mulut bertaring tajam dan badan tirus berduri, rata-rata nelayan mahu pun penduduk setempat tidak mampu mengecam apakah jenis sebenar ikan yang berukuran kira-kira sekaki panjang itu. Justeru penduduk setempat menggelarkannya ikan todak buat masa ini kerana muncungnya yang tajam.

Ikan itu ditangkap oleh nelayan Sapar Mansor, 43, dari Taman Ceria, Permyjaya di Laut China Selatan dekat Tudan, Sarawak. Menurut Sapar kepada Borneo Post, ini merupakan kali pertama dia melihat ikan seperti ini. Ia ditangkap selepas dia dan rakan memudik bot selama 2 jam dari Sungai Miri ke laut. Mereka mula memancing sekitar 5 pagi dan tangkapan aneh itu diperolehnya kira-kira setengah jam kemudian.

Isteri Sapar, Siti Kadariah, 35, mengering dan mengawet ikan berkenaan bagi memastikan ia dapat disimpan lama kerana keunikannya.

Sementara itu Pemangku Pengurus Besar Divisyen Perlindungan dan Pemuliharaan, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Oswald Braken Tisen berkata, pihaknya kini sedang mengenalpasti spesis sebenar ikan berkenaan.


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Kesihatan - 20 Makanan Terbaik Mengandungi Fiber

Kredit kepada: Yahoo Health
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Jagung dalam kuantiti setengah cawan mengandungi 2g fiber. Bertih jagung juga mempunyai kalori yang rendah, sumber fiber dengan 3.5g fiber bagi 3 cawan hidangan.

Kacang Almond merupakan sumber fiber yang padat dengan lemak dan protein, juga dengan kalori yang tinggi.1/4 cawan hidangan ada 3g fiber dengan 170 kalori.

Kacang Hitam mempunyai 15g fiber per cawan dengan 15g protein. Tinggi dengan kandungan flavonoids, pigmen tumbuhan dengan antioksidan yang kuat.

Avokado - 2 sudu teh mempunyai 2g fiber dan seluruh buahnya mempunyai sekitar 10g fiber. Buah avokado juga merupakan sumber utama bagi lemak mono dan lemak poli tak tepu, yang membantu merendahkan kolesterol dan mengurangkan risiko sakit jantung.

Kacang Garbanzo ada dua jenis iaitu jenis "Kabuli", biasanya banyak terdapat di Amerika Syarikat, dan jenis "Desi", yang kaya dengan fiber dan antioksidan. Banyak digunakan di India yang merupakan pengeluar terbesar kacang ini.

Articok yang direbus mempunyai 10.3g fiber dan anda akan dapat 7.2g fiber daripada setengah cawan daripada bahagian articok ini yang kaya dengan silimarin, sejenis antioksidan yang mampu memperbaiki kesihatan limpa.

Buah Pear paling banyak khasiat dan kaya fiber bila kulitnya dikekalkan. Buah pear dengan kulit mempunyai 5.5g fiber.

Beras perang - setiap cawan beras putih mengandungi 3.5g fiber. Pengkaji di harvard mendapati memakan 5 atau lebih hidangan beras putih seminggu meningkatkan risiko diabetes tahap 2 sebanyak 17%. Menambah beras perang setiap minggu mengurangkan risiko itu sebanyak 11%.

Edamame popular dalam masakan Asia Timur, adalah kacang soya yang tidak matang direbus dalam pod. Anda boleh keluarkannya dari buah terus ke dalam mulut anda, atau campurkannya untuk lebih sedap. Satu hidangan setengah cawan edamame boleh mengandungi sehingga 11g protein dan 9g serat, bergantung kepada jenama.

Roti gandum penuh
dan jenis bijirin sepertinya dikisar halus sehingga kulit luarnya ditanggalkan termasuk bahagian bijinya. Bertukar daripada jenis gandum putih kepada gandum penuh adalah langkah baik.

Lentil - Jenis kacang ini penuh dengan fiber dengan 15.6 grams per cawan. Ia juga sumber yang baik untuk protein, vitamin B, zat besi dan mineral lain.

Pasta gandum penuh
mengandungi lebih banyak fiber, dengan kombinasi rasa dan tekstur yang terbaik untuk dicuba.

Kacang merah merupakan ramuan popular di utara India dan New Orleans. Kaya dengan fiber, protein dan zat besi.

Oatmeal mengandungi beta-glukan, sejenis fiber yang mempunyai kesan mengurangkan kolesterol dan meningkatkan sistem imun anda. Juga mempunyai campuran fiber mudah larut dan tidak larut yang melancarkan sistem penghadaman.

Raspberi mengandungi fiber dengan jumlah secawan akan memberikan anda 1/3 keperluan fiber harian anda selain mempunyai antioksidan yang kuat.

Kacang peas/pis merupakan sumber fiber sedap, versatil, dan murah. Secawan kacang ini mempunyai 16.3g fiber, dan secawan kacang ini yang disejukbeku mengandungi 8.8g selepas ia dimasak.

Brokoli mempunyai unsur yang membantu melawan kanser, ia juga mengandungi fiber yang banyak iaitu 5.1 grams dalam secawan hidangannya.

Epal dengan kulitnya dalam saiz biasa mempunyai 4.4 gram fiber.

Kacang putih mempunyai fiber, protein, zat besi, juga ada potassium. Secawan kacang ini 25% keperluan harian untuk melawan hipertensi.



KLIK SINI untuk bacaan penuh.

Artikel - Muat Turun Video Dari FB

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....

Sudah lama tidak paparkan entri tutorial sebab kebelakangan ini berdepan dengan demam belajar seni beladiri dengan senjata.. uhukk..uhukk.. Kemudian dalam entri yang selainnya ditulis tentang apa yang belajar dalam kelas. Mungkin itu bukan sekadar luahan (hehehe..) tetapi juga boleh jadi tutorial mempertahankan diri. Mungkin sedikit (jangan pening dengan ulasan, itu cuma tulisan. Bila buat, cuma beberapa saat sahaja  :-P) tetapi diharapkan masih boleh beri sedikit manfaat buat semua.

Ada masalah untuk dapatkan video untuk ditonton daripada sumber Facebook? Manalah tahu kalau suatu hari nanti video yang dipos di laman berkenaan sudah dibuang atau akaun yang berkenaan tidak lagi aktif tetapi masih mahukan video berkenaan tanpa perlu bergantung pada Facebook lagi. 

Sebenarnya penulis sendiri pun awalnya pening juga fikir bagaimana cara untuk dapatkannya, tetapi pakcik Google kata usah bimbang sebab dia ada jawapannya. Ente hanya perlu tanya di kotak enjin carian disediakannya. 



Ini jawapan pakcik...uhuk..uhuk...





Pengunjung boleh ke laman WikiHow ini (KLIK SINI) atau ke FBDown jika video berkenaan adalah private (KLIK SINI) sebagai kemudahan untuk dapatkan video berkenaan. Jangan lupa, anda kena lihat juga kalau aturan/setting video berkenaan sama ada public atau pun private. Laman WikiHow ini hanya mengehadkan muat turun kalau video itu bukan private. Jadi anda perlu ke laman FBDown. Panduan untuk menggunakannya juga disediakan (KLIK SINI) tetapi kena rajin sedikit untuk baca.

Untuk mudahkan pembaca, di sini saya berikan contoh untuk video yang private.


Mula-mula pergi ke laman video berkenaan dan klik kanan. Klik pada View Page Source dan akan keluar kotak dengan kod HTML di bawah.



Salin semua kod ini (tekan Ctrl+A kemudian Ctrl+C) dan lekat (Ctrl+V) pada kotak disediakan di FBDown seperti di bawah. Sesudah lekat, klik pada butang Download di sebelah kotak tersebut.



Kemudian klik pada butang Download Video in High Quality dan akan keluar kotak kelabu seperti di bawah. Pilih Save File dan klik OK.


Selesai!





Tuesday, December 10, 2013

Artikel - Kereta Konsep Awesome!

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News

 


Assalamualaikum.....

Proton Tuah!

Kebanyakan kereta konsep mempunyai tarikan tersendiri tetapi masalahnya adakalanya ia terlalu futuristik dan lebih elok ia kekal hanya sebagai konsep sahaja.

 

Ford Iosis

 

Toyota FT-86

 

BMW i8 concept


Subaru WRX Concept


 Proton Tuah

 

 

KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Artikel - Black Hole dan Lingkaran Ruang-Masa

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....




Ilmu fizik tidak dapat menjelaskan apa yang berlaku dalam lohong hitam. Semua teori dan relativiti bertembung dengan mekanik kuantum menghasilkan satu bentuk singulariti atau satu titik yang menyatakan semua formula matematik memberikan jawapan infiniti. Namun ada teori fizik yang lebih maju cuba untuk menghubungkan jurang antara relativiti dan mekanik kuantum bagi memahami apa yang berlaku di dalam lohong hitam. Saintis menggunakan teori graviti gelung kuantum (loop quantum gravity)sepenuhnya buat pertama kalinya dan mendapati ruang dan masa dilengkungkan tetapi graviti tidak berada pada infiniti. Namun pihak saintis masih belum mendapat gambaran jelas akan apa yang berlaku di dalamnya, jadi ia membuka pintu kepada para pengkaji lain untuk mengikuti jejak langkah dalam kajian ini. 
 
Lohong hitam terhasil apabila bintang besar kehilangan tenaga nuklear dan dimusnahkan oleh tarikan gravitinya sendiri. Lapisan luarnya dibuang dan terasnya musnah dengan tarikan graviti menjadi semakin kuat sehingga jisim terasnya mengecut menjadi semakin kecil pada satu titik. Titik ini ialah titik ruang dan masa dilengkungkan.  


KLIK SINI untuk artikel penuh.