MY FOLLOWERS

Tuesday, November 26, 2013

Paranormal - Pramugari Ditiduri Hantu Raya

Kredit kepada: The Faceblog
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....



Sejak dari dulu lagi, kita telah dihidangkan dengan kisah pelbagai jenis hantu antaranya hantu langsuir, hantu galah dan hantu raya. Di bawah ini adalah satu dari sebuah kisah benar mengenai seorang pramugari yang telah ditiduri oleh hantu raya. Sepasukan ahli perubatan Islam hadir untuk membantu membuang gangguan tersebut.

Cuaca pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja. Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tibapandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya. Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.

“Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.


Putus tunang

Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya. Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu. Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.

“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.

“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.

SEMASA azan dilaungkan terdapat bunyi seakan-akan almari diketuk.

“Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal. Dia bukan sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum. Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.

"Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf."

“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.

Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam. Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.

“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu."


Disetubuhi

“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap."

“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” tutur Keena.
Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.
“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain."

“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.

Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.

“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah Shamsuri.

Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah. Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan. Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari. Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti. Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.

“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri.


KLIK SINI untuk ke sumber asal.

Petua - Pilihan Petua Merawat Resdung III

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum..............


Pilihan lain yang anda boleh cuba (penulis cuma cadangkan):
  1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab.
  2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. Cuci sarung bantal, cadar dan selimut dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.
  3. Selalulah membersihkan karpet atau permaidani. Gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
  4. Jika anda ingin mengemas rumas, pakai penutup hidung.
  5. Minum air suam atau mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
  6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.
  7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), jangan makan makanan tersebut.

Hachooooommm!!

Monday, November 25, 2013

Berita - Sinaran Solar

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....


Peningkatan kekerapan berlakunya sinaran solar sejak beberapa minggu lalu terutamanya sinaran kelas-X yang kuat adalah petanda perubahan medan magnetik matahari semakin dekat. 

Matahari kita adalah bintang berubah-ubah. Walaupun beberapa bintang pembolehubah bergerak melalui tempoh aktif dan tenang dengan cepat, matahari kita 'bekerja' pada waktu yang agak tetap selama kira-kira 11 tahun atau lebih. Pada masa-masa seperti sekarang, apabila ia mencapai tahap maksimum suria, permukaannya biasanya dipenuhi dengan pelbagai tompok matahari dan ia akan membuang sinaran solar dan korona pada hampir setiap hari, dan sekurang-kurangnya permukaannya adalah sangat tenang.

Kitaran ini berkait rapat dengan medan magnet matahari, yang mengubah kekutuban pada waktu yang sama. Pada solar minimum, medan magnet berjalan melalui matahari lebih kurang sebaris, yang jelas dengan magnet pada kedua-dua kutub yang sangat kuat. Pada solar maksimum, seperti sekarang, semuanya akan menjadi lebih tidak teratur dengan keseluruhan kekutuban magnet hampir hilang, menyebabkan peningkatan dalam sinaran solar dan berlakunya letusan. Polariti tidak hanya kembali kepada arah yang sama pada setiap suria minimum walaupun berlaku lambungan berulang-alik antara satu arah dan yang lain.


KLIK SINI untuk artikel penuh.


Seni & Kreativiti - Potret Keluarga Yang .... Creepy!

Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Yahoo Shine


Assalamualaikum....

Errr.... creeppyy...




Sesetengah orang akan berpendapat hasil foto keluarga ini yang agak creepy seperti poster filem Addams Family berbanding sebuah foto keluarga. Hanya 3 orang ahli keluarganya dalam foto berkenaan yang memandang kamera. Selebihnya seperti buat hal masing-masing.



KLIK SINI untuk artikel penuh.

Sunday, November 24, 2013

Seni & Kreativiti - Karikatur Watak dan Tokoh Popular

Kredit kepada:  Syok.org
Gambar ihsan:  Syok.org



Assalamualaikum.....

Bila watak-watak terkenal dalam filem dan tokoh-tokoh terkenal dilukis dalam bentuk yang 'comel'. :-) Nampak menarik dan kurang ganas..hahaha

Bolehkah anda camkan siapakah mereka ini?











KLIK SINI untuk artikel penuh.

Berita - Mesej Di Sebalik Lukisan Mural Jalanan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum......

Seorang artis jalanan Ernest Zacharevic, berbangsa Lithuania yang pernah terkenal di Pulau Pinang 2 tahun lalu kembali terkenal kerana mural Lego dilukisnya dipadamkan oleh pihak berkuasa Johor Baru. Dia menyifatkan insiden berkenaan sebagai pengalaman yang kurang menyenangkan namun mencetuskan perbincangan tentang apa sebenarnya seni jalanan, pemahaman orang awam tentangnya, sempadan dan hadnya serta kebebasan meluahkan ekspresi seni seperti juga kebebasan berucap. Dia menjadi perhatian minggu lalu apabila Majlis Bandaraya Johor Baru memadamkan mural dilukisnya memaparkan figura Lego penyamun dengan pisau menanti wanita dengan beg tangan untuk dirompak. Karyanya membayangkan sebuah bandar yang tidak selamat daripada jenayah. Mengenai beberapa muralnya di Pulau Pinang yang menjadi mangsa vandalisme tahun lalu, katanya ia perkara biasa dan dia tidak kisah mengenainya.

Artis ini telah menghasilkan karyanya di tempat kelahirannya di Belgium, selain di Norway, Tokyo, Singapura, Itali dan Kuala Lumpur. 











Mural jalanan yang dipadamkan oleh pihak berkuasa kerana mengetengahkan isu berkaitan jenayah yang semakin berleluasa, mencetuskan perbandingan antara pelukisnya dengan pelukis grafiti dari UK, Banksy. Mural asalnya dipaparkan pada dinding di Johor Baru minggu lalu memaparkan wanita sedang berjalan dan penjenayah menanti untuk menyamunnya, dalam bentuk Lego. Ia sebagai mesej memaparkan reputasi bandar berkenaan terhadap jenayah. Pihak berkuasa yang marah dengan imej berkenaan segera memadamkan mural itu namun ia terus menyedarkan orang awam terhadap jenayah.

"Spread the word! Don't let these silly officials hide the problem. We need a safer Malaysia," kata satu tulisan di Facebook.

Baju dengan figura dijual di Facebook dengan harga RM20 termasuk yang ditulis "Art doesn't damage a city's image. Crime does."


KLIK SINI dan KLIK SINI untuk artikel penuh.



Berita - Kamera Leica Luxus II Keluaran 1932

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....




Sebuah kamera Leica Luxus II keluaran 1932 ini kini dibeli oleh seorang pembeli dari Asia dengan harga $620,000 di satu lelongan yang diadakan di Hong Kong pada Sabtu baru-baru ini.

Dalam lelongan berkenaan, 80 buah kamera pelbagai jenis dan aksesori dilelong di selatan China. Rekod dunia sebelum ini direkodkan di Vienna tahun lalu dan kamera prototaip jenis Leica 0-series yang dibuat pada 1923 dijual dengan harga $2.79 million. Kamera ini merupakan satu daripada empat buah yang dihasilkan dalam jenisnya. 3 lagi kamera jenis ini tidak dapat dikesan.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Friday, November 22, 2013

Hidupan Liar - Beburung

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Syok.org



Assalamualaikum.....

Dipetik dari Syok.org. Ada antara spesis ini mungkin kita tidak kenali sebab tidak pernah nampak pun di mana-mana. Pun begitu, foto-foto ini ada yang diambil menggunakan kamera dengan kelajuan shutter yang tinggi bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.
















KLIK SINI untuk ke sumber asal.

Kesihatan - Bahaya Banyak Makan Karbohidrat Kepada Tubuh

Kredit kepada: Mingguan Wanita Disember 2012
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Menurut sebuah kajian di Amerika, mengambil makanan yang tinggi kandungan karbohidrat boleh meningkatkan risiko penurunan ingatan di kalangan warga emas. Kajian tersebut juga menyatakn bahawa ingatan yang semakin menurun ditambah pula dengan amalan pola pemakanan tinggi karbohidrat boleh meningkatkan risiko sehingga 4 kali ganda penyakit dementia (nyanyuk) atau Alzheimer. 

Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas 1230 responden yang berumur antara 70 hingga 89 tahun mengkaji mengenai makanan yang mereka makan setahun sebelumnya. Hasilnya didapati bahawa diet dengan tinggi karbohidrat dan gula meningkatkan lagi risiko Mild Cognitive Impairment (MCI) atau penyakit otak yang mudah menyerang pada mereka yang mengamalkan diet tinggi karbohidrat. Sebaliknya mereka yang mengambil banyak protein dan lemak pula berisiko lebih rendah untuk menghidap penyakit penurunan memori seperti itu. Tambah penyelidik lagi, risiko tersebut sama besarnya dengan diet tinggi gula. Dikatakan bahawa dengan mengambil banyak makanan yang mengandungi karbohidrat boleh menyebabkan pertambahan plak amiloid beta pada otak. Amiloid beta ini merupakan protein yang terdapat pada otak para pesakit Alzheimer. Penyakit otak yang mudah menyerang bagi mereka yang mengamalkan diet tinggi karbohidrat diketahui membuatkan penghidapnya hilang ingatan tentang diri dan orang-orang di sekelilingnya. 

Justeru, penyelidik menyarankan supaya banyakkan mengambil makanan yang mengandungi banyak protein seperti ikan dan sayur-sayuran. Protein dan lemak baik dapat memberikan perlindungan kepada otak.


Petikan: Mingguan Wanita, Edisi 14-20.12.2012, segmen Info Sihat

Paranormal - Tinggalan Istana Yang Berhantu

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....

Bukan satu atau dua tempat sahaja, malah seluruh dunia pun banyak lagi tempat-tempat yang... berhantu yang mempunyai sejarah ia ditinggalkan orang atas sesuatu sebab.. Kalau disenaraikan, di Malaysia pun tidak ketinggalan sebab ada beberapa tempat yang dikatakan 'keras'. Kalau ambil gambar waktu siang pun terasa creepy, kalau malam... Glupp!



















KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.