MY FOLLOWERS

Wednesday, October 30, 2013

Kesihatan - Makan Ini Untuk Umur Panjang

Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Yahoo Shine

 


Assalamualaikum.....




Sekumpulan saintis menemui satu lagi sumber bagi mendapatkan umur yang panjang. Kajian terbaru dalam Journal of Nutrition melaporkan seorang dewasa yang mengambil makanan dengan kandungan polifenol tinggi mempunyai 30% peluang untuk hidup lebih lama. Polifenol dalam mikronutrisi banyak terkandung dalam buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, bijian, bijirin, kopi dan teh. Bukti mencadangkan polifenol turut menyumbang kepada pencegahan kanser, penyakit kardiovaskular, inflamasi, osteoporosis, dan pelbagai penyakit degeneratif lain.

Diet yang kaya dengan polifenol termasuk pengambilan 650 milligram sehari. Berikut adalah senarai sumber makanan yang kaya polifenol dengan mg/100 g dalam satu hidangan:

Serbuk koko (3448 mg)
Coklat gelap / dark chocolate (1766 mg)
Buah zaitun hitam (569 mg)
Buah zaitun hijau (346 mg)
Hazelnut (495 mg)
Pecans (493 mg)
Tepung soya (466 mg)
Plum (377 mg)
Ceri (274 mg)
Artichokes (260 mg)
Beri hitam (260 mg)
Strawberi (235 mg)
Raspberi merah (215 mg)
Red chicory / radicchio (235 mg)
Tepung gandum (201 mg)
Badam (187 mg)
Anggur hitam (169 mg)
Bawang merah (168 mg)
Epal (136 mg)
Bayam (119 mg)




Rempah dan herba seperti ulas, rosemary, oregano, dan lain-lain ramai yang kaya dengan polifenol, menjadikan pemakanan anda lebih kaya dengan khasiat. Begitu juga minuman yang mengandungi polyphenols terutama kopi, teh hijau dan hitam. Jus gelap dan jus limau adalah pilihan yang baik, tetapi untuk menyimpan kalori, elakkan pengambilan gula tambahan.



KLIK SINI untuk artikel penuh.

Artikel - Lagi Super Abiliti? Selamatkan Pakcik Basikal :-)

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images

Video ihsan: Yahoo Entertainment, Youtube
 


Assalamualaikum.....

Fuiiyyooo!! Satu lagi abiliti super? Biar betul!


Hehh! Aku ker?? Hehehehe.... (Perasan!)


Dalam satu lagi artikel di Yahoo News baru-baru ini memaparkan kejadian di China yang dirakam menerusi CCTV, memaparkan satu imej lelaki dengan baju berhud dengan sepantas kilat (seperti The Flash) menyelamatkan seorang penunggang basikal daripada dirempuh lori di satu persimpangan. 





Pun begitu, jangan cepat panik. Video ini hanyalah tipu sahaja, bukan betul pun :-) kerana ia dihasilkan adalah sebahagian daripada promosi permainan video terbaru mereka iaitu Zhu Xian 2.

Hehehe...


KLIK SINI untuk selanjutnya.

Hidupan Liar - Imej Matahari Bersama Paus Humpback

Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Grind TV

 


Assalamualaikum.....

Katie Dunbar mengambil kesempatan merakamkan foto seekor paus humpback di Monterey Bay ketika matahari terbenam. Fotonya yang menakjubkan ini disifatkan ramai sebagai mungkin sesuai diletakkan dalam risalah pelancongan. Pun begitu, Katie mengesahkan fotonya ini tidak disunting menggunakan Photoshop dan hanya menggunakan kamera Canon 7D dengan lensa 70-200mm f/4L USM.








KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Monday, October 28, 2013

Artikel - Siput Gondang: Perosak Tanaman Padi

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....








Satu lagi info pertanian diperoleh ketika diadakan Ekspo HPPNT pada September 2013 yang lalu.

Siput gondang - haiwan perosak tanaman padi. Telurnya yang berwarna merah adalah puncanya yang akan makan dan rosakkan padi.

DI SINI ada sedikit info tentang tanda serangannya.

Berita - Kunci Kepada Kekebalan Biologi?

Kredit kepada: Yahoo Health
Gambar ihsan: Yahoo Health


Assalamualaikum.....

Kadar pembesarannya adalah 1/5 berbanding manusia normal.




Gabby Williams berusia hanya 8 tahun tetapi memiliki kulit seperti bayi yang beratnya 11 paun. Satu keadaan genetik yang jarang berlaku yang menyebabkan para doktor kebuntuan dalam memberikan penjelasan. Penyakitnya menyebabkan Williams tidak melalui proses penuaan secara fizikal bermula sejak dia dilahirkan. Williams berkongsi keadaannya hanya dengan beberapa orang di seluruh dunia, termasuk seorang lelaki berusia 29 tahun dari Florida yang mempunyai tubuh budak 10 tahun dan seorang wanita berusia 31 tahun dari Brazil. Ketika para komuniti perubatan belum menemui punca gangguan genetik yang dihadapi oleh Williams dan yang lain sepertinya, kajian mengenai gangguan genetik ini sedang dilakukan bagi mengatasi proses penuaan. 

Lihat dari sudut kromosom, ia membahagi ketika sel membahagi. DNA yang pecah adalah berbahaya kerana sel ini yang mempunyai kebolehan untuk membaiki mana-mana kromosom yang rosak. Tanpa telomeres, sel akan tersilap mengesan DNA yang rosak dalam kromosom. Tindakbalas itu akan membuatkan kromosom berhenti membahagi bersama sel lain dan mati.

Hasil daripada mengatasi perkembangan inersia bukanlah panjang umur, tetapi ia lebih bermaksud proses penuaan itu berlaku dengan risiko mendapat kanser dan penyakit pada kadar yang lebih rendah. Dalam kes Gabby Williams yang lambat melalui proses pertumbuhan, doktor tidak boleh terlalu yakin berapa lama lagi dia mampu hidup. 


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Artikel - Satu Kupasan: Abiliti Super Bakal Jadi Realiti Buat Manusia?

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 


Assalamualaikum.....






Kalau sesiapa yang sudah menonton filem Iron Man 3, dipaparkan Tony Stark menggunakan satu pendekatan teknologi yang membolehkannya 'memanggil' dan mengawal komponen sut perisai terbarunya, Mark 42 hanya dengan menggunakan gelombang otak. Teknologi berkenaan yang digelar brain-computer interface (BCI) ada didedahkan dalam satu artikel di Yahoo News. Anda boleh bacanya DI SINI. 

Terkini, satu lagi kajian mengatakan kebolehan seperti mana dalam watak-watak filem X-Men mungkin satu hari nanti bukan lagi fantasi. Ini kerana isyarat rasa yang diterima oleh manusia mahupun haiwan, yang dibawa menerusi organ-organ seperti hidung akan diproses dan diterjemah oleh otak. Organ ini katanya boleh dipertingkatkan, diganti atau dicipta bagi memberikan kelebihan super kepada pengguna.

"Otak tidak kisah tentang apakah peralatan yang anda akan gunakan, seperti mata, hidung, mulut atau telinga," kata pengkaji dan saintis neuro, David Eagleman, dari Baylor College of Medicine di Texas, pada satu persidangan pada 28 September lalu yang memfokuskan pada persoalan dan misteri mengenai manusia. 

Katanya haiwan menjalani kehidupan secara berbeza. Contohnya kelawar menggunakan bunyi untuk navigasi, lembu merasai medan magnetik bumi menggunakan kompas magnetiknya. Sekarang ini saintis sedang mengkaji persamaan antara otak manusia dan haiwan dalam usahanya membangunkan teknologi yang bakal memberikan kelebihan deria yang lebih luas. 

Teknologi baru ini yang dikenali sebagai Brainport mentafsir data visual kepada maklumat deria yang dihantar ke otak melalui elektrod pada lidah.


KLIK SINI untuk selanjutnya.

Friday, October 25, 2013

Seni & Kreativiti - Place Hacker: Foto Dari Perspektif Pelik

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....

'Place Hackers' merupakan sebahagian daripada pergerakan urban bentuk baru yang kini aktif dari UK ke Australia sebelum ke US. Penjelajah urban ini mencari keseronokan sambil sanggup berdepan bahaya di tempat yang kebanyakan orang tidak sanggup untuk pergi, antaranya bekas tapak pengkalan tentera, bandar lama bawah tanah, tinggalan hospital, stesen janakuasa mahupun bangunan pencakar langit yang masih dalam pembinaan.

Gila kan??



















KLIK SINI untuk lebih banyak foto.

Seni & Kreativiti - Kartun Kertas Yang Didengkikan :-D

Kredit kepada: Blog Sah dan Tak Sah
Gambar ihsan: Blog



Assalamualaikum.....

Bila watak kartun didengkikan... hahahaha














KLIK SINI untuk lebih banyak foto.

Artikel - Kegagahan Saidina Ali k.w. Yang Harus Dijadikan Iktibar

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg


Assalamualaikum....

Nama penuh Saidina Ali bin Abi Talib ada tercatat dalam buku BELIEVE IT OR NOT! THE MOST PWERFUL POTENTATE IN ALL HISTORY!!

Kisah kepahlawanan Saidina Ali dalam Perang Khaibar..

Ali pun mengatur taktik untuk menawan benteng Yahudi itu. Bila mana Ali maju ke hadapan benteng, maka keluarlah Marhab (pahlawan ulung Yahudi) dengan bersajak...


Maka perlawanan pun bermula dan seperti biasa jaguh mana yang hebat sekalipun tetap kalah dengan Saidina Ali. Jadi, kaum-kaum Yahudi yang berlindung di sebalik benteng-benteng mereka terus kecut, kemudian Ali pun menyeru supaya tentera Islam menggempur benteng yahudi itu.

Bila maju ke hadapan, ada seorang lagi pahlawan yahudi datang dan menjatuhkan perisai Ali dari tangannya dan terus menyerang Ali dan hendak membunuhnya, tetapi Ali terus mempertahankan diri dengan berteriak Allahuakbar! lalu MENCABUT PINTU GERBANG KOTA Khaibar!! Pahlawan itu sungguh terkejut bila melihat pintu gerbang benteng mereka dicabut. Sewaktu memikirkan hal demikian yang tidak logik itu, Ali pun terus memberikan satu pukulan kepada pahlawan Yahudi itu lalu dia pun mati di situ juga. 

Jadi, tentera Islam pun terus mara dan tentera Yahudi terus panik. Tidak lama kemudian kota tersebut terus ditawan dan orang-orang Yahudi menyerah diri.

Jadi, benarlah kata Nabi bahawa benteng-benteng Yahudi akan jatuh ke tangan pahlawan yang mencintai Allah dan dicintai Allah.

Semua orang-orang di situ hairan bagaimana pintu gerbang tersebut boleh dicabut oleh Ali dan dijadikan perisai (tangan kiri). Akhirnya, dia membuangnya di tepian jalan dan bila mana sahabat-sahabat yang berjumlah 8 orang cuba mengangkat, mereka semua tidak mampu! Subhanallah!

Kisahnya juga dicatatkan dalam Ripley's Believe It or Not.

Artikel - Zina Akan Berterusan Meskipun Sudah Diijabkabul

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images

 


Assalamualaikum.....

BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP SEBAGAI SEORANG BERNAMA ISLAM JANGAN TERUSKAN DLM KEJAHILAN.




Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak “pregnant luar nikah”, cepat -cepat dikahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1: Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan..

Soalan 2: Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia  mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2:  Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3: Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3: Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4: Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4: Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5: Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5: Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6: Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6: Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya..

Soalan 7: Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7: Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8: Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8: Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9: Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9: Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.


Kesimpulannya: Ibu bapa, saudara mara, orang-orang kampung, tok-tok imam, tok-tok kadi dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan sama ada di dunia atau pun di akhirat... .

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serius. Dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.  

Wednesday, October 23, 2013

Artikel - Komuniti Foto NATGEO Dilancarkan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....

Majalah National Geographic meraikan ulangtahun ke 125 bulan ini dengan mengetengahkan foto-foto yang memaparkan kuasa fotografi. Majalah ini mengalihkan sambutan ulangtahunnya dengan melancarkan platform bagi perkongsian foto, Your Shot, yang membolehkan para peminat fotografi berhubung dengan para jurufoto dan editor menerusi tugasan secara maya dan boleh terus mendapatkan maklum balas tentang kerja mereka selain turut serta dalam ruang komuniti berasaskan fotografi yang unik.














KLIK SINI untuk artikel penuh.

Paranormal - 'Pembersihan' Hospital Putrajaya

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....


Di sebalik arus kemodenan dan kecanggihan yang dimiliki bandar ini, pihak pengurusan hospital ini terpaksa beralah bila berdepan dengan perkara ghaib, menyebabkan pihak hospital berkenaan memanggil ahli dari pusat perubatan Islam bagi 'membersihkan' hospital ini daripada gangguan yang dihadapi minggu lalu. 

Pihak hospital ini telah menjemput lebih kurang 40 orang pakar perubatan Islam dari pusat Darussyifa' dari Bangi bagi 'memagar' kawasan hospital ini ekoran daripada aduan yang diterima pihaknya sejak 2 tahun lalu. 

Darussyifa' ialah pusat rawatan Islam yang menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dan kaedah berlandaskan al-Quran dalam proses rawatan yang dilakukan, yang diketuai oleh Ustaz Datuk Dr Haron Din, yang juga ketua perubatan Islam PAS. Seorang lagi perawat dari pusat berkenaan yang enggan dikenali berkata sesi rawatan dalaman melibatkan doa-doa, zikir dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Air Yasin daripada bacaan surah Yasin adalah antara yang biasa digunakan dalam proses rawatan, kemudian direnjiskan pada kawasan-kawasan yang terdapat gangguan secara lawan arah jam seperti melakukan tawaf ketika haji di Mekah. 

"Kita hanya tunjukkan bagaimana kaedahnya, selebihnya akan dilakukan oleh pihak pengurusan," kata perawat berkenaan, mencadangkan proses 'memagar' ini dilakukan selama tiga hari berturut-turut. Dalam masyarakat Melayu, sebelum adanya teknologi moden hari ini, makhluk halus seperti jin sering disalahkan sebagai punca gangguan. Apabila dihubungi, pihak hospital enggan mengulas lanjut, namun menjelaskan kehadiran pihak Darussyifa' dan Ustaz Datuk Dr Haron Din. 

Walaupun Darussyifa' bukan badan yang mengejar keuntungan dan menawarkan perkhidmatannya secara percuma, pihak hospital juga enggan mengulas sama ada memberikan apa-apa bayaran atau sumbangan. Ramai di kalangan petugas hospital berkenaan juga enggan memperkenalkan diri apabila ditanya ekoran polisi ketat hospital ini bila berdepan dengan media, namun ramai yang bersikap tidak acuh mengenai gangguan. Ada yang menganggapnya sebagai biasa. 

Ada juga yang bertugas pada syif malam menceritakan mendengar bunyi bising pelik dan melihat penampakan. Kawasan lain yang dikatakan ada gangguan ialah di tingkat 5, tempat petugas yang bertugas tidur. Cerita yang biasa didengar  ialah mereka nampak wanita cantik berambut panjang dilihat di luar koridor Institut Kanser Nasional (IKN) yang dipanggil 'Shasha', dengan pakaian putih atau kuning yang kebetulan sama dengan warna dinding luar bangunan itu. Dilaporkan jumlah aduan meningkat sejak pembinaan IKN bermula September 2010.




KLIK SINI untuk artikel penuh.

Wordless Wednesday - Offended

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum......





Wordless Wednesday - Shiny

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum.....