MY FOLLOWERS

Monday, July 29, 2013

Berita - Karnival Semarak Jawi KKKT 17-24.7.2013

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....








Pada 17.7.2013 baru-baru ini, Kolej Komuniti Kuala Terengganu telah mengadakan Karnival Semarak Jawi. Majlis perasmian pembukaannya telah diadakan pada petang 17.7.2013 bertempat di Dewan Besar KKKT dan dihadiri oleh pensyarah, staf dan para pelajar kolej ini. Karnival ini diadakan bagi membuka minda semua yang terlibat akan peri pentingnya mengenali dan tahu membaca serta menulis tulisan jawi sebagaimana yang diamalkan generasi terdahulu yang menggunakannya bukan setakat ketika mengaji al-Quran malah juga dalam pengajaran dan bahan-bahan bacaan Bahasa Melayu seperti buku-buku dan akhbar.

Karnival ini diadakan dari 17-24.7.2013. Antara aktiviti yang diadakan bagi menyemarakkan lagi karnival ini ialah pertandingan menulis khat jawi, pertandingan mewarna khat jawi, pertandingan membaca ayat kursi, pertandingan membaca dan menulis dari jawi ke rumi, pertandingan teka silangkata jawi serta pameran khat jawi yang diadakan di Pusat Sumber KKKT. Hadiah menarik disediakan kepada para pemenang. Hadiah disampaikan pada hari terakhir karnival ini iaitu ketika majlis perasmian penutup karnival ini. 

Sesudah selesai, hari terakhir ini diteruskan dengan diadakan majlis berbuka puasa dan solat tarawih. Kurma dan bekalan air mineral disediakan kepada hadirin bagi berbuka puasa sebelum diteruskan solat maghrib di Dewan Besar KKKT. Selesai solat, para hadirin dijemput untuk majlis makan yang diadakan di perkarangan kolej. Antara hidangan disediakan ialah nasi berlauk, kuih-muih, cendol dan air batu campur. Majlis pada malam ini diakhiri dengan solat tarawih di Dewan Besar KKKT.

Kesihatan - Kebaikan Halia

Kredit kepada: Yahoo News Malaysia
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.......



Memang terbukti halia adalah satu asas makanan yang pasti ada di dapur anda. Halia bukan sahaja digunakan dalam masakan dan minuman, tetapi dalam ubat – ubatan tradisional juga.

Menurut seorang doktor di India, halia yang kaya dengan mineral bermanfaat seperti kalsium, fosforus, besi, magnesium, zat besi dan beberapa mineral penting yang lain . Disebabkan itu juga, halia sangat popular di kalangan masyarakat India untuk mengubati masalah penghadaman dan juga pernafasan.

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa tips untuk anda pelbagaikan penggunaan halia. Lihat senarai di bawah.

Halia sebagai pembuka selera
Apabila anda makan halia sebagai pembuka selera, ia dapat mengelakkan anda daripada diserang penyakit pedih hulu hati selepas makan. Ia juga meningkat sistem penghadaman anda dengan membuang toksin. Cara makannya, hiris halia dan sejukkan seketika. Jika anda tidak tahan rasa pahitnya, gaulkan dengan sedikit gula dan perah sedikit air limau nipis dan kunyah halia sebelum makan.

Halia pengganti ubat selsema dan batuk
Jika tiba-tiba anda diserang selsema dan batuk di tengah malam dan tidak mempunyai ubat batuk di rumah, apa yang ada boleh buat adalah rebus halia dan minum jusnya. Terbukti halia akan membantu menghilangkan batuk dan selsema anda sekurang-kurangnya sehingga esok pagi. Halia juga membantu mengurangkan pening kepala termasuk migrain. Jadi, sesiapa yang susah makan ubat, boleh cuba tips ini.

Halia mengurangkan rasa loya ketika perjalanan jauh
Mungkin ada di antara anda yang berasa loya apabila memulakan perjalanan jauh. Tak kira la sama ada menaiki bas, kereta, kapal terbang ataupun bot. Jika ada mengalami rasa loya itu, kemam halia dalam mulut anda. Halia akan memudahkan enzim percernaan yang membolehkan proses pencernaan dengan cepat. Halia juga dapat membantu anda menstabilkan kembali rasa loya tersebut.

Halia pengubat sakit otot
Halia kering mempunyai analgesic dan anti radang yang digunakan secara terapeutik untuk mengurangkan sakit sendi dan radang artritis. Lebihkan penggunaan halia dalam masakan anda ketika anda mengalami sakit ini. Sedikit sebanyak ia dapat meredakan sakit anda. 


Sumber artikel ini.

Ramadhan 2013 - Hikmah Berpuasa

Kredit kepada: Yahoo News Malaysia
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum......


Dalam Islam, amalan untuk berpuasa menjadi wajib, iaitu ketika di bulan Ramadan. Berpuasa itu pula diwajibkan ke atas setiap orang Islam yang berakal dan sudah cukup umur. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al Baqarah, ayat 183 yang bermaksud ‘…wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ia telah diperintahkan ke atas umat yang terdahulu, agar kamu bertakwa…’

Walaupun umat Islam menyedari akan kewajipan untuk berpuasa, dan mereka melaksanakan amalan itu sebagai melaksanakan satu kewajipan yang dituntut, namun pada hakikatnya, amalan berpuasa itu mempunyai pelbagai hikmah dan kebaikan dari sudut kesihatan dan kesejahteraan, sama ada dari segi fizikal, mahupun mental, sosial dan kerohanian.

Sebagaimana yang dimaklumi bahawa amalan berpuasa itu ialah menahan diri dari sebarang aktiviti makan dan minum pada siang hari, serta apa jua amalan yang boleh membatalkan puasa itu juga, yang bermula dari terbitnya fajar, sehinggalah terbenamnya matahari, dan ia dilaksanakan untuk tempoh selama sebulan, iaitu di sepanjang bulan Ramadan.

Di sepanjang tempoh ini, umat Islam dilatih untuk mengamalkan satu bentuk atau corak tingkahlaku berkaitan pemakanan. Mereka juga dilatih untuk mengamalkan tingkahlaku berkaitan perbuatan yang berkaitan dengan aktiviti sosial dan aspek psiko-spiritual.

Oleh yang demikian, bulan ini dilihat sebagai satu bulan yang istimewa dan berbeza dari bulan-bulan yang lain, khususnya dari segi aktiviti yang dilakukan, malah ia juga dilihat sebagai satu bulan yang melatih dan mendidik individu itu agar dapat menjadi seorang individu yang lebih baik dari segi kehidupan, personaliti, dan pemikiran mereka.



Bagaimana amalan berpuasa boleh memberikan kesihatan yang lebih baik kepada individu? Jika seseorang individu itu berpuasa, ia sebenarnya telah memberikan satu ruang kerihatan kepada tubuh badan. Dalam tempoh sebulan itu, hampir separuh atau keseluruhan aktiviti tubuh badan telah diberikan kerihatan. Apabila berpuasa, individu tidak mengambil sebarang makanan atau minuman, dan ia membantu sistem penghadaman untuk berehat dan bekerja sendiri untuk memperbaiki keberkesanan fungsi sistem itu sendiri.

Ini kerana apabila tiada berlaku sebarang aktiviti penghadaman ketika berpuasa, lemak dan glukos yang terdapat di dalam hati dan tubuh badan individu akan menjadi sumber tenaga yang utama.

Penggunaan sumber ini sebenarnya memberikan kesan yang lebih baik kepada mereka, khususnya dari segi pembakaran lemak dan penghapusan kolesterol serta kandungan gula berlebihan dari tubuh badan.

Oleh kerana amalan ini akan mengurangkan kadar gula, ini bermakna ia akan seterusnya mengurangkan risiko penyakit kencing manis dan masalah berkaitan berat badan.

Amalan berpuasa ini juga akhirnya akan membersihkan semua organ-organ berkaitan dan tubuh badan mereka dari kesan buruk akibat dari kewujudan bahan-bahan toksik dan tercemar yang kebanyakannya berpunca dari tabiat pemakanan yang tidak sihat.

Nabi Muhammad S.A.W. ada bersabda yang bermaksud bahawa …tiada sesuatu yang lebih buruk bagi seseorang anak Adam itu dari apa yang lebih diperlukan oleh isiperutnya yang apabila ia makan, hendaklah satu pertiga perutnya itu adalah untuk makanan, satu pertiga adalah untuk minuman dan lebihan satu pertiga lagi untuk udara bagi ia bernafas…

Selain dari sistem penghadaman, sistem perkumuhan juga telah berpeluang untuk melakukan proses penyahtoksikan sendiri hasil dari amalan berpuasa ini. Proses ini berlaku apabila buah pinggang tidak perlu lagi bekerja keras sepanjang masa, sebaliknya menggunakan tempoh berpuasa ini untuk membuang segala sisa-sisa buangan yang toksik dari sistem perkumuhan ini.

Seterusnya, amalan berpuasa ini juga memberikan kesan yang lebih baik bagi perokok, bukan hanya ia mengurangkan kesan toksik merokok, malah ia melatih golongan ini untuk terus berhenti dan meninggalkan terus kegiatan yang kotor ini. Ketika berpuasa selama 12 jam, mereka telah pun berhenti dari merokok. Ketika berbuka, mereka tidak mencari rokok pun, malah, selepas selesai solat sunat terawih dan sahur, mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk merokok, dan ia bukan satu masalah bagi mereka.

Sesuatu yang lebih baik jika mereka terus berhenti merokok buat selamanya, bermula dari hasil amalan berpuasa didikan bulan Ramadan yang mulia ini. Ia memberi kebaikan, bukan sahaja kepada aspek kesihatan fizikal, tetapi juga meningkatkan kekuatan dan kekebalan aspek psiko-spiritual mereka.

Berlandaskan kepada kekuatan kerohanian, mereka telah meletakkan bahawa pada bulan ini, keutamaan mereka adalah kepada amalan berpuasa dan berusaha memenuhi segala tuntutan fizikal dan rohani agar bersesuaian dengan fitrah dan syariat puasa, bukannya tuntutan untuk merokok semata-mata.

Selain dari kesan baik kepada aspek fizikal, amalan berpuasa juga memberi kesan yang positif kepada aspek mental dan emosi. Umat Islam diajar agar tidak merosakkan ibadah puasa mereka. Bagi mengekalkan pahala puasa itu diterima Allah, mereka diingatkan untuk melkasanakan pelbagai bentuk ibadah, dan juga meninggalkan semua perbuatan yang boleh membatal atau mengurangkan pahala puasa itu.

Jika tidak, amalan puasa mereka menjadi sia-sia dan tidak mendapat sebarang ganjaran pahala melainkan hanya berlapar dan dahaga semata-mata. Bagi mendapatkan pahala puasa golongan khususil khusus, iaitu berpuasa setaraf golongan para nabi dan rasul, mereka perlu melakukan amalan yang meningkatkan pahala puasa seperti memperbanyakkan ibadah, melakukan amalan-amalan sunat, tidak berfikir negatif, tidak marah, dan elakkan dari berkata-kata sesuatu yang sia-sia dan merosakkan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari, Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda yang bermaksud …puasa adalah menahan diri, apabila sesorang dari kamu berpuasa, maka hendaklah ia menjauhkan dari perbuatan yang tidak elok dan percakapan yang sia-sia, dan jika ada seseorang yang mencela dan mengajak kamu untuk bertelagah, maka hendaklah kamu ucapkan aku berpuasa…

Dari hadis itu, amalan berpuasa sebenarnya boleh dianggap sebagai satu amalan yang menggalakkan manusia untuk berbuat kebaikan sentiasa, dan ia bermula pada peringkat dalaman individu, atau dalam lain perkataan, sebagai amalan bagi mendidik manusia untuk membina kekuatan mental dan emosi ke arah yang lebih baik lagi.

Kekuatan dalaman yang kukuh adalah prasyarat untuk meneruskan mujahadah dalam beribadah dan untuk menjadi seorang hamba yang penuh ketaatan tanpa bantahan. Ia juga merupakan benteng bagi menangkis segala godaan dalam hidup.

Amalan berpuasa juga sebenarnya merancakkan lagi pertumbuhan emosi yang positif di kalangan manusia. Ketika berbuka puasa, ia adalah satu bentuk kenikmatan dan kegembiraan yang Allah beri kepada orang yang berpuasa. Semua orang yang berpuasa menantikan ketibaan saat kegembiraan itu.

Mereka menantikannya dengan penuh rasa gembira, seronok dan penuh mengharap. Emosi yang positif seperti ini amat baik kerana ia memberi kekuatan bagi meneruskan kehidupan menuju pengabdian dan penghambaan kepada Allah Yang Maha Berkuasa dan Agung. Ia juga memberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan hari esok dengan penuh rasa yakin dan gembira.


Sumber artikel ini.


Monday, July 22, 2013

Artikel - Kesilapan Si Peragut Yang Sepatutnya Berlaku! :-D

Kredit kepada: Yahoo News Malaysia
Gambar/video ihsan: Yahoo News Malaysia


Assalamualaikum.............

Kahkahkahh!

Peringatan kepada kaki ragut dan manusia yang segolongan dengannya! Tersilap cari mangsa, buruk padahnya!

Ini merupakan antara berita yang menarik yang dipaparkan di Yahoo News Malaysia hari ini. Seorang lelaki yang cuba meragut telefon bimbit seorang wanita yang sedang bersandar pada dinding berdekatan laluan masuk menerima padah apabila wanita berkenaan bertindakbalas memukulnya semula dengan begnya beberapa kali sebelum menyepak dengan kasar bahagian 'batu'nya yang menyebabkannya terduduk. Dia kemudian disepak lagi menyebabkannya terlentang dan tewas. Wanita berkenaan mengambil semula telefonnya sebelum berlalu.. 

Insiden ini dirakamkan menerusi sebuah kamera CCTV yang tidak dinyatakan lokasinya.


Bedebukk! Kena sepak dekat 'batu' :-D

Habuan kedua..

Tergolek!


KLIK SINI untuk videonya.

Artikel - Saintis Temui Planet Baru

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.........


Buat pertama kalinya, saintis dapat melihat warna sebenar sebuah planet asing. Planet ini yang dipanggil HD 189733b — berada pada jarak 63 tahun cahaya dari Bumi dan berwarna biru kobalt dengan diselubungi ribut dan angin kuat pada kelajuan tinggi. 

Pasukan kajian mendapati warna planet ini setelah mengukur cahata yang dipantulkan dari permukaan planet itu. "Kami dapati keterangan warna seluruh sistemnya berada pada bahagian biru spektrum warna apabila planet ini melintasi belakang bintangnya," kata Tom Evans, ketua kajian dari University of Oxford, U.K. dalam satu kenyataan yang diterbitkan dalam Astrophysical Journal Letters keluaran 1 Ogos. 


KLIK SINI untuk selanjutnya.

Kesihatan - Hilangkan Mengantuk Tanpa Kopi

Kredit kepada: Yahoo Smallbusiness
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....



Terdapat 12 cara yang dicadangkan dari segmen Small Business Advisor di Yahoo. Mungkin ada antara cara ini berkesan kepada anda, terutama kepada sesiapa yang tidak minum kopi:

Pergi ke luar
Menghadap pc bagi satu tempoh mungkin akan penatkan kepada anda. Pergilah keluar berjalan-jalan dan luangkan 10-15 minit sebelum kembali bekerja.

Lakukan aktiviti fizikal
Lakukan senaman ringan, boleh cuba lompat tali skipping atau sedikit yoga atau turun naik tangga.

Senaman otak
Jika tidak boleh buat secara fizikal, buat sedikit senaman untuk otak. Cuba buat silangkata atau main Sudoku.

Berseronok sekejap
Cuba minum minuman sejuk ditambah dengan lemon. Renjiskan sedikit ke muka, pergelangan tangan atau sedut sahaja kiub ais.

Berehat dengan sedikit snek
Elakkan ambil snek yang berkarbohidrat dan bergula. Sebaliknya, cuba protein beraroma dan buah-buahan.

Kejutkan adrenalin
Tonton trailer filem seram yang boleh berikan kejutan kepada adrenalin anda :-)

Gerakkan tubuh anda
Mungkin cara anda duduk ketika bekerja itu terlalu relaks. Betulkan kedudukan kerusi anda, silangkan kaki atau alihkan sekejap dan buat kerja secara berdiri.

Sedikit minyak
Simpan losyen yang ada bauan yang kuat seperti jasmin, peppermint, atau sitrus. Jika baunya kuat, sapukan sedikit pada atas bibir untuk dihidu untuk membangkitkan dan segarkan deria anda. Pastikan ia tidak mengganggu rakan-rakan anda. Jauhi bau lavender kerana akan buatkan anda mengantuk.

Pasangkan lagu
Dengarkan lagu-lagu kegemaran anda sekitar 10 minit.

Ketawa
Bergurau senda sambil melayan lawak jenaka dengan rakan-rakan sekerja anda. Ketawa akan membuatkan badan melepaskan endofrin yang akan menyegarkan anda. Jika tidak boleh, tonton video lucu sekejap.

Beli-belah online
Memikirkan untuk buat sesuatu untuk orang lain mungkin membantu :-)

Telefon orang tersayang
Perhubungan secara emosi - tarikan semulajadi yang mungkin membantu.



KLIK SINI untuk selanjutnya.

Sekadar Luahan - Dah Tutup (T___T)"

Kredit kepada: Yang berkaitan
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.........


Sengaja buka laman ini namun kini secara rasmi laman jiwang.org  yang terkenal ini sudah tiada lagi di alam siber. BACA SINI  Kiranya pihak berkuasa sudah pun menamatkan riwayatnya.

Ada boleh ikuti berita mengenai penutupannya di sini:
http://www.melvister.com/2013/06/laman-web-jiwang-org-ditutup-akibat-kandungan-hakcipta.html
http://www.melvister.com/2011/06/senarai-laman-web-disekat-skmm-malaysia.html
http://www.buntai.info/2013/06/laman-sesawang-perkongsian-terbesar-di.html
http://zaag2010.blogspot.com/2013/06/jiwangorg-kini-telah-ditutup.html
http://busuk.org/ping/view/85636
http://ohartis.com/2011/06/rim-minta-kerajaan-memusnahkan-laman-forum-jiwang-org/


Beberapa laman web/blog lain juga sudah mengucapkan R.I.P. (rest in peace) kepada laman web yang terkenal dengan bahan-bahan muat turun filem dan drama ini. Sobb..sobb..





Sekadar pertanyaaan, adakah anda rasa penutupan ini akan menghentikan atau menyekat kewujudan laman-laman sebegini lagi di masa akan datang? Saya sendiri pun susah untuk katakan ia tidak akan berulang lagi.

Wallahualam ........

Saturday, July 20, 2013

Artikel - Kebenaran Tentang Si Kidal

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....






Hampir 90% penduduk dunia hari ini menggunakan tangan kanan. Ini menjadikan kehidupan bagi selebihnya iaitu pengguna tangan kiri atau kidal sedikit rumit. Setiap hari, mereka-mereka yang kidal berdepan cabaran yang tidak dilalui oleh pengguna tangan kanan. Contohnya menggunakan gunting atau bermain gitar. 

Kenapa bilangan orang kidal sedikit? Salah satu teori menyatakan ia adalah disebabkan oleh genetik. Saintis menyatakan terdapat dua genetik berkaitan yang menentukannya iaitu gen D yang menentukan seseorang itu pengguna kanan manakala gen C yang menentukan sama ada seseorang itu kidal atau sebaliknya. Walaubagaimanapun, gen D amat biasa dalam satu-satu populasi. Namun bila Gen C terlibat, terdapat peluang 50-50 seseorang itu menjadi pengguna kanan atau kidal.

Satu lagi teori ada kaitan dengan otak. Otak terdiri daripada sebelah kanan dan kiri. Sekiranya sebelah kiri lebih dominan, kemungkinan besar seseorang itu menjadi pengguna tangan kanan. Sekiranya kidal, ia lebih kompleks. 70% di kalangan kidal juga mempunyai otak sebelah kiri yang dominan, manakala 30% lagi mempunyai otak sebelah kanan yang dominan atau terbahagi sama rata antara kedua-dua belah. 

Walaubagaimanapun, jika anda dilahirkan dengan keutamaan ke arah kidal, anda masih boleh dilatih untuk menjadi pengguna sebelah kanan. Kenapa begitu? Sebabnya ada yang berpendapat jika menjadi kidal, anak-anak mungkin sukar untuk belajar menulis huruf atau seumpamanya.

Sekitar abad ke-18 dan 19, mereka yang kidal dianggap seperti 'cacat' dan untuk mengelakkan keadaan itu, anak-anak dilatih untuk menggunakan tangan kanan. Pada hari ini pun, jika anda rujuk ke laman Thesaurus.com, ia turut menyatakan kidal itu pelik atau jahat. Namun bukan semua mitos itu menceritakan yang negatif kerana ada satu mitos mencadangkan mereka-mereka yang kidal itu lebih kreatif dan lebih bijak berbanding mereka-mereka yang menggunakan tangan kanan. Sehingga kini, kajian sains masih belum menemui apa-apa kebenaran berkenaan perkara ini. Pada satu kaji selidik yang dijalankan pada 2013 di New Zealand mendapati dari aspek personaliti, tidak kiralah sama ada seseorang itu kidal atau tidak, semuanya sama. Berbezanya kehidupan si kidal sedikit sukar terutama apabila mengguanakan barang-barang yang banyaknya dibuat untuk pengguna tangan kanan. 

Setiap tahun pada 13hb Ogos 1992, sambutan diadakan sebagai sokongan kepada yang kidal bagi meningkatkan kesedaran akan kesukaran yang dihadapi oleh orang kidal dalam kehidupan seharian. 



KLIK SINI untuk selanjutnya.

p/s: Penulis pun kidal juga :-)

Kesihatan - Penggunaan Kanabis Boleh Menyebabkan Radang Otak

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....


 

Satu kajian baru terhadap haiwan mencadangkan penggunaan marijuana yang kronik mungkin menyebabkan keradangan otak yang boleh menjurus kepada masalah lain seperti koordinasi dan pembelajaran. Kajian ini juga menunjukkan kenapa keradangan otak membawa kepada masalah motor dan pembelajaran dan ada jawapan yang mengejutkan iaitu kanabis mengaktifkan sel-sel imun yang memainkan peranan terhadap bagaimana bahagian otak yang dipanggil sereberum berfungsi.
Dalam kajian ini, tikus diberikan sejenis bahan aktif dalam marijuana dipanggil delta9-tetrahydrocannabinol, atau THC, dan ia diberikan selama 6 hari. Kemudian, tikus ini diuji dengan beberapa tugasan untuk mengetahui tahap koordinasi dan kemampuannya untuk belajar yang dikaitkan dengan bunyi dan angin. 

Tikus yang diberikan THC menunjukkan kemerosotan dalam kedua-dua tugasan. Pengkaji juga mendapati THC mengaktifkan sel-sel mikroglial yang merupakan sel-sel imun dalam sereberum, yang mengurangkan keradangan pada sereberum yang menyebabkan masalah pembelajaran dan koordinasi. Walaubagaimanapun, masalah ini diatasi apabila pengkaji menggunakan dadah bagi menghalang sel-sel mikroglial daripada aktif. Hasil kajian ini mencadangkan pendekatan baru yang menarik bagi merawat kesan sampingan akibat kanabis. Pengkaji mendapati kesan sampingan ini hilang apabila tikus tidak lagi diberikan THC.  

Penggunaan kanabis secara kronik diketahui mengurangkan jumlah reseptor yang menjurus kepada pengaktifan sel-sel mikroglial. Lebih ramai pengkaji diperlukan untuk mengetahui apakah jenis masalah yang dialami dalam kehidupan seharian terutamanya yang sukar dikesan.


KLIK SINI untuk selanjutnya.

Artikel - Warisan Dunia Yang Semakin Pupus

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum........

Tapak warisan dunia yang diiktiraf UNESCO kini berada dalam bahaya. Walaupun ia merupakan warisan yang bernilai sepanjang zaman, kebanyakannya dalam bahaya, terancam dengan aktiviti rompakan, pembangunan, perubahan iklim atau kurangnya atau tidak lagi dapat menampung kedatangan pelancong. 


Pulau Galapagos, Ecuador

Petra, Jordan

Memphis dan Necropolis, Mesir

Great Barrier Reef, Australia

Tembok besar China

Taman Negara Everglades, USA

Angkor, Kemboja

Bandar lama Jerusalem, Israel

Machu Picchu, Peru

Rio Platano Biosphere Reserve, Honduras


KLIK SINI untuk lebih lanjut.

Tuesday, July 16, 2013

Artikel - Pohon Tempat Rasulullah Berteduh

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum..........



Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW, Pohon yang diberkati.

Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar “ the only living sahabi ” atau “sahabat Nabi yang masih hidup”.

 
Sedikit sejarah mengenainya…

Ketika Rasulullah SAW keluar ke Syam bersama Maisarah – pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda SAW pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

Semasa Baginda SAW berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi Baginda SAW daripada cahaya matahari.

Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah dan menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah SAW itu dengan berkata: “Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini.”


Sumber: FB Irma Hasmie Fanpage

Thursday, July 11, 2013

Artikel - Dari Tepi Jalan

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum......

Sekadar renungan...



"Salam Lepat, Maaf! Aku tak berapa suka hang bawak Anak hang dok tepi jalan lagu tu" (satu Mamat Inbox kat aku).

Lalu Aku jawab, " Sewaktu Aku kecil dulu, Ayah ku pernah membawa aku bersama ketika dia TERPAKSA mengambil upah sebagai pemanjat pokok kelapa...

Dan kini yang aku masih terbayang adalah satu babak "di saat dia menerima wang upahan dan sambil mengesat peluh di kiri kanan lehernya"..

Sering kali juga Aku berterima kasih di dalam hatiku kerana Ayah sempat membawa aku untuk melihat semua itu, dan dapat mengenang kembali kepada satu babak di mana aku masih kecil, kala sedang menguyah Nasi hasil dari titik Peluh Ayah tercinta".

Dan untuk Aminah....
"Papa mau cheq tau, Papa di sini, bukan untuk mencuri, dan bukan untuk menipu, Papa di tepi jalan, ramai Polis jugak bekerja di tepi Jalan,Tetapi ADAKAH Anak anak SESETENGAH POLIS TRAFIK tahu, yang ADA di kalangan Ayah mereka mengambil Rasuah? Dan Halalkah makan minum mereka?"

Papa nak Aminah tau, "Allah tetap ada bersama kita, walaupun kita susah dan agak terpinggir"... Lihat disana Anak anak Menteri di Malaysia yang mana nya kebanyakan nya HIDUP MEWAH, BERPOYA, BOROS! dan Ianya HANYALAH di keranakan mereka TIDAK tahu atau melihat akan BAGAIMANAKAH Papa papa Mereka mendapatkan Wang Ringgit sebegitu banyak!"....

Lalu bersabarlah wahai Anak ku..
"Inilah wajah hidup Papa mu, yang mana nya telah pun ditentukan oleh Yang Satu, biar ditemani debu-debu, Yang terpenting kita tidak mencuba untuk Menipu".
...



Sumber: FB

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 

Wednesday, July 10, 2013

Wordless Wednesday - Cupcakes!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum.......



Sekadar Luahan - Emosi. Kebenaran. Diam. Buat Bodoh. Orang Lain?

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images
 


Assalamualaikum.....



Lain yang diharap, lain yang dapat. Kalau bahagian 'lain yang dapat' itu lebih baik daripada apa yang diharapkan, semua orang akan suka. Itulah persoalan yang diutarakan oleh DjHusna di Facebook baru-baru ini. Saya akui suka membaca isu yang diketengahkan. Mungkin kerana kerjanya pun sebagai DJ, maka tajuk-tajuk yang ditulis juga lebih bersifat matang dan intelektual.

Semua orang pun pernah alami, begitu juga saya. Cuma kebiasaannya, yang diharapkan itu yang baik-baik tetapi yang jadinya atau dapatnya kurang daripada itu.

Ini semua cerita berkaitan kawan-kawan sekursus. Sebelum ini belum pernah pun diletakkan foto-foto kawan sekelas dalam keadaan yang disifatkannya 'lawak', yang ada pun yang biasa-biasa sahaja. Seperti foto sambutan harijadi atau seumpamanya. Namun baru-baru ini apabila buka sahaja Facebook, ada pula beberapa foto dimuatnaik dalam album yang sungguh...huhh!! penuh dengan kesakitan, kehampehan dan 'lawak'nya. Nampak seperti kononnya satu hiburan tetapi daripada kapsyen foto dan komen-komen yang dibaca yang diposkan sebelum saya melihatnya, kelihatan ia seperti tidak begitu memuaskan hati sesetengah pihak. Mungkin bagi sesetengah orang, itu adalah lawak atau sekadar bergurau, namun ada yang berperasaan ia adalah menyakitkan hati atau sebaliknya. Contohnya meletakkan foto muka si polan dan tulis kapsyen 'wanted! pencuri spender di mall sekian sekian'..Yang tukang letak sampailah kepada yang LIKE habis semua dapat dosa. Berterusan selagi foto itu masih di situ. 




Bukan kali ini sahaja, bila diingat semula, sebenarnya sudah banyak kali ia berlaku. Adakalanya buruk benor! Macam menjatuhkan air muka orang lain pun ada juga. Yang jadi mangsa, masakan tidak marah atau sakit hati. Yang masih mampu bertahan dan bersabar dengan perangai budak-budak yang tidak matang ini pula, buat apa? Bersabar. Diam. Buat bodoh.

Bagi saya, yang mampu tingkatkan rasa sabar ini bila teringatkan apa yang dikatakan dalam satu hadis (kalau tak silap) bahawa orang yang jadi mangsa itu akan dapat pahala si 'pembuat dajal' itu. Betul juga. Sedangkan Nabi kita sendiri pun ketika mula-mula berdakwah dahulu pun sampai dilemparkan dengan batu adakalanya lagi teruk, najis, pun dia tidak membalasnya. Sehinggakan Malaikat Jibrail bertanyakan sama ada mahukah supaya si pelakunya itu dihukum dengan dihempaskan batu gunung ke atasnya kerana dia (Jibrail) boleh melakukannya ketika itu. Apa kata Nabi? Dia melarangnya, sebaliknya dimaafkan sahaja kerana mereka masih belum mengerti apa-apa.

Kalau kita sendiri pun dalam hal sekecil ini, baik biarkan sahaja. Yang penting, bukan saya yang dapat dosa kan??

Makin kurang pahala si pedajal itu ye :-)

Dari sudut lain, lawakkah itu? Kita mungkin boleh diam dan anggapnya satu mainan budak-budak. Bagaimana dengan yang lain? Adakah hal ini berkaitan seorang dua sahaja? Sebenarnya tidak, tetapi ia melibatkan semua orang dalam lingkungan masyarakat berkenaan.

Pembaca sekalian, otak sudah diberi. Fikirlah betul-betul.


Sunday, July 7, 2013

Hidupan Liar - Betulkah Labah-labah Menggigit?

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum...............



Spiderman tipu! Labah-labah tak gigit pun! Huahuahuahuahua!!



Punca sebenar gigitan labah-labah

Jika kita berasa geli bila fikirkan mengenai labah-labah, fikirkan seperkara - peluang untuk digigit serangga araknid ini adalah lebih kecil daripada yang dibayangkan. 

Menurut Chris Buddle, seorang pengkaji araknid di McGill University di Montreal, sebenarnya yang dirasakan sebagai 'gigitan labah-labah' itu bukanlah gigitan labah-labah tetapi lebih kepada gigitan atau sengat daripada serangga lain seperti kutu, tindakbalas kulit atau jangkitan. 

"Saya telah mengkaji labah-labah hampir 20 tahun dan tidak pernah digigit," katanya kepada LiveScience. "Sekali pun anda mahu digigit, ia tidak akan menggigit anda."

Labah-labah biasanya akan mengelak manusia dan tiada sebarang alasan untuk menggigit kerana ia bukanlah dari jenis penghisap darah dan tidak memakan manusia. "Ia lebih takutkan manusia berbanding manusia takutkannya. Ia bukan serangga yang ofensif."




Tak takuutt!!


Bila digigit sekali pun, ia berlaku kerana serangga ini terkejut. Walaubagaimanapun, majoritinya tidak beracun kepada manusia. Ia hanya makan invertebrata kecil seperti serangga dan racunnya tidak sekuat mana dan tidak akan membunuh haiwan lain yang bersaiz besar, juga manusia. Kebanyakan labah-labah juga tidak mampu untuk mengoyakkan daging manusia. 

Hanya 12 daripada purata 40,000 spesis labah-labah di seluruh dunia yang membahayakan manusia yang sihat. Di Amerika Utara, spesis widow termasuk black widow dan brown recluses penting dalam perubatan. 

Tanda-tanda jika digigit black widow ialah kesakitan yang teramat sangat dan pengecutan otot yang berlaku kerana bisa gigitannya mengganggu saraf dalam otot. Pada masa kini, jumlah kematian akibat gigitannya sudah jarang kerana adanya antivenom. Sebelum adanya antivenom, wiski, kokain dan nitrogliserin digunakan bagi merawat gigitannya.  

Selalunya, black widow dan jenis brown recluse sering disalah anggap. Kebanyakan kes gigitan adalah berpunca daripada serangga lain yang menyebabkan simptom hampir sama dengan gigitan labah-labah seperti gigitan kutu, alahan, oak beracun selain daripada jangkitan bakteria. Dalam masa beberapa tahun, doktor semakin mahir dalam mengenal pasti gigitan labah-labah yang sebenar, tetapi serangga ini masih dianggap berbahaya kepada manusia yang secara umumnya bukanlah satu kes. 



KLIK SINI untuk selanjutnya.



Yo ko buleh ni?


Ambik ko!


P/S: Spiderman penipu! :-P




Kesihatan - Apa Fungsi Lain Vodka Selain Diminum?

Kredit kepada: Yahoo Health
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum......




Menyegarkan udara - digunakan dalam kebanyakan produk penyegar udara dan membunuh bakteria penyebab bau.

Memanjangkan usia tumbuhan anda - tambah satu bahagian vodka kepada 5 bahagian air bagi menghalang pembentukan bakteria dalam air dalam pasu tumbuhan anda.

Mengilatkan cermin 

Buat ekstrak vanila - rendamkan biji vanila mentah dalam vodka.

Buat pewangi ros

Mengurangkan sakit otot dan lebam - berbanding ais, vodka tidak cair. Ia lebih berkesan berbanding ais yang biasa digunakan.

Minuman - orang Islam tak minum. Haram.



KLIK SINI untuk selanjutnya.





Friday, July 5, 2013

Seni & Kreativiti - Lukisan Macam Real Oleh Claire Duguid

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.........

Ada sesiapa yang boleh melukis karya se'real' ini?  Lukisan ini adalah hasil kerja tangan pelukis dari Scotland, Claire Duguid, 32, yang menghabiskan sehingga 3 bulan bagi menghasilkan sesebuah karya. Hasil kerjanya yang teliti sehingga kepada perincian penampilan dan wajah. Sekali imbas, memang sukar untuk melihat kesan berus pada lukisannya. Hasil lukisan ini begitu mengkagumkan namun masih kelihatan seperti lukisan, berbeza dengan lukisan watak Street Fighter dan hasil gabungan lukisan dan realiti oleh Alexa Meade yang pernah penulis paparkan sebelum ini.











Bagaimana? Real?

KLIK SINI untuk sumber.

Berita - Wanita Ini Dapat Temui Pembunuh Bapanya Selepas 26 Tahun

Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Yahoo Shine


Assalamualaikum......


Cari! Jangan tak cari!

Joselyn Martinez berusia 9 tahun ketika bapanya, Jose Martinez, ditembak di depan restorannya di Bronx pada November 1986. Polis mengenalpasti identiti penembak itu, Justo Santos, 16 tahun, tetapi Santos berjaya keluar dari New York dan melepaskan diri ke Republik Dominica. 26 tahun kemudian, polis yang sudah kehilangan jejak penjenayah ini namun Joselyn menemui penjenayah yang membunuh bapanya.

Joselyn yang kini bekerja sebagai penyanyi dan pelakon berkata, "Selepas sekian lama tidak ditangkap, ia bukan lagi realiti buat saya."

Ketika kejadian dahulu, Jose yang berusia 41 tahun menghalau Santos dan dua rakannya keluar dari restoran Dominican Express di Dyckman Street di Inwood selepas mereka dilaporkan mengganggu isterinya, Idalia, secara seksual. Saksi melaporkan apabila berada di jalanan, Santos mengeluarkan pistol dan menembak Jose Martinez di depan isterinya. Idalia kemudian menahan teksi dan membawa suaminya dan berdarah ke Hospital New York-Presbyterian sebelum suaminya mati pada malam itu juga.


"Saya bangun keesokannya dan diberitahu bapa saya sudah tiada," kata Joselyn kepada The New York Daily News.

"Saya masih ingat rupanya dalam poster penjenayah yang dikehendaki. Semua ditampal di Dyckman Street. Ibu memberitahu supaya jangan lupakan namanya. Saya mesti tahu siapa yang lakukan ini pada keluarga saya," katanya.

Dia mula menggunakan media sosial pada 2004 dan pada 2008, dia menaip nama pelaku berkenaan di Background.com dan berjaya mendapatkannya. Selepas membayar $70 kepada Background.com dan beberapa laman lain, usahanya mula membuahkan hasil.

"Semua maklumat ada termasuk alamat dan nombor telefonnya," katanya kepada Daily News. "Dia mesti ingat semuanya telah dilupakan dan dia boleh terlepas."

Joselyn mengumpulkan seberapa banyak data yang mungkin dan kemudia menyerahkannya kepada pihak polis yang bekerja di negeri lain bagi mengesan Santos. Joselyn kemudian menerima panggilan mengatakan Santos akhirnya ditahan. Dia yang kini berumur 43 tahun dan bekerja sebagai pengurus syarikat penjaga bangunan di Florida. Dia mengaku melakukan pembunuhan itu dan mengenepikan ekstradisi. Menurut polis, NYPD akan membawanya balik ke New York untuk dibicakan.


KLIK SINI untuk selanjutnya.



Berita - Aktifkan Helikopter Mini Guna Gelombang Otak? Macam Iron Man 3...

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.......


Pemenang bagi Anugerah Weston Youth Innovation, Adam Noble.

Helikopter mini ini kelihatan seperti permainan tetapi sebenarnya ia adalah sebuah robot berteknologi tinggi yang dikawal menggunakan fikiran manusia.

Helikopter ini dibangunkan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Minnesota, mempunyai 4 bilah kipas juga digelar kuadkopter, boleh dikawal dengan tepat dan cepat bagi satu jangka masa menggunakan denyut elektrik yang berhubung dengan fikiran manusia. Kumpulan pengkaji menggunakan teknik yang dikenali sebagai electroencephalography (EEG) bagi merekodkan aktiviti elektrik otak 5 orang subjek. Setiap subjek memakai dipakaikan dengan topi dengan 64 elektrod yang akan menghantar isyarat ke kuadkopter menerusi jaringan WiFi. Subjek diletakkan di depan skrin memaparkan imej penerbangan kuadkopter menerusi kamera yang memnolehkan mereka melihat laluan penerbangan.

"Kajian mendapati manusia boleh mengawal penerbangan robot terbang menggunakan fikiran, dikesan daripada gelombang otak yang tidak menyerang," kata Bin He, ketua saintis kajian ini dan profesor University of Minnesota's College of Science and Engineering. Dia dan para pengkajinya merancang menggunakan kajian ini bagi melanjutkan pemahaman mereka tentang bagaimana brain-computer interface (BCI) boleh membantu, menambah atau membaiki fungsi kognitif atau deria bagi mereka-mereka yang menderita akibat lumpuh atau ketidakupayaan lain.

"Matlamat kami seterusnya ialah mengawal lengan robotik menggunakan isyarat gelombang otak ini," katanya.

Selain Universiti Minnesota, para saintis di University of Essex juga telah bekerjasama dengan pengkaji di NASA bagi mencipta BCI yang boleh digunakan dalam simulator kapal angkasa dengan harapan suatu hari nanti teknologi antaramuka ini akan dapat membantu angkasawan yang keletihan semasa perjalanan ke angkasa. Tahun lalu, pengkaji di Zhejiang University di China berjaya mengawal dron menggunakan set kepala EEG komersil sekaligus menjadi batu loncatan bagi penggunaan teknologi gelombang otak ini yang lebih maju di masa akan datang.

KLIK SINI untuk selanjutnya.