MY FOLLOWERS

Sunday, June 30, 2013

Artikel - Bagaimana Pelajar Ini Bebaskan Diri Daripada Hutang?

Kredit kepada: Yahoo Finance
Gambar ihsan: Yahoo Finance


Assalamualaikum......


Kalau kita di Malaysia sekarang ini, antara perkara yang masih menjadi beban kepada para bekas penuntut pengajian tinggi ialah HUTANG PINJAMAN PELAJARAN. 

Ada satu kisah di Yahoo Finance menceritakan Ken Ilgunas, seorang bekas penuntut universiti jurusan Bahasa Inggeris dan Sejarah yang hidup secara rahsia hanya dalam sebuah van yang dibelinya bagi mengelakkan diri daripada hutang pinjaman. 

Pada mulanya, dia juga tidak jelas apa yang akan dilalui akibat daripada pinjaman yang dibuat sebelum itu. Kemudian, dia menyedari mempunyai hutang sebanyak $32,000 dan sedang bekerja di Home Depot dengan bayaran $8 sejam. Pada masa itu, pinjaman pelajaran adalah antara tajuk utama di muka depan akhbar sebagai mana kita juga alami pada masa kini. 

Untuk membayar balik pinjaman, dia boleh sahaja meminta pada keluarganya sebaliknya dia berpindah ke Alaska selama dua tahun berusaha untuk membayar balik setiap sen yang dipinjamnya. Setelah ke Universiti Duke kemudiannya, dia keluar daripada van untuk memastikan dia tidak lagi berdepan masalah hutang. Dia kemudiannya menulis buku bertajuk Walden on Wheels: On The Open Road from Debt to Freedom dia menceritakan perjalanan hidupnya keluar daripada masalah hutang. 

Ketika di Alaska, dia bekerja selama beberapa bulan di sebuah kawasan terpencil bagi perhentian trak pada musim panas sebelum tamat pengajian. "Pada hari selepas tamat pengajian, saya dalam penerbangan ke Alaska dan kemudian terus memulakan kerja. Jika saya tidak berdepan dengan masalah ini, saya akan berdepan dengan jumlah faedah yang tinggi atau kegagalan membayarnya. Saya mahu membayarnya seberapa segera yang mungkin."

"Anda boleh berasa lega dengan seberapa banyak yang anda simpan apabila mengurangkan kos sara hidup. Setiap dollar yang saya dapat, kebanyakannya digunakan untuk membayar balik pinjaman." katanya.

Selepas setahun bekerja dengan bayaran $9 sejam di Cold Foot, Ken telah menjelaskan lebih $18,000. Dia kemudiannya ke New York dan bekerja sebagai sukarelawan AmeriCorp di Mississippi. Namun bayarannya tidak memuaskan, jadi dia kembali ke Cold Foot dan bekerja sebagai renjer di Gates of Arctic National Park dengan bayaran yang memuaskan. Selama dua tahun setengah bekerja, dia membuat bayaran terakhir bersama faedah dengan jumlah $35,000 dijelaskan. 

Namun dia masih belm bersedia untuk meninggalkan alam pembelajarannya. Dia kemudian menyambung pengajian di Universiti Duke dan mengikuti program seni liberal dengan bayaran $2500 per semester. Oleh itu, dia perlukan tempat tinggal dengan kos yang murah. Mengingat kembali mengenai seorang lelaki yang ditemui ketika bekerja di Cold Foot sebelum itu yang tinggal dalam kereta dan dia mendapati ia sesuatu yang boleh dilakukannya. "Kalau dia boleh tinggal sebegitu di Artik, saya juga boleh lakukannya di Carolina Utara." katanya.

Apabila terlihat sebuah iklan di Craiglist memaparkan van 1994 Ford Econoline untuk dijual dengan harga $1,500, dia merasa itulah rumahnya. Beberapa minggu awal kehidupannya selepas itu agak sukar. "Bila membeli van ini, $2,000 sudah lesap. Saya sedar keadaan akan jadi sukar sebab masih perlu bayar insurans kereta, bil telefon, bil gas, dan makanan. Pada awalnya, saya hampir kelaparan kerana perlu berjimat sebaik mungkin."

Satu sahaja peraturan tentang gaya hidupnya ketika itu - tiada siapa boleh tahu. "Saya tahu ia suatu gosip tidak berasas yang boleh tersebar di Facebook dan Twitter. Saya tidak mahu sesiapa tahu mengenainya. Semester pertama begitu sunyi." katanya lagi. Bagi mendapatkan duit lebih, dia turut mendapatkan kerja seperti menjadi tutor bagi pelajar sekolah rendah.

"Van ini bukan sahaja cara untuk menjimatkan wang, tetapi juga sebagai satu pengalaman berjimat cermat. Saya tidak mahu meminjam wang daripada keluarga setiap kali dalam kesusahan." katanya. 

Pada semester ketiga, dia mula berasa penat dan bosan kerana merahsiakan kehidupannya. "Saya tidak mahu sesiapa mengetahui saya tinggal dalam van, keluar pada pagi dan pulang pada sebelah malam. Saya mahu jadi penulis dan ada cerita yang hebat untuk disampaikan." Keesokan, dia mendapat 85 kenalan di Facebook selain mesej dan email. Dia bernasib baik kerana tidak dibuang oleh pihak universiti. "Mereka mahu saya tandatangani kontrak menyatakan tidak akan menyaman mereka jika berlaku apa-apa selain membuat peraturan tidak membenarkan penghuni van berada sekitar kampus." katanya.

Menjelang semester akhir, dia hampir menyelesaikan kesemua hutangnya. Dia kemudian bekerja sebagai pembantu makmal dengan bayaran $10 ke $20 sejam dengan menjadi 'tikus makmal' untuk pelbagai ujian termasuk MRI dan usahanya berbaloi. Pada Mei 2011, dia tamat pengajian dan bebas daripada hutangnya.


KLIK SINI untuk selanjutnya.


Seni & Kreativiti - Lakaran Pensil 3D

Kredit kepada: Yahoo GMA
Gambar ihsan: Yahoo GMA


Assalamualaikum......











KLIK SINI untuk selanjutnya.

Hidupan Liar - Ikan Paus Bryde Kelihatan Seperti Alien?

Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Grind TV


Assalamualaikum......







KLIK SINI untuk selanjutnya.



Saturday, June 22, 2013

Kesihatan - 10 Makanan Terbaik Untuk Badan

Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Yahoo Shine


Assalamualaikum.......

Antara makanan yang terbaik untuk setiap bahagian badan...


Kiwi - untuk tulang (ada vitamin C menyamai buah oren)


Tiram - untuk mata (ada zink dan selenium yang tinggi yang bertindak sebagai antioksidan)

Ikan salmon - untuk hati (ada asid lemak omega-3 yang tinggi yang menentang penyakit hati dan mengurangkan stress)

Halia, koko, kunyit, cili merah, kulit kayu manis - untuk darah (ada antioksidan dan anti-radang yang menyeimbangkan paras gula dalam darah)

Pisang - untuk hormon testosteron (ada vitamin B)

Avocado - untuk rambut sihat bersinar (ada vitamin B dan E dan lemak mono tak tepu untuk melembapkan folikel rambut)

Kacang garbanzo - untuk elakkan rambut beruban (ada protein dan keratin yang bagus bagi mengelakkan perubahan pigmentasi rambut)

Daun ketumbar - untuk elak keguguran rambut (ada egen pemulihan yang boleh membuang toksik besi dengan cepat)

Kacang lentil - untuk pertumbuhan rambut (sumber ideal zat besi yang membawa oksigen ke folikel rambut)

Tepung hem - untuk kulit kepala kering (ada asid lemak omega-6 dan -3 untuk rambut)


KLIK SINI untuk selanjutnya.

Artikel - Bior Betul.. Seterika Baju Di Mana .....?

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.......

Mencari kelainan dalam menghasilkan seni, suka-suka atau buang tabiat? Secara logiknya, seterika menggunakan elektrik untuk menghasilkan habanya, tetapi mana sumbernya kalau di tempat-tempat sebegini? Ke sekadar untuk show off? Bior betul......











KLIK SINI untuk lebih banyak foto buang tabiat mamat nie....

Friday, June 14, 2013

Seni & Kreativiti - Foto-foto Pelik dan Gila

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.............



























KLIK SINI untuk lebih banyak foto gila dan tak masuk akal.