MY FOLLOWERS

Tuesday, April 30, 2013

Seni & Kreativiti - Seni Krimer dan Kopi Barista

Kredit kepada: Yahoo GMA
Gambar ihsan: Yahoo GMA


Assalamualaikum....

Lagi hasil kerja kreatif pembancuh kopi menggunakan secawan kopi berserta krimer.













KLIK SINI untuk selanjutnya.

Sunday, April 28, 2013

Seni & Kreativiti - Bentuk Kiub Ais Yang Best

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum....








Sumber: Yahoo

Berita - Bayi Dilahirkan Dengan HIV Sembuh

Kredit kepada: Yahoo Telegraph
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....



Seorang bayi perempuan yang dilahirkan dengan virus HIV pulih selepas menerima rawatan awal dengan terapi perubatan standard. Pengkaji Amerika Syarikat berkata ia adalah kes yang berpotensi membuka jalan bagaimana untuk membasmi jangkitan HIV dalam diri mangsa seawal ia dilahirkan. 

Memandangkan ayi ini adalah yang pertama yang pulih, ia menjadi satu peristiwa yang luar biasa kerana individu bebas daripada penyakit tanpa mengambil ubat dan ujian darah yang standard menunjukkan tiada tanda virus ini membuat 'salinan'. Bagaimanapun, lebih banyak ujian perlu dilakukan untuk memastikan rawatan seumpamanya memberikan kesan yang sama ke atas bayi lain namun hasilnya boleh mengubah cara bagaimana bayi berisiko tinggi dirawat dan ada kemungkinan membawa kepada penyembuhan jangkitan HIV bagi kanak-kanak. "Ini sebagai bukti kepada konsep menyatakan HIV berpotensi untuk dirawat di kalangan bayi," kata Deborah Persaud, ahli virologi di Johns Hopkins University di Baltimore, yang menyampaikan penemuannya di Conference on Retroviruses and Opportunistic Infections in Atlanta. 

Kisah ini berbeza dengan kes Timothy Ray Brown, yang juga digelar "Berlin patient," yang pulih sepenuhnya daripada jangkitan HIV menerusi rawatan yang rumit untuk leukemia pada 2007 yang turut menyebabkan sistem imunnya musnah dan pemindahan sel stem daripada penderma dengan mutasi genetik yang jarang ditemui yang mampu melawan jangkitan HIV. 

Berbanding rawatan Brown yang mahal, kes bayi ini melibatkan penggunaan sejumlah ubat yang sudah sedia ada bagi merawat jangkitan HIV pada bayi. Apabila bayi ini dilahirkan di sebuah hospital di luar bandar, ibunya baru disahkan positif HIV. Disebabkan ibunya masih belum menerima apa-apa rawatan HIV pranatal, doktor tahu bayi ini dilahirkan dengan risiko tinggi untuk dijangkiti. Jadi, mereka memindahkan bayi ini ke University of Mississippi Medical Center di Jackson, dan bayi ini dirawat oleh pakar HIV pediatrik, Dr Hannah Gay. Disebabkan risikonya yang tinggi, Dr Gay memberikan bayi ini 3 jenis ubat melawan HIV yang standard apabila ia berumur baru 30 jam dan sebelum ujian makmal mengesahkan ia dijangkiti. 

Pengkaji percaya rawatan antiviral peringkat awal mungkin memulihkan bayi daripada jangkitan. Selepas memulakan rawatan, sistem imun bayi akan memberikan tindak balas dan ujian menunjukkan tahap virus semakin berkurangan sehingga ia tidak dapat dikesan lagi 29 hari selepas ia dilahirkan.




KLIK SINI untuk artikel penuh.

Tuesday, April 23, 2013

Kesihatan - Usia Penduduk Pulau Greek Melebihi 90 Tahun: Adakah Kopi Sebagai Punca?

Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Yahoo Shine


Assalamualaikum....

Rahsia mengelakkan strok: Secawan kopi, 4 cawan teh hijau setiap hari.


Sebuah pulau Greek Ikaria mendapat liputan kali pertama dalam The New York Times apabila ia menyiarkan artikel mengenai tempat yang digelar “The Place Where People Forget to Die.” 1 peratus penduduk Ikaria hidup sehingga ke usia 90 tahun dan mereka kekal cergas dan sihat sehingga ke akhir hayat. Artikel berkenaan menyatakan beberapa sebab antaranya kurangnya pencemaran, diet yang penuh dengan buah dan sayuran, pengambilan arak yang kurang dan yang menariknya, kopi dibru dengan cara mendidihkannya. Oleh kerana pengambilan kopi yang sering dikaitkan dengan pelbagai kebaikan dalam kesihatan termasuk perlindungan daripada diabetes tahap 2, Parkinson dan penyakit limpa, sekumpulan pengkaji yang diketuai Dr. Gerasimos Siasos dari Universiti Athens mengkaji untuk mengetahui jika kekerapan pengambilan kopi yang dididihkan di kalangan penduduk Ikaria ada kaitan dengan panjang umur. 

"Kopi yang dididihkan jenis Greek ini yang kaya dengan polifenol dan antioksidan serta mempunyai kafein pada kadar sederhana didapati mempunyai kebaikan pada kesihatan lebih baik daripada kopi yang lain," kata Dr. Siasos kepada Yahoo! Shine. 

Daripada satu kumpulan penduduk Ikaria seramai 673 orang yang berusia melebihi 65 tahun di pulau itu, kumpulan pengkaji mengambil secara rambang 71 lelaki dan 71 wanita dan membandingkan fungsi endotelia mereka dengan pengambilan kopi. Endotelium ialah satu lapisan sel yang meliputi saluran darah dan sampai di suatu masa, disebabkan faktor usia dan gaya hidup, akan merosot dan membawa kepada penyakit kardiovaskular.

Hasilnya, yang diterbitkan pada 18 Mac lalu dalam sebuah jurnal Vascular Medicine, menunjukkan subjek yang mengambil kopi Greek pada kadar sederhana mempunyai fungsi endotelia yang lebih baik berbanding mereka yang meminum kopi yang dibru dengan kaedah lain. "Walaupun ada yang menghidap darah tinggi, pengambilan kopi Greek yang dididihkan dikaitkan dengan fungsi endotelia yang diperbaiki tanpa perlu bimbang akan kesan ke atas tekanan darah,” kata Siasos kepada Shine. 

“Kajian terbaru menyatakan hubungan baru antara tabiat nutrisi dan kesihatan kardiovaskular. Dengan sebahagian masyarakat dunia meminum kopi dan hakikat sekurang-kurangnya satu jenis kopi memberikan kesan ke atas kesihatan mungkin memberikan kesan yang besar kepada kesihatan umum, kajian ini menyediakan satu permulaan yang menarik. Walaubagaimanapun, kajian lanjut diperlukan untuk mendokumenkan mekanisma bermanfaat yang lebih tepat bagi kopi ke atas kesihatan kardiovaskular,” kata Siasos.



KLIK SINI untuk artikel penuh.

Saturday, April 20, 2013

Paranormal - Bilik Aneh di Rumah Datuk

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Syok.org


Assalamualaikum......



Setiap kali hujan lebat di malam Jumaat, aku pasti terkenang kejadian ngeri di rumah datukku. Kejadian ini berlaku kira-kira 13 tahun yang lalu. Aku masih ingat tarikhnya iaitu pada 13/3/86. Waktu itu cuti sekolah. Aku tinggal bersama datukku di sebuah kampung pendalaman di negeri Pahang. Datukku memang seorang pawang yang terkenal. Walaupun rumahnya agak jauh di pendalaman, tetapi ramai orang datang ke rumahnya untuk mendapatkan ubat dan rawatan secara tradisional. 

Setiap kali dia mengubati orang dia akan masuk ke sebuah bilik kecil yang hanya diterangi oleh cahaya lilin. Tiada siapa yang dibenarkan masuk kecuali dia seorang walaupun pesakit itu sendiri. Sewaktu dia di dalam bilik, kami yang di luar akan mendengar suara seperti orang berbual dalam bahasa yang tidak difahami. Apabila dia keluar dia akan membawa sebotol air. Katanya air itu adalah ubat buat si pesakit. Entah dari mana datangnya air itu, aku sendiri tidak pasti kerana setahu aku di rumahnya cuma terdapat satu paip air iaitu di bahagian dapur.

Datukku memang sudah lama tinggal sendirian. Aku sendiri tidak pernah melihat wajah nenekku. Katanya nenekku meninggal sewaktu aku masih kecil lagi. Dia tidak akan menerima sebarang pesakit pada setiap malam Jumaat. Katanya dia ingin menghabiskan malam Jumaat dengan beramal. Dan pada setiap malam Jumaat aku dihantar ke rumah Pak Cik ku yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Katanya dia tidak mahu diganggu.

Pada 13/3/86, hujan turun begitu lebat sekali dengan kilat dan guruh yang sabung-menyabung. Malam itu dia tidak dapat menghantar aku ke rumah Pak Cik ku. Selepas masuk waktu maghrib, dia berpesan kepadaku supaya tidak mengganggunya dan menyuruh aku membuat kerja sendiri di dalam bilik bersebelahan dengan bilik kecil tempat dia beribadat. Aku tidak membantah. 

Sepanjang waktu itu aku terdengar datukku mengaji dan membaca Yassin. Aku tidak mengesyaki sesuatu sehinggalah kira-kira jam 9:30 malam apabila aku terdengar datuk seperti berbual dengan seseorang di dalam biliknya dengan bahasa yang pelik. Tapi cuma suaranya sahaja yang kedengaran. Tiba-tiba aku terdengar datuk melaungkan azan disertai dengan dentuman guruh yang begitu kuat sekali. Aku tersentak. Segera aku keluar dan mengetuk biliknya. Datuk seolah-olah tidak memperdulikan aku. Aku cuba membuka pintu biliknya tetapi dikunci dari dalam. Aku terus mengetuk.

Tidak lama kemudian, datuk membuka pintu. Mukanya bengis. Matanya merah menyala. Dia memandang aku dengan satu pandangan seolah-olah ingin menelanku hidup-hidup. Aku terkedu. Dan mengundur beberapa langkah. Mungkin datuk faham perasaanku ketika itu. Dia tidak berkata sepatah pun. Dia terus menuju ke pintu hadapan. Sebelum dia melangkah keluar di dalam hujan lebat dia berpesan supaya jangan sekali-kali aku masuk atau cuba mengintai bilik kecilnya. Aku cuma mengangguk.

Setelah dia pergi, hatiku terus tertanya-tanya apa yang ada di dalam bilik kecilnya itu sehinggakan tiada sesiapa yang dibenarkan masuk atau melihat isi dalamnya. Kerana rasa ingin tahu yang teramat sangat, aku tidak mengendahkan amarannya. Dengan perlahan-lahan aku menolak pintu biliknya. Suasana di dalamnya terasa sejuk dengan cahaya api lilin yang berbalam-balam. Seluruh ruang bilik itu dipenuhi dengan bau kemenyan. Lilin besar berwarna hitam di dalam bekas tembaga diletakkan di atas para yang dilapik dengan kain hitam. Sebelahnya terdapat satu lagi bekas tembaga yang bertutup. Aku memerhati di sekelilingku. Tidak ada satu perabut pun. Cuma sekeping tikar mengkuang lama dan bekas pembakar kemenyan sahaja yang kulihat. Hati tu berdetik untuk melihat isi kandungan bekas tembaga yang bertutup tadi. Dengan perlahan-lahan aku membuka tutupnya. Tidak semena-mena satu cahaya kilat memancar disertai dentuman guruh yang amat kuat memekak telingaku. Aku tersangat terkejut sehingga tutup tembaga terlepas dari tanganku. 

Di saat itu juga aku terdengar satu bisikan di telinga kiriku. Bulu romaku meremang. Aku bingkas bangun dan berlari keluar. Keadaan di luar gelap gelita. Mungkin kilat tadi telah menyambar kotak fius rumah datukku. Aku semakin kecut. Aku seakan-akan terdengar suara hilaian dari atas bumbung rumah. Tiba-tiba pintu bilik datukku tertutup dengan kuatnya seperti ditiup angin. Keadaan menjadi semakin gelap. Aku mengucap dan membaca segala ayat-ayat suci yang terlintas difikiran. Di saat itu juga aku terdengar seperti ada orang sedang memijak tangga dapur disertai dengan bau bunga melur bercampur dengan bau kemenyan. 

Aku semakin panik. Aku menoleh ke dapur dan terlihat sehelai kain putih yang terawang-awang di pintu dapur. Suara hilaian di atas bumbung semakin menjadi-jadi. Ketika itu aku sudah hilang pertimbangan. Aku terus berlari ke pintu hadapan. Malangnya kaki ku tersangkut sesuatu. Aku tersungkur. Aku cuba bangun tetapi kesakitan menghalang aku berbuat demikian. Aku terasa ada sesuatu mencuit bahu kananku. Aku terus menoleh. Apa yang aku lihat sungguh mengerikan. Ada sekujur tubuh budak perempuan yang teramat kurus berdiri tegak di sebelahku. Oleh kerana jarak antara kami begitu dekat aku dapat melihat matanya besar dan bulat tetapi tidak ada mata hitam dan baunya sungguh busuk seperti bau bangkai. Semangatku terus hilang.

Apabila aku tersedar, aku telah berada di katil hospital. Ibu bapa dan datukku ada bersama. Mata ibuku merah mungkin kerana terlalu banyak menangis. Katanya aku telah terlantar di situ hampir 4 hari. Kaki kiriku bersimen. Menurutnya datuk menjumpaiku di halaman rumah sewaktu hujan lebat sekembalinya dari kedai untuk membeli rokok daun. Ibu diberitahu oleh datuk yang aku mungkin terjatuh dari tangga ketika aku cuba untuk ke rumah pakcikku di waktu hujan. Katanya lagi mungkin aku takut tinggal sendirian ketika itu sewaktu keadaan rumah yang gelap dan hujan lebat. Aku tidak pasti sama ada datuk menceritakan perkara yang sebenarnya.

Datuk tidak pernah menanyakan peristiwa yang berlaku sehinggalah dia menghembuskan nafas yang terakhir 6 tahun lalu. Cuma satu pesanannya yang aku ingat sehingga sekarang. Hendaklah kita mematuhi segala pesanan orang tua untuk kebahagiaan diri sendiri dan orang-orang yang disayangi dan menyayangi diri kita ini.


Sumber asal
Posted on 23-04-2008 15:55
perampok
sYok.Org : | ::Sembang Umum | Cerita Seram~


Wednesday, April 17, 2013

Artikel - Aurora Borealis Dari Langit

Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Grind TV


Assalamualaikum....

Waktu terbaik untuk melihat aurora borealis di bumi ialah ketika malam yang paling sejuk dan paling gelap. Warga Hemisfera Utara berpeluang untuk melihatnya dari pandangan yang ideal. Angkasawan yang berada di International Space Station (ISS) dan mengorbit sejauh 240 batu telah merakamkan visual yang menarik ini. Aurora borealis dan pasangannya di selatan, aurora australis, begitu cantik dilihat dan angkasawan di sana berpeluang merakamkan detik indah ini pada bila-bila masa sepanjang tahun. Sinaran atmosfera ini terhasil daripada partikel dicas yang bertindak balas dengan sfera magnetik bumi dan sering berkait dengan udara solar dan aktiviti di permukaan matahari yang lain.










KLIK SINI untuk ke sumber.

Kesihatan - Apa Anda Perlu Tahu Tentang Kopi?

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Syok.org


Assalamualaikum...........






SUMBER asal

Saturday, April 13, 2013

Artikel - Foto Si Kecil dan Kucingnya :-)

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....

Andy Prokh mempunyai pekerjaan sebagai ahli ekonomi Rusia, tetapi dia turut mempunyai minat dalam fotografi. Apabila dia mula menceburi bidang ini secara profesional, dia mula menemui subjeknya iaitu anaknya bersama kucingnya, Lilu. Beliau tampil dengan siri fotonya dengan tajuk "Little girl and Tomcat."














KLIK SINI untuk lebih banyak foto.

Artikel - Foto Perang Vietnam Tentera US 1968-1969

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum..........

Charlie Haughey menyertai tentera US pada 1967.  Setibanya di Vietnam pada 1968, dia ditugaskan sebagai tentera dan dibayar untuk mengambil foto untuk pihak tentera dan syarikat akhbar orang awam. Sepanjang berada di sana, beliau telah mengambil hampir 2000 foto dari Mac 1968 hingga Mei 1969, dan foto-foto yang diambilnya begitu unik dan memaparkan gambaran kehidupan dan keadaan tentera US dalam era peperangan yang belum pernah dipaparkan sebelum itu. Negatif filemnya yang disimpan dalam kotak dibuka semula selepas 45 tahun. Pada musim luruh 2012, ia dipaparkan semula buat kali pertama.

 












KLIK SINI untuk lebih banyak foto.


Wednesday, April 10, 2013

Artikel - Jemur Biar Kering :-D

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....


Hooohhhh....??

Seorang pesakit mental cuba membunuh dirinya dengan terjun ke dalam sebuah sungai tetapi berjaya diselamatkan oleh seorang pesakit mental yang lain pula. Tidak lama kemudian pesakit yang menyelamatkan temannya itu dipanggil oleh doktor yang merawat mereka.

Doktor: Hari ini saya ada dua berita baik utk awak. Satu berita baik, dan 1 lagi berita buruk.
Pesakit mental: Apa dia doktor?
Doktor: Pertama sekali, tahniah kerana awak sudah menunjukkan tanda-tanda hampir sembuh daripada penyakit awak kerana awak telah menyelamatkan seorang pesakit yang cuba membunuh diri semalam. Berita buruk pula, pesakit yang awak selamatkan itu didapati telah menggantung dirinya selepas awak selamatkannya semalam. Malang sungguh....
Pesakit mental: Oh! begitu rupanya. Sebenarnya saya yang menggantungnya supaya dia kering dengan cepat..hee..

Doktor:  #@**_!!*&^_#  (hampehh!!)

Berita - Penyiasat NYPD Berhenti Kerana Bosan Menyiasat Umat Islam

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.......

Seorang pemberi maklumat berbayar yang bekerja untuk Jabatan Polis New York bahagian risikan diberikan arahan untuk mengapi-apikan umat Islam di sana di samping menjalani kehidupan secara serampang dua mata. Sebagaimana diberitahu kepada Associated Press, dia turut mengambil foto orang Islam dalam masjid dan mengumpulkan nama-nama orang awam yang mempelajari Islam secara berkumpulan. 




Shamiur Rahman, 19, berketurunan Bangladesh Amerika kini telah berhenti daripada kerjanya sebagai pemberi maklumat berkata pihak polis memintanya untuk mengatur strategi dipanggil 'cipta dan tangkap' yang melibatkan tugas termasuk mencipta perbualan di kalangan umat Islam tentang jihad atau keganasan, kemudian menghantar respon kepada NYPD. Untuk kerjanya, dia dibayar $1,000 sebulan dan mendapat nama baik daripada polis. 

"Kami mahu anda berlakon menjadi salah seorang daripada mereka," kata Rahman mengingat kembali kepada apa yang pernah diberitahu oleh pihak NYPD kepadanya. Rahman berkata kini dia menyifatkan kerjanya sebagai pemberi maklumat bagi menentang umat Islam di New York sebagai 'menjejaskan perlembagaan' dan selepas dia mendedahkan perincian kerjanya untuk pihak polis kepada seorang rakannya, dan selepas memberitahu polis yang dia dihubungi AP, dia tidak lagi menerima apa-apa pesanan sms daripada penyelianya, Steve. Nombor telefon juga sudah tidak digunakan lagi. 

Kata-kata Rahman menunjukkan bagaimana NYPD memasukkan pemberi maklumat ke dalam komuniti Muslim dan selalunya tanpa sasaran atau objektif khusus atau sebarang petunjuk jenayah. Ia lebih kepada taktik yang digunakan pihak NYPD yang sering dinafikan penggunaannya. Pihak AP pula membenarkan kata-katanya menerusi rekod penahanan dan pesanan sms yang diterima selama berminggu-minggu antara Rahman dan polis yang dihubunginya. AP juga melihat semula foto-foto yang dihantar oleh Rahman kepada polis. Kenalannya mengesahkan Rahman berada di beberapa acara apabila dia mengaku berada di sana, dan beberapa bekas pegawai NYPD yang tidak begitu mengenali Rahman mengatakan taktik berkenaan banyak digunakan oleh pemberi maklumat.  

Pemberi maklumat seperti Rahman menjadi antara tunggak penting dalam program kendalian NYPD untuk memantau kehidupan warga Muslim Amerika Syarikat sejak serangan pengganas pada 2001. Polis pasang telinga dalam banyak aspek kehidupan Muslim di sana termasuk dalam hal bisnes, rakaman video di masjid dan nombor plat kenderaan. Pemberi maklumat yang berada dalam masjid akan menyalurkan maklumat kepada polis tentang apa yang diperkatakan khatib ketika khutbah dan memberikan senarai nama yang hadir walaupun mereka tiada sebarang rekod jenayah. Program ini dibentuk dengan bantuan pihak CIA dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Polis merekrut Rahman selepas penahanannya kali ketiga atas kesalahan dadah yang dipercayai Rahman akan membawa kesan buruk. Seorang pegawai NYPD menemuinya di penjara Queens dan menawarkan peluang untuknya mengubah haluan hidupnya. Bulan berikutnya, dia menjadi pegawai bergaji. 

Rahman berkata dia memang mahu mengubah hidupnya dan berhenti terlibat dengan dadah, dan percaya Islam memberikan tujuan dalam hidupnya. Dia kemudian berkenalan dengan Talha Shahbaz di Facebook dan mengenali beberapa lagi rakan Muslim yang lain. Secara rahsia, Rahman menyelongkar rahsia kehidupan rakan-rakannya atas arahan NYPD. Rahman yang dilahirkan di Queens berkata dia bekerja untuk mendapatkan wang dan selama ini dia tidak pernah melihat mereka melakukan apa-apa kegiatan jenayah atau sesiapa melakukan sebarang kesalahan. Rahman juga berkata polis tidak pernah membincangkan tentang aktiviti sasaran risikannya. Polis sendiri memberitahunya "Kami tidak fikir mereka membuat kesalahan, kami cuma mahukan kepastian." 

Selepas beberapa lama, akhirnya Rahman mengatakan dia sudah bosan membuat risikan ke atas kawan-kawannya. Dia berkata turut mengecam identiti pemberi maklumat NYPD yang lain yang merisiknya. Dia mengambil $200 lagi daripada NYPD sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerjanya. Polis NYPD ada menawarkannya bayaran lebih tinggi tetapi dia menolaknya. Dia ada memberitahu beberapa rakannya bahawa dia pernah bekerja sebagai perisik NYPD untuk seketika tetapi sudah berhenti. "Saya pernah bekerja sebagai pemberi maklumat NYPD untuk satu tempoh bagi menyiasat pengganas, tetapi saya meraguinya." katanya dan dia tidak pernah terfikir ia sesuatu yang betul untuk dilakukan.

"Saya benci menggunakan orang lain untuk dapatkan duit. Saya tersilap." katanya.



KLIK SINI untuk artikel penuh.