MY FOLLOWERS

Saturday, March 30, 2013

Kesihatan - Menggoreng Telur

Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Yahoo Shine


Assalamualaikum......

Mudahnya.. Hahaha....


Langkah 1

Langkah 2


Langkah 3


Langkah 4

Langkah 5

Langkah 6


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Tuesday, March 26, 2013

Berita - Sekitar Student's Creative Performance Day: A Tribute to P. Ramlee Pada 14.3.2013, KKKT

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner

 

Assalamualaikum.....





Diadakan pada 14.3.2013 di Dewan Utama Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Acara diadakan dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Persembahan adalah secara berkumpulan dan berdurasi antara 10-15 minit. Persembahan setiap kumpulan adalah bertemakan filem-filem P. Ramlee seperti Seniman Bujang Lapok, Tiga Abdul dan banyak lagi. Hadiah berupa hamper turut disediakan kepada persembahan terbaik yang mendapat markah tertinggi.

Berita - Stonehenge Bermula Sebagai Tanah Perkuburan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Pengkaji Britain mengusulkan teori baru asal-usul Stonehenge iaitu ia mungkin bermula sebagai tanah perkuburan besar bagi keluarga elit sekitar 3000 SM. Kajian terbaru mayat yang dibakar yang dijumpai di tapak mencadangkan hampir 500 tahun sebelum Stonehenge yang dikenali hari ini, batu bulatan lebih besar telah dibina di tapak yang sama sebagai tanah perkuburan setempat. 


Seorang profesor Kolej Universiti London, Mike Parker Pearson berkata ahli arkeologi mengkaji 63 mayat dan percaya ia ditanam 3000 SM. Lokasi kebanyakan mayat tersebut asalnya ditandakan dengan batu biru. Pagar bulatan yang merentangi berukuran 300 kaki (91 meter) mungkin tanah perkuburan bagi hampir 200 orang. Pasukannya yang terdiri daripada ahli akademik dari lebih 12 universiti Britian juga mengetengahkan beberapa teori berkenaan tujuan Stonehenge kedua iaitu monumen yang masih teguh di bahagian selatan England sehingga kini. 

Pelbagai teori dinyatakan termasuk ia menjadi tempat penyembahan Druid, balai cerap untuk kajian astronomi, pusat perubatan, dibina oleh penduduk awal Britain yang berkelana bersama kumpulan mereka. Parker Pearson juga menyatakan kajian terbaru mencadangkan Stonehenge dilihat tidak lebih sekadar kuil penyembahan daripada projek binaan yang berfungsi sebagai menyatukan masyarakat sekitar Britain. 

Analisis ke atas baki petempatan Neolitik berdekatan monumen menunjukkan beribu orang mengembara sejauh Scotland ke tapak ini membawa bersama ternakan dan keluarga untuk majlis jamuan dan sambutan perayaan sewaktu Solstis musim sejuk dan musim panas.



KLIK SINI untuk artikel penuh.

Hidupan Liar - Burung Tertua Menetaskan Telur

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News

 

Assalamualaikum.....
 


 
Burung albatros tertua yang hidup di dunia berusia 62 tahun ini mendapat liputan meluas pada 2011 selepas didapati masih hidup selepas bencana tsunami melanda Jepun dan berjaya menetaskan telur. Burung ini yang dinamakan "Wisdom" hidup secara melawan arus dalam banyak aspek antaranya hidup dua kali lebih lama daripada albatros Laysan. Namanya diberikan selepas ditag oleh pengkaji USGS (U.S. Geological Survey) pada 1956. Pihak USGS berkata dalam satu kenyataannya, Wisdom telah terbang antara 2 juta ke 3 juta batu menyamai 4 hingga 6 kali perjalanan dari Bumi ke bulan. 

Walaupun ada lagi burung albatros lain dilihat di belantara yang berusia sekitar 50 tahun, Wisdom satu-satunya yang direkodkan menetaskan telur pada usia yang lanjut. Walaupun saintis telah melihat keajaiban ini apabila Wisdom menetaskan telurnya pada dua tahun sebelumnya, ini telah menjadikan jumlah dilahirkannya sebanyak lima ekor sejak 2006. 

"Walaupun kini saya telah meningkat tua, Wisdom masih juga kelihatan sama seperti sewaktu saya menandakannya dahulu, kata Chandler Robbins, saintis USGS yang telah bersara, yang berusia 40 tahun ketika dia menandakan Wisdom pada 1956. Pada 2001, Robbins menemui kembali Wisdom, membantu pihak USGS menentukan umurnya dan memperbetulkan semula rekod tabiat pembiakannya.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Saturday, March 23, 2013

Sekadar Luahan - Duduk Dalam Kasut... Eerrkkk..!!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images
 

Assalamualaikum.....
 

Sebut sahaja katak, eeii.. geli jer.. Itulah yang terjadi selepas pulang pada satu hari, terlupa untuk masukkan semula kasut dalam kereta. Tidak sedar ada yang singgah dan menyorok dalam kasut sehinggalah dibawa masuk dalam kereta dan mahu memakainya apapbila tiba ke sebuah kolej pada keesokan harinya. Bila kasut dipakai barulah terasa ada benda menggeliut dan dengan segala kelajuannya kasut ditanggalkan. Toiingg! Terkeluarlah dia... Hahaha :-D 

Tidak semena-mena dia telah berjalan 'beribu' batu dari rumah untuk dibuang...huhuhu

Tuesday, March 19, 2013

Artikel - Pelukis Cover-Up Membuang Tatu Secara Percuma

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News

Assalamualaikum.....

Peluang kedua bukanlah mudah untuk diperolehi, namun Chris Baker, 42, seorang artis tatu dari Oswego, Illinois, melepaskannya begitu sahaja tanpa apa-apa bayaran. Sejak tahun 2011, Baker, juga seorang pastor, telah melukis lebih daripada 500 tatu secara percuma kepada bekas ahli geng dan mangsa-mangsa kes penyeludupan manusia begitu teruja untuk membuang atau menutup bukti yang masih kelihatan pada badan mereka sekaligus menutup kisah silam mereka. Rangkaian penyeludupan manusia di bandar-bandar besar dikendalikan oleh ahli geng. Mereka selalunya akan membuat tatu pada badan mangsa mereka dengan kod bar, nama alku atau simbol bagi membolehkan mereka dijejaki dan menyukarkan mereka melepaskan diri. 

"Inilah cara saya membalas budi komuniti ini yang banyak berjasa kepada saya sebelum ini," kata Baker kepada ABCNews.com mengenai perkhidmatan yang ditawarkannya sekaligus menunjukkan masyarakat juga boleh berubah. 

Baker mengasaskan INK 180, sebuah organisasi yang tidak menjana keuntungan yang dibiayainya sendiri menggunakan wang hasil perniagaan membuat tatu yang diusahakannya sebelum ini dan kutipan derma. Nama organisasi ini melambangkan tahap perubahan yang diharapkan dapat dicapai dalam kehidupan bagi mereka yang pernah menerima khidmatnya. Baker pernah bekerja untuk bekas geng Latin Kings, Black Disciples dan Aryan Nation. Dia mendapat idea untuk membantu komunitinya selepas satu mesyuarat belia yang dihadirinya, ketika itu usaha ahlinya sering terhenti ekoran daripada adanya tatu yang menjelaskan mengenai masa silam mereka. Baker yang juga bekas pengurus gudang menyatakan ramai di kalangan pekerjanya adalah bekas ahli geng dan mereka sering membandingkan tatu yang mereka ada dengan yang dimiliki Baker yang bersifat keagamaan. Mereka menyatakan mahu membuang tatu mereka kerana sudah bosan sering disalah anggap.

Selama 2 tahun Baker telah bekerja untuk warga tempatan, negeri dan badan persekutuan dengan menawarkan perkhidmatannya kepada bekas ahli geng yang menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan dan juga mereka-mereka yang sudah lama hidup dalam persembunyian selepas meninggalkan geng tersebut. Salah seorang pekerjanya kini telah bekerja dengan Department of Homeland Security telah membuka mata Baker untuk membantu mangsa penyeludupan manusia dengan cara menutup atau membuang tatu mereka, satu cara yang akan menyukarkan mereka daripada ditangkap kembali. 

Ada juga ahli yang datang sendiri atau wanita-wanita yang melarikan diri daripada sindiket pelacuran dan berada dalam perlindungan undang-undang menemui Baker dan memberitahunya apa yang pernah dan mahu dilakukan. Mengenai jenis tatu, Baker menyerahkannya kepada pengguna untuk memutuskannya.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Thursday, March 14, 2013

Animasi - K-ON !!

Kredit kepada:Wikipedia
Gambar ihsan: Google Images
Video ihsan: Youtube


Assalamualaikum.....



Kisah K-On! berkisarkan 4 orang pelajar sekolah tinggi Jepun yang menyertai kelab muzik dan cuba menyelamatkannya daripada dibubarkan, walaubagaimanapun, merekalah satu-satunya ahli yang tinggal. Awalnya, Yui Hirasawa langsung tiada sebarang pengalaman menggunakan peralatan muzik atau membaca not muzik namun akhirnya menjadi pemain gitar yang berjaya. Kemudian, Yui, bersama basis Mio Akiyama, pemain dram Ritsu Tainaka, dan pemain keyboard Tsumugi Kotobuki menghabiskan hari persekolahan mereka dengan berlatih, membuat persembahan, dan keluar bersama. Kelab ini kemudiannya mendapat perhatian gurunya Sawako Yamanaka, ketika mereka di tahun akhir. Pada tahun kedua, mereka mendapat gitaris baru, seorang pelajar junior Azusa Nakano. mereka kemudian telah mendapat rentak dan berlatih lebih gigih. Selepas tahun ketiga, Yui, Ritsu, Mio dan Tsumugi tamat persekolahan dan masuk universiti. Di sana mereka bersama tiga lagi ahli baru Akira Wada, Ayame Yoshida, dan Sachi Hayashi. Sementara itu, Azusa meneruskan kelab muzik di sekolahnya bersama adik Yui, Ui, rakan sekelas mereka, Jun Suzuki, dan lagi ahli baru Sumire Saito dan Nao Okuda.


K-ON Opening Season 1
 


KLIK SINI untuk lebih lanjut.

Artikel - Penyanyi Rap Perancis Peluk Islam

Kredit kepada: Blog Mazeer Mohamad
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.......


Paris: Seorang penyanyi rap wanita terkenal di Perancis, Diam, mengejutkan peminatnya apabila buat pertama kali tampil memakai hijab selepas memeluk Islam. Diam atau nama sebenarnya Melanie Georgiades, disifatkan telah melakukan proses transformasi sepenuhnya daripada seorang penyanyi rap kepada seorang wanita Muslim.
 

Sejak 2009, Diam telah mencetuskan kontroversi kerana jarang muncul di khalayak ramai dan kontroversi berkenaan akhirnya lenyap dengan penampilan pertamanya dalam interview dengan stesen televisyen Perancis, TF1. Dalam temu bual eksklusif itu, Diam menceritakan kisah silamnya dan bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam. Jelas Diam, dia diperkenalkan secara kebetulan oleh seorang rakan beragama Islam.
 

“Saya memeluk Islam selepas melihat rakan saya menunaikan solat. Ketika itu saya memberitahunya bahawa saya juga ingin bersolat.
 

“Ketika bersujud, itulah kali pertama saya menyentuh dahi ke lantai dan ia merupakan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini dan saya kini percaya, kita hanya tunduk kepada Allah, bukan insan lain,’’ katanya.
 

Menurut Diam, dia memeluk Islam selepas memahami agama itu dan membaca Al-Quran. Dia juga berpindah ke Mauritius untuk belajar membaca Al- Quran dan kini lebih memahami Islam sepanjang proses memeluk Islam. Menceritakan kisah silamnya, Diam berkata, walaupun dia seorang yang terkenal namun dalam hatinya, tiada siapa yang tahu bagaimana dia menangis setiap malam kerana hatinya berasa kosong dan kesepian.
 

“Saya merupakan penagih dadah tegar, sering berasa halusinasi dan terpaksa masuk ke pusat rawatan mental untuk pulih, sehinggalah seorang rakan Muslim saya memberitahu bahawa dia ingin bersolat.
 

“Dengan memeluk Islam, hidup saya lebih tenang dan saya juga tahu tujuan sebenar kita diciptaNya,’’ katanya.
 

Diam yang telah berkahwin lebih setahun lalu, kini bergelar ibu dan telah pulih sepenuhnya daripada masalah ketagihan dadah. Ditanya mengenai pemakaian hijab itu, Diam berkata dia tidak berasa kecil hati apabila dikritik namun kecewa dengan pandangan steorotaip penduduk Perancis terhadap wanita berhijab.



KLIK SINI untuk artikel penuh.

Sunday, March 10, 2013

Berita - Program Apresiasi Pelajar KKKT Pada 7.3.2013 di NACC

Kredit kepada:  -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....

Program Apresiasi Pelajar 2013 telah diadakan di Noor Arfa Craft Complex pada 7.3.2013. Program anjuran Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Komuniti Kuala Terengganu bermula jam 8.00 pagi dengan pendaftaran pelajar yang juga menandakan kehadiran bagi kelas mereka. Program ini diadakan bagi memberikan penghargaan kepada para pelajarnya telah cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum selama 3 semester dan ke atas. Kecemerlangan mereka dinilai daripada aspek ketinggian CGPA dan beberapa lagi pencapaian dalam aktiviti termasuk program lain anjuran kolej dan sukan yang telah disertai oleh pelajar berkenaan.

Majlis dimulakan pada sebelah pagi dibuka dengan bacaan selawat sambil menyambut kedatangan Pengarah KKKT, Puan Hajah Maziah binti Muda seterusnya bacaan doa dan ayat suci al-Quran surah Lukman ayat 17-19. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada Puan Hajah Maziah. Dalam ucapannya, beliau menyatakan sangat menginginkan supaya para pelajarnya berjaya dalam semua bidang yang diceburi dan menjauhkan diri daripada gejala yang tidak elok sebagaimana yang berlaku pada hari ini. Beliau turut menharapkan agar lebih ramai pelajarnya cemerlang dalam pelajaran dan menjadi insan yang berjaya kelak. 








Majlis hari itu diteruskan dengan acara penyampaian sijil penghargaan kepada para pelajar yang cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum yang disertai, dan diakhiri dengan acara penyerahan watikah perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2013 seramai 16 orang. Acara diteruskan lagi dengan pelancaran kelab dan persatuan. 

Program ini berakhir jam 12.00 tengahari.

Saturday, March 9, 2013

Artikel - Fenomena Pusaran Air Ganjil

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.......

Seorang spotter yang bekerja sebagai sukarelawan bagi National Weather Services merakamkan fenomena pusaran air ini sewaktu sedang bercuti di Florida. Fenomena pusaran ini berlaku di bahagian utara Hillsborough Bay.














KLIK SINI untuk artikel penuh.


Artikel - Pengantin, Tok Kadi dan Taik Gajah :-D Hahaha!

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.......






Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri satu majlis akad nikah kawan pada kawanku. Waktu itu aku bercuti di kampung dia. Jadi bila ada kenduri, dia pun pergi dan ajak aku sekali.

Ketika itu, majlis akad nikah dijalankan di ruang tamu. Aku dapat melihat ramai orang kampung yang datang, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis yang semacam ini.

Jadi sewaktu bersila, aku pun mengesot sedikit untuk mendengar apa yang tok kadi akan tanya kepada si pengantin. Rupanya macam-macam topik juga tok kadi tanya. Tetapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar.

Tok kadi tanya mengenai dalam satu hari berapa kali kita sembahyang, dan dengan lajunya si pengantin pun menjawab "lima". Tok kadi tanya lagi, kali ini minta berikan contoh najis kecil, dia pun menjawab kencing bayi yang baru lahir lagi. Tok kadi pun angguk, jadi aku rasa jawapan itu bolehlah diterima. Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, si pengantin sudah mula panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam mahu sahaja bantu apa-apa yang patut sebab bukannye susah, jawapannya anjing dan babi sahaja, tetapi dia pula yang mula berpeluh! Tok kadi mula senyum-senyum. Aku sebut dalam hati moga-moga dia dengar jawapan aku dalam hati tadi, tetapi rupanya aku cakap dalam hati sahaja. Aku tidak tahu apa yang terjadi selepas itu, kerana majlis itu menjadi kecoh kerana ramai orang yang berada di sekeliling majlis  sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman sehingga terkena baju ramai orang! Aku pun sama, sehingga terkena beberapa orang berdekatan denganku! Kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat semasa tok kadi tanya tentang contoh najis besar pada si pengantin tiba-tiba keadaan menjadi senyap sunyi...

Tapi bila pengantin itu menjawab "Taik Gajah" suasana menjadi hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang sudah tidak boleh tahan! Hahaha! Macam mana lagi mahu ditahan! Taik gajah? Sungguhlah besarnya, lagi-lagi bila gajah makan durian!


KLIK SINI untuk sumber.

Wednesday, March 6, 2013

Artikel - Kambing Hitam dan Putih :-D

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.......





Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:

Pemuda : Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya tanya beberapa soalan?

Gembala : Oh, boleh saja..

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?

Gembala : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih.

Gembala : Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?

Gembala : Yang hitam pun sama.

Pemuda : Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?

Gembala : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih.

Gembala : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?

Gembala : "Yang hitam pun sama.

Pemuda : Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

Gembala : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih.

Gembala : Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur.

Pemuda : Dan yang hitam?

Gembala : Yang hitam pun sama.

Pemuda : (Dengan perasaan geram): Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali mahu jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja..

Gembala : Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya.

Pemuda : Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?

Gembala : Yang hitam pun sama, saya punya juga.

Pemuda : (Bengang, geleng kepala dan berlalu)



KLIK SINI untuk artikel penuh.

Artikel - Superkomputer Paling Laju Di Dunia Ada Di USA

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.......



Dalam dunia teknologi moden yang penuh dengan persaingan, muncul sebuah superkomputer dinamakan 'Titan' yang dianggap raja segala komputer. Superkomputer ini bernilai $100 juta berada pada kedudukan no. 1 dalam senarai Top500 dengan rekod prestasi 17.59 petaflops per saat. Superkomputer sistem Cray XK7 berpengkalan di Tennessee's Oak Ridge National Laboratory, mengatasi rekod juara sebelumnya iaitu superkomputer Sequoia di California's Lawrence Livermore National Laboratory.

5 buah Superkomputer di dunia sekarang ini:
  1. Titan Cray XK47 di Oak Ridge National Laboratory (17.59 petaflops/s)
  2. Sequoia BlueGene/Q di Lawrence Livermore National Laboratory (16.33 petaflops/s)
  3. Komputer Fujitsu's K di RIKEN Advanced Institute for Computational Science di Kobe, Jepun (10.51 petaflops/s)
  4. Komputer The Mira BlueGene/Q di Argonne National Laboratory di Lemont, Ill. (8.16 petaflops/s)
  5. Komputer The JUQUEEN BlueGene/Q di Forschungszentrum Juelich di Jerman. (4.14 petaflops/s)

Superkomputer Amerika Syarikat ini belum dapat mengatasi sebuah superkomputer di China iaitu Tianhe-1A dan Fujitsu K Computer pada 2009, namun kembali semula apabila sistem Sequoia bangkit pada 2012. Sequoai mempunyai sebanyak 1,572,864 teras jauh mengatasi jumlah teras dimiliki Titan iaitu sebanyak 560,640teras , tetapi tidak semestinya semua teras dibina itu sama jumlahnya. Titan meningkatkan 90% prestasinya dengan memiliki 261,632 teras pemecut terbaru NVIDIA iaitu K20x. Teras pemecut NVIDIA menggunakan teknologi graphics processing unit (GPU) yang sama yang digunakan untuk paparan permainan video. 

Superkomputer yang dipandu GPU akan menjadi semakin penting khususnya dalam pembinaan superkomputer dalam skala besar di masa akan datang, yang boleh melakukan kerja 1000 kali lebih pantas daripada yang terdapat pada masa kini. Ini kerana GPU lebih menjimatkan tenaga jauh lebih baik berbanding CPU dalam komputer sekarang ini. Titan menggunakan pemecut Tesla K20x untuk mencapai tahap tenaga yang efisien pada 2,142.77 megaflops per watt, membolehkannya tersenarai sebagai yang pertama dalam senarai Green500 sebagai superkomputer paling jimat tenaga di dunia.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Wordless Wednesday - Town

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum.....


Sunday, March 3, 2013

Artikel - Pokok Pelangi Semulajadi

Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Grind TV



Assalamualaikum.......












Pokok Rainbow eucalyptuses juga dikenali sebagai "Mindanao gum" dan "rainbow gum." 

KLIK SINI untuk artikel penuh.

Artikel - MC Yang Sungguh Lama!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....


Penulis terjumpa surat ini di satu kelas di sebuah IPT baru-baru ini.

Kali ini, sila lihat pada bahagian tempoh cuti diberikan :-)  




Semestinya selepas ini, bos tidak akan berjumpa anda lagi... sampai bila-bila pun! Hahahahahahaha!

Animasi - Jigoku Shojo

Kredit kepada: Wikipedia
Gambar ihsan: Google Images 
Video ihsan: Youtube


Assalamualaikum........

Hell Girl (地獄少女 Jigoku Shōjo?), juga dikenali sebagai Jigoku Shōjo: Girl from Hell, sebuah siri anime Jepun dihasilkan oleh Aniplex dan Studio Deen. Kisah ini bertumpu pada kewujudan satu sistem supernatural yang membolehkan orang ramai membalas dendam ke atas 'pemangsanya' dengan menghantar mereka ke neraka menerusi perkhidmatan yang diusahakan oleh sekumpulan ahli yang melaksanakan sistem ini. Dendam, ketidakadilan, kebencian dan beberapa lagi emosi manusia adalah tema sepanjang siri ini. 

Kebanyakan episod menceritakan kisah pendek tersendiri yang memaparkan kesengsaraan individu berlainan yang menjadi mangsa kepada seorang atau beberapa antagonis. Dari awal episod kisahnya, drama yang berlaku dalam kehidupan protagonis selaku si mangsa dijelaskan secara dekat daripada permulaan dendamnya, kesengsaraannya, tekanan yang dihadapinya sehinggalah mereka tidak mampu menahannya lagi yang akhirnya membuatkan mereka mencari Hell Correspondence di laman webnya. Pada amnya, mangsa diberikan peluang oleh klien, namun mereka meneruskan juga niat dengan menarik benang pada patung seperti patung voodoo yang diberikan dan menghukum antagonis. Bila benang ditarik, Ai Enma akan menghukum antagonis. 


 


KLIK SINI untuk artikel penuh.


Artikel - Komet Abad Ini

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.......



Sebuah kapal angkasa NASA berjaya merakamkan foto pertama komet ISON, yang disifatkan sebagai komet abad ini apabila ia melintasi bahagian dalam sistem solar pada tahun ini. Foto ini dirakamkan oleh prob Deep Impact milik NASA dan ia menjelaskan bahawa komet ini sebagai terang dan berdebu bergerak pada arah bertentangan dengan gugusan bintang yang lainnya. Kapal angkasa ini telah merakamkan foto ini pada 17 dan 18 Januari lalu pada jarak kira-kira 493 juta batu (793 juta kilometer). Komet ISON menarik perhatian para saintis dan pencerap bintang kerana potensinya apabila ia melintas begitu hampir dengan matahari. Beberapa pengkaji meramalkan ia mungkin menyinar lebih terang berbanding bulan purnama. Pada pertengahan Januari lalu, panjang ekor komet ini adalah lebih daripada 40,000 batu (64,400 km).


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Sekadar Luahan - Ia Adalah Satu Kesilapan!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Suasana pagi ketika berlangsungnya kejohanan karate hari itu sungguh baik. Secara asasnya dari 'permukaan' dapatlah dilihat semuanya seperti berjalan dengan lancar, alhamdulillah. Selepas semua ahli meletakkan beg masing-masing dan membuat persediaan, saya pula ke meja urusetia dan bertemu dengan penganjur untuk memeriksa semula atau double-check nama-nama ahli yang akan masuk bertanding nanti. Mujur juga kerana didapati terdapat beberapa nama ahli yang tidak datang turut tersenarai dalam peringkat saringan. Nama-nama tersebut adalah sebagaimana yang telah diberikan oleh jurulatih sejak awal lagi. Kiranya kami menghantar 15 orang tetapi kini hanya ada 10 orang. Saya telah meminta penganjur terus memotong nama-nama ini bagi memudahkan lagi acara. Rupa-rupanya bukan saya sahaja, ada lagi pasukan lain turut berbuat demikian. 

Memandangkan sudah terdapat beberapa nama yang telah dibuang, saya melihatnya sebagai satu peluang cuba masukkan nama sendiri untuk masuk bertanding. Kalau boleh, kali ini mahu mencuba dalam acara kata kerana dalam banyak pengalaman sebelum ini, saya ada menyertai acara kumite. Begitulah niatnya dan ia sudah dirancang sejak berminggu sebelum itu lagi. Namun, sebagaimana dikatakan penganjur, tidak boleh lagi membuat penambahan atlet kerana mereka mahu semuanya berjalan seperti yang telah disusun. Kecewa juga, tetapi tidak boleh salahkan penganjur sebab mereka pun sudah menyusun semuanya begitu. Kemudian, saya didatangi sendiri oleh salah seorang pengadil meminta saya untuk menjadi pengadil bagi acara kata pada pagi itu kerana mereka masih kekurangan beberapa orang. Sebabnya ada yang belum tiba dan ada pula yang lain turut masuk bertanding bagi acara kumite. ..Eh? Pengadil acara kata? Saya belum pernah ada pengalaman ini. Memikirkan tidak salah untuk mencuba, maka saya 'ya'kan sahaja permintaan itu. 

Acara kata selesai sekitar 11.00 pagi. Nampak sahaja mudah tetapi sebenarnya tidak sebegitu sebab yang menyertai acara kata adalah peserta dari banyak aliran dan setiap aliran ada perbezaan dalam kata yang dipelajari. Pada sesi petang, saya menjadi juri bagi acara kumite pula. Yang ini lebih mudah berbanding pada acara kata. Semuanya baik-baik sahaja sehinggalah sewaktu dalam bas untuk perjalanan balik saya ditegur berkenaan terdapat beberapa pertikaian mengenai pemilihan peserta yang menang dalam acara kata. Kedengarannya ramai juga yang kurang berpuas hati sebab ada beberapa peserta yang tidak layak menang diisytiharkan menang. Isunya, bila ada juri dari aliran lain melihatkan kata tersebut menyatakan peserta sekian sekian layak dan dia tahu kata yang ditunjukkan dan dari aliran mana sedangkan saya pula masih kurang dalam aspek itu.


Bagi menjelaskan lagi keadaan ini, saya diberikan contoh dari luar sebagai perbandingan iaitu jika dalam sesuatu acara pomsae bagi taekwondo, seseorang pengadil yang tahu kesemua pomsae sahaja layak menjadi juri dalam pertandingan acara itu. Maka, bagi saya, begitulah juga dalam acara kata bagi karate. Daripada maklumat terbaru, salah satu syarat bolehnya diadakan sesuatu acara kata ialah terdapat sekurang-kurangnya 5 orang pengadil dengan masing-masing 4th-Dan dan ke atas dan daripada beberapa aliran. Ini supaya penilaian, pemarkahan dan pengisytiharan pemenang dapat dilakukan dengan lebih tepat. Berdasarkan risikan, pihak penganjur tersebut dikira tidak layak mengadakan acara kata kerana tidak memenuhi syarat ini. Lebih-lebih lagi bila dapat tahu pada waktu itu terdapat hanya seorang sahaja pengadil bertaraf 4th-Dan. Jika diketahui oleh pihak-pihak berkaitan, maka penganjur berkenaan akan dilarang daripada menganjurkan apa-apa pertandingan pada masa hadapan. Tidak sebagaimana dalam acara kumite kerana mata dikutip berdasarkan serangan pada sasaran dan teknik yang betul. Bila difikirkan kembali, terasa seperti sudah membuat kesilapan paling besar kerana saya belum sampai ke tahap itu lagi untuk mengadili acara ini. 

Seperkara lagi, dalam acara kumite pada hari berkenaan, turut diluahkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak apabila terdapat beberapa peserta yang entah dari mana dan tidak diketahui tahap tali pinggangnya menjadi juri di beberapa bucu gelanggang kumite. Lagi teruk, bila mereka tidak memakai pakaian pengadil mengikut dress code yang digariskan dalam peraturan dan tidak juga mengikut syarat menjadi juri iaitu pemegang tali pinggang hitam yang sah sahaja. Justeru, timbul beberapa keadaan seperti berat sebelah yang sungguh nyata kerana ada ketika, mata diberikan bukan pada ketika serangan sudah dibuat dan dapat dilihat dengan tepat. Lebih menyedihkan bila tiada seorang pun pengadil karate 4th-Dan ke atas yang boleh membantah sebarang keputusan atau sebarang keadaan yang tidak mengikut syarat WKF bila sesuatu pertandingan karate diadakan.

Saturday, March 2, 2013

Paranormal - Jangan Bermulut Celupar II

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum......


Panggilan telefon di tengah malam itu memang mengejutkan aku. Tanpa berlengah lagi aku terus bergegas menuju ke rumah Dinie, iaitu kawan karibku. Perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam itu langsung tidak memenatkan diriku. Malah rasa mengantukku serta-merta hilang sebaik sahaja aku teringatkan keadaaan yang menimpa Dinie. Aku mahu segera sampai ke rumah Dinie. Setibanya di sana, aku melihat banyak kereta memenuhi perkarangan rumah Dinie. Aku bagaikan tidak percaya dengan berita yang disampaikan oleh ibu Dinie sebentar tadi. Menurut ibunya, sejak balik dari Gua Musang seminggu yang lalu keadaan Dinie agak berlainan. Aku menjadi tidak tentu arah, seolah-olah ada sesuatu yang menghantui fikirannya.

Ada kalanya Dinie meracau-racau tidak menentu hala. Kata ibu Dinie lagi, tiga hari selepas itu, rambut Dinie tiba-tiba gugur seperti licinnya tempurung kelapa yang dimesin. Bulu kening dan bulu mata Dinie juga luruh sepeti gugurnya daun getah semasa musim kemarau. Dalam keadaan dirinya yang tidak terurus itu, Dinie juga meracau dan mengamuk tidak keruan.

Semakin hari keadaan Dinie semakin parah. Wajahnya juga tidak secantik dulu. Pipinya cengkung sehingga menampakkan tulang pipi, dagu, rahang, dan dahi. Matanya bulat menonjol dan asyik meliar memandang ke kiri dan kanan. Apabila ditinggalkan keseorangan Dinie akan menjerit-jerit meminta ditemani. Dinie berasa seram sejuk apabila keseorangan. Tubuhnya serta-merta menggeletar. Dia bukan sahaja terbayang-bayang lembaga hodoh yanng cuba mencekiknya, bahkan terngiang-ngiang di telinganya apa yang telah di ucapkan ketika berada di dalam gua tersebut.

Sebelum memulakan pendakian, aku sudah berpesan supaya dia menjaga setiap tutur katanya. Tambahan pula, gua tersebut dikatakan 'keras' kerana didiami oleh penunggu rimba. Namun, dia berdegil dan menganggap perkara tersebut karut. Sepanjang pendakian, mulut Dinie tidak henti-henti mengomel serta mencela setiap objek yang terdapat di dalam gua itu. Sudah puas aku menasihatinya, namun semakin dilarang semakin menjadi-jadi pula.

"Alahai... kelakarnya rupa dia. Kalau jadi boyfriend aku, aku lari tengah malam ni. Kalah rupa Jim Carey dalam cerita The Mask. Kah.. kah.. kah.. Bapak aku dua puluh kali ganda lagi 'handsome' !"
Kata Dinie sambil ketawa.

"Eh..kau ni jangan celupar sangat. Jaga-jaga sikit mulut kau tu, kita ni kat tempat orang, " nasihat aku.
"Alah .. tak ada bendanya, kau tu percaya sangat dengan karut-marut ni. Lagipun benda ni bukannya hidup. Tak ada maknanya kita takut," tambah Dinie lagi.

"Engkau ni kalau cakap biar berlapik, nanti sebab mulut badan binasa. Aku tak campur...", balas aku pada Dinie sambil mengelengkan kepala.

"Ye lah tu.. cakap biar berlapik, sebab dek mulut badan binasa. Aku tak campur.... he.. he..he..", jawab Dinie sambil mengejek-ejek cakapku.

Sehari selepas pulang dari gua tersebut, Dinie mula berasa keanehan. Setiap kali dia cuba melelapkan mata, dia akan terbayang wajah lelaki yang melatari dinding gua tersebut. Wajah lelaki yang dikatakan hodoh seperti Jim carey dalam The Mask sentiasa bermain-main di kelopak matanya. Adakalanya dia seakan terbayangkan wajah itu berada di sampingnya. Sejak itu tidur malamnya sering terganggu. Mimpinya sering di datangi wajah yang serupa dan berlumuran darah. Dinie menjadi fobia dengan keadaan itu. Kadangkala hanya dengan bayangan wajah itu sahaja sudah cukup membuatkan dia menangis dan menjerit. Selain itu, Dinie juga menderita akibat sakit kepala yang kronik sehingga dia tidak mampu untuk melakukan apa sahaja. Kepalanya bagaikan mahu pecah dan mahu sahaja dia menghantukkan kepalanya di dinding.

Doktor yang merawat Dinie juga gagal untuk mengesan puncanya. Akhirnya keluarga Dinie mengambil keputusan memilih untuk berubat secara tradisional. Kebanyakkan bomoh yang ditemui rata-rata mengatakan Dinie menderita akibat terkena sumpahan penunggu Gua Musang. Kononnya penunggu itu marah dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Dinie semasa pendakian itu. Bomoh itu menjangkakan kesakitan yang ditanggung oleh Dinie itu akan sembuh sebaik sahaja penunggu gua itu memaafkan dirinya.
Dengan izin Allah, kini Dinie telah kembali pulih seperti sediakala hasil ikhtiar secara tradisional. Ini kerana keluarganya tidak jemu-jemu mencari ubat untuk menyembuhkan penyakit Dinie. Pengalaman tersebut memberi pengajaran kepada Dinie supaya berhati-hati dalam menyatakan sesuatu jika berada di tempat yang orang.

Kadangkala, walaupun sesuatu benda itu tidak dimiliki oleh sesiapa, kita juga perlu menghormati semangat dan asal usulnya. Ini kerana sesuatu itu boleh terjadi dengan keizinan Yang Maha Esa. Kisah yang dialami oleh Dinie ini boleh dijadikan teladan kepada kita semua.



Posted on 09-11-2008 14:23
green_piez
Syok.org : | ::Sembang Umum | Cerita Seram~