Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB
Assalamualaikum........
Terjumpa foto motorsikal seakan dalam filem Batman arahan Christopher Nolan di satu laman Facebook..
Hahahahaha :-D
MY FOLLOWERS
Thursday, January 31, 2013
Kesihatan - Makan Makanan Mentah
Kredit kepada: Mingguan Wanita Disember 2012
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Kegemaran memakan makanan mentah sering dikaitkan dengan gaya hidup yang hanya memakan makanan bersumberkan sayur-sayuran, buah-buahan dan biji-bijian mentah. Makanan mentah merupakan sejenis makanan yang mentah atau makanan yang tidak dimasak lebih dari 118 F sama ada secara menggoreng, merebus, memanggang, membakar atau jenis pemanasan yang lain. Amalan pemakanan jenis ini sangat baik untuk diamalkan seperti disokong oleh fakta berikut:
Makanan yang dimasak atau diproses terlebih dahulu menyebabkan hilangnya 70% hingga 80% vitamin.
Proses memasak adakalanya menghilangkan vitamin sebanyak 50% dan 100% enzim. Dalam banyak penyelidikan yang telah dilakukan, pengambilan produk haiwan secara berlebihan atau dimasak secara khusus boleh menimbulkan masalah yang buruk kepada kesihatan. Untuk itu, penyelidik menyatakan dengan mengambil sayur dan buah tanpa dimasak terlebih dahulu akan memberikan nutrisi yang mencukupi untuk tubuh.
Dikatakan juga makanan mentah yang bebas daripada bahan kimia akan mendorong seseorang untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Ini termasuklah meningkatkan kadar antioksidan, vitamin dan nutrisi sehingga akhirnya dapat melindungi manusia daripada serangan radikal bebas yang mampu melindungi tubuh daripada kesan penuaan.
Dalam jurnal American Society of Nutritional mengatakan bahawa mengambil makanan mentah sebanyak 70% mampu membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang menyebabkan penyakit jantung.
Petikan: Mingguan Wanita, Edisi 14-20.12.2012, segmen Info Sihat
Berita - Juri Sebak Dengan Kenyataan Mangsa Pemandu Mabuk
Kredit kepada: Yahoo GMA
Gambar ihsan: Google Images
KLIK SINI untuk artikel penuh.
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum....
Kehidupan seorang budak, Xitclalli "Chilli" Vasquez, 9, berubah secara tragik pada musim panas 2011 apabila kereta yang dinaikinya dilanggar dari depan orang pemandu mabuk. Kemalangan ini menjadikannya lumpuh dari paras dada ke bawah.
Menurut saksi, sebelum itu, pada hari perbicaraan pemandu berkenaan yang diadakan di Tarrant County Court, Vasquez berpeluang membacakan satu surat yang ditulisnya yang menjadikan semua yang hadir dalam bilik mahkamah tersebut termasuk juri, menangis.
Surat sepanjang 4 muka surat itu ditulis tangan diberikan kepada juri bertajuk 'Daripada Salah Seorang Mangsa Anda' ("From
One of Your Victom.") menjelaskan bagaimana Vasquez dan kakaknya dalam perjalanan ke sebuah pasaraya untuk merias rambut dan kukunya. Mengimbas kembali, selepas kemalangan itu, dia tidak ingat apa-apa dan tidak mampu bercakap, jadi dia gunakan jari untuk menjawab soalan yang ditanya dengan jawapan YA atau TIDAK. Antara lain yang ditulisnya,
"There were times that I would cry and cry…in therapy they showed me how
to lift myself and dress myself. But right now it's still very hard. My
mom does a lot for me but I try myself. There are days that I cry cause
I can't do what I used to. Well, I could keep going but my hand is
getting tired. I would like you to meet me and my family…there are days
that are bad because I have a hard time getting around. "
"Look at what I said and the words I said and tell me how I look and feel. How do you feel today? Do you remember July 9th?"
Pihak pendakwa berkata Solis dihukum penjara 10 tahun dan boleh dapatkan parol dalam masa 5 tahun. Ketika kejadian itu, mereka dapati paras alkohol dalam darah Solis ialah pada 0.23, hampir 3 kali nilai yang dibenarkan. Dia berumur 21 tahun dan tiada rekod jenayah.
Ibu Vasquez memberitahu ABC News bahawa ramai mangsa maut akibat dilanggar pemandu mabuk namun anaknya masih hidup, dan dia masih berharap anaknya dapat kembali berjalan suatu hari nanti.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
Labels:
berita,
kereta,
peringatan
Tuesday, January 29, 2013
Kesihatan - Awasi Makanan Dalam Tin
Kredit kepada: Mingguan Wanita Disember 2012
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Makanan dalam tin sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat moden hari ini. Ia dilihat sebagai satu cara yang sesuai bagi mereka yang sibuk dan memudahkan penyediaan makanan yang melibatkan banyak proses dan mengambil masa untuk disediakan. Walaupun dari satu sudut ia menjadikan makanan tersebut bebas daripada debu dan kotoran, itu tidak bermakna ia juga memberi jaminan yang baik kepada kesihatan. Proses pengawetan atau pengolahan bahan makanan hanya akan mempertahankan kesegaran bahan yang ditinkan untuk sesuatu tempoh tertentu. Pengawetan makanan juga bertujuan menghalang dan menghentikan kegiatan zat-zat dan mikroorganisma daripada merosakkan makanan.
Pengetinan makanan pula bermaksud cara pengolahan makanan dengan memasukkan bahan makanan ke dalam tin yang ditutup rapat untuk mengelakkan bahan tadi menjadi rosak atau busuk. Pun begitu, ada beberapa perkara yang semua orang perlu tahu mengenainya. Penggunaan tin sebagai kemasan bahan makanan tidak bermakna bahan tersebut tidak akan rosak oleh tarikh luputnya atau disebabkan oleh proses pengolahan makanan yang tidak sempurna. Untuk menjadikan makanan dalam tin itu tetap bernutrisi dan selamat dimakan, beberapa syarat perlu dipatuhi iaitu:
Kebersihan:
Kebersihan:
Banyak makanan mungkin boleh menjadi rosak disebabkan kawasan sekitar yang tidak dijaga dan tidak bersih. Makanan tidak boleh ditanam atau dibuang ke tempat berpotensi mengandungi zat-zat berbahaya atau dibuang ke kawasan berair untuk mengelakkan penyakit.
Berkualiti:
Berkualiti:
Bahan makanan juga perlu mempunyai tahap kualiti yang baik. Ia termasuklah menjaga rasa dan nutrisi makanan tersebut.
Cepat:
Cepat:
Kesemua langkah penghasilan makanan dalam tin termasuk pengisian, penutupan, proses pemanasan, penyejukan dan sebagainya perlu dibuat secepat mungkin bagi mencegah kontaminasi, kerosakan dan seterusnya meminimumkan pertumbuhan mikroorganisma dalam makanan.
Penyimpanan:
Penyimpanan:
Makanan dalam tin perlu disimpan dalam tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik, sejuk dan jauh daripada pancaran cahaya matahari. Jika sebahagian sahaja daripada makanan dalam tin telah digunakan, selebihnya itu boleh disimpan dalam peti sejuk atau bekas yang tertutup.
Petikan: Mingguan Wanita, Edisi 14-20.12.2012, segmen Info Sihat
Petikan: Mingguan Wanita, Edisi 14-20.12.2012, segmen Info Sihat
Labels:
artikel,
makan,
peringatan,
sihat,
tahukah anda?
Paranormal - Ikut Siapa?
Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum......
Disampaikan semula daripada sumber asalnya.
Kisahnya berlaku sewaktu dia berusia 18 tahun dan dia tinggal di sebuah kampung di Melaka. Ketika diadakan majlis perkahwinan, adalah menjadi kebiasaan apabila anak-anak dara datang membantu. Selepas semuanya selesai, maka ibu saudara saya ini dan kawan-kawannya pun pulang ke rumah masing-masing. Lagipun ketika itu sudah hampir senja dan sewaktu dalam perjalanan, hujan turun. Maka ibu saudara pun percepatkan perjalanannya. Masing-masing menutup kepala dengan kain sarung. Yang lain-lain berjalan dengan lajunya manakala ibu saudara pula tertinggal sedikit di belakang, namun masih dapat mengekori kawan-kawan yang lain. Tiba-tiba dia terdengar satu suara memanggilnya, "Mah, kau nak ke mana tu?" Ibu saudara pun menoleh ke arah suara yang memanggil tadi. Alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati semua kawan-kawan yang bersamanya tadi tertinggal kira-kira 200 meter di belakang! Terfikirnya bagaimana mungkin mereka tiba-tiba ada di belakang pula sedangkan tadi mereka semua berada di depan? Rupa-rupanya baru dia sedar mereka sedang melalui kawasan tanah perkuburan. Terus terpacak semua bulu roma! Apa lagi, dia pun larilah dengan tercungap-cungap kemudiannya pengsan. Bila dia sedar, semua kawan-kawannya ada di sebelahnya. Mereka semualah yang sama-sama memapahnya pulang ke rumah. Apabila ditanya, siapa yang dia ikut sehingga ke kawasan tanah perkuburan sewaktu pulang tadi, katanya dia sendiri pun tidak tahu.
WAALLAHUALLAM.
Sumber asal
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum......
Disampaikan semula daripada sumber asalnya.
Ceritanya begini.. Saya mendapat tahu kisah ini daripada salah seorang ibu saudara kerana dialah yang paling banyak mengalami peristiwa yang menyeramkan.
Kisahnya berlaku sewaktu dia berusia 18 tahun dan dia tinggal di sebuah kampung di Melaka. Ketika diadakan majlis perkahwinan, adalah menjadi kebiasaan apabila anak-anak dara datang membantu. Selepas semuanya selesai, maka ibu saudara saya ini dan kawan-kawannya pun pulang ke rumah masing-masing. Lagipun ketika itu sudah hampir senja dan sewaktu dalam perjalanan, hujan turun. Maka ibu saudara pun percepatkan perjalanannya. Masing-masing menutup kepala dengan kain sarung. Yang lain-lain berjalan dengan lajunya manakala ibu saudara pula tertinggal sedikit di belakang, namun masih dapat mengekori kawan-kawan yang lain. Tiba-tiba dia terdengar satu suara memanggilnya, "Mah, kau nak ke mana tu?" Ibu saudara pun menoleh ke arah suara yang memanggil tadi. Alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati semua kawan-kawan yang bersamanya tadi tertinggal kira-kira 200 meter di belakang! Terfikirnya bagaimana mungkin mereka tiba-tiba ada di belakang pula sedangkan tadi mereka semua berada di depan? Rupa-rupanya baru dia sedar mereka sedang melalui kawasan tanah perkuburan. Terus terpacak semua bulu roma! Apa lagi, dia pun larilah dengan tercungap-cungap kemudiannya pengsan. Bila dia sedar, semua kawan-kawannya ada di sebelahnya. Mereka semualah yang sama-sama memapahnya pulang ke rumah. Apabila ditanya, siapa yang dia ikut sehingga ke kawasan tanah perkuburan sewaktu pulang tadi, katanya dia sendiri pun tidak tahu.
WAALLAHUALLAM.
Sumber asal
Artikel - Tersilap Payung Terjun :-D
Kredit kepada: KedahOnline v6.0
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Dalam satu kejadian yang agak susah diterima akal, sebuah kapal terbang telah mengalami kerosakan enjin dan sedang menjunam dan akan terhempas, terdapat 5 orang penumpang di dalamnya tetapi beg payung terjun kecemasan hanya ada 4 unit sahaja.
Berkatalah penumpang pertama, "Aku Hafiz Hashim. Malaysia perlukan aku. Kalau aku tadak, macam mana nanti Malaysia nak menang All England lagi?". Lalu dia mengambil beg pertama dan terus terjun.
Penumpang kedua pula berkata, "Aku Hillary Clinton, bekas wanita pertama US. Aku seorang yang paling bercita-cita tinggi dan juga senator New York. Aku juga berpotensi nak jadi seorang Presiden". Dia pula mengambil satu beg dan terus terjun.
Penumpang ketiga menyampuk, "Ahh... aku Presiden US! George W. Bush. Aku ada tanggungjawab yang berat untuk menjaga sebuah negara yang kuat. Tambahan pula, akulah President yang terpandai dalam sejarah US. Orang Amerika mana yang hendak melihat aku mati?". Dia terus menyentap satu beg dan terus terjun.
Penumpang keempat, Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun, "Saya seorang Muslim dan saya berserah kepada Allah untuk menentukan hidup dan mati saya. Adik ambillah beg payung terjun yang terakhir tu".
Budak 10 tahun itu menjawab, "Jangan bimbang. Ada satu lagi beg payung terjun untuk pakcik. Presiden terpandai dalam sejarah US tu terambil beg sekolah saya!!!".
Labels:
artikel
Saturday, January 26, 2013
Artikel - Suara Wanita: Aurat atau Tidak?
Kredit kepada: Blog Haz1khalid, Quran.com
Gambar ihsan: Quran.com, Google Images
Gambar ihsan: Quran.com, Google Images
Assalamualaikum.....
Perbahasan mengenai kedudukan suara wanita telah banyak dibahaskan. Pelbagai pendapat berhubung permasalahan ini telah dikemukan samada yang disandarkan kepada nash syarak atau secara aqliyah semata. Tidak dinafikan wujudnya percanggahan pendapat dalam perkara ini. Pada kesempatan kali ini, sekali lagi kita akan turut membahaskan perkara ini. Apa yang bakal kami tampilkan di sini merupakan prinsip yang dipegang oleh penulis setelah mengkaji secara dalam dan menyeluruh (al-fikrul al-mustanir) berdasarkan nash-nash yang ada. Sekiranya para pembaca menginginkan penjelasan lanjut, anda dialu-alukan berhubung terus dengan sidang redaksi.
Adakah boleh mendengar nyanyian dari seorang wanita? Apakah kedudukannya dan bagaimanakah seharusnya sikap dan pendirian kita? Mungkin persoalan sedemikian rupa sering berlegar di benak pemikiran kita. Ada yang mengatakan bahawa yang boleh didengar adalah nyanyian dari lelaki, sedangkan nyanyian seorang wanita adalah haram untuk didengar. Alasannya, suara wanita itu aurat (hal yang tidak boleh ditampilkan). Jawapannya wallahu ‘alam.
Walaupun nyanyian yang memalukan itu haram dikerjakan bila disertai dengan perbuatan haram atau mungkar namun mendengarkannya tidaklah haram. Keharamannya itu terbatas pada mendengarkannya secara langsung dari penyanyinya di tempat maksiat (contohnya konsert secara langsung), bukan kerana suara penyanyi wanita itu aurat. Keharaman itu terletak pada sikap berdiam diri terhadap nyanyian yang berisi kata-kata mungkar dan si penyanyi wanita tersebut menampilkan kecantikkannya untuk ditonjolkan dengan membuka auratnya, misalnya rambut, leher, dada, betis, paha dan bahagian aurat lainnya. Inilah yang diharamkan oleh syara’, bukan kerana masalah mendengarkan nyanyian wanita itu.
Suara wanita bukan aurat kerana jika disebut demikian, mengapa Rasulullah SAW mengizinkan dua budak wanita menyanyi di rumahnya? Selain itu, baginda SAW juga tidak keberatan berbicara dengan kaum wanita, sebagaimana yang terjadi ketika menerima bai’at dari kaum ibu sebelum dan sesudah hijrah. Bahkan beliau pernah mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan menyanyi di hadapan Rasulullah SAW. Semua keterangan tersebut dan keterangan serupa lainnya menunjukkan bahawa suara wanita bukan aurat.
Selain itu, syara’ telah memberikan hak dan kekuasaan/kebenaran kepada kaum wanita untuk melakukan aktiviti jual-beli, berdagang, menyampaikan ceramah atau mengajar, mengaji Al-Quran di rumah sendiri, membaca qasidah atau syair dan sebagainya. Jika suara mereka itu dianggap aurat atau haram diperdengarkan maka tentu syara’ akan mencegah mereka melakukan semua aktiviti tersebut. Inilah hujjah yang kuat. Memang diakui, syara’ melarang wanita menampilkan perhiasannya di hadapan kaum lelaki yang bukan mahramnya, melenggak-lenggok atau manja dalam berbicara sebagaimana yang telah diterangkan oleh Allah dalam firmanNya yang mafhumnya:
“...dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita...” - surah An Nur: ayat 31
Syara’ tidak melarang wanita berbicara dengan lelaki dengan syarat ia tidak menampilkan kecantikkan atau perhiasannya kepada masyarakat umum di samping ketentuan lain yang telah ditetapkan oleh syara’. Oleh kerana itu, mendengar suara wanita tidaklah haram sebab ianya bukan aurat. Tidak ada larangan wanita untuk berbicara dengan kaum lelaki kecuali dengan suara manja, merayu, mendayu atau keluhan yang dapat menimbulkan keinginan kaum lelaki untuk berbuat jahat, serong dan perbuatan dosa besar yang lainnya terhadap wanita tersebut. Hal ini telah ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya yang mafhumnya:
“...maka, janganlah kamu tunduk ketika berbicara (dengan manja, merayu, dan sebagainya).(sebab), nanti akan timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (keinginan nafsu berahinya). Dan ucapkanlah perkataan yang baik (sopan santun).” - surah Al-Ahzab: ayat 32
Apabila wanita sudah melanggar perintah tersebut maka tidak hanya dirinya yang terlibat dalam perbuatan dosa atau haram, tetapi setiap orang yang membiarkan hal tersebut kerana mereka tidak menyeru kepada yang ma’ruf terhadap wanita itu dan tidak pula mencegahnya melakukan yang mungkar.
Rasulullah SAW bersabda mengenai hal ini:
“Siapa saja di antara kalian yang melihat adanya kemungkaran maka hendaklah ia ubah dengan tangannya. Jika ia tidak mampu melakukannya, maka hendaklah dengan lisannya. Kalau inipun tidak mapu dilakukannya, maka hendaklah dengan menolaknya dii dalam hatinya. Tetapi itulah iman yang selemah-lemahnya.” - Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmizi, An Nasa’i dan Ibn Majah
KLIK SINI untuk lebih lanjut.
Kesihatan - Makan Tembikai Untuk Kesihatan Jantung
Sepotong buah tembikai sehari boleh menambah pengambilan air bagi tubuh, selain turut membantu mencegah penyakit jantung. Menurut penyelidik, tembikai mampu membantu menghentikan pengumpulan kolesterol berbahaya. Biji-bijinya yang berwarna hitam pula boleh membantu mengawal berat badan anda. Menerusi kajian yang berhubung kait dengan manfaat buah tembikai untuk kesihatan jantung manusia, penyelidik dari Universiti Purdue mendapati bahawa mengambil tembikai secara teratur dapat membantu mengawal berat badan sehingga akhirnya mengurangkan timbunan lemak pada pembuluh darah.
Penyelidik turut menyatakan bahawa terdapat sebatian citrulline dalam buah tembikai yang berperanan besar terhadap penyakit jantung. Bagi mendapatkan khasiat daripada buah ini, mereka menyarankan agar ia dimakan begitu sahaja, diolah menjadi jus tanpa dicampur gula atau dijadikan sebagai salad buah.
Petikan: Mingguan Wanita, Edisi 14-20.12.2012, segmen Info Sihat
Petikan: Mingguan Wanita, Edisi 14-20.12.2012, segmen Info Sihat
Labels:
artikel,
makan,
sihat,
tahukah anda?
Thursday, January 24, 2013
Artikel - Tengok Betul-betul: FEADAH? FAEDAH?
Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.....
Aduuhhh... Salah ejaan lagi? Surat khabar juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan yang sama. Lagi teruk, bukan sekali tetapi sudah banyak kali.
Setiap kali terjadi, pasti ada yang akan siarkannya di internet dan akan jadi bahan ketawa pihak lain. Kahkahkah :-D
Labels:
artikel
Artikel - Kes Tak Bertegur Sapa :-D
Kredit kepada: KedahOnline v6.0
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Suatu hari, sepasang suami isteri berselisih faham. Sudahnya tidak berteugr sapa. Si suami pula ingin bangun pukul 6.30 pagi keesokannya. Oleh sebab tidak tahu macam mana hendak beritahu isterinya, si suami ini mendapat idea yang tersangatlah bernasnya. Dia tulis satu nota....
"KEJUTKAN ABANG!! PUKUL 6.30 PAGI ESOK"
Esoknya si suami terlewat bangun. Hendak dimarah, serba salah. hendak ketawa pun tidak boleh sebab isterinya masih ada di sebelah. Sebab si suami ini terjumpa pula satu nota...
"BANG!! BANG!! BANGUN BANG! DAH PUKUL 6.30 PAGI..."
Alangkah bengongnya...hahahahahahaha :-D
Labels:
artikel
Tuesday, January 22, 2013
Artikel - 'P' Mana? :-D
Kredit kepada: KedahOnline v6.0
Gambar ihsan:Google Images
Assalamualaikum.....
POLIS: Pakcik,'P' mane?
PAK MAT: Pi balik Kedah.
POLIS: Pakcik jangan main-main ngan saye. 'P' mane?
PAK MAT: Ape yang main-main, saya kate nak pi balik kedah, Aloq Staq.
POLIS: Saya kate 'P' mane...?
PAK MAT: Skarang sape yang main-main. Awak sebagai polis, tidak ada kuasa untuk menghalang perjalanan orang yang tak bersalah. Awak juga harus ......pok, pek ,pok, pek.
POLIS: (selepas puas mendengar ceramah) Baiklah. Pakcik pergilah teruskan perjalanan pakcik.
PAK MAT: Assalamualaikum.
POLIS: Waalaikumusalam. (Dengan kebengangan)
Gambar ihsan:Google Images
Assalamualaikum.....
Pada suatu hari, seorang pakcik pergi mengambil lesen memandu di bandar. Beberapa bulan kemudian, dia pun pulang ke kampungnya tetapi dia terlupa untuk lekatkan 'P' pada keretanya. Sewaktu ditahan polis di satu sekatan jalan...
POLIS: Pakcik,'P' mane?
PAK MAT: Pi balik Kedah.
POLIS: Pakcik jangan main-main ngan saye. 'P' mane?
PAK MAT: Ape yang main-main, saya kate nak pi balik kedah, Aloq Staq.
POLIS: Saya kate 'P' mane...?
PAK MAT: Skarang sape yang main-main. Awak sebagai polis, tidak ada kuasa untuk menghalang perjalanan orang yang tak bersalah. Awak juga harus ......pok, pek ,pok, pek.
POLIS: (selepas puas mendengar ceramah) Baiklah. Pakcik pergilah teruskan perjalanan pakcik.
PAK MAT: Assalamualaikum.
POLIS: Waalaikumusalam. (Dengan kebengangan)
Labels:
artikel
Sunday, January 20, 2013
Seni & Kreativiti - Bangunan Futuristik
Kredit kepada: Yahoo Travel
Gambar ihsan: Yahoo Travel
Assalamualaikum.............
KLIK SINI untuk artikel penuh.
Gambar ihsan: Yahoo Travel
Assalamualaikum.............
Senibina bangunan yang indah dan mendamaikan bila dilihat. Bukan sahaja mencabar dari aspek pembinaannya tetapi memberikan pengunjung sedikit idea bagaimanakah rupabentuk bangunan di masa depan.
Burj Khalifa, Dubai
The National Museum of Qatar, Doha
Wine Museum, Lavaux, Switzerland
Ordos Museum, China
Palazzo Lombardia, Milan
Perot Museum of Nature and Science, Dallas
The Crystal, London
Galaxy Soho Building, Beijing
Tjuvholmen Icon Building, Oslo
W57 Pyramid, New York City
KLIK SINI untuk artikel penuh.
Hidupan Liar - Dinosaur Bertanduk Ditemui di Kanada
Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum.......
Pada 1958, ahli paleontologi, Wann Langston Jr. menemui tiga kepingan tengkorak spesis ini dalam formasi batuan di Alberta, Kanada. Namun pada 2003, Evans dan pasukannya mengetahui maklumat terbaru berkenaan kepingan tengkorak ini. Ketika menyambungkan kepingan tengkorak ini, mereka mendapati Xenoceratops ialah spesis paling baru ditemui.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum.......
Ahli paleontologi di Kanada telah menemui satu lagi fosil dinosaur bertanduk dengan berat sekitar 2 tan dengan 20 kaki panjang yang pernah hidup 80 juta tahun lalu. Dinosaur ini dari keluarga Triceratops dipanggil Xenoceratops foremostensis, ialah satu spesimen tertua dari kumpulan seratopsid. Haiwan ini, Xenoceratops,
diterjemahkan sebagai sebagai 'makhluk asing bertanduk' merujuk kepada corak pelik yang ada pada tanduknya di atas kepala dan atas keningnya dan jarangnya jenis bertanduk seperti ini direkodkan.
Pada 1958, ahli paleontologi, Wann Langston Jr. menemui tiga kepingan tengkorak spesis ini dalam formasi batuan di Alberta, Kanada. Namun pada 2003, Evans dan pasukannya mengetahui maklumat terbaru berkenaan kepingan tengkorak ini. Ketika menyambungkan kepingan tengkorak ini, mereka mendapati Xenoceratops ialah spesis paling baru ditemui.
Xenoceratops bersaiz seakan badak dengan 20 kaki panjang (6m) termasuk ekor dan berat 2 tan dengan ciri-ciri khasnya kepala bertanduk, 2 tanduk di atas dahinya, 2 tanduk besar atas kepalanya dan perisai yang melindungi tengkuknya.
Menurut Andrew Farke, ahli paleontologi di Raymond M. Alf Museum of
Paleontology di Claremont, California, spesis baru ini turut membantu melengkapkan lagi rekod evolusi dinosaur.
"Sebahagian anatomi spesis ini yang disimpan telah memberikan kami sejumlah maklumat yang hebat mengenai bagaimana dinosaur bertanduk berkembang sebagai satu kumpulan," kata Farke, yang tidak terlibat dalam kajian. Tanduk dinosaur jantan mungkin digunakan untuk menunjukkan tahap dominannya atau untuk menarik perhatian haiwan betina
Penjelasan mengenai dinosaur ini ada dalam Canadian Journal of Earth Sciences edisi Oktober.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
Wednesday, January 16, 2013
Artikel - Conteng Papan Hitam
Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.....
Saya temui produk ini ketika ke satu pasaraya baru-baru ini. Penulis sendiri tidak tahu pula jika ada mana-mana sekolah yang masih gunakannya. Seingat penulis, produk ini hanya banyak digunakan sekitar 1950-an sewaktu bapa penulis masih di sekolah. Menurutnya ketika itu pelajar menjadikannya seperti buku tulis sebagaimana pelajar sekolah kita hari ini. Jika pada buku tulis, semua yang sudah diperiksa masih boleh dilihat banyak kali dan boleh buat pembetulan. Berbezanya, semua yang ditulis akan dipadam selepas cikgu 'rait' latihan murid pada papan hitam ini kemudian diteruskan dengan soalan latihan lain.
Tuesday, January 15, 2013
Artikel - Rezeki RM800 :-D
Kredit kepada: KedahOnline v6.0
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Kisah ini mengenai satu spesis makhluk bernama manusia berpangkat bos di sebuah syarikat besar, yang menggantikan tempat bos asalnya. Disebabkan berdepan masalah para pekerja yang agak kurang motivasi, selalu cuai, ditambah lagi dengan ramai pemalas, bos baru ini memutuskan untuk mengajar mereka pada hari pertama dia di syarikat itu. Sesiapa yang didapati paling pemalas bakal dipecat serta-merta. Malang tidak berbau, dia ternampaklah seorang pekerja yang sedang bersandar di tepi dinding....
"Hei kamu, yang berbaju biru tu.." dia menjerit. Jeritan kuat menyebabkan semua pekerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.
"Berape gaji awak?" dia bertanya dengan nada yang agak keras.
"Dalam RM800." jawabnya.
Bos itu kemudian membalas, "Nah, ambil RM800 ini, pergi dari sini. Kalau nak malas-malas, pergi tempat lain."
Pekerja itu mengambil duit yang diberi dan terus pergi begitu sahaja.
Bos tadi memandang kesemua pekerjanya, seperti mahu mereka faham.
Merasakan semua pekerja memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas. Sebelum bos itu masuk semula ke dalam pejabatnya, dia bertanya kepada salah seorang pekerja lain di situ, "Mamat tadi tu kerja kat department mana?"
Jawab si pekerja, "Owh, dia tu penghantar pizza."
Bos: ...... ?????????????!!!!!
Labels:
artikel
Paranormal - Tanglung di Landasan Keretapi Itu Milik Siapa?
Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum......
Sebuah kereta api meluncur laju merentasi Mississippi, Amerika Syarikat pada lewat malam 1926. Cuaca agak dingin, sunyi dan gelap. Ketika kereta api milik Central Illinois Railroad itu hampir tiba di Beauregard, sebuah bandar kecil di pinggir Mississippi, sebuah tanglung tiba-tiba dilihat terawang-awang di tengah landasan tersebut. Ia dihayun ke hadapan dan ke belakang sebagai isyarat supaya kereta api berkenaan berhenti.
"BERHENTI!!! Ada orang di landasan!" penjaga brek menjerit ke arah pemandu yang duduk di sebelahnya.
Kereta api itu diperlahankan dan kemudian berhenti di stesen kecil tidak jauh dari tempat tanglung tersebut dilihat. Tanpa turun dari kereta api, pemandunya yang sejak tadi memerhatikan tanglung tersebut menjengah ke luar.
"Siapa tu?!" Dia menjerit, namun tidak dijawab. Mereka memanggil beberapa kali, juga tidak bersahut. Tiada sesiapa di situ. Malah tanglung tersebut juga hilang begitu sahaja. Lalu mereka berdua turun dari kereta api dan mencari di sekitarnya kalau-kalau orang yang membawa tanglung tersebut sudah meninggalkan landasan. Puas dicari namun mereka gagal mengesannya. Tanglung juga lenyap entah ke mana. Pemandu kereta api dan pembantunya mendiamkan diri seketika. Mereka memasang telinga bagi mengesan kalau-kalau ada pergerakan seseorang di situ. Sunyi. Yang didengari hanyalah bunyi cengkerikserta geseran daun ditiup angin.
Mereka naik semula ke kereta api dan memecutnya. Sampai di Stesen McComb, mereka melaporkan kejadian tersebut kepada penyelia, tetapi ditertawakan sahaja. Malam esoknya, mereka membuat satu lagi laporan kerana terserempak dengan tanglung tersebut di kawasan yang sama. Aduan itu juga tidak diendahkan oleh penyelia berkenaan. Bagaimanapun, apabila pemandu-pemandu lain pula membuat aduan mengenai perkara tersebut, penyelia itu mula mengubah fikiran. Lalu dia menghantar dua kakitangan untuk menyiasat.
Temu bual dengan saksi-saksi mendapati kesemua mereka memberikan cerita yang sama. Kata mereka, tanglung itu muncul pada waktu dan tempat yang sama, berhampiran sebuah rumah besar tidak berpenghuni di pinggir Beauregard. Siasatan ke atas rumah tersebut pula mendapati ia pernah dimiliki oleh seorang doktor bernama Dr. Elias Alford Rowan. Ia terbiar begitu sahaja selepas Dr. Rowan terbunuh pada 1912. Perabot-perabot di dalamnya terbiar dipenuhi sawang dan habuk. Apabila ditanya kepada penduduk sekitar, mereka memberitahu, tiada sesiapa yang berani mendekati rumah berkenaan kerana sering melihat lembaga-lembaga aneh dan menakutkan. Siasatan selanjutnya mendapati rumah tersebut, termasuk Dr. Rowan sebagai bekas biliknya, menyimpan sebuah kisah tragis.
Dr. Rowan sengaja membina rumah yang besar, tiga tingkat dan mempunyai 23 bilik kerana dia merancang untuk menjadikannya sebagai hospital. Satu hari minggu pada 1883, bandar Beauregard telah dilanda ribut taufan yang dahsyat mengakibatkan banyak salun, sekolah, gereja, pejabat pos, dewan dan 35 buah rumah musnah. Cuma tiga buah rumah sahaja yang terselamat daripada bencana itu. Salah satunya milik Dr. Rowan.
Kemusnahan harta benda, kematian dan kecederaan yang dialami penduduk Beauregard menyebabkan Dr. Rowan terus menjadikan rumahnya sebagai hospital biarpun dia belum bersedia sepenuhnya, baik dari segi kelengkapan, ubat mahupun pekerja. Dengan peralatan setakat yang ada itulah dia merawat penduduk Beauregard yang cedera. Ini menambahkan lagi rasa hormat penduduk sekitar kepadanya. Selain keikhlasannya itu Dr. Rowan juga sebenarnya disenangi kerana dia mudah mesra dan gemar melibatkan diri dalam kerja-kerja sosial. Sikapnya yang berkhemah dan menghormati orang lain menharumkan lagi nama dikalangan masyarakat Beauregard. Bagaimanapun, selepas Dr.Rowan meninggal dunia, jiran-jiran beliau serng melihat lembaga menyerupai doktor itu berjalan di dalam rumah yang ditinggalkannya. Pada malam hari, terdengar pula bunyi-bunyi menyeramkan seolah-olah ada orang yang menghuninya. Kerana itu, tiada siapa yang berani memasuki rumah tersebut. Tinggal di dalamnya, apatah lagi.
Apakah punca Dr. Rowan meninggal dunia? Menurut maklumat daripada pihak berkuasa Illinois Tengah, Dr. Rowan meninggal dunia akibat dilanggar oleh sebuah kereta api milik syarikat itu. Ia berlaku pada lewat malam ketika Dr. Rowan ingin mengambil pesakitnya yang datang dengan kenderaan tersebut. Selepas meninggalkan rumahnya, Dr. Rowan berjalan menyusuri landasan bagi menuju ke arah sebuah stesen kecil tempat kereta api berhenti. Tangannya menjinjing sebuah tanglung bagi menerangi jalan yang gelap gelita. Bagaimanapun, tanpa Dr. Rowan sedari, sebuah kereta api meluncur laju dari arah belakang beliau. Jurutera kereta api itu meniup wiselnya berkali-kali namun, kerana usianya yang sudah lanjut serta masalah pendengaran yang dihadapi, Dr. Rowan tidak dapat mendengar amaran itu. Kereta api terus meluncur laju dengan breknya ditarik manakala wisel ditiup berkali-kali... Apabila ia terlalu hampir, barulah Dr. Rowan menyedarinya. Dia menoleh ke belakang, mengangkat tanglung dan dibawa dan menjerit "BERHENTI!!!!"... tetapi sudah terlambat. Tanglung itu tercampak dan Dr. Rowan itu meninggal di situ juga dengan tubuh remuk dirempuh kenderaan tersebut.
Sejak kejadian itulah, penduduk sekitar dan pemandu kereta api kerap terserempak dengan sebuah tanglung di tengah landasan Beauregard. Ia dilihat berayun ke hadapan dan ke belakang seolah-olah memberi isyarat "BERHENTI!!!!!"...
Sumber asal
Artikel - Dilarang Keluar Ke Dilarang Masuk?? Konpiuss...
Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.....
Terjumpa di salah satu IPT ketika melalui satu pintu laluan. Sebenarnya keliru dengan mesej pada pintu, mahu melarang orang keluar atau masuk?? Notis DILARANG MASUK biasanya diletakkan pada pintu masuk sesuatu kawasan, cuma tidak pernah pula tengok papan tanda DILARANG KELUAR. Kalau ya pun mahu larang orang daripada menggunakan pintu ini, notis yang sesuai dilekatkan pada pintu ialah DILARANG MENGGUNAKAN PINTU INI atau seumpamanya.
Terjumpa di salah satu IPT ketika melalui satu pintu laluan. Sebenarnya keliru dengan mesej pada pintu, mahu melarang orang keluar atau masuk?? Notis DILARANG MASUK biasanya diletakkan pada pintu masuk sesuatu kawasan, cuma tidak pernah pula tengok papan tanda DILARANG KELUAR. Kalau ya pun mahu larang orang daripada menggunakan pintu ini, notis yang sesuai dilekatkan pada pintu ialah DILARANG MENGGUNAKAN PINTU INI atau seumpamanya.
Konpiusss... eerrkk...
Labels:
artikel
Saturday, January 12, 2013
Artikel - Keadaan Telur Selepas Direndam Dalam Cuka
Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Syok.org
Assalamualaikum....
Tahukah anda apa yang terjadi kepada telur selepas direndam untuk satu tempoh dalam cuka?
Menarik kan?? :-)
Sumber asal
Gambar ihsan: Syok.org
Assalamualaikum....
Tahukah anda apa yang terjadi kepada telur selepas direndam untuk satu tempoh dalam cuka?
Menarik kan?? :-)
Sumber asal
Labels:
artikel,
kreatif,
makan,
tahukah anda?
Artikel - Janda Haus :-) Hehehe
Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Imges
Assalamualaikum......
Sejak kematian suaminya, Hasnah selalu diganggu oleh pemuda-pemuda di sekitar rumahnya yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayani pemuda-pemuda tersebut, kerana hatinya masih rindu kepada suaminya, walaupun sebenarnya di dalam hatinya terasa sangat kesepian dari segi zahir dan lagi-lagi yang batin. Lebih-lebih di waktu malam hari… Rasa kesepian di hatinya memuncak-muncak.
SUMBER asal.
Gambar ihsan: Google Imges
Assalamualaikum......
Hasnah adalah seorang janda kaya raya yang suaminya baru saja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Usianya masih muda, masih di
bawah 30 tahun dan dari segi fizikalnya, Hasnah masih cantik, potongan badan pun masih seperti anak dara, masih bergetah... Hehehe :-)
Sejak kematian suaminya, Hasnah selalu diganggu oleh pemuda-pemuda di sekitar rumahnya yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayani pemuda-pemuda tersebut, kerana hatinya masih rindu kepada suaminya, walaupun sebenarnya di dalam hatinya terasa sangat kesepian dari segi zahir dan lagi-lagi yang batin. Lebih-lebih di waktu malam hari… Rasa kesepian di hatinya memuncak-muncak.
Pada satu malam, kira-kira pukul
2 pagi…. Hasnah bangun dari tidurnya. Badannya terasa panas. Tekaknya
terasa haus. Hasnah merasa begitu dahaga sekali. Hasnah bangun perlahan-lahan dan
keluar dari biliknya menuju ke dapur. Langkahnya begitu cepat seiring
dengan kehausan yang sedang menerpanya. Sesampai sahaja di dapur, Hasnah langsung membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air sejuk…
Hasnah menuangnya ke dalam gelas dan meminumya dengan cepat. Setelah meminum air tersebut. Hasnah kembali ke dalam bilik untuk tidur kembali. Begitulah kisah mengenai Hasnah, seorang janda yang kehausan.
Hasnah menuangnya ke dalam gelas dan meminumya dengan cepat. Setelah meminum air tersebut. Hasnah kembali ke dalam bilik untuk tidur kembali. Begitulah kisah mengenai Hasnah, seorang janda yang kehausan.
SUMBER asal.
Thursday, January 10, 2013
Hidupan Liar - Haiwan Tersembunyi: Sila Cari Kalau Dapat...Hehehehe
Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Grind TV
Assalamualaikum.....
Mari rehat-rehatkan minda di hujung minggu! Kalau rajin, cubalah cari..
Selamat mencuba!
KLIK SINI untuk lebih lanjut.
Gambar ihsan: Grind TV
Assalamualaikum.....
Mari rehat-rehatkan minda di hujung minggu! Kalau rajin, cubalah cari..
Selamat mencuba!
KLIK SINI untuk lebih lanjut.
Subscribe to:
Posts (Atom)