MY FOLLOWERS

Monday, July 30, 2012

Artikel - Tukar Tayar Bila Tiba Masanya, Elakkan Kemalangan

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.......

Setiap tayar ada had perjalanan yang ditetapkan. Bagi tayar hadapan, perlu ditukar setiap 40, 000 km manakala bagi tayar belakang pula adalah setiap 80, 000 km. Apabila anda ke pusat servis tayar kenderaan dan ingin menukar tayar, anda perlu tukarkannya sepasang iaitu kiri dan kanan. Jika anda seorang pemandu yang agak lasak, mungkin perlu tukarkannya lebih awal. Elakkan memandu dalam keadaan tayar yang sudah botak atau sudah merekah kerana boleh menyebabkan kemalangan. Ini adalah untuk kebaikan dan keselamatan anda juga. 





Baru-baru ini, saya menukarkan tayar hadapan kerana timbul rekahan (crack) pada salah satu tayar berkenaan. Lihat foto di atas. Adalah suatu tindakan berbahaya bagi pemandu jika meneruskan perjalanan apabila sudah timbul rekahan sedemikian, lebih-lebih lagi perjalanan jauh. 

Selesai menukar tayar, anda boleh minta pekerja di pusat servis tayar untuk memeriksa keadaan traveling arm, drive shaft serta yang berkaitan dengannya sebelum membuat penjajaran (alignment) dan penyeimbangan (balancing).




Sunday, July 29, 2012

Artikel - Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia Menggunakan Wang Kertas (Bhgn 1)

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum......

Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.



"Apa itu wang kertas?" wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah. 



Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan oleh empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas. Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikutan runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.


Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan putar belit yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di pulau Jekyll pada tahun itu membawa kepada penubuhan Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat, sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.


Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat, antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Banking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.


Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dunia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.


Bersambung...

Friday, July 27, 2012

Artikel - Mangsa Terselamat Tragedi Titanic

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.. 

Dua bersaudara Michel Navratil, 4, dan Edmond, 2, telah diletakkan dalam salah satu bot penyelamat terakhir oleh bapa mereka sebelum kapal tersebut karam sepenuhnya. Bapa mereka terkorban dalam tragedi itu menjadikan kedua bersaudara ini satu-satunya anak yatim yang yang menaiki kapal berkenaan. Dirujuk sebagai 'Louis dan Lola' dalam artikel di akhbar, ibu mereka berjaya dikesan dan dapat bertemu semula dengan kedua bersaudara ini sebulan selepas tragedi. 

 





 

KLIK SINI untuk lebih banyak foto.

Artikel - Sungai-Sungai di Syurga

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Quran.com, Yahoo Images



Assalamualaikum.....

Sungai-sungai syurga pula memancar dari bawah-bawah bukit. Di dalam al-Quran, Allah banyak menyebut tentang macam-macam sungai di syurga ini antara lain firmanNya dalam surah Muhammad ayat 15 yang bermaksud:


Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dan air yang menggeledak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama!). - surah Muhammad: ayat 15

Ayat di atas memberi pengertian bahawa sungai-sungai di syurga bukanlah mengandungi air-air biasa seperti di dunia ini, sebaliknya ada sungai yang berair susu, ada yang berair anggur (arak) yang tidak memabukkan, ada yang dari madu dan sebagainya. Sungai-sungai ini semuanya mengalir dengan tenang melalui rumah-rumah di syurga, di kebun-kebun dan di celah-celah pokok. Bahkan terdapat juga mata-mata air yang mengalir.

Jadi Allah telah menjanjikan bagi orang yang bertakwa itu sungai yang airnya mempunyai ciri-ciri sebagai berikut:

= Airnya tidak berubah rasa dan baunya.
= Air susu yang tidak berubah rasa dan warnanya
= Air anggur (arak) yang lazat dan tidak memabukkan bagi peminumnya.
= Madu yang disaring

Sewaktu Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. pernah melihat sungai yang dinamakan Al-Kausar. Sungai ini dilingkari oleh bukit-bukit yang terdiri dari permata-permata dan tanahnya dari wewangian yang paling wangi. Tepian sungai ini terdiri dari emas sedangkan anak-anak batunya dari mutiara.


Barangsiapa meminum air dari Al-Kausar ini walau hanya satu kali sahaja, dia tidak merasa haus untuk selama-lamanya.

Tentang nama-nama sungai di syurga, tidak ada disebut dengan jelas di dalam al-Quran. Tetapi dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi bersabda:

Bahawasanya di syurga terdapat suatu sungai yang disebut sungai rajab, airnya lebih putih daripada air susu dan rasanya lebih manis daripada madu. Sesiapa yang puasa satu hari dari bulan Rajab, maka Allah memberikan minuman dari sungai itu.

Yang jelas sungai yang bersama Rajab dengan sifat-sifatnya yang luar biasa ini belum pernah dilihat dan dirasakan airnya oleh manusia di dunia ini. Walau bagaimanapun di dalam keterangan-keterangan lain disebutkan bahawa di syurga ada sungai-sungai seperti Al-Kausar dan Al-Firdaus.

Tentang Al-Kausar, Anas r.a. ada bercerita bahawa Rasulullah s.a.w. tidur di atas tikar jerami, tiba-tiba sambil mengangkat kepalanya Baginda tersenyum. Anas bertanya: "Mengapa engkau tertawa ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Ayat yang diturunkan kepadaku tadi (yang bermaksud):


Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak (Al-Kausar), maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus. - surah al-Kawthar: ayat 1-3

Kemudian Baginda bertanya: "Adakah engkau tahu apa itu Al-Kawthar?" Anas menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih tahu." Lalu Rasul menerangkan: "Al-Kawthar itu satu sungai yang dijanjikan kepadaku oleh Allah, pada sungai itu banyak kebajikan. Di atasnya sebuah kolam (Al-Haudi) yang akan datang umatku kepadanya. Bejananya banyak sebanyak bintang-bintang di langit." - Hadis riwayat Muslim


Seterusnya Imam At-Termizi meriwayatkan, Nabi bersabda:

"Bahawa masing-masing nabi itu mempunyai kolam. Mereka ini bangga membanggakan manakah yang lebih banyak orang datang. Dan ana mengharap, bahawa adalah ana yang terbanyak orang datang."

Mendengar tentang banyaknya kenikmatan yang terdapat pada Al-Kawthar ini, tentu banyak di antara kita yang berharap untuk dapat menjadi golongan orang-orang yang dapat datang ke tempat tersebut. Agar harapan ini menjadi nyata, hendaklah kita berusaha mencari keredhaan Allah dalam kehidupan ini dari segala segi.


Sumber

Wednesday, July 25, 2012

Hidupan Liar - Jerung Paus

Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Grind TV


Assalamualaikum.....


Satu foto yang memaparkan seekor jerung paus sangat besar di bawah sebuah perahu layar telah tersebar di Facebook dengan sebahagian pembacanya melahirkan rasa skeptisim mengenai ketulenannya. Ini kerana hampir tiada butiran terperinci mengenainya. Walaubagaimanapun, Shawn Heinrichs, selaku jurufoto yang menangkap foto berkenaan di Isla Mujeres di Mexico, mengesahkan ia tulen. 

Jerung paus mendiami kawasan laut tropika dan sub-tropika di seluruh dunia kecuali di kawasan Mediterranean. Haiwan ini adalah pelagik yang memilih makanan dan secara umumnya bergantung hidup dengan memakan plankton dan sekawan ikan kecil. Ikan ini boleh membesar sehingga sepanjang 40 kaki. Oleh kerana sifatnya yang semulajadinya jinak dan dengan saiznya yang besar menyebabkan ia popular di kalangan penyelam skuba dan penyelam snorkel. 


KLIK SINI untuk bacaan selanjutnya.

Artikel - Memperingati 90 Tahun Sejarah Hitam Sistem Khalifah

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum....

Sempena memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.



KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH !!


Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

3hb Mac 2012 adalah tarikh bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis keparat, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan sistem Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintahkan supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walaupun jumlah mereka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 billion daripada keseluruhannya berjumlah 7 billion).

Persoalannya: Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?

Wordless Wednesday - Dinner :-)

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum......

Tuesday, July 24, 2012

Artikel - Kekuasaan Allah Di 2nd Link JB-Singapura

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Syok.org


Assalamualaikum....

Sebenarnya tidak diketahui dengan bilakah kejadian ini berlaku tetapi penulis asalnya pasti ia berlaku di 2nd link Johor Bharu-Singapura. Allahuakbar, kuasa Allah yang Maha Besar…
 








- Sumber

Artikel - Pohon-Pohon dan Buah-Buahan di Syurga

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum..... 

Keindahan alam dengan pohon-pohon yang rimbun menghijau serta aneka macam jenis bunga-bunga yang menawan dapat memberikan kedamaian jiwa bagi siapa yang memandangnya.

Bayangkanlah kalau kita berada di tengah-tengah kebun bunga yang seperti itu ditambah pula dengan pohon-pohon yang mengeluarkan bermacam-macam jenis buah-buahan, tentu kita akan asyik dan enggan pergi atau meninggalkan tempat tersebut.


Di syurga, Allah memberikan kepada penghuni-penghuninya lebih dari itu sebagaimana firmanNya yang bermaksud:


Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu, berada di antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya dan naungan yang terbentang luas; dan air yang tercurah; dan buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya. - surah al-Waqiah: ayat 27-33


Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan. - surah ar-Rahman: ayat 6


Di dalam keduanya ada (macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima. - surah ar-Rahman: ayat 11


Dan naungan (pohon-pohon syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya. - surah al-Insan: ayat 14

Di syurga juga ada sejenis pohon yang dinamakan tuba. Abu Hurairah berkata:

Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebatang pohon yang dipanggil "tuba" dan Allah berfirman kepadanya: "Keluarkanlah untuk hambaKu apa-apa yang mereka kehendaki." Maka keluarlah kuda dengan kekang serta pelana dan apa-apa keperluan yang dikehendaki dan dikeluarkan pula untuknya kenderaan dengan tempat duduk serta pengikatnya, apa-apa keperluan yang dikehendaki dan juga pakaian-pakaian. - Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya

Ibnu Hibban meriwayatkan Hadis daripada Abu Said yang menceritakan seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan bertanya:

"Wahai Rasulullah, apakah tuba itu?"

Baginda menjawab: "Ialah sebatang pohon yang sangat rendang. Rindangnya sejauh 100 tahun perjalanan, (manakala) pakaian-pakaian penghuni syurga adalah daripada kelopak-kelopaknya."

Keistimewaan pohon-pohon di syurga ini semua umbi-umbinya diciptakan Allah daripada emas. Adapun pohon bidara di syurga itu bercabang-cabang. Setiap cabangnya mengeluarkan sebiji buah, kemudian dari buah ini keluar pula 72 jenis makanan yang berlainan.

Sedangkan pohon-pohon kurma pula diciptakan Allah s.w.t. dalam bentuk yang sangat luar biasa sebagaimana Abdullah bin Al-Mubarak, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Abid Dunya dan Al-Hakaim meriwayatkan perkataan Ibnu Abbas r.a.:


"Pokok kurma syurga itu batangnya daripada permata Zamrud yang hijau, pangkal-pangkal pelepahnya daripada emas yang merah dan setiap satu pelepahnya menjadi pakaian penghuni syurga, daripadanyalah pakaian dan perhiasan-perhiasan mereka dipotong dan dijahit. Manakala buahnya seperti tempayan, lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu dan lebih lembut daripada buih dan tiada mempunyai benih."

Berkata Abu Darda r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda:

Allah telah berfirman: "Sesungguhnya ana dengan jin dan manusia dalam suatu berita besar (Hari Kiamat). ana yang mencipta, tetapi mengapa orang lain yang disembah? ana yang memberi rezeki, mengapa pula orang lain yang disyukuri." - Hadis riwayat Baihaqi


Sumber

Berita - Harapan Baru Selepas Pembedahan Muka

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.

Pada 27 Mac yang lalu, sekumpulan pakar bedah dari University of Maryland Medical Center menerangkan secara terperinci apa yang disifatkan mereka sebagai pembedahan muka paling komprehensif di dunia. Pembedahan ini dilakukan ke atas seorang lelaki berusia 37 tahun yang akan membolehkannya tidak perlu lagi memakai topeng yang dipakai sejak 15 tahun yang lalu selepas satu insiden tembakan yang hampir meragut nyawanya. 



KLIK SINI untuk bacaan lanjut dan lebih foto.

Sekadar Luahan - Masih Sudi Ikut Walaupun Tidak Kenal

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Sudah lama tidak blogwalking tetapi masih ada juga di kalangan penulis blog baru yang masuk dalam senarai pengikut. Alhamdulillah... terima kasih di atas sokongan anda semua walaupun tidak pernah kenal di dunia nyata. Apa-apa pun saya mendoakan hanya yang terbaik buat kita semua.

Buat penulis baru yang masuk dalam senarai, anda sentiasa dialu-alukan di sini. Segala pendapat dan komen anda amatlah saya hargai. Ada masa nanti, insyaAllah saya akan melawat ke blog anda juga. Nanti saya akan tengok juga apa yang menarik yang anda sajikan buat pembaca anda :-) 


 
P/S: Menulis sambil melayan lagu Say Hey (I Love You) oleh Michael Franti and the Spearhead

Petua - Untuk Perut Lebih Menarik

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...


Ambil air limau nipis dan campurkannya dengan kapur sirih. Lumurkannya atau sapukan pada perut. Amalkan setiap malam.

Sunday, July 22, 2012

Artikel - Pilihan Di Tangan Anda

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum...

Yang manakah anda buka setiap hari? 


Islam memberikan pilihan kepada setiap umat untuk memilih. Jadi buatlah pilihan yang tepat :-)

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa!

Sekadar Luahan - Kenangan Ramadhan: Kantoi Jumpa Awek Tapi Tak Mandi !!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum....

Hahahaha.......

Saya masih teringat. Pada waktu itu tahun 2007 sewaktu saya masih dalam kontrak setahun sebagai editor di sebuah syarikat multimedia selepas menyertai satu program tenaga mahir multimedia anjuran kerajaan negeri di sini tahun sebelumnya.

Pada waktu itu, belum lagi wujud Facebook. Yang ada dan agak terkenal pada waktu itu Friendster, yang lain seperti Tagged, Hi-5 dan yang sewaktu dengannya hanyalah sampingan.

Saya mengenali seorang guru perempuan sebaya saya menerusi laman sosial ini. Asal dari negeri yang sama dan tempat kerjanya sekitar kawasan yang biasa saya lalui. Memanglah seronok kerana dapat mengenali kawan-kawan baru menerusi saluran begini. Bukanlah mahu mengorat sangat cuma setakat berkawan. Menerusi perkenalan ini, saya mendapat tahu dia pada masa itu bekerja sebagai guru dan sedang dalam proses menyiapkan satu kertas kerja berkaitan tajuk multimedia. Merasakan ia agak menarik kerana berkaitan dengan bidang kerja saya pada masa itu. Perbualan kami menerusi mesej banyak bertanya mengenai persembahan multimedia dan sehingga ke satu tahap dia bertanya sama ada bolehkah saya membantunya dengan tugasannya. Saya katakan jika boleh tolong, maka kami perlu berjumpa. Kami seterusnya bertukar nombor telefon dan menetapkan satu masa yang sesuai untuk berjumpa kerana pada masa itu, saya agak sibuk dengan tugas dan perlu stay back di pejabat.

Saya dan beberapa rakan sepejabat ketika itu biasanya akan stay back di pejabat dari malam sehingga ke pagi esoknya bagi menyiapkan beberapa kerja yang perlu disegerakan. Saya masih ingat, ketika itu bulan Ramadhan. Sekitar jam 3 ke 4 pagi, bersahur sambil membuat kerja agak menyeronokkan. Suasana malam juga yang kurang bunyi bising membuatkan minda sedikit lapang. Sesekali terdengar hilai tawa kawan-kawan seangkatan ditemani hidangan sahur beserta minuman panas membuatkan kurang rasa mengantuk.

Kerja yang telah siap dihantar keesokannya di pejabat walaupun dengan pakaian selekeh berbaju t dan seluar lusuh dari malam semalamnya.... dan belum mandi.. hehehe... Bercadang untuk pulang selepas solat Zohor, saya luangkan masa untuk berehat seketika memandangkan tidak tidur pada malam sebelumnya. Baru beberapa minit berbaring di surau, telefon berbunyi dan berlakulah pertemuan di luar pejabat. "Ahh..biarlah, dia bukan tau aku tak mandi.." Itulah yang terdetik di fikiran sewaktu turun dari pejabat untuk berjumpa. Sewaktu berjumpa, memang saya tidak ditegur berkenaan baju yang dipakai walaupun jelas depan mata keadaannya  :-)

Kami terus berbincang mengenai tugasannya dan dia berikan satu CD multimedia untuk saya teliti kandungannya. Saya diminta untuk buatkan satu contoh papan cerita (storyboard) berdasarkan kandungan CD berkenaan untuk rujukannya dan perlu dihantar selepas cuti Aidilfitri. Tidak susah dengan sedikit rujukan daripada sumber yang ada.

Sewaktu cuti Aidilfitri, saya dijemput ke rumahnya dan membawa bersama CD dan contoh storyboard yang telah siap. Saya luangkan beberapa minit untuk terangkan mengenai storyboard berkenaan. Sewaktu mahu pulang dan selepas semuanya selesai, saya ditanya, "Masa jumpa awak kat pejabat hari tu, kenapa awak pakai t-shirt bukan kemeja? Dah tu, pakai selipar pulak?" Saya cuma jawab sibuk dengan kerja sebelum dibalas, "Ke malam sebelum tu awak stay kat pejabat? So masa jumpa tu, awak belum balik mandi ke??" 

Eeerrrrkkkk.. terkedu dibuatnya! 


P/S: Menulis sambil melayan lagu Payphone oleh Maroon 5 dan Wiz Khalifa

Artikel - 10 Golongan Yang Solatnya Tidak Diterima oleh Allah SWT

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum...


10 golongan yang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t. ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup auratnya.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Mungkin tanpa kita sedar ada di antara kawan-kawan kita, saudara-mara kita tergolong di dalam golongan seperti tersebut di atas..

Atau mungkin juga diri kita. Seringkali kita terdengar dialog mereka yang tidak bertudung "aku tak pakai tudung pun, aku tak pernah tinggal solat, so aku lebih baik dari orang yang solat, kalau solatnya pun tunggang langgang".

Pernahkah mereka terfikir bahawa solat yang didirikan hanyalah sia-sia jika ia tidak diterima oleh Allah. Tapi, aurat perempuan bukanlah setakat rambut, tetapi seluruh badan melainkan muka dan tapak tangan. Oleh yang demikian, marilah kita menutup aurat secara sempurna. Solat adalah tiang agama, jika solat pun tak terjaga, bagaimana dengan amalan yang lain nya?

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."

(Tabyinul Mahaarim)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh dari Allah."

Friday, July 20, 2012

Artikel - 10 Fenomena Alam Yang Menakjubkan!

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Syok.org


Assalamualaikum.....


1. Ice Circle

Lingkaran ais merupakan fenomena yang sangat jarang sekali terjadi di air yang bersuhu sejuk. Lingkaran ais-ais besar ini dapat ditemui di Skandinavia dan Amerika Utara, dan kejadian yang terbaru terjadi di England, pada Januari 2009.



2. Red Tides

Sebuah fenomena alam yang terjadi kerana berkumpulnya mikroorganisme di pesisir tempat bercantumnya air dari muara, laut atau air sungai dan membuatkan air menjadi berwarna ungu dan merah.



3. Columnar Basalt

Formasi batu-batuan yang terbentuk disebabkan lava daripada letusan gunung yang membeku. Basalt yang terkenal di dunia terletak di Giant’s Causeway di Ireland Utara.



4. Sun Dogs

Fenomena di mana matahari kelihatan seperti ada 3.



5. Moeraki Boulders

Batu-batu berbentuk bulat yang berada di tepi pantai, terbentuk kerana hakisan ombak, yang terkenal berada di Pantai Koekohe.



6. Penitentes

Fenomena alam yang hanya terjadi di tempat antara Chile dan Argentina, iaitu salji di permukaan yang tinggi yang meruncing kerana tiupan angin yang kuat di Pergunungan Andes.



7. Light Pillars

Fenomena visual yang tercipta kerana pantulan cahaya.



8. Catatumbo lightning

Warga Venezuela menamakan petir misteri itu Relampago del Catatumbo atau petir Catatumbo. Lokasi terjadinya petir ini di muara Sungai Catatumbo di Tasik Maracaribo, Venezuela. Kilat ini menyambar hebat dengan ketinggian yang boleh mencapai sehingga 5 km. Terjadi 140 kali malah sehingga 160 kali di malam hari dalam 1 tahun.

Setiap malamnya terjadi sambaran selama 10 Jam. Tiap jam terjadi sebanyak 280 kali sambaran. Jadi dalam setahun kurang lebih 448.000 kali sambaran!!! Petir ini terjadi kerana tumbukan angin kencang yang berasal dari Pergunungan Andes. Konon, petir ini adalah pembentuk lapisan ozon yang paling besar di bumi.



9. Cave of the Crystals

Gua yang berisi crystal terletak di kawasan perlombongan di Chihuahua. Mexico.



10. Pink and White Terraces

Keajaiban alam yang tinggal kenangan kerana dihancurkan oleh letusan gunung berapi Tarawera pada tahun 1886. Fenomena alam air panas ini terbentuk dari semburan geiser yang melintas menuruni lereng bukit meninggalkan ketebalan ais, kolam air panas terbesar ini seluas 3 hektar. Sebelum kehancurannya fenomena ini dimasukkan dalam senarai “The Eighth Wonder of the World”


Sumber

Artikel - Bersahur Cara Rasulullah s.a.w.

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Rasulullah s.a.w amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w. “Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.” - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1923..

Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h: “Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur.” – Rujuk Fathul Baari, Jil.11, ms. 120.

Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).

Sabda Rasulullah s.a.w: “Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” - Hadis riwayat al-Tirmizi.no: 643

Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi s.a.w amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda s.a.w: “Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” - Hadis riwayat Ahmad. no: 10664.

Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w: “Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1919.

Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah sendiri telah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu apabila azan Subuh dilaungkan. 

Firman Allah S.W.T: “Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).” - Surah al-Baqarah:187

Adalah disunnahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a berkata: “Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian akupun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no:1920.

Qadi Iyadh r.h berkata: “Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar.” - Dinukil dari Fathul Baari, jil. 11,ms. 114.

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan. 

Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:“Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w, kemudian baginda berdiri untuk solat.

Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat.” - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.

Hadis ini telah digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah sepuluh minit sebelum terbit fajar.

Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak lagi diperbolehkan makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut adalah Rasulullah s.a.w langsung mendirikan solat subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w memulakan dan mengakhirkan sahur baginda.

Antara hikmah mengakhirkan sahur adalah:

1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.

2. Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.

Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h: “Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa.

Bersahur Cara Rasulullah
oleh Mohd Yaakub Mohd YunuS
SUMBER:AL-KHAADEM

Petua - Badan Langsing Selepas Bersalin

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.....


Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, anda boleh cuba petua berikut:

Ambil lima halia bara (halia cina), 10 biji lada hitam, dan ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemuanya sehingga lumat.
Perahkan air limau nipis.
Makan bersama nasi pada waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

Wednesday, July 18, 2012

Hiburan - Screenshot Permainan Lara Croft Terbaru

Kredit kepada: Yahoo Games
Gambar ihsan: Yahoo Games


Assalamualaikum.....

Gambar screenshot permainan video terbaru siri pengembaraan Lara Croft.










KLIK SINI untuk artikel penuh.

KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.