MY FOLLOWERS

Monday, May 28, 2012

Sekadar Luahan - Penat ....

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum...

Adakalanya kawan boleh bertukar menjadi lawan, begitu juga sebaliknya. 


Sekali-sekali terfikir juga kenapalah di kalangan kawan-kawan yang kita pernah kenal sebelum ini yang kita harapkan boleh bantu kita mencari kerja tidak begitu menjadi, tetapi kawan yang lain yang tidak pernah ada sebarang kaitan pula yang lebih-lebih dan bersungguh-sungguh membantu kita dengan bermacam-macam cara?

Sekarang ini pun kepenatan sebab selesai dengan tugas sebagai pengadil dan juri sewaktu Terengganu Karate Open tempohari masih terasa..tetapi mungkin berpeluang berehat seketika memandangkan cuti sekolah pun sudah bermula.

P/S:

Menulis sambil mendengar lagu If That's OK With You nyanyian Shayne Ward.. sambil rehatkan minda sebab penat...


Sekadar Luahan - Jangan Pergunakan Maklumat Orang LAin Sesuka Hati!

Kredit kepada: HH
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum...



Tidakkah anda berasa kasihan dan malu kepada individu yang anda gunakan wajahnya tanpa kebenaran semata-mata untuk melariskan produk yang dijual oleh syarikat anda? Lebih-lebih lagi produk berkenaan berkait rapat dengan perihal 'dalam kain' dan rumah tangga? Bukan setakat menjatuhkan namanya malah tindakan sebegini mungkin memalukan si empunya diri. 

Dalam sesebuah bisnes, anda tidak boleh menggunakan wajah individu itu secara sembarangan kerana perlu ada kebenaran daripada si empunya diri beserta kontrak berkaitan.

Lihat contohnya DI SINI.

Kepada mana-mana pihak terutama yang terlibat dalam sebarang bisnes produk, hentikanlah daripada menggunakan wajah mana-mana individu atau artis sebagai ikon pelaris produk anda. Jika syarikat anda didapati bersalah dan tindakan diambil oleh pihak yang terbabit, maka hukuman menanti anda.

Buat Fatin Liyana, sekiranya anda terbaca tulisan ini, penulis sangat bersimpati dengan apa yang berlaku atas diri anda.

Friday, May 25, 2012

Artikel - Keistimewaan Memeluk Islam

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....


Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a:
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”

 

Huraian :-

Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak dengan Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf. Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah, sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad. Contohnya menziarahi mereka supaya tidak terabai dan memantau perkembangan mereka. 

Kebanyakan kes yang berlaku hari ini, orang memeluk Islam sekadar untuk mencukupkan syarat membolehkannya berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Bukan dengan niat yang benar-benar ikhlas mahu mentauhidkan Allah s.w.t.. Bagi mualaf yang ikhlas ingin memeluk Islam pula, mereka akan melaksanakan ajaran Islam secara bertahap. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada antara golongan mualaf ini yang jauh lebih taat daripada mereka yang sejak lahir memeluk Islam. Golongan inilah yang disebutkan di dalam hadis di atas.

Berita - Sekitar Persiapan Acara Terengganu Shotoshinkai Karate Open 26.5.2012

Kredit kepada: Semua petugas dan AJK yang terlibat
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum...

Acara Terengganu Shotoshinkai Karate Open Mei 2012 akan diadakan pada 26.5.2012 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu. Persiapan akhir giat dijalankan bermula pada hari Khamis 24.5.2012 jam 3 petang. Antara yang turut serta ialah En. Ibrahim selaku pegawai MSNT, sensei Chepto Hj Sumadi, sensei Isa, senpai Hassan, serta 4 orang AJK teknikal yang lain dari UiTM Chendering.
















Mesyuarat bersama semua AJK teknikal yang terlibat diadakan pada keesokan harinya jam 9 pagi di lokasi yang sama.

Thursday, May 24, 2012

Paranormal - Bayi Hilang Dalam Kandungan (Bhgn 2)

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....


(Penulis menyiarkannya daripada tulisan asal)

Ramai yang pernah mendengar tentang kejadian ni, tetapi berapa ramai yang ambil kisah tentang fenomena ini? Sebelum ini pernah dipaparkan dalam akhbar Kosmo mengenai kejadian bayi yang hilang dalam kandungan (kalau tak salah di Jitra). Sepanjang tempoh kehamilan, si ibu memang ada buat pemeriksaan bulanan di hospital dan doktor sahkan yang bayi dalam kandungannya sihat.

Namun di saat-saat akhir menanti detik kelahiran, si ibu yang terus mengunjungi hospital untuk pemeriksaan rutin seperti biasa terkejut apabila bayi yang dikandungnya selama ini didapati hilang malah doktor pun mengesahkan yang rahimnya kosong!!!

Kejadian ini pernah disiarkan juga dalam rencana di televisyen ataupun di majalah. Persoalannya, ke mana hilangnya bayi dalam kandungan tersebut sedangkan selama ini doktor ada mengesahkan yang bayi tersebut stabil dan setiap pemeriksaan direkodkan dalam buku laporan kesihatan ibu mengandung...???

Satu contoh lain yang berlaku di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Seorang kakak disahkan mengandung anak sulung oleh doktor membuat pemeriksaan rutin seperti biasa. Masuk bulan ketujuh, daripada pemeriksaan yang dilakukan, doktor sahkan yang rahimnya `kosong' dan bila scan dibuat memang tidak nampak apa-apa!!! Apa lagi, menangis sakan dia. Suami dia terpaksa papah dia keluar dari bilik doktor dan terus membawanya balik ke rumah.

Tapi dengan kuasa Allah, 3 tahun kemudian wanita berkenaan mengandung lagi dan dia akhirnya selamat melahirkan bayinya. Bayi lelaki yang dinamakannya Azim yang sudah masuk umur 2 tahun dan sudah mula boleh bercakap. Namun, anehnya boleh dikatakan setiap malam dia akan bergelak ketawa sebelum tidur. Bila ditanya oleh ibunya, "Azim kenapa ketawa? Main dengan siapa?", si Azim jawab, "Dengan abang...!!!" Mak dia bertanya lagi,"Abang mana pulak?", dia jawab, "Abang Azim laa..." dengan nada pelat budak baru belajar bercakap. Hal ini berterusan walaupun di siang hari.

Jadi, untuk memuaskan hatinya, wanita ini bertemu dengan seorang ustaz dan bertanyakan tentang perihak Azim ini. Ustaz itu berkata, "Memang betui Azim tu dok bergelak ketawa dengan abang dia yang dah ada di alam lain!" Maksud ustaz itu, mungkin abang Azim berkenaan adalah makhluk lain yang jaga, mungkin dalam erti kata lain makhluk yang bernama "BUNIAN!!!"

Wallahualam bissawab...


NASIHAT: Ketika mengandung, ibu memang digalakkan untuk perbanyakkan amalan sunat dan membaca Al-Quran agar sentiasa terpelihara dari anasir-anasir jahat yang kita tidak nampak.


Pautan sebelum ini: Bayi Hilang Dalam Kandungan (Bhgn 1)

Wednesday, May 23, 2012

Artikel - Apa Ada Dalam Kambing?? :-D

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB



Assalamualaikum....

Satu lagi artikel pelik perihal kambing selepas yang ini. Dapat daripada seorang kawan di laman Facebook miliknya. Soalan dalam gambar meminta murid-murid menyusun perkataan yang diberi menjadi satu ayat mudah... tetapi lain pula jadinya! :-D



Hahahaha ... memang lawak!

Lagi artikel berkaitan kambing di blog ini, hanya perlu taip kambing di kotak carian.

Wordless Wednesday - Iced

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum....


:-)

Monday, May 21, 2012

Artikel - Foto Mingguan Terbaik 'Your Shot' NATGEO

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....

National Geographic memaparkan kepada para peminatnya koleksi foto terbaik sepanjang minggu dari 'Your Shot'.











KLIK SINI untuk artikel penuh.

Friday, May 18, 2012

Artikel - Syurga Itu Bertingkat-Tingkat

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Quran.com, Yahoo Images



Assalamualaikum...... 

Syurga itu bertingkat-tingkat dan setiap tingkat berbeza-beza pula. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain ialah seperti jarak antara bumi dan langit. Adapun tingkatan syurga yang paling tinggi darjatnya dinamakan "Al-Firdaus". Di atas Al-Firdaus inilah terletak "Arsy Rahman (Mahligai Tuhan).

Selain itu, keistimewaan syurga Al-Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah.


Adapun cara melihat Allah bukanlah seperti halnya kita melihat dengan mata biasa seperti yang lazim berlaku, tetapi caranya ialah dengan penglihatan mata yang telah ditentukan Allah buat para penduduk syurga.

Segala yang ada di syurga itu indah-indah belaka jauh lebih indah dari apa yang ada di atas muka bumi ini. Tetapi yang terindah di syurga ialah pandangan terhadap Allah, tidak sesuatu kenikmatan lain yang dapat melebihi keistimewaannya.

Cuba kita bayangkan di dunia ini sahaja, kalaulah kita diberikan kesempatan bertemu dan berbual-bual dengan salah seorang pemimpin negara, tentu kita akan sangat gembira dan bahagia dengan pengalaman tersebut. Inikan pula akan bertemu dengan Allah yang menciptakan dunia ini.

Firman Allah dalam surah al-Qiyamah ayat 22-23 yang bermaksud:


Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat. - surah al-Qiyamah: ayat 22-23

Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril: "Hai Jibril pernahkah kau melihat Allah?" jawab Jibril pernahkah kau melihat Allah?" jawab Jibril: "Bahawa di antara saya dan Tuhan ada 79 tutup yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar, maka akan terbakarlah ana memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Tuhan ada 71 lapisan tutup dari cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya."

Dalam hal ini pernah Nabi Musa a.s. meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang bagaimana juga kukuhnya akan hancur bila Tuhan menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.


Kemudian dalam satu riwayat lain digambarkan syurga itu sebagai berikut:
  • Tingkatan syurga pertama yang dibuat dari bahan perak baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya.
  • Tingkatan syurga kedua yang dibuat dari bahan emas baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya.
  • Tingkatan syurga ketiga yang kampung, rumah, pintu dan kuncinya dibuat dari bahan yakut dan lukluk (mutiara).


Sumber

Artikel - Neraka, Tingkat dan Jenis Penghuninya

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....


1) Neraka Jahannam

Tingkat teratas. Neraka ini bermula dari tingkat paling atas sehingga ke paling bawah. Ia seburuk-buruknya dan penghuni kekal di dalamnya. Tempat istimewa ini bagi orang-orang kafir dan mereka kekal di dalam selama-lamanya. Ini berdasarkan kepada Firman Allah s.w.t. di dalam surah An-nisa’ ayat 169 yang bermaksud:

“Orang kafir dan orang aniaya, mereka tidak diampunkan Allah dan tidak pula ditunjukkan jalan melainkan ke Neraka Jahanam. Mereka kekal dalam neraka itu selamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah”.

2) Luza

Tingkat kedua yang dihuni pendusta agama Allah dan berpaling daripada ajarannya. Firman Allah bermaksud:

“Sebab itu Kami beri khabar menakutkan kamu dengan Neraka Luza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya melainkan orang celaka, iaitu orang mendustakan agama dan berpaling daripadanya.” - Surah Al-Lail ayat 14-16

3) Hathamah

Neraka tingkat ketiga tempat mereka yang lalai dalam mengerjakan perintah Allah kerana dipengaruhi harta dunia.

4) Sair

Tingkat keempat neraka, yang dihuni mereka yang makan harta anak yatim. Mata dan telinga mereka menjadi buta dan pekak manakala kulitnya tebal seperti Jabal Uhud.

5) Saqru

Neraka tingkat kelima, antara penghuninya ialah orang tidak bersolat, percaya kepada perkara bidaah, tidak memberi makan orang miskin dan tidak percaya kepada Hari Pembalasan.

6) Jahim

Neraka tingkat keenam. Penghuninya melakukan dosa besar seperti berzina, membunuh, mendustai agama Allah dan minum arak.

7) Hawiyah

Neraka paling bawah menempatkan orang memusuhi Nabi. Walaupun neraka ini paling bawah, apinya sangat panas. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

“Siapa yang ringan timbangan, dia dilemparkan ke Neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah Neraka Hawiyah? Ia adalah api yang sangat panas. “ - Surah Al-Qariah ayat 8-11

Kesimpulannya, itulah tujuh nama neraka dan tingkatannya. Di setiap tingkatannya terdapat kategori penghuni masing-masing. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengingati selalu peringatan Allah s.w.t. supaya sentiasa menjaga diri dan keluarga daripada menjadi bahan bakar api neraka yang di dalamnya sangat panas lagi pedihhh. Wallahualam..

Petikan dari laman Facebook Loo Jo Yee 

Pautan lain berkaitan: Asal-usul Api di Dunia

Wednesday, May 16, 2012

Artikel - Bukti Allah Berkuasa Memberikan Kehidupan Kepada Yang Tidak Wujud

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....


Penulis terbaca artikel ini yang dikongsikan di laman Facebook. Kisah ini boleh diambil pengajaran membuktikan betapa Allah itu berkuasa dalam menjadikan sesuatu dari tiada kepada ada, dan dari tidak wujud kepada wujud. Dari sudut pemikiran manusia, mungkin apa yang berlaku disifatkan sebagai mustahil namun di sisi Allah, tiada apa yang mustahil. Semuanya boleh sahaja berlaku dengan kekuasaanNya...

Seorang pemuda tentera yang berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya Allah. Seorang Kapten yang berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dlm usaha memalukan beliau kepada kalangan tentera yang lain. Kapten tersebut memanggil beliau untuk  mengambil kunci jip askar untuk dialihkan kedudukannya ke tempat yang disediakan. Jawab pemuda itu, "Saya tidak boleh memandu, kapten" kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dalam memandu jip yang canggih tersebut. Kapten tersebut berkata, "Kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak" Lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada Allah s.w.t. Ketika beliau sedang berjalan menghampiri jip tersebut, dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan jip tersebut ke tempat asalnya lalu beliau mematikan enjin jip tersebut. 

Pemuda itu keluar dari jip tersebut dengan perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu jip  secanggih itu walaupun hanya beberapa meter sahaja pergerakan yang dilakukan. Selepas keluar dari jip tersebut, kelihatan kapten dan tentera yang lain menangis kesemuanya. Lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KEPADA TUHAN KAMU!!" 

Pemuda tersebut berasa hairan, lalu Kapten yang menyuruh pemuda itu mengalihkan jip tersebut membuka hud jip tersebut dan menunjukkan kepada pemuda itu bahawa jip tersebut tidak mempunyai enjin.... MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA... Melutut pemuda tersebut bersama tentera yang lain bersujud kepada ALLAH S.W.T...PEMUDA ITU BERKATA, "Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud..."

Sumber asal: Facebook

Renungkan..

Wordless Wednesday - Lizard..

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum....

Wordless Wednesday - Gift

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum....


Thursday, May 10, 2012

Artikel - Bagaimana Panda Mendapat Warna Hitam dan Putih?

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Syok.Org



Assalamualaikum..

Sekadar hiburan santai...


Ohhh... macam nie rupanya :-D Ala-ala Dragonball!  Hahahahaha!!!


Sumber

Sunday, May 6, 2012

Kesihatan - Bahaya Tidur Dalam Keadaan Lampu Menyala

Kredit kepada: Majidah Mansor (FB)
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....


Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.

Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.

Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.

Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.

Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.

Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua.....Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan...Wallahu'alam



Sekadar Luahan - Kita Tidak Nampak Apa Ada Dalam Hati Orang Lain ....

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Youtube


Assalamualaikum....

I'm trying hard not to resist the joy.. Don't listen to me, I'm be paranoid..
I might tried hard but its too hard to avoid...


Satu perkara yang paling susah dalam mengenali manusia ialah kita tidak tahu bagaimana hatinya. Kita hidup di dunia nyata dan bukan dalam filem-filem cereka dan hidup di dunia realiti, maka kita tidak akan tahu apa yang dikata dalam hati orang lain dan kita tidak akan mendengarnya. Kita cuma boleh mengagak berdasarkan maklumat yang kita peroleh daripada deria yang sedia ada. Pun begitu, kadang-kadang agakan itu juga tersasar..

Sebab itulah, kita sering mendengar rungutan sesetengah pihak mengatakan orang itu mukanya begini tetapi rupanya perangai sebenarnya begini, kemudian jadi begini pula dan begitu pula, begitulah seterusnya. Perkara ini tidak pernah berkesudahan.


P/s: Menulis sambil mendengar lagu Heart Skips A Beat nyanyian Lenka 

(Lagu dengan lirik yang best tapi video klip yang agak senggama minda!)

Petua - Kulit Sentiasa Tegang

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....


Basuh muka dengan air.
Ambil sebiji putih telur dan sapukan pada muka. Kemudian, ambil kapas muka dan letakkannya pada muka seperti memakai mask.
Selepas itu, sapu kembali putih telur di atas kapas muka sehingga basah dan biarkan semula sehingga ia kering. Kapas yang melekap pada muka akan menjadi seperti topeng muka apabila ia dibuka nanti.
Hasilnya, akan dapat lihat pada topeng tersebut terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka.

Amalkan seminggu sekali. Kulit akan menjadi putih dan lembut selain tiada jerawat :-)

Friday, May 4, 2012

Artikel - Permukaan Bulan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.

Pesawat NASA yang berada di orbit bulan telah menghantar balik 5 dozen foto terbaru permukaan lunar termasuk pemandangan bumi dari jarak jauh.









KLIK SINI untuk bacaan lanjut.

Artikel - Sebahagian Daripada Adat Dalam Majlis Perkahwinan Tidak Mengikut Syariat

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB



Assalamualaikum.....

Petikan dari laman Facebook mengenai perkara-perkara di sebalik adat istiadat perkahwinan yang mungkin sebahagiannya tidak mengikut hukum syariat.


Sabda Rasulullah saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya."
(HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)
 
Daripada 'Aisyah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Setengah daripada keberkatan wanita ialah mudah peminangannya dan mudah maharnya.”
(Hadis riwayat Al-Baihaqiy)
 
Nota: MAHAR merujuk kepada MAS KAHWIN yang diwajibkan daripada Suami kepada isteri..Manakala Wang Hantaran (Wang Belanja) adalah dalam bentuk SAGU HATI yang bukan wajib - DrSoul

Demi meraikan Adat, Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:
  1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.
  2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat. - Sumber

:-) Baru tahu ...

Berita - 4000 Warga Jerman Memeluk Islam Setiap Tahun

Kredit kepada: Majidah Mansor
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum....

Penulis menemui video ini sewaktu melayari laman Facebook sebelum ini.


Satu fenomena yang kini melanda negara Jerman. Dipetik daripada salah satu komen di Youtube:

TV Report: 4000 Germans convert to islam every year.. Ever more Germans convert to the Islam; The number of those new converts since 2004 has been doubled several times .. (now 4000 per year) These are not only women who marry muslim men, but Germans who convert to the religion of Islam by rational Conviction .. All of this despite or straight because of the negative press. People now look waked up for the truth themselves.. Dr. Kai Lühr is one of those 4000 Germans who find the Truth each year. He converted to Islam because he found the Truth of the Religion and the Meaning of the Life in islam.. and after he read the holy Quran, he became sure that must be the word of God.

Anda boleh lihat video dan baca komen selebihnya DI SINI. 

Terfikirkah kita, dalam erti kata kehidupan masa kini, kenapa kita begitu mudah meninggalkan sebahagian ajaran agama kita yang sudah dipelajari dan diamalkan bertahun-tahun sedangkan mereka dengan mudahnya mencari dan menerima agama yang suci ini sebagai sebahagian kehidupan mereka?

Petua - Mencantikkan Muka

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...


Petua ini dilakukan dengan beberapa langkah:
Sapukan muka dengan telur-merah/putih dan biarkan sehingga kering.
Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi. Kemudian, lapkan dengan tuala yang bersih.

Lakukan sekali sehari. Insyaallah kulit muka yang kendur boleh menjadi tegang dan tidak akan ditumbuhi jerawat.

Wednesday, May 2, 2012

Artikel - Jangan Sepak Bola Kami! :-D

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Syok.Org



Assalamualaikum.....

Mungkin nasihat ini sesuai untuk kaum perempuan - Kasihanilah kami dan sila jangan sepak bola kami sesuka hati...

**Duussshh!!** UUuuurrrRrRrGggGhHhh !!!


Sumber

:-D

Artikel - Budak 'Skema' Kini Semakin Berani??

Kredit kepada: Google+
Gambar ihsan: Google+



Assalamualaikum....

Gambar ini dipetik dari laman Google+ IGN.




Kepandaian budak yang selama ini dikelaskan sebagai 'skema' atau geeks kini sudah mampu menjadikan mereka lebih berani.. Betul ke??


Wordless Wednesday - Lunch!!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum.....