MY FOLLOWERS

Monday, April 30, 2012

Artikel - Galakkan Anak-anak Ceburi Seni Beladiri !!

Kredit kepada: Yahoo, FB
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....

Iklan ini memaparkan mesej mengajak anak-anak bagi menyertai seni beladiri, karate. Iklan ini juga boleh dicari di enjin carian dengan menaip karate for kids advertisement dan turut disiarkan di laman Facebook.



Waacchhaa!!  Osssuuu!!

Sunday, April 29, 2012

Artikel - Pemandangan Di Bumi Dilihat Dari Angkasa Lepas

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.... 

Foto-foto permukaan bumi yang menakjubkan yang dilihat dari angkasa lepas.











KLIK SINI untuk bacaan selanjutnya.

Artikel - Laman Google+ Kini Berwajah Baru...

Kredit kepada: Google+
Gambar ihsan: Google+


Assalamualaikum.....



Sesiapa yang ada akaun Google Plus, boleh menikmati kemudahan terkini yang disediakan. Susun atur yang sedikit berbeza yang ditampilkan diharapkan akan lebih memudahkan pengguna melayarinya. Butang +1 juga lebih ummphh!

Friday, April 27, 2012

Artikel - Islam Bermula Dalam Keadaan Terasing ....

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB



Assalamualaikum.....

Dalam sebuah hadis dinyatakan bahawa Islam itu bermula dalam keadaan yang terasing. Dari Abu Hurairah, ia berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: “Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti semula, maka beruntunglah orang-orang yang terasing”


Petikan dari laman Jom Berdakwah di FB

Renung-renungkan...

Artikel - Larangan Mengumpat

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum..... 



Dalil dari sepotong ayat al-Quran dan 2 hadis sahih ini boleh dijadikan hujah yang melarang kita mengumpat. Kadang-kadang berlaku sewaktu kita sedar, dan adakalanya kita terumpat tanpa kita sedari.

Firman Allah bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. " - surah al-Hujurat: ayat 12

Rasulullah s.a.w. menjelaskan mengumpat ini dalam sabda baginda yang bermaksud, “Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”
- Hadis riwayat Muslim

Daripada Anas r.a. katanya, Rasulullah bersabda: "Ketika aku dimikrajkan (malam israk dan mikraj) aku berjumpa dengan satu golongan yang kukunya adalah daripada tembaga, mereka melukakan muka-muka dan dada-dada mereka (dengan kuku itu). Lalu aku bertanya: Siapakah mereka ini wahai Jibril? Jibril menjawab: Merekalah orang-orang yang memakan daging-daging manusia (mengumpat) dan mengatakan keburukan terhadap maruah orang lain". - Hadis riwayat Abu Daud.


Sumber

Artikel - Atasi Zina Hati

Kredit kepada: email, Quran.com
Gambar ihsan: Yahoo Images, Quran.com


Assalamualaikum.....


Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan. 


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - Surah Yusuf: ayat 24

Ikhlas kepada Allah. 
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan. 
Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.” 


Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. 
Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Wednesday, April 25, 2012

Kesihatan - Shisha: Ada Kebaikan Ker??

Kredit kepada: Khairil Mazri
Gambar ihsan: Khairil Mazri



Assalamualaikum.....

Seperti juga merokok atau menghisap curut atau yang seumpamanya, tiada kebaikan dan manfaat daripada sekadar menghisap dan menghembus asapnya. Kalau dikatakan mahu nampak bergaya, banyak cara lagi boleh dilakukan selain daripada menghisap asap yang merosakkan organ dalaman ini.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Petua - Menghaluskan Kulit Muka

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....



Dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik itu pada batu. Kemudian, lumurkan pada muka anda...

Wordless Wednesday - Fries

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum....


Wordless Wednesday - Blow

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum....


Sunday, April 22, 2012

Artikel - Nicolas Cage Kata Dia Bukan Vampire :-D

Kredit kepada: Yahoo TV
Gambar ihsan: Yahoo TV


Assalamualaikum.....

Bila Nicolas Cage dikatakan seperti puntianak zaman Perang Sivil ....




Nicolas Cage muncul dalam rancangan "Late Night With David Letterman" pada 9 Februari lalu bagi menafikan bahawa dia adalah puntianak yang merentas masa dari zaman Perang Sivil. Oleh kerana tiada fakta yang jelas untuk dimasukkan dalam dokumentari Ken Burns, Cage tidak perlu membuktikan dia bukanlah puntianak.

Cage muncul dalam rancangan berkenaan bagi mempromosikan filem terbarunya "Ghost Rider: Spirit of Vengeance". Khabar angin di internet sukar untuk diketepikan semenjak September 2011 sewaktu eBay melelong sejumlah 1870 foto yang menunjukkan seorang lelaki dari Tennessee yang bermisai yang wajahnya seiras dengan Cage.

Cage, sewaktu melihat foto berkenaan mengakui persamaannya namun berkata ia hanyalah dirinya dalam versi yang lain. Dia juga berkata terdapat foto berkaitan dirinya dan dia tidak menghisap darah dan kali terakhir dia dirinya di cermin, dia hanya melihat refleksi dirinya.


KLIK SINI untuk berita penuh.

Petua - Memutihkan Kulit Muka

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum......


Ambil sebatang timun batang yang diparut isi dalamnya dan campurkan bersama 1/2 biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dan dipakai di muka setiap malam. Ia bukan sekadar membantu memutihkan kulit muka, malah menghilangkan jerawat.

Petua - Dapatkan Wajah Jelita

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....


Semasa berdandan di waktu pagi, bacalah selawat nabi di kedua-dua tapak tangan dan raupkan ke muka disertakan dengan niat dalam hati supaya diindahkan wajah sebagaimana nabi Yusuf.

Friday, April 20, 2012

Artikel - Keutamaan dan Kelebihan Surah Al-Kafirun

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Quran.com


Assalamualaikum....



Terdapat banyak hadis yang menjelaskan tentang fadhilat dan faedahnya surat ini, di antaranya:
  • Surah ini menyamai 1/4 Al-Quran. Jika dibaca ketika naik matahari dan terbenam matahari juga sebelum tidur, nescaya terpelihara daripada syirik. Ini juga sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila kamu hendak tidur di waktu malam maka hendaklah kamu membaca ...(surah al-Kafirun) kemudian tidurlah bila selesai membacanya kerana ia adalah pembebasan daripada syirik." - Hadis riwayat al-Tirmidzi
  • Jika dibaca sebanyak 10 kali ketika naik matahari, kemudian berdoa apa-apa hajat yang dikehendaki, InsyaAllah dikabulkan walau apa hajat sekalipun.
  • Jika diamalkan selalu surah ini, nescaya semua makhluk suka dan kasih kepadanya.

Sumber: Facebook dan Blog

Artikel - Si Kecil Ini Khusyuk Mendengar Bacaan Al-Quran

Kredit kepada: Taotauajer
Gambar ihsan: Taotauajer


Assalamualaikum....

Satu video di Youtube memaparkan si kecil yang begitu khusyuk mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran di tv rumahnya.


Sumber

Adakah kita yang dewasa boleh sekhusyuk ini?

Artikel - BMW i8 Concept Spyder

Kredit kepada: Yahoo Auto
Gambar ihsan: Yahoo Auto


Assalamualaikum..



Kereta terbaru keluaran BMW ini juga digunakan oleh Tom Cruise dalam filem terbarunya Mission Impossible: Ghost Protocol.

KLIK SINI untuk artikel penuh.

Wednesday, April 18, 2012

Hidupan Liar - Ada Sesiapa Tahu Binatang Apa Nie?

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Syok.Org



Assalamualaikum......

Ada yang kata ia kelihatan seperti kala jengking tetapi ekornya panjang dan hampir tiada ciri-ciri haiwan araknid tersebut. Begitu juga bahagian penyepit di kaki depannya. Dikatakan ia kerap muncul ketika musim tengkujuh dan guruh kuat. Sebagaimana dimaklumkan daripada sumbernya, habitatnya di dalam lubang dalam tanah, boleh dimakan dan rasanya sedap. Ada yang kata rasanya seperti ketam. Kebiasaannya orang hanya akan makan pada bahagian ekor dan sepitnya sahaja. Di musim tengkujuh, jumlah tangkapan mampu mencapai puluhan kilogram. 

Diharap pembaca boleh cari sendiri jawapannya untuk kepastian. 






Ada sesiapa tahu sebarang maklumat mengenai jenis haiwan ini?

Berbeza pula dengan sejenis udang yang dipanggil udang lipan. Lihat foto di bawah:



Sumber asal mengenai haiwan ini.

Seni & Kreativiti - Hasil Dari Urat Dawai

Kredit kepada: Zulkbo
Gambar ihsan: Zulkbo


Assalamualaikum......






Pautan asal

Hebattt...

Wordless Wednesday - Cheese

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum.....

Monday, April 16, 2012

Artikel - Maksud Mati Katak? :-D

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Syok.Org



Assalamualaikum......

Maksud mati katak jika diterjemahkan dalam bentuk visual.... heheehehe

Eeerrrkkk....


:-D

Hiburan - Siri Fringe

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Fringe ialah satu siri tv fiksyen sains Amerika disiarkan di saluran Fox, ciptaan bersama J. J. Abrams, Alex Kurtzman dan Roberto Orci. Alex Kurtzman dan Roberto Orci sebelum ini pernah terlibat di belakang tabir siri Hawaii Five-O versi baru selain menulis skrip untuk filem trilogi Transformers arahan Michael Bay. Mengisahkan "Fringe Division", sebuah divisyen khas Biro Siasatan Persekutuan FBI berpengkalan di Boston, Massachusetts di bawah seliaan Homeland Security. Divisyen ini menggunakan kaedah sains 'fringe' yang tidak ortodoks dan teknik siasatan FBI bagi menyiasat siri kejadian yang dahsyat dan tidak dapat dijelaskan, yang ada kaitan dengan misteri berkisar alam semesta yang selari (parallel universe).

Siri ini disifatkan sebagai hibrid siri X-Files, Altered States dan The Twilight Zone. Sehingga kini, siri ini masih disiarkan di saluran NTV7 dan sudah berada di musim keempat.

Siri Fringe menyelusuri kes-kes yang dikendalikan oleh Divisyen Fringe, yang bekerjasama dengan FBI melibatkan ejennya Olivia Dunham; Dr. Walter Bishop, seorang saintis arketip dan anaknya Peter Bishop. Mereka turut dibantu pengarah pasukannya Phillip Broyles, ejen Astrid Farnsworth, yang membantu Walter dalam kajian makmalnya. Divisyen Fringe menyiasat kes melibatkan sains 'fringe' daripada kes eksperimen transmanusia yang gagal, teknologi pemusnah luar biasa sehinggalah kepada pertembungan antara dua alam semesta. Kerja yang dilakukan divisyen ini seringkali bersilang dengan teknologi bio canggih yang dikembangkan oleh syarikat dipanggil Massive Dynamic, yang diasaskan oleh bekas rakan kongsi Walter iaitu Dr. William Bell dan diuruskan oleh Nina Sharp. Divisyen ini turut diperhatikan secara senyap oleh sebuah kumpulan digelar "Observers".

Antara pelakonnya Anna Torv, Joshua Jackson, Lance Reddick, Kirk Acevedo, Blair Brown, Jasika Nicole, Mark Valley, John Noble dan Seth Gabel.

Siri Fringe, para pelakon serta krewnya telah dicalonkan dan memenangi beberapa anugerah antaranya Emmy, Saturn Awards, Golden Reel Awards, Satellite Awards, dan Writers Guild of America Awards.


Sumber rujukan: SINI  |  SINI  |  


Sunday, April 15, 2012

Artikel - April Fool: Perbodohkan Siapa??

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.... 


Kedengarannya seperti memperbodohkan orang lain. Persoalannya ialah siapa perbodohkan siapa? Siapa pula yang bodoh? Jika difikir dengan logik akal, haruskah satu sambutan itu diraikan dengan memperbodohkan sesiapa, menjatuhkan air muka orang lain atau sehingga mencetuskan kemarahan orang lain? Bukankah suatu perayaan itu jika disambut, haruslah mempunyai suasana menggembirakan seperti sambutan Hari Kantin di sekolah, sukaneka atau cuti umum lainnya seperti Hari Guru atau Hari Raya?

Bagi yang masih mentah dan belum mengerti, perbuatan 'mengenakan' orang lain pada tarikh 1 April ini kelihatan menyeronokkan. Begitu juga kita yang juga suatu masa dahulu juga merasakan seperti mana  mereka. Namun, apabila sudah melalui zaman dewasa kini, aliran pemikiran juga turut berubah. Dengan itu, kita sudah mampu dan seharusnya berfikir akan baik buruknya amalan merayakan hari seperti ini (April Fool). 


Bagi meraikan sesuatu perayaan itu, kita perlu fikir apakah sejarah berkaitannya dan adakah ia menyalahi syariat kita selaku umat Islam. Agama kita berbeza dengan agama-agama lain yang ada di dunia. Segala amalan yang diperintahkan untuk dilaksanakan itu antara yang membezakan kita dengan yang lain. Kita tidak boleh mengambil atau mencedok mana-mana adat, budaya mahupun perayaan dan meraikannya sewenangnya semata-mata kerana ia kelihatan menyeronokkan di mata kita.


Jika mahukan pembacaan yang lebih terperinci mengenai sejarah April Fool ini, penulis cadangkan anda baca mengenainya DI SINI dan DI SINI.

Petua - Untuk Isteri Sentiasa Dara

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....


1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.
Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manafaatnya.

Friday, April 13, 2012

Kesihatan - IAD: Internet Addiction Disorder (Gangguan Ketagihan Internet)

Kredit kepada: Hasrulhassan
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....


Internet addiction disorder (IAD), ialah satu keadaan apabila seseorang menggunakan komputer secara berlebih-lebihan dalam kehidupan sehari-hari. IAD telah dicadangkan sebagai sejenis gangguan dalam bentuk penipuan satira (satirical hoax) oleh Ivan Goldberg, M.D. pada tahun 1995. Beliau menggunakan penyakit perjudian yang didiagnos oleh Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-IV) sebagai model bagi menjelaskan mengenai IAD. Walaubagaimanapun, keadaan ini tidak termasuk dalam DSM pada 2009 dan ia mendapat liputan di akhbar dan mungkin diklasifikasikan sebagai satu bentuk gangguan psikologi yang masih dalam perbincangan dan kajian. 

Aktiviti online kebiasaannya dianggap sebagai gangguan seperti perjudian dan membeli belah, juga dikenali sebagai net compulsions. Contoh lain, membaca dan bermain permainan video dianggap gangguan hanya apabila ia mengganggu aktiviti kehidupan yang lain.  Mereka yang menyokong klasifikasi gangguan ini memecahkan IAD mengikut aktiviti, seperti berlebihan, penggunaan pornografi, bermain permainan video, berhubung menerusi laman sosial, blog, email, atau membeli belah dalam talian.


Pautan lain: 
Keadaan gila internet
IAD
Ketagihan internet sama buruknya dengan ketagihan kokain


Ohh...dahsyatnya...

Hidupan Liar - Spesis Katak Terkecil Didakwa Vertebrata Terkecil Di Dunia

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....


Satu spesis katak yang mampu melompat jauh didakwa sebagai vertebrat terkecil di dunia, mengatasi satu spesis ikan yang mendapat gelaran berkenaan pada tahun 2006. Namun penemuan satu lagi spesis ikan telah menimbulkan pertikaian ke atas dakwaan berkenaan. 

Satu artikel dalam jurnal PLoS One telah menamakan Paedophryne amauensis sebagai haiwan bertulang belakang terkecil di dunia. Katak dewasa berukuran 3/10 inci atau lebih kecil daripada ikan karp dijumpai di kepulauan Sumatra, Indonesia. Katak ini begitu kecil sehingga ahli herpatologi dari Louisiana State University dan ahli biologi alam sekitar Christopher Austin terpaksa membesarkan foto close-up untuk memberikan gambaran lebih jelas. 

Pada bulan Ogos 2009, Austin dan pelajarnya Eric Rittmeyer telah mengumpul dan merekodkan bunyi mengawan katak pada waktu malam di hutan tropika berhampiran perkampungan Amau di timur Papua New Guinea ketika mereka mendengar bunyi bernada tinggi yang dikeluarkan katak berkenaan. 

"Katak ini mengeluarkan bunyi yang langsung tidak sama dengan bunyi katak biasa. Ia berbunyi lebih seperti serangga," kata Austin. Bunyi tersebut seperti berada di sekeliling dan mereka mengambil sedikit masa untuk memastikan bunyi tersebut datangnya dari atas tanah. Oleh kerana tidak dapat mengesan haiwan berkenaan, mereka menangkap sebahagian habitat dengan harapan dapat menemui serangga yang menghasilkan bunyi tersebut. 

"Kami mengambil sejumlah daun yang berselerak dan letakkannya dalam beg plastik, mencarinya dari sehelai ke sehelai daun dan menemui katak kecil yang melompat dari salah satu daun." katanya.


KLIK SINI untuk bacaan selanjutnya.

Wednesday, April 11, 2012

Tuesday, April 10, 2012

Sekadar Luahan - Hubungan Putus Angkara Sihir dan Pihak Ketiga

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....
Terkilan sebenarnya bila difikirkan mengapa masih ada segelintir orang dalam kalangan masyarakat moden hari ini yang masih pergi kepada pengamal ajaran salah semata-mata untuk mendapatkan sesuatu atau seseorang yang sangat dihajati.


Sedih mengenangkan apa yang berlaku kepada sesiapa yang menjadi mangsa, tetapi mestikah kita sentiasa kata 'dah takdir, apa boleh buat?' setiap kali perkara sebegini berlaku sedangkan sejak dari mula lagi kita boleh elakkannya?? Kepada yang berniat menggunakan cara salah ini, ia berbalik kepada persoalan sikap dan hati.

Baru-baru ini dikejutkan dengan khabar dari adik angkat yang baru sahaja diceraikan talak satu angkara orang ketiga. Kenal siapa orang ketiga itu dan sudah pernah dipujuk untuk diajak berbincang secara baik, namun masih berkeras tidak mahu melepaskan juga suaminya.

Memandangkan masing-masing berjauhan kerana faktor pekerjaan, maka akan balik hanya ketika cuti. Semenjak si suami dikatakan rapat dengan perempuan berkenaan, sikapnya sudah jadi berbeza. Setiap kali balik cuti, pasti ada yang tidak kena, pasti terasa tidak betah duduk di rumah. Sekejap sahaja di rumah, sehari dua kemudian mahu terus balik. Bermacam alasan diberi. Semua yang dibuat isteri dirasakan serba tak kena, semuanya salah. Dengan ilmu perubatan Islam yang ada, ayahnya mengesyaki si menantu sudah terkena dengan perempuan itu. Kesudahannya, perkahwinannya yang baru setahun berakhir dengan perceraian.


Penulis sendiri pernah merujuk kepada pengamal perubatan Islam untuk mengetahui apakah yang mungkin berlaku kepada bekas kekasih terdahulu. Ya, lebih kurang sama dengan rentetan yang dilalui adik angkatnya... penglibatan orang ketiga dan penggunaan unsur sihir untuk pisahkan kami. Empat tahun berkasih berakhir sekelip mata dengan campur tangan benda sebegini.

Buat sesiapa yang pernah menjadi mangsa kes-kes sebegini serta adik angkat yang dikasihi, kuatkan semangat ... tingkatkan benteng pertahanan diri dengan perbanyakkan amal ibadah. Usah ditangisi perkara yang lalu, segala yang buruk itu jadikan pengajaran untuk lebih kuat di masa akan datang....

INGAT!! Sihir .... ia membinasakan..

Monday, April 9, 2012

Petua - Sentiasa Awet Muda

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....



Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, cuba cara ini - setiap kali selepas solat Subuh, bacalah surah Yusuf, kemudian minumlah air suam sebanyak 3 teguk sahaja.

Selamat mencuba :-)

Saturday, April 7, 2012

Petua - Awet Muda

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....


Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun usia telah meningkat dewasa, amalkan makan ulam kampung. Ia banyak memberikan khasiat yang diperlukan oleh tubuh.