Kredit kepada: Yahoo Health
Gambar ihsan: Yahoo Health
Assalamualaikum......
Membantu anda untuk mengurangkan stres
Lebih separuh daripada kandungan badan adalah air. Kata Beth Reardon, Pengarah di bahagian nutrisi di Duke Integrative Medicine, sebahagian daripada Duke University Health System, "Pengurangan air sebanyak 2 peratus menerusi proses penghidratan boleh memberikan impak ke atas paras tenaga dan fungsi kognitif badan. "
Memanglah air tidak menghilangkan stres tetapi ia membantu memberikan kembali tenaga, mengurangkan tekanan, memperlahankan pernafasan dan mengurangkan ketegangan pada jantung.
Lapan gelas air sehari adalah jumlah yang disyorkan tetapi jumlah pengambilan air yang tepat bagi seseorang adalah bergantung pada faktor seperti umur, tahap aktiviti, tahap kesihatan, jenis-jenis ubat yang diambil serta cuaca persekitaran anda. Untuk mengetahui sama ada anda cukup air, perhatikan warna urin anda selepas dibuang.
Anda boleh mengurangkan berat
Dalam satu kajian dijalankan ke atas orang dewasa berusia antara 55 hingga 75 tahun pada 2010 mendapati meminum sebanyak dua gelas air (segelas = 8 auns) sebelum makan berkait rapat dengan kehilangan hampir 4 paun berat dalam masa 12 minggu berbanding sekumpulan yang mengambil diet serupa tetapi tidak minum air sebelum makan. Peserta meminum 1.5 gelas air sebelum kajian.
Pengkaji di Virgina Tech pula berkata air 'memenuhi', yang memberikan anda rasa kenyang dan mengurangkan selera makan. Kajian awal mendapati mereka-mereka yang minum air dahulu sebelum makan akan mengambil 7% kurang kalori per hidangan. Saintis di Virginia Tech percaya peminum air akan menukar minuman ini untuk soda dan minuman kalori lain. Apabila anda terhidrat sepenuhnya, badan akan bekerja hampir kepada keupayaan maksimum yang membawa kepada peningkatan aspek penghadaman, penurunan berat serta fungsi oto apabila anda bersenam.
Anda akan sukar jatuh sakit
Penghidratan mengawal mukus membran, bertindak sebagai sistem pertahanan semulajadi yang menghalang daripada kuman seperti selsema dan virus flu. Apabila tisu ini kering, kuman dengan mudah dapat memasuki nasopharynx, bahagian saluran hidung dan mulut bertemu. Apabila dijangkiti kuman di mana-mana, tahap sakit adalah lebih rendah jika minum banyak air. Apabila dalam perjalanan, membawa air adalah langkah yang bijak. Kebanyakan pesawat komersial terbang pada paras antara 30,000 dan 35,000 kaki , di mana kadar kelembapan udara adalah 10% atau kurang. Maknanya, anda menyedut udara dalam kawasan tertutup yang dipenuhi kuman daripadad ramai orang dalam pesawat. Air membantu memastikan membran mukus kekal lembap dan pertahanan tubuh adalah kuat, walaupun dalam situasi mencabar.
Anda akan lebih selesa
Meminum air membantu anda lebih hangat ketika cuaca sejuk dan selesa ketika cuaca panas. "Termostat dalaman anda bekerja lebih baik ketika badan terhidrat sepenuhnya. Air membantu mengawal suhu badan." kata Beth Reardon. Sistem pengawalan suhu badan dikawal oleh hipotalamus dalam otak yang berterusan mengumpul data yang membantunya membuat perubahan bagi mengekalkan suhu.
Proses perpeluhan adalah bagi mengawal suhu badan. Jika tidak memakai topi ketika musim salji, hipotalamus dalam otak mengetahui anda membebaskan haba melalui kepala dan bekerja lebih keras untuk menghasilkan lebih tenaga seperti menggigil. Namun mekanisma ini kurang bekerja jika anda ternyahhidrat. Penyahhidratan adalah risiko biasa dihadapi semua lapisan umur, sama ada ketika musim sejuk atau panas. Ketika musim sejuk, anda kehilangan wap air menerusi pernafasan. Kebanyakan orang akan kurang minum air ketika ini kerana mereka merasakan tidak memerlukannya seperti ketika cuaca panas.
Membantu mengawal tekanan darah
Pada 2010, Pertubuhan Palang Merah mendapati ketika penderma darah diberikan 16 auns air untuk diminum sebelum menderma darah, terdapat penurunan 20% peluang pengsan selepas prosedur. Penemuan ini penting bagi mereka, menyebabkan kebanyakan yang pengsan merasakan menderma darah adalah pengalaman buruk buat mereka dan tidak mahu kembali lagi.
Tidak diketahui dengan jelas apakah mekanisma yang menyebabkannya, namun pihak Palang Merah mendapat ilham mengendalikan kajian selepas penyelidik di Universiti Vanderbilt mendapati meminum air mengaktifkan sistem saraf parasympathetic yang berkait dengan sistem "fight or flight" yang menjadikan anda lebih berwaspada, meningkatkan tekanan darah buat seketika, dan merangsang tenaga. Pengsan selepas menderma darah selalunya dikaitkan dengan penurunan tekanan darah. Pihak Palang Merah mengeluarkan teori bahawa air boleh melawan kesan berkenaan.