MY FOLLOWERS

Wednesday, November 30, 2011

Artikel - Persoalan Mengenai Jamak Akibat Kesuntukan Masa

Kredit kepada: email
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum......


Apabila ingin melakukan perjalanan jauh melebihi 2 marhalah, antara perkara yang perlu difikirkan oleh orang Islam ialah bagaimana mengerjakan solat. Lokasi masjid atau surau antara yang dicari. Bukan setakat untuk menunaikan ibadah solat secara jamak, tetapi juga sebagai perhentian untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan. Pun begitu, jika tidak melakukan sebarang perjalanan atau ada sebab-sebab lain, bagaimana pula penyelesaiannya? Apa penjelasan hadis dan hukum mengenainya?

Petikan soal jawab ini diterima oleh penulis menerusi email yang dikirimkan sedikit masa lalu. Sumber rujukan juga disertakan.


Jamak Kesuntukan Masa

Soalan: Boleh seseorang yang amat tertekan dengan kesuntukan masa, seperti peperiksaan menjamakkan solatnya?

Jawapan:
Supaya tidak terkeliru, terlebih dahulu diterangkan maksud jamak. Iaitu menghimpunkan dua solat pada satu waktu. Solat-solat yang diizinkan syarak untuk dihimpunkan itu ialah, Zohor bersama Asr dan Maghrib bersama Isyak.

Adapun qasar bermaksud meringkaskan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat. Qasar diizinkan untuk mereka yang bermusafir. Keizinan jamak lebih luas daripada keizinan qasar.

Di mana seseorang boleh menjamakkan solatnya sekalipun dia tidak bermusafir disebabkan keadaan-keadaan tertentu, tetapi dia tidak boleh menqasarkannya. Ertinya dalam keadaan tertentu dia boleh menunaikan solat Asr dalam waktu Zohor iaitu selepas ditunaikan empat rakaat Zohor, dia menunaikan pula empat rakaat Asar.


Demikian juga dia boleh melakukannya pada waktu Asar, dengan cara melewatkan Zohor. Begitu juga Maghrib dan Isyak. Dalam hadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya:

“Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”.

Dalam riwayat Muslim yang lain, lafaznya:

“Rasulullah s.a.w solat Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak secara jamak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana hujan”.

Hadith-hadith yang seumpama ini memberi kesimpulan kepada para fuqaha (ulama fekah) bahawa solat jamak boleh dilakukan disebabkan keuzuran-keuzuran tertentu, seperti sakit yang menyusahkannya, atau hujan bagi mereka bersolat jamaah di masjid, kesempitan waktu dan seumpamanya.

Hal-hal ini seperti mereka yang sakit yang menyukarkannya berwuduk atau bergerak maka bolehlah dia menjamakkan solatnya. Mereka yang terlibat dalam urusan-urusan yang tidak dapat ditinggalkan seperti pembedahan, menjaga lalu lintas, mengendalikan urusan yang bahaya, atau peralatan yang bahaya, terlibat dengan peperiksaan yang telah ditetapkan. Demikian juga bagi wanita yang bermusafir dengan bas awam yang menyusahkannya bersolat di tengah perjalanan, maka dia boleh menjamakkan solat sejak di rumahnya, tanpa qasar.

Begitulah juga dengan semua keadaan yang menyukarkan seseorang. Namun hendaklah dia mengutamakan menunaikan solat berdasarkan waktunya terlebih dahulu, jika menyukarkan maka ketika itu diizin.

Kitab-kitab fekah penuh memuatkan masalah ini, terutamanya dalam mazhab al-Imam Ahmad bin Hanbal. Antara Ibn Taimiyyah dalam al-Fatawa al-Kubra (2/348, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut ) dan kitab-kitab lain. Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebut perkara ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut ).


Artikel - Perbezaan Antara Ninja Dengan Professor :-D

Kredit kepada: email
Gambar ihsan: email


Assalamualaikum....

Betulkah??


Kalau ditanya kepada saya, mungkin ada betulnya. Kata anda??

Monday, November 28, 2011

Seni & Kreativiti - Binaan Daripada Pasir II

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg


Assalamualaikum....

Dalam paparan sebelum ini, telah saya siarkan binaan yang menarik. Kali ini saya paparkan pula binaan daripada pasir yang kelihatan lebih rumit dan mencabar. Mungkin ada sebahagiannya kelihatan tidak masuk akal, tetapi terpulanglah kepada pembaca untuk menilainya.







Sumber

Ukiran daripada pasir terdahulu: Binaan Daripada Pasir I

Artikel - Pakwe Yang Sengal!! :-D

Kredit kepada: Yahoo
Gambar ihsan: Yahoo


Assalamualaikum....

Bagi mereka yang mempunyai pasangan, tidak kiralah suami isteri, tunang mahupun yang masih bercinta, jika berlaku keadaan seperti ini, bagaimanakah reaksi anda??


Memalukan? Sengal? Hahahaha....  :-D

Sekadar Luahan - Dah Dapat Hadiah Main Teka-teki... Terima Kasih :-)

Kredit kepada: Emy Zulaiha
Gambar ihsan: Emy Zulaiha


Assalamualaikum....

Pada asalnya saya bermain teka-teki ini sekadar untuk suka-suka, namun apabila ada hadiah ditawarkan, rasanya tidak salah untuk saya mencuba. Lagipun, saya belum pernah mendapat sebarang hadiah daripada blogger lain sepanjang bergiat sebagai blogger. Bukanlah untuk mendapat hadiah sebagai matlamat utama tetapi untuk mengetahui jawapan yang betul dan sebagai latihan untuk minda.

Tuan pemberi teka-teki



Jawapan yang saya beri dikira betul berdasarkan kira-kira dan keterangan logik. 

Meskipun, hadiah bukanlah bernilai ratusan ringgit namun sudah cukup sebagai penghargaan kepada usaha menjawab teka-teki yang diberikan. Tidak perlu dikritik kerana kelewatan penghantaran, boleh jadi ia bukan kesalahan si penghantar.

Justeru di kesempatan ini, ingin saya rakamkan ucapan terima kasih kepada blogger Emy Zulaiha di atas hadiah yang disampaikan. Hadiah yang dikirimkan sudah selamat sampai di tangan saya.

Sunday, November 27, 2011

Artikel - Nabi Mengharamkan Cabut Bulu Di Muka Untuk Cantik

Kredit kepada: FB (Nurul Amir)
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....


KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah.

Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali. Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik. Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini.

Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah. Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan. 

Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening. Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah saw. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya. Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu." 

Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda: "Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. "

Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik. Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik. 

Mengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah. Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut. Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut. Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.

Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri. Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua.

Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah. 

Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.


Paranormal - Mencuri??

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

Penulis menyampaikan kembali apa yang telah disampaikan dahulu. Harap maklum.


Kisah ini dikatakan sudah lama. Orang bunian kata perkampungan mereka selalunya berdekatan dengan penempatan manusia, selalunya dengan mereka yang beragama Islam. Ada satu kes, pakaian orang-orang kampung sepeti kain, baju dan selimut di satu kampung di Benut, Johor dikatakan hilang akibat dicuri oleh orang bunian. Bila orang-orang kampung mendapat tahu, mereka menjadi marah sebab banyak pakaian mereka yang hilang dan hanya mendapatnya kembali selepas sebulan. Kain, baju dan selimut yang dipulangkan itu sudah menjadi terlalu busuk baunya dan baunya dikatakan masih tidak hilang sekalipun telah dicuci berulang kali.

Artikel - Uji Prestasi Blog Anda Menggunakan Pingdom

Kredit kepada: HH
Gambar ihsan: Dashboard


Assalamualaikum....

Saya telah mencuba menguji gred prestasi blog saya menggunakan tool yang telah dicadangkan oleh blogger Hasrul Hassan di blognya. Anda boleh baca mengenainya DI SINI atau terus sahaja ke halaman Pingdom yang menyediakan kemudahan ini. Bagi saya, Pingdom lebih mudah berbanding yang satu lagi. Di bawah ini saya paparkan keputusan ujian selepas menggunakan Pingdom.



Terima kasih kepada blogger Hasrul Hassan atas cadangan yang diberikan.

Friday, November 25, 2011

Artikel - Kisah Umar Abdul Aziz: Kerana Rambut, Solat Terabai

Kredit kepada: Facebook (Nurul Amir)
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.....


Khalifah Umar Bin Abdul Aziz (rahimahullah) terkenal dengan personalitinya yang kemas, kacak dan bergaya terutamanya ketika di usia remaja. Beliau dihantar oleh ayahnya, Abdul Aziz untuk menuntut ilmu agama dengan seorang ulama’ di Madinah yang bernama Soleh Bin Kisan. Kepada ulama’ ini ayahnya amanahkan supaya menjaga anaknya dengan penuh perhatian.

Semasa Umar dalam proses menuntut ilmu itu beliau menyimpan rambut yang panjang. Beliau selalu menyikat rambutnya dengan rapi dan memang beliau seorang jejaka yang bergaya. Namun, rambut beliau yang panjang itu menyebabkannya mengambil masa yang lama untuk mempersiap diri untuk ke mana-mana. Ini menjejaskan pergerakan beliau termasuklah untuk menghadiri kelas pengajiannya dan beliau sering lewat sampai ke majlis ilmu.

Pada suatu hari, Umar terlewat menghadiri solat berjamaah dan kelewatannya ini disedari oleh gurunya Soleh. Lantas Soleh segera memanggil beliau untuk bertanya kenapa beliau lambat untuk solat jamaah.

"Mengapa kamu lambat wahai Umar?" tanya Soleh dengan nada yang keras dan tegas.

"Maafkan saya sheikh, saya terlewat kerana terlalu asyik menyikat rambut supaya kelihatan kemas." jawab Umar jujur dalam keadaan kepalanya tertunduk. Soleh berang mendengar jawapan Umar. Dia seraya berkata: "Bukankah berkali-kali aku pesan supaya rambutmu itu tidak menyebabkan kamu melengah-lengahkan solat?". Umar diam seribu bahasa.

Atas dasar amanah yang dipertanggungjawabkan, kesilapan Umar itu terus dilaporkan oleh Soleh kepada ayahnya, Abdul Aziz. Setelah menerima laporan itu, Abdul Aziz dengan tegas telah mengarahkan agar rambut anaknya dipotong. Malah, Abdul Aziz telah mengarahkan agar kepala anak lelakinya itu dibotakkan supaya rambut di kepala Umar itu tidak lagi menjadi kekangan bagi Umar.

Umar sebagai remaja yang yang beriman, patuh dan taat pada arahan ayahnya itu walaupun beliau memang dikenali sebagai jejaka yang bergaya. Kerana rambut, beliau terlewat solat jamaah maka beliau sanggup korbankan rambut beliau. 

Renungilah kisah seorang yang hebat seperti Umar itu yang akhirnya menjadi Khalifah yang terkenal wara’, zuhud dan ‘alim. Pemerintahannya yang singkat lebih diingati umat Islam berbanding khalifah sebelum beliau yang lebih lama memerintah. Tidak lain dan tidak bukan kerana beliau mengutamakan Allah dan Rasul-Nya.
Dari Abdullah Bin Mughaffal (r.a) meriwayatkan:

"Rasulullah melarang kami untuk merapikan rambut dengan berlebihan (melampau), kecuali jarang-jarang" (Riwayat Tirmidzi, Daud, Nasa'ie dan Ahmad)
Kisah Umar itu diambil dari buku Kezuhudan Umar Abdul Aziz dan Kesederhanaan Nik Abdul Aziz


Pesanan NurulAmir.com™

Artikel - Penyibuk Yang Sengal !! :-D

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.....

Kisah seorang mamat yang perasan kononnya orang di sebelah bercakap dengannya :-D Hahahaha...

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ke tandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pergi yang di sebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara.

"Haa, camna sekarang?"

Aku pun bukan suka untuk berbual dengan orang yang aku tidak kenal. Entah macam mana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga.

"Ok gak ler"

Kemudian suara tu bertanya lagi, "Kau nak gi mana ni??"

Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"

Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??"

Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara orang sebelah berkata "Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!"

Wednesday, November 23, 2011

Artikel - Pengajaran Ketika Berehat di Perhentian Sungai Buloh

Kredit kepada: email
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....

Bacalah kisah di bawah sebagai renungan.


Rashid melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkan bapa mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung. Esok dia harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman dengan ibu dan bapa mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang.

Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yang dipandu oleh Rashid meluncur di jalan raya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih kurang empat jam. Rashid meluruk ke wajah Zakiah, isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu. Mungkin belum rezeki, mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Rahisd tidak memikirkan sangat soal zuriat kerana perkahinan mereka masih muda. Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja. Cadangnya setelah ekonomi mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya mata.

Hampir sejam berlau, Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahang matahari sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih nyaman.

Ketika mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiah sudah terlena. Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi perasaan mengantuk.

Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membuka mata. Dilirik wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Mahgrib. Kalau tidak diingatkan, pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan solat Maghrib.

"Dah Maghrib, bang. Berhenti sekejap."

Wajah Rashid kelihatan keruh. Membayangkan perasaan kurang senang mendengar permintaan isterinya. Zakiah sedia maklum. Suaminya bukan sembahyang sepanjang waktu. Hanya di depan kedua orang tuanya. Malahan di depan orang tuanya sendiri, Rashid tidak pernah sembahyang. Zakiah kesal dengan sikap suaminya, sudah puas dia memberikan nasihat tetapi langsung tidak mempan.

Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat. Zakiah kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Mahgrib. Selalunya Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta atau membasahkan tekak di medan selera. Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan. Rashid tidak menemui ruang untuk memarkir kereta. Dia menghentikankereta, meminta Zakiah turun.

"Abang tak turun sekali?" tanya Zakiah penuh harapan. "Kiah pergilah...abang tunggu kat sini. Tak ada parking," jawab Rashid mudah.

Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung, Rashid memejamkan mata. Tempat parking masih penuh. Dia terlelap seketika, terjaga semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta. Perjalanan diteruskan.

"Abang tidur?" tegur Zakiah.
"Ha...terlelap sekejap. Letih rasa badan ni."
"Kalau abang letih, biar Kiah bawak."
"Tak apa...kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti."

Zakiah tidak membantah. Lagipun dia sendiri terasa penat. Hujan mulai turun membasahi jalan. Rashid memperlahankan kereta. Memandu dalam keadaan jalan licin mengundang risiko. Namun malang tidak berbau. Rashid sudah berhati-hati tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan diri dan orang lain. Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh bahagian belakang keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran.

Serentak dengan itu kereta yang dipandunya melambung sebelum menghempas jalan dengan bahagian atas ke bawah. Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusaha keluar. Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidak sedarkan diri.

"Ya Allah...selamatkan kami..." bisiknya perlahan. Terasa mukanya basah, darah merah mengalir.

Orang ramai datang membantu. Mengeluarkan Zakiah terlebih dulu.

Kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal kerana kaki Rashid tersepit. "Tersepit... tak boleh tarik..."

"Kena tunggu bantuan. Kita bawa dulu yang perempuan ke hospital." Rashid berdoa dan berdoa tanpa henti agar Allah S.W.T menyelamatkan Zakiah dan dirinya.

"Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!"

Anehnya Rashid tidak merasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh dikatakan kakinya tidak terasa dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal untuk menggerakkannya.

"Tolong saya, encik..." pinta Rashid dengan nada sayu.
"Mengucap... cik...berdoa kepada Allah...cik akan selamat."
"Sabar encik...tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai."

Kata-kata memberi semangat silih berganti menusuk telinganya. Dengan keremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yang mahu membantu.

Syukur... Pandangannya tertunpu pada seorang lelaki yang memakai jubah serba putih. Berserban dan berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit sambil tangannya memegang tasbih.

"Ya Allah...selamatkanlah aku..."

Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba. Pasukan bomba dengan tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashid dari himpitan. Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunyi apabila salah seorang anggota bomba bersuara.

Kakinya tidak tersepit apa-apa. Pelik...kenapa dia tidak boleh keluar? Usaha untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada di situ kebingungan. Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidak ada apa-apa yang menghimpitnya. Rashid sendiri kebingungan.

Bencana apa yang sedang menimpanya.

"Ini bukan kerja manusia macam kita...kena panggil orang yang tahu..." terdengar sebuat pendapat. Rashid semakin gementar. Doanya tidak putus-putus. Ketika mulutnya terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia merasakan seseorang berjongkok di sebelahnya. Rashid berpaling, agak tersentak melihat lelaki berjubah tadi berada di sebelahnya.

"Tuan...tolong saya tuan..."

"Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala..." "Saya tidak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan..." "Kamu berdoa kepada siapa?"

Rashid terdiam. Aneh bunyi pertanyaan lelaki itu. Dalam keadaan cemas begitu, Rashid merasakan bukan tempatnya untuk bergurau. Apatah lagi lelaki itu kelihatan seperti orang alim.

"Sudah tentulah pada Allah."

"Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!"

Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota. Kalau tidak, sudah pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi bercakap seperti orang yang tidak berilmu."Bukankah selama ini kamu tidak pernah menyembah Allah. Kamu hanya mendirikan sembahyang di depan mentua kamu. Sedangkan di belakang mereka, kamu tidak pernah ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta pertolongan dari Allah. Kenapa kamu tidak meminta pertolongan dari mentua kamu!" Tenggorok Rashid terasa amat kering. Dia ingin bersuara, memohon ampun atas kesilapannya selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar. Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan Rashid. Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia menyesal tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka. Sedangkan kesakitan mula terasa. Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidak mampu bernafas. Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia. Tidak lama kemudian dia tidak sedarkan diri.

"Abang...bang! Abang!!" Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhi pandangan. Syukurlah isterinya selamat. Rashid memanjatkan kesyukuran di dalam hati. Akhirnya mereka mampu keluar dari bencana. "Sedapnya tidur...naik serak suara Kiah mengejutkan abang..." Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. Ya Allah! Dia masih berada di tempat rehat. "Kiah tunggu sekejap...abang nak solat Maghrib!" kata Rashid sambil terkocoh-kocoh membuka pintu kereta. Zakiah tercengang, senyuman merekah di bibirnya.

Wordless Wednesday - Smile :-)

Kredit kepada: Family
Gambar ihsan: Family



Assalamualaikum....

Artikel - Berapakah Nilai Blog Anda??

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Dashboard


Assalamualaikum....

Ingin jual blog anda? Tidak mahu blogging lagi? Sila sabar dahulu sebelum membuat keputusan sebegitu. 

Mungkin ramai yang sudah tahu mengenainya sebelum ini, tetapi saya khabarkan juga di sini, manalah tahu jika masih ada yang belum mengetahui. Di sini saya ingin cadangkan satu tool yang boleh memaparkan berapakah nilai blog anda. 

Anda hanya perlu masukkan alamat laman web atau blog di petak seperti di bawah dan klik pada butang Value untuk lihat hasilnya. Anda boleh KLIK SINI untuk ke halaman berkenaan.



Sedikit maklumat mengenai pageview turut dipaparkan.

Sekadar Luahan - Tiada Baiknya Dengki...

Kredit kepada: Nurulbadiah Lai
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....


Saya sentiasa terkilan bila ada manusia yang bersikap dengki dengan apa yang dimiliki oleh orang lain. Terfikir, apa salahnya memiliki kelebihan sedemikian dan menggunakannya sekurang-kurangnya untuk diri sendiri? Kadang-kadang terasa kasihan dan bersimpati terutama apabila membaca luahan penulis blog ini yang tidak sudah-sudah didengkikan orang.

Mungkin bagi pandangan kita dan sesetengah pihak yang menghargai kelebihan kurniaan-Nya yang terdapat pada diri orang lain, tidak timbul perasaan negatif bila berhadapan si empunya diri berkenaan.

Bagi yang berfikiran waras, pasti mengundang perasaan marah apabila berdepan dengan manusia-manusia yang bersikap hasad dengki terhadap apa yang orang lain ada. Pasti si pendengki akan dikecam dengan pelbagai kutukan dan adakalanya diserang dengan kata-kata kesat. Itulah sekurang-kurangnya.

Fikirkanlah secara positif. Allah menciptakan perasaan ini dalam diri manusia untuk digunakan sebagai pendorong atau motivasi agar sentiasa berusaha dengan cara yang baik, untuk menjadi yang terbaik dan bukan sebaliknya.

Kepada si pendengki, fikirkan. Apakah orang yang didengki itu sentiasa lebih baik daripada semua orang dalam segala hal? Daripada anda sendiri? Tidak semestinya. 

Fikirkan juga 3 perkara ini:
Apa yang anda ada lebih daripada orang yang anda dengki itu?
Apa yang anda buat untuk menjadi lebih baik daripda orang yang anda dengki itu?
Apa yang anda dapat bila anda dengki padanya? Apa hasilnya? 

Tiada hasil? Buang masa sahajalah kalau begitu...

Ingat! Sentiasa ada manusia yang lebih baik lagi. Dunia ini sentiasa berputar dan kita tidak akan sentiasa berada di atas. Akan sampai masanya nanti, kita akan merasai pula berada di bawah kerana ada orang lain akan berada di atas pada masa itu... dan seterusnya.

Tiada manusia yang sempurna di dunia ini kecuali Rasulullah s.a.w. sahaja.

Tuesday, November 22, 2011

Artikel - Hujan Itu Satu Rahmat

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.....



Hakikatnya, hujan itu satu rahmat.


"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringaT(mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf: ayat 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya. Antara lain membersihkan udara, menyuburkan tanaman dan membekalkan air ke empangan.

Bila hujan turun, rahmat turut dilimpahkan buat sekalian manusia. Oleh sebab itu, Nabi pernah berpesan bila hujan turun, doa mustajab. Jika diperhatikan di zaman sekarang ini, hujan boleh dikatakan turun setiap hari. Maknanya setiap hari ada masa untuk doa-doa menjadi mustajab. Justeru, mengapa melepaskan peluang dengan keluhan yang sia-sia di saat pintu-pintu di langit sedang terbuka? 


"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar: ayat 11) 

Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu fardhu ain juga ada mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah. Maka tidak perlulah kita persoalkan kerana Allah tahu bila untuk diturunkan hujan, kenapa perlu hujan, dan banyak mana atau selama mana untuk diturunkan hujan itu.


"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu,serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun: ayat 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Sekarang ini barulah kita tahu bahawa Allah turunkan hujan lebat itu juga bersebab. Kemudian, air hujan itu akan disimpan di dalam bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah. 


"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr: ayat 22)

Artikel - Menulis Entri: Meletakkan Video

Kredit kepada: HH, Bloggers
Gambar ihsan: Dashboard


Assalamualaikum....

Kebanyakan penulis blog meletakkan video yang terdiri daripada rakaman atau klip lagu yang diambil dari Youtube. Petua untuk meletakkan video ini pernah dikongsikan oleh Hasrul Hassan di blognya. Anda boleh KLIK SINI untuk melihat entri berkenaan.

Apa yang saya tuliskan di sini hanyalah pendapat dan kaedah saya sahaja. Maka terpulanglah kepada anda untuk menilainya. 


Saya lebih suka mengambil kod (embedded code) yang disediakan di Youtube kerana lebih memudahkan saya untuk memasukkan video dalam entri yang saya ingin paparkan. Bagi yang tidak berpengalaman atau tidak tahu, apa yang anda perlu buat ialah pergi ke halaman video yang anda ingini dan klik pada butang Share di bawah video berkenaan. Seterusnya, ruangan kod beserta butang Embed akan dipaparkan. Anda boleh lihat pada anak panah merah dalam gambar di atas.


Anda cuma perlu copy-paste kod ini (anak panah atas) ke dalam entri anda. Lihat pada saiz yang diberi secara asasnya ialah 560 (width) dan 315 (height). Jika anda merasakan saiz ini terlalu besar, anda boleh preview entri anda terlebih dahulu sebelum mengubah saiz berkenaan secara manual di ruangan entri anda. Terpulang kepada anda untuk menentukan kesesuaiannya mengikut saiz lebar ruang utama entri. Bagi saya, video lebih sesuai dipaparkan dalam saiz 450 x 350px atau 400 x 300px. 

Satu cara lagi, anda boleh terus menggunakan ruang Custom di Youtube (anak panah bawah) dan sistem akan berikan saiz yang sesuai secara automatik. Anda boleh lihat pada embedded code berkenaan, saiznya turut ditukar. Copy-paste kod ini ke dalam entri anda. 

Selamat mencuba :-)

Artikel - Menulis Entri: Meletakkan Gambar

Kredit kepada: HH, Bloggers
Gambar ihsan: Dashboard


Assalamualaikum.....

Pada pendapat saya, jika ingin meletakkan gambar-gambar dalam satu entri, sila pastikan dahulu berapakah dimensi saiz gambar tersebut. Mungkin komputer akan loading lambat jika saiznya besar, lebih-lebih lagi ketika dalam proses untuk muatnaik gambar tersebut. Jika saiznya hanya sekitar bawah 800 px, mungkin tiada masalah kepada komputer anda. 


Kebiasaannya, jika bawah 500px, proses upload gambar akan lebih cepat. Jika masih ingin meletakkan gambar bersaiz besar dalam entri, cara saya, gambar berkenaan akan saya paparkan dahulu dalam tetingkap yang saya kecilkan mengikut kehendak saya. Seterusnya saya akan Print Screen gambar berkenaan dan edit di Paint sebelum dimuatnaik ke dalam entri. Bila di dalam entri, gambar tersebut akan saya sesuaikan saiznya, kebiasaannya sebagai medium atau large.

Seperkara lagi, sebaik-baiknya letakkan sedikit trademark pada gambar yang anda sertakan sebagai membuktikan gambar tersebut adalah yang asli daripada anda. Anda boleh lihat gambar di atas sebagai contoh, atau boleh ke mana-mana entri terdahulu dalam blog ini yang saya tulis.

Artikel - Jangan Tunggu Lama-lama..... :-)

Kredit kepada: FB (Nurul Amir)
Gambar ihsan: FB (Nurul Amir)


Assalamualaikum...


Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna...
Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan.

Monday, November 21, 2011

Seni & Kreativiti - Kek Cawan Yang Pelbagai

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg


Assalamualaikum......

Biasanya, kek cawan tiada sebarang corak atau dengan sedikit corak yang biasa-biasa. Yang paling biasa pun, diletakkan sebiji ceri merah. Bagaimana kalau corak seperti ini? Satu tarikan kepada kanak-kanak. Mungkin :-)










Sumber

Kalau dijual, memang laku :-) Ada sesiapa nak beli???

Seni & Kreativiti - Gotham 1459

Kredit kepada: UnrealityMag
Gambar ihsan: UnrealityMag


Assalamualaikum.....

Dalam setiap filem mahupun animasi, Batman ditampilkan dalam suasana kehidupan zaman moden. Terfikirkah anda bagaimanakah agaknya rupa karakter dalam siri Batman jika berada di abad ke-15?





Penulis terfikir juga setelah melihatnya DI SINI. Klasik. Nampak ciri-ciri medieval. Walaubagaimana pun, hanya tiga karakter ini sahaja yang ditampilkan buat masa ini.

Artikel - Menulis Entri: Widget Hanya Memberatkan Loading Blog

Kredit kepada: HH
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum....


Saya bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh blogger Hasrul Hassan di blognya yang menyentuh mengenai bagaimana sesebuah blog itu menjadi lembab ketika proses loading. Anda boleh membacanya DI SINI.

Pada hemat saya, mungkin sesetengah orang inginkan supaya blog mereka kelihatan cantik sebagaimana dikehendaki. Adakalanya kelihatan cantik seperti taman bunga dengan penunjuk tetikus yang berkilauan, latarbelakang bergambar, diiringi muzik yang adakalanya tidak dapat di-off-kan oleh pengunjung serta beberapa lagi widget atau hiasan yang mungkin kurang diberi perhatian oleh pengunjung.

Disebabkan mengambil kira faktor-faktor sebeginilah saya mengambil keputusan hanya meletakkan widget yang perlu sahaja. Bagi saya blog tidak semestinya perlu kelihatan fancy kerana yang penting adalah kandungan yang disampaikan oleh si penulis blog berkenaan. Tidak kiralah dari manapun sumbernya, adakalanya kewujudan widget membuatkan blog kelihatan berserabut.

Perkara sebegini mengingatkan saya sewaktu membuat kerja kursus ketika di sekolah dahulu. Guru kami agak marah dengan kebanyakan pelajar yang terlalu suka menghias kulit depan dengan berbagai hiasan sedangkan markah untuk kulit hadapan hanyalah 1 markah, tidak kiralah bagaimana rupanya sekalipun. Sejak daripada itu, ramai tidak lagi membuang masa membuat kulit hadapan yang terlalu cantik.

Pengajarannya, letakkanlah hanya yang perlu di blog agar lebih memudahkan pengunjung membacanya.

Artikel - Menulis Entri

Kredit kepada: HH
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....


Saya menulis entri ini selepas membaca apa yang disampaikan di blog Hasrulhassan sebelum ini yang menyentuh mengenai menulis entri. Blog adalah satu medan buat setiap individu menulis dan menyampaikan sesuatu maklumat. Justeru ia terpulang kepada sesiapa pun untuk menyampaikan apa sahaja yang dirasakan perlu. Tidak terhad kepada hal-hal peribadi mahu pun hiburan, sebab itu juga muncul beberapa blog lain mengenai isu semasa atau pun politik. Sesiapa sahaja boleh menjadi penulis blog, daripada individu biasa sehinggalah ahli politik.

Sama ada panjang atau pendek sesuatu entri itu, bergantung kepada apa yang ingin disampaikan, tetapi perlu diingat bahawa sekiranya ditulis panjang berjela, mungkin adakalanya mengundang rasa bosan dan jemu untuk membacanya. Penyampaian yang pendek dan ringkas adalah lebih baik. Justeru, lampiran seperti foto dan video akan membantu.

Saturday, November 19, 2011

Kesihatan - Kepada Penggemar Nasi Lemak dan Teh Tarik (Bhgn 2)

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

Ini adalah sambungan artikel yang sama dari Bahagian 1.


Langkah pencegahan

a) Kawal berat badan anda. Berat badan berlebihan adalah penyebab paling penting bagi diabetes jenis 2. Mempunyai berat badan berlebihan akan meningkatkan tujuh kali ganda kemungkinan untuk menghidap diabetes jenis 2. Berbadan gemuk akan membuatkan anda 20 hingga 40 kali lebih berkemungkinan untuk menghidapi diabetes berbanding dengan berat badan yang sihat.

Mengurangkan berat badan boleh membantu sekiranya berat badan anda berada di atas paras berat badan yang sihat. Mengurangkan tujuh hingga 10 peratus daripada berat badan anda sekarang dapat menurunkan separuh kemungkinan untuk anda menghidap diabetes jenis 2.

b) Bertindak sekarang. Ketidakaktifan menggalakkan diabetes jenis 2. Bagi setiap dua jam anda duduk menonton televisyen tanpa melakukan kegiatan lain, akan meningkatkan kemungkinan untuk menghidapi diabetes sebanyak 14 peratus. Menggiatkan otot anda dengan kerap dan membuatkannya bekerja lebih keras akan meningkatkan keupayaannya untuk menggunakan insulin dan menyerap glukosa. Ini akan mengurangkan tekanan ke atas el-sel pembuat insulin anda.


c) Perbaiki cara pemakanan anda. Perubahan terhadap cara pemakanan boleh mendatangkan kesan yang besar terhadap risiko diabetes jenis 2. Pilihlah produk yang berbijirin lengkap berbanding karbohidrat yang diproses seperti nasi putih, roti putih, roti canai dan kuih-muih. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Lagi banyak warna lagi baik. Adalah penting juga untuk mengurangkan pengambilan gula yang bertapis (gula putih). Apabila minum teh tarik, minta kurangkan gula atau kurangkan minum teh tarik.

d) Makanan tambahan berkhasiat. Membekalkan pesakit diabetes dan pradiabetes dengan nutrien penting terbukti dapat memperbaiki pengawalan gula di samping mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi-komplikasi diabetes. Contoh khusus nutrien penting yang diperlukan oleh pesakit diabetes dan pradiabetes dengan jumlah ang lebih tinggi daripada yang terdapat dalam formula multivitamin dan mineral harian biasa - vanadil sulfat, kromium, biotin, vitamin B1, B6, B12, niacinamide, vitamin C, vitamin E, mangan, zink dan selenium. Asid Alfa Lipoik (ALA) juga terbukti dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes, demikian juga kepada pesakit pradiabetes. ALA digunakan lebih 30 tahun di Jerman untuk menentang kerosakan saraf termasuk retinopati (kerosakan retina) bagi mereka yang menderita diabetes (jenis 1 dan 2). Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa ALA mencegah diabetes bagi mereka yang berbadan gemuk dengan mengurangkan pengumpulan lipid dalam tisu lemak.

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat dan informasi berguna kepada semua kawan-kawan dan ahli keluarga demi memenuhi tanggungjawab sosial. Harap FORWARD kan artikel ini kepada teman-teman dan insan tersayang yang anda kasihi sebagai satu amalan kebajikan ikhlas dari anda untuk mereka semua.

Kesihatan - Kepada Penggemar Nasi Lemak dan Teh Tarik (Bhgn 1)

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

NASI lemak secara tidak rasminya sudah menjadi hidangan wajib bagi rakyat Malaysia. Tiada yang boleh mengatasi keenakan nasi putih yang wangi baunya, dimasak dengan santan kelapa dan dibungkus dalam daun pisang serta ditambah dengan sambal ikan bilis, kacang goreng, telur dan timun yang menyelerakan.

Jangan lupa segelas teh tarik, teh yang manis bersusu. Teh tarik juga secara kebetulan menjadi minuman tidak rasmi bagi rakyat Malaysia. Tetapi malangnya, mengambil nasi lemak dan teh tarik untuk sarapan pagi setiap hari bukan suatu pilihan yang baik dari segi kesihatan. Bacalah seterusnya.





Apa yang terjadi kepada nasi putih dalam badan kita?

Sebaik saja ia dimakan, nasi putih akan ditukar menjadi glukosa dan diserap dengan cepatnya ke saluran darah. Sebarang peningkatan gula darah akan memberi isyarat kepada pankreas untuk mengeluar dan melepaskan insulin. Hormon ini akan mengarahkan sel untuk mengusap glukosa.

Tanpa insulin, glukosa akan hanyut terapung-apung di sekitar aliran darah, tidak dapat memasuki sel yang memerlukannya. Diabetes akan muncul apabila badan tidak dapat mengeluarkan insulin dengan cukup atau tidak dapat menggunakannya dengan baik.

Nasi putih mengandungi apa yang dikenali sebagai Indeks Glisemik (GI) yang tinggi. Ini bermakna ia akan menyebabkan peningkatan paras gula darah dan insulin secara berlanjutan. Karbohidrat yang tidak begitu mudah dihadamkan akan menyebabkan peningkatan gula darah dan insulin yang lebih rendah serta lebih perlahan.

Oleh itu, ia memberi kurang tekanan terhadap jentera pembuat insulin dalam badan kita serta membantu mencegah diabetes jenis 2. Makanan seperti ini dikatakan mempunyai GI yang rendah. Contohnya gandum asli lengkap, beras perang, lain-lain jenis bijirin yang lengkap, dan kebanyakan kekacang.

Sel kita bergantung kepada satu gula tunggal ringkas iaitu glukosa, yang sebahagian besar diperlukan oleh sel berkenaan untuk membina tenaga. Itulah sebabnya mengapa badan kita mempunyai mekanisme yang rumit untuk memastikan paras glukosa dalam aliran darah tidak menurun terlampau rendah atau melambung naik terlampau tinggi.

Glukosa datangnya daripada pencernaan sukrosa (gula biasa) dan juga daripada karbohidrat seperti nasi, roti, ubi kentang, roti canai, dan lain-lain.


Jenis diabetes yang berlainan

Satu bentuk diabetes akan berlaku apabila sistem imun menyerang dan melumpuhkan buat selama-lamanya sel pembuat insulin dalam pankreas. Ini dikenali sebagai diabetes jenis 1 yang pada suatu ketika dulu dikenali sebagai ‘permulaan juvana’ (juvenile-onset) ataupun ‘diabetes bergantung insulin’.

Satu bentuk lagi suka berlaku dalam badan manusia, dan ia mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang menjadi penyakit diabetes sepenuhnya. Ia bermula apabila otot dan sel lain berhenti memberi tindak balas terhadap isyarat ‘buka pintu untuk glukosa’ yang diberi oleh insulin.

Badan bertindak balas dengan membuat lebih banyak lagi insulin, sebenarnya ia cuba mengasak dan memaksa gula darah ke dalam sel. Akhirnya, sel pembuat insulin menjadi lemah dan mengalami kegagalan. Ini dikenali sebagai diabetes jenis 2.

Mereka yang menghidap pradiabetes mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi daripada normal, tetapi tidak cukup tinggi untuk disahkan sebagai pesakit diabetes sepenuhnya. Penghidap pradiabetes mempunyai glukosa ketika berpuasa yang terjejas (6.1 hingga kurang daripada 7mmol/l). Pada paras ini ia mengisyaratkan wujud risiko tinggi untuk menghidapi diabetes jenis 2 dalam masa 10 tahun berikutnya.

Sama ada pra diabetes akan berkembang menjadi diabetes jenis 2 sepenuhnya, sebahagian besarnya bergantung kepada individu itu sendiri yang seharusnya mengambil perhatian terhadap berat badan dan kegiatan senaman.

Cara pemakanan bukan saja dapat mencegah pradiabetes daripada menjadi diabetes, tetapi juga dapat mengembalikan semula paras glukosa darah ke julat yang normal.


Bersambung...