MY FOLLOWERS

Monday, October 31, 2011

Seni & Kreativiti - Rekaan Konsep Transformers: Dark of the Moon

Kredit kepada:Yahoo Images
Gambar ihsan:Yahoo Images


Assalamualaikum....

Dalam artikel sebelum ini bagi segmen Seni dan Kreativiti, saya pernah memaparkan rekaan konsep bagi watak robot dalam Transformers: Revenge of The Fallen. Kali ini, saya kongsikan pula bersama anda rekaan konsep bagi robot-robot dalam Transformers: Dark of the Moon. Berbeza daripada yang terdahulu, filem kali ini mengetengahkan beberapa lagi watak baru selain mengekalkan beberapa watak lama.

Rekaan konsep ini adalah direka oleh Josh Nizzi, seorang pereka konsep secara freelance yang mendapat Aaron Archer, pengarah bahagian rekaan bagi francais filem Transformers.












Buat pengetahuan anda, rekaan yang ketengahkan di sini hanyalah sebahagian sahaja. Anda boleh KLIK SINI untuk melihat yang selebihnya.

Artikel - Laptop Apple Baru :-)

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg


Assamualaikum....


Sejak bila pulak??

Sumber

Sekadar Luahan - Ini Tipu Ke Betul??

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Dashboard


Assalamualaikum....

Komen ini sampai kepada penulis di ruangan Spam jika tidak dikenali. Ini adalah sebagaimana yang telah ditetapkan di bahagian Setting.


Tidak tahu dari mana datangnya. Penghantar komen memberikan cadangan berbentuk tawaran, cuma tidak diketahui sama ada daripada hackers atau sesiapa. Backlink juga disediakan.

Penulis tidak bercadang untuk meninjau halaman yang dinyatakan, dikhuatiri menyebabkan kesan buruk kepada blog ataupun komputer di rumah.

Bentuk penipuan juga berubah selari dengan peredaran zaman. Justeru, berhati-hatilah selalu dan jangan terlalu cepat membuat keputusan.

Friday, October 28, 2011

Artikel - Fadhilat Mengamalkan Ayat Kursi

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....

Artikel ini adalah sambungan daripada bahagian terdahulu - Sejarah Penurunan Ayat Kursi .


Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis Rasulullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi sebanyak 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Artikel - Sejarah Penurunan Ayat Kursi

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan d an kemuliaannya. . Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w.. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya.


Artikel - Cuba Ini Untuk Perbaiki Kemahiran Menaip Anda....

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Laman web keyboard


Assalamualaikum.....

Ingin perbaiki kemahiran menaip anda menggunakan papan kekunci komputer? Mungkin laman web ini mampu membantu anda. Hanya taipkan kembali ayat-ayat yang diberikan pada papan kekunci anda. 



Ayat untuk ditaip akan muncul apabila anda klik pada petak PAUSED. Lihat contoh di bawah:



Selamat berjaya!

Artikel - Ehhh.... Angry Bird Dalam Nokia 3310??

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg


Assalamualaikum...


Fuhh... best giler. tapi ada lagi ker henpon jenis ni??

Sumber

Wednesday, October 26, 2011

Monday, October 24, 2011

Artikel - Berkaitan Tidur

Kredit kepada: email
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum..

Tidur adalah kemestian bagi manusia. Memang pelik dan ganjil jika ada manusia berkata mereka tidak pernah tidur sepanjang hidupnya.  

Manusia bukannya enjin, ia perlukan rehat. Enjin pun bekerja jika ada minyak atau elektrik, itupun enjin tidak kekal lama jika digerakkan tanpa henti.


Walaupun manusia mendapat makanan dan minuman mencukupi, mereka akan penat jika bekerja tanpa rehat. Justeru, cara terbaik ialah berehat atau tidur untuk memulihkan tenaga.

Selain itu, kita hendaklah insaf pintu taubat masih terbuka. Dan, ketahuilah tidur itu adalah pelajaran bagi yang hidup merasai setengah kematian. Melalui tidur, Tuhan mengajar kita mengingati kematian.

Melalui tidur, Tuhan mengajar kita hikmah mimpi. Dan, adab tidur juga Tuhan tunjukkan kita melalui Nabi. Betapa syumulnya Islam, membimbing hal yang kecil hingga perkara yang besar.

Berwuduklah sebelum tidur kerana Allah akan memelihara roh kita di sisi-Nya. Tetapi, jika tidur tanpa wuduk, Tuhan tidak akan memandang kita dan membiarkan jin dan syaitan mengganggu kita. Itulah kita sering dibuai mimpi kosong yang tidak berfaedah.

Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat kerana ia satu cara wahyu diturunkan. Mimpi yang benar adalah mimpi diberkati Tuhan.

Tidurlah apabila rasa mengantuk. Dengan tidur, anggota tubuh akan mendapat kerehatan dan tenaga akan pulih kembali. Usahlah tidur berlebih-lebihan kerana perbuatan itu akan mengakibatkan badan menjadi letih dan lesu. Akal fikiran akan menjadi lemah.

Jangan pula tidak tidur berpanjangan kerana dengan berbuat demikian kewarasan fikiran akan hilang. Tidurlah sekadar sebagaimana disyorkan Islam, ditunjukkan oleh Nabi s.a.w iaitu tidur sebelum Zuhur.

Gunakanlah masa pada siang hari untuk menguruskan pentadbiran dunia. Tidurlah sedikit pada waktu malam dan bangun memperhambakan diri dari tengah malam hingga ke pagi. Inilah contoh tidur yang ideal dan amalan manu sia-hamba yang mencari keredaan Tuhannya.

Jauhkan diri kita daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Hindarkan diri daripada tidur terlalu lama supaya tidak dikencing syaitan. Janganlah tidur siang menjadi kemestian kerana tabiat ini akan mengeruhkan wajah dan rezeki menjadi mahal.

Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan menelentang, kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada fitnah. Berlindunglah kepada Allah, insya-Allah diri kita akan mendapat berkat.

Ingatlah masalah tidur sering dianggap remeh dalam hidup ini tetapi pada hakiktnya ia adalah jurang yang dalam yang berupaya mengakibatkan diri kita hidup tak terancang, hilang matlamat dan hilang punca.

Syaitan bersumpah dengan tiga perkara. Selagi makhluk Allah yang bernama manusia melakukannya, selagi itulah pintu kesesatan terbuka luas dan mudah bagi mereka mem perdayakannya. Tiga perkara itu ialah:
  1. keinginan untuk makan
  2. keinginan terhadap perempuan
  3. keinginan untuk tidur

Selama mana ketiga-tiga keinginan ini terus subur dalam diri manusia, selagi itulah tidak ada kegagalan untuk syaitan menyesatkan manusia.


Pautan lain berkaitan tidur: 
Tidur dan sunnah dari blog Qhazanah (blog Ustaz Zamri TV9)

Paranormal - Orang Bunian Berniaga di Pasar Malam?

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

Penulis menyampaikan kembali apa yang pernah disampaikan. Harap maklum.


Di Johor, sepasang suami isteri pergi ke satu pasar malam dan masing-masing berpecah untuk membeli makanan. Si isteri memberitahu dia sudah membeli buah betik yang besar dan cantik di gerai yang akhir sekali dengan harga hanya RM1 sebiji, beli satu dan dapat percuma sebiji lagi. Kerana melihatkan buahnya yang cantik, suaminya mengajaknya untuk membeli sebiji lagi tetapi apabila sampai di gerai yang paling hujung, peniaga di gerai tersebut memberitahu mana ada orang menjual betik di situ dan dialah gerai yang akhir sekali. Bila dibawa balik, betik tersebut memang boleh dimakan dan tiada apa-apa masalah.

Saturday, October 22, 2011

Artikel - Pye B16T, Salah Satu TV Tertua Di dunia Yang Masih Berfungsi Dengan Baik

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg



Assalamualaikum.....


Steve Farley, pemilik salah satu televisyen tertua di dunia mengatakan televisyen miliknya masih boleh berfungsi serta masih dapat ditonton jelas.

Adapun Steve membeli televisyen itu pada tahun 1946 dan masih  mampu menerima semua saluran televisyen dan terbaru menggunakan sebuah digibox.

Ahli/tukang radio dan televisyen berusia 59 tahun itu mengatakan Pye B16T hanya memerlukan modifikasi-modifikasi kecil untuk membuatnya terus menyala dan tiub TV itu masih lagi menggunakan yang asli.

"Pye merupakan cap Sony yang terkenal di zamannya. Televisyen ini merupakan model pertama yang mereka buat setelah kilang itu ditutup semasa perang. Televisyen itu merupakan salah satu televisyen tertua yang masih berfungsi," ujar Steve.

Dengan menggunakan set televisyen itu, ayah Steve (yang juga seorang tukang/ahli radio dan tv) bernama Fred menjadi orang pertama di Midlands yang menerima gambar-gambar dari alat transmisi Alexandra Palace, London di musim panas di 1946 - meskipun pemerintah mengatakan mungkin siaran itu tidak boleh diterima.

Dengan mencari cara bagaimana mendapatkan signal dari 210 km jauhnya, Fred membuat orang-orang berbaris di luar tempat membaiki televisyen miliknya untuk menyaksikan gambar-gambar melalui jendela.

"Orang-orang dulu menekan hidung mereka hingga ke kaca jendela untuk menonton tv itu - anda harus faham, saat itu, tidak ada signal tv di dataran-dataran tengah (Midlands) dan tidak ada tv di mana pun selama perang.

Ketika itu, hanya ada satu channel/saluran tv, dan itu adalah BBC, tidak ada yang lain. Sekarang ini ada begitu banyak pilihan (channel).

Untuk seorang pengumpul, set tv itu boleh bernilai sekitar £1,000, saya membayangkan, tapi saya tetap menyimpannya untuk diri saya sendiri."

Artikel - Ugut Kasi Potong :-D

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg



Assalamualaikum......


Jangan buang air merata-rata, kalau tidak ................ POTONG!! Hehehehe....

Sumber

Ugutan lain: Ugut Baling Batu

Sekadar Luahan - Bagaimana Saya Boleh Terlibat Dalam Dunia Penulisan Blog??

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....

Asalnya saya tidak mengetahui apa itu blog, malah perkataan 'blog' itu pun tak pernah saya jumpa. Saya mula terlibat dengan dunia penulisan maya ini ketika masih di universiti sekitar 2000 atau 2001. Pada waktu itu laman web universiti menyediakan ruangan forum khas untuk perbincangan antara pensyarah dan pelajar. Menarik, bukan sekadar perbincangan. Ada di antara entri lain yang dipaparkan banyak juga melibatkan perkara seperti nasihat, kisah-kisah pengajaran, lawak jenaka, memo serta iklan-iklan untuk kegiatan pelajar. Kisah-kisah pengajaran dan nasihatnya kebanyakannya masih ada lagi dalam simpanan, sekitar ratusan jumlahnya.


Saya mula terlibat secara aktif dan sebagai ahli kelab webmaster di laman berkenaan selepas diajak sendiri oleh Admin/webmaster laman berkenaan selepas satu insiden saya dihentam teruk di forum laman berkenaan kerana menegur pelajar supaya tidak menulis entri dengan perkataan-perkataan buruk dan mencadangkan cencorship dilakukan dalam penulisan. Akibatnya ruangan forum berkenaan ditutup seminggu sebagai 'denda' kepada mereka yang menghentam saya dan dilakukan sendiri oleh pihak Admin yang juga webmaster bagi laman web berkenaan.

Sekitar tahun 2009, salah seorang ahli forum menyiarkan entri berkaitan rahsia-rahsia bangsa Melayu serta sejarah berkaitannya. Saya terus ke pautan yang disediakan dan didapati ia ditulis di paparan blog holywar-efairy. blogspot.com/ (kini sudah ditutup). Selain dapat membaca artikel lengkap, features yang disediakan juga mudah dan agak user-friendly untuk digunakan. Saya kemudian bertanya serba sedikit kepada ahli forum yang lain mengenai blog dan bercadang mencubanya. Pada mulanya agak takut (apa nak takut ntaahhh...) namun segalanya baik-baik selepas itu. Dua platform blog yang saya cuba dan masih aktif menggunakannya hingga kini - blogspot dan blogdrive. Saya terus aktif bersama laman web berkenaan sehinggalah ia dinaiktaraf kepada version 7 tahun lalu.


Apa Jadi Pada Blog Saya???

Di blogdrive, saya lebih banyakkan kisah-kisah peribadi dan keluarga. Setakat hari ini, jumlah entri belum sampai 100 kerana jarang membukanya.

Di blogspot, bermacam perkara telah saya cuba. Nama pena, alamat blog, pengikut (masa tu tak tahu pun Follower tu untuk ape..) serta arkib (archives) antara features terawal yang saya letakkan. Pada awalnya, saya merancangnya hanya sebagai draf dahulu kerana belum betul-betul serius ingin menulis, namun tidak sampai seminggu sudah ada 4 atau 5 penulis blog lain menjadi pengikut. Terfikir 'ehh..takkan la nak tukar nama blog ni? jadi apa pulak nanti..' Jadi saya mula membuat keputusan untuk menulis secara serius dan tumpukan pada kandungannya. Sehingga kini, sudah lebih 400 entri ada di blog ini....

Berita - Jamban Meletop!!!

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg


Assalamualaikum.....


Seorang wanita kakitangan kerajaan di General Services Admin (GSA) di Washington mengalami detik mencemaskan apabila dikejarkan ke hospital dalam keadaan peha yang berdarah setelah tandas yang digunakan meletup ketika dia membuang air.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh paip untuk kegunaan flush mangkuk tandas berkenaan berada pada tahap tekanan yang tinggi. Tandas tersebut menggunakan sistem tankless flush di mana keseluruhan tekanan pam di paip utama dihantar terus ke lubang tandas dan tidak disimpan sebagaimana tandas yang mempunyai tangki.

Pada hari kejadian, sistem jaringan paip di bangunan GSA menghadapi masalah dengan tekanan. Tuil sistem tankless flush tersebut bertindak sebagai sumbu sebelum tandas meletup. Sebaik sahaja ditarik, dengan sedikit bukaan injap, seluruh tekanan air akan mengasak hingga berlaku letupan air beserta najis selain seramik mangkuk tandas berkenaan turut bersepai dan mencederakan peha wanita tersebut. 


Jadi, jika anda berkhidmat di pejabat komersil, sila periksa apakah jenis tangki simbah yang anda akan gunakan setiap kali di tandas. Apakah jenis ada tangki, atau tankless. Kebanyakan bangunan komersial menggunakan sistem pengairan berpusat (centralized water system) iaitu 'tankless flushing system'. 

Sumber

Wednesday, October 19, 2011

Seni & Kreativiti - Kepelbagaian Perisa Kit Kat

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg


Assalamualaikum.....

Berehat sebentar bersama-sama Kit Kat.

Have a break, have a Kit Kat.

"Relax la... Kit Kat kan ada..."

Itulah tagline yang sering kita dengar di kaca tv. Tahukah anda Kit Kat di Jepun turut dihasilkan dalam pelbagai perisa?












Jepun sentiasa kreatif dalam segala bidang.. Tabik! 

Malaysia, bila lagi??

Artikel - Jawapan Nakal Berkenaan Mahsuri

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg



Assalamualaikum.....


Ada juga yang berfikiran begini :-)

Sumber

Monday, October 17, 2011

Artikel - Seakan-akan Mempermainkan Hukum Allah....

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg


Assalamualaikum....

Baru-baru ini kedengaran lagi mengenai isu perlaksanaan hukuman hudud di dada-dada akhbar dan di internet. Semestinya banyak pihak akan kembali memberikan penjelasan, menyatakan pro dan kontra serta implikasi perlaksanaannya. Rasanya anda boleh cari dan baca sendiri ulasannya di internet dan akhbar jika ingin mengetahui apa yang dikatakan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya yang terlibat dalam arena politik negara. 

Walaubagaimanapun, di sini saya ingin sentuh atau highlight-kan lebih lagi adalah jawapan atau komen daripada sebilangan artis (yang secara peribadi saya sifatkan sebagai 'sengal') apabila ditanya mengenai perlaksanaan hukuman ini. Bagi saya, jawapan mereka sedikit sebanyak membuatkan saya rasa agak terkilan, seolah-olah mereka mempermainkan pula bentuk hukuman yang telah ditetapkan Allah s.w.t. walhal mereka sendiri juga umat Islam sebagaimana saya dan anda juga.


Baca petikan ini yang saya petik daripada sumbernya (Syok.org):

Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.


Kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud
  • Berzina – iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara’.
  • Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
  • Minum arak – minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
  • Mencuri – iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
  • Murtad – iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
  • Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
  • Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah (Daulah Islamiyah) yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Islam.

Jawapan artis:


Klik untuk lebih jelas.

Sumber

Dalam akhbar Harian Metro hari ini (7.10.2011), memetik kenyataan Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, yang juga Pengacara TV3 yang menyarankan adalah lebih baik artis tidak mengeluarkan pendapat berbentuk peribadi sebaliknya merujuk perkara ini kepada yang pakar kerana isu ini adalah sensitif. 

KLIK SINI untuk membaca selanjutnya.

Artikel - Ayuhh!! Kembalikan Tenaga Anda....

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg



Assalamualaikum......

Anda keletihan? Kehabisan tenaga? Cubalah ini....


Sumber

Friday, October 14, 2011

Artikel - Jawatan Kosong Yang Sentiasa Ada

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg


Assalamualaikum.....

Ada sesiapa mahu isi?


Syarat-syarat adalah seperti yang tertulis di atas.

Ayuh, semua! Marilah sama-sama mengisinya!!

Sumber

Berita - Logo Penghormatan Apple

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum....

Baru-baru ini heboh mengenai kematian pengasas bersama Apple, Steve Jobs kerana kanser pankreas. Dianggap sebagai seorang genius di syarikatnya kerana idea-idea produk yang dihasilkan, kehilangannya begitu dirasakan di seluruh dunia. 


Pun begitu, sewaktu Steve Jobs meletak jawatan sekitar Ogos lalu, seorang penuntut rekaan grafik di Hong Kong telah mencipta sebuah logo Apple sebagai menghargai usaha beliau. Jonathan Mak Long, penuntut berusia 19 tahun itu mengubah bahagian gigitan kepada wajah Steve dan memaparkannya di laman Tumblr miliknya.

Anda boleh KLIK SINI untuk membaca berita selanjutnya.

Sekadar Luahan - Kita Selalu Minta Maaf Pada Perkara Yang Salah... Betulkah??

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....

Buat salah, kenalah minta maaf. Minta maaf yang macam mana?


Terlebih dahulu lihat contoh ini:

Seorang abang menegur seorang adik iparnya yang perempuan bahawa tidur di rumah kekasihnya adalah salah dan berdosa meskipun ibu bapa kekasihnya ada bersama di rumah berkenaan sehinggakan si adik ipar berkecil hati. Si abang menegurnya kerana perbuatan itu salah di sisi agama disebabkan mereka belum berkahwin dan dikhuatiri keluarga berkenaan turut menanggung dosa akibat bersubahat, dan kerana tidak mahu kesalahan yang sama berulang ke atas adik iparnya pula sebagaimana pernah berlaku ketika dia dan isterinya sama-sama masih bujang dahulu. 

Si abang telah menyedari ketegasan dalam melaksanakan tuntutan agama adalah perlu bagi mengelakkan diri daripada berterusan terjerumus dalam dosa. Si adik ipar ini amat susah mendengar nasihat terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek agama.

Jika si abang ini membocorkan rahsia adik ipar ini kepada abang iparnya, pasti akan dimarahi lebih teruk. Tambahan, ini sudah berlaku beberapa kali. Sebelum ini pun, dia pernah dimarahi sehingga dia lari dalam bilik dan menangis. Kononnya merajuk! Lagi teruk, bila dapat tahu yang abang iparnya yang membocorkan rahsia sebelum ini sehingga dia dimarah teruk.

Isteri si abang ini selaku kakaknya pula seakan membelanya dengan mengatakan itu kebiasaan orang bercinta di zaman kini dan membuatkan si suaminya berang sehingga tidak mahu meminta maaf kepada adik iparnya atas apa yang berlaku. 


Persoalan saya:
  1. Mengapa mesti ikut peredaran zaman dalam soal dosa pahala ini sedangkan sudah jelas segala hukum-hakamnya? Zaman dan masa sentiasa berlalu tetapi hukum-hakam tetap sama. Bukankah begitu?
  2. Jika si adik ipar sudah mengetahui hukum-hakamnya, mengapa masih ingin ikut juga orang lain yang berbuat demikian sebagaimana kebiasaan?
  3. Siapa perlu minta maaf dalam hal ini? Si abang kepada adik ipar kerana membuatkannya kecil hati? Atau adik ipar kerana tidak mendengar nasihat?
  4. Perlukah si abang ipar mendapatkan pandangan kekasih si adik iparnya untuk sama-sama dapatkan jalan penyelesaian lain?
  5. Apa pandangan anda?

P/s: Perlukan pandangan banyak pihak..

Wednesday, October 12, 2011

Artikel - Keindahan Alam Semulajadi NATGEO

Kredit kepada: Yahoo News, NATGEO
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....

Foto-foto yang disiarkan adalah dari seluruh dunia. Foto mata buaya dalam salah satu foto di bawah diambil di Aquaria KLCC.










Jika anda ingin membacakan kisah selebihnya, klik pada pautan sumber yang disediakan.