MY FOLLOWERS

Sunday, August 28, 2011

Artikel - Aurat Wanita Dari Sudut Al-Quran dan Hadis

Kredit kepada: Eyna Ibrahim
Gambar ihsan: Yahoo Images, awekcomel.net


Assalamualaikum...


1. Bulu kening
Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” (Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki (tumit kaki)
”Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)

Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
”Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
”Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)


5. Gigi
’Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani)

-”Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
”Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
”Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.” (An Nur : 31).

-Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
”Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al-Ahzab: 32).

-Sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
”Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. “(An Nur : 31).

-”Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar).

-”Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
”Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).

”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab : 59).

12. Rambut
”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Sumber: Facebook

Sekadar Luahan - Tulislah Fakta dan Rujukan Yang Sahih!

Kredit kepada: Blog Redzuan-Ridz
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....


Puasa bulan Ramadhan 2011 baru sahaja bermula. Jadi, banyaklah artikel ditulis di kebanyakan blog sebagai peringatan dan renungan buat semua yang beragama Islam agar menjaga kemurnian dan kesucian bulan ini. Saya agak tertarik dengan peringatan yang ditulis di blog Redzuan-Ridz berkenaan hadis-hadis palsu mengenai kelebihan solat tarawih yang dipaparkan. Artikel mengenai kelebihan tarawih ini dan beberapa lagi yang seumpamanya sudah begitu lama disiarkan di laman maya, namun belum lagi ada sesiapa mengupas mengenai kesahihan hadis berkenaan. Samalah juga kesnya dengan artikel dosa meninggalkan solat 5 waktu, tiada pun dinyatakan siapa periwayatnya. Tambahan lagi, hadis berkenaan tidak dinyatakan siapa periwayatnya setiap kali disampaikan.

Jadi sekalipun ia benar, masih timbul perasaan ragu penulis berkenaan hal ini. Jadi untuk mengelakkan lebih banyak kesalahan kerana menyebarkan maklumat yang salah, penulis telah memadamkan entri yang sebelum ini dipaparkan berkaitan hal berkenaan.

Untuk maklumat yang lebih sahih, dinasihatkan kepada semua yang menulis perkara-perkara yang berkaitan fakta, hadis dan ayat-ayat al-Quran agar menulis sumber rujukannya.

Friday, August 26, 2011

Artikel - Sanggahan Allah s.w.t. Terhadap Orang-orang Kafir Mengenai Sifat-Nya

Kredit kepada: Eyna Ibrahim, Quran.com
Gambar ihsan: Quran.com


Assalamualaikum.....

Dalam Islam, kita mempelajari bahawasanya Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa dalam segala-galanya. Namun, terdapat juga orang kafir yang sentiasa tidak mahu mempercayai dan meyakini ajaran ini yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w, bahkan mereka mempersoalkan pula sifat-sifat Allah serta kekuasaanNya. Lebih buruk lagi, mereka megambil pendirian secara bathil menganggap Allah itu mempunyai anak dan sekutu sepertimana manusia. 

Allah itu Maha Mengetahui. Justeru, hal ini disanggah dalam al-Quran menerusi surah al-Mukminun ayat 84 hingga 89.

Katakanlah: "Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui?" (84)


 Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak ingat?" (85)


Katakanlah: "Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya 'Arsy yang besar?" (86)



 Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak bertakwa?" (87)


 Katakanlah: "Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab)-Nya, jika kamu mengetahui?" (88)


Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kamu ditipu?" (89)


Berkenaan dengan sifat Allah yang tidak mempunyai anak dan sekutu, hal ini turut disentuh dalam surah al-Ikhlas. Surah ini menegaskan mengenai kemurnian keEsaan Allah s.w.t serta menolak segala macam kemusyrikan dan menerangkan bahwa tidak ada sesuatu yang menyamai-Nya. 


Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. (1)


 Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. (2)


 Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, (3)


 Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia." (4)


Sumber: Facebook

Rujukan lain: Terjemahan al-Quran dari al-Quran digital

Wallahualam...

Sekadar Luahan - Ada Jugak Macam Nieee?? :-D

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum...

Sekadar berkongsi bersama anda apa yang saya temui ketika mencari gambar di enjin carian. Tidak disangka, ada juga contoh sebegini.


Bukanlah sesuatu yang teruk pun :-) 

Namun saya terfikir sekiranya ada contoh lain boleh diberikan kepada generasi yang baru mengenal huruf, itu lebih baik. Terpulang kepada tenaga pengajar untuk menentukannya.

Seni & Kreativiti - Sayuran Yang Santai :-)

Kredit kepada: Syok
Gambar ihsan: Syok



Assalamualaikum....

Bermacam-macam cara digunakan untuk mempersembahkan idea. Kalau sebelum ini, giliran pasir, kopi, telur dan buah tembikai tampil kreatif, kali ini giliran sayur pula.






Seronoknya :-)

Wednesday, August 24, 2011

Artikel - Kisah Debat Antara Si Paderi dan Gembala Kambing

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg



Assalamualaikum..

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam. 


Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu. 

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. 

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. 

Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul! 

Cendekiawan menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini. 

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. 

Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam di tangan. Betul... 

Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita... 

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)" 

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam."

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing |menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba |mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi." 

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya" 

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita... 

"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia." 

"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..." 

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun Islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela..


Sumber

Wordless Wednesday - Henshin!! :-D

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....





*Tiinnggg!* (tali pinggang tiba-tiba muncul)

Hehehehe... :-D

Tuesday, August 23, 2011

Artikel - Sifat Takut Kepada Allah

Kredit kepada: Musafir Hina (Facebook)
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....



Abu Al-Laits rhm pernah berkata “Sifat takut kepada Allah SWT terbukti dengan 7 perkara:
  1. Menjaga lidah daripada dusta, mengumpat dan berbicara yang sia-sia dan haram. Lalu digunakan untuk berzikir kepada Allah s.w.t., membaca Al-Quran dan mempelajari ilmu.
  2. Menjaga perut dengan cara tidak makan kecuali yang halal dan sekadar hajat sahaja. (Yakin tidak berlebihan).
  3. Menjaga penglihatan, dengan cara tidak melihat yang haram dan tidak lihat dunia ini kecuali sekadar untuk peringatan.
  4. Menjaga tangan daripada maksiat dan menggunakannya untuk taat kepada Allah s.w.t. semata-mata.
  5. Menjaga kaki daripada maksiat dan daripada melangkah ke tempat yang tidak diredhai Allah s.w.t..
  6. Menjaga hati dengan cara membersihkannya daripada perasaan hasad dengki, iri hati dan sebagainya, kemudian diisi perasaan dengan kasih sayang kepada sesama muslim. 
  7. Menjaga amalan taatnya, supaya ia benar-benar tulus ikhlas kepada Allah s.w.t. dan selamat daripada riya’ dan nifaq.

Rujukan:
Syarah Al-Hikam, Jilid 2, m/s : 218.

Sumber: Facebook

Wallahualam...

Artikel - Oooppss!! :-D

Kredit kepada: OhBelog
Gambar ihsan: OhBelog


Assalamualaikum..

Hahahaha... lawak pun ada, kesian pun ada  :-D









KLIK SINI untuk selebihnya.

Sunday, August 21, 2011

Paranormal - Kewujudan Jin Dan Dalilnya Dalam Al-Quran

Kredit kepada: Sinar Zamdurrani, Quran.com
Gambar ihsan: Quran.com



Assalamualaikum...

Rasanya sudah agak lama saya tidak menulis di segmen Paranormal ini. Bukan kerana tiada bahan untuk dipaparkan, tetapi kerana terdapat beberapa bahan yang perlu disusun dahulu sebaiknya sebelum dipaparkan.

Perkataan Jin adalah satu nama jenis. Dalam Bahasa Inggeris ia disebut Ginie - perkataan tunggalnya Jinny yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup dan yang gelap pekat.

Asal-usul kejadian jin ini ada diceritakan dalam al-Quran:


"Dan diciptakan jin dari nyalaan api."
(Surah Ar-Rahman: ayat 15)

Diterangkan, perkataan 'al-maarij' bermaksud api yang sangat kuat dan sangat panas atau 'al-lahab' bermaksud jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu yang berwarna merah, hitam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat pula menyatakan 'al-maarij' itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan 'as-samuun' iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).



"Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas."
(Surah al-Hajar: ayat 27)

 

Allah bertanya; "Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku menyuruh kamu?" Lalu iblis berkata: "Aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah."
(Surah al-A'raf: ayat 12)


Kewujudan jin, syaitan dan seluruh alam ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar bukanlah satu bentuk kisah dongeng atau kisah-kisah purba zaman dahulu. Sebagai umat Islam, adalah wajib kita mempercayai akan kewujudannya. Bahkan seluruh isi alam ini adalah hasil ciptaan Allah s.w.t. Yang Maha Berkuasa. Sebagaimana firman Allah:


"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya(; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. "
(Surah al-Baqarah: ayat 2)

Antara dalilnya dalam al-Quran berkaitan jin.


"Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran."
(Surah al-Ah Qaf: ayat 29)


"Wahai sekalian jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu)."
(Surah al-An'am: ayat 130)


Tidak dapat dilihat bukanlah bermakna sesuatu itu tidak wujud

Allah berkuasa menjadikan pelbagai ciptaan di alam ini, ada yang boleh dilihat dengan mata kasar dan ada pula yang tidak boleh dilihat. Justeru, pancaindera yang lain boleh digunakan untuk mengetahui perihal kewujudannya. Contohnya angin. Ia tidak dapat dilihat tetapi boleh dirasai tiupannya apabila ke pantai. Begitu juga dengan bau-bauan atau elektrik yang kita gunakan setiap hari. Kita tidak dapat melihatnya, tetapi dapat mengetahui kewujudannya melalui bukti dan penggunaan peralatan yang berkaitan dengannya.

Wallahualam...

Dipetik daripada: Sinar Zamdurrani

Terjemahan ayat-ayat al-Quran di atas dipetik dari Quran.com berserta terjemahan Bahasa Inggerisnya bagi memudahkan pembaca memahaminya.

Kesihatan - Toksin Dalam Badan

Kredit kepada: Eyna Ibrahim
Gambar ihsan: Eyna Ibrahim



Assalamualaikum..

Toksin ialah bahan kimia yang boleh muncul secara natural atau sintetik. Ia boleh membahayakan tubuh secara dalaman atau luaran. Terdapat dua jenis toksin – endotoksin dan eksotoksin.

Endotoksin atau toksin dalaman dihasilkan oleh badan akibat makanan yang kurang berkhasiat melalui proses metabolisme.

Eksotoksin atau toksin luaran terdiri dari bahan kimia atau mikrobial. Toksin ini memasuki badan melalui makanan tercemar, air dan udara. Toksin juga boleh terhasil dari kewujudan bakteria dan yis merbahaya.

Badan secara semulajadi menyingkirkan toksin melalui organ buah pinggang, hati, kolon, kulit dan paru-paru.


Antara masalah kesihatan yang akan timbul akibat daripada pengumpulan toksin ialah:
  1. Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah 
  2. Sembelit atau cirit-birit yang kerap 
  3. Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya. 
  4. Kuku dan rambut yang rapuh 
  5. Badan dan nafas berbau 
  6. Sering sakit kepala,migrain
  7. Sakit leher, bahu, sendi dan otot 
  8. Peredaran darah yang lemah – tangan atau kaki sejuk 
  9. Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid 
  10. Berat badan dan pembendungan air dalam badan (water retention)
  11. Masalah penghadaman , kesenakan dan kerap merasa loya
  12. Peningkatan tekanan darah 
  13. Kurang tenaga syahwat

Animasi - Jika Filem Harry Potter Menjadi Animasi... ?

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg



Assalamualaikum....


Terfikirkah anda bagaimanakah rupa setiap karakter dari filem Harry Potter jika filemnya dihasilkan dalam bentuk animasi? Tidak pasti sama ada ia kini sudah dihasilkan dalam bentuk animasi, poster di atas memberikan gambaran wajah setiap karakternya.


Friday, August 19, 2011

Artikel - Peringatan Rasulullah Agar Jangan Pukul Muka!

Kredit kepada: SyokOrg, Solihin Zubir
Gambar ihsan: Yahoo Images, Youtube


Assalamualaikum...

Jangan sesekali pukul muka!

Dusshh!! (Uuugghhhh.. !!)

Di kalangan kita ramai yang pernah mempelajari seni mempertahankan diri sekali pun tidak pernah terlibat dalam sebarang insiden pergaduhan. Namun dalam kehidupan seharian kita tidak boleh lari daripada berhadapan hakikat yang adakalanya menyebabkan kita bertindak memukul kepala terutama sekali bahagian muka pihak yang satu lagi. Bagi yang belajar apa-apa seni mempertahankan diri, pastinya lebih jelas berkenaan mengapa ia satu tindakan yang tidak digalakkan. Secara fizikal, pukulan di muka akan menyebabkan pening, patah rahang, retak tulang muka, patah gigi, patah hidung dan sebagainya. Dalam kes terbaru, seorang pelajar koma selama dua bulan selepas insiden dibelasah pelajar senior di bahagian belakang kepala dan leher (Anda boleh baca di blog BOM321 untuk artikel selanjutnya). 

Di sini saya petik artikel ringkas dari blog Syok dan Solihin Zubir (artikel yang sama) berkenaan tegahan Rasulullah dalam hal ini. Hukum memukul muka adalah haram tidak kiralah untuk apa-apa tujuan pun sama ada dalam hudud, takzir, mendenda anak, denda anak murid atau seumpamanya.

Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara'), hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Kata Imam Nawawi, ini adalah satu tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana:
  1. Muka ada anggota lembut yang menghimpunkan segala kebaikan.
  2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai.
  3. Anggota yang ada padanya adalah anggota pancaindera seperti mata.
  4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini, mengurangkannya, menghodohkannya atau mencacatkannya.
  5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.

Imam Ibnu Hajar asqalani berkata: "Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."

Imam Sun'ani berkata (pengarang kitab subulus salam): "Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan sama ada untuk mendidik atau sebagainya."

Hehok hie.. hatah hihi haya (Tengok nie, patah gigi saya) - Youtube

Kesimpulan

Oleh itu hendaklah kita menjauhi memukul muka sama ada kepada isteri, anak, pelajar, orang bawahan atau pun yang lain. Mungkin sebab anak-anak atau anak murid semakin nakal dan susah hendak menghafal kerana tindakan memukul muka mereka.

Sumber:

Artikel - Jangan Main-main Dengan Makcik Nie :-D

Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Yahoo Shine


Assalamualaikum.....


Wanita warga emas ini ialah Sensei Keiko Fukuda. Kini tinggal di San Francisco. Ketika usianya 98 tahun, beliau telah menjadi wanita pertama memegang tali pinggang hitam peringkat ke-10 (10th dan) dalam seni mempertahankan diri Judo. Peringkat ke-10 ini ialah peringkat tertinggi dalam sukan dan seni mempertahankan diri ini.

Kini beliau adalah salah seorang daripada empat orang yang masih hidup yang mendapat pengiktirafan ini (10th dan). Dalam sejarah Judo ini, hanya seramai 16 orang yang pernah sampai ke peringkat ini. Kini beliau adalah salah seorang daripada empat orang yang masih hidup yang diberikan pengiktirafan peringkat ini (10th dan).


Wanita ini mula berlatih Judo pada 1935 dan merupakan satu-satunya pelajar yang berguru dengan pengasasnya, Kano Jiguro yang masih hidup. Atas dorongan gurunya, beliau mempelajari Bahasa Inggeris bagi memudahkannya mengembangkan Judo ke peringkat antarabangsa. Namun disebabkan terdapat edik yang menghalang wanita daripada mencapai tahap lebih tinggi daripada 5th dan, menyebabkan beliau kekal di tahap itu selama 30 tahun.


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Ketika warga kita seusia beliau duduk berehat sambil melayan cucu, beliau mengejar cita-citanya dalam arena Judo. Ada sesiapa berani?? Silakan... hehehehe

Sekadar Luahan - Kenangan Bulan Ramadhan (Bhgn 3)

Credits to: -
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

Terlalu banyak sebenarnya mahu ditulis berkenaan kenangan ketika berpuasa di zaman kanak-kanak dahulu. Kalaulah kepala saya ini dapat dibuka seperti enjin kereta atau tempurung kelapa sekurang-kurangnya, agaknya orang yang melihat segala isi kandungannya pun akan pening kepala kerana terlalu banyaknya 'bahan' yang ada. Ibarat bilik kebal untuk simpan barang-barang berharga di bank. Sekalipun anda kecilkan skop dan bertumpu hanya pada topik 'kenangan bulan puasa' sahaja pun, rasanya masih terlalu banyak untuk diselongkar dan dibentangkan di sini..Sanggup ker??


Bermain permainan video

Berbanding kawan-kawan yang lain, saya seringkali merasa agak ketinggalan untuk merasai nikmat kehidupan seperti mereka. Apa tidaknya, contohnya; ayah saya tidak belikan basikal hanya kerana peristiwa saya jatuh ke longkang di hadapan rumah. Kalau pergi mengaji, hanya basikal kawan yang saya tumpang. Bila basikal kawan ditimpa masalah, pasti saya akan dipanggil. Saya juga yang kena. Permainan video (zaman dahulu ada Sega, Micro Genius) jauh sekali. Saya tidak berpeluang merasainya, tapi adik-adik saya yang kemudian dapat pula merasa, siap ajak kawan datang bermain sekali di rumah waktu petang, selepas pulang mengaji al-Quran. Saya pula? Bermain permainan video di rumah kawan adalah penyelesaiannya. Sampaikan pernah saya ponteng kelas mengaji selama 2 minggu lebih kerana melepaskan gian bermain permainan video di rumah kawan setiap petang..

 
Sekadar mengimbas kembali, memang sejak kecil lagi pun, kehidupan saya agak terkawal. Mungkin kerana kenakalan atau kerana sikap ayah yang agak lurus dengan caranya. Itu saya tidaklah pasti. Cuba bayangkan, ketika kecil, saya sanggup bersembunyi malahan tidur di rumah kawan hanya kerana tiada televisyen di rumah. Waktu itu sekitar tahun 1980-an.


Bermain bunga api dan mercun

Di musim perayaan Aidilfitri, bermain bunga api dan mercun itu perkara biasa. Membeli mercun jauh sekali, cuma berpeluang bermain mercun bila ada kawan-kawan atau jiran yang menghulur. Cuma sekali, ayah membawa pulang mercun tembak (yang mengeluar berbagai warna bila ditembak ke langit) yang diberikan oleh saudara di Selangor. Tidaklah merasa seronok sangat, biasa sahaja.


Bila sudah teringin sangat bermain mercun, bersama kawan-kawan saya mendapat peluang. Pernah satu malam, saya bersama kawan-kawan bermain di kawasan perumahan berdekatan masjid Taman Paroi Jaya, Seremban. (Saya menetap di sana waktu itu) Dalam ramai-ramai itu, ada seorang yang membuka serbuk belerang dan ditimbunkan di atas tembok longkang di tepi salah sebuah rumah berhampiran. Belerang agak banyak juga. Lampu jalan yang kurang menerangi membuatkan suasana agak gelap. Tanpa berlengah, seorang kawan menggores mancis dan mencucuh belerang tersebut...dan 'flash' terhasil seketika seperti flash kamera. Kami agak terkejut dan mata menjadi sedikit pedih dan berpinar! (Tak guna betul siapa yang cucuh mancis tu!!)

Agak berbahaya juga, kerana kami duduk agak dekat waktu itu. Alhamdulillah, itu hanya seketika..Mata kembali pulih seketika kemudian. Kami pulang ke rumah seperti biasa sesudah jemaah selesai berterawih. 


Pautan sebelumnya:
Kenangan Bulan Ramadhan (Bhgn 1 dan Bhgn 2)

Wednesday, August 17, 2011

Artikel - Menjaga Kesihatan Cara Rasulullah

Kredit kepada: email
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....


Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan melalui amalan seperti berikut:
  1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak terkumpul. Kita boleh mengetahui orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakannya mempunyai badan yang tidak gemuk. 
  2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh daripada penyakit (susah untuk dapat sakit). 
  3. Waktu solat Subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelakkan daripada sakit pening atau migrain. Ini dibuktikan oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud makan darah akan mengalir ke ruang berkenaan. 
  4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu kerana dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini dibuktikan oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam satu suapan ada ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi tindak balas balas biokimia yang boleh merosakkan usus kita. 
  5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

Wassalam...

Pautan berkaitan:
Sihat Cara Rasulullah

Wordless Wednesday - Smile :-)

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....


Artikel - Kaedah Mengetahui Tahap Keselamatan Blog Anda Untuk Dilayari

Credits to: Bangku Kosong
Gambar ihsan: Dashboard


Assalamualaikum...

Penulis ingin merujuk artikel ini pada satu entri yang ditulis di laman Bangku Kosong. Penulis agak bersetuju dengan apa yang diterangkan dan juga berdasarkan pengalaman penulis apabila komputer diserang oleh virus dan malware yang tidak dikehendaki sebelum ini. 

Kini sudah banyak perisian antivirus boleh didapati di pasaran dan yang paling popular kini adalah KasperskyInternet Security yang akan memberitahu pengguna jika terdapat bahaya yang bakal dihadapi ketika menggunakan internet.

Selain perisian antivirus, anda juga boleh mengetahui mengenai tahap keselamatan blog anda untuk dilayari dengan menggunakan Google Safe Browsing Advisory yang disediakan di halaman Google. Ini juga disarankan oleh Bangku Kosong.

Mudah sahaja, anda hanya perlu salin seperti di bawah:

http://www.google.com/safebrowsing/diagnostic?site=NAMA BLOG ANDA

Contoh:

http://www.google.com/safebrowsing/diagnostic?site=mylightsaber2803.blogspot.com



Klik pada gambar untuk lebih jelas, dan lihat pada alamat URL sebagai contoh. 

Berdasarkan diagnostik yang dilakukan, blog MyLightSaber2803.blogspot.com ini SELAMAT untuk dilayari. 

Kini giliran anda pula.....

Hiburan - Underworld: New Dawn

Kredit kepada: Syok
Gambar ihsan: Syok



Assalamualaikum....

Filem yang keempat selepas Underworld: Rise of the Lycans bakal menemui peminat siri filem ini pada 20 Januari 2012 nanti. Filem ini akan menampilkan semula Kate Beckinsale sebagai Selene. Penulis lakon layarnya, John Hlavin menyatakan filem ini bukanlah prekuel kepada filem sebelumnya. 



Sebelum itu, pada bulan November 2010, pihaknya menyatakan tajuk filem ini secara tentatifnya sebagai Underworld: New Dawn. Turut didedahkan secara ringkasnya filem kali ini mengisahkan Selene yang telah koma selama 15 tahun dan mendapati dia kini telah pun memiliki seorang anak perempuan berdarah hibrid puntianak/Lycan berumur 14 tahun bernama Nissa. Dalam masa yang sama, dia perlu berusaha menghalang syarikat BioCom daripada mencipta Lycan yang lebih kuat yang akan memusnahkan mereka semua. 



Filem ini telah pun memulakan penggambarannya pada bulan Mac 2011 yang lalu di Vancouver dengan Tom Rosenberg, Gary Lucchesi dan Len Wiseman bertindak sebagai penerbitnya.


Tuesday, August 16, 2011

Artikel - Rahsia Ubun-ubun Yang Disebut Dalam Al-Quran

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....

Gambaran otak manusia bahagian depan yang disebut Allah dalam al-Quran al-Karim dengan kata Nashiyah (ubun-ubun). Al-Quran menyifatkan kata Nashiyah dengan kata kadzibah khathi'ah (berdusta, yang bersalah). Allah berfirman, "(Iaitu) ubun-ubun yang mendustakan lagi durhaka." (Surah al-'Alaq: ayat 16). 


Bagaimana mungkin ubun-ubun disebut berdusta sedangkan ia tidak berbicara? Dan bagaimana mungkin ia disebut derhaka sedangkan ia tidak berbuat salah?

Prof. Muhammad Yusuf Sakr memaparkan bahawa tugas bahagian otak yang ada di ubun-ubun manusia adalah mengarahkan perilaku seseorang. "Kalau seseorang itu hendak berbohong, maka keputusan diambil di frontal lobe yang bertepatan dengan dahi dan ubun-ubunnya. Begitu juga, kalau seseorang itu hendak berbuat salah, maka keputusan juga terjadi di ubun-ubun. "

Kemudian ia memaparkan masalah ini menurut beberapa pakar ahli. Di antaranya adalah Prof. Keith L Moore yang menegaskan bahawa ubun-ubun merupakan penanggungjawab atas pertimbangan-pertimbangan yang tertinggi dan pengarah perilaku manusia. Sementara organ tubuh hanya patuh yang melaksanakan keputusan-keputusan yang diambil di ubun-ubun.

Dengan mempelajari susunan organ bahagian atas dahi, maka didapati bahawa ia terdiri daripada salah satu tulang tengkorak yang disebut frontal bone. Tugas tulang ini adalah melindungi salah satu cuping otak yang disebut frontal lobe. Di dalamnya terdapat sejumlah pusat neorotis yang berbeza dari segi tempat dan fungsinya.

Lapisan depan merupakan bahagian terbesar dari frontal lobe, dan tugasnya berkaitan dengan pembentukan keperibadian individu. Ia dianggap sebagai pusat tertinggi di antara pusat-pusat tumpuan, berfikir, dan memori. Ia memainkan peranan yang berstruktur bagi kedalaman sensasi individu, dan ia mempunyai pengaruh dalam menentukan inisiasi dan kognisi.


Lapisan ini berada tepat di belakang dahi. Maksudnya, ia bersembunyi di dalam ubun-ubun. Dengan demikian, lapisan depan itulah yang mengarahkan sebahagian tindakan manusia yang menunjukkan keperibadiannya seperti kejujuran dan kebohongan, kebenaran dan kesalahan, dan seterusnya. Bahagian inilah yang membezakan di antara sifat-sifat tersebut, dan juga memotivasi seseorang untuk berinisiatif melakukan kebaikan atau kejahatan.

Ketika Prof. Keith L Moore menjalankan kajian bersama kami seputar mukjizat ilmiah dalam ubun-ubun pada seminar antarabangsa di Kaherah, ia tidak hanya bercakap tentang fungsi frontal lobe dalam otak (ubun-ubun) manusia. Bahkan, perbincangan berlarutan kepada fungsi ubun-ubun pada otak haiwan dengan pelbagai jenis. Ia menunjukkan beberapa gambar frontal lobe sejumlah haiwan sambil menyatakan, "Penyelidikan komparatif terhadap anatomi manusia dan haiwan menunjukkan kesamaan fungsi ubun-ubun."

Ternyata, ubun-ubun merupakan pusat kawalan dan pengarah pada manusia, sekaligus pada haiwan yang mempunyai otak. Seketika itu, kenyataan Prof. Keith mengingatkan saya tentang firman Allah, "Tidak ada suatu binatang melata pun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus. " (Surah Hud: ayat 56)

Beberapa hadis Nabi s.a.w. yang berbicara tentang ubun-ubun, seperti doa Nabi s.a.w., "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba laki-laki-Mu dan anak hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku ada di tangan-Mu ... "

Juga seperti doa Nabi s.a.w., "Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan setiap sesuatu yang Engkau pegang ubun-ubunnya ..."

Juga seperti sabda Nabi s.a.w., "Kuda itu diikatkan kebaikan pada ubun-ubunnya, hingga ke hari Kiamat."

Apabila kita menyandingkan makna nas-nas di atas, maka kita membuat kesimpulan bahawa ubun-ubun merupakan pusat kawalan dan kawalan perilaku manusia, dan juga perilaku haiwan.


Sumber