MY FOLLOWERS

Sunday, July 31, 2011

Animasi - X-Men

Kredit kepada: Youtube, Wikipedia
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...


X-Men (エックスメン Ekkusu Men) dijadualkan untuk siaran sebagai rancangan ketiga siri ini yang mempunyai 12 episod. Siri ini mula disiarkan di saluran Animax mulai 1 April 2011. Previu sedutan siri ini telah disiarkan pada 18 Februari 2011 yang turut menampilkan barisan mutan seperti Cyclops, Wolverine, Storm dan Beast.


Plot

Siri ini mengambil tempat selepas kematian Jean Grey. Pasukan X-Men telah dipanggil oleh Profesor Charles Xavier untuk berangkat ke Jepun berikutan penculikan Hisako Ichiki dan berdepan dengan U-Men.


Pautan lain: Animasi - Wolverine

Selamat Menonton!

Hiburan - Filem Adaptasi Permainan Video Yang Berjaya

Credits to: Wikipedia
Gambar ihsan: Wikipedia


Assalamualaikum...

Dalam membikin sebuah filem, banyak faktor yang membawa kepada kejayaan atau kegagalannya. Untuk menarik penonton untuk menontonnya dan memuaskan hati penonton bukanlah suatu kerja mudah. Daripada penulis skrip, pelakon, penerbit dan pengarah semuanya berperanan mencorakkan hasil yang diusahakan. Dalam dua entri sebelum ini saya paparkan mengenai filem adaptasi permainan video yang tidak berjaya. Kali ini saya paparkan pula beberapa filem yang diadaptasi daripada permainan video yang berjaya di pawagam dan di peringkat box office.


Resident Evil (1 -4)


Secara amnya, filem ini menerima banyak reviu negatif daripada pengkritik kebanyakannya menyentuh dari aspek zombi dan dialog karakter dalam filem berkenaan. Meskipun begitu, filem ini yang memulakan tayangannya di 2,528 pawagam seluruh dunia begitu berjaya dari sudut komersial dengan kutipan kasar $17,707,106 pada minggu pembukaannya dan mengutip $40,119,709 secara domestik dan sebanyak $102,441,078 dari seluruh dunia.


Prince of Persia


Filem ini diarahkan oleh Mike Newell dan diterbitkan oleh Jerry Bruckheimer dan diedarkan oleh Walt Disney Pictures. Dibintangi oleh Jake Gyllenhaal, Gemma Arterton, Ben Kingsley, Alfred Molina dan Karl Urban. 

Filem ini mengetengahkan jalan cerita berkisar mengenai usaha Dastan menghalang pihak jahat daripada membebaskan pasir dari Dagger of Time yang mampu membalikkan masa. Elemen dari permainan videonya Warrior Within dan The Two Thrones turut diselitkan. 

Filem ini mendapat reviu yang pelbagai dan 36% pengkritik memberikan reviu yang positif daripada 209 reviu. Filem ini boleh dikatakan sesuai sebagai hiburan dengan pembaharuan berbanding filem adaptasi permainan video yang lain. Filem ini mendapat kutipan kasar sekitar $18 juta di peringkat antarabangsa pada minggu pertama tayangannya di 19 negara Eropah. Seminggu kemudian, ia ditayangkan di seluruh dunia dan mengutip sekitar $61.6 juta keseluruhannya daripada 47 buah negara dan $30.1 juta lagi di Amerika Utara dengan jumlah kutipan box office $91,695,259.


Lara Croft: Tomb Raider, The Cradle of Life


Filem ini berjaya secara komersial meskipun mendapat kritikan. Filem ini mendapat kutipan tertinggi secara keseluruhannya sebelum Prince of Persia mengambil tempatnya dengan kutipan USD 335 juta pada 10 Oktober 2010. Filem ini turut mendapat reviu yang negatif kerana dikatakan memaparkan plot yang tidak begitu masuk akal dan tidak begitu memberi impak kepada penonton. Walaubagaimana pun, filem ini berjaya di peringkat box office dan filem adaptasi permainan video yang ketiga terbaik dengan kutipan kasar keseluruhan $274,703,340 di belakang Prince of Persia dan Resident Evil: Afterlife,  dan masih mendapat tempat pertama berdasarkan jumlah jualan tiket. 


Wednesday, July 27, 2011

Artikel - Benarkah Wong Fei Hung Seorang Ulama Hebat?

Credits to: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg


Assalamualaikum...





Potret yang mengabadikan tokoh lagenda Wong Fei Hung


Ramai yang sedia maklum bahawa tokoh legenda asal Cina, Sam Poo Kong alias Muhammad Cheng Ho adalah seorang Muslim. Namun nampaknya masih banyak yang belum tahu bahawa masih banyak tokoh China legenda yang ternyata beragama Islam. Dua di antaranya ialah Wong Fei Hung dan Judge Bao.

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jaguh Kung fu dalam filem Once Upon A Time in China. Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dilakonkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.





Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang ulama, ahli perubatan dan ahli senibeladiri legenda yang namanya diabadikan sebagai pahlawan nasional China oleh pemerintah China. Namun pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga nama baik dan kehebatan kekuasaan kKomunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang ulama, dan tabib ahli ilmu pengobatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik pengobatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibu kota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.






Antara patung tokoh lagenda sejarah tersebut


Kombinasi antara pengetahuan ilmu pengobatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjangi oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuatkan keluarga Wong sering turun padang bagi membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan menyanjungi keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walaupun demikian, keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan bersungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah ada diskriminasi dalam membantu, tanpa mempedulikan suku, bangsa, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih.

Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang korup dan bersikap penindas. Dinasti Ch’in ialah dinasti yang merobohkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berupaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemui, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, kakak seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang berjaya menyelamatkan diri dari peristiwa pembakaran dan penghapusan oleh pemerintah Dinasti Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Seandainya pada masa itu pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggeris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu niscaya akan berhasil mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan ahli seni beladiri terkemuka. Bahkan ia berhasil mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sukar ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat tangkas dan efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus.

Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berhasil menewaskan lebih daripada 30 orang jaguh handalan di pelabuhan yang berbadan sasa dan ganas di Canton kerana dia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai dugaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden pergaduhan dengan samseng Canton. Wong Fei-Hung sudah tiga kali bernikah kerana isteri-isterinya meninggal dalam usia singkat. Setelah isteri ketiganya meninggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup bersendirian sehinggalah dia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga ke akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri dalam kelas khusus kepada perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dunia dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya. Wong Fei-Hung pergi dengan meninggalkan nama harum yang membuatkannya dikenang sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah s.w.t. dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amin.

Once Upon A Time In China yang dilakonkan oleh Jet Li bukanlah menggambarkan perlakuan Fei Hung yang sebenar. Ia lebih kepada hiburan dan kesungguhan pengarah filem untuk menampilkan kehebatan kung fu ditambah dengan unsur humor. Fei Hung adalah seorang yang sangat menitik beratkan ajaran Islam. Sedangkan dalam cerita tersebut beliau digambarkan seorang yang sangat baik hati dan menganut agama bukan Islam.

Benar atau tidaknya keislaman Wong Fei Hung, Allah jua Yang Maha Mengetahui. Jangan kita sekadar bangga dan mengenang kehebatan umat Islam silam. Fikirkan bagaimana untuk hebatkan umat Islam kini sehingga penganut agama lain menyegani umat Islam. Sesungguhnya akhlak yang baik sangat membuatkan seluruh umat manusia tertawan.


Sumber:
www.wongfeihung.com/
shuangxingfu.blogspot.com/2010/05/something-you-never-knew-about-wong-fei.html
en.wikipedia.org/wiki/Wong_Fei-hung
www.asiawind.com/forums/read.php?f=2&i=2366&t=2335

Artikel - 3 Menara Baru Selepas Burj Khalifa

Credits to: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg


Assalamualaikum...



Perlumbaan untuk membina bangunan pencakar langit tertinggi di dunia sehingga kini masih belum ada kesudahannya. Pelbagai negara cuba untuk mencipta nama masing-masing, bahkan negara kita juga pernah suatu ketika dahulu menyertai dan memenangi perlumbaan tersebut walau untuk seketika. Perlumbaan ini tanpa disedari menjelaskan lagi tanda-tanda "kiamat" yang semakin hampir. Itu satu keadaan!

Keadaan yang lebih utama untuk diperhatikan ialah, "dana" yang digunakan untuk pembinaan setinggi itu yang semestinya menelan sejumlah dana di tahap yang sangat dahsyat. Sekiranya perlumbaan itu berlaku dengan hebatnya di kalangan negara-negara barat, kita tidaklah begitu hairan, memandangkan rakyat mereka dan sekutu mereka hidup dalam keadaan yang "stabil".

Tetapi perlumbaan ini begitu mengujakan dalam kalangan negara-negara Arab! Sedangkan pada masa yang sama saudara seagama mereka bertarung nyawa dengan kebuluran, penderitaan dan penindasan tanpa ada yang membela. Ramai yang mati kelaparan, tiada tempat tinggal malah ramai yang dibunuh tanpa sebarang sebab. Tidakkah negara-negara Arab tersebut menyedari hakikat itu?

Jika mereka tidak mahu membantu negara Islam lain atas alasan tidak mahu mencampuri urusan negara lain, mungkin itu satu hal. Namun bukankah lebih baik jika mereka menyalurkan dana yang sebesar itu untuk mempertingkatkan teknologi melalui pembiayaan penyelidikan sains dan teknologi. Pastinya penemuan-penemuan yang hebat yang mengangkat martabat Islam seperti suatu ketika dahulu akan berlaku.



Siapakah yang akan membuka minda dan hati mereka? Dari sudut logik pula, siapakah yang akan menghuni atau menyewa mana-mana unit di tingkat teratas? Jika bangunan setinggi 50 tingkat pun sudah ada yang mengeluh kelelahan menaikinya, inikan pula yang setinggi ratusan tingkat.. Fikirkan...

Wordless Wednesday - Reflects

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....


Hiburan - Filem Adaptasi Permainan Video Yang Tidak Berjaya

Credits to:Wikipedia
Gambar ihsan:Wikipedia


Assalamualaikum....

Penghasilan karya filem Hollywood yang diadaptasi daripada sumber lain sudah bermula sejak penulis berada di zaman persekolahan lagi. Walaubagaimana pun, hasilnya tidaklah seberapa berbanding karya yang diangkat daripada novel atau kisah sebenar. Buku yang mendapat sambutan di pasaran pastinya menghasilkan pulangan lumayan bagi industri perfileman Hollywood.

Bagi filem yang diangkat daripada sumber permainan video, hasilnya pula jauh daripada memberangsangkan. Malah ada yang dilabelkan sebagai filem sangat buruk kerana tidak selari dengan jalan cerita dalam permainan video berkenaan. Selain yang disenaraikan dalam entri ini, ada lagi yang buruk. Antaranya: 


Doom


Mengetengahkan lakonan The Rock, Karl Urban, Brian Steele dan Rosamund Pike sebagai barisan pelakon utama, filem yang mengisahkan sebaran wabak virus. Walaupun tidak sampai ke peringkat box office, aksinya boleh dikatakan agak memuaskan dan ada pandangan first person shooter seperti dalam permainan video. Filem ini mendapat kutipan USD15.3 juta pada minggu pertama tayangannya namun jatuh kepada hanya USD4.2 juta pada minggu berikutnya.


Tekken


Filem ini keluaran tahun 2010 mengisahkan Jin Kazama mencuba nasib dalam pertandingan Iron Fist Tournament dalam usahanya untuk membalas dendam atas kematian ibunya Jun, dengan cara berdepan bapanya Kazuya Mishima dan datuknya Heihachi Mishima yang dikatakan menjadi punca kematian ibunya. Turut mengetengahkan karakter popular permainan ini seperti Christie Monteiro, Bryan Fury, Steve Fox, Marshall Law, Nina Williams, Anna Williams, Raven, Eddie Gordo, Yoshimitsu, Sergei Dragunov dan Miguel Rojo dalam adegan perlawanan. Perlawanan yang ditampilkan menarik namun jalan ceritanya lemah dan membosankan. 

Saranan penulis, lebih baik anda menonton filem animasi 3D-nya Tekken: Blood Vengeance yang akan dikeluarkan dalam bentuk Bluray Disc pada penghujung tahun ini.


The King of Fighters


Filem ini mendapat maklum balas yang negatif daripada Beyond Hollywodd kerana banyak membuang masa menerangkan sejarah silam yang tidak perlu dan cuba meyakinkan penonton apa yang perlu diketahui di samping pemilihan pelakon yang tidak kena dengan watak permainan video berkenaan. Filem ini juga dikatakan dibuat agak sambil lewa dan kelihatan seperti filem permainan video semi-klasik dari tahun 1990-an, menyebabkan penonton bertambah bosan menontonnya.

Monday, July 25, 2011

Artikel - Hikmah Di Sebalik Pengharaman Khinzir

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....


Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemudi kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika di mana daging khinzir adalah makanan asas dalam hidangan mereka.

Dalam kesempatan ini, saya teringat kembali peristiwa yang berlaku ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya khinzir dalam Islam.

Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahawa khinzir itu haram, kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, kuman-kuman dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Kerana khinzir diternak menggunakan teknologi penternakan moden, dengan kebersihan yang terjamin, dan proses pensterilan yang mencukupi. Bagaimana mungkin khinzir itu dijangkiti cacing pita atau bakteria dan kuman lainnya.?"

Imam Muhammad Abduh tidak terus menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta seekor ayam betina, dan dua ekor khinzir jantan beserta seekor khinzir betina. Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia."

Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepaskan dua ekor ayam jantan bersama seekor ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua-dua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepaskan pula dua ekor khinzir jantan bersama dengan seekor khinzir betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Khinzir jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga khinzir betina dari temannya.


Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging khinzir membunuh ghirah orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapa di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging khinzir itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya.."

Hidupan Liar - Serangga Bising

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg


Assalamualaikum....


LONDON - Sejenis serangga kecil dinamakan haiwan paling bising di dunia kerana bunyi yang dibuat dengan menggunakan kemaluan haiwan itu, lapor sebuah akhbar semalam. Beberapa saintis merekodkan serangga sepanjang 2 milimeter atau sebesar seekor kutu itu yang dikenali sebagai water boatman, mengeluarkan bunyi sekuat 99.2 Desibel. Bunyi itu menyamai bunyi yang didengari apabila seseorang berada di barisan hadapan persembahan orkestra.

Ia membuat bunyi bising itu dengan menggeselkan kemaluan pada perutnya untuk menarik perhatian serangga betina. Water boatman atau nama saintifiknya, microneta scholtzi tinggal di kawasan air tawar di serata Eropah. - Agensi


Sumber

Anda juga boleh ke entri di blog Bangku Kosong untuk artikel ini.

Hidupan Liar - Haiwan Terbang (Bukan Burung)

Credits to: Mother Nature Network
Gambar ihsan: Mother Nature Network


Assalamualaikum....

Dari sudut kefahaman biasa, apabila disebut 'binatang boleh terbang' pasti terlintas di fikiran akan haiwan seperti burung atau seumpamanya. Namun, dalam dunia biologi, istilah 'terbang' mempunyai makna yang lebih luas. Sesetengah haiwan selain burung turut menyesuaikan diri dengan berbagai cara meluncur, melayang, paracut, malah menggelembungkan badan ketika di udara.



Ikan terbang 

Terdapat lebih daripada 60 spesis ikan terbang dalam keluarga Exocoetidae. Ikan yang menakjubkan ini telah berkembang dengan kebolehan melompat keluar dari air dan meluncur di atas permukaan air bagi mengelakkan diri daripada pemangsanya.
Sebagaimana yang pernah direkodkan, terdapat sesetengah daripada ikan terbang ini yang mampu terbang berterusan di atas permukaaan air sekurang-kurangnya 45 saat. Manakala sesetengah jenis ikan pula seperti ikan air tawar jenis hachet fish, sebenarnya berkemampuan membuka sirip dadanya menjadi seperti sayap apabila mereka melompat keluar dari air, yang membuatkannya terangkat seketika.



Katak terbang 
Kebolehan meluncur telah berkembang sekurang-kurangnya dua kali dalam keluarga katak pokok, dengan sebahagiannya berupaya untuk mengesan di udara seperti rewang. Katak ini menyesuaikan diri dengan kebolehan ini kerana adanya membran jari kaki yang boleh bertindak seperti payung terjun atau sayap apabila katak ini mengembangkan anggota badannya ketika melompat.

Kebolehan terbang juga memberikan kelebihan kepada katak ini untuk tinggal di atas pokok bagi melebarkan jarak penerbangannya dan membolehkan ia berpindah dari satu pokok ke pokok yang lain dengan lebih mudah.



Tupai terbang

Sebanyak 44 spesis tupai telah memiliki membran yang berbulu yang boleh meregang dari pergelangan tangan ke kaki mereka yang membolehkannya meluncur di udara. Ciptaan berbentuk aeronautik ini sangatlah mengagumkan. Tupai ini mampu mengawal penerbangannya dengan sedikit pergerakan daripada bahagian badan seperti tulang pergelangan tangan dan menggunakan ekor sebagai brek udara.


Cicak draco dan cicak terbang
Cicak dari genus Draco menggunakan tulang rusuk dengan cara yang berbeza. Bukanlah untuk melindungi badan, sebaliknya menggunakan tulang rusuknya dengan melebarkannya keluar menjadikannya seperti sayap. Sesetengah spesis direkodkan melakukan penerbangan sejauh 60 meter secara berterusan. Spesis-spesis lain pula seperti cicak termasuk cicak spesis gecko telah berkembang dengan mempunyai kepak kulit di sepanjang ekornya, kepala, kaki dan badan bagi memudahkan mereka meluncur dari pokok ke pokok.


Colugos

Walaupun colugos adakalanya dirujuk sebagai kandau terbang, tetapi ia bukan kandau yang sebenar. Haiwan ini ditemui meluncur antara pokok di Asia Tenggara adalah haiwan mamalia yang terbaik dalam menyesuaikan diri dengan kaedah terbang selain kelawar. Sebelum ini, haiwan ini dirujuk mempunyai hubungan rapat dengan kelawar, namun ia lebih dekat kepada primat. Haiwan ini boleh terus berada di udara dalam jarak sekurang-kurangnya 70 meter tanpa turun rendah. Satu ciri yang mengagumkan dan ia mampu membesar sehingga mencapai saiz sebesar possum.



Sotong terbang

Walaupun ia kedengaran seperti filem seram, namun itulah kebenarannya. Terdapat sejenis sotong yang mampu melompat keluar dari air dan terbang. Satu spesis sotong Humboldt yang besar dan bersaiz jumbo dikenali sebagai haiwan yang agresif terhadap manusia. Meskipun kelihatan agresif, jika terlihat kelibatnya terbang, ia kelihatan lebih kepada melarikan diri daripada pemangsa. Sotong ini terbang seperti ikan terbang tetapi menggunakan sirip mantel sebagai sayapnya. Sesetengah daripada sotong terbang ini pernah dilihat memancutkan air keluar dari corong di kepalanya sebagai pendorongan ketika di udara.



Falanger terbang

Ramai yang keliru apabila mengenali haiwan ini sebagai tupai terbang kerana persamaannya dengan haiwan tersebut dari segi bentuk biologinya, namun sebenarnya ia adalah dari jenis marsupial yang telah berkembang dengan mempunyai membran berbulu berbeza daripada tupai. Haiwan ini boleh ditemui di Australia dan New Guinea, kebanyakannya hampir pupus.

Labah-labah mengembung

Ia adalah mimpi ngeri bagi sesiapa yang arachnophobia (takut labah-labah), tetapi kebanyakan labah-labah berupaya untuk terbang. Tidak sebagaimana haiwan terbang yang lain, labah-labah ini mempunyai kemahiran di udara untuk membentuk paracut menggunakan sutera. Sesetengah labah-labah dewasa begitu bergantung kepada gelembung ini untuk bergerak ke mana-mana, manakala labah-labah yang lain pula menggunakannya untuk meninggalkan sarangnya dan membina sarang baru di tempat lain. Terdapat sebahagian labah-labah ini telah membuat gelembung mereka pada ketinggian 16,000 kaki dari aras laut.



Ular yang meluncur

Sesetengah jenis ular pokok berkemampuan meratakan tubuh sekaligus membuatkan tubuhnya menjadi seperti sayap yang cekung. Pergerakan meluncurnya yang aerodinamik menyamai frisbee, dan ular ini mampu terbang sejauh 100 meter. Kebolehan terbangnya yang unik menarik minat ahli fizik yang ingin mengkaji bagaimana ular ini boleh meluncur di udara. Hasil pemerhatian, sesetengah daripada ular ini boleh membelok pada sudut tajam 90 darjah ketika meluncur.

Pautan berkaitan: Animals that fly

Friday, July 22, 2011

Artikel - Tertib Melepaskan Hajat

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

Seseorang yang ingin melepaskan hajatnya, hendaklah memilih tempat yang jauh daripada pandangan orang ramai, seperti di tempat yang lapang. 

Hendaklah ia menutup (berlindung) dengan sesuatu benda kiranya boleh didapati. Dan jangan ia tergesa-gesa membuka auratnya, sebelum sampai ke tempat duduk untuk melepaskan hajat itu. Janganlah hendaknya ia menghadap kiblat atau membelakanginya ketika itu. Juga janganlah hendaknya ia melepaskan hajatnya di tempat-tempat biasanya orang ramai berkumpul kerana berbual-bual atau duduk-duduk berehat. Janganlah ia membuang air kecil pada air yang bertakung (tidak mengalir), atau di bawah pokok yang berbuah atau di lubang. Juga jangan di tempat yang keras, atau di tempat tiupan angin agar terpelihara dari percikan air kencing itu, dan hendaklah ia mengiring (dengan punggungnya bertenggong) kepada kaki kirinya. 

Apabila ia ingin membuang air kecil di dalam bangunan (tandas), maka hendaklah ia mendahulukan kaki kiri ketika memasukinya dan kaki kanan ketika keluar. Jangan pula ia membawa bersamanya ketika itu sesuatu yang tertulis padanya Allah Ta’ala atau nama RasulNya SAW.


Ketika masuk ia membaca:

Ertinya: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada jin-jin jantan dan betina. Aku berlindung kepadaMu daripada kekotoran najis yang keji dan yang mengkejikan, yaitu syaitan yang terkutuk.


Ketika keluar ia membaca:

Ertinya: Segala puji dari Allah yang telah melenyapkan daripadaku apa yang menggangguku dan mengekalkan apa yang bermanfaat buatku.

Sesudah selesai buang air sebaik-baiknya ia beristibra’ (mengetus) tiga kali, dan janganlah ia memikirkan terlalu banyak beristibra’ itu, agar ia tiada berwas-was sehingga perkara ini merumitkannya. Jika ia merasakan ada sedikit basah, hendaklah ia menganggap itu sisa dari air. Ketahuilah bahawa orang yang paling ringan istibranya dikira paling pandai dalam ilmu fiqhnya, sebab was-was itu menunjukkan ilmu fiqhnya cetek. 

Antara perkara yang diringankan lagi, membolehkan seseorang itu membuang air kecil berdekatan dengan rakannya, tetapi mestilah ada tutup antaranya. Yang demikian itu pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW sendiri padahal baginda amat pemalu orangnya, tetapi itu adalah untuk mengajar orang ramai tentang kebolehan melakukannya.


Cara beristinja’ 

Sesudah membuang air atau melepaskan hajat itu dia pun beristinja’ dengan tiga butir batu. Selain batu boleh boleh juga digunakan segala benda yang kasar tetapi suci. 

Selanjutnya dia beristinja’ pula dengan air; iaitu dengan menyiram air dengan tangan kanan di tempat keluarnya najis itu, sedang tangan kirinya menggosok tempat itu sehingga tiada lagi yang tinggal dari bekas najis di situ. Ini dapat dirasakan oleh tapak tangan kiri yang menggosok tempat keluarnya najis tadi. 

Hendaklah ia tiada melampau pada mengorek atau meraba bahagian di dalam (dubur), kerana yang demikian itu akan menimbulkan was-was pada diri. Ketahuilah mana tempat yang tiada boleh sampai kepadanya air itu dikira bahagian dalam, sedangkan hukum najis itu tidak terlibat pada kotoran-kotoran di segala bahagian dalam, selama ianya tiada terlihat atau dihukumkan pada hukum lahir. 

Dan hukum najis itu hanya terkena pada bahagian-bahagian yang lahir saja, dan batasan penyuciannya ialah dengan menyampaikan air kepadanya dan menghilangkan najis itu dari situ. Dengan itu maka tidak perlu untuk ditimbulkan was-was lagi.


Petikan Bimbingan Mukmin
http://www.lamanmotivasi.blogspot.com/

Artikel - Siapa Hana Tajima?

Gambar ihsan: blog Hana Tajima-Simpson


Assalamualaikum...

Semenjak melibatkan diri di dunia blog dan setiap kali melayari blog yang ditulis oleh perempuan, setiap kali itulah saya terbaca nama Hana Tajima. Banyak blog perempuan menyebut nama ini terutama apabila dikaitkan dengan fesyen busana muslimah. Gambar-gambar yang disertakan membuktikan fesyen rekaannya begitu menjadi ikutan gadis-gadis bertudung masakini. Nama ini juga sering menjadi sebutan di kalangan penulis blog Muslim. Dia juga sering muncul di media BBC UK dan Brazil.


Siapa sebenarnya Hana Tajima?

Secara ringkas, nama sebenarnya ialah Hana Tajima-Simpson, berusia 23 tahun (pada 2011). Berasal dari sebuah keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama dalam kehidupannya. Bapanya berasal dari Jepun dan ibunya wanita keturunan Inggeris. Mula memeluk Islam seawal usianya 17 tahun dan minatnya terhadap Islam bermula sewaktu di sekolah tinggi dan berkawan dengan beberapa pelajar Muslim.

Daripada sahabat Muslim itulah Hana secara perlahan-lahan tertarik dengan falsafah Islam seterusnya mempelajarinya terus daripada sumbernya iaitu al-Quran. Baginya, al-Quran tetap sama dari sebelumnya yang menunjukkan ia boleh menjadi titik rujukan bagi semua perkara. Segala kebenaran yang dibawa oleh Islam membuatkannya tidak boleh berkata tidak seterusnya mengambil keputusan untuk memeluk Islam.

Hana mula mengenakan hijab pada hari yang sama dia mengucapkan dua kalimah syahadah dan ia berlaku tanpa sebarang paksaan. Baginya, ia adalah cara yang terbaik yang membezakan kehidupannya di masa lalu dan akan datang. 

Anda juga boleh membaca kisah selebihnya DI SINI.


Kini, fesyen busana Muslimah yang diusahakannya mendapat sambutan daripada kalangan muslimah seluruh dunia malah turut diterima di kalangan yang bukan Islam.

Anda boleh layari laman blog peribadinya Hana Tajima-Simpson dan juga blog fesyen miliknya StyleCovered untuk maklumat lanjut berkenaan perkembangan terbaru.



Pautan lain berkaitan Hana Tajima:

p/s: Satu lagi kaedah berdakwah dalam Islam - menerusi pakaian. Semoga menjadi inspirasi buat semua :-)

Artikel - Papan Tanda Pelik :-D

Credits to: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum...

Papan tanda merupakan satu bentuk komunikasi ringkas khusus untuk menyampaikan sesuatu mesej kebiasaannya berkaitan jalan raya atau kawasan. Namun sama ada ia disengajakan atau sebaliknya, ada sesetengahnya yang kelihatan pelik sehingga dijadikan bahan ketawa. Anda lihatlah sendiri gambar-gambar di bawah:

 Tak pernah buka?

Mesej untuk si mabuk??

Siapa berani, silakan :-D

Hmmpp!! Budusss!!

Dah luas tu pun tak cukup lagi..

????

2 remaja pada harga $6?? Bioor betuulll...

Mengong!!

Bingung ker apeee??

Syurga? Panik? Err...

Boleh pulak macam tuu??

Upah untuk budak-budak :-D

Jangan baca? Buat ape tulis??

Jual anak ker?

C dengan K takde ker? :-D

Baik tak payah lalu...

Ada lagi ...

Kuang kuang kuang .... :-D

Sekadar Luahan - Kes Kasut Hilang (Pulak Daahhhh....)

Credits to: Family
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum...

Gambar si kecil bersama kasut kesayangan sebelum kasut itu hilang

Biasalah bila namanya pun 'budak-budak'. Kalau pakai baju ataupun kasut, mana pernah dipakai untuk tempoh lama. Sekejap, mungkin. Sebab? Kadar tumbesaran yang cepat. Tidak dapat dielakkan, boleh diterima. Sebab-sebab lain? HILANG!!

Asalnya, pada Rabu lepas, selepas pulang dari ronda-ronda dan urusan di luar. Sampai sahaja di rumah, si kecil masuk ke dalam rumah beserta kasut kesayangan yang masih di kaki. Kasut ini agak istimewa bagi si kecil kerana dihadiahkan dari seseorang dari Kuala Lumpur. Tapaknya keras dan sesuai untuk berjalan di luar  :-) Ibu? Entah..ke dapur agaknya. Papa? Lepas solat, tidur...

Sesudah bangun seketika kemudian, dilihatnya si kecil bermain dengan sepasang kasutnya yang lain. Kasut itu asalnya sebagai spare, manalah tahu kalau terjadi apa-apa ketika saat-saat diperlukan. Kemudian barulah si Papa teringat, "Aina, mana kasut warna pink tu?" Si kecil baru yang hampir 2 tahun usianya buat 'do-no' (baca: don't know) sahaja, tidak tahu apa pun. Terus ditunjuk kasut berwarna merah. Lain ditanya, lain pula jawapannya. Papa bertanya seolah-olah dia faham pula. Habis ditanya seisi rumah. Tiada seorang pun yang tahu. Dalam hati, "Kalau kasut ni pun hilang, masuk ni dah 2 pasang..."


Kasut berwarna merah jambu yang dimaksudkan. Sehingga kini belum ditemui.


Kemudian, pada petang itu juga, sewaktu ahli keluarga yang lain keluar, tinggallah si Papa berseorangan menggeledah seluruh rumah mencari kasut kesayangan si kecil. Hasilnya? TAK JUMPA!! Hanya penat yang dapat!!

Mak Ja: Adik, nak gi jalan2 kene pakai kasut. Mana kasut?
Adik: Anye aa Pa. Acuk ilang (Tanya la Papa. Kasut hilang)

Geram juga dibuatnya. Sekali lagi ditanya seluruh isi rumah, tiada juga yang tahu. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja buat bacaan Yasin mohon pertolongan supaya dapat dijumpai semula barang-barang yang hilang...



Sekadar Luahan - Ayam Berak Kapur (Baik Bela Ayam...)

Credits to: -
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

Ini perbualan antara saya dan adik saya sewaktu kami tiba di lampu isyarat satu masa dulu. Kereta dihentikan. Di sebelah kami, ada sebuah lori membawa kuda, mungkin menuju ke kandang kuda di TER (Terengganu Equestrian Resort). Sekadar bual kosong semata-mata.. Sila jangan ambil serius :-D



Adik: Diorang bela kuda ni sebenarnya nak buat apa? Pertunjukan?

Saya: Boleh jadi. Sebelum ni kan ada show berkuda kat Lembah Bidong. Sana pun ada kandang kuda jugak.

Adik: Bela kuda takde hasil mana sangat. Taik pun takde hasil. Kalau bela lembu, paling tidak pun, taik boleh ambik buat baja.

Saya: Mak takmau. Sebab bau busuk.

Adik: Dah tu? Bela kuda? Sapa pulak yang rajin benor nak bela kuda dalam kampung ni? Lain la orang-orang yang keje kat TER tu. Baik bela lembu kalau gitu.. Time raya haji, boleh jugak sembelih.

Saya: Kan aku dah kata. Mak takmau, sebab bau busuk.. nanti baunya semerbak sampai dalam rumah. Tengok la sendiri kandang lembu jiran yang depan rumah tu.. Tak ke busuknya sampai dalam rumah tiap kali dia 'melabur'? Kalo time hujan lagi teruk. Semerbak sampai dalam rumah dia punyer bau!! Dah tu, kalau lembu melepas tengah jalan, terpaksa la mengelak bila bawak kereta. Elak periuk api la katakan..Kalau elak kereta pastu masuk dalam semak pulak, macam mana? Dah la jalan selorong.. Lagipun kalau lembu masuk dalam kawasan pagar rumah mesti susah nak suruh keluar. Sebab tu mak takmau..Harap nak tunggu raya haji jer baru boleh makan? Pengsan aku..

Adik: Kambing jer la. Kecik sikit. Taik pun kecik-kecik. Tak susah nak manage.

Saya: Habis la pokok mak kat laman rumah kene makan. Ada daun pokok tu mak nak buat ubat, wehh.

Adik: Ada binatang kecik lagi? Cadangan?

Saya: Huhh! Baik bela ayam. Boleh sembelih. Telur, boleh makan. Taik, boleh guna kat papan hitam.

Adik: Nape pulak?

Saya (dengan selambanya): Ayam kan berak kapur.. :-D

Kuang kuang kuang......

Wednesday, July 20, 2011

Artikel - Antara Budaya Kita dan Budaya Luar

Gambar ihsan: Youtube


Assalamualaikum...

Tatkala penulis kini dalam keadaan hampir demam secara fizikal, penulis dikejutkan pula dengan suatu budaya baru yang semakin membuatkan diri ini merasa seperti semakin akan demam, kini sedang menular terutamanya dalam industri hiburan tanah air - budaya K-Pop!


Penulis merasakan ingin menulis artikel ini kerana segala input yang diterima dalam kepala ini sudah agak tepu dan perlu dimuntahkan (uuweeekkk...) kembali, lebih-lebih lagi setelah membaca dua artikel mengenainya di blog Anis Adila Aris bertajuk Video Ngeri dan artikel di blog Beautiful Nara bertajuk 247 The 1st Ever K-Pop Group In Malaysia selain segmen di Wanita Hari Ini TV3 bertajuk "Demam K-Pop"  yang menampilkan kumpulan Prince of Pop (POP) pada dua hari yang lalu.


Sungguh mengejutkan, budaya ini turut menjadi trend terbaru bukan sahaja dalam industri hiburan, malah dalam aspek fesyen dan kata-kata dari dialog filem dan lirik lagu turut diambil (dihafal?) menjadi ikutan (Apa yang mereka sebut pun penulis langsung tak paham!) Bahasa, pakaian, tarian, seni warisan adalah antara sebahagian daripada budaya kita. Budaya kita adalah identiti kita. Penulis tertanya-tanya, apa yang menariknya dengan budaya ini (K-Pop) sedangkan kita mengetahui ia adalah budaya import? Apakah ada sebarang kekurangan dalam budaya kita sendiri sehinggakan budaya import pula diambil menjadi ikutan? Apakah budaya sendiri tidak cukup cantik untuk diperkenalkan dan dipertahankan?

Penulis teringat, ada sesetengah pihak luar pula datang ke Malaysia untuk melihat dan mempelajari mengenai warisan budaya kita. Barangkali mengetahui budaya mereka sendiri lebih banyak yang buruk daripada yang baik, jadi mereka mencari budaya dari tempat lain untuk diserap sebagai budaya mereka. Kita seharusnya berbangga kerana itu sehinggakan ada yang kata jika ia berterusan, suatu masa nanti kita pula terpaksa belajar semula budaya kita sendiri daripada pihak luar. Sebagai contoh lain, pernah juga disiarkan di tv (kalau tak silap, Bulatin Utama), ada pihak luar membeli kapal layar yang diperbuat tanpa menggunakan sebarang paku sebagaimana yang terdapat di Terengganu.

Dari sudut hiburan, penulis merasakan (akan semakin demam? hahaha..) budaya ini seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja kerana ia adalah seperti demam seketika sebelum ia surut dan kebah. Yang terlibat dalam kumpulan berkenaan mungkin akan berpecah dan tidak akan bertahan. Hanya masa akan menentukan berapa lama ia akan bertahan sebelum jatuh. Yang mempunyai identiti sendiri akan terus gah dan dipandang seperti Dato' Siti Nurhaliza, M. Nasir, dan Misha Omar. Sekadar menyebut beberapa nama.

Kita saban hari semenjak dari zaman persekolahan diajar mengenai sejarah dan budaya yang diwarisi turun temurun menerusi subjek Sejarah. Tujuannya antara lain, untuk mendidik anak bangsa kita supaya tidak lupa asal usul identiti bangsa sendiri selain mengambil pengajaran dan peringatan apa yang berlaku di masa dahulu supaya tidak berlaku lagi sekiranya apa yang berlaku dahulu adalah suatu yang buruk. Selain itu, supaya anak bangsa kita membezakan adat dan budaya sendiri dengan yang ada di luar sana. Maka, tidaklah budaya luar itu diambil sewenang-wenangnya. Apatah lagi dalam masyarakat Melayu kita ini yang rata-ratanya beragama Islam yang juga sudah sebati sebagai sebahagian daripada identiti Melayu. Bacalah kembali buku-buku sejarah lama atau mana-mana blog yang menulis mengenainya. Contohnya Misitsfiles. Banyak yang boleh dipelajari daripada bahan yang diketengahkan buat pembaca.

Jadi cubalah tanyakan pada mereka-mereka yang terlibat dengan K-Pop Malaysia ini - tidakkah mereka juga mempelajari sejarah dan memerhatikan apa yang berlaku? Fikirkan...

Malangnya, terdapat segelintir pihak yang mungkin tidak sedar trend atau budaya yang dibawa masuk ini lebih banyak kesan negatifnya. Usahlah difikirkan sangat mengenai bisnes untuk mengaut keuntungan. Seharusnya, fikirlah dahulu kesannya sebelum membuat keputusan kerana di satu masa kelak dikhuatiri budaya sendiri akan semakin terhakis dan seterusnya hilang. Kelak, generasi akan datang akan terpinga-pinga bila ditanya mengenai sejarah dan warisan budaya sendiri.


p/s: Penulis sendiri pun belajar karate sejak dari sekolah menengah. Hehehe... Kalau belajar seni beladiri atau sukan, mungkin masih boleh diterima. Fikirkan....