MY FOLLOWERS

Tuesday, December 28, 2010

Artikel - Penculikan!! :-D

Credits to: Syok.Org
Gambar ihsan Syok.Org


Salam...

Di sini ada sedikit selingan buat anda sempena cuti sekolah yang bakal berlalu..


Errrkk....

Nggggaaaahh... makang budoookkk...

Toloooonnngg...

Oh, Tuhan...Apa salahku sehingga diperlakukan sebegini??...huhuhuhuuu
 

Kepada yang akan memulakan sesi persekolahan, jauhilah sikap suka membuli kerana ia sememangnya satu kesalahan.  :-D  (hahahahahahahaha....)


Sumber: Diculik


Kepada semua yang bakal menyambung kembali pelajaran, diucapkan selamat belajar dan meneruskan pengajian.

Friday, December 24, 2010

Sekadar Luahan - Tersilap??

Kredit kepada: Kak Ieda Al-Habsyi, Nadia Rahimi   
 Gambar ihsan: Google Images

Assalamualaikum...



Sebelum ini saya pernah menyiarkan satu post dengan tajuk yang sama, tetapi dalam isu berlainan. Kali ini, berkaitan jantina.

Saya pernah membuat tinjauan secara rawak (random) berkenaan jumlah pengikut blog mengikut jantina. Disertakan juga jadual serta carta berkaitan maklumat yang diperoleh. Ingin saya maklumkan, berkaitan jantina pengikut sesebuah blog, saya hanya mengagak sahaja berdasarkan gambar kecil (thumbnail) profailnya dan juga gaya bahasa penulisan di blognya. Dengan jumlah penulis blog yang ramai, mana mungkin saya dapatkan maklumat secara terperinci setiap penulis blog melainkan blog saya mempunyai himpunan data seperti di Jabatan Pendaftaran Negara!

Walaubagaimanapun, ada juga blogger yang sempat berfikir adakah blog yang dilayari itu ditulis oleh lelaki atau perempuan? :-D 

Anda boleh lihat post berkaitan di blog Kak Ieda untuk membaca luahannya. Saya telah membacanya, malah sengaja saya berikan sedikit cabaran kepadanya meneka jantina saya di ruangan komen bagi post yang sama.




Tanpa disangka-sangka, menerusi ruangan komen di post ini di blog saya, ini maklumbalas yang saya terima.



Untuk menjawab soalan Kak Ieda dan para pembaca yang masih tertanya-tanya akan jantina saya, barangkali maklumbalas di post blog lain mampu memuaskan hati anda.




Saya akui, dunia maya mampu menjadi medan menyampaikan pengetahuan dan maklumat secara meluas, tanpa sempadan. Pun begitu, tidak bermakna ia tidak mempunyai kelemahan kerana dunia maya ini juga ciptaan manusia. Dalam hal ini, persoalan berkaitan jantina si penulis blog berkenaan.


HAPPY BLOGGING!!  :-D

Tuesday, December 14, 2010

Hidupan Liar - Haiwan Halimunan

Credits to: Syok.org
Gambar ihsan Syok.org


Salam....

Sebelum ini, saya pernah siarkan post berkaitan hidupan spesis baru yang belum pernah atau mungkin tidak ramai yang mengetahui kewujudannya. Untuk kali ini, saya kongsikan bersama anda berkenaan beberapa spesis haiwan dengan kelebihan seakan-akan halimunan.

Halimunan di sini bukanlah bermaksud invisible (tidak dapat dilihat) seperti dalam filem Predator atau yang biasa ditonton menerusi siri-siri televisyen, tetapi lebih kepada camouflage iaitu satu kebolehan untuk beradaptasi dengan alam. Kelebihan ini membolehkan haiwan berkenaan bersembunyi daripada pemangsa (defensive mode).

























Kepada para pembaca yang mencari di manakah haiwan dalam setiap gambar di atas, diucapkan selamat berjaya :-)

Wednesday, December 8, 2010

Berita - Lara Croft Dengan Wajah Baru

Credits to: Yahoo Games, PRNewswire
Gambar ihsan Yahoo Games, Yahoo Images


Salam...

Bagi yang meminati permainan video Lara Croft, terdapat pembaharuan dibuat untuk keluaran terbaru siri permainan video ini.


Berikut adalah ulasan dari Yahoo Games:

Lara Croft is, in some ways, the gaming equivalent of the Mustang. At her core, she rarely changes, but that doesn't stop fans from getting all worked up when she gets a new look.

Square-Enix is hoping to shake things up in a more dramatic fashion with the series' next installment, dubbed simply "Tomb Raider."

As always, Lara will have a slightly different appearance (though almost certainly as curvaceous and prone to wearing skintight, skimpy outfits), but this time we'll learn a bit more about how she became the icon she is today.

Baca selanjutnya Tomb Raider To Get Rebooted ... Again  dan  di sini.


Berbanding siri terdahulu, rekaan wajah Lara Croft kali ini nampak lebih realistik. Selain keluaran sebelum ini, anda juga boleh membandingkan kualiti penghasilannya dengan filem Final Fantasy VII: Advent Children atau cinematik permainan video Starcraft II: Wings of Liberty. 






Lara Croft (siri-siri terdahulu)



Final Fantasy VII: Advent Children






Starcraft 2: Wings of Liberty

Apa pendapat anda?

Monday, December 6, 2010

Sekadar Luahan - Selamat Tinggal Kerjaku...

Kredit kepada:
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

iQuit  (Err..perkataan kurang menyenangkan... hehehe)


Saya sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk meluahkannya. Semoga pembaca dan pengikut memahaminya. Jika ada pendapat bernas untuk dikongsikan, sila tinggalkan di ruangan komen.

Saya memulakan tugas di syarikat kontraktor ini pada bulan Mac 2010 dan diberikan jawatan sebagai Jurutera Mekanikal & Elektrikal (M & E Engineer) sebagaimana yang tertulis di atas surat lantikan. Segala kerja berkaitan tuntutan bayaran projek untuk kontraktor, menghantar borang A (TNB), membayar bil-bil berkaitan, urusan surat-menyurat serta urusan bank adalah di bawah tanggungjawab saya. Gaji yang ditawarkan adalah RM1000.00, juga ada dinyatakan di dalam surat lantikan ketika mula-mula dilantik. Jawatan ini diberikan berikutan kelulusan ijazah yang saya miliki. Walhal, jika diteliti dari skop tugas, kerani juga boleh melakukan tugas saya ini. (Sebab inilah jika saya mengisi borang permohonan kerja di tempat lain, saya tidak akan menulis ruangan jawatan sebagai Jurutera sebaliknya Kerani Kontraktor)

Selang beberapa bulan bertugas, sedikit demi sedikit cerita yang kurang enak dibuka. Ini termasuklah berkaitan syarikat ini dan tugas yang saya pikul melalui jawatan yang disandang ini.


Apa ceritanya?

Jika seseorang memegang jawatan selaku Jurutera, pastinya terbayang di fikiran mengenai gaji yang ditawarkan serta keadaan taraf hidup yang lebih baik. Malangnya, gaji RM1000 yang ditawarkan ini tidak seperti yang diharapkan. Sejurus mendapat gaji pertama, saya mula tertanya-tanya: 
  1. Kenapa penyata gaji sekadar dicetak dengan kertas biasa tidak seperti penyata gaji syarikat sebenar? 
  2. Kenapa gaji tetap (basic salary) dinyatakan adalah RM800 dan bukan RM1000? Sebaliknya, gaji RM1000 ini adalah termasuk jumlah kerja lebih masa yang dilakukan. Maknanya, jika tidak mencapai sejumlah waktu lebih masa (kira sendiri) yang secukupnya, maka gaji tidak akan mencapai RM1000 itu. 
  3. Kenapa di atas penyata gaji dinyatakan kadar bayaran sejam (rate per hour)?

Persoalan ini terjawab sekitar bulan Jun yang lalu apabila salah seorang staf di sini menyatakan mengenai undang-undang berkaitan kontraktor. Sekiranya dalam penyata ada dinyatakan bayaran per jam, maka pendapatan itu tidak dinamakan gaji tetapi UPAH! Kiranya sepanjang saya (juga staf lain) bekerja di sini, hanyalah setaraf kuli sahaja! Kelulusan ijazah tidak ada sebarang makna di sini asalkan boleh bekerja. Dengan kaedah pembayaran gaji sebegini (upah), pengurus syarikat ini (bos) boleh membuang pekerja pada bila-bila masa jika didapati tidak memuaskan. Tidak perlu khuatir dengan sebarang tindakan undang-undang. Sekiranya dibayar dengan kadar GAJI yang betul dan bukan UPAH, jika berlaku perkara yang tidak diingini ke atas syarikat, maka pengurus bakal berdepan dengan tindakan saman oleh pihak berkaitan. Ini sebagaimana yang pernah berlaku ke atas syarikat lain di sini sehingga diisytihar muflis.Staf yang lain juga dibayar gaji/upah bawah RM1000. Ada yang hanya dibayar RM600 atau RM700.




Bukan setakat itu, sepanjang saya berurusan dengan bank untuk sebarang urusan bayaran, ada di antara bil-bil yang diselitkan bersama bil syarikat adalah bil-bil peribadi. Bagi urusan cek, adakalanya saya tidak menyedari cek yang diberikan ada yang membawa jumlah sehingga ratusan ribu!

Ada staf lama yang menyatakan syarikat tidak memberikan bonus tahunan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Jauh sekali menaikkan gaji. Setiap kali mesyuarat, akan kedengaranlah jurutera kami yang lain memohon intensif (kenaikan gaji) kepada mana-mana staf yang sudah berkhidmat lama.

Sebenarnya banyak lagi kisahnya dan masalah dalamannya, tetapi memadailah diceritakan setakat ini untuk memberikan gambaran mengenai syarikat ini.


Kecewa? Terkilan?

Ya, bukan saya sahaja malah jurutera yang lain juga begitu. Pernah diceritakan oleh salah seorang daripada 3 jurutera di sini, sewaktu menghadiri satu mesyuarat di Putrajaya, dia ditanya mengenai tugas dan bayaran yang diterima. Alangkah terkejutnya yang bertanya apabila diberitahu gaji yang diterima. Seakan tidak percaya, yang bertanya memberitahu jika jurutera kami ini dengan pengalaman yang ada sekarang ini, bertugas di Kuala Lumpur atau Putrajaya, pastinya gaji setinggi RM5000-RM6000. Bayangkanlah sendiri perbezaan yang begitu ketara!

Banyak projek besar dikendalikan. Dari kelas I hingga kelas IV, tetapi syarikat menyatakan tidak mampu membayar bonus tahunan atau menaikkan gaji/upah kakitangan. Jadi, saya terfikir ke mana agaknya semua pendapatan bersih syarikat apabila sudah ditolak pembayaran gaji pekerja, hutang, bil, dll.?

Menjelang hujung tahun ini, saya sendiri juga turut sibuk, bukan setakat dengan tugas di pejabat tetapi dengan permohonan kerja lain, urusan keluarga, dan projek-projek lain. Kedatangan saya ke pejabat juga sedikit tidak menentu, adakalanya awal, adakalanya lewat. Pernah juga tidak hadir :-D 


 Gambar hiasan


Di pihak syarikat pula, pada awal bulan lepas, pengurus sudah menyatakan jawatan yang saya pegang kini akan ditutup pada hujung tahun ini dan saya telah diberikan surat notis berkaitan hal ini. Tugas saya juga kini semakin kurang dan telah banyak diserahkan pada pihak lain. JADI, PADA PAGI INI SAYA TELAH MENYERAHKAN SURAT PERLETAKAN JAWATAN SELAKU JURUTERA MEKANIKAL & ELEKTRIKAL berkuatkuasa Khamis ini.

Banyak lagi peluang untuk disambar...