Satu peluang perniagaan baru bakal menjengah pasaran!
Akan memulakan roadshow di Kelantan dan Negeri Sembilan pada hujung November ini. Membuka peluang kepada semua yang berminat untuk menjadi USAHAWAN dan STOKIS bagi memasarkan produk-produk keluaran Magnecares Network Resources.
Kepada yang berminat dan ingin menghubungi kami, sila layari
www.magnecares.com/magnecares/ atau
www.magneticaura.com.my/
untuk mendapatkan maklumat lanjut.
REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI SEBELUM TERLAMBAT!!
SIAPA YANG TERAWAL DAN PALING CEPAT, DIA DAPAT!!
MY FOLLOWERS
Friday, November 20, 2009
Thursday, November 12, 2009
Intro - Assalam.......
Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Ini blog saya yang kedua selepas blog di platform blogdrive, dengan tulisan isi kandungan dan bahasa yang caca merba sahaja, tak begitu tersusun. Saya memang bercadang untuk menjadikan isi dan tulisan di blog ini lebih sistematik dan tersusun. Paling tidak, sedap sikit mata yang memandangnya. Sampai satu masa nanti akan ada paparan mengenai pelbagai tajuk - artikel, berita, hidupan liar, bisnes, percutian, ekspo, seni, makanan, ibadah, seram, dan lain-lain.
Tahun 2009 semakin berlalu
Peperiksaan SPM akan bermula pada 18.11.09. Kita sama-samalah doakan semoga yang akan menduduki peperiksaan ini dapat menjawab dengan lancar.
Di samping buat persediaan untuk peperiksaan SPM dan semester akhir bagi mereka yang berada di IPT, kita bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 27.11.09 nanti. Bersyukur sangat kerana tarikh Aidil Adha kali ini tidak bertembung dengan mana-mana hari perayaan agama lain. Kebelakangan ini pun kerap kita dengar mengenai sambutan perayaan 'kongsi' dan semacam menjadi-jadi pula. Fikirkan sedalamnya, kita selaku umat Islam adalah HARAM meraikan apa saja perayaan umat/agama lain sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran:
“Katakanlah kepada orang kafir...bagimu agamamu, dan bagiku agamaku” [TMQ Al-Kafirun (109): 6].
Selain itu kita juga dilarang melafazkan ucap selamat kepada mereka, apatah lagi di hari perayaan mereka. Dengan kata lain, mereka tiada sebarang hak menerima ucapan selamat daripada kita selaku umat Islam. Mengucapkan selamat kepada mereka bererti redha dengan kemungkaran dan kesesatan yang mereka lakukan. Firman Allah:
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.” [TMQ Hud (11):113].
Hikmahnya, Allah meletakkan batasan antara umat Islam dengan bukan Islam adalah supaya tidak timbul kekeliruan dalam amalan agama dan budaya yang dipraktikkan saban hari, selain memudahkan kita membezakan antara yang makruf dan mungkar.
Kalau diikutkan hati, banyak lagi yang boleh ditulis di sini. Tapi rasanya memadailah setakat ini dahulu. Yang penting, kita berusaha untuk menambah ilmu serta memperbaiki amalan agama kita seharian agar kita bisa menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan. Sebagaimana kata Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus-menjadi umat yang lebih baik itu umpama membaiki rumah. Hari ini baiki tangga, esok baiki tingkap, lusa baiki dapur, dsb. Dari sehari ke sehari bertambah elok.
Begitulah diharapkan dalam kehidupan selaku Muslim. Kita buat persediaan hari ini bukan setakat untuk peperiksaan SPM dan akhir semester sahaja, tapi juga persediaan sebelum ke alam akhirat..Bila membaca semula apa yang ditulis, mengingatkan penulis yang sebenarnya kita semua ada banyak macam kelemahan. Ada banyak perkara mungkin kita terkeluar daripada apa yang kita rancang atau terlebih-lebih. Harap maaf atas segala kekurangan. Wallahualam....

Labels:
Intro
Subscribe to:
Posts (Atom)