MY FOLLOWERS

Tuesday, March 1, 2016

Kesihatan - Kenapa Kena Makan Avokado?

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....



Adakah semua orang tahu apa kesannya makan avokado pada tubuh?

Buah avokado tidak akan membuatkan seseorang itu gemuk. Ia mempunyai lemak mono tidak tepu yang membantu mengurangkan kolesterol dalam tubuh, sama seperti minyak zaitun, salah satu diet Mediteranean yang dipercayai paling sihat di dunia.


"Lemak mono tidak tepu ini memberikan tekstur berkrim dan pengganti mentega, marjerin atau mayonis yang baik. Ia juga satu cara bebas kolesterol yang membantu badan menyerap vitamin larut lemak seperti A, D, E dan K." kata Michelle W. Book., pakar nutrisi Health Food Association di Kanada.


Memasukkan avokado dalam makanan membantu seseorang rasa kenyang bagi tempoh yang lama.

Pengkaji dalam satu kajian diterbitkan dalam jurnal Nutrition pada 2013 mendapati makan separuh buah avokado ketika tengahari membuatkan peserta kajian yang mempunyai berat badan berlebihan merasa kenyang selama 3 hingga 4 jam selepas makan. Ia juga bagus untuk semua orang lebih-lebih lagi untuk mengurangkan berat badan.


"Menambah avokado dalam sarapan membantu seseorang untuk terus cergas hingga tengahari." tambahnya lagi.

Selain itu, buah avokado juga membantu mengawal paras gula dalam darah. Ia juga merupakan sumber fiber yang baik sekitar 10g hingga 30g. Fiber tidak dipecahkan dan tidak dihadamkan dalam tubuh, maka ia tidak memberi kesan kepada paras glukos dalam tubuh. Selain itu, diet yang tinggi fiber didapati boleh membantu mereka yang diabetik mengawal paras glukos lebih baik berbanding mereka yang kurang makan, sebagaimana dinyatakan dalam satu terbitan New England Journal of Medicine pada tahun 2000.


Avokado membantu tubuh badan lebih awet muda. Ia membantu mengurangkan tanda penuaan kerana antioksidan yang dimiliki. Menambah avokado dalam diet juga membantu tubuh menyerap antioksidan karotenoid sehingga 2 ke 5 kali lebih baik.


Sumber rujukan: SINI  | 

No comments: